Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ramadan Gaya Rasulullah

Rate this book
Ramadan Gaya Rasulullah membawa kita menyelami sunnah Nabi Muhammad SAW
dalam menjalani Ramadan, dari amalan sahur yang diberkati, solat tarawih yang
menenangkan jiwa, hinggalah kepada rahsia keutamaan Lailatul Qadar. Buku ini bukan
hanya sekadar panduan ibadah, tetapi sebuah refleksi untuk memperbaiki diri dan
merasai kelazatan iman di bulan yang penuh keberkatan.
Ditulis dengan berpandukan hadis-hadis sahih dan huraian para ilmuwan, setiap
halaman buku ini adalah satu ajakan untuk kembali kepada Ramadan yang sebenar
iaitu Ramadan yang mendidik hati, membangunkan ruh, dan menjadikan kita lebih
dekat kepada Allah.
Jika Ramadan sebelum ini berlalu tanpa makna, kali ini biarlah ia menjadi titik
perubahan dalam hidup kita. Hayatilah Ramadan dengan cara yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW, kerana di situlah terletaknya ketenangan, keberkatan, dan kasih
sayang Ilahi.
Ramadan datang hanya sekali setahun. Jadikan ia Ramadan yang paling bermakna.
Adakah kita bersedia untuk menyambutnya dengan hati yang tulus?

344 pages, Paperback

First published January 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

32 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Ieyda Hidayah.
74 reviews4 followers
March 2, 2026
Ramadan adalah bulan yang penuh kerahmatan,bulan mulia dan bulan yang sangat dinanti-nantikan setiap umat Islam bagi meraih segala ganjaran yang terdapat didalamnya.Bulan dimana pintu kejahatan ditutup dan pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.Seperti kata ulama Rejab bulan untuk menanam,Sya'aban bulan membaja dan Ramadan bulan untuk menuai hasil.Keberkatan Ramadan melebihi bulan-bulan lainnya.
.
Ramadan bukan sekadar hanya menahan lapar dan dahaga tapi bulan untuk mendekatkan diri kepada Pencinta.Bagaimana kita nak jadikan Ramadan kita terisi dengan amalan yang memberi keberkatan dan imbalan yang berganda?Semuanya berpandukan gaya hidup/sunnah Rasulullah saw yang ditinggalkan kepada kita.Apa sunnah yang Rasulullah saw tinggalkan untuk kita?Antaranya solat tarawih,memperbanyakkan bacaan Al-quran,menuntut ilmu dan amalan-amalan sunat lain yang boleh kita lakukan.
.
Penulisan ini bukan sekadar penulisan biasa tapi terisi dengan banyak ilmu yang perlu kita ambil tahu antaranya berkaitan tadarus Al-Quran.Sinonim dengan bulan Al-Quran kita dianjurkan khatam Al-Quran didalamnya tapi bukan sekadar nak cepat habis.Kita lebih dianjurkan untuk faham isi Al-Quran itu sendiri.Sambil baca sambil tadabbur untuk kita beramal dengannya.Juga perlunya menjaga percakapan dan dizaman moden ini jari juga diibaratkan setajam lidah.Dan juga berkaitan peristiwa perang Badar yang berlaku pada tahun pertama puasa difardhukan kepada umah Islam.Apa pengajaran yang dapat kita ambil dari perang tersebut dan apalikasikan dalam kehidupan.
.
Penulisan ringkas tapi padat dan setiapnya dioleh oleh para asatizah-asatizah yang berpengalaman.Cuma kali ni sis habiskan dulu bacaan,nanti ulang baca sambil tonton programnya my#Hadithtime..
Displaying 1 - 1 of 1 review