Berkahwin dengan Harraz yang merupakan abang tiri Laila umpama maut yang datang menjelma tanpa diduga. Sudahlah malunya berbakul-bakul kena hina, sekarang kena kahwin paksa pula!
Demi maruah dan keluarga, diterima sahaja tanpa banyak bicara. Pelik juga kenapa Harraz yang membencinya sanggup menjadi suaminya?
Benarkah kerana tanggungjawab merupakan punca Harraz sanggup berkahwin dengan adik tirinya? Atau mungkin dia sudah jatuh cinta? Apakah yang bakal terjadi dengan perkahwinan mereka? Dalam masa yang sama, Azmir si playboy menagih semula cinta Laila.
Adakah Laila sanggup menerima cinta Azmir setelah hatinya dirobek oleh permainan perasaan kekasih gelapnya itu? Adakah Harraz hanya mendiamkan diri sahaja? Benarkah Laila adalah jodoh terbaik yang ditetapkan oleh Allah untuknya?
“Bila abang tiri jadi suami, punah harapan nak dapat lelaki pilihan hati….”
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
The story itself isn't that bad, cuma watak Laila sangat annoying. N rasa dia seolah-olah merasakan diri dia entitle to whatever she wants and kesilapan kecil yang dibuat oleh orang lain seumpama end of the world pada dia. Dia juga dia sangat-sangatlah lembab. Katanya seorang gadis Melayu yang baik yang tahu membezakan halal dan haram, tapi dah tahu si Azmir tu dah ada girlfirend, masih juga terhegeh-hegeh bercinta dengan si Azmir tu. Takkan sengal? Bila dah kena tangkap basah and kena reject habis-habisan, baru sedar celah mana sajalah diri dia tu di mata Azmir. Bila dah kena setepek kat batang hidung sendiri, baru lah nak menangis bagai.
If it weren't for Laila, N rasa N akan kasik additional bintang. Tapi N memang tal boleh nak terima langsung karakter dia.
Sorry if you think I'm mental for overreacting over a fictional character. Tapi N memang tak boleh nak terima watak perempuan yang bodoh sombong, walaupun hanya dalam dunia fiksyen!
Harraz: "Sayang nak tau tak, solat seseorang tu ada 5 gred. Gred A, B, C, D, dan E. Gred E yang paling bawah sekali. Nak tau apa itu solat Gred E?"
Laila: "Apa dia?"
Harraz: "Bila azan dia buat tak tahu. Kalau bersembang, terus bersembang. Kalau tengok TV, terus menonton. Kalau main FB, terus main FB dan sebagainya."
"Solat Gred D, bila azan berkumandang, dia hanya perlahankan TV atau radio, berhenti berbual, dan berhenti buat kerja. Tapi dia tak bersedia untuk bersolat."
"Solat Gred C, bila dengar azan, orang ini akan ambil wudhu' dan terus bersolat. Tapi solat kat rumah aje la."
"Solat Gred B, bila dengar azan, dia ambil wudhu' dan terus ke surau atau masjid."
"Manakala Solat Gred A, bila azan berkumandang, orang itu dah ada wudhu' dan dah berada di masjid atau surau untuk solat."
kureng kick tp masih laie blh hadam ngan jayanyer... xde watak yg jahat2 giler2 sampe nak tensi2.. tp byk watak baik sampe kekadang rasa cam xde turun naik ... emotion tue cam dull ngan flat skit. tp still happy ending. chill
Laila dan Harraz. Kedua-duanya boleh tahan tinggi melangit ego. Setiap kali berjumpa, pasti bertekak. Harraz tak habis-habis nak kacau Laila hinggakan beliau menangis. Mereka ni bukanlah musuh, bukan juga kawan tetapi mereka ini adalah abang tiri dan adik tiri!
Dalam diam, Harraz sebenarnya sudah jatuh cinta saat dia melihat Laila ketika majlis nikah ayah dan ibu tirinya. Memandangkan dia tak nak mengaku dan selalu aje menafikan tentang rasa kasihnya, itu yang dia asyik nak giat adik tirinya. Suke sangat bila tengok Laila marah sebab dia rasa Laila kelihatan comel bila marah. Boleh gitu eh?!
Jalan cerita yang okay. Tidak terlalu berat. Simple and straight to the point. Nasib baik watak Serina dan Azmir tidak keterlaluan.
Pertama sekali, buku ni best. No doubt. But, I think it can still be improved. Maksud saya, I like clichés so tk salahkan kalau cerita ini ada scene-scene yg agak sama dgn buku lain?
Walaupun scene tu sama, mungkin penulis boleh tukarkan sedikit... Dan saya rasa buku ini kurang klimaks. Saya tk pasti apa kurangnya tetapi rasa dia tidak ada semasa klimaks itu.
Saya tak tahu kalau penulis memang sengaja membuat karakter Laila seperti ini, tetapi apabila dia bergurau dan bersentuhan dgn Azmir, dia tidak rasa apa2. Bila Harraz ingin bersalaman, dia tahu pulak haram? Agaknya saya je kut yg rasa karakter dia...Pelik?
Apa-apa pun, saya bagi 4star sebab saya suka jalan cerita dia, walaupun saya rasa agak kurang sikit(Really, I don't know what's the flaw in the book but yeah).