Jump to ratings and reviews
Rate this book

Skizo

Rate this book
Hidup tidak semestinya indah. Setiap laluan pasti akan ada batu-batu halangan. Setiap perjalanan pasti akan ada lopak-lopak cabaran. Sudah tertulis di atas sana, setiap manusia akan diuji dalam hidup. Hanya kekuatan diri yang menjadi pemutus.

Megat Andika adalah seorang lelaki yang bertuah. Sedari kecil, dia dilimpahi kemewahan yang tidak terkira. Apatah lagi dengan posisinya sebagai pewaris tunggal Megah Holdings. Hampir semua yang dimahukan mampu dibeli. Kemewahan dan kekayaan hampir menjadikan Megat Andika seorang yang taksub dengan dunia.

Sebuah peristiwa yang tidak dijangka tiba-tiba berlaku. Sepantas kilat, dia hilang semua keupayaan. Hatta untuk bernafas sekalipun. Namun jiwanya masih hidup. Sehidup nyawanya.

Skizo, sebuah thriller psikologi yang membuatkan anda terbayang tentang bagaimana rasanya apabila dipaksa hidup di dalam kepercayaan dan pemikiran asing.

Paperback

First published January 1, 2014

4 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Ahmad Akmal Azman

6 books23 followers
A doctor who like to give out free MC (kidding)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (25%)
4 stars
18 (25%)
3 stars
23 (32%)
2 stars
8 (11%)
1 star
4 (5%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews30 followers
February 12, 2016
Baiklah, jika ini adalah naskah pertama, hamba kira penulis boleh bersenyum gembira dengan hasil ketukan jemarinya ini. Sebuah cerita yang disumbat dengan elemen psikologi dan aksi serta sedikit input tentang dunia perubatan.

Hamba tidak ada masalah tentang jalan cerita secara keseluruhan tetapi ada lompong-lompong yang boleh dipersoalkan dalam plot cerita. Meski lompong-lompong itu kebanyakkannya berlaku dalam fikiran seorang koma yang mana penulis simpan ‘rahsia’ itu sehingga fasa akhir buku, tetapi ‘rahsia’ itu pasti lebih bernilai tinggi dengan plot yang kemas dan logik.

Sebagai contoh, ketika kali pertama Andika melarikan diri dari hospital, tiada motif kukuh sebenarnya untuk dia melakukan itu. Dia tidak (belum) diancam oleh apa-apa atau sesiapa pun ketika itu. Paling tidak dia tidak mengetahuinya.

Juga babak di mana Andika menjejaki helikopter ayahnya yang hilang. Baiklah, secara logik kejadian besar seperti ini yang mana sudah dilaporkan dalam berita televisyen, pastilah kawasan kehilangan itu serta sekitarnya sudah diredah dahulu oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Tidak mungkinlah Andika seorang boleh menjumpainya tanpa tanda-tanda kedatangan pihak berkuasa.

Jujur kerana kejadian-kejadian seperti ini, tempo bacaan hamba menjadi sangat lambat.

Pergerakan dari satu ayat ke satu ayat dan satu bab ke satu bab agak rigid. Mungkin secara peribadi hamba memerlukan bacaan yang mengalir secara alami tanpa dorongan secara fizikal. Hamba memerlukan perasaan itu dan tentu saja hamba tidak menyalahkanmu, wahai penulis.



p.s Apabila penulis menyebut tentang kuih bengkang, tiba-tiba hamba teringat sebuah episod dalam siri Kampung Boy. :)
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
October 2, 2018
Wowww...

Tak sangka aku akan rate buku ni 4 bintang sesudah pembacaan memandangkan sebelum ini aku berkira-kira untuk beri 3 bintang sahaja.

Kenapa mula-mula aku cuma nak bagi 3 bintang?

Sebabnya aku lelah terpaksa hadap babak demi babak aksi antara watak utama dengan watak-watak lain. Sampaikan aku rasa munculnya babak pergaduhan mereka seolah-olah tidak bermotif dan hanya untuk meleret-leretkan jalan cerita. Ada antaranya sekadar mimpi (yang aku rasa tak perlu pun babak ini diadakan).

