Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bunga-Bunga Bahagia

Rate this book
Nuha Qalisya serik. Sumpah dia serik untuk bercinta lagi. Tiga tahun dia menyulam cinta namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Percintaannya dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya tidak kesampaian apabila Zariff Adam berlaku curang. Saat itu gelap seluruh hidupnya. Dia mahu bangkit. Itu tekadnya.

Namun kehadiran jejaka bernama Akif Irham mengubah segala. Lelaki itu tidak pernah serik walaupun ditolak berkali-kali. Alasannya hanya kerana Akif Irham lebih muda daripadanya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Beri saya peluang untuk mengenali Cik Nuha Qalisya. Lelaki tidak semuanya sama. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi tolong jangan hukum saya hanya kerana pengalaman Cik Nuha…”- AKIF IRHAM

Walaupun dia sering kali menidakkan kehadiran lelaki itu, namun kehadiran lelaki itu mula menjentik hati.

“Saya tidak pernah menolak awak malah kehadiran awak merubah 360 darjah kehidupan saya. Awak dah jadikan saya seperti roller coaster”- NUHA QALISYA

Apabila hati mula berbunga rasa, muncul pula Zariff Adam kembali menagih kasihnya.

“Saya dah tak boleh terima awak dalam hidup saya. Masa untuk awak sudah tamat…”- NUHA QALISYA

Pelbagai cara dilakukan lelaki itu untuk merebut semula hati Nuha Qalisya. Rawannya hati mengharungi setiap dugaan. Malah hatinya makin parah apabila Akif Irham ditangkap khalwat.

Bagaimanakah kisah cinta tiga segi antara Nuha Qalisya, Akif Irham dan Zariff Adam berakhir? Semuanya terjawab dalam Bunga-Bunga Bahagia.

Paperback

First published January 1, 2014

1 person is currently reading
20 people want to read

About the author

Wawa Akil

12 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (24%)
4 stars
7 (24%)
3 stars
13 (44%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
June 28, 2018
bayangkan kalau manusia sesengal zariff ada depan muka, buat pula perangai tak serupa orang. dengan tak faham bahasa, dengan bodoh tuli walaupun hensem. rasa-rasa kaki laju nak menyepak atau mulut laju nak menyumpah? sabar.. sabar.. haha!!

nuha qalisya mangsanya. konon cinta mati nuha, tapi zariff bernikah dengan orang lain yang konon bekas tunangnya. membawa hati yang lara, dia bercuti bersama temannya, maryam. berjumpa pula dengan akif. dahsyat jugaklah kiranya watak nuha ni. dua-dua lelaki tersebut muda darinya.

sebenar bagi akak kisahnya ringkas je. mungkin yalah, puan penulis Wawa Akil nak sedapkan kisah. sesekali baca buku sweet romantik, hati berbunga dengan rasa cinta. no hal punyalah. seorang tak mahu dihadap sebab dah bernikah. seorang lagi datang saat dia kecewa tambah pula faktor usia dia letak di tangga teratas. kan dah jadi konflik jiwa.

apa pun, segalanya ketentuan yang Maha Esa. kot mak ayah dah berjanji nak nikahkan anak dari kecik, bila anak dah besar jumpa pula pasangan hati yang lain, kerana janji, sanggup ke biarkan semua jadi huru hara? nak menidakkan jodoh, larilah sejauh mana pun, kalau dah itu suratan, ikhlaslah terima.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
February 24, 2015
best cerita ni simple je y ramai tak baca ek

ssh nak cari lelaki mcm akif

bila hati dah suka dah cinta ada apa pada umur..

wahai zarif MB pn xpaham apa motif kau tak nak mengaku kau dah kahwin mcm2 alasan dulu bila diri dicintai dikejar kau amk kesempatan samp MB rasa betapa bodohya si dia mengejar mencintai sehingga mengadai wang utk kau sedangkan dia org yg berpelajaran.. huhh kerana cinta manusia sanggup melakukan perkara bodoh..
bila rahsia dah pecah baru nak sedar so i'm sory good bye..

nuha dan akif mereka sgt comel hehe
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 9, 2017
2.6*
Nak beli novel Wawa Taufik tapi terbeli Wawa Akil. Cuma ingat Wawa je..bayangkan bila gi MPH langsung tanya pekerja kat counter, "Novel terbaru Wawa Zainal ada dik?" Confident much..hehehe..gelak lah kita..Nama pelakon pulak keluar. Bila kepala tengah ding dong..gitulah jadinya.

Berbalik pada novel ni..Im not really her fan but saya ada 2 novel dia sebab bagi saya why not give her a chance. Still ia kurang bangkitkan emosi saya selain perasaan jengkel.

Apa yg saya rasa hanya menyampah walaupun author tried to show Nuha's sweet side. Bagi saya Nuha dari awal cepat melatah, lemah & ego. Dia yang buat salah, orang lain yang harus berundur dan minta maaf. Sikap pemaaf dia juga jarang ditonjolkan.

