Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Lost World

Rate this book
Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri.

Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup.

Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pula yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?

736 pages, Paperback

First published August 1, 2014

31 people are currently reading
401 people want to read

About the author

Helmi Effendy

25 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
176 (62%)
4 stars
54 (19%)
3 stars
26 (9%)
2 stars
22 (7%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 73 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
Read
February 7, 2022
Tak berjaya habiskan novel ni. Aku takkan bagi bintang utk novel yang tak habis baca, tak adil la sebab tak baca habiskan.

Penulis memang banyak ambil inspirasi untuk buat novel ni dari siri2 atau filem2 Hollywood rasanya. Siri TV Lost, Sir Athur Conan Doyle's The Lost World dan Filem Jurassic Park (obviously), King Kong. Aku tak larat habiskan sebab agak panjang dan meleret-leret, konflik dia tak pernah berhenti, lebih kurang setiap bab akan ada satu konflik baru, penulis pun ada inform dalam fb dia yang dia suka guna style manga, setiap konflik akan diakhiri dengan cliffhanger di setiap akhir bab supaya pembaca ternanti-nanti bab seterusnya. Begitulah novel ni, ibarat non-stop action. Sangat sesuai dijadikan TV siri bajet besar sebenarnya.

Penulis campur adukkan banyak sangat makhluk dalam novel ni, dinosaur, king kong, orang bunian, cannibal tribe, hantu. Banyak sangat, sampai agak tak sesuai rasanya, kalau fokus dinosaur sahaja dah ok dah kot. Apa2 pun, otak penulis sangat kreatif.

p/s: tak suka DNF, tapi buat apa paksa diri, hidup cuma sekali hehe



Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 19, 2015
(2.5 bintang)
Sebuah mimpi yang menarik. Sebuah mimpi yang menggoda imaginasi. Sebuah mimpi yang celaru. Sebuah mimpi yang hamba tidurkan berulang-kali kerana kelelahan dan kejengkelan. Dan, buku ini, The Lost World adalah mimpi itu.

Apa yang boleh hamba katakan tentang buku yang membuat hamba merasa berputus asa itu adalah suatu keputusan paling bahagia? Apa yang boleh hamba katakan tentang buku yang akhirnya hamba selesaikan dan nyatanya keinginan berputus asa sebelum ini tidak lebih membahagiakan dari kejayaan bertemu sehelai muka surat akhir? Buku ini memberi semua perasaan yang berlawan-lawanan itu kepada hamba.

Baiklah, sebelum hamba terdorong menjadikan ruang resensi ini sepeti diari (haha), mari hamba hebahkan apa yang hamba suka tentang The Lost World;

i) Imaginatif. Hamba suka apabila idea dan penerangan cerita ini dikembangkan dengan imaginatif sekali sehingga hamba ikut-ikutan berimaginasi. The Lost World membuat hamba merasa dekat dengan bahan cerita yang biasanya digunakan oleh orang barat dalam cerita dan filem mereka. Dan, untuk orang yang selama ini menganggap minat abang hamba terhadap filem Jurassic Park (dan seumpamanya) adalah sesuatu yang membosankan, buku ini menarik.

ii) Latar. Hamba suka sekali latar tempat dan latar suasana buku ini. Kisah yang mengambil tempat hampir keseluruhannya di sebuah pulau terpencil bernama Setiaraja. Sebuah dunia asing yang dihuni oleh pelbagai jenis haiwan pra-sejarah dari kumpulan dinosaur. Pulau tersembunyi dengan kesan tinggalan taman tema, muzium, hotel dan pusat penyelidikan dinosaur. Tidak perlu dibicarakan terus - mengujakan.

Dan, perkara yang membuat hamba banyak kali cuma menjeling buku ini tersadai di sisi katil adalah;

i) Pembentukan watak-wataknya terasa tidak semulajadi dan direka-rekakan. Tiada rasa yang jujur dan benar dalam pengisian watak-wataknya baik dari segi sifat, tingkah laku mahupun emosi. Baik antagonis atau protagonis. Ia ibarat menonton sebuah filem/drama dengan pelakon yang sangat teruk. Maaf.

ii) Terdapat isi-isi ketidaklogikan yang dimuatkan dalam jalan cerita yang sukar sekali untuk hamba abaikan tetapi itu tidak lebih mengganggu berbanding kemasukan unsur paranormal ke dalamnya. Sungguhlah, kisah alam bunian dan hantu itu telah mengganggu ekosistem cerita ini sebagai sebuah fiksi sains. Tidak cukup dengan itu, King Kong pun dibawa masuk sekali. Ugh!

iii) Sebab ketiga ini berkaitan dengan watak juga tetapi hamba merasa perkara ini terlalu mustahak untuk diberi perenggannya sendiri. Ummu Habibah. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sehingga kini hamba menanyakan soalan itu dan mencari di mana rasionalnya penulis menggarap watak penting iaitu heroin dengan secetek ini. Heroin yang digilai lima orang lelaki. Oh ya, dan seekor gorila gergasi juga. Heroin yang menempah bencana berkali-kali dan lelaki-lelaki yang menggilainya tidak pernah lelah bertemujanji dengan kematian demi menyelamatkan dia. Heroin yang menabur cemburu merata-rata setiap kali seorang lelaki yang mengilainya didekati gadis lain tetapi sudahnya dia memilih lelaki lain. Heroin yang sama sekali bukan tipa perempuan yang dapat memberi inspirasi kepada kaum wanita tentang nilai survival. Heroin yang pada hamba sama sekali tidak seharusnya dijadikan heroin.

iv) Cheesy. Banyak babak dan dialog yang pada hamba agak cheesy.


p.s Fuh, lega dapat habiskan buku ni. :)


Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
Read
July 23, 2021
First time baca buku ni rasa amat bangga. Bangga dengan penulisan karya org Malaysia yg akhirnya bagi saya mengambil berat tentang konteks novelnya. Sudah terbukti bila penulis ada beri informasi dan detail tentang dinosaur yg dihadapi diorg ketika berada di pulau tu.

Dan Watak2 nya pun menarik sangat,kisah watak masing2 walupaun tu hanya watak sampingan sangat menarik. Susah untuk membuat pembaca untuk mengambil kisah tentang watak sampingan tapi penulis berjaya membuat pembaca ambil berat terhadap watak sampingan. Jalan cerita X pernah bosan, there's always something happening. Ending dia mmg memuaskan hati.

TAPI ketika sy membaca buku ni, sy tersedar sesuatu, sy ingatkan penulis ni ambik inspirasi dari Jurassic Park. Oh boy WAS I WRONG!
Sy perasan cara penulisan dia hampir sama dgn cara jalan cerita sebuah manga, dan sy rasa sangat happy ketika itu, mungkin penulis ni minat mangga. Saya agak. Lepas tu lama2 saya baca buku ni hampir je sama dgn Manga yg pernah sy baca dulu. Lepas tu sy ade buat research skit.

DAN ALLAHU BETAPA KECEWANYA BILA TAHU BUKU NI TIRU MANGA TU: Cage of Eden. (kalau x percaya pergi arh baca manga tu skrg)

Of course lah bukan a 100 percent dia tiru TAPI RASANYA 90 PERCENT DIA TIRU. dari ke watak ke jalan cerita ke plot twistnya (dua2 plot twist Wei - yg satu pasl time travel tu satu lagi pasl watak misteri yg sebenarnya watak utama tu) sama weyh. Sius aku kata tak tipu.

Bukan watak utama 3 org tu je, even watak sampingan naim lah dan yg lain2 sbijik. Bukan tu je scene2 dia pun ade yg sbijik. (KALAU KORANG TAK CAYE KORANG G BACA MANGA TU SKRG PASTU BANDINGKAN ADE YG SEBIJIK TAK TUKAR LANGSUNG, ADA YG DIA TUKAR SKIT2) Cuma ade je scene yg tak sama sbb Manga tu echhi so fhm2 jelah and ending dia.

Sy mungkin faham kalau penulis ni at least arh bagitahu pembaca yg dia dpt inspirasi utk tulis buku ni dari manga tu. (kalau penulis ni ada sebut tlg bagitahu sy) Tapi masalahnya ni plagiarism terus ni. Kau nak kata mungkin kebetulan je kut. KEBETULAN?! 90 PERCENT PERSAMAAN DGN MANGA TU KAU NK KATA KEBETULAN!? Aku cabar kau buktikan ianya hanya kebetulan sbb mmg jelas sangat bukan.

Bukannya apa weyhh. Banyak je buku yg plagarise cerita org lain. Tapi penulis ni buat aku kecewa bukan sbb apa. Sbb dia dah bagi harapan palsu kat aku, masa baca buku ni rasa amatlah bangga dan terbit rasa harapan yg mungkin penulis2 Malaysia boleh mencapai bestseller international kalau kita ade lebih banyak penulis yg bagus seperti Helmi ni. Tapi bagai ditakdirkan, sy didehakan dgn 'kebenaran' di sebalik novel yg amat hebat ni.

Suatu hari nanti, sy pun bercita-cita untuk menulis cerita sndiri. Tapi boleh bayang bila org ambik kisah org lain dan claim benda tu sebagai ilham dia sendiri. That's low. Just really low. And I am very disappointed.

Rasanya x nak dah baca Helmi punya novel pasni sbb takut dikecewakan lagi, kalau korang boleh yakinkan utk baca karya dia, cubalah yakinkan aku. Mana tahu hati ni terbuka utk memberi penulis ni peluang kedua.

Tapi buat sekarang ni, hatiku tertutup buatnya.

-----Hey, this is me from the future. Pembetulan sedikit, dalam manga tak dinyatakan yg watak misteri itu tidak dibongkarkan identitinya (twist tu hanya teori fans shja kerana manga tu kena cancel so the ending was quite rushed dan misteri tu sampai skrg tak diselesaikan mangaka). Takleh lah jugak nak kata 90 percent sbb bila reread balik manga tu, sbb manga ni punya fanservice pun dah termasuk 90 percent kontent manga tu sndiri. Syukurlah helmi tak ikit bab tu. Perkembangan watak pun dibuat lain sedkit jika dibandingkan dan sejujurnya jauh lebih suka apa yg helmi buat, same with the ending, and with a few events. Tambahan lak manga tu sedikit panjang bila reread balik lebih suka plot cerita ni berbanding yg manga tu sejujurnya - dia ada divert skit. Tapi tu lah it's hard to not get upset at him for not giving credits when it's due------
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
August 6, 2020
Sebuah novel yang dikategorikan sebagai novel seram, tapi bagi saya, lebih kepada sebuah novel bergenre aksi-survival. Penulis nampaknya banyak mengambil inspirasi dari siri 'Lost' dan 'Jurassic Park' untuk membina plot novel ni.

Plot novel ni sangat menghiburkan dari mula sehingga tamat, penuh dengan aksi dan drama (cinta dan persahabatan). Mengisahkan tentang sekumpulan individu yang terselamat selepas kapal terbang yang mereka naiki terhempas di sebuah pulau misteri yang dihuni pelbagai dinosaur yang sepatutnya telah pupus. Watak2 utama seperti Afiq, Saiful Hawiz, Tengku Nazariff, Ummu Habibah, Ahmad Naim, dan lain-lain harus berkerjasama untuk terus hidup serta untuk membongkar misteri kewujudan pulau tersebut. Kemunculan individu misteri bergelar Qarin yang cuba memporak-perandakan kumpulan mereka menambahkan lagi unsur misteri. Novel ni akhirnya diakhiri dengan plot twist yang tak terjangka. Nice...

* Kalau buat drama bersiri ala2 series omputeh pun power ni. Tapi agak mustahil dengan taraf industri perfileman Malaysia...
* Berjaya jugak habiskan baca buku ni, setelah hiatus sejak 2016...
Profile Image for Zaff Zahidi.
1 review1 follower
August 13, 2014
The Lost World pada pendapat saya adalah sebuah novel yang sangat menarik dimana Penulis, helmi pandai bermain dengan emosi pembaca.selain jalan cerita serta watak yang menarik,pembaca juga akan tertanya tanya setiap kali membaca TLW dan terbawa bawa ke dunia realiti.Bagi saya TLW adalah karya kedua Helmi yang sangat bagus dan harus dimiliki oleh setiap penggemar novel.
Profile Image for Angelos Fernandes.
1 review4 followers
August 13, 2014
A fast-paced action masterpiece propelled by Helmi Effendy here deserves a best-selling reception. I would recommend this to any reader out there who knows Malay Language. It revolves around friendship, love, survivalism and the best click is how the elements of nature can be a man’s worst nightmare, putting a “lost world” ingredient into the cookies that would take our breath away.
2 reviews
August 13, 2014
Pertama, penulis terlebih dahulu telah memberikan kebenaran untuk saya untuk membaca karya ini terlebih awal. Apa yang saya boleh katakan, saya suka peningkatan yang dicapai dalam penulisan ini. Saya juga bagaimana kelemahan di dalam ET yang diperbaiki dengan cukup baik kali ini.

Saya suka bagaimana penulis pandai bermain dengan watak-watak yang di man merupakan kelemahan terbesar penulis ketika menulis buku ET. Saya suka watak Dr Izwan yang matang, saya suka watak Saiful Hawiz yang dingin, saya suka watak perempuan seksi dan bandar yang annoying macam Nazura, saya suka watak ceria dan setia kawan seperti Zaff dan Afiq. Saya suka watak Ummu yang begitu terserlah sifat keibuannya ketika bersama dengan Karl seorang budak kecil. Dan saya suka bagaimana penulis mengajak kita mengupas misteri di dalam novel ini satu persatu.
Profile Image for Joey Karman.
1 review
August 13, 2014
Saya ialah peminat dinosaur, dan sepanjang saya menjadi seorang pembaca. Melihatkan novel ini diilham, cukup untuk saya mengatakan bahawa ini ialah karya yang sangat menarik.

Secara jujur, ketika mula membacanya di iliham, saya dapati karya ini dimulakan dengan gambaran awal daripada penulis mengenai watak-watak yang bakal terdampar di sebuah pulau akibat pesawat yang terhempas. Sudah diberitahu pelbagai jenis ragam manusia bakal didepani oleh pembaca.

Dan apa yang digambarkan memang tepat, watak-watak di dalam cerita ini menghidupkan jalan cerita. Kekuatan cerita ini pastinya watak di dalam novel ini, tak lain dan tak bukan!
Profile Image for Rhea Amaryllis.
1 review10 followers
August 13, 2014
 Jika anda pernah membaca Epidemik T, anda akan rugi jika tak membaca karya kedua Helmi Effendy ini. Lebih matang, lebih berani, lebih kreatif. Helmi bijak bermain dengan emosi pembaca. Anda akan teruja sehingga ke muka surat terakhir untuk menjawab persoalan "Siapakah Qarin?"

TLW will keep your adrenaline pumping all the way!
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
January 24, 2023
"Lebih baik kita mati mencuba daripada mati sia-sia."

The Lost World mengisahkan kemandirian sekumpulan manusia setelah penerbangan mereka terhempas di Pulau Setiaraja yang dihuni pelbagai makhluk yang telah pupus dan juga dianggap mitos. Dalam usaha mereka untuk keluar dari pulau itu, ada entiti yang cuba untuk mengancam nyawa mereka.

Novel ini bermula dengan baik kerana penulis tidak mengambil masa lama untuk terus membawa pembaca merasakan detik cemas tragedi itu selepas pengenalan watak-wataknnya dan terus ke babak pasca tragedi. Tetapi bermula pada awal sukuan kedua novel, penulis mula memasukkan plot sampingan yang kebanyakannya tidak berkaitan dengan plot utama, adapun hanya pada beberapa perenggan akhir setiap bab yang membuatkan pembaca tertanya-tanya dan teruskan pembacaan. Jika pembaca ingin menjimatkan masa, boleh sahaja terus anjak ke sukuan terakhir novel ini di mana akan ada ringkasan cerita sehingga bab tersebut. Lebih baik penulis menyalurkan patah perkataan tersebut pada penamat novel ini yang disimpulkan dengan begitu terburu-buru tanpa penjelasan yang lebih konkrit terhadap perkara sebenar yang berlaku. Perkara ini menjadikan momentum pembacaan terganggu oleh kerana konflik tersebut kebanyakannya tidak menyumbang kepada pengembangan plot. Walaupun plot sampingan itu merupakan cara penulis bagi pembangunan watak, namun ia dirasakan tidak memberi impak dan menyukarkan pembaca untuk berasa empati terhadap watak-watak yang ada. Penambahan ini juga sepatutnya cara penulis untuk meningkatkan lagi keterujaan ketika membacanya supaya penceritaan tidak mendatar, tetapi dirasakan gagal kerana penulis begitu terdesak untuk menyelitkan tema percintaan di dalam novel ini. Ini kerana boleh dikatakan setiap dialog yang mengekspresikan cinta dalam perhubungan cinta bersegi antara watak-wataknya kedengaran begitu janggal dan diucapkan terlalu kerap. Tambahan pula, waktu dialog itu diselit pada tika yang kurang sesuai dan ini menyebabkan penghayatan ketika membacanya banyak kali terganggu. Masalah ini berulang lagi sekali selepas apa yang berlaku di Epidemik T, dengan harapan penulis membuat penambahbaikan untuk The Lost World. Kedua-dua karya ini ada potensi yang besar melalui premis yang menarik tetapi gagal dalam pelaksanaannya. Tambahan pula, novel ini mempunyai bilangan mukasurat yang tiga kali ganda lebih banyak berbanding Epidemik T tetapi sepertinya tiada penambahbaikan, menjadikan The Lost World lebih mengecewakan.

Walaupun banyak kekurangan novel ini, masih ada yang bagus seperti bagaimana penulis menyentuh perihal hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang ampuh merupakan teras utama untuk kemandirian manusia. Penulis juga ada mengetengahkan bahawa berat mana sekalipun dugaan yang datang, haruslah ingat Sang Pencipta sentiasa ada serta seburuk manapun takdir yang berlaku, ia merupakan ketetapan-Nya. Moga penulis dapat perbaiki lagi apa yang perlu dan tidak berhenti berkarya.

2🌟/5🌟
Profile Image for Fikrib.
26 reviews3 followers
October 19, 2014
Yang best2 ramai yang dah ulas.Disini aku hanya letak bahagian yang xbest:

Digambarkan kapal terbang hilang kawalan jatuh terhempas terbelah dua,satu keajaiban kerana hampir separuh iaitu 173 penumpang yang terselamat.Aku layankan sahaja imaginasi ni.

Penggunaan nama latar/tempat perlu mudah untuk lebih mesra dan meningkatkan kefahaman pembaca.

Aku tak suka bila sampai 5 orang minat dan berebut Ummu.Kurangkan unsur cinta, fokus kepada usaha survival kat pulau tu.Nasib baik novel ini dialognya bagi aku tidak menguasai keseluruhan novel dan tidak meleret serta seimbang dengan naratif.

Siapakah 3 lelaki (kalau penumpang flight,ada pistol tu) yang cuba merogol Cik Mia? Sampai sudah aku tak temui jawapannya.

Teknik imbas kembali ada beberapa bahagian yang aku rasa menambahkan ketebalan novel ni dan tidak perlu.

Aku ingin lihat dan harap penulis lebih fokus mengembangkan cerita di penghujung kat Dino Park yang ada 4 tempat/bangunan tu.

Dr Izwan pakar bedah otak telah memberi “aspirin” kepada Ummu,digambarkan ketika itu pesakit mengalami pendarahan hidung&telinga serta demam tinggi.Aspirin adalah kontraindikasi bila ada bleeding macam tu.Lebih baik penulis menggunakan panadol(paracetamol) sahaja.

Penggunaan 3X perkataan “lautan” manusia kurang tepat mengambarkan jumlah ramai

Keseluruhannya,aku berpuas hati membeli dan membaca novel ini.Cuma aku masih samar-samar tentang Qarin.Aku menanti prekuel novel ini,semoga dapat kekalkan momentum dan menghasilkan karya yang lebih baik. 3.¾ bintang.
 
 
 
 
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
May 6, 2015
3.5*
Kagum dengan penulis sebab mampu hasilkan karya genre ni dalam ketebalan lebih 700+.
Kisah ini memang menarik. Tiada yang salah. Cumanya pembacaan saya terganggu dengan babak hantu bagai. Rasanya kalau tiada babak tu pun ok je kot. Apa2 pun tahniah buat penulis!!!
Profile Image for Lingsir  Wengi.
1 review1 follower
October 15, 2014
Bila membaca The Lost World ni, mengingatkan saya pada beberapa buah karya di luar sana. Senang kata, The Lost World ialah combination pada cerita-cerita berikut.

1. Jurrasic Park (Elemen Dinosaur dan Taman Tema berasaskan Dinosaur)

2. Lost (Elemen terperangkap di tengah-tengah pulau akibat pesawat terhempas, setiap watak ada kisah hitam mereka tersendiri dan lambat laun harus berdepan dengan kisah hitam yang mereka tinggalkan di tanah besar (boleh didapati pada kisah ketika mereka di tanah perkuburan dan kebanyakan flashback yang menyerupai Lost)

3. Cage Of Eden (Elemen terperangkap di tengah-tengah pulau akibat pesawat terhempas, beberapa watak menyerupai manga COE dan terdapat sedikit elemen COE digunakann seperti watak misteri dan chery beracun. Bagi saya watak2 yang punya persamaan itu adalah cliche dalam cerita thriller. Rujuk Cabin In The Wood, sebuah karya satira yang menyindir cerita thriller horror. Kebanyakan cerita Thriller Horror pasti akan memaparkan watak-watak seperti berikut:

a. Si Jejaka yang kuat dan menjadi hero
b. Si Genius
c. Si Perempuan Yang Baik dan Heroin
d. The Bitch (Perempuan yang jalang)
e. TroubleMaker

4. King Kong (Elemen King Kong dimainkan dalam novel ini, ketika pertemuan Ummu dan Hitam. Tetapi terdapat twist di dalam cerita ini di mana King Kong TLW berbeza dengan mana-mana King Kong yang pernah dibawa dalam dunia karya. King Kong yang merupakan manusia biasa tetapi menjadi mangsa eksperimen pembina taman tema itu.

5. Smallville dan Supernatural (Kisah mereka digigit serangga pelik lalu bertukar perangai itu banyak dimainkan dalam TV Series Smallville. Kisah Alternate Reality pula banyak dimainkan dalam Smallville dan Supernatural. Sebagai contoh, ketika Zaff terperangkap di alam bunian. Elemen Alternate Reality dimainkan dengan sangat baik, menggunakan premis alam bunian. Saya suka)

6. Apocalypto dan Predator (Adegan kejar mengejar antara Zaff dan penduduk alam bunian mengingatkan saya pada dua buah filem, iaitu Appocalypto sebuah filem mengisarkan mengenai Tamadun Maya, dan ketika hero dikejar di dalam hutan oleh musuh mereka. Serta filem Predator yang turut memainkan elemen yang sama.)

7. Lord Of Flies (Ada beberapa bahagian dalam cerita ini, penulis cuba menggambarkan kepada kita bahawa manusia adalah musuh paling utama dan jijik sekali berbanding dengan penghuni di atas pulau itu. Kisah Echad, Kisah Qarin, Kisah Hafeez dan Taufiq, Kisah Razali Ahmad - adalah percubaan penulis cuba menunjukkan sisi buruk manusia apabila mereka terperangkap di sebuah pulau, maka mereka akan menjadi makhluk yang sangat kejam dan jijik. Elemen ini memang dimainkan dengan sangat kuat dalam Lord Of Flies, sebuah novel yang turut memainkan kisah yang sama. Sebuah pesawat terhempas di sebuah pulau, lalu mereka cuba untuk survive di atasnya)

Komen Saya: The Lost World memang boleh dikatakan sebagai sebuah kombinasi daripada karya-karya di atas, tetapi saya cukup suka bagaimana elemen-elemen dari karya berbeza itu dipinjamkan, lalu digabungkan membentuk sebuah kisah yang sangat menarik, mampu membuatkan pembaca hook dan terus membaca, dan kemudian plot itu dileraikan pada penghujungnya dengan gaya yang cukup kemas.

Syabas penulis!

The Lost World: Jurrasic Park + Lost + Cage Of Eden + King Kong + Smallville + Supernatural + Predator + Apocalypto + Lord Of Flies


Profile Image for Yang Terharu.
1 review
September 19, 2014
Aku agak skeptikal sebenarnya pada awal-awal aku beli buku ni. Well, aku dah baca ET dan secara jujur, bukan kena dgn jiwa aku. Terlalu childish, naratif yg sgt teruk, penceritaan yg aku nmpk tergesa-gesa, terlalu bnyk pengaruh video game. Tapi ada sorang kwn (awek cun) yg dok paksa aku baca. Bila tengok nama Helmi Effendy, aku jd mcm arghh... budak ni punya cerita ke? ET sangat teruk pd pndpt aku.

Tapi memandgkan cerita ni dipuji, dan aku pun usya kat goodreads setiap review yg diberi, maka aku beranikan diri aku utk mencuba. Manalah tau ada peningkatan ke apa.

Guess what?

Aku rasa macam, betul ke Helmi Effendy tulis ni? Kalau dlm ET watak sgt mendtr, tapi dalam TLW, aku nmpk watak2 yg sgt warna-warni. Plot dia pula lebih tersusun, dan aku sgt suka sub-plot di hujung setiap bahagian cerita ni.

Seorang llki berkelubung hitam memberi ucapan pada setiap watak yg terbaring dalam kubur. Sub-plot akhirnya terungkai dalam penghujung cerita bila imbas kembali yg ringkas tetapi cukup menggambarkan sebuah alternate reality yg mungkin berlaku dalam cerita ni kalau Qarin tak muncul. Dan di situ kekuatan sub-plot yg diletakkan. Kalau ini merupakan eksperimen oleh Helmi Effendy, kau berjaya bro.

Itu belum aku cerita bab kejar-mengejar dalam hutan antara Zaff dgn org bunian. Serius bro, aku suka plot twist di hujung cerita bunian ni, bila zaff pula jd pemangsa, dn org2 bunian tu jd mangsa.

Aku memang betul2 kagum dengan satu episode, cerita pasal satu serangga yg gigit orang, perangai orang tu berubah. Kau sekali lagi buat aku berfikir, jadi, inilah sisi gelap yang wujud dalam setiap watak dalam cerita ni? Tapi aku agak hampa bila kau hanya buat beberapa watak yg kena gigit. Aku nk sgt tgk Naim kena gigit... nak tgk perangai bodoh sombong dia tu, mungkin jadi rendah diri ke kena gigit?

Tang jumpa hantu kat kubur pulak, kat situ kau mengajar pembaca untuk kenal bahawa setiap orang ada masa silam diaorang. Dan kadang-kadang kita mcm lari dari masa silam kita, membuatkan benda tu memburu kita.

Bro... cerita ni sgt berbeza drpd ET. Aku nampak sisi yang lain HELMI EFFENDY!!!
1 review
August 13, 2014
Jujur daripada saya, ketika membaca novel ini, saya agak skeptik dengan karya seperti ini, kerana dalam fikiran saya, mesti saling tak tumpah macam Lost, Cage Of Eden, Lord Of The Flies, dan karya survival yang lain.

Namun bila membacanya, saya mula menukar fikiran saya. Bagi saya penulis cukup bagus menulis sebuah cerita yang sangat menarik. Watak di dalam novel ini mengingatkan saya pada manga Cage Of Eden dan drama TV Lost, tetapi ianya dalam keunikan tersendiri kerana ianya dikembangkang jauh lebih baik daripada mangsa dan drama TV itu.

Saya suka penulis bermain dengan emosi pembaca apabila banyak bermain dengan flashback dan kisah silam watak-watak dan apa yang membuatkan pulau itu mengubah mereka. Saya suka dialog-dialog yang dituturkan berbeza mengikut perwatakkan di dalam ini.

Saya paling suka si genius bernama Naim.

"So childish..."
Profile Image for Zaki Zaif.
1 review1 follower
August 13, 2014
Novel The lost world karya Helmi Effendy begitu unik dan kreatif kerna beliau bukan sahaja bermain dengan fakta-fakta sains dan lagak aksi, malah beliau juga turut menampilkan elemen alam mistik dan seram yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat nusantara. Gurapan cerita yang begitu kreatif hingga membuatkan fikiran pembaca seakan diprovok dalam meneka hala tuju cerita ini. Andai anda merasakan pengakhiran cerita ini cliche dan boleh dijangka, anda silap. Jalan ceritanya tidak hanya tertumpu pada tragedi yang menimpa watak dalam cerita, namun ia juga turut menceritakan persoalan-persoalan kehidupan, kekeluargaan, persahabatan, cinta, dan pengkhianatan. Setiap watak punyai fungsi dan peranan yang tersendiri dalam membongkarkan misteri yang membelenggu mereka untuk mencari jalan keluar. Satu eksperimen yang berjaya dari Helmi Effendy. Syabas!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 20, 2019
[BOOK 5]

The Lost World by Helmi Effendi.
.

First of all, thanks to PNM. Ku pinjam buku ni ngan Perpustakaan Negara Malaysia. So, baca ebook je. (Untuk sesiapa yang suka baca ebook, boleh pinjam ngan PNM. Tapi takde la semua buku ada kat situ. Only selected books.)
.

Bagi aku, cerita ni menarik. Penulis menggabungkan kesemua idea menarik bagi menghasilkan buku ni. Para pelajar Universiti Tun Dr Mahathir dalam penerbangan ke Langkawi. Tapi, kapal terbang yang mereka naiki terhempas di sebuah tempat yang tidak tercatat dalam peta dunia. 'The Lost World'. Kat sini, mereka terjumpa pelbagai spesis binatang prasejarah. Contohnya dinasour. Dan kira macam hebat la ada segelintir mereka yang tahu nama dinasour tu. So, ni ialah perjuangan mereka untuk mencari jalan pulang.
.

Dalam ni, ada ramai watak yang pada awal cerita, boleh buatkan ku confuse. Tapi, lama-lama, ku dah boleh match kan perwatakan dengan identiti mereka masing-masing. Dan setiap seorang daripada mereka ada peranan masing-masing.
.

Dan cerita ni ada twistnya. Macam mana mereka yang berada pada tahun 2007, tetiba dikhabarkan bahawa sekarang ialah tahun 2027. Padahal mereka baru 'hilang' selama 4 bulan. Dan kemunculan Qarin yang mengaku sahabat mereka di tempat tersebut pun sangat misteri. Siapakah Qarin?
.

Bagi aku, cerita ni best. Tapi, ku lebih suka kalau cerita ni berfokuskan survival dorang di sana. Dan kurangkan atau tiadakan langsung kisah cinta dalam ni. Imagine, Ummu Habibah digilai oleh 5 orang lelaki. Dan aku menyampah ngan Ummu ni. (Ni bukan dengki, yer). Disebabkan Ummu, dorang ni asyik ada masalah je. Dan Ummu ni pulak, tak boleh tengok bila Afiq bersembang ngan perempuan lain, padahal, kau sendiri pun dah memilih Zaff. Haishhh.. Budak ni. Dan kisah cinta bersegi-segi dorang ni pun dah makan banyak pages.
.

Dan ku suka kalau bahagian ending, diceritakan lagi, apa sebenarnya yang berlaku selama 20 tahun tu. Macam mana kawasan ni dibina? Apa jadi ngan 2 orang yang dalam video tu? Dan ku curious tentang Hazira sebenarnya. Kenapa dia macam kenal Qarin? Macam mana?
.

Overall, kalau sukakan kelainan, bolehlah baca.
Profile Image for Azrul Nizam.
1 review67 followers
September 3, 2014
Saya upkan semula review yang saya berikan kepada Penulis disini.

Assalamualaikum bro Helmi

Aku dah habis baca novel TLW. Novel ni memang best bro. Aku tak ambil masa yang lama untuk habiskan baca novel ni lebih kurang sehari lebih. Jalan cerita yang sungguh menarik, bermain dengan emosi pembaca. Emosi sedih, cinta, ngeri, persahabatan serta aksi mewarnai setiap kisah yang ada.

Membaca novel ni membuatkan aku seperti nak merasai suasana yang tertulis dalam novel ni. No happy ending seperti yang ko cakapkan dan seperti kebanyakkan yang mungkin pembaca harapkan. wawawa.

Terbayang kalau novel ni diadaptasi menjadi sebuah filem 4D. Penonton dibawa seolah2 berada dalam situasi yang sebenar. Fuh!! Pasti GEMPAK bro.

Jujur aku cakap aku lebihkan sukakan dialog dan jalan cerita asal yang disiar di karangkraf diantara watak Afiq dan Ummu kerana dalam novel ianya diubah sedikit jalan cerita.

Dalam banyak-banyak watak aku lebih sukakan watak Afiq. Semangat setia kawan ditonjolkan, pengorbanan demi sahabat dan juga orang orang yang dia cintai.

Bagi aku tak salah jika pembaca harapkan happy ending. Kerana itulah sifat manusia walaupun pada hakikatnya tidak semua begitu.

Aku terfikir bagus juga jika pada babak terakhir ditampilkan dua versi yang berbeza sad ending dan happy ending pada watak Afiq yang mana Afiq berjaya memiliki Ummu. Perkara ni pernah berlaku dalam drama Sanay Wala Ng Wakas yang menampilkan 2 ending yang berbeza kalau tak salah aku. Setiap jejaka berjaya memiliki gadis tersebut dalam versi masing-masing.

Apa2 pun tahniah aku ucapkan kerana berjaya menulis novel yang sungguh menarik. Tak sia-sia aku baca novel ni. Aku bagi 5 bintang bro. hehehe
Profile Image for Ludin Junior.
1 review
September 1, 2014
The Lost World karya terbaru Helmi Effendy mengisahkan sekumpulan penumpang kapal terbang terhempas di sebuah pulau asing. Di situ mereka mengalami bermacam-macam kejutan dan peristiwa yang menguji persahabatan, setiakawan dan erti pengorbanan.

Plotnya bergerak pantas dan tidak mengambil masa lama untuk pergi ke adegan seterusnya. Umpama sebuah filem aksi pengembaraan, watak-wataknya dihidupkan dengan dialog yang begitu banyak tetapi ringkas dan padat. Kenangan silam yang diceritakan menerusi imbas kembali bukan saja mendekatkan pembaca untuk mengenali sesuatu watak itu tetapi juga memberi sedikit kerehatan kepada pembaca setelah turut sama merasakan debaran yang dialami watak-watak tersebut.

Meskipun ketebalan novel ini menjangkau sehingga 721 muka surat, tetapi plotnya disusun kemas dan teratur. Ludin tidak mahu menyentuh tentang plot mahupun sub plot, apatah lagi tentang pengakhirannya yang tragis dan penuh suka duka. Ludin mengharapkan TLW mempunyai sekuelnya (menurut penulis akan dibuat prekuel). Sekuelnya mungkin sukar disebabkan penamatnya telah diceritakan, namun ludin percaya penulisnya mampu memberikan kesinambungan terhadap sebuah karya yang bermutu itu.

Kesimpulannya, karya TLW ini memang mengujakan. Sekiranya anda seorang yang tidak suka membaca novel yang meleret-leret, The Lost World adalah pilihan terbaik yang menjanjikan sebuah dunia pengembaraan hebat. Jangan dibandingkan dengan Jurassic Park atau mana-mana karya seumpamanya kerana novel ini adalah satu-satunya di Malaysia. Tahniah Helmi Effendy

Rating: 4/5
Profile Image for Nur Arasy.
1 review59 followers
September 28, 2014
Baru selesai baca TLW. Tahniah bro dan terima kasih sebab menghasilkan karya sebegini. TLW merupakan novel pertama yg aku dpt habiskan dlm masa yg singkat... biasa novel2 tebal camni amek masa berbulan-bulan nak habis sebab cepat hilang fokus, kalau dalam BI lagi laa sampai setahun kadang2... haha... Aku suka cara susunan plot dia, sangat menarik dan teratur, gambaran mengenai watak, makhluk dan tempat juga sangat terperinci, walaupun banyak dinosaur yang aku tak kenal tapi melalui gambaran yang diberikan, bayangan aku hampir kepada yg asal. Cuma kadang2 aku rasa macam dialogue dia agak generic (mungkin perasaan aku je kot.. hehe...).

TLW bukan sahaja memberikan jalan cerita yang menarik tapi pelbagai ilmu yang dapat dipelajari bagi sesiapa yang mengerti. Melalui TLW gak aku dapat belajar pasal dinosaur, sains, dan sejarah. Setiap kali baca TLW, terbayang macam tengah menonton siri Lost atau The Walking Dead.

Harap2 lagi 5-6 tahun akan datang dengan kemajuan teknologi dan tenaga pakar di Malaysia, novel ini dapat dijadikan TV series.

Teruskan karya2 sebegini bro... Rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu dikembangkan lagi otak mereka. tak kira genre apapun yang bro tulis pastikan terselit pelbagai ilmu tersirat/tersurat didalam dia macam novel TLW nih. FIGHTING!!

1 review
August 31, 2014
Saya mendaftar ke goodreads semata-mata mahu meninggalkan komen ke atas karya hebat ini. Secara jujur, selepa smembaca ET, saya tidak langsung meletakkan sebarang harapan kepada TLW, dan membacanya pun atas sekadar rekomen daripada rakan-rakan yang lain.

Tetapi saya dipersembahkan dengan seBuah kisah di mana setiap plotnya dirancang dengan sangat-sangat hebat. Setiap arc yang dipersembahkan di dalam novel ini adalah diperlukan untuk mengupas setiap misteri atau perkembangan watak-watak di dalamnya.

Penulis telah banyak melakukan peningkatan daripada Epidemik T ke The Lost World. Penceritaan yang begitu teliti, digambbarkan sehingga kepada penggerakan kecil seperti herotan di wajah, jari-jemarinya yang menggigil sehinggalah kepada penceritaan emosi. Meski belum cukup sempurna, tetapi ianya adalah satu graf peningkatan yang sangat mengangumkan. Bandingkan The Lost World dan Epidemik T, anda akan lihat betapa penulisnya meningkat gaya penulisannya.

Syabas Helmi Effendy. Saya menanti karya anda yang akan datang1
Author 2 books29 followers
January 1, 2015
walaupun novel ni kita tgk tajuknya mcm dah boleh agak kisahnya mcm mana, sebab dah ala2 jurasic park lost world,tp sungguh x bosan bila baca. garapan penulis buat aku nak tau sampai akhir. imaginasi tu yg penting. aku x rasa genre ni sesuai diletakkan sbg genre seram sbb xda seram pun. mungkin lebih pd fantasi kut. ada sikit typo je.
Profile Image for Sarah Zubira.
2 reviews
August 24, 2014
This book really surprised me, there's a beautiful combination of a different type of people that used to hate each other (and ended up protecting each other), dinosaurs, killing, a hint of the parallel world, ghosts and of course a little dash of love in between..but hey it's all in the right dose. If you love Jurassic Park, King Kong & Lost, this is a must read!
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
September 18, 2015
Aku putus asa nak habiskan novel ni. Sampai tengah, aku lost. Aku try cari mood nak baca, tapi makin lama makin hilang rasa.

1 bintang untuk idea menarik penulis.
1 bintang untuk usaha penulis siapkan novel ni.

p/s : harap penulis lebih berhati-hati dengan penggunaan tatabahasa, penjodoh bilangan dan simpulan bahasa beliau. Sebab ada pembaca yang menilai dari sudut tu.

Tahniah.
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
June 25, 2024
Setelah sebulan aku perap buku ini, akhirnya selesai juga! Itupun sebab aku curi2 baca time kerja.

Awal sekali aku nak bagitahu, aku cuma kritik buku bukan penulisnya. Aku suka konsep and idea buku ini, memang tak dapat dinafikan penulis sangat hebat dalam berimaginasi.

Aku sebenarnya nak complain pasal font buku ini sebab tbh, font buku ini amat susah sikit nak fokus bila baca (maybe sebab tebal) i am not sure.

And... i am so sick of love story. aku minta maaf, aku agak serabut bila babak percintaan antara tiga sahabat ini muncul. Rasa macam ??? ko biar betul. Buku ini aku suka bab Tengku Nazarif ke apa nama dia jumpa 'kembar' kawan2 dia. That one really break my heart sebenarnya. Time diorang bergaduh pasal love ini kan, aku rasa geram juga sebab orang lain stress pasal nak hidup, kau boleh berebut. aku pun tak sure Ummu ini suka siapa sebenarnya.

Plot twist? idk.. rasa macam ohhh.. tapi bila part reveal Qarin aku macam HAAA?? lepastu time dia explain what actually happened memang aku mind blowing ler (ToT)

Tapi aku sukalah semua watak dalam ini ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Mungkin bagi kita as pembaca, apa yang berlaku tak logik or what the characters did is wrong tapi kalau kita dekat tempat diorang? I think kita akan jadi lebih teruk.

The ending is......... meh. Ending rasa macam rushing tapi ending itu aku okay HAHAHAHAH.

okay itu jelah. goodluck author. minta font itu jelah please ubah (ToT)
1 review
May 1, 2015
akhirnya, setelah novel TLW ini sampai ke tangan saya sejak 01 Oct 2014, hari ini (04 Oct 2014), tepat jam 1658 saya akhirnya tamat dalam pengembaraan yang menjadikan persahabatan, cinta, ketabahan dan kecekalan sebagai tapak utama novel ini.

Ketika mula menghadap novel ini, saya sudah dibayangi plot-plot penting TLW sejak dari awal kerana penulisnya, HE telah sekian lama menjadikan sinopsis pada bab-bab tertentu sebagai pembuka selera kami , iaitu rakan-rakannya di FB.

pada awal penceritaan, penulis begitu bijak sekali menggambarkan aksi gugup setiap penumpang MH707 yang terhempas di pulau misteri, iaitu Pulau Setiaraja.

Semakin dibawa ke arus penceritaan yang dasyat, bagaimana dinosaur pada zaman dahulu begitu banyak bertebaran dan membunuh rakan-rakan Afiq, Ummu, Zaff, Dr. Izwan dan ramai lagi.

Saya sangat seronok mengenal setiap satu nama dinosaur yang diceritakan oleh HE. Setakat yang dicatat oleh saya, sebanyak 28 jenis dinosaur yang menjadi latar belakang haiwan zaman sejarah yang menggangu mereka yang terdampar di pulau rahsia ini.

Antaranya Velociraptor, dinosaur yang IQ nya lebih bijak dari ikan lumba-lumba. Seterusnya, Cyclotosaurus yang menyerupai buaya tetapi saiznya yang agak kecil dan kulitnya bewarna biru. Dan antara dinosaur yang menarik minat saya ialah T-Rex, iaitu pemangsa yang terhebat sepanjang zaman. Terima kasih kerana memberikan saya pengetahuan yang luas berkaitan jenis-jenis dinosaur dalam novel yang betul-betul bermanfaat ini. Hanya RM28.00 dan anda semua mampu meneroka ke alam pengembaraan penumpang MH707 ke Pulau Setiaraja.

Bagaimana kisah si Arwah Afiq yang diibaratkan seperti wira kepada rakan-rakannya. Sungguh, saya tidak menyangka Qarin itu ialah Afiq. Sekali lagi, HE bijak bermain dengan emosi para pembaca agar terus setia mengembara ke dalam TLW bagi mencari siapakah Qarin yang durjana itu.

Antara bait yang saya paling tersentuh, adalah ketika Afiq berkata " Cinta bukan untuk dimiliki, kebahagiaan itu boleh sekadar memerhati dari jauh". Sungguh terkesan terhadap apa yang dirasakan Afiq terhadap cintanya yang mendalam kepada Ummu. Namun, Zaff yang menunjukkan rasa cinta yang lebih mendalam kepada Ummu menjadikan Afiq pasrah, pasrah dalam memperjuangkan cintanya.

Garapan HE dalam novel hebat ini, menjadikan saya mengembara ke dalam fantasi yang HE cipta sendiri. Walaupun ada unsur King Kong dan Jurassic Park, HE bijak membezakan ideanya yang tulus dan asli itu. Ketika Ummu berbicara dengan Hita, haiwan yang berbulu dan besar itu (gorila), ianya jelas menunjukkan haiwan dan manusia boleh jadi kawan. Dengan syarat, kita tidak menganggu gugat habitat mereka. Sungguh terkesima dan berada di dalam emosi Aisyah pabila meneliti bait-bait karangan HE yang mana Hitam mengangguk kefahaman tentang apa yang sedang Ummu ceritakan.

Sungguh, saya seronok sepanjang berada dalam pengembaraan yang diilhamkan dari Pengarang Muda Malaysia, Helmi Effendy. Sejak dari Epidemik T (karya pertama beliau), karya yang kedua ini menunjukkan sisi kematangan HE dalam menggarap plot-plot yang menduga akal dan jiwa saya.

Saya ambil masa yang lama (4 hari untuk menghabiskan novel ini kerana terbatas dek waktu kerja dan tuntutan lain yang seharusnya saya bereskan dahulu. Selalunya, ketika saya sekolah dahulu, novel sebegini dapat saya habiskan hanya sehari. Tidak mengapalah, banyak yang saya dapat belajar dari novel ini. Tak semuanya yang kita ingikan akan kita dapat dalam hidup kita, akan tetapi apa yang perlu untuk hidup kita, Allah akan beri. (maaf jika ayat kurang menarik, hehe)..

Kisah bagaiman Hazira , seorang anak jutawan yang hilang kasih sayang seorang ayah, Amirul Hafeez yang tamak akhirnya mati di tangan Qarin sangat menyentuh jiwa saya. Mereka antara insan yang banyak mengalami perubahan dalam karya HE. Sungguh bijak HE bermain dengan watak antagonis ini.

Akhir sekali, ingin saya ajak para pembaca di luar sana untuk beli dan baca novel ini. Saya bagi 5 bintang. HE mampu menyaingi nama hebat seperti Ramli Awang Mursyid. Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu , bukankah begitu ?

Terbaik buat Helmi Effendy, saya sangat sukakan setiap plot penceritaan yang anda garap. Teruskan berkarya. Anda pasti berjaya ! like emoticon like emoticon like emoticon

" Mereka tak mati dan terhempas di pulau yang sebenarnya dibina untuk mereka ; 27.07.2027 akan kekal dalam ingatan mereka -
Profile Image for Kiranim.
30 reviews
September 3, 2017
Hanya satu perkataan yang aku rasa.

MENYESAL.

Sebab aku beli THE LOST WORLD pada 6 September 2014 dan baru sekarang aku baca! Weyh MENYESAL betul tak baca awal2. 😡

Tapi lepas berjaya habiskan baca selama lebih kurang 2 minggu.. Rasa macam nak tambah satu lagi perkataan untuk menggambarkan novel ni.

GILA.

Ye. Gila. Dengan aku aku jadi gila. Sebab?

1. Aku gigih listkan nama2 watak yang terselamat daripada nahas pesawat terhempas mengikut kumpulan masing2. Sebab banyak sangat watak and tak sempat nak kenal watak tu muncul pulak watak baru. Bila nak kenal watak baru tu pulak muncul watak yang lain. Dan ini membuatkan aku pening dan tak boleh nak imagine bila membaca.

2. Aku gigih kali kedua listkan nama2 dinosaur yang ada dalam novel ni. Sebab teruja sangat. Novel melayu bercerita pasal dinosaur. Tak pernah dibuat orang. Emm mungkin ada aku je yang tak jumpa lagi. Entah! Hasil daripada pembacaan aku, terdapat 30 jenis dinosaur + 1 gorilla yang ada dalam novel ni.

3. Aku gigih lagi sekali bila setiap kali aku jumpa nama dinosaur aku search kat Google cemana rupa dia. Baru boleh imagine jalan cerita. Dinosaur yang tak pernah dengar la. Yang macam T-rex ke Velociraptor tu tau la cemana rupanya.

4. 7 cerita dalam 1 buku. Jurassic Park. Ghost. Alam bunian. Puak primitif. King Kong. Harry Potter. Doraemon. Ini yang aku gambarkan untuk THE LOST WORLD. Tak paham? Cuba baca konfirm korang paham apa yang aku cuba sampaikan.

★★★★

Aku tak suka langsung adab watak2 yang ditonjolkan penulis dalam THE LOST WORLD. Pelajar2 universiti rata2 umur diorang early 20. Tapi kenapa bila bercakap dengan orang yang paling tua daripada diorang macam Kapten Azrin, Sarjan Azmi dan Doktor Izwan diorang guna 'aku kau' je. Tak logik. Tak suka. Tak puas hati.

Lepas tu, sebab ramai sangat watak penulis mungkin keliru dengan watak2 tu sampaikan ada scene yang tersalah sebut nama watak. Kucar kacir imaginasi aku bila aku baca.

Tapi overall jalan cerita memang menarik. Lain dari apa yang aku pernah baca selama ni. Apa2 pun kipidap penulis!
2 reviews
February 2, 2015
he Lost World karya Helmi Effendy membawa message yang jelas seperti mana JK Rowling yang menulis kerana perasaan takutnya pada labah-labah atau juga seperti Rick Riordan yang membawa isu dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak .

01. Kita melihat bagaimana satu hari nanti manusia menjadi taksub dengan teknologi dan sains sehingga kita menyangka kita setaraf tuhan . Kita menyangka apa yang mati boleh dihidupkan melawan hukum alam . Baru black out jer malapetaka dah berlaku . Bertapa kedilnya manusia .

02. Sudah menjadi sifat asal manusia mempunyai fitrah mahukan tuhan pabila hidayah tidak sampai maka tuhan yang tidak dijumpai akan dicipta . Mereka menjadikan Petranadon sebagai tuhan walhal Petranadon hanya pemangsa yang menjadikan mereka santapan .

03. Setiap manusia akan pasti melakukan kesilapan samaada dosa itu kecil atau besar namun begitu setiap manusia mempunyai pilihan samaada mahu membaikinya atau melarikan diri itulah yang membezakan Echad dan Khairin .

04. Manusia terlalu buta akan cinta . Afiq terlalu cintakan Ummu sehingga dia menjadi buta . Buta kerana hanya mampu melihat Ummu seorang gadis yang sempurna sehingga tidak nampak Aisyah yang mampu sempurnakan dia .

05. Tidak ada apa yang menjadi kesalahan untuk mengikut adat dan budaya . Apa yang menjadi salah adalah apabila mereka membuang agama kerana adat . Sudah menjadi adat untuk puak bunian yang memilih calon suami kepada anak mereka yang menjadi masalah adalah apabila mereka mengabaikan agama sehingga sanggup membuat fitnah malahan membunuh .

06. Qarin memang jahat nak mampus ! Disebabkan dialah beberapa penumpang pesawat tersebut menemui ajal . Namun tiada siapa yang nampak kerana dia jugalah penumpang pesawat terselamat . Menjadi lumrah hidup kita untuk nampak keburukan seseorang namun tidak nampak jasa dia yang lebih besar .

07. Penulis kena friendzone dengan awek berlesung pipit . Yang nie aku reka . Betul atau tak tanya penulis sendiri .
1 review1 follower
May 3, 2015
Saya antara penggemar buku dan novel berbentuk sci-fi , fiksyen , seram dan adventure. Disebabkan itu novel karya Usman Awang , Fixi , Diagnosis , The Curse dan Karangkraf antara novel pilihan saya. Jadi bagi saya , novel The Lost World ni antara novel Melayu yang bagi saya sangat gempak dan seronok. Jalan cerita dan naratifnya sangat menarik. Meskipun penulis mengetengahkan cerita yang berbentuk fiksyen dan fantasi , tapi banyak informasi dan ilmu yang saya dapat , sebagai contoh tentang nama dan sifat dinosaur pada zaman dahulu. Well sapa sangka , rupa-rupanya sup ketam sangat baik untuk orang yang demam , Hahahaha

novel ni juga ada mengajar sedikit sebanyak cara nak "survive" dalam hutan. Elemen cinta , persahabatan dan kekeluargaan turut ditekankan dalam novel ni.nak kata sedih tu tak tipulah , nak kata suspen/terkejut pun ada bila tahu lelaki misteri tu rupa-rupanya si "dia" , tak leh bagi tahu nama , rahsia :P Hahaha , apa-apa pun Novel ni memang terbaik , tak menyesal baca , tak sabar nak tunggu prequel untuk The Lost World , 5 stars for this novel , you guys should read it , antara novel yang setaraf dengan novel luar. Ia membuka minda pembaca.

Akhir sekali , novel ni ada bercerita tentang sejarah dan budaya bangsa kita. Novel ini juga mengajar kita supaya dekat dengan Tuhan dan menghargai ibu bapa , wanita dan rakan-rakan , sayangi mereka :) itu sahaja review daripada saya , teruskan menulis saudara Helmi Effendi , anda boleh pergi jauh dan menjadi penulis berjaya , InshaAllah Amin , bitaufiq wannajah ! :D
Displaying 1 - 30 of 73 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.