Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Dua Zaman

Rate this book
Enam sahabat telah memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian mereka bersempena dengan cuti semester yang baru bermula. Sedang mereka menikmati pelayaran kapal persiaran mewah Aizzer Cruise, tanpa diduga sebuah bahtera lanun datang menyerang! Semua penumpang lelaki dibunuh dengan kejam! Aina dan Dira berjaya diculik oleh lelaki berpakaian besi manakala yang lain-lainnya terpelanting dibawa arus lautan. Dalam tidak sedar, mereka telah melangkaui garisan waktu antara dua zaman!

Pertemuan Shira dengan seorang lelaki soleh bergelar Panglima Bayang mengubah segala-galanya. Senyuman pendekar itu berjaya menambat hati kasarnya. Tidak ada sebab untuk dia menolak lelaki itu hadir dalam hidupnya. Dalam diam, cintanya dipahat kukuh untuk lelaki itu. Panglima Bayang adalah seorang lelaki satu dalam sebilion!

Malangnya, sesuatu yang tidak diminta datang melanda. Hati gadis cantik itu luluh melihat kesungguhan Panglima Bayang mempertahankan dirinya sehinggakan sekujur tubuh pahlawan itu rebah bermandikan darah akibat disantau! Sang penyembah syaitan berjaya menculik Shira!

Sementara itu, Hang Jebat telah menemui bangkai kapal persiaran mewah daripada masa hadapan di perairan Selat Melaka. Hakim, kekasih Shira berasa teruja apabila mengetahui cinta hatinya masih hidup di Langkasuka. Hang Tuah Lima Bersaudara memutuskan untuk bergabung dengan Panglima Bayang di Langkasuka bagi menghapuskan kegiatan lanun bertuhankan iblis di rantau mereka. Namun, dalam kegelapan malam, perjalanan mereka disekat oleh sekumpulan harimau jadian yang laparkan jantung manusia!

“Andai takdir masa terhenti, bulan di langit saksi segala. Dialah yang teratas, Dialah pilihan selamanya. Engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir. Shira, laksana kejora, kau seri hatiku.”

Dapatkah Shira diselamatkan? Siapakah Panglima Bayang? Berjayakah Hakim menemui Shira? Cinta Dua Zaman antara Panglima Bayang dan Hakim, hanya Shira yang boleh putuskan!

Paperback

First published January 1, 2014

4 people are currently reading
91 people want to read

About the author

Azri Misti

2 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (63%)
4 stars
18 (24%)
3 stars
5 (6%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
April 1, 2017
4.30* untuk Cinta Dua Zaman!

Terbayang buku Bagaikan Puteri tulisan Ramlee Awang Mursyid. Tapi jalan ceritanya tetap berbeza dan karya tuan-tuan penulis masing-masing ada kekuatannya sendiri.

Gaya bahasa Azri Misti patut dipuji. Aku terfikir, macam manalah keadaan penulis sewaktu menghasilkan buku ini? Stress? Gembira? atau apa? Macam mana tuan penulis seperti pernah berada di zaman kurun ke-15? Bahasa pertuturan, naratif penceritaan dan lain-lain, ternyata sangat baik. Dari situ saja, kita tahu Azri Misti betul-betul mengkaji dan buat kerja dalam menghasilkan naskah ini. Mungkin dia juga cuba lari dari bayang-bayang Laksamana Sunan yang memang digilai ramai. Tapi jangan risau, panglima Bayang juga boleh tahan hebat dan sangat sweet! Tahniah dan terbaik!

Kedua-dua naskah yang dihasilkan Azri Misti, ternyata boleh tahan dan bukan hanya naskah kosong yang sekadar untuk mengisi masa terluang.

Tapi masihkah tuan penulis menghasilkan buku? Janganlah disiakan bakat yang ada. Harap ada naskah terbaru dari tuan penulis. Saya dah jadi salah seorang peminat buku awak! Hahaha...

