Jump to ratings and reviews
Rate this book

Karkuma

Rate this book
Pada suatu malam, hampir semua penduduk Kampung Cendana dibanjiri air mata apabila Gatha Uda dan isterinya Wanis diberitakan mati dalam keadaan tragis dan misteri. Selama hidup mereka sebagai suami isteri, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama KARKUMA, berhati mulia dan memiliki kelebihan bertutur dengan tumbuh-tumbuhan.

Atas nama cinta Sirehpani, gadis tercantik di Kampung Cendana ini telah berkahwin dengan Karkuma, seorang tukang kebun. Namun, ia telah mengundang dendam Jameng, seorang ketua agama daripada golongan bangsawan yang memiliki kelebihan bertutur dengan jin.

Semakin lama, semakin kejam dendam Jameng, hingga beliau merancang untuk membunuh Karkuma. Jameng dibantu beratus hulubalang istana dan bala tentera daripada golongan jin, untuk menentang Karkuma.

307 pages, Paperback

First published January 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Raja Azmi

14 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (15%)
4 stars
9 (47%)
3 stars
6 (31%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nadhiah Aida.
528 reviews27 followers
November 20, 2018
jalan ceritanya senang ... baik vs jahat
cuma cara cerita dalam background zaman dulu
watak utama Karkuma, Sirehpani ...
kemudian watak kedua utama Khaulif

Karkuma ni penjaga taman bunga untuk area tempat berhala .. setiap jaga, belai dan bercakap
so kelebihan dia ni membuatkan segala tanaman hidup dengan eloknya ..
Sirehpani ni isteri Karkuma .. then diorang beragama Huku
dan cerita dahulunya ... orang keturunan Naubi dah disumpah jadi muka binatang
ada 3 kaum lupa lah dan ketiga kaum ni ada perbezaan .. ada rupa keldai lah .. rupa ikan lah
memang hodoh ler ...
sampai ler satu hari watak Jameng yang jahat nak mampus pergi sabotaj Ketua Warak Lobat
kira ni orang agama paling power lah ... sabotaj bagi teh yang diracun .. liat benar nyawa orang tua ni last dia bunuhnya ... sudah ler tak share ilmu sihir ... royan ler si Jameng ..
sudah ler jahat ... dengki tahap gaban dengan Karkuma dan Sirepahni
sampai dia guna racun untuk mandulkan Sirehpani sebab pinangan ditolak mentah
adat orang Huku .. first come first serve ... yang boleh cancel pertunangan hanya pihak lelaki sahaja ..
so ... kebetulan ada orang asing yang menganut agama Arashi dan berkahwin dengan anak jiran Karkuma .. Teggal kalau tak salah ..
lama-lama agama Arashi tu berkembang dengan eloknya ... orang pertama yang menganut ialah Karkuma sebab dia senang dengan agama Arashi berbanding agama Huku yang kejam ..

so satu hari Sirehpani surprisekan Karkuma ... darling i'm pregnant .. heheh 3 bulan wooo
wachaaa .. masa tu Karkuma umur 40 tahun and Sirephani 36 tahun happy gila babas ler .. punya lama gila dek kena racun Jameng .. so dapat ler baby boboi, nama Khaulif .. handsome siot bila dah besar ..

so konflik ada beberapa penjuru ... Jameng vs Karkuma & penduduk Naubi Arashi, puteri Sultan apa entah vs Khaulif dan Sultan vs Karkuma ..

perang pertama .. Jameng cuba kalahkan Karkuma tak dapat .. dikalahkan dengan penggunaan kunyit dan sireh .. tak puas hati then bertapa kat Gua mana entah dengan Pawang power. Angkut segala tok nenek jin bila dah habis ... eh ko ingat menang .. kalah beb ... heroes always win bak kata Waverly Earp (opps terpromote tv series Wynonna Earp pula) ..

then perang peribadi cinta puteri Sultan vs Khaulif .. ni jenis tak faham bahasa. Dah kata tak nak, tak ler terima jer lah .. tak puas hati .. dia pergi bunuh Bini .. anak si Teggal .. kemudian curi jantung Bini and disihirkan. Kira nak umpan Khaulif lah masa dikubur .. hek sihir-sihir ni syirik adik manis ... tak menang juga .. dah kena akibatnya meroyan depan cermin sebab muka berubah jadi muka Bini .. siap buang segala pakai telanjang bulat depan cermin ... dah dayang-dayang kena masuk untuk tenangkan ...

then perang Sultan vs Karkuma .. apalah sultan ni biarlah orang nak bebas beragama .. janji tak buat maksiat bagai .. agama Arashi tu ler yang bantu Sultan dari segi ekonomi dan juga peperangan. kalau tak .. takde lah menang dalam peperangan dan menawan tanah baru ... tu ler dimakan hasutan oleh Jameng jahat nak mampus ...

sebab banyak konflik dan takut Khaulif ni mati dibunuh .. Karkuma suruh Khaulif dan 2 orang anak muda untuk merantau dan menyebarkan agama Arashi. yer la kang mati takde zuriat penyambung .. so good idea lah kan ... don't worry abang Khaulif tak mati .. selamat .. dan diorang sampai ke Tanah Melayu akhirnya ...

so nak komen sikit part sex scene ... bagi saya lah kan biasa sahaja .. nak kata erotik tahap kejung takde lah .. lainlah baca buku genre erotik versi English .. contoh lah Fifty Shades series siap ada BDSM lagi Cik Jah .. takat beberapa baris sahaja .. kalau imagine pun ermm normal kot .. lain lah novel English .. details juga ler .. mahu rosak otak baca .. hahaha ... rasanya buku yang genre urban pun ada sex scene juga .. tak pun orang nak complain ... membaca ni terpulang pada individu .. kalau menghayati sesuatu novel dalam beberapa cabang .. novel tu akan jadi indah .. contoh Fifty Shades series kalau cara kasar plot pasal sex dan BDSM .. tapi kalau secara halus ... macam mana Anastasia boleh buat si Christian tu gila bayang and ubahkan dia and bantu dia mengenai masalah dalaman dia .. Anastasia ikut rentak Christian and the same time .. Christian berubah secara perlahan ..

part penggunaan bahasa agak sukar nak faham pada mulanya .. campuran dialek kan jadi bila dah lama baca tu dah kira faham maksudnya ..

so ini buku pertama baca hasil karya Raja Azmi ... not bad juga lah .. macam saya kata tepuk dada tanya selera .. pembaca tak semesti punyai pendapat yang sama ..
Profile Image for Naim al-Kalantani.
284 reviews17 followers
October 29, 2014
Aku tak menghadapi apa-apa masalah pun untuk menghabiskan Karkuma ini. Tapi kenapa pihak UIA & UiTM tak bagi Raja Azmi masuk?

Habis baca dah buku ni. So what?
Adakah bermasalah dengan penceritaan erotik yang hanya beberapa helai dikisahkan dalam Karkuma ini?

Aku tak sikit pun tergugat dengan ayat-ayat erotik Raja Azmi. Jadi kenapa beliau tak boleh masuk UIA & UiTM?

Buku ni agak pening dibaca sebab satu je; bahasanya. Bahasa perbualan dalam Karkuma dicipta sendiri, bukan bahasa melayu.

Menariknya novel ini; diceritakan mitos bagaimana keris itu dicipta. Dan bagaimana sirih itu mendapat nama 'sirih'. Dan bagaimana kunyit itu dapat mengubati wanita bersalin.

Ada beberapa perkara lagi yang Raja Azmi mengubahnya sebagai mitos. Aku terhibur dengannya.

Buku ini juga menceritakan bagaimana pergolakan apabila dua puak yang berlainan agama bertembung. Dan aku kira itu menarik sekali.
Profile Image for Munirah Mn.
67 reviews
August 16, 2019
Personally, rasa macam fantasy on another level. Gotta give credit to the author for the settings, characters and language... even though tak berapa teliti dengan certain spelling & grammatical errors. Story-wise sangat straightforward sebab dia simply good vs evil. Protagonist dia 'too good' pun ya sampai tahap rasa 'inorganic'. Ending pun tak berapa memuaskan but terima je lah haha it still serves the story.
Profile Image for Norlina Alan.
30 reviews34 followers
December 9, 2014
Aku suka gaya Raja Azmi mengolah isi cerita, dan dia berjaya membawa aku meneroka kembali zaman kegemilangan Melayu lama, dan aku boleh katakan negara yang cuba diadaptasikan beliau ke dalam novel kecil dan ringan ini adalah sebuah empayar yang cukup gah setanding dengan Langkasuka iaitu Ganganera yang daerahnya kini terdapat di sekitar Perak. Sebagai seoang Melayu aku suka gaya penulisan Raja Azmi kerana beliau banyak membawa dan mewujudkan kembali zaman kekuatan buku Melayu yang cukup santun budi bahasa walaupun dibaitkan dalam aksara. Paling menarik buku ni, apabila penulis memuatkan bahasa PERAK sebagai bahasa dialek bagi setiap watak yang diciptanya.

Tidak malu aku katakan, aku mahu buku seperti ini lagi.

Well done Raja Azmi. Drum rolls!.
Profile Image for Lokman Hakim.
Author 65 books125 followers
November 2, 2014
Jalan cerita yang mudah dan tak mencabar otak.Satu pembacaan ringan, kemas cara penulisannya. Biarpun penggunaan bahasa Melayu kuno digunakan dalam dialog ia senang difahami ditambah lagi glosari selaku rujukan. Sesuai dibaca di waktu petang bertemankan Kopi O panas (Bacaan santai bagi aku). Bagi mereka-mereka yang gemarkan cerita epik Melayu kuno dan tidak berat falsafahnya, buku ini sesuai untuk anda. Rasanya lah. Kesibukan kerja membuatkan aku lambat menghabiskan pembacaan.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews