Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tersuka Tanpa Sengaja

Rate this book
Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

​Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif.

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.

613 pages, Paperback

First published August 25, 2014

26 people are currently reading
435 people want to read

About the author

Pena Kayu

45 books85 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
140 (40%)
4 stars
112 (32%)
3 stars
73 (21%)
2 stars
12 (3%)
1 star
7 (2%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
January 23, 2016
1. Tak kiralah trend terbaru ke ataupun dah lama berkembang pesat, tapi saya tak perlukan pendapat awak, cik penulis dalam novel ini. Novel ini menceritakan tentang Syed Arif dan Farhah so kalau nak bertukar point of view dari sudut farhah or syed arif, still boleh dipertimbangkan. Tetapi kenapa penulis nak menyibuk join sekaki? Perlu ke? Ada kami (pihak pembaca) minta ke?

Contohnya: "Apa hendak jadilah dengan anak-anak perempuan Datuk Ahmad Alias ni?.....Dapat suami penyangak, baru padan muka Farhah dengan Katrina tu." (m/s 57)

"Macamlah otak Farhah boleh terima" (m/s254)

Dan ada banyak lagi contohnya tapi untuk yuni buka balik buku ini dan salin semula, memang tidaklah. Menyakitkan hati je lagi nanti. Dari beri dua bintang, ada karang jatuh ke paras satu. It's totally annoying!

2. Kes Farhah kena sumbat dalam lokap...for me...again, FOR ME! Macam menunjukkan polis tu bodoh dan ikut je (indirectly) plot Datuk Ahmad Alias. Satu lagi tentang apa terjadi pada Farhah masa duduk dalam lokap. Kamu fikir polis itu buta atau takde perasaan? Takkanlah bila tengok Farhah dah luka di dahi, dan masih dibiarkan perempuan tu begitu sahaja? And...duduk dalam lokap boleh diberi makan dari pelawat yek? Sorry, yang ni yuni memang tak tahu. Bestnya la hai...

3.Sekali lagi, yang nombor tiga ni yuni nak dapatkan kepastian. Apa hukum seorang lelaki berkahwin dengan dua orang wanita yang merupakan adik beradik sebapa? Boleh ke? Bukan kena ceraikan satu then kalau nak kahwin dengan lagi satu baru boleh? Kalau betul apa yang yuni fikirkan, kenapa Katrina beri idea tak masuk akal sanggup nak jadi isteri kedua? Isteri kedua maksudnya Farhah still jadi isteri pertama. Sedangkan Farhah dan Katrina mempunyai bapa yang sama. Kalau si Kat yang tengah emosional boleh fikir gitu, yuni masih boleh terima. Iyelah emotional! Tapi ibu, bapa, Farhah dan juga Syed Arif macam mana pula? Tak boleh ke cakap tidak dibenarkan oleh agama? Btw, penulis kan suka beri pendapat, kalau watak2 lain tak sempat nak cakap, why not penulis luangkan masa untuk nyatakan tentang isu tersebut? Ini kalau betul yek....kalau apa yang yuni faham selama ini adalah salah, yuni minta maaf.

4 Syed Arif amat bertuah hanya hidup dalam novel. Kalau dia wujud, memang yuni akan tumbuk ke perut bila jumpa secara berdepan. Kenapa? Sebab yuni tak boleh terima ayat dia yang ni: "Awal-awal dulu I pernah beritahu yang you ni objek yang menarik hati I...."

WOW...Isteri yang sah dikatakan objek? Speechless bila baca part tu.

5. Rasanya dah banyak kali yuni cerita part ni dalam review2 yuni yang lain. APA FUNGSI EDITOR??? Yes, yuni tahu novel ini mulanya dari blog/fb penulis yang di-share. Then bila dapat tawaran, dinovelkan. Tapi ini tidak bermaksud editor tak boleh nak betulkan ayat2/perkataan2 yang nampak macam tak formal. Dengan penggunaan perkataan seperti 'ni', 'tu' dlll secara berlebihan, struktur ayat yang tak formal (suka2 je tambahkan ber-,ke-,-an,-kan). Yang ni, yuni tak boleh salahkan penulis 100% sebab sepatutnya editor yang baik boleh kesan benda2 macam ni. Penulis memulakan karier di blog/fb. Mungkin tidak mendapat pendidikan khusus tentang penulisan. Yuni tak harapkan her writing free from grammar error. Dan lagi sekali, apa fungsi editor?