Ya, separuh permulaan buku ini amat melelahkan aku. Tapi siapa sangka separuh terakhir buku ini sangat mengujakan dan menarik! Dari rasa bosan, terus jadi semangat nak cepat-cepat habiskan. Terus rasa tak menyesal beli, hahaha.

Ceritanya jadi menarik selepas Andika menjejakkan kakinya ke Hutan Simpan Belum. Kemudian dia bertemu pula dengan orang-orang Penoi. Selepas itu, macam-macam yang terjadi.

Semakin hampir dengan penamat cerita, baru aku faham dan 'nampak' konflik sebenar yang dihadapi Andika. Rupa-rupanya... (sila baca sendiri kalau nak tahu yer😜)

Apa-apa pun, buku ini berbaloi untuk dibeli. Jalan cerita menarik walaupun agak slow pada mulanya. Konflik pun boleh dihadam. Gaya olahan tiada masalah, okey bagi aku.

Ending?

Agak sedih sebenarnya.😢
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 11, 2014
3.5* untuk keseluruhan naskah ini. Yeay!

Tahniah buat encik penulis atas kelahiran ‘baby’ sulung di dalam dunia penulisan dan untuk karya yang boleh tahan ini. Tidak disangka seorang /‘bakal’ doktor telah menghasilkan sebuah karya aksi sebegini. Sungguh jauh meleset andaian minda terhadap naskah ini bahawa jalan ceritanya pasti lebih menjurus kepada perubatan memandangkan title encik penulis sebagai seorang doktor! Bravo, aku silap di situ!

Entah aku terfikir samada tajuk yang diberi untuk buku ini sebenarnya adalah sesuai atau tidak. Sebabnya dari apa yang aku pernah baca dan tahu, skizofrenia punyai maksud ‘itu’ dan cerita dalam buku ini pulak tidak membawa pun ke arah maksud istilah tersebut. Ataupun menunjukkan simptom-simptom skizofrenia atau aku yang tidak tahu ada takrifan lain? Maaf diri ini masih banyak kurang ilmunya!

Kaver buku ini juga hanya biasa-biasa sahaja. Tidak melambangkan tajuk buku ini pun!

Permulaan cerita pada aku agak lambat panas dan menyebabkan aku tolak beberapa kali naskah ini ke tepi. Apabila aku cuba untuk menyambungnya semula, aku turut terasa penat sama seperti watak utama dalam buku ini, Andika sehinggalah selepas penulis mengajak aku untuk menggembara bersama Andika ke Hutan Simpan Belum. Selepas itu, aku tidak mampu lagi untuk melepaskan naskah ini. Pacing cerita yang semakin laju dengan aksi-aksi yang ditonjolkan membuatkan helaian demi helaian terus dibelek.

Rupanya di dalam Andika koma, dia menggembara ke dunia lain. Walaupun dia hampir disahkan brain dead/mati otak, tapi sebenarnya jiwanya hidup di dunia yang lain yang mana merungkai satu kebenaran yang sangat menyesakkan jiwa! Mungkin tema buku ini juga boleh diperkatakan menjurus kepada pertelingkahan ataupun perebutan harta di dalam keluarga dato Wira.

Apa-apa pun, bab akhir dan epilog buku ini aku suka! Buat pertama kalinya aku mengetahui perkara itu boleh terjadi. Walaupun encik penulis pernah mengatakan bahawa pembaca ramai yang akan tidak puas hati dengan epilog itu, tapi bagi aku ianya adalah satu ilmu tambahan. Pembaca harus tahu perkara itu mampu terjadi di dunia ini!

Apa-apa pun, naskah ini memang boleh tahan. Tidak terlalu menjurus ke arah cerita bidang perubatan. Jangan risau!

Cuba rasai dulu, mungkin anda akan jatuh cinta?

