Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fiqh Keutamaan

Rate this book
Perkara mana yang lebih utama?

-Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang?

-Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap?

-Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman?

-Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan?

-Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar?

-Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan?

-Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari?

-Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan?

Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul.

Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.

347 pages, Paperback

First published January 1, 1926

9 people are currently reading
48 people want to read

About the author

يوسف القرضاوي

342 books1,432 followers
ولد الدكتور/ يوسف القرضاوي في إحدى قرى جمهورية مصر العربية، قرية صفت تراب مركز المحلة الكبرى، محافظة الغربية، في 9/9/1926م وأتم حفظ القرآن الكريم، وأتقن أحكام تجويده، وهو دون العاشرة من عمره.
التحق بمعاهد الأزهر الشريف، فأتم فيها دراسته الابتدائية والثانوية.
ثم التحق بكلية أصول الدين بجامعة الأزهر، ومنها حصل على العالية سنة 52-1953م.
ثم حصل على العالمية مع إجازة التدريس من كلية اللغة العربية سنة 1954م .
وفي سنة 1958حصل على دبلوم معهد الدراسات العربية العالية في اللغة والأدب.
وفي سنة 1960م حصل على الدراسة التمهيدية العليا المعادلة للماجستير في شعبة علوم القرآن والسنة من كلية أصول الدين.
وفي سنة 1973م حصل على (الدكتوراة) بامتياز مع مرتبة الشرف الأولى من نفس الكلية، عن: "الزكاة وأثرها في حل المشاكل الاجتماعية".

alternative spellings
يوسف القرضاوي
Yusuf Al-Qaradawi
Yusuf El-Karadâvi

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (53%)
4 stars
8 (26%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for W.Noraini.
54 reviews10 followers
May 11, 2015
Memang menarik baca buku Fiqh Keutamaan~ Yusuf Qaradawi ni. Banyak ilmu yg kita peroleh di dalamnya.

Fiqh keutamaan ini mengajar kita utk meletakkan gerak kerja dan tindakan kita pd susunan yg betul dan adil. Memilih yg paling baik dr yg baik...dan jika mudarat lebih banyak dr manfaat, hendaklah dicegah. Contohnya dlm mengerjakan ibadat haji. Semua tahu ibadah haji itu wajib atas setiap orang Islam. Jika kita dah beberapa kali kerjakan haji, mana lebih afdal.... kerjakan haji lagi atau bersedekah ?? Menurut buku Fiqh Keutamaan, adalah lebih afdal utk kita bersedekah kpd orang miskin dan kesusahan berbanding kita pergi lagi kerjakan haji. Ini kerana, memandangkan kita dah banyak kali tunaikan haji, kefardhuan haji itu dah menjadi sunat. Ibadah haji itu adalah kewajipan yg boleh ditangguhkan, sedangkan membantu orang miskin dan menyelamatkan umat Islam yg dalam kesusahan adalah kewajipan yg perlu dilaksanakan dgn segera. Jadi, lebih elok jika peruntukan wang kita utk kerjakan haji itu diberikan kpd mereka yg susah dan miskin.

Byk betul ilmu yg boleh digali dlm buku ni...teruja utk membacanya...tetapi, agak slow la saya baca dan kena diulang lagi dan lagi....apatah lagi ada istilah-istilah dalam bahasa Arab, yg memerlukan saya fahamkan maknanya....kadang2 belek semula mukasurat depan sebab nak hadam betul2. Huhu... sudah tentu tak sama macam kita baca novel kan...sehari je boleh khatam. Apapun, saya rasa berbaloi dapat baca dan memiliki buku Fiqh Keutamaan ~ Yusuf Qaradawi ini. Alhamdulillah.
Profile Image for Luqman.
5 reviews1 follower
April 16, 2019
Good book on prioritizing our deeds for maximum results. Should be read by all muslims.
Profile Image for Sakinah Farit.
12 reviews
October 11, 2020
This book reveals the true meaning of understanding towards Islamic principle. Of choosing between two priorities that are equally important, of deciding which to leave under certain circumstances. Took me awhile to finish this book, because each sentence requires deep understanding.
Profile Image for Mohd Hafiz.
14 reviews3 followers
August 14, 2014
Buku yang mengajar kita tentang bagaimana memilih perkara lebih utama dari perkara-perkara yang utama dalam soal ibadah...
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.