Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
(1.5 bintang) Buku ini perlukan fokus. Hamba kehilangan itu.
Buku ini perlukan kesabaran. Hamba tiada itu.
Buku ini perlukan pemahaman dalam. Hamba tiada waktu untuk itu.
Buku ini memerlukan hamba menjadi orang lain selain seorang perempuan yang membuka pembalut jernih buku bersama warna hijau di hatinya.
Mungkin lain kali. Apabila hamba tiada kehilangan apa-apa. Apabila hamba sudah miliki yang tiada. Apabila hamba punya masa yang tidak dirampas oleh Dorothy, Rose, Blanche dan Sophia.
Naskah ini sebenarnya lebih sedap dari naskah sebelum ini dari encik penulis, Selamat Datang Ke Narkisa...
Genre Surrelism yang memang agak menarik dan sudah menjadi trademark Lokman Hakim... Namun cerita ini sememangnya agak berat untuk dicerna dek minda. Perlukan fokus yang lebih ketika membaca naskah ini. Ibaratnya kau bayangkan teletubbies yang bermuka comel itu berubah jadi bengis tapi dari perspektif yang lain. Eh, apa aku mengarut ni... hehe
Yea, jarang penulis di Malaysia gemar buat genre sebegini. Hanya penulis yang punyai imaginasi yang tinggi sahaja mampu membuat cerita sebegini. Tahniah encik penulis!
Apa-apa pun buku ini boleh tahan. Cuma agak berat buat diri ini.
Saya tunggu karya penulis di masa akan datang. Yeah!
aku lebih suka RETINA daripada buku penulis yang pertama, SELAMAT DATANG KE NARKISA. bahasanya lebih indah dan tersusun. best.
aku nampak ada sedikit persamaan antara kedua buku ni, di mana realiti bertemu fantasi. satu topik yang sangat best dan gempak kalau dapat diperhalusi dan digali lebih dalam.
bagi aku, plotnya cuma biasa sahaja. dan mungkin lebih baik jika perincian diberikan bila pembunuhan-pembunuhan yang berlaku. biar nampak lebih real.
oh, lokman dah buat aku teruja dan berminat untuk menghayati topik surreal ni. heheh
A slow start but it escalates quickly. Bila each character met one another, then things started to get more interesting. Aku suka kelainan cerita ni sebab ada mesej yang penulis sampaikan dari setiap sudut cerita setiap watak. And each of them is to find the ultimate truth. Senang cerita, buku ni buat pembaca berfikir.
Aku bagi 4 sebab aku memang minat cerita yang out of the box ni. Bukan jalan cerita biasa, bawa penulis to other dimension, where things unimaginable can happen.
RETINA ini naskah yang ternyata lain sekali. Mungkin bagi mereka-mereka yang tidak sukakan sesuatu yang complicated tidak mampu nak menghadam Retina dengan sebaiknya. Sejujurnya ini bukannya dalam niche genre yang selalu dibaca. Tetapi buku ni mampu membuatkan pembaca tertanya mampukah this so-called fantasy can be real somehow, somewhere in distant future?
Tumpuan n kesabaran mmg dituntut untuk menghadamkan apa yg disampaikn penulis nie, dgn gaya bahasa yg fuhhh x tahu ayat apa nk ckp tp bestlh hahaha. Hanya org yg ada kesabaran n masa yg byk layak utk baca novel nie seperti SAYA hahaha. Kisah yg disampaikan best mcm sy plak yg sdg berhalunisasi. Jangan risau baca dgn sabar n ada bab yg akn merungkai kekusutan halusinasi pembaca kihkihkih
Secara ringkasnya ada 5org yg diculik n mengalami halusinasi yg melampau. Mereka merupakan org yg mempunyai konflik dalaman. Kenapa mereka terpilih, bagaimana mereka berhalusinasi, apakah nasib mereka n siapa dalang, itu adalah antara persoalan yg kita akan cari dlm nie.
Abbas, Karina & Larky Kod Permainan : Ilusi Matlamat : Kebenaran Bermula
Bermulalh masalah yg mereka akn hadap, benda x masuk akal, ada nyawa yg x berkenaan pun turut terkorban, x pasti realiti ker ilusi hahaha. Jangan mudah percaya krn si pelaku ada diantara mereka yg dikenali atau x dikenali. Mmg best....