Peace!
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
September 20, 2014
Nice one Doktor Akmal! Untuk orang yg sukakan banyak aksi, buku ni memang kena. Memula aku rasa macam tak kena je tajuk Skizo tu dengan jalan cerita. Tapi kalau dipahamkan betul2, boleh jadi je. Kadang- kadang kita pun entah boleh beza ke tak yg realiti atau mimpi. Entah2 kita duduk kat dunia mana entah. Entah2 aku pun tak tau tengah buat apa ni. Betul ke aku tengah menaip ni? Eh aku kat mana ni? Eh aku siapa? Eh? Eh?

Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
April 26, 2018
Perjalanan cerita ni penuh dengan soalan macam: "kenapa dia kena buat cam tu?" "Kenapa tak boleh diam je." "Kenapa pergi jugak?"

Tapi tak pe lah, sebab kalau tak buat begitu, maka tiada cerita. tapi mungkin boleh betulkan sikit daripada sehi rasionalnya.

aku rasa aku punya tafsiran skizo ni salah. atau mungkin memang aku tak tau. cuma naskah ni tak macam cerita skizo yang lebih biasa orang ketengahkan yg mana banyak bermain dgn halusinasi orang kurang siuman. macam dalam Bayang - Nami Cob Nobbler.

penulis gunakan sepenuhnya pengetahuan medik yang dia ada untuk menjalankan cerita ini yang mana bagi aku, ia berkesan serba serbi. Dan akhir sekali, aku suka pengakhirannya berbanding permulaan.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
July 18, 2017
#62#2017

Done reading Skizo by Ahmad Akmal Azman.

Permulaan cerita, aku ingatkan Syarifah Natasha watak utamanya. Baru nak puji penulis sebab guna POV perempuan. Hahaha... Tapi rupanya, ni kisah Megat Andika.

Membaca novel ni dengan expectation yang Megat Andika ni mesti ada schizophrenia with symptoms of hallucinations, delusions, disorganized thought, disorganized behaviour and negative symptoms. Sebenarnya, ada je halusinasi tu. Yang lain lain tak pasti.

Skizo ni citer pasal Megat Andika yang diberi jawatan dan pegangan saham tertinggi di Megah Holdings oleh bapanya, Datuk Wira. Dan biasala, mesti ada yang berhati busuk. Pada satu hari, Andika accident. So, sepanjang koma tu, otak dan jiwanya mengembara. Dalam koma tu, dia nampak yang helikopter yang ayah dia naik terhempas di Hutan Simpan Belum. So, dalam koma tu, dia mengembara untuk menyelamatkan ayah dia. So, pada masa yang sama, doctors tengah nak buat pemeriksaan to diagnose him as brain death. Luckily, 3 hours before diagnosed tu, Andika tersedar daripada koma. So, lepas koma tu, terasa cam dejavu. Ayah dia nak naik helikopter going to Hutan Simpan Belum. Adoila..., Andika yang 'slow' ni, boleh pulak tak halang ayah dia. Pastu, bila Megat Saiful, orang jahat tu tahu yang Andika tahu plan pembunuhannya, Andika kena tikam oleh Syarifah Natasya..hahaha..sebab Natasya ni kena reject ngan Andika.. Kena tikam tepat di jantungnya. Ingatkan dah mati, rupanya Andika masih hidup. Sebabnya, Andika ni special. Dia ada 'dextrocardia'. Maksudnya, jantung di sebelah kanan. So, dia terselamat la.

So, persoalan terakhir Andika dalam novel ni, "ayah masih hidup? " hahahaa... Serius, aku pun nak tahu apa jawapannya. .
Profile Image for Syaida Ilmuna.
4 reviews18 followers
October 14, 2014
mind-blowing :D

itu adalah patah kata yang saya keluarkan dari minda sebaik sahaja lepas membaca novel ini.

boleh dikatakan novel ini membelit segala urat di dalam otak yang sudah sedia tersimpul.