Peace!
Profile Image for Fikrib.
26 reviews3 followers
October 21, 2014
Ini novel thriller,tajuknya pangkal pertama cinta memang mengundang skeptikal tetapi jangan bimbang aksi mengatasi cinta.

Penulis berjaya membawa aku masuk ke kurun 15 walaupun tidak diterangkan dengan jelas bagaimana mereka melangkaui garisan waktu antara dua zaman terutama pada permulaan kemunculan kapal lanun ala-ala pirates Caribbean bertemu Aizzer Cruise mewah tu.Kenapa pihak lanun tidak digambarkan merasa pelik melihat kapal cruise seperti mana penumpang cruise pelik.

Plotnya berkembang baik berselang seli kurun ke-15 dan tahun 2013 namun plot penghujungnya aku merasakan kurang kemas.Penggunaan struktur ayat zaman dahulu yang agak baik bagi aku.Aku suka apabila membaca loghat Indonesia tu.Ada sedikit penggunaan simple English yang membuatkan penduduk kurun ke 15 blurr tidak memahami.

Tidak perlu menunggu lama,aksi pertarungan dihidangkan.Gambaran aksi yang berjaya dan ada 'feel'.Penulis membuatkan aku berfikir siapa Panglima Bayang,seolah-olah betul-betul wujud pendekar dari Langkasuka itu.Hebat,hebat ditambah lagi gabungan Hang Tuah 5 bersaudara.Persoalan awal yang bermain difikiran aku ialah mengapa Raja Sular memerlukan perawan-perawan dari masa hadapan? Ianya terjawab selepas itu.Unsur percintaan,emm sweet juga la,aku layankan dan watak Syamil mengundang senyum dan sengih.

Penulis bijak menyelitkan ajaran ilmu agama/asas fardhu ain seperti azan,rukun solat,tayammun,jamak qasar dan sembelihan.Ianya dikaitkan melalui jalan penceritaan dengan menarik sekali.

Muka surat 322,perenggan ke 5&6 membuatkan aku berhenti membaca,termenung dan berfikir.Aku terkesan.

Gabungan Panglima Bayang,Jalak,5 Hang bersaudara dan Laksamana Uthmani vs Raja Sular,10 ketua lanun penyembah syaitan(masing-masing ada speciality).Aku menjangkakan suatu pertempuran yang menarik dan seimbang tetapi kecewa.Pada pandangan aku novel ini lebih menarik lagi jika difokuskan dan dikembangkan plot babak kat Pulau Merah tu.Tidak dijelaskan,tahu-tahu dah mampus sebahagian besar ketua lanun dikerjakan Hang Tuah&Jebat.Lagi satu aku ingin lihat peranan Sapin Si ketua lanun yang berpaling tadah,rupanya sangkaan aku dia memihak kepada kebenaran meleset,cuma agenda peribadi.

Ini karya pertama dari penulis.Tahniah diucapkan,penulisan yang bagus dan ada gaya sendiri.Aku menanti karya beliau yang seterusnya. 4.1/4 *

Penulis dan pihak SR Publication perlu lebihkan promosi novel ini.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
September 13, 2023
Shira yang terdampar di Kampung Permai setelah kapal persiaran yang dinaikinya diserang oleh lanun, kehilangan ingatannya. Dia cuma mengingati namanya. Di sinilah dia bertemu Yusuf dan keluarganya. Dan tanpa sedarnya, Shira sebenarnya terperangkap di abad ke 15. Dan kini Shira diburu pula oleh sekumpulan orang jahat yang mahukannya.

Semasa membeli naskah ini SH ada sedikit perasaan skeptikal dek kerana tajuk buku ini. Nasib baik ringkasan di belakang buku mampu menarik minat SH untuk membeli. Dan SH rasa tidak rugi pembelian SH.