6. Mula2 Farhah dapat tawaran ke Universiti Florence tapi dia tolak dan ingin belajar di dalam Malaysia sahaja. Dan memilih UiTM. Bukan tak bangga. Bangga tu nama UiTM naik. Lagi2 kampus Shah Alam. Tempat tumpahnya air mata sebab tak siap assignment tu. Mana boleh lupa. Tapi, cara dia macam senangnya orang dalam novel dapat masuk universiti yang mereka inginkan yek. Ini universiti awam, bukan swasta. Kalau swasta, as long you have money, no problem. Nak masuk IPTA, kena isi borang UPU. Ada banyak pilihan dan tak semestinya pilihan pertama akan terpilih. Haii....kenapa tiba-tiba yuni tukar profession jadi orang di kaunter pertanyaan tentang kemasukan IPTA?

7. Ada satu part dalam novel ini di mana Farhah cuba bergurau dengan Syed Arif dengan sama tarafkan dia dengan pekerja Bangladesh. Kamu berdua hebat sangat ke? Apa salah pekerja Bangladesh sampai diberikan unneccesary publicity seperti itu? Yang penting mereka buat kerja halal kan? Kalau nak kata taraf, ada ramai pekerja dari Bangladesh yang punyai degree in engineering atau course2 yang dipandang tinggi TETAPI disebabkan peluang pekerjaan yang kurang di negara mereka, menyebabkan mereka berhijrah ke Malaysia. Kalau nak di-compare-kan dengan Farhah, at least mereka ada yang dah ada degree. Kamu ada apa, Farhah? Atau mungkin boleh bertanya, kamu ada apa, penulis?


Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
October 31, 2014
4.75 star..

Adrenalin tiba-tiba memacu laju kadar pembacaan..:P

Buku yang pertama dari penulis belum baca pun lagi. Jadi kena abaikan perbandingan sama ada lebih baik atau sebagainya.

Kisah picisan bak kata penulis tapi pada KakChik kisah Syed Arif-Farhah (SA-F) ini memang lain sikit dari yang lain. Walau pada dasarnya perkahwinan yang terjadi tu ala-ala kahwin paksa tapi secara suka rela je pun. Perkenalan yang sengaja juga memang buat kita sendiri aje.

Latar belakang yang keduanya juga berbeza. Tapi kalau dinilai dari sudut kebendaan memang keluarga Farhah itu lebih dari keluarga si doktor yang over sweet ni (walaupun karektor itu jarang dipamerkan). Namun Farhah tertarik dengan harta kasih sayang yang melimpah ruah dalam keluarga Mak Cik Noraini ni.

Tapi sebab nak elakkan gelaran gay, Farhah yang dipaksa untuk jadi pelakonnya. Namun drama yang digarap Dr Syed Arif, akhirnya makan diri sendiri. Tambah pulak kondisi Mak Cik Noraini yang sakit, buat Dr Syed Arif nekad melamar Farhah. Farhah pula dalam rela dan paksa terima dengan redha sebab nak elakkan dari berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya.

Lepas perkahwinan mereka, maka bertambahlah beban perasaan Farhah disebabkan kemunculan cinta pertama Dr Syed Arif ni. Kuat atau tidak Farhah dalam menangani dugaan ni, sila ye baca dan hadam sendiri.

Apa yang KakChik rasa dengan karya ini sehingga dapat hampir penuh bintang:

1. Sebab karya ni berupaya memacu adrenalin KakChik untuk membaca selepas hampir 2 bulan macam siput sedut jer ni.

2. Jalan cerita yang pada KakChik nampak biasa tapi ada sesuatu yang mahu disampaika oleh penulis. Walaupun kadang kala nampak la ada sedikit klise,kan tapiii....iya masih boleh diterima la.

3. Ego seorang ayah/lelaki yang tidak dapat terima takdir sehingga dia menjatuhkan hukuman pada darah daging sendiri. Watak Dato' Ahmad Alias ni memang buat KakChik rasa grrrrr saja.

4. Suka watak Farhah yang kuat pada dasarnya tapiiiiiiiiiiiii, kenapa lepas kahwin dengan SA, dia boleh jadi wanita yang cengeng. Itu yang buat KakChik tiba-tiba blur.

5. Sudah tentu watak Dr Syed Arif yang ala-ala Prince Charming itu. Karektor dia memang nampak best sebabnya perkahwinan itu walaupun tanpa cinta, tapi dah tetap & nekad itu yang pertama dan terakhir. Jadi dia berusaha untuk yang terbaik walaupun rasa nak lepuk kepala dia sebab boleh dia berahsia tentang Katrina sehingga Farhah jadi mangsa Si Kat gedik tu.

Kenapa KakChik tak cukup bintang penuh? Sebab kadang kala macam ada sedikit typo dan rasa rugi pula penulis nak kembangkan lagi kerjaya Dr Syed Arif sebagai doktor dan Farhah sebagai penulis tu.

Picagari vs berus cat. Nampak comel,kan?..:P
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
October 17, 2014
Aku kira Datuk Ahmadlah punca segala-galanya. Farhah jadi begitu dan Katrina jadi begini.
Dan dalam bayangan aku Katrina itu adalah Katrina Kaif si heroin filem hindustan. Ya antara heroin kegemaran aku. Katrina.
Dan aku rasa watak Katrina merebel itu kena pada tempatnya.
Eh, macam tersuka tanpa sengaja pula dengan Katrina :-D

Tahniah penulis kerana berjaya melakar cerita beremosi.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
November 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Best jugak. Cerita yang straightforward and tak banyak conflict and most importantly, setiap ayat yang dituturkan oleh Syed Arif tidak pernah gagal membuat N cair...



Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews199 followers
March 16, 2025
Pelik F Katrina tu boleh fikir nak jadi isteri ke 2 pada Syed..sah² sebapa tak boleh kahwin lelaki yang sama dimana Farhah itu masih isteri Syed.

Bila rasa stress & tak boleh terima kekalahan nak bunuh diri.. aduhaii.. kan agama Islam camne boleh terfikir.. mujurlah ada doktor yang pandai merawat hati Kat
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
August 10, 2018
Terbaca tanpa sengaja dan terus jatuh cinta dengan watak Syed Arif yang suka bagi ayat-ayat yang mampu membuatkan Sha senyum sepanjang pembacaan.. Cerita pun straightforward dengan konflik yang tak berat.. Satu kelainan bila perkahwinan antara Syed dan Farhah bukanlah berkontrak bagai walaupun perkahwinan mereka tanpa cinta.. Memang membuai perasaan novel ini..
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
December 29, 2014
Farhah & Syed Arif

Memula tu..

Syed Arif: I takde selera pun nak pandang you. I'm just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.

Pertemuan demi pertemuan, Syed Arif membuat perjanjian 'gila' dengan Farhah.. Jadi kekasih sementara, untuk menunjukkan dia adalah lelaki sejati bukan gay!


Lama-kelamaan..

"Mak tak pernah paksa abang kahwin dengan Farhah pun. Abang kahwin dengan Farhah lepas abang buat solat Istikharah. Bila hati abang dah tetap dan yakin, baru abang lamar Farhah hari tu."

Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
August 30, 2014
Suka3x!!!!

Cerita ni best sgt kan???

Keunikan pasangan tu yg menarik sgt...

Ni adalah novel yg sy bc tanpa ada skip pages lately..

Tahniah Cik Penulis, hasil karya kali ni tip top sgt! Semoga dpt mewujudkan karya2 yg lbh unik lg di masa2 akan..

Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
January 13, 2016
membaca karya kedua pena kayu membuatkan saya membaca tanpa henti ... watak farhah dan syed memang berbeza dari novel-novel yang saya baca akibat kahwin tanpa cinta/paksa... tahniah pena kayu atas karya yang sangat menarik dan lain dari yang lain... u will be my fav author ...
Profile Image for Issofea Keisha.
45 reviews4 followers
August 30, 2014
Dr. Syed + farhah lovely couple.....tahniah PK cerita yg pelbagai emosi...
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
April 9, 2015
Habis baca novel ni dua minggu lepas. Terlupa nak update. So, ingat2 lupa inti novel ni. heks! Tapi tak pernah lupa kat si HERO. Azri tu kan kelakarrrrrrr sangat!!!!. KELAKAR! HENSEM! SWEET! TAK ROMANTIK TAPI MANIS! Memang asyik tersengih2 bila bace novel ni. Teringat buah hati sendiri yg perangai mcm ni. hikhikhik.

