두려움, 회피, 슬픔 등 음식으로 나쁜 기억을 치유할 순 없을까? 심리적 편식은 '나쁜 습관'이 아닌, '아픈 기억'이라는 말이 있다. 아픈 몸을 의사가 치료하듯 아픈 기억은 요리사가 치료해줄 수 있지 않을까 하는 생각에서 이 이야기는 시작된다.
물망초 식당은 음식으로 사람들의 상처를 치유하고 보듬어주는 것을 제1원칙으로 삼는다. 주인공 문망초는 사람들의 편식을 없애주기 위해 노력한다. 음식에 대한 두려움을 극복하고자 이곳을 찾아온 손님들의 이야기를 듣고 그에 맞는 음식 처방을 내린다. 과연 식당에 찾아온 손님들은 트라우마를 이겨내고 편식을 고칠 수 있을까?
저자: 청예
《웬즈데이 유스리치 클럽》으로 제9회 교보문고 스토리공모전 단편 우수상을, 《초능력이 생긴다면 아빠부터 없애볼까》로 컴투스 글로벌 콘텐츠문학상 최우수상을 수상했다. 교보문고 스토리크리에이터 4기 선정작 《틀니와 싹수》로 영상화 판권을 계약하기도 했다.
작가는 '소설이란, 어딘가에 존재할 것 같은 캐릭터로 독자와 친구가 되는 과정이며, 더 많은 친구를 만들기 위해 부단히 쓴다'고 소설 집필의 의미를 전했다.
낭독자: 권지애
EBS 24기 성우로. '기동전사 건담', '두기 탐험대', '몬카트' 등의 애니메이션에 출연했으며, EBS '음악이 흐르는 책방, 홍대광입니다'를 통해 다양한 도서 낭독에 참여했다.
Semalaman menelaah naskah ini dan tidak menyangka ia merupakan sebuah naskah yang banyak memberi warna serta pengajaran dalam menempuh kehidupan.
Mulanya agak ragu-ragu untuk memiliki naskah ini memandangkan saya tidak nampak sebarang promosi besar-besaran mengenai naskah ini (mungkin ada, namun saya yang kurang cakna - maafkan saya!).
Saya tertarik dengan naskah ini memandangkan saya agak obses dengan cerita (filem / drama / dokumentari / anime) yang melibatkan makanan. Kini obses saya boleh ditambah kepada satu lagi bahan sebagai input maklumat mengenai makanan iaitu melalui buku. \^o^/
Baik, naskah ini mengandungi kisah mengenai seorang gadis bernama Mangcho yang menyahut cabaran ibunya mengendalikan restoran dalam masa 100 hari dengan syarat-syarat yang telah diberikan oleh sang ibu. Dalam tempoh itu, pelbagai ragam, kisah yang dikutip daripada pelanggan - pelanggannya serta usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Mangcho bagi kepuasan hati para pelanggan restorannya sehingga saat perlu mengharungi cabaran mengendalikan karenah seorang pelanggan yang terakhir.
Sebuah naskah terjemahan yang baik dan menarik dengan susunan ayat yang mudah untuk difahami serta dapat dinikmati sepenuh hati. Syabas buat penterjemah.
NOTA: Saya merupakan seorang yang boleh dikatakan agak picky eater. Salah satu makanan yang tidak saya gemari adalah tauge. Agak melucukan apabila mengenangkan - entah mengapa saya selalu memikirkan tauge sepanjang menyudahkan pembacaan naskah ini.
Mungkinkah saya juga perlu menjadi salah seorang calon pelanggan di Restoran Mulmangcho? ~_^|i!
Rasanya tak pernah lagi seumur hidup saya, berkunjung ke restoran yang tak ada menu ! Atau pun wujud ke restoran seumpama itu ? Ia nya wujud di novel ini ☺️Mun Mangcho, seorang gadis yang nak take over restoran keluarga kerana kesian kan ibu nya yang dah berusia. Tetapi ibu nya tetapkan beberapa syarat yang wajib Mun Mangcho penuhi sebelum dia nak serahkan restoran pada anak nya.
Hubungan anak beranak ni agak tegang sebab Mangcho nak suruh mak nya rehat, tetapi mak pula asyik kerja keras dan masih belum percayakan anakknya 100% untuk take over restoran. Jadi Mangcho pun nak buktikan pada mak dia. Dia perlu masak mengikut emosi pelanggan. Bagaimana nak merawat luka lalu dengan makanan ? Berjaya tak dia ?
Apa yang saya suka tentang buku ni ialah penceritaan yang setiap orang ada luka, setiap orang ada kisah lampau yang membentuk tabiat dan karakter kita pada hari ini. Sejauh mana kita hendak mengenang luka yang tak sembuh ? Apa usaha kita nak ke depan dan hanya mengambil pengajaran dengan peristiwa lalu ? Mangcho cuba selami emosi pelanggan restoran dia dan ambil hati mereka melalui makanan.
Setiap bab ,berbeza pelanggan, berbeza cerita dan berbeza makanan. Melalui makanan, kita boleh temui kasih sayang. Setuju tak? Saya pun rasa macam tu. Ada sesetengah makanan yang kita akan teringatkan seseorang, teringat zaman kanak-kanak dan sebagainya.
Hubungan antara Mangcho dengan kawan baik dia, diolah dengan baik. Dalam hidup ni, kita tak perlu ramai kawan pun. Kita hanya perlukan beberapa kawan baik yang terima kita atas siapa diri kita. Terima keseluruhan diri kita, dia tahu apa kekuatan dan kelemahan kita.
Hubungan Mangcho dengan mak dia pula, adakah akan bertambah baik ? Kesihatan mak Mangcho semakin merosot, jadi apa tindakan Mangcho nak jaga mak dia. Ada sesuatu yang perlu mereka dua resolve. Akhir novel ni memang sedih betul lahhh.. rasa puas baca.
Dengan beri kasih sayang, kita akan menerima lebih banyak kasih sayang. Manusia dan makhluk ini perlukan lebih kasih sayang, maka jangan lah kita malu dan lokek nak sebarkan kasih sayang. Saya percaya, dunia akan jadi lebih baik.
Ini pertama kali tau, saya baca novel terjemahan Korea. Hasil dorongan kawan-kawan di SUM juga, kami baca bersama-sama dalam tempoh waktu sama. Terjemahan ok, awal-awal ada rasa sedikit kekok mungkin sebab saya rasa perterjemah nak sesuaikan dialog korea dengan bahasa Melayu. Lama sikit baca, saya dah boleh absorb style dialog.
Seronok berborak dan bincangkan tentang buku ni sebab apa ? Sebab banyak makanan 😂kelaparan dibuatnya. Jadi saya pun cakap dekat husband, nak ke CU Mart, nak beli tteobokki, buku ni punya pasal. Nasib tak ke Korea terus haha.
Kalau awak suka makanan, especially korean food, kena baca buku ni ! Dan juga, kalau awak suka nak baca tentang hubungan ibu dan anak, hubungan dengan kawan baik dan bagaimana kita menangani luka lalu, this book is truly for you 💕
Cerita tentang Mangcho yg diberi perjanjian oleh ibunya utk uruskan restoren mulmangcho. Konsep restoren ni sgt unik. Permintaan utk ubah tabiat makan. Setiap makanan tu ada cerita dan kisahnya. Best baca. Saya suka. Tahniah penulis. Buku pertama di tahun 2026