Walaupun tajuknya cinta namun naskah ini bukanlah berkisar semata pasal cinta. Aksi di dalam naskah ini juga banyak dan menarik. Pertarungan dan pertempuran di dalam naskah ini diceritakan dengan baik. Malah ada beberapa babak kejam yang terasa agak ngeri sedikit, diceritakan agak terperinci.

Membaca naskah ini tidak dapat tidak otak SH teringat kisah Sunan. Ada sedikit ciri Yusuf yang menyerupai Sunan. Tapi ada sedikit perwatakan Yusuf yang SH rasa kurang sesuai dengan dia yang ahli sufi. SH rasa Yusuf agak 'flirtatious' di dalam naskah ini. Walaupun tidak ketara tapi ada. Contohnya masa hidung Shira terkena abu, seharusnya Yusuf tidak membantu mengelapkannya. Mungkin dia boleh sahaja memberi kain dan menyuruh Shira mengelapnya sendiri daripada berbuat demikian. Sebab jika dia mahu berbuat demikian mestilah jarak antara mereka sangat dekat. Jadi agak bercanggah dengan ciri-ciri yang ada padanya.

SH suka bagaimana penulis menerapkan jika kita berada di lingkungan yang baik, kita mudah untuk berubah ke arah kebaikan. Sifat baik yang ditunjukkan oleh Yusuf dan Imam Luqman sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang baik buat Shira, Hakim, Ezad dan Syamil.

Dan SH juga suka dengan keakraban persahabatan antara Yusuf dan Jalak. Sebuah persahabatan yang ikhlas dan murni. Masing-masing sudah memahami diri masing-masing.

Naskah ini bukan sahaja kisah cinta dan pertempuran namun banyak nasihat-nasihat dan pengajaran yang boleh kita perolehi daripadanya.
2 reviews
October 15, 2015
Cerita ini membaca kita kembali ke kurun ke 15. Suasana yang digambarkan penulis membuatkan pembaca dapat mengalami situasi yang sama.

Garapan yang sangat baik. Konsep macam Laksamana Sunan tapi bagi saya tak sama. Laksamana Sunan dengan karektor tersendiri manakala Panglima Bayang dengan karektor yang berlainan.

Yusuf seorang yang pandai berjenaka, romantik (hah, cair), kata-katanya selalu lembut dan seorang yang taat kepada perintah agama. Kemunculan Hang Tuah Lima Bersaudara menambah rencah aksi dalam novel ini. Sangat baik cara penulis menggambarkan babak pertarungan.

Saya menanti novel seterusnya dari penulis!
2 reviews
October 15, 2015
Well, tajuk Cinta Dua Zaman. Menarik perhatian. Saya baca tak berhenti. Good job Azri Misti! Very good job! Bukan senang saya nak baca sebuah novel tanpa henti.

Aksi. Yes, aksi paling best pernah saya baca. Seolah olah apabila Panglima Bayang menumbuk musuh, saya yang rasa peritnya. Ekspresi kesakitan yang real. Kelajuan yang real. Segalanya real!

Dan, Panglima Bayang, saya sudah jatuh hati padanya. Serba-serbi mengenainya saya sukai. Penulis menggarap peribadinya dengan amat baik. Shira, saya jeles kat dia hehehe!

Apalagi, 5 BINTANG DARI SAYA!
Profile Image for Amira.
2 reviews
October 16, 2015
Terbeli lalu terjatuh cinta dengan novel ini. Jalan cerita yang membuatkan hati tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Susunan ayatnya amat baik, tidak meleret. Ringkas, padat dan tepat.

Saat pertama kali lanun datang menyerang, hati ini berdebar bagai nak gila. Ya, itu adalah babak thriller pertama dalam novel ini! Gila kan? Garapannya membuatkan mata saya membulat ketika membaca. Well done penulis!

Yusuf a.k.a Panglima Bayang merupakan lelaki yang handal bersilat, tangkas, lemah lembut, dan pandai berjenaka. Segala tentang Yusuf memang menyenangkan. Siapa yang tak terpikat?