Tahniah Dr Akmal! Semoga ada sambungan dari novel ini, sebab saya benar-benar ingin tahu apa yang terjadi pada Andika dan keluarganya. Emm sukar menghadam pengakhiran yang tergantung tu! hehe

Can't wait for your second novel! :)
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
August 12, 2015
Plot cerita dari awal hingga 3/4 buku sgt menarik..nak penghujungnya tu rasa cam tak best n pelik sikit..
mmg penulis nak kite fikir n faham betul2 apa yg terjadi sebenarnya..misteri di sebalik kejadian sebenar...huhu..
papepun mmg buku yg boleh dibaca tuk genre action thriller...
Profile Image for Imani.
2 reviews
September 25, 2014
Nothing much to say. I think this book is extremely good.


"A good cook shows how passion its chef, but a good book proves how brilliant its author!"-imani
Profile Image for Bayuu Haikalson.
165 reviews2 followers
February 12, 2021
Konsep cerita yang menarik gila lah. Beberapa kali lah kena masuk hospital. Hahaha. Aku suka walaupun ada bab yang aku tak boleh brain sangat. Hahaa. Satu scene sahaja lah. Yang aku bengang kenapa lah Andika tu slow sangat tak halang bapak dia.

Emosi dan details semua ada. Aku suka karya ini. Ditulis dengan penuh emosi dan details ya. Sejarah Gerik dan orang asli Penoi. Wahh, ilmu yang baru. Ada juga beberapa scene yang tak dikembangkan dengan baik. Rasanya kena cut dengan editor kot. 😆 Watak Natasha itu baru lah aku faham. Damn betul lah. Ada juga plot twist dia.

Untuk Ahmad Akmal Azman, terima kasih untuk karya ini.
Profile Image for Lilishccino 🧸.
95 reviews
December 22, 2025
Genre: Thriller psychology
Writing rating : 9.5/10
Penulisan dalam buku ni seronok baca. Tak indie tapi mudah faham. Berpuitis pun kena tempat. Dialog antara karakter tak terlalu cliche. Everything about this book is just pure perfection. You can't guess what's coming next, really. The fact that this novel is doctor made amazed me more.

Sakit otak weh baca novel ni. Start 3/4 plot novel ni agak gore.
BEST! Aku ingat pasal skizofrenia tapi bukan.
Banyak sangat benda aku belajar dalam ni. Pasal sains ada, pasal budaya ada.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,547 reviews1 follower
May 26, 2025
Bukan sekadar novel – ia adalah sebuah pengalaman mendalam dalam jiwa seorang manusia yang sedang bergelut dengan tekanan psikologi yang sangat rumit. Gaya penceritaan yang kabur antara realiti dan ilusi mungkin mengelirukan, tetapi itulah kekuatannya. Bukan untuk pembaca yang mencari hiburan ringan, tetapi sesuai bagi yang menghargai cerita berlapis-lapis dan berani..
Profile Image for Maira.
399 reviews30 followers
May 28, 2015
Done!

Setelah berfikir panjang, Maira rasa Maira dah bersedia untuk bagi review yg lebih terperinci.

Skizo, daripada apa yang Maira dapat daripada Google, bermaksud seseorang yang mengalami penyakit Schizophrenia iaitu penyakit mental yang sgt kronik. Walaubagaimanapun, daripada pembacaan Maira, Maira cuma dapat mengesan seorang sahaja karakter daripada karya ini yang mengalami penyakit tersebut. Itupun Maira tak pasti sama ada dia karakter utama ataupun tidak.

Tapi sebelum itu, Maira akan ckp dulu tentang plot. Maira suka sebenarnya dengan susunan plot karya ni (sesuai dijadikan movie) , tetapi, ideanya tak original. Malah, Maira mampu meneka apa yang akan jadi seterusnya.

Gaya penulisan En Ahmad Akmal Azman cantik. Cantik susunannya dan sangat informatif.

