A group of friends have a tradition of an annual wild party. But this one, set in a remote jungle, might just be their last: a crazed killer appear to be on the loose.
Pernah terfikir akan mati dalam masa 2, 3 hari akibat tertelan gula getah 20 sen pada sesi persekolahan sekitar tahun 2002. Pernah berkawan dengan seseorang yang gemar mengunyah kertas dan ubat pensel semasa di sekolah rendah.
Menghasilkan novel KACAU, GELAP, MEREKA, UNBOX & SYARIKAT bersama FIXI sekadar untuk berkongsi cerita separa tipu.
Finally! Habis juga pembacaan ke-6 aku untuk bulan ni. Firstly, aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan aku sebab kasi aku pinjam GELAP.
GELAP, how to describe this book eh? Untuk aku, buku ni sumpah GELAP gila. Disturbing, gruesome and so damn brutal.
Bagi aku permulaanya laju. Baru chapter tiga dah berlaku something wrong. Bila sampai tengah, aku macam tak leh go on sangat dengan buku ni. Maybe because I already can guess the person behind all the things happened, kot? Yeah, thanks to the cover too, my hypothesis is right. Tapi aku gagahkan diri juga baca, sehinggalah sampai part klimaks tu, aku dah tertarik balik nak baca.
Setiap kali aku bacaan part seksaan karakter-karakter dalam buku ni, mesti aku tutup bukunya jap sebab aku terbayang yang kena semua jenis seksaan tu aku hesh! Nampak tak betapa GELAPnya buku ni sampai impactnya ke aku macam ni?
The plot twist dekat almost ending tu, serius aku ternganga. I was like, WHUT??? EXCUSE ME??? OMG GIRL, YOU ARE GENIUS (iykyk).
So far semuanya aku puas hatilah baca sampai habis even frust sebab kena spoil dengan kawan lain.
Anyway, Mr. Author, you are really heartless for writing this kind of book! Ya Allah, aku pula yang seram dengan penulisnya! I'll definitely gonna read another books from him in the future.
Do I recommend this? Yes and no. Kalau rasa diri tu weak heart, cepat geli bagai, I'm not recommending this to you (but I'm hoping you to read it duh!)
Oh ya una paling benci watak Eva. The writing is good, the plot is okay. Just cliché dalam cerita thriller sekawan mcm ni - scenes mula2 mesti loklaq and pasal seks sampai rasa macam baca buku romance instead of thriller. Oh well, it kind of like the writer's style.
Please no more detailing in sex scenes, Mr Writer. You are a good writer and good at plotting, so I pretty much sure your books still great without the sex scenes. The scenes are what turning me off. Plus, it makes me feel uncomfortable. Yes, I feel guilty to keep this kinda book in my collection.
Buku yang kedua ini lebih kemas tulisan encik penulis. Bunyi-bunyi yang sangat menjengkelkan di buku pertama juga sudah dikurangkan. Namun buku pertama itu juga yang lebih menambat hati ini berbanding naskah GELAP ini.
Kisah psycho thriller! Kerana sebuah dendam, pembunuhan harus dilakukan. Aku suka cerita begini! Lagi-lagi mengingatkan aku pada cerita-cerita hollywood seperti Dexter, Wrong Turn dan lain-lain yang mana pembunuhan akan terus berlaku dan mendebarkan.
Penulis berjaya menaikkan aliran adrenalin di dalam badan dan pandai membuatkan pembaca susah untuk melepaskan naskah ini. Rasa ingin tahu itu terus membuak-buak dan terus tertanya-tanya kenapa sang gadis itu melakukan pembunuhan tersebut kepada yang lain.
Tapi ianya terasa hanya datar sahaja. Jalan cerita yang straight cuba ditonjolkan... Tiada unsur kejutan seperti naskah yang pertama. Pembunuh sudah ditampilkan awal oleh encik penulis. Cuma kekejaman dan kebijaksanaan pelaku itu yang menarik perhatian di dalam naskah ini.
Ending yang sweet!
Ya semua sebab choki-choki! Haha...
Apa-apa pun naskah ini tetap terbaik. Jadi cuba baca dulu, mana tahu anda sangat menyukainya!
Kejam sungguh semua watak dlm cerita ni. Ingatkan semua mati walaupun bukan saja2 minta depa mati, tapi selalunya penulis2 keluaran dari Fixi jgn harap depa nak bagi pembaca lega dengan kemunculan superhero. Macam tak boleh bagi harapan. Alih2 ada yang hidup. Macam tak percaya. Tapi percaya lah...