Babak percintaan antara Shira dan Yusuf membuatkan saya tak berhenti tersenyum. Shira seorang yang outspoken, kelakar, manja. Yusuf pula seorang yg pemalu. Bila digabungkan, jadi kelakar. Sweet sangat.

Babak pertarungan yang mendebarkan. Saya dapat membayangkan sendiri suasana pertarungan antara lanun2 dan Hang Tuah Lima Bersadara. Dapat membayangkan garangnya Hang Jebat.

Watak sampingan, Hakim/Syamil/Ezad juga amat baik digarap. Ianya seperti bukan sampingan. Semua watak berfungsi dan diolah dengan baik. Suka dengan karektor 'lembut' Syamil apabila pertama kali dilamun cinta.

Watak antagonis berjaya digelapkan segelap-gelapnya. Bayangkan seksaan berantai, libasan cemeti, darah melimpah di lantai yg dijalankan Kerajaan Raja Sular. Menyayat hati.

Ending? Saya menangis! Ya SAYA MENANGIS! Oh, Shira. Oh Yusuf. Masih terkesan di dada.

NOVEL ini best ke tak? BEST BEST BEST BEST BEST!

1 review
Read
July 24, 2020
saya sangat berharap shira dapat bersama dgn panglima bayang.cerita macam tergantung sebab raja sular hidup kembali.jadi saya mengharapkan season 2 akan dikeluarkan.kalau shira boleh pergi dan kembali ke zaman moden dengan membawa kain putih pasti dia boleh kembali semula ke kurun 15.kuncinya adalah cinta mengatasi segalanya.hope happy ending.
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
April 16, 2023
Buku ni macam siri Sunan but in one book. Sounds too unrealistically good right? Haha, no and yes. Tema dan karakter yg dibawa oleh penulis memang hampir sama dgn Sunan, sikit,,sikit lah. Dont blame me for comparing this book to that series sebab memang tema nya macam tu

Yusuf ni pelajar Sufi, pejuang hebat yg tidak dikenali dan tidak ingin dikenali nama nya, set in zaman Hang Tuah Hang Jebat dan seangkatan dgn nya, di melaka, berbalik pd zaman silam.

Bila tema hampir sama apa semua, you cant help but compare right? But i still keep my husnuzzhon and cuba buka minda baru baca buku ini, i enjoy his writing sangat simple dan basic, ilmu2 agama yg diselit dalam buku ni pun very2 basic

Yusuf masya-Allah why are you so cute, dia macam Sunan versi muda..? 😍

Magical realism and fantasy, yes ada pertarungan yada yada, so here’s the thing..

- plot sangat sama dgn Siri Sunandan predictable

- penulisan agak menderet, many things happened and revealed but barely any action taken , macam seolah2 penulis takut nak habiskan buku itu in case short sgt

- pada karakter perempuan, maaf.. kenapa mesti Org alim bercinta dgn wanita kelab malam dan city girl? Why cant we just have a normal people…? Why always ‘pick me’ girl and dia start berubah sebab laki hero tu? Am i the only one done with that premise? Okay sorry, move on to the next..

- Yusuf pelajar sufi right? Now i’m not saying you kena jauhkan diri dari wanita beribu batu tp org hati Sufi dgn org biasa2 macam ada ilmu agama juga tapi biasa2 bukan sampai tahap Sufi, tahap flirtation dia lain tau. Which is supposed to be mcm Sunan, tapi Yusuf dgn (alamak i lpe nama perempuan tu) ‘flirt’ secara halus yg menyebabkan i tak suka. There isnt supposed to be a flirtation, just inadvertantly fall in love lah, haa gittew, paham tak?

-80% kejadian another after another, 20% of the book baru action was taken.

