Jump to ratings and reviews
Rate this book

SANTET

Rate this book
Dukun Hitam wants to leave his past as a black-magic practitioner (with a speciality in deady spells involving leeches) behind. But then a swell-looking dame named Mariam makes him an offer he can't refuse.

354 pages, Paperback

First published August 23, 2014

6 people are currently reading
119 people want to read

About the author

Saat Omar

21 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (24%)
4 stars
56 (34%)
3 stars
55 (34%)
2 stars
10 (6%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 2, 2015
(3.5 bintang)

Ceritanya bermula apabila Tok Hitam yang sudah bersara dari profesi pendukunan telah didatangi seorang wanita cantik bernama Mariam. Mariam meminta Tok Hitam untuk membusungkan perut bekas suaminya dengan ilmu lintah. Tok Hitam yang tidak dapat mengelak telah berpakat dengan Bahaman, bekas suami Mariam untuk melakonkan adegan busung itu dengan harapan Mariam akan berubah fikiran.

Bukan lakonan sahaja tidak berhasil tetapi Tok Hitam telah menempah satu demi satu mishap yang memaksa dia berhadapan dengan kerenah Inpektor Zaki, ilmu burung rakan seperguruannya Boni, bahaya Mexican Cartel dan dendam lelaki bernama Mustapa. Namun, dengan pertolongan dua orang kanannya yang setia iaitu AC dan DC serta semangat cinta yang mula berputik (hehe) antaranya dengan Mariam, Tok Hitam cuba menyelesaikan semua kejadian malang yang bertimpa-timpa.

~
Ini cerita yang menghiburkan. Meski agak payah untuk hamba membayangkan lelaki sebaya datuk hamba untuk mengucapkan ayat "Aku lelaki pencinta wanita" (haha) tetapi masih Santet adalah sebuah buku yang fun kerana si dukun Tok Hitam. Tok Hitam yang menamakan lintahnya sempena nama pelakon-pelakon filem James Bond. Tok Hitam yang badass. ;)

Selain sentuhan humor sang penulis, hamba juga menyukai bagaimana semua watak termasuk lintah yang diberi nama Timothy Dalton memainkan peranan penting dalam perjalanan dan pengakhiran Santet. Kewujudan mereka jelasnya tidak sebagai pelengkap jumlah perkataan mahupun penambah muka surat sahaja.

Tiada beza khusus dengan buku-buku Fixi yang lain dari segi gaya bahasa. Namun, hamba ingin katakan sekali lagi, Santet menghiburkan.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
October 31, 2015
3.75 bintang

Nampak ketara sangat bezanya penulisan dari seseorang yg berilmu dan matang berbanding dengan tulisan yang hanya mengikut kehendak sendiri. Selain Nadia Khan dan Hasrul Ridwan (Murtad), inilah buku indie yang berjaya buatkan saya membacanya satu persatu, bukan secara speed reading atau lebih parah, scanning jer..huhu. Perjalanan plotnya sangat teratur, watak-watak diperkenalkan satu persatu dan yang pastinya tidak menenggelamkan watak utama dan juga intipati cerita. Saya seperti terbayang2 filem2 arahan Mamat Khalid (saya suka filem Mamat Khalid :-P ). Menggunakan tema dark comedy, penulis bukan hanya menumpukan pada cerita Dukun Hitam semata-mata, tetapi banyak juga kritikan sosial yg diutarakan. Tak lupa juga peringatan2 kepada kita umat Islam. Dan juga info-info tambahan berkaitan filem dan muzik. Lawak dia berjaya buat saya ketawa besar..hehhe...agaknya jiwa saya lebih suka penceritaan sebegini kot....

Tolak sikit bintang sebab ada kandungan2 explicit tu.

ps - setakat ni baca sampai 80% jer. Pnm macam ada masalah, jadi x tau la bila boleh sambung...huhu
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
January 26, 2018
Paling tidak buku ini membenarkan saya melihat Saat Omar yang lucu dan sangat meminati filem. Dirangkaikan tajuk tajuk filem dan nama nama buku tentang dunia perbomohan. Genre jenaka seperti cerekarama raja lawak astro yang dipaparkan itu bukanlah citarasa saya. Rasanya saya lebih terpukau dengan novel Sejadah yang segar dan muda.
Bomoh Hitam dan kuncu kuncunya digambarkan lucu dan konyol. Watak watak pilihan adalah menarik. Deskripsi tentang lintah bernama Thimothy agak menarik dan lucu. Prolog apabila sepasang kekasih yang sudah berkahwin melekat sewaktu senggama menarik dan sudah memeperlihatkan sisi sisi jenaka santai ini.
Kamu mungkin akan menyukainya. Bomoh Hitam yang sesekali menyumpah dalam Bahasa Inggeris. Saya fikir ini percubaan Saat penulis yang berbakat untuk menyertai dunia indie, kerana ada dua tiga patah kata Inggeris diluar kota dialog code uncode.
Novel tamat dengan jayanya...apabila Hantu Raya dikelirukan. (menarik).
Mungkin ini buku yang kamu cari... sesuai dengan tajuknya Santet bercerita tentang manusia yang mencari pembalasan secara bomoh. Covernya cantik dan saya terpikat pada setiap permulaan bab dan percaya Saat Omar akan menghasilkan karya yang hebat. Beliau punya potensi bersastera indah. Itu yang saya telah...
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
April 2, 2015
Selepas kejayaan SERONOK yang berjaya memancing minat saya untuk membaca karya tulisan saudara Saat Omar, saya terpanggil untuk membaca SANTET, novel kedua dari beliau, dengan harapan bahawa naskah ini dapat menandingi tahap kepuasan yang telah SERONOK berikan kepada saya.

Malangnya, naskah tebal ini gagal untuk memberi kesan yang baik terhadap saya. Secara jujurnya saya agak struggle untuk habiskan buku ini. Entah di mana silapnya tetapi bagaikkan ada sesuatu yang tidak kena dengan SANTET. Pertama, buku ini semacam tiada suatu fokus utama baik dari segi plot mahupun huraian watak. Tidak dinafikan watak-watak yang ditampilkan dalam SANTET ini lebih 'colorful' dan 'hidup' jika hendak dibandingkan dengan SERONOK, namun saya menghadapi kesukaran untuk membuat sebarang asosiasi baik dari segi pemikiran, rohani mahupun simpatetik terhadap watak-watak yang dipersembahkan. Premis ceritanya sudah bagus, namun pada hemat saya naskah ini terlalu banyak deadpan jokes dan dry humor yang terkadang dibaca bagaikan tidak kena tempat. Amat sukar untuk ambil ringan terhadap watak dan ceritanya, dan tidak pula boleh terlalu serius ketika membacanya, suatu elemen yang tiada dalam SANTET yang pada hemat saya sangat terkesan di dalam SERONOK.

Entahlah. Mungkin kisah dukun tua yang jatuh cinta yang secara tidak sengaja terjebak di tengah-tengah kartel dadah antarabangsa dan komplot jenayah dalam SANTET ini tidak masuk dengan jiwa saya. Walaubagaimana pun, saya tetap mahu intai apa lagi yang saudara Saat Omar boleh hasilkan kerana beliau merupakan penulis yang amat bagus. Cumanya mungkin kisah dalam SANTET ini tidak kena dengan jiwa saya. Itu sahaja.
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
April 5, 2015
mohon novel ini d-filem-kan atau di-drama-kan. tapi pastikan pengarahnya ialah Mamat Khalid.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
2.5



I can’t believe I used the same gif for the book by the same author. Haha. Well, but this gif is the exact one that describes my feeling right now.
Aku rasa mungkin aku ni yang bukan a big fan of Saat Omar. I was expecting something sebenarnya sebab ada dengar yang buku ni better dari SERONOK. Okay lah, aku admit, it is better dari Seronok. Ada humor yang tak bertempat. Ada yang kelakar, tapi mostly aku rasa macam lawak yang tak jadi. Jalan cerita pun lain dari yang lain. Pelik. Dari cerita tentang gay, penulis kali ni membawa pembaca ke dunia pendukunan, yang mana style dukun dalam cerita ni tak sama macam yang selalu kita dengar or tengok kat tv. Aku rasa cerita ni menarik, characters pun menarik. Tapi, entahlah. Like I said, maybe I wasn’t a fan and his book is not my style. Still, it’s a good book.
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
September 13, 2014
Tamat sudah baca #SANTET karya Saat Onar walaupun diselang seli dengan sesi menyusukan dan menidurkan Muhammad.








Dalam enam buah novel terbaru yang aku beli dari @bukufixi, aku memilih untuk mulakan dengan Santet disebabkan novel #SERONOK karya penulis yang sama meninggalkan kesan yang baik pada aku.









Bagi yang mencari bahan bacaan yang mudah dihadam, jalan penceritaan yang baik serta disulam dengan elemen yang bila kau rasa berdebar tetapi jadi jenaka tiba-tiba, dipersilakan baca novel ini.








Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
August 26, 2014
Dark humor tak bertempat. Ada je unsur lawak kat scene yg serius.

Aku selalu menonton/membaca cerita mengenai tok bomoh yg serius, seram atau thriller. Tapi Saat Omar berjaya menterbalikkan dunia tok bomoh jadi cerita komedi.

Ada yg bertanya, "Seronok atau Santet yang bagus?"
Dan aku katakan Santet is better than Seronok. Tahniah, Saat Omar!
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
March 22, 2021
Orang tua romantik..aku imagine muka dukun hitam mcm pelakon Jalaluddin Hassan..hahaha aki ingar ceita seram, tengok cover pon dah geli, sekali cerita cinta romantik ler..sangat menarik.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
November 25, 2014
Tak tau nak review apa.

Cuma, ok-lah. Aku baca sampai habis sebab tulisan dia senang faham and aku nak tau apa jadi dengan Hitam dan Maria. So, ok-lah. :)
Profile Image for Adilla Alias.
16 reviews
May 18, 2015
Selepas Hasrul Rizwan, aku telah meletakkan Saat Omar sebagai penulis indie kegemaran aku.

'Don't judge a book by it's cover'

Memang kenalah dengan cover dan jalan cerita novel ni. Sebenarnya banyak kali aku tengok buku Santet ni kat toko buku tapi hati tak terbuka nak baca. Puncanya sebab cover buku je pun. Entah macam mana aku terbeli pulak buku ni kemudian nak tak nak aku bacalah. Sangkaanku meleset. Cerita dia sumpah lawak. Level hollywood pun ada gak. Siap ada watak Mexican Cartel, Voodoo Man, Lintah nama Timothy Dalton dan banyak lagi dalam cerita ni. Paling tak boleh blah bila Dukun Hitam buang saka hantu rayanya dengan buat helah suruh saka tu naik kapal terbang kemudian hantar ke Maldives. Rare gila idea dia.

Buat makwe yang gila adegan cintan cintun sweet teruk, dalam novel Santet ni ada. Dukun pun ada perasaan tau dak. Hahaha~

Memang terbaik novel ni. Rugi kalau tak beli.
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
December 9, 2016
One lesson that we can learnt from this book is always do good to others no matter how bad they are to us, coz good manners always end with good endings. Hitam always tries to protect Bahaman although that Bahaman is the kind of person that don't deserve any help, and at the end of the story, Doni saves him and he lives happily ever after with Mariam.

Second of all, good friendship remains forever. Always remember our friends during ups and downs. We can learnt this from Doni's character. Although that he is an evil man and others think that he is bad, he always find a way to save Hitam even at first, Hitam thought that Boni hates him.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
July 20, 2015
Hehe..buku ni ada aksi,komedi,cinta dan ilmu hitam...sebenarnya seronok baca buku ni,tak terlalu berat dan tak terlalu ringan..
mengisahkan latar belakang kehidupan watak utama,Dukun Hitam,dukun lintah yg telah insaf dan menempuhi kehidupan dgn cabaran yg baru..
byk dialog n scene dlm buku ni yg ada sarkastik dgn kehidupan kita sebenar..hehe..
thanks Fixi n Saat Omar kerana menghiburkan hidup saya..
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
October 24, 2014
Best!

okay, tiba-tiba terus minat dengan cara penulisan Saat Omar.hehe..aku suka dengan jalan cerita dan input yang ada dalam cerita ni. Aku suga Bomoh Hitam dan ACDC.rasa macam kelakar jugak si Bomoh Hitam ni.walaupun dah tua.dan part last sekali bila diorang trick hantu raya tu yang best.padan muka dia.tamak haloba sangat!Lepas ni nak cari Seronok pulak.Good job Mr Saat Omar.
Author 2 books29 followers
January 27, 2015
selesai. buku ni memang fun dan buat aku release tension. tak banyak komen aku,tapi aku terhibur dgn lagak dukun2 tua tapi berjiwa moden ni.
tahniah tuan saat omar utk novel ni. sesuai kot dgn genre macam ni :-D
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
October 18, 2014
Seribu kali syok dr Seronok..mmg lawaknye mampu membuatkan aku hampir mengalirkan air mata sbb ketawa..bacalah sendiri..mmg tak rugi ms tdurku dihabiskn dgn bacaan novel ni..tepat kul 3.36pg....msuk dlm senarai top 10 novel Fixi aku..tahniah...hahahahahaha
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
September 7, 2014
not bad.. horror komedi..
tak banyak pun pasal lintahnya walaupun kisah ni teraju utamanya dukun lintah..

paling tak boleh blah.. cara dukun ni nak buang hantu raya dia dengan cara menghantar hantu rayanya ke maldives.. haha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Brown Guy Reads.
64 reviews1 follower
November 30, 2023
Dukun Hitam wants to leave his past as a black-magic practitioner behind. Dukun Hitam's speciality was using deadly spells involving leeches. But then a swell-looking dame named Mariam makes him an offer he can't refuse.
.
.
It is a fun book containing dark comedy with some actions. The characters were unique. They had their traits, and I love how I laughed hard at certain scenes. It contains explicit scenes as well. Well, I'd like to thank my friend Wani for introducing me to FIXI novels and for this book. YES! This book was my first FIXI novel.

#saatomar #santet #bukufixi #bookstagram #bibliophile #igreads #currentlyreading #bookreview #instaread #lovetoread #booksarelife #readingisfundamental #whatimreading #bookreviewer #bookaddicts #bookpost #tbrpile #justread #bookishphotography #whattoreadnext #readallday #bookworms #booksofinstagram #bookwormproblems #bookaholic #bookpic #newreads #booknerd
Profile Image for Melissa.
3 reviews
January 6, 2019
Action dan cerita dr awal sampai ke page terakhir. Buat aku ketawa sorang2 on my train rides.
Profile Image for asyiqin faizal.
9 reviews
December 10, 2025
thought this book would be cerita seram since santet en santau santau gituhh tapi nohhh buku kelakar rupanyaa🤣 mengisahkan seorang dukun yang dah bersara dan bertaubat then tiba2 diupah utk hntr santet selepas dia bersara.. sometimes mcm baca action book pulak lelagi part dorang lawan cartel kat gudang tu hahahah, lagi satu part paling kelakar ofc kat hujung novel which cara tok hitam lepaskan hantu raya dia mmg out of the box😂 anyway 3 bintang cuz still mcm too many errors here and there which can be improve hihii
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
February 20, 2017
SANTET - Saat Omar.

Pd asalnya ngatkn kisah seram rupanya kisah Dukun Hitam yg dh bersara tp diuji pula pabila Mariam dtg meminta bantuan utk menghantar lintah ke perut ex husband dia supaya busung. Wlupun ditolak tp Mariam berkeras menyuruh. Terpaksalh Dukun Hitam melakukan tp bkn cara yg betoi sekadar lakonan supaya satu hari nant Mariam menyesal.

Secara x langsung Dukun Hitam terbabit dgn masalah Bahaman (ex husband Mariam), Insp Zaki, Boni n kartel dadah. Dlm pd masa yg sama Dukun Hitam jatuh cinta dgn Mariam. Bagaimana masalah itu dpt diselesaikn n apa kesudahan Dukun Hitam n Mariam ???

Ikutilh perjlnan cerita nie yg penuh dgn lawak n lintah yg menggelikn hahaha

#fixi
#bukufixi
#santet
#saatomar
Profile Image for A.Nadhiey.
10 reviews
April 17, 2015
OK. BUKU NI BEST. SUMPAH TAK TIPU.

Sebelum aku beli buku ni, aku ad buat review. Org ckp buku ni kelakar gile. Tapi bagi aku xde laa kelakar gile, cume ad la part part yg buat kite tersengih bile bace. Buku ni ad banyak adegan ilmu hitam yg kdg kdg aku rase mcm mengarut. Tapi its just a story. Ape pon boleh jadik. Plot pn disusun dgn menarik. Walaupun bnyak watak dn banyak masalahnyee tapi teratur. Sng nk follow. Ad typo kat mane mane tpi maafkanlahhh. Penulis pon manusia biase.

Satu yg mnarik pasal buku ni, walaupun citer die pasal bomoh, dukun sume sume tu, jgn laa mmbayangkan die org sume org org tue yg dh kerepot, menyeramkan lagi kolot. Watak dukun dlm ni agak moden. Die pnggil pembantu die ACDC kauu. Hahaha. Itu yg buat buku ni hidup dn best.

Last, konfom berkerut dahi bilee bace ending die. Mmg sngt suprising. Like, seriously. Kalau nk tahu camane ending dieee, haa gi grab buku nih.
Profile Image for Rizqan Sulaiman.
34 reviews
April 12, 2016
Cerita yang lain daripada yang lain. Apabila cerita dukun ilmu hitam + gangster dadah + percintaan terhasilah satu novel yang unik dan plot cerita yang 'unsangkarable'. *spoiler* Gaya penceritaan yang lucu (saya tersenyum ketika part lintah yang dinamakan Timothy Dalton) dan kadang kala tidak dijangka (ilmu lekat penis di dahi). Part hantar hantu raya ke Maldives tu paling tak bleh blah. Overall, satu novel yang agak not bad, eventhough tak lah sehebat novel thriller/paranormal yang lain. 3 star from me
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
September 11, 2016
Aku suka dengan kepelbagaian watak di dalam cerita ini dan susunan plot nya yang kemas membuatkan aku pantas membaca ke penamat. Keseluruhannya baik saja tapi tidaklah terlalu baik kerana ada part yang mengarut yang seperti dibuat-buat mematikan feel aku terhadap sesuatu karektor. Apapun aku enjoy dengan tulisan Saat Omar.
Profile Image for Rheafara.
16 reviews
April 20, 2015
Im really love this book sebab buat aku nak tergelak je..so funny..aku suka idea penulis..ada lawak yg tak jadi but almost memang jadi la especially the last part tu..seriously it was unpredictable..aku harap penulis akan menulis another book yg lagi best.
24 reviews1 follower
September 15, 2014
Kalau aku adalah seorang pengarah filem, confirm aku akan adaptasikan buku ini kepada filem! Jalan ceritanya lain dari yang lain serta ada unsur-unsur humor yang bertempat.

Better than Seronok.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.