Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saintis-Saintis Agung Islam

Rate this book
Kita semua tahu bahawa al-Khawarizmi ialah pelopor dalam ilmu algebra, tetapi tidak ramai yang membincangkan mengapa dan bagaimana beliau menemukannya? Begitu juga dengan Ibn Sina yang digelar Bapa Perubatan Moden, namun jarang sekali dibahas kajian apakah yang menjadikannya layak menerima gelaran tersebut?

Melalui buku ini, beberapa orang saintis agung Islam dipilih dan dikaji dari sudut pemikiran, pengiraan, serta dapatan eksperimen mereka. Ditulis dengan penuh ketelitian, buku ini bukan sekadar menyingkap perjalanan hidup mereka, tetapi juga mengupas pengaruh falsafah dan konteks di sebalik kajian yang mereka lakukan. Kajian-kajian yang dibentangkan juga sesuai dengan silibus sekolah, menjadikannya sumber yang bermanfaat untuk para guru dan pelajar.

Saintis-saintis Agung Islam ialah sebuah kisah tentang keajaiban ilmu, perpaduan antara iman dengan intelektualisme, serta warisan kegemilangan yang terus bergema hingga ke hari ini—menjadi inspirasi bagi generasi yang akan datang.

Paperback

Published March 1, 2025

3 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Ammar Akmal

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (83%)
4 stars
2 (16%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Nas.
17 reviews
March 12, 2025
Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian dan setiap satunya ada daya tarikannya sendiri.

Bahagian 1: Pengenalan
Bahagian ni lebih kepada pengenalan penulis. Tak banyak yang perlu dikupas tapi cukup membantu pembaca faham latar belakang buku ni.

Bahagian 2: Falsafah
Dengar je perkataan falsafah, mesti ramai yang terus rasa bosan. Tapi dalam buku ni, falsafah bukan sekadar teori kosong. Penulis bincang tentang keluasan ilmu Tuhan, kenapa ilmu tu penting, dan macam mana ilmu Yunani pengaruhi zaman kegemilangan Islam. Ada satu soalan menarik, betul ke tamadun Islam tak cipta ilmu baru dan sekadar jadi ‘orang tengah’ untuk ilmu Yunani? Isu reduksionisme dan precursorisme pun disentuh. Nak tahu lebih lanjut? Boleh rujuk muka surat 16.

Bahagian 3: Saintis-Saintis Agung Islam
Inilah bahagian paling best! Ada sembilan tokoh hebat yang diketengahkan:
1. Al-Kindi - Bukan sekadar ahli falsafah, tapi juga pelopor kriptografi! Baru tahu yang dia guna tiga teknik untuk menyahkod maklumat rahsia.
2. Al-Khawarizmi - Nama yang legend dalam dunia matematik, dikenali sebagai bapa algebra yang memperkenalkan Al-Kitab al-Jabr wa al-Muqabalah. Paling menarik bila penulis terangkan macam mana algebra digunakan dalam pengiraan faraid.
3. Ibn al-Haytham - Orang pertama yang buktikan bahawa cahaya masuk ke mata kita dan membentuk imej. Lagi hebat, semua ni dia buat masa dalam tahanan rumah!
4. Al-Biruni - Dengan hanya gunung, laut, dan astrolab, dia berjaya kira ukur lilit bumi dengan margin ralat hanya 1%!
5. Ibn Sina (Avicenna) - Ramai kenal dia sebagai pelopor perubatan moden, tapi rupanya beliau banyak menulis berkaitan ilmu falsafah.
6. Ibn Ridhwan - Mungkin tak ramai kenal nama ni, tapi dia antara yang paling lengkap merekod letupan bintang supernova.
7. Ibn al-Nafis - Orang pertama yang menjelaskan sistem peredaran darah pulmonari dan kapilari dengan tepat.
8. Ahmed Zewail - Pemenang Hadiah Nobel Kimia 1999 dan perintis teknologi femtokimia.
9. Aziz Sancar - Pemenang Hadiah Nobel Kimia 2015 yang menemui mekanisme pemulihan DNA. Kisah dia menarik, rasa terhina tengok peta pembahagian wilayah Turki Uthmaniyah jadi motivasi untuk dia jadi saintis.

Bahagian 4: Mitos dalam Sains Islam
Bahagian ni kupas beberapa mitos popular. Betul ke Eropah curi ilmu sains dari dunia Islam? Ilmu sains tak sepenting ilmu agama? Sains sekadar teori je? Banyak persoalan menarik dibincangkan dengan hujah yang padu.