1. Novel ni pasal apa? - dia pasal watak2 ni yg diganggu 'sesuatu' (yg mana tiba2 ada budak kecik, ada kakak, ada brother, ada nenek yang pelik2 muncul) dan watak2 utama ni termasuk ke dalam dunia yg lain. Mereka pelik, kenapa jadi camtu. sehinggalah penulis rungkaikan di akhir citer.
2. Apa yg best? - tempo citer dia cepat dan kita bole baca laju. - imaginasi penulis tinggi, dunia lain tu seakan-akan betul2 wujud. - pembaca kena teka siapa sebenarnya dalang (penjahat) dalam cerita ni dan kenapa dia bertindak sebegitu.
3. Apa yg tak best? - imaginasi penulis terlalu tinggi sehinggakan saya terasa geram utk memahami apa sebenarnya cuba disampaikan oleh penulis. - otak sy penat memikirkan imaginasi tersebut. Rasa nak tumbuk je penulis ni sbb susahkan hidup sy untuk memikirkan point dia. Hahahaha. Tiber.
4. Bape Bintang? 3.05/5.0
5. Novel ni recommend kepada siapa? - sape2 yg suka berimaginasi tinggi, novel ni sesuai utk korang sebab dia ajak kau berfikir dan berimaginasi untuk follow pengembaraan watak2 yg diganggu oleh 'sesuatu' ini. Dia bukan genre hantu, tapi genre sains fiksyen, 'sesuatu' yg ada kuasa dari dunia lain...bagi saya, ok la karya penulis yg retina ni compare than novel dia yg lain lagi tinggi imaginasi giler dia....naaaa....tq2
Karya pertama saudara Lokman Hakim yg aku baca..pdpt ikhlas aku ttg buku ni emm..agaknya otak aku ni dh lama sgt tak baca kisah 'mindfuck'..huhu...jujur aku agak pening dan lmbt nk pick up jalan cerita..sbb sedikit celaru dgn yg mana satu realiti dan fantasi..haha...tp aku sedikit tak puas hati dgn penerangan watak Ilusi dan knp pintu rumah no 337B yg jd pilihan..mesti ada sebabnya kan? tp ending nya tergantung sah ler pasti ada sambungan nya nnti..okay aku akan beli dan aku nk tau gak mcm mana Ilusi tu bleh ada keupayaan utk wujudkn manusia artificial yg mlmbgkn konflik dlmn diri manusia..hmm..ternyata kisah ni mampu membuatkan otak aku berdenyut sbb memikirkan kelogikan dan hubung kait watak2nya...btw good job... :)
Antara buku terbaik yang aku baca tahun ni. Sebenarnya aku dah lama tak jumpa buku yang betul-betul bagi aku kepuasan bila membaca.
Buku ni dah buat aku rasa nak bagi 5 bintang walaupun baru baca beberapa pages je. Lain dari yang lain, buat pembaca berimaginasi (walaupun aku tak berapa minat baca genre fantasy). Buat bulu roma aku meremang juga kadang-kadang.
5 bintang untuk penulis ( nak bagi lebih sebenarnya, kalau boleh) Akan terus mengikuti penulisan Lokman Hakim memandangkan beliau skrg dah jadi salah satu penulis favourite aku. Tahniah dan good job abg Luke!
Rasanya ni pertama kali Maira bagi satu bintang sahaja utk mana-mana buku yang Maira baca.
Maira mengharapkan kalau Maira habiskan buku ni, Maira boleh nampak apa yg cuba disampaikan oleh En Lokman Hakim.
Tapi malangnya tidak. Cerita yg cuba disampaikan tidak masuk dek akal langsung. Sekurang-kurangnya utk Mairalah.
Aspek falsafah mungkin terlalu tinggi utk digapai oleh pembaca. Susunan plot pula tidak tersusun seperti En Lokman Hakim menulis tnpa ada strategi terlebih dahulu.
Permasalahan pula seperti tidak ada penyelesaian. Ada sekuel ke?
Tak dapat nak hadam dgn jayanya. Imaginasi penulis mmg salute wa cakap lu. Nilai2 murni yg diselitkan fuhhh. Cuma mungkin aku baca buku ni tak kena waktu yg sesuai. So jadi pening2 gitu.
“Nama-nama mereka mula dicatat pada pautan memori otak.