I can see a potential in Azri Misti, really..unfortunately he chose this kind of storyline kan, kalau ada je cerita dari dia yg bukan macamni i highly recommended sebab halus lembut santai dan basic, mudah dibaca. The problem is pd cerita ni, bukan pd penulisnya, sekian 😌 btw i love Yusuf ye, dia sgt baik dan lemah lembut. Halah kalau minat Siri sunan boleh cuba baca buku ni
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
January 22, 2018
“”Andai takdir masa terhenti,
Bulan di langit saksi segala,
Dialah yang teratas,
Dialah pilihan selamanya,
Engkaulah yang pertama,
Engkaulah yang terakhir,
Shira,
Laksana kejora,
Kau seri hatiku.”
-Yusuf.

Dalam kesibukan waktu ini, saya tetap cuba meluangkan masa membaca buku cinta dua zaman. Memang tidak boleh di bawa ke pejabat untuk dibaca ketika waktu rehat kerana memang terlalu sibuk. Namun, seboleh mungkin di rumah saya membaca buku ini.

Yusuf.... apa yang saya boleh tulis tentang Yusuf? Mengingatkan saya kepada Sunan sebenarnya, tapi mungkin Yusuf ini, bila namanya Yusuf mengingatkan saya betapa kacaknya Nabi Yusuf.

Tapi... lelaki baik untuk wanita baik. Begitu pepatah orang bijaksana. Shira, dari watak gadis liar menjadi gadis baik setelah mengenali Yusuf.

Semoga ada sambungan kepada novel ini.

P/s encik penulis: kenapa dua karya encik ini dua2 buat saya rasa saya akan mengalam reading slump yg mana saya akan berasa sukar untuk memilih buku seterusnya??? It will drive me mad!


Okay habis merungut.

P/s2: mungking sebab terlalu indah Yusuf berpuisi, review kali ni dalam bahasa melayu.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 15, 2021
[BOOK 114]

Cinta Dua Zaman by Azri Misti.
.

Membaca cerita ni, sama perasaannya seperti membaca kisah Laksamana Sunan. Tapi disebabkan aku terlebih dahulu membaca kisah Sunan, so, aku jadi sedikit biased.
.

Shira dan kawannya dalam perjalanan ke Pulau Sibu menaiki kapal. Dalam perjalanan, mereka diserang lanun yang inginkan 3 perawan.
.

Kemudian, Shira tercampak ke kurun 15, Perairan Langkasuka dan diselamatkan oleh Yusuf ataupun juga dikenali sebagai Panglima Bayang.
.

Manakala, Dira dan sorang lagi kawannya menjadi tahanan lanun. 3 orang lelaki tercampak ke Tanah Melaka.
.

So, kisahnya, ketua lanun tu perlukan Shira untuk melengkapkan 3 perawannya. Tapi, setiap penculikannya tidak berhasil dengan adanya Panglima Bayang. Sehinggalah Yusuf menjadi lemah akibat disantau, masa tu, muncullah Hang Tuah 5 Bersaudara. Mereka bergabung untuk menewaskan Raja Sular.
.

Aku terhibur dengan Hang Jebat yang garang dan Syamil yang takutkan Hang Jebat.
.

Oh ya, watak Yusuf tu sama macam Sunan la. Hebat dan warak seperti Sunan. Sebab tu la, Shira cintakan Sunan. Dan aku lega bila watak Shira tidak se annoying Haryani.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
March 1, 2025
Ada segelintir yang membandingkan ML cerita ni dengan salah satu watak utama dari novel RAM. Aku tak dapat nak mengesahkan kebenarannya sebab sama ada aku tak pernah baca siri popular tersebut, atau aku cuma baca sebahagian darinya. Terlalu lama untuk aku recall, malang sekali bukan.

Berbalik pada kisah garapan Tuan Azri ni, bagi aku penulisannya lancar dan kemas. Bunyi percakapan orang² zaman dahulu kala tu meyakinkan. Plus point aku memang gemar kisah² yang melibatkan sosok panglima Melayu, apatah lagi Hang Tuah lima bersaudara. Kehebatan mereka sememangnya melangkaui zaman, Mashaa Allah.