Kesimpulan, buku ni bukan sekadar perkenalkan saintis Islam, tapi juga ajak pembaca faham bidang ilmu mereka. Kimia, astronomi, fizik, matematik, dan macam2 lagi. Yang best, penulis bukan sekadar cerita tentang saintis, tapi juga terangkan penemuan mereka dalam cara yang mudah difahami. Buku ni wajib baca, terutama untuk ibu bapa. Bagi anak2 baca! Boleh jadi sumber inspirasi, terutama untuk pelajar sekolah dan universiti.

Dan yang paling penting, buku ni membuka mata tentang korupsi dalam ilmu. Sekarang ni, makin ramai yang meremehkan ilmu. Anggap sains tu sihir lah, sekolah tak penting lah, 1+1 boleh jadi bi iznilah lah. Sungguh mencabar. Aku setuju dengan penulis, bila ilmu diselewengkan, kesannya memang besar. Sebab tu buku macam ni penting. Bukan sekadar untuk tambah ilmu, tapi juga untuk sedarkan kita tentang kepentingan mencari kebenaran dalam ilmu pengetahuan.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
176 reviews5 followers
September 13, 2025
Saya sangat meminati bidang sains, tak tahu lah kenapa. Mungkin kerana ilmu nya yang meluas, tidak akan pernah habis dan saya selalu kagum dengan genius-genius dalam bidang Sains. How come you are so genius ? Jealous juga dibuatnya. Tambahan lagi, kini saya bertugas sebagai seorang guru dalam subjek Biology dan Chemistry, jadinya setiap hari tu ada jelah soalan dari anak murid yang membuatkan saya tak boleh berhenti untuk menuntut ilmu. Bukanlah semata mengajar untuk mengejar silibus. 

Saya dapatkan buku ini dari PBAKL 2025 yang lalu kerana tertarik sangat dengan isi kandungan buku. Menghimpunkan nama-nama besar yang berjasa dalam bidang sains moden. Antaranya ialah Ibnu Sina (perubatan), Ibnu Haytham (ilmu optik), Al-Biruni (geodesi), AL-Khawarizmi (algebra) dan ramai lagi. Penulis menceritakan secara terperinci tentang latar belakang dan hasil dapatan kajian ilmuwan-ilmuwan ini. 

Sepanjang saya baca buku ni, selalunya terpegun dan terlintas ‘MasyaAllah hebatnya, pandainya, bijaknya’. Itulah kurniaan Allah buat mereka kan. Kita juga boleh mengambil inspirasi dari ilmuwan-ilmuwan ini untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kita. Apabila anak Adam meninggal dunia, salah satu amalan berterusan yang akan dihitung adalah ilmu yang bermanfaat. Boleh bayangkan tak, betapa banyaknya pahala mereka ini. Masya Allah. 

Penulis juga ada memberikan pendahuluan tentang falsafah ilmu dari sudut pandang beliau. Saya kagum dengan daya pemikiran yang tinggi seperti itu. Seorang yang backgroundnya sains tetapi meminati dan menghargai falsafah dalam masa yang sama. Saya memang cinta ilmu dan berharap dapat juga sumbangkan dan kembangkan fikiran saya seperti penulis juga. Buku ini diakhiri dengan soalan dan jawapan dari penulis yang menjawab soalan-soalan biasa yang diajukan masyarakat. Contohnya: ‘adakah ilmuwan Islam ‘mencuri’ ilmu dari Barat dan pelbagai lagi.  
Profile Image for Nadia Sharif.
8 reviews
April 20, 2025
Just wrapped up this gem, Saintis-Saintis Agung Islam explores powerful themes around knowledge, faith, and the Golden Age of Islam. It features 9 legendary Muslim scientists like Al-Khwarizmi (father of algebra), Ibn Sina (modern medicine pioneer), and Nobel laureates Ahmed Zewail & Aziz Sancar.

It also tackles common myths like whether Muslim scholars only preserved knowledge, or if Western science simply “borrowed” from Islamic thinkers.

One part that resonated: many early scientists were also jurists or philosophers, which sometimes held back scientific focus. It reminded me of my own SPM days, deciding between law and science. I chose law and I’m grateful for where it’s led me but this book reignited that spark for science and discovery.

Kudos to the young author, Ammar Akmal, for making history and science so accessible, relevant, and inspiring for today’s readers.

Highly recommended for students, professionals, and lifelong learners.
Profile Image for anis.
70 reviews
April 21, 2025
gaya penceritaan yang sangat menarik! sedap baca sebab dapat banyak ilmu baru. kudos to penulis kerana jelaskan dengan mendalam & mudah setiap konsep yang ditemukan oleh saintis2 agung ini.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.