Overall BEST!!!! Tak rugi baca n simpan novel ni.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 8, 2014
x nk komen panjang2 sbb ramai org dah baca..sy je ketinggalan..tp yg pasti cerita ni best..x boring dan meleret..PK memang x mengecewakan..cerita ni bg saya lg best dr doa cinta seorang lelaki..sebabnya sy lg suka Syed Ariff ni..hehe
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
November 13, 2014
yeayyy habis TTS


best cerita ni betapa cutenya Farhah n Dr Syed....
buku ni more kpd kekeluargaan
gaya penyampaian cik writer still sama mcm DCSL

totally in luv dgn watak Dr syed..

pendek kata best la..
Profile Image for Husna Idris.
69 reviews18 followers
December 20, 2015
they just cant run from the cliche-ness oh well. but its good.
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
September 19, 2021
lepas jumpa perkataan ‘tamat’ sumpah aku tak sangka dah habis😭tak puas baca😭🤝dalam novel ni, penulis banyak tekankan pasal ‘kekeluargaan’, dalam keluarga ni, kita kene selalu berkomunikasi💗jangan ego antara satu sama lain, tak kisah dengan parents or adik beradik tapi jangan bermasan muka. pastu jangan ada sifat ‘oh papa lebih sayang adik,aku ni papa tak sayang pun’ PLEASEEE JANGAN.. kadang2 parents ni sayang kita cuma dia tak tahu macam mana nak menzahirkan rasa sayang tu..ibu bapa mana je yang tak sayang anak? if parents busy pun cari masa nak berkomunikasi, kadang parents ni terlepas pandang pasal ni, sebabtu kita sebagai anak pula kene berkomukasi dengan ibu bapa🤝(asal aku jadi penceramah tak diiktiraf ni?) LEPASTU kalau dah sayang seseorang, bagitahu..janganla bagi ayat berliku-liku, pening saya..straight to the point, JANGAN JADI LEMBAP SANGAT (disini hanya ditekankan kepada mereka yang serius dan mampu, jangan kau budak sekolah pastu gatal nak confess) pastu emmm hehe i love syed arif😮‍💨nasib baik aku tak culik je dia ni🌚baideweh, sangat2 disyorkan untuk anda semua baca novel ni HAHHSHS😮‍💨💕
2 reviews
February 16, 2018
Masa saya beli novel ni, saya tak tahu tengah tayang kat tv sebab memang jarang tengok tv. Lepas tu pun saya langsung tak tengok drama tu, cukup bagi saya baca novel ni. Sebab saya betul-betul jatuh cinta kat tulisan PK lepas baca novel ni.

Saya suka watak Dr Syed, sejuk hati(walaupun itu hanya imagination dalam novel, hihi). Waht you do, set it on 'cuba jaya'. Tu lah review saya untuk novel ni, hihi.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
February 13, 2021
Suka novel ni. Kisah perkahwinan Syed Arif & Farhah yg bermula tanpa cinta, pada mulanya atas permintaan ibunya. Lama kelamaan masing2 saling menyintai.
1 review
Read
February 28, 2022
mcm mane nk baca semua bab x tau tekan mana
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for H___.
52 reviews2 followers
August 10, 2022
Novel pertama PK yg aku baca. Manis bergula tahap potong kaki tangan, best sangat!
Profile Image for Ubadah Karim.
1 review
October 20, 2023
Baca tak habis, memualkan dialog dia..banyak betul kebetulan. Kebetulan doktor (Syed Arif) bawa alat semput, kebetulan jumpa Farhah...Bab dialog lagi tak boleh hadam...geli nak mati..ha3
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 20, 2014
"You come to love not by finding the perfect person but by seeing an imperfect person, perfectly" ~ Sam Keen

Baca buku Pena Kayu ni kena sematkan dalam kepala yang heronya Syed Arif memang bukan mat jiwang..kalau tak, takkanlah ada ayat-ayat ini :

"You perempuan ?"
sebab Farhah pakai baju gedoboh dan berseluar besar ala-ala clown..Syed ni mat smart

"Sebenarnya you yang ada tahi mata"
ini luahan Syed pada Farhah bila Farhah kelebet mukanya sewaktu date di McD..direct sungguh Syed ni kan, cakap takde tapis

"Guna tisu ni, lebih bersih"
Ayat Syed masa Farhah nak bersihkan tahi matanya dengan jari..Syed ni kan doktor, kenalah hygenic ;)

tapi...jangan disangka dalam cawan Maggi Hot Cup Noodles tu ada mee aje tau..sebab Syed propose guna cara yang tak tercapai dek akal polos Farhah

"Dengan nama Allah, I nak minta tangan you untuk jadi isteri I dan sebagai pelengkap hidup I"
..Syed dah pandai bermadah sikit..dan buat airmata Farhah meleret-leret

Dan ini ayat-ayat yang ada dalam "scroll cinta" Syed..sebagai sebahagian dari hantaran perkahwinan untuk Farhah..

"Bersandarlah di bahuku, sampai kau merasa ketenangan. Sebab sudah menjadi tanggungjawabku untuk memberimu bahagia" ~ ayat pertama

"Tunjukkan aku cara mencintaimu dengan baik dan benar, supaya aku dapat tunjukkan bagaimana caranya untuk bahagia" ~ ayat kedua

"Farhah, I promise to listen when you talk. I promise to protect you from harm. So give your hand in mine forever as we start our new life together" ~ ayat ketiga

Automatik Farhah tukar ideologi yang Syed Arif bukan lagi "mamat kayu" dengan linangan airmata dan terus dirinya jatuh cinta dengan suami sendiri. Azam Farhah selepas itu is to make her husband fall in love with her, which is so funny sebab suaminya yang lurus itu awal-awal lagi dah memang jatuh cinta dengan isterinya sendiri. In short, they fell in love with each other on their wedding day..how sweet ! But it took them long enough to confess what's inside their heart, kena tunggu sampai Farhah merajuk :) Walau datang taufan Katrina (sesuai sangat yang ini Pena Kayu..dia memang taufan bergelora), Syed tetap bersama Farhah..mereka saling mengajar dan belajar tentang cinta, tentang kasih terhadap keluarga dan yang paling penting, mengembalikan semula apa yang Farhah anggap sudah tiada dalam kamus hidupnya.

Saya habiskan buku ini dalam masa beberapa jam dan ulang baca sekali lagi seperti yang saya selalu lakukan untuk semua buku yang saya suka cara penulisannya. Congrats Pena Kayu..you have made me smile twice over. Tak sabar tunggu buku si CSI tu pula selepas ini.









Profile Image for Liyana Leiah.
10 reviews6 followers
August 30, 2014
Mengenali Farhah, berbeza dari waktu saya mengenali Nadine.
Farhah sangat berbeza. Tetapi saya sayang dan sukakan Nadine dan Farhah.
PK bijak menyusun plot dan membuatkan saya tertanya-tanya mengenai liku hidup Farhah.

Ingin saya nyatakan, saya 'benci' dengan PK. Dalam TTS, air mata saya jatuh beberapa kali. Antaranya sewaktu Datuk Ahmad Alias menampar Farhah di rumah Rin, semasa Farhah curi-curi melawat Datin Khalidah di rumah mereka, malam Syed Arif membawa Datuk Ahmad Alias ke rumah mereka dan paling banyak pada hari kak long bersemuka dan meluahkan segala rasa yang tersimpan di hati kepada kak chik.

Helaian demi helaian saya selak dan baca, akhirnya segala persoalan yang PK lemparkan kepada saya dari awal telah saya fahami dan tahu jawapannya sedikit demi sedikit. PK membuat saya geram sewaktu Farhah berahsia mengenai statusnya sebagai anak Datuk dari pengetahuan Syed Arif. PK juga berjaya membuat saya benci dan meluat kepada Katrina.

Farhah dan Syed Arif, dua figura dengan personaliti yang berbeza, namun kerana perbezaan itu menjadikan mereka sepadan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Hati saya sangat tersentuh apabila Syed Arif berkata dia bukan suami yang sempurna kepada Farhah, tetapi dia berjanji untuk sentiasa berada di samping Farhah sehingga akhir hayat.

Kalau Farhah benar-benar wujud, ingin saya katakan padanya, awak sangat bertuah mempunyai keluarga yang bahagia, ayah yang sayangkan anak-anak cuma tidak pandai mempamerkan rasa kasih itu, ibu tiri yang tidak pernah membezakan antara anak kandung dengan anak tiri, mak mertua yang sangat baik, anak saudara yang sangat pintar dan suami seperti Dr. Syed Arif.

PK, terima kasih untuk naskhah DCSL dan TTS ini, saya tak sabar nak jumpa Pak Berahim dengan Nirina pula.
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
December 14, 2014
even though there is cliché plot which is kawin tanpa dasar cinta tapi I like dr syed punya azam to make marriage work and dia tak nak jadi duda dalam masa terdekat...hhahaha. .macam tu la bagus kan...once u married there's no turning back...and farhah..loves the character because she's strong tapi bila bab katrina tu hadoiii..sakit jiwa betul dengan langau sorang tu..and dato ahmad alias..really? putting your own daughter in jail will make u daughter need u?? huh...pelik betul org2 kaya ni ya... tapi..thumbs up to pena kayu kerana menghasilkan karya yang best dan awesome...penuh pengajaran tentang institusi kekeluargaan..tapikan..kenapa I suka watak hakim yang suka farhah tu yer? hahahaha...
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.