Abbas, Karina & Larky. Kod permainan: Ilusi Matlamat: Kebenaran Mutlak
Senyuman menguntum di bibir. Cahaya hijau berbalam-balam tidak menjadi halangan untuk penelitian maklumat dijalankan dengan efisien. Gelap bilik tingkap berlangsir membahasakan privasi buatnya. Program sudah sempurna. Masa untuk memulakan permainan.
ENTER.”
Tajuk Buku : RETINA by Lokman Hakim (Keluaran FIXI)
My Rating : 4.5 stars
Buku ni mengisahkan 3 orang yang tidak saling berkaitan iaitu Abbas, Karina & Larky tetapi mengalami ‘gangguan’ yang hampir sama. Mereka sering diseksa oleh ‘gangguan-gangguan’ tersebut sehingga nyawa mereka hampir diragut.
Saya suka penulis memulakan cerita dengan memperkenalkan watak satu persatu sebelum ketiga-tiga mereka digabungkan didalam satu jalan cerita.
Gaya penulisan juga mudah untuk saya fahami sebab pernah membaca karya FIXI yang lain sebelum buku ini, rasanya FIXI memang keluarkan buku-buku yang ala-ala ‘Surelisme’. Berdasarkan jalan cerita, penulis buku ni mempunyai daya imaginasi yang tinggi & berfikir diluar kotak.
Saya suka buku ni sebab perlu banyak berfikir untuk memahami ‘point’ yang hendak disampaikan oleh penulis. Jadi, sepanjang membaca buku ni, memang kena berimaginasi & berfikir banyak untuk follow pengembaraan watak-watak yang telah diganggu ni.
Worth to read? YES! Kalau anda suka berimaginasi tinggi & banyak berfikir untuk novel fiksyen.
Terima kasih @bachalahbookoo (IG) untuk buku ni. Saya dapat buku ni free haritu. Boleh tengok ig mereka untuk beli buku-buku terpakai yang masih tip top condition nya. Saya pernah beli buku dengan mereka. Servis terbaik. Hehe.
ini merupakan buku pertama karya Lokman Hakim yg aku baca..fuhh...konsep die mmg boleh peningkan minda anda sendiri.. antara realiti & ilusi, itu yg cuba diketengahkan dlm novel ni..misteri di sebalik kejadian antara Abbas,Karina n Larky tetap menjadi misteri.. bagi pembaca yg gemar dgn cerita yg berat n misteri..mmg sesuai novel Retina ni.. Anyway,aku tetap terhibur dgn buku ni..walaupun mula2 penceritaan tu tak berapa best, tapi selepas separuh hingga penghujungnya tu memang mendebarkan..
Agak 'penat' membacanya kerana ia penuh dengan unsur saspen. Aku frust siket dengan endingnya. Sebenarnya cerita ni tiada ending. Tiada kesudahan. ILUSI. Heh. :P
ps: somehow aku rasa cerita ni bagaikan luahan perasaan daripada si penulis tu sendiri yang mahu bebas daripada cengkaman kerja. Aku agak je lah.
Buku ini bukan genre kegemaran saya. Adakah mungkin saya yang kurang tangkap cerita ini atau buku ini yang bermasalah? Persiapkan diri anda dengan jiwa yang tenang dan hati yang terbuka untuk membaca karya ini. Imaginasi yang tinggi diperlukan.
Letih! Buku ini sangat meletihkan. Niat asal membaca buku ini ingin bersantai dengan fiksi tapi akhirnya bukan itu yg berlaku, Akal makin berselirat memikirkan konsep dan tema yg dibawa, perasaan berkecamuk dek tergantungnya pengakhirannya buku ini. Ahh sakit sungguh rasa ini.
Jadi, buku ini berkisarkan satu eksperimen yg dibuat untuk membantu manusia tulen menyelesaikan konflik dalaman diri mereka melalui kemunculan manifestasi konflik tersebut sebagai entiti artifisial (k baca ni pun dah pening en? ergh). Alegori yg dihidangkan dalam buku ini mempunyai pelbagai dimensi.
Antara yg terpenting ialah bagaimana penulis membawa konotasi berhati-hati dengan apa akal kita konsumi. Apa yg diberi pada akal itulah yg akan membentuk sistem kepercayaan dan gambaran kehidupan.
Buku ini juga melambangkan realiti pada setiap konflik yg dihadapi oleh setiap watak. Konflik ini bukan semata fiksi tapi apa yg sering dihadapi. Uruslah akal dan hatimu agar tidak terjatuh dalam lembah ilusi yg kau cipta sendiri.
Rekomendasi? Ye buat yg mahu mencabar kesabaran, minda, dan perasaan. Silakan!
"Inner Conflicts and Surrealism" Well, upon reading the blurb and people's review here, I got intrigued by this book. And as I like mindf**** stories, I tried giving RETINA a shot. And you know what I said after reading it? "That was quite good..."
So the story is about the struggles of our three main characters; Abbas, Karina, and Larky, as they are being experimented by an entity named Ilusi, who intends to produce a perfect human. This is done by creating artificial humans based on their inner conflicts to help them rethink their actions.
Pretty cool, right?
But the problem is, the author seems like he has no idea on how to elaborate the concept. I mean, I understand how awesome the concept is, but Lokman just can't write a whole story revolving it. The scenes were weird, the reveal was forced (whenever the plot wants to, suddenly an explanation comes), the dialogues were choppy, and the characters are just one-dimensional (no real characteristics, or what someone would normally do in the given situation).
In a nutshell, RETINA is an experimental novel from an amateur author, in which he tries to apply a concept into a normal social setting. This does not work well, as he either has no enough ideas to elaborate, or he is still new to this world, and needs a lot of time in order to brush up his skills in order to make a novel that people could really enjoy. Keep up the hardwork, Lokman. I'll be waiting for a sequel and I hope that it's better than RETINA. Fingers crossed.
[This is my first review, so yeah. Hate me all you want. And BTW I know that I'm not even elaborating on any of my given points there. But, heck. I am just a sophomore reviewer. What do I know about elaborating]
okey aku tipu! baca gak sebab2 alang dah ada depan mata. cuti sminggu mungkin nnti.
1. aku suka, suka, suka! lepas aku baca bbberapa buku baru fixi yg buat rasa cam nak lipat buat paper plane, RETINA dah bagi aku happy balik yeahh!
2. jalan cerita dia..dh mcm kat dimensi lain dan itu yg penting. walaupun pmulaan dia painfully slow tp aku gagah jugak. i was hooked.
3. cara pemikiran ko ngan cara ko buat aku bfikir, tu priceless sebab not many buku fixi yg aku baca stakat ni mampu buat. bonus point.
4. pendek kata, kalau org malas dan tak suka benda2 yg agak rumit..konpem tak suka. harap rakyat malaysia jangan malas guna otak nak fikir dan baca buku2 cam ni aahaha
tahniah utk buku baru. this is definitely a keeper.
Terbaik. RETINA memang buat pembaca ikut sama berfikir. Permulaan memang agak perlahan tetapi seiring perkembangan cerita memang buat saya rasa susah untuk tinggal membacanya. Saya menyukai imaginasi penulis tentang "dalaman" watak yang dizahirkan melalui manusia-manusia artifisial tu. Jika penulis menambah-ekstrimkan lagi babak sadis dan ngeri dalam novel ni pun lagi terbaik. Hehe.. 4 bintang, sepatutnya 5 tapi nanti jadi riak.. Hehe :P
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pertamanya, aku sangat suka bahasa penulis. Sangat teratur. Walaupun adik cakap bahasa penulis agak baku.
Tapi genre begini aku agak susah nak hadam. Sepanjang proses membaca itu, berlanjutan perkataan kenapa meluncur dalam fikiran. Kenapa mereka bertiga je yang jadi bahan eksperimen? Siapa yang buat eksperimen? Kenapa pintu itu bernombor begitu? Ada maksud ke?
Mungkin penulis ada perancangan untuk sekuel. Mungkin.
Bg aku jln cita dia best...sbb lain dari lain la..buat kita fkir pastu xsabaq nk tau apa bnd yg sebenaqnya blaku...tp last2 tu aku mcm xfhm ckit... ok..gud job pnulis..hope ada smbungan supaya aku fhm apa sebenaqnya yg blaku kt 3 watak tu..
Reading this 11 tahun after its release. Woah FIXi has come a long way. You know it’s FIXI old book dari gaya bahasa nya yang campur aduk dan non-existent (kaotik? simultanius?) and “Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal” is written three times. Nasib lah FIXI is getting stricter. Bebelit-belit sungguh plot novel ini, terasa seperti memerlukan IQ yang tinggi untuk memahaminya. But this like the author 2nd book at that time so yah forgiveable la ek. The concept? WOOAHH. The execution? Ehhh? Tapi mungkin aku low IQ and imagination so takleh grasp sangat buku ni. But interesting read nonetheless.