Selain keampuhan watak Panglima Bayang, paling aku suka adalah trio tiga sekawan dari masa hadapan tu. Mereka menghidupkan suasana dengan keletah yang bersahaja. Panduan² asas fardhu ain, dengan titipan dakwah yang banyak diselitkan bagi aku bonus point yang selain memberi pengajaran, mampu menghadirkan rasa damai di hati ketika membacanya.

Minus 1 ⭐ sebab aku sejujurnya kurang suka dengan watak FL. Dan ada interaksi² tertentu yang aku rasa kurang enak sebab ianya tak selari dengan keperibadian Panglima Bayang tu sendiri. Kesalahan ejaan dan pengulangan perkataan juga turut menyumbang.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
July 28, 2017
Jangan tertipu dengan tajuknya.. Kisah yang disampaikan lebih daripada cinta.. Kisah pengembaraan ke zaman lampau.. Kehebatan pahlawan Melayu.. Keangkuhan manusia yang berpegang pada ajaran sesat dan kehebatan orang Melayu.. Cuma ending dia cam tergantung sedikit..
#cintaduazaman #azrimisti #srpublication #lovenovel #novelcinta #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu #hakmilikperpustakaannegaramalaysia
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
Cabaran Ogos

Cinta Dua Zaman

Azri Misti

Review ringkas:

Mgkin kh crta lbh kurang sm spt crta sunan?lain org,lain pdgn nya..
Crta yg x kurng hebat nya..lg2 bila mnyentuh ttg pahlawan 5 bersaudara..hang tuah n fren..
Rs2 nya..kalo nvl spt ini keluar time sekolah dulu,konfem pening cikgu sejarah dbuatnya..hehehe..
Peminat sunan..bole try cari n nilai sendiri..

★★★★

DONE
31/08/2017
1 review
June 19, 2021
Seronok baca dia, tak membosankan lagi satu ia ada banyak nasihat yang boleh diambil lebih lebih lagi orang Islam
17 reviews1 follower
November 13, 2021
WELL ARRANGED. Ending never expected. In love dengan watak Panglima Bayang hehe
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
January 18, 2022
KEPADA PENULIS, tolong gunakan kuasa penulisan anda untuk membuatkan mereka bersatu di buku kedua! Aduh ingat senang ke nak move on !

m/s 500-501 🦋simple tapi haihh manishhh
Profile Image for santira.
36 reviews3 followers
June 1, 2017
masih teringat-ingat panglima bayang lepas baca buku ini. ada unsur islamik yang diterapkan, saya suka. saya sangat mengharap penulis ada menghasilkan buku lagi
Profile Image for manifestasisanubari.
7 reviews
October 17, 2015
1) Tajuk terbaik...nampak misleading tapi ada kaitan
2) Ilmiah
3) Nasihat & motivasi (kadang-kadang sentap gak)
4) Gaya penulisan mantap...setanding RAMLEE AWANG MURSHID
5) Jalan cerita tersusun, mudah difahami
6) Penulis banyak ilmu tentang penggunaan bahasa dan apa-apa yang berlaku pada zaman lalu (kira tak jumpalah plothole...)
7) Terbaik!!!
8) Tahniah!!!
9) Looking forward to read the next novel by Azri Misti - Kerana Kau Bidadari(tajuk ni pun nampak mcm misleading...hehe)
Profile Image for Voguemama Farah.
10 reviews
October 3, 2015
Panglima Bayang...kacak, tinggi, berbadan sasa, berkhemah tinggi, humorous- a real knight in shining armor di hati gadis bernama Syira. Sifat terpuji Panglima serupa dgn Laksamana Sunan watak DLM Trilogy Bagaikan Puteri Dari penulis terkenal Ramlee Awang.

cerita yg amat menarik & benar2 memuaskan..Mantap!!
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.