Benda first terlintas dalam fikiran masa baca buku Ariff ni ialah 'Eh mcm ala ala movie Saw'. Cuma mcm biasa. Diolah menjadi satu cerita yang lain utk nampakkan kelainan sikit. Boleh dikatakan, ika tak bosan utk teruskan membaca sampai habis. Sebab, flow cerita dia bergerak laju. Lepas dia ni kena, dia ni pulak. Kau yg nervous lebih nak tau siapa dalang di sebalik pembunuhan ni semua. Nak cop sebagai 'typical' tu em alaa biarkan je la. Tak semestinya semua typical punya cerita tu isinya sama ye dak?
Buku ni tak sesuai dibaca oleh bdk bdk sekolah. Kohkoh. Ada unsur unsur 18sx dalam ni. Si Eva mmg kategori hot stuff la eh dalam ni? Semua pakat nak dgn dia je. Anip la, Ed la. Jijik la oi. Friend-with-benefit sangat! Eva ni kalau dlm istilah kawan, kawan makan kawan. Hipokrit, no brain, stupid!Beauty with no brain lagi sesuai la kot kan? Haha. Nampaknya sekali lagi ika emosi.
Idea penulis mencipta setiap scene yg berlainan utk bunuh mangsa, ika salute jugak la walaupun ada yg copy scene dr movie Saw. Tapi, it's okay la. Sekurang kurangnya, logik jugak bila mcm yg bunuh bunuh tu pun seorang yg bukanlah calang2 orgnya.
Overall, not bad. Lepasni, nak smbung baca Kacau yg tersekat di tengah jalan. Haha. Adios. ✌🏻
KEJAM !! Cara kematian Anip,Adi,Eva,Ed,Athirah and Sheqa tu mmg kejam gilerr laa n Maya tu mmg betul2 psiko n x berperikemanusiaan..Tpii..klu aku jdi Maya pun aku akan berdendam n marah giler2 kat orang yang buat macam tu kat adik sendiri...
Storyline dah boleh dijangka dan tidak susah untuk meneka apa yang terjadi seterusnya. Bagi aku jalan cerita memang agak direct-lah. Tapi aku suka watak psychopath dalam cerita GELAP ni. Seperti tajuknya, "dia" memang agak "dark". Walaupun agak direct jalan cerita kali ni berbanding KACAU yang masih mampu menghadirkan teka-teki dalam beberapa bab terakhirnya, tapi penulis mampu menghadirkan kegalauan emosi buat pembaca berbanding novel pertamanya dulu. In other words nampak lebih jujur gitu, hehe. Penggunaan beberapa ilustrasi sememangnya membantu aku untuk lagi cepat menghadam novel ni. Teringat novel EDENSOR karya Andrea Hirata yang turut menggunakan cara ini untuk "membantu" para pembaca tulisannya.
Okey, walaupun seperti aku kata storyline GELAP mudah diagak, tapi tidak bermaksud lemah. Memang boleh nampak perbezaannya apabila dibandingkan dengan KACAU yang pada aku sedikit lemah pada storyline-nya dan sedikit merepek (SEDIKIT). Untuk GELAP aku bagi 4 bintang sebab memuaskan hati aku sebagai pembaca.
TW: Sexual abuse, drugs, bully, suicide, violence and a lot, lot of blood
Penyeksaan. Itulah satu-satunya perkataan yang dapat digambarkan sepanjang pembacaan, dari kulit depan sehingga ke kulit belakang. Sebahagian penyeksaan datang daripada melihat tingkah laku dan tabiat buruk watak yang mengamalkan gaya hidup bebas. Sebahagian penyeksaan pula datang daripada melihat watak-watak tersebut diseksa sehingga bertemu ajal akibat perbuatan mereka sendiri.
Kisah 8 sekawan ini mengambil tempat di sebuah rumah kayu agam di dalam hutan untuk dijadikan sebagai pertemuan terakhir mereka; sudahpun menjadi satu tradisi untuk bertemu buat seketika kerana hala tuju masing-masing sudah berubah. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengetahui bahawa pertemuan itu memanglah yang terakhir.
Watak-watak dalam kisah ini mementingkan nilai persahabatan, sehinggakan mereka mahu berjumpa sesama sendiri pada setiap tahun. Bahkan mereka sangat akrab sejak bangku sekolah lagi. Namun, persahabatan yang mereka amalkan bukanlah untuk menuju kebaikan. Mereka ini digelar sebagai geng taiko di sekolah yang sangat bermasalah sehingga tiada siapa yang berani melawan. 10 tahun kemudian, barulah seorang hero(in?) yang tampil kehadapan untuk menegakkan keadilan.
Penulis berjaya menceritakan detik-detik akhir watak sebelum bertemu ajal dengan penuh penyeksaan dan dengan penuhnya darah yang berlumuran. Bahkan cerita yang memakan masa hanya dua malam ini diisi padat dengan segala gerak-geri pembunuh misteri dan peristiwa silam yang mengubah kehidupan seseorang.
Akhir kata, walaupun terdapat banyak peristiwa dan kisah yang buruk, namun mesej yang hendak disampaikan oleh penulis amat memberikan kesan di jiwa. “Dunia ni… memang tak adil. This life, is never a fair game.”
sorry to say, aku sangat hampa dengan GELAP. walaupun KACAU adalah workpiece pertama penulis, tapi bagi aku KACAU lebih matang dan best daripada GELAP.
aku sudah boleh agak siapa pembunuh daripada awal lagi dan motifnya pun aku turut dapat agak sebab aku rasa ada satu movie Jerman yang lebih kurang jalan ceritanya.
even part bunuh-bunuh tu pun tak mampu buat aku cringe atau meremang sebab i've read better.
aku paling tak faham part (spoiler alert. kalau nak baca, bacalah. tak nak skip perenggan ni) Dawi jadi psycho. dia macam tetiba je? ke sebab mental breakdown dan akhirnya Dawi turut sama jadi psycho? entahlah.
GELAP bagi aku biasa2 je. mungkin aku tahu Kidd boleh buat yang lebih bagus lagi atau aku saja yang letakkan harapan tinggi sangat pada kidd.
Boleh baca sampai habis sebab nak tahu kesudahan cerita. Tapi pembacaan agak terganggu dengan ayat Bahasa Inggeris yang agak banyak. Sedikit merimaskan bagi orang macam aku yang english-nya tak begitu memberangsangkan. Tengah climax membaca, tiba-tiba keluar ayat english tu. Maka, terkial-kial la aku untuk memahami apa yang dituliskan. Potong stim betul!
Kejam sungguh si Maya tu!
p/s: Tak tahu la kenapa tiba-tiba je boleh tergerak hati nak pinjam dan baca kisah ni. Mungkin kepala sedang ting tong kot. Haha.
Buku kedua yang telah saya baca dari penulis Ariff Adly. Buku pertama saya baca, Kacau. Kacau lebih kepada kisah kena kacau oleh hantu, manakala gelap pula mengenai sekumpulan kawan yang merancang untuk berparty di sebuah rumah di kawasan ceruk.
Seorang demi seorang kumpulan kawan ni mati dibunuh dan mereka berfikir siapakah orang yang sanggup membunuh dengan kejam. Adakah ada orang yang berdendam dengan mereka?
Buku ni sesuai untuk orang yang menggemari cerita yang berkisahkan tentang pembunuhan. Sesetengah adegan agak memualkan yaa!
I mean you got gore, bloody violence, extreme graphic assault. But predictable twist with plotholes and plot mendatar so i guess give and take, its still an entertaining read just it can be better
berjaya habiskan dalam 1 hari..pheww...semangat lepas beli terus bce..mase bace dalam playstore aku bajet ini macam movie wrong turn je..masuk hutan then tak dapat keluar pastu ada psycho killer..mungkin inspire dari movie ni kot ye ariff adly?haha..jalan cerita agak relaks,smooth takde belok-belok.penulis dah bagi hint sape pembunuh lepas dorang tertidur semalam tu..kalau perasan la..hehe..then motif pembunuh adalah disebabkan dendam,memang lah sebab ape yang dorang buat was very bad.tapi ending macam gitu je?aku dok bajet ending yang gempak..ok lah,lari dari kebiasaan.not that bad actually.still boleh hadam.
KACAU still my favourite tapi ni pun okay dah.sebab dapat sign kat buku so aku bg 3.5 bintang.good job!
Tepat jam 12 tgh mlm, aku berjaya tamatkan buku ini dalam masa lebih kurang 4 jam.
Apa yg boleh aku katakan, buku ini sememangnya psiko.
Memanglah mereka(Anip, Sheqa, Adi, Ed, Eva & Atirah) telah melakukan dosa yg sgt besar terhadap Nadiah, tapi dgn diberi balasan dibunuh secara SANGAT NGERI & KEJAM sebegitu teramatlah tidak berperikemanusiaan.
Aku yg bacanya pun berasa ngeri dgn cara mereka semua dibunuh. Fuh...
Apa pun, pengakhiran buku ini aku rasa sangatlah psiko(merujuk kepada watak Dawi).
untuk buku Gelap ni,sentuhan Ariff Adly kurang mengancam sbb plot dan jalan ceritanya mudah dijangka..tiada elemen kejutan atau misteri..sbb dlm babak awal tu boleh jangka siapa pembunuh misteri cerita ni...cuma dikembangkan plot kenapa die menjadi sebegitu..anyway, tuk menjangkakan citer ni sehebat Kacau,tidaklah seperti yg dijangka..tapi babak2 kejam n ganas yg diperincikan tu menarik.. thanks Fixi n Ariff Adly...
Memang ngeri dan brutal. Paling suka siksaan-siksaan diceritakan dengan deskripsi yang terperinci sampai aku rasa ngilu dan ketap bibir banyak kali. Walaubagaimanapun, respons/kesakitan mangsa selepas disiksa kebanyakannya tidak logik. Takkanlah mulut kiri kanan koyak, berlubang dan direnjat banyak kali masih boleh bercakap seperti sakit gigit semut.
Dari mukasurat 52 aku dah dapat agak siapa mastermindnya. Cuma pada awalnya tak tahu apa motif. Towards the end, penulis reveal sepenuhnya segala teori yang kalau boleh sebenarnya aku suka figure out sendiri. Kalau penulis tak tunjukkan siapa mastermind, hanya buat partial revelation dan biarkan pembaca solve sendiri puzzle aku rasa lagi gempak. Aku hanya beri idea tapi aku tahu benda ni tak mudah. Maka, kudos atas usaha penulis!
Trying to catch up 2017 challenge... tak leh review banyak.
I like this.... thriller kot... cuma... kalau boley kurangkan elaboration ala Criminal Mind... Ngilu la baca... All in all... I was captivated with the story...
Jika hanya satu perkataan untuk menggambarkan novel ini, maka 'dahsyat' yang aku pilih. Satu demi satu penyakit manusia moden dilondehkan novelis. Novelis -FIXI- biasanya arif dalam subjek yang diperkatakan. Dan meski masih mengekalkan 'seks' sebagai trademark, novel ini berjaya membuat aku berasa ngilu, sakit hati, geram, marah, dan melekat. Ia meninggal menjadi madat yang padat dalam kepala. Ia mungkin akan bersarang beberapa lama.
Penganiayaan terhadap mereka yang kurang upaya, atau pembulian haruslah dihentikan serta merta. Supaya ia tidak diterima menjadi norma. Walaupun pemerihalan hal ini -jika kelak nanti difilemkan- tidaklah tahu apa faedahnya, mudah-mudahan karya ini mampu menjetik rasa ketakutan sekaligus kasih sayang sesama manusia.
The story was okay-- walau dalam kepala aku dah appear two kind of ending during the first few chapter. Sama ada akan habis macam filem April Fool's Day yang pernah aku tonton dulu (sebab Adi memang agak suspicious pada mulanya pasal their private party, macam ada hidden plan or something) atau Maya could be the mastermind pada apa yang bakal jadi nanti (after that choki-choki scene dengan Dawi).
The story became too predictable after that (i scratched that first ending option) but then aku masih harap for a plot twist or something. Jalan cerita di tengah makin meleret terutamanya scene Maya torturing Eva dan Ed yang buat aku terfikir apesal liat sangat both of them nak mati walaupun dah banyak utensils/senjata yang Maya dah guna to hurt them. Well, talking about Ariff Adly yang gemarkan '#ceritaseramringkas jadi aku boleh agak dia memang nak having fun while 'torturing' the characters.
Actually aku suka idea cerita Gelap ni-- apa yang barangkali bakal jadi bila kau buli seseorang dengan teruk (dan kejam). Paling tak boleh terima bila mangsa buli kau adalah seseorang yang 'kurang upaya'. Maya mungkin ada masalah psikologi tapi aku faham kenapa dia jadi macam tu. That little voice inside your head-- be careful people.
Tak expect that kind of ending antara Dawi dan Maya-- Maya pun liat nak mati jugak, panjang umur sungguhlah.
Dan aku lagi gemar thrill dalam buku Kacau sebenarnya, tapi untuk bezakan dua buku ini rasa sedikit tidak adil pulak sebab the starting point untuk kedua-dua jalan cerita adalah berbeza. But still, Ariff Adly in Kacau is better.
Tragis. Kejam. Cerita mengenai pembunuhan yang dilakukan sebab dendam lama. Adi, Anip, Ed, Eva, Sheqa, Atirah, sahabat baik dari sekolah yang suka buat private party, hidup terlalu sosial, almaklum lah, masing-masing anak orang kaya plak tu. Adi jemput kawan-kawan dia ke vilanya yang ada di tengah-tengah hutan untuk parti. Adi bawa gf dia, Maya dan Anip pula bawa gf dia, Dawi. Yang lain tak bawa pasangan. Baru berseronok sehari, malamnya Adi dibunuh dengan seksanya. Kemudian seorang demi seorang dibunuh. Anip, Sheqa, dibunuh dengan tragis dan diseksa dahulu. Ngeri sangat baca cara diaorang di seksa ni. Eva yang dapat tau dulu, pembunuh tu sebenarnya Maya, kemudian baru Ed tau. Masa ni, baru Maya reveal dan paksa Ed dan Eva mengaku rahsia yang diaorang simpan 9 tahun lalu. Dawi pula sebenarnya takda langsung dalam plan Maya, Maya memang takda plan langsung nak bunuh dia. Apa yang bestnya dan menarik masa hujung-hujung cerita ni, macam mana Maya twist kan cara pembunuhan tu. So, akhirnya semua sahabat tu mati, tinggal Maya dan Dawi sahaja. Tapi, apa yang sis tak boleh terima tu, macam mana Dawi yang baik tu boleh balas dendam dekat Maya dan buat Maya seteruk itu. Lepas tu, Maya yang dah separuh nyawa tinggal tu, masih ada daya lagi nak gelak ketawa bagai dengan Dawi, siap baik-baik dengan Dawi lagi. Pikir balik, senangnya bunuh orang, tanam kat situ, lepas tu nanti duduk situ sampai sembuh? Eh? Takkan lar orang lain tak cari kot manusia yang mati tu? Ini macam tak boleh hadam skit. Yang penghujung cerita ni paling tak boleh hadam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kecewa. Aku mengharapkan sesuatu yang gempak macam Kacau atau paling tidak sama level dengan kacau. Tapi tak ada. Banyak betul persoalan dalam kepala aku. Dan sesungguhnya, aku boleh agak siapa pembunuh sebab awal-awal dah nampak klu. Ending yang tak berapa puaskan aku.
Dan kenapa Dawi tiba-tiba jadi macam tu? Sebab dia faham perasaan pembunuh je? Takde sebab lain? kot kena dera ke buli ke masa sekolah.
Salah satu buku thriller yang ok lah bagi aku. Penceritaan kesengsaraan yang dilakukan sangat detail sehingga kita boleh imagine. By ariff adly, selepas cerita hantu dalam buku KACAU dan buku thriller GELAP, seperti biasa, karysa baik dan hebat. syabas bro !
Wow! First time aku habiskan novel dalam masa dua hari. Selalu seminggu or berminggu2. Hehe..
Weyhhh psiko gilerr novel ni! And tahap gore yg tak mampu aku nak ungkapkan. First time jugak aku baca novel gore macam ni. Boleh tahan lagi lah tahap kegelian tu sebab tak nampak kan just imaginasi je so kau boleh sekat sikit imaginasi ko dari jadi terlebih gore. Aku bukan boleh gore lebih2 sangat ni geli dowhh... Hehehee~
Btw ini novel ketiga Ariff Adly yg aku baca dan ternyata aku suka betul gaya penulisan dan jalan cerita dia. Memang aku suggest korang semua baca novel ni. Ini bukan novel cliche and memang lain betul dari yg lain. Pendek kata, AKU SUKA SANGAT SANGAT LAH!!!!
Cerita ni membuatkan rasa macam... What the hell?? But yes, aku puas hati dgn balasan yang diorang dapat. Mula2 je macam misteri, lama-lama kau faham. Semua benda berlaku ada sebabnya.