Jump to ratings and reviews
Rate this book

حكمة بسمله

Rate this book

35 pages, Paperback

Published January 1, 2021

1 person want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (100%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books277 followers
March 18, 2025
Kitab mujarabat tipis ini menjelaskan penggunaan basmalah sebagai usaha manusia untuk mengubati penyakit, melindungi diri dan harta serta mencapai apa dicita-citakan. Ia dimulakan dengan tiga kisah yang menunjukkan kehebatan kalimah basmalah itu, bermula kisah Sayidina Umar al-Khatab yang mengirimkan warkah kepada Sungai Nil dengan dimulakan ucapan agung itu, cerita orang sufi mengenai dua syaitan bersahabat, Rajim dan Jahim yang masing-masing cuba menggoda dua keluarga berasingan yang satu memulakan setiap urusan dengan bacaan itu, manakala satu lagi tidak, selain kisah nelayan yang dapat menyelamatkan diri daripada karam.

Pada umumnya, penggunaan ayat al-Quran termasuk juga basmalah (perlu rujuk kembali perbahasan fiqh mengenai sama ada basmalah termasuk dalam ayat al-Quran atau tidak dengan jumhur berpandangan ia adalah ayat al-Quran pada setiap surah (kecuali surah at-Taubah) diharuskan Syarak tetapi wujud perselisihan sekiranya digunakan dalam bentuk tangkal atau azimat. Disebabkan isu ini termasuk dalam soal khilafiah, tentu ada mengharuskannya, manakala ada juga tidak membolehkan atas dasar saddu zira'ah untuk mengelak sesuatu yang salah seperti mencampuradukkannya dengan lafaz yang tidak harus.

Bagaimanapun, ada beberapa mujarabat yang boleh diamalkan tanpa tersangkut dengan perbincangan di atas seperti membaca basmalah 21 kali sebelum tidur sebagai ikhtiar meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada mati terkejut dalam tidur atau mengelakkan kebakaran dan kecurian. Rasanya semasa remaja dulu, selalu juga membaca basmalah sebanyak 21 kali sebelum tidur selepas mendapatinya daripada satu kitab mujarabat (orang dulu-dulu memang gemar menyimpan kitab sebegini).

Selain itu, menarik juga kitab cetakan semula ini kerana ada beberapa iklan buku turut diselitkan yang dijual dan diterbitkan Malaya Bharu Press beralamat di Jalan Sungai Pinang, Pulau Pinang.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.