Umur dah 33..Bab kerja dia cekap tapi bab hubungan boleh pula dia ditipu hidup2. 3 tahun ditipu pulak tu..Bekas kekasih dia bertunang dan kahwin dgn model pun tak tahu. Like she is a model and that guy anak Tan Sri. Kalau ikut media, apa2 berkaitan dgn org atasan or model mesti news berleluasa, kan? Ok maybe not all..KL tu besar sangat ke sampai tak pernah terserempak. Yalah..mungkin juga sebab saya pun tak pernah jumpa kawan lama di Singapura..Bila terjumpa boleh pulak sampai KL. Kecilnya dunia. Bila tembelang pecah baru ada terserempak.

More important, tak pernah rasa curiga atau ingin tahu siapa kawan dan keluarga lelaki itu..kerja dimana..lelaki pun tak pernah confess akan cintanya..busy nya memanjang..call pun jarang2..ni cinta macam mana ni? Frust menonggeng..pardon my bahasa. Dah terbukti pun, hati masih berbelah bagi..dah terbukti sekali lagi pun masih ditangisi..Dah bersemuka dengan isteri bekas kekasih, baru boleh lepaskan dari hati..Kalau saya jgn lelaki tu cabar suruh mengesahkan berita itu, (boleh pula si Zariff nak ugut saman menyaman lagi).. Saya akan buat betul2. Just get over it. Lepas tu tak payah layan si Razif tu untuk maklumat free..kata dah move on. Ini lemah je.

Bila dia dah berkahwin dengan Akif, Nuha masih sukar untuk memaafkan si Zariff. Kau dah bahagia kut..chill lah. Tak perlu nak salahkan orang jika diri sendiri pun tak pernah nak ambil tahu apa2 tentang pasangan sendiri.

Apa yg saya tak suka watak dlm novel ni :
1. Diana yg punyai pekerjaan sebagai model berpacaran dgn Zariff. Dan bersekongkol dgnnya untuk mengikis duit Nuha demi kemewahan dirinya. Sanggup mengaku bukan kekasih kepada Nuha asal Zariff limpahi dia dgn kemewahan. Buruk benar sikap Diana..kebaikan dia yg lain, habis bila dia tamak dan menganiyai orang lain.
2. Mungkin terlalu cinta atau sebab kecantikkan Diana, si Zariff turutkan. Dia menyesal setelah bernikah langsung terkejar2 si Nuha ni kembali. Tapi mengandung juga si Diana ni..Like..hampas betullah mamat ni.
3. Nuha..banyak cara nak selesai masalah..tapi lebih memilih mengelak dari berdepan. Dan akhir sekali, terlalu ego dan bermain tarik tali dengan Akif. Well, alasannya, dia lebih tua jadi rasa tak layak berganding dgn Arif dan takut pisang berbuah dua kali..nasib baik ahli keluarga dan sahabat serta Arif played an active role in bringing them together, kalau tidak agaknya sampai tua lah tak kahwin2.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
January 26, 2016
lama pending nak baca citer nie. tp moment lepas baca cerita cinta kita sama, terus rasa x sabar nak tahu kisah nuha ngan akif... wowwweeeee.. ohsem koyt kisah depa... suke sgt la kita kat si akif tue.. haishhh.. droolingg...

super romantis, super cemburu, super kacak dan super penyayang. segalanya super duper... me lioke it very the mucho! ahaks...

zariff adam tue pun ngek!!! budus sungguh!! menyampah den dibuatnya.
Profile Image for wind .
4 reviews1 follower
September 29, 2014
Buku ini sangat santai. Kisah kekeluargaan,persahabatan dan percintaan.

Dan yang penting jangan percayakan lelaki 100%. Tinggalkan 1% untuk diri kita. hehehe.

Dan cinta pertama tidak semestinya yang terbaik sebab ada lagi lelaki yg baik.

Yang penting novel ni best gie.
154 reviews2 followers
December 6, 2020
Mula2 aku nak highlight satu scene yang aku suka dalam cerita ni i.e scene semua watak2 berkomplot menjayakan pertunangan heroin - ada part komedi, ada part saspen, cara penceritaan pun padat- dapat lihat bakat puan penulis kat situ IMHO :)

Ni pulak part pembaca melampiaskan rasa hati (ahaha)...
Bagi aku novel ni boleh baca time:
1. Pembaca (aku le tuu) tengah ada kesabaran yang tinggi, terutamanya bila nak layan:
* scene2 tarik tali heroin ngan hero dan bekas kekasih
* scene2 heroin berbolak balik melayan angin kus2 dia
* scene2 klise lelaki dan pompuan yang jadi 3-suku sebab cinta
* scene2 overdose gedik

2. Pembaca (aku jugak...) takleh keluar buat aktiviti2 biasa nak isi masa lapang (pasal kaki injured heheh)

Dari mula sampai akhir cerita si Nuha gagal menawan hati aku - she's too inconsistent - kejap kepala batu kejap meleleh kejap gila kerja kejap brutal kejap hati kering kejap mengada2 melentok2 - will the real Nuha Qalisya please stand up?

Dahle watak2 sampingan asek2 dok pi mai pi mai tang tu, roomie bercinta ngan adik hero, besfren heroin sangkut dekat kenalan keluarga hero, adik mamat tu jadi perempuan perosak, tambah lagi kenalan hero jadi ex boifren heroin, sampai besfren hero pun bole sangkut ngan sekretari hero - macam cinta monyet time kat sekolah dulu2 jer - apa dah takde orang kat KL/Mersing/KT gamaknye
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.