Seterusnya, karakter-karakter. Maira cuma berharap yg Maira dpt lebih mengenali karakter-karakter sebelum terus 'lompat' ke dlm jln cerita. Sejujurnya, Maira tidak mengetahui sama ada untuk menyokong Andika ataupun tidak kerana keliru siapa sebenarnya dia. Tapi mungkin itu cara En AAA mewujudkan suspens dlm karyanya.

Interaksi antara karakter-karakter juga nmpknya sedikit kekurangan. En AAA bnyk mementingkan perbuatan daripada percakapan, di mana bg Maira sgt menarik tetapi semakin lama semakin membosankan.

Apa-apapun, syabas saya ucapkan utk En Ahmad Akmal Azman.

Three Stars!!!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
April 22, 2015
apa beza bila menonton pesakit yang lepas operate dalam cerita grey anatomy dan pesakit yang lepas operate dalam cerita melayu?. ada beza kan?.. itulah perbezaan yang ada dalam buku ni bila penulisnya sendiri berkelulusan ijazah sarjana muda perubatan & pembedahan. jadinya bila sampai dalam term2 perubatan dan anatomi manusia menjadi lagi cantik olahan ayat dan jalan ceritanya. kisah buku ini sendiri dah menarik ditambah lagi dengan pengolahan cerita dan gaya penyampaiannya. memang best. pembaca boleh terperangkap sendiri dalam pembacaan. nak stop pun rasa tak boleh.. dasat tul..
buku ni mengisahkan apa?... kisah tamak haloba manusia... kisah anak yang patut sedar untung nasib diri dan jangan terlalu harapkan ibu bapa... kisah kuasa Allah dalam rentetan perjalanan kehidupan manusia.. kisah fantasi dan realiti .... kisah kuasa otak yang di anugerah Allah...
Profile Image for Raline.
5 reviews
June 4, 2015
Bab pertama buku ni cuma selesai dibaca selepas hampir 3 bulan. Bab seterusnya, selesai dibaca dalam masa kurang sehari.

Thumbs down
- Intro yang tak berjaya menarik perhatian. Should have been better sebab intro lah yang akan menarik minat pembaca kan.
- Gaya penulisan yang terlalu 'ber' metafora dan hiperbola. (Not that much of a big deal. It's just me coz I prefer casual writing)

Thumbs up
- Amazing details on fight scene yang buatkan diri ni turut sama mengelak, mengaduh, dan kadang-kadang menendang angin.
- Penggunaan perkataan dan ayat-ayat bercirikan 'perubatan' (if it's the right word to describe). Satu pengalaman baru dan meluaskan lagi perbendaharaan kata ;)
- Interesting story line, right choice on the plot and overall an excellent reads. I'm totally focused on reading that I can't stop to do anything else.

Profile Image for Zell.
60 reviews17 followers
July 26, 2015
Apabila kawalan minda telah hilang, ia akan berfungsi sendiri dengan mengganggu tafsiran realiti seseorang sehinggakan yang benar atau palsu tidak dapat dibezakan. Itulah skizofrenia. Pembaca sendiri pun seakan-akan dapat mengalami sikozofrenia apabila membaca buku ini, tidak mampu memastikan yang mana betul, yang mana salah. Cerita-cerita beginilah yang seronok dianalisis.
Profile Image for Maznie Md said.
2 reviews1 follower
September 9, 2014
untuk berfikir diluar kotak perlukan bahan bacaan seperti ini. siapa sangka,org yg koma punya jiwa. ^_^
Profile Image for Hajar Cena.
8 reviews1 follower
December 6, 2014
Jln cerita menarik...best...bermain dgn emosi...orait la..ada smbungan ke? hihi..
Profile Image for Ferb493.
1 review
June 1, 2015
Don't judge a book by its cover. Font nampak macam willy wonka, dalam hanya si pembaca yang tahu. Great work senior PMC
Profile Image for Mardyati.
15 reviews
May 25, 2016
Tak. Usah ditanya kenapa. Sebab hati ni terasa dianiaya seusai baca.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews