Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.
Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.
“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth
“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma
“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I suka!” - Luth
Bila Uzma dah mula suka, ada pula halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.
“Luthhhh...”
“Yes... I love you too, sayang...”
“No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”
“Eh bukan ye?”
Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.
“Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth
“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma
Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Bak kata orang Jepun, "Kawaii!"
Pada N, L.U.T.H. is much better than Dia...Mr. Model.
There's not a single dull moment dalam kisah Luth dan Uma ni. Dorang memang sweet and N sangat suka personaliti dorang yang berbeza. Luth, a repent playboy, masih ada 'taring' as far as Uma is concerned sejak kali pertama bertemu dengan Uma.
Nasib baiklah the drama part tak heavy sangat. When Uma macam nak larikan diri selepas kena sound dengan bonda Luth dan menantu pilihannya, N dah fikir "Oh, tidak! Not another bab lari-lari!" Mujurlah Luth ni bijak and Uma's attempt to lari pun tak sejauh mana sebab Luth awal-awal dah siapkan "roadblock".
well!! if i thought DMM is full of sweetness, then LUTH would be overflowing with granulated sugar. not brown sugar mind uuuu but granulated sugar... having said this, i had a great time reading this book... just skip few diabetic pages and u get a good story there.
as i've read DMM, I cant help but to compare both books. what i derived from the comparison was, i wish uma was set up with mika instead luth coz i like mika better. not to say i dont like luth but i like mika better n i definitely like uma better than safa.... yup!! still cant stand safa... her cameo plak reminds me of how irritated i was with her.
luth - i like how he changed. i like how he handles his family. how gentle he was with his sister, how he always look up to his father, how patient he was with his mother. he definitely have many good qualities but i dont know why, mika still a step higher than him.... i adored how protective luth was with uma. how he protects her. how he convinced her. n most of all, i like the bus ride incident. i love that part. it shows how much he cares for uma. part tu ada bikin goyah sket position mika.... :)
uma - i like her. even though she's young, i think her way of thinking is much much more matured than safa. even though uma felt like she is not of the same level as luth, she tries to fight for him. she stayed. she trusted tho at times ada jugak sikit goyah. even tho when she felt inferior, she bounced back immediately n doesnt wallow in self pity like safa. for that, i applaud her.
now.... i was so so so so happy that i did not run bonda down with a steamroller. who knew she can change for the better tho still a little bit dictator but better. i especially like when she told luth to take care of uma's grandparents. really heartwarming.
most of all, i love hasya. i think she's a very very good friend n to have a friend like her is a blessing....
First time baca buku dari penulis ini. So tak boleh nak bandingkan dengan novel2 dia yang lain. MUNGKIN akan try cari novel2 nya sekiranya ada kesempatan.
Too much sugar, sweety. Takut obes je nanti. Sweet, yes it is. Cuma macam agak flat jalan cerita dia. Macam boleh agak what's next.
Satu persoalan timbul sebab lepas baca buku ni, yuni baca buku Mama Mia Syaza pula. Soalan: Memang wajib yek pakaian untuk wanita penggoda dalam novel melayu perlu pakai skirt ketat tak cukup kain, baju merah menyala or whatever. Memang gitu yek?
1. Masih ada yang mengingati Tengku Luth Daniel (Luth) teman baik Mika dalam kisah Dia...Mr Model? Haaa, kali ni penulis bawa kita mengenali Luth pula.
2. Luth yang kita kenali dengan sikap suka bersosial tu memang dah berubah 100% selepas mengenali Safa. Dan disebabkan Safa dan jadi isteri Mika, Luth letakkan Safa as a benchmark untuk calon isterinya.
3. Pertemuan pertama antara Luth dengan Uzma Haseena (Uma) umpama cinta pandang pertama buat Luth. Apatah lagi Uma yang naif dan polos itu memang menepati ciri-ciri wanita idamannya. Biar pun diberi amaran berulang kali oleh Hasya (adik Luth), agar tidak mempermainkan perasaan teman baiknya, Luth tak peduli. Apa yang dia tahu, hati si gadis harus ditakluki.
4. Kalau saya kat tempat Uma harus saya dah lari jejauh. Telatah Luth ni mengerikan. Haha. Boleh dia nak denda Uma sebab panggil 'Tengku'? Sabar jela. Lepas tu tunjuk gaya yang errr, buat orang rasa tak nak dekat. Huhu. Tapi, yang bagusnya Luth ni memang serius untuk jadikan Uma teman hidupnya. Bukan sekadar untuk berkawan atau buat 'stok geli-geli'. :D
5. Bagi Uma pula, rasa rendah diri lebih mengatasi segalanya. Seorang anak yatim piatu dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya yang hidup secara sederhana, manalah layak nak berganding dengan Luth yang full package tu?
6. Kalau dalam kisah DMM dulu kita nampak betapa eratnya ikatan kekeluargaan dalam keluarga Mika. Namun tidak bagi keluarga Luth. Sikap Tengku Maimun, bonda mereka yang lebih memandang harta dan pangkat membuat hubungan kekeluargaan mereka berjurang. Buktinya, Hasya lebih sanggup tinggal di rumah Luth setiap cuti semester berbanding pulang ke rumah keluarga mereka.
7. Ingatkan kisah Marina yang buat onar pada Safa dan Mika tu dah berakhir. Rupanya tanpa rasa bersalah dengan apa yang pernah dilakukannya dulu, Marina gigih cari peluang untuk mendekati Luth. Dan pastinya dengan bantuan kabel Tengku Maimun. Huh.
8. Kisah ni pun sebenarnya simple dan tak buat kita stress. Cuma ada unsur-unsur cinta antara dua darjat bila Tengku Maimun tak dapat terima Uma jadi isteri Luth. Ada adegan lari dan kejar-mengejar dan pastinya ada unsur-unsur sweet overdose. ;)
9. Suka sikap Luth dan Hasya terhadap bonda mereka. Walaupun mereka ni suka memberontak dengan aturan dan arahan Tengku Maimun, mereka tetap menghormati bonda mereka selayaknya.
10. Tahniah buat penulis atas kelahiran kisah ini. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. :)
P/s: Terima kasih buat tuan punya buku sebab bagi baca dulu sebelum sampai ke tangan tuannya. Hehe. :D
Ni cerita tentang Luth dan Uma. Luth yang pernah khilaf, terpaut hati pada seorang gadis yang sangat naif dan suci. Boleh tak ku nak Luth jugak? Luth is a go-getter. Apa yang dia nak, dia mesti usahakan sampai dia dapat. Tapi in a gentleman way la. .
Daripada awal sampai akhir, ku suka Luth. .
Luth yang sangat transparent. Bila dia suka, dia cakap suka. Bila dia sayang, dia tunjuk. Dan paling penting, bila dia menyampah dengan Marina, dia tak melayan. (Ku tak suka lelaki yang melayan perempuan yang dia tak suka. So, ku suka Luth! Hahaha) .
Luth yang membelakangkan bondanya demi Uma. Dan walaupun Uma hampir beralah, Luth masih setia. .
Dan tetiba je ku sedih dan berair mata bila Luth terpaksa kahwin ngan Marina. Hahaha. (Tetiba ku jadi Uma) psstt.. Nasib baik tak jadi kahwin. .
Overall, cerita ni best walaupun kisahnya biasa-biasa saja. Sesuai dibaca sebagai bacaan santai. .
Cerita ni akan lagi best kalau pernah baca Dia Mr Model. (Ku tak pernah baca lagi). Tapi, boleh je stand alone. Hahaha.. Dan tetiba ku rasa nak baca semua novel WT yang lain, yang jadi cameo dan watak tambahan dalam ni. Hasya dan Syafik. Nuh. DMM. By the way, ku dah baca cerita Marina dan Shahril dalam kompilasi novel IKP sebelum ni. .
P/s: Uma yang 24 tahun dah jumpa dengan Luth nya. Dan dah dapat anak dah pon. Hahahha... Tahun ni, ku pun dah 24. Where can i find my Luth? .
LUTH LUTH LUTH hehehe saya suka la cite ni much much much much better dari DMM
LUTH tidak terlalu fantasi story dia mcm hero n heroin yg mmg wujud LUTH not 100% perfect ada kisah silam UMA just a simple lady org kg anak yatim tooo naif LUTH handsome itu perlu baru semangat nak baca hehe LUTH sweet overdose mcm makan caramel yummy
konflik LUTH xbanyak konflik pn just biasa2 saya rse writer perlu sesuatu kelainan la 4 next novel mayb konflik more challenging heavy or unexpected
ending masa baca tu xperasan selak sebelah laaa dah hbs hehe mcm sayang la plak kn mcm nak lagi je
Love u till heaven(LUTH) n u're my angel (UMA) sweet sgt nama panggilan si suami dn isteri... Mmg serius best citer ni...selepas DMM, FM wawa sekali lg berikan hadiah kpd pembaca, cerita yg sweet berganda, 1 word to describe everything AWESOME....❤️
Katanya ini kesinambungan Dia...Mr Model. Masalahnya saya tak baca lagi yg tu terus sambar novel LUTH ni.
LUTH ada sejarah hitam la before this which is dia ni kategori playboy la. Masuk kelab malam & ramai perempuan. Tapi, itulah kan. Dalam banyak byk yg berkepit dgn dia. Uma yg innocent, pandai masak, rajin dan sebagainya la itulah yg jadi pilihan dia. Kehkeh. Taste mesti mau yg helok punya tau .Manis si LUTH ni mcm hero hero yg lain la. Taknak la explain. Baca sendiri noh. Haha satgi kalau saya buh details sangat perwatakan LUTH ni hangpa takmau pi beli dan baca.
Satu benda yg boleh dikomen ialah 'typical malay novel itu masih ada'. Tapi, apa pun. Naskah yang masih boleh dibaca ketika santai. Okay, next!
Yeay, finally sampai ke perkataan "tamat" . #luth - yg amazing, yg kelakar, yg romantik, yg kacak dan paling tahan luth yg gatal . #luth ni mmg unik. Dan #luth sgt unik..! Dr start n habis ada sahaja peel si #luth . mengusik uzma tanpa rasa jemu. Gap umur bkn penghalang kebahagiaan. Yg penting bagaimana mencorakkn kebahagian itu. Ni novel ke3 yg i baca dr penulis Wawa Taufik. Yg pastinya mmg tak mengecewakan. Suka gila dgn luth walau gatal2 keladi.. uma yg baik giler pun tak tersampuk sama ..hehe.. paling geram dgn bonda dan marina. Nasib xada dpn mata..kalau x..mmg dah kena dush..dush dahi si muka fake tuh.. tahniah wawa..n well done. Oh ya! Yg menjadi tanda tye ..apa jadi ya kisah hasya dan syafiq..hehe..
Bagi sesiapa yang sukakanya naskah ringan-santai yang sweet-overdose, bolehlah memiliki naskah ini. Dan jika suka plot, adegan dan ayat pasangan bercinta yang mampu membuat anda terawang-awang, naskah inilah.
(for me).... not my cup of tea. Terlalu banyak plot/scene/dialog yang terarah ke bilik tidur... :(
Okay, saya takfe lah meluat dengan Uzma, mungkin tak sampai jati sebab dia macam baik sangat, macam stock ustazah. Luth bagi saya tak macho walau dibayangkan pernah jadi kasanova, pun tak sampai hati nak meluat sebab katanya dia dah taubat tak nak join the wild people lagi dah. The wild people macam Marina (yang suka 'menonggang magarita,", aikk magarita bukan irang biasa sip atau paling brutal teguk ke?) tu macam sampah untuk orang baik-baik stock Tengku yang dah diberi hidayah. Saya rasa kasihan juga dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh Bonda Tengku dan Luth.
Also, it's kind of creepy; sebelum L.U.T.H. saya baca Sempurna Dengan Waktu Luna Bulan & My Dear Pak Cik Ann. Dalam ketiga-tiga novel yang tak berkait, watak utama wanitanya baru grad UPM. Apa yang kebetulan sama?
- SDW Adia dan BFFnya Elsa - MDP Inad dan BFFnya Kina tapi lepas Inas dapat cangkuk Raqim dia dan Kina bergaduh besar - dalam L.U.T.H. Uzma dan BFFnya Hasya yang big bro dia dikait hatinya dek Uzma. - SDW Adia kena paksa kahwin dengan Firmam Syariff, mama mertua pun menyampah kat Adia, dia berkenan kat Syasya yang model-like, tak kekampongan macam Adia - L.U.T.H. Uzma dibenci oleh bonda Luth sebab dia nak Luth kahwin dengan Syarifah Marina anak syed, biar setaraf. Tapi Uzma pandai masak, cantik manis, pinggang ramping 'sedap dipeluk' kata Luth. - MDP, Inas yang tak pandai masak tapi 'sexy, body mantap, lentik, perfect, menjadi pilihan Firman Syariff sekeluarga, nenek Firman pun lebih sukakan Inas berbanding cucu angkat dia Kina, sebab Kina tu sebenarnya anak-pungut-luar-nikah, entah keturunan apa dan of course dia gilakan pakcik angkatnya, lain macam.
Wondering, if novel ni keluar zaman aku sekolah dulu, adakah aku akan suka dengan jalan ceritanya? Decided to read it after aku baca JAD and based pada reviews mostly cakap LUTH sweet etc. Maybe the sweetness tak match dengan aku. Too cringe.
TAJUK NOVEL : LUTH..LAMARAN UNTUK TEMAN HATI PENULIS Wawa Taufik PENERBIT : Idea Kreatif
Kesungguhan Tengku Luth Danial memikat uzma membimbitkan rasa BAHAGIA, MANIS TAHAP DIABETES, n KONPEM KEBABOOMSSSS.... MEMANG PEMBACA AKAN terpikat lah...
LUTH yang sengal LUTH yang sibuk dengan hutangnya LUTH yang tak makan saman LUTH yang berayat Cinta Bergula LUTH yang menggoda Umanya LUTH yang angau dengan Umanya LUTH yang gatal dengan Umanya LUTH yang setia dengan Umanya LUTH yang nakal dengan Umanya LUTH yang rindu dengan Umanya LUTH yang romantis dengan Umanya Bagi LUTH ...UMANYA IALAH U're My Angel
Uma yang naif Uma yang pendiam Uma yang polos Uma yang secantik bidadari Uma yang sanggup berkorban demi LUTHnya Uma yang jatuh berdebuk debuk Dalam hati LUTHNYA... BAGI UMA LUTHNYA IALAH Love U Till Haven
Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah satu lagi karya MANIS awak yang kak wan suka sangat sangat...asyik senyum dari awal sampai akhir dengan gelagat TENGKU DGN HUTANGNYA LUTH awak ni secantik Tasik Wakatipu di NZ... LUTH awak ni sehebat pemandangan indah di Tasik Wakatipu NZ... kak wan kasi beribu bintang di langit tasik wakatipu untuk naskhah LUTH ini
kepada yang dah beli...cepat cepat baca.. kepada yang belum beli...cepat cepat beli... anda semua akan jatuh chenta berkali kali dengan LUTH....rasa dalam hati ada taman bunga seperti covernya penuh dengan rama rama dan lebah lebah yang mengeluarkan madu yg sangat manissss...sesiapa mood membaca yg dah ke laut tue...ambil novel ni dan pasti mood ke laut itu akan terbang menjadi bintang bintang yang berkerlipan di malam hari.......
LUTH sangat sweet overdose. Luth ni antara salah satu watak dalam Dia...Mr Model. Haaa... so watak dia kembang Di sini. Berkenalan dengan Uzma, bff adiknya buat dia nak Uzma sebagai teman hidup.
Selamba je dia sweet talker dengan Si Uzma tu. Sehingga laa Luth melamar. Bila dah kahwin, ada laa halangan & cabaran. Bonda Luth tak suka plus ada langau nama Marina. Masa ni macam menyampah dengan tindakan Uzma. Terlalu cepat nelatah & tak terima suaminya dengan sepenuh hati. Nasib Luth hero sado! hahaha. .
Tiba-tiba, Uzma kata dia ada masa bersama Luth hanya sebulan? Why? Apa yg terjadi? Nak tahu? Meh baca...
Sweet gila kot Si Luth ni. Nak laki camni. hahahahah.... kencing manis do!
A huuuggeeee improvement from the first book that I read.ada juga kisah dari the first book dalam buku ni.tapi bagi orang yang belum baca buku tu it's ok.masih boleh dibaca lah. Not a heavy read.tapi kind of reminds me of bill bora's book. Lelaki kaya kahwin dengan perempuan tak berapa kaya tapi berupa dan ibu tak berkenan sebab ada calon lain yang dile ih suka.jalan cerita not unik tapi it's not bad.part-part romantik tak berapa romantik
Cerita cinta yang klise. Pemuda kaya terjatuh hati dengan gadis biasa biasa. Cinta tak direstui ibu si pemuda. Ada part yang agak meleret bagi saya tapi still enjoy read it. Ada part yang saya tak suka sebab si suami ni minta isteri dia berhenti belajar untuk fokus jaga rumah tangga. As a husband sepatutnya kena faham keadaan isteri yang masih dan sibuk belajar. Overall cerita ni best. Thumbs up untuk penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Walaupun masa form 2 baca novel ni, aku still adore gila dengan Luth ni. Sweet dia tahap potong kaki 😆 Konflik dia tak trruk mana, memang fun lah baca novel ni even time Luth kena paksa kahwin, sedih silitlah, kesian Uzma. Apa pun, I still love with L.U.T.H 🥰❤️
L.U.T.H- mcm biasa juga..tersuka tanpa sengaja dgn tajuknya! L.U.T.H. adalah nama watak hero…L.U.T.H juga singkatan nama tajuk citernya… Lamaran Untuk Teman Hati - sgt menarik dan Kreatif! Itu yg saya rasa!
Okey…kisahnya tdk terlalu berat utk dibaca....isu dibawa juga biasa ada dan dpt diterima dgn baik! Luth dr DMM menjd watak utama dgn pasangannya,Uma ..si gadis manis yg juga kwn baik Hasya, adik Luth.
Dari awal pertemuan, ada rasa suka dihati Luth tp tdk mudh krn Uma bkn mudah didekati nak2 Uma di’jaga’ oleh Hasya dgn begitu kuat! Tp klu dh jodoh tak kemana juga kan?
Halang mcm mana pun ttp lepas jugak! Dan…berkahwinlah Luth dan Uma… laluan menuju bahgia tdk mudah buat mereka bila terang2an bonda Luth menentang krn lebih memilih darjat dan keturunan!!!! Hadirnya Marina menjd duri yg menyakitkan hingga Uma terpaksa akur mengizinkan Luth bernikah lagi!!! Berlikunya hidup Uma dan Luth dlm mencipta bahgia…tp mereka tabah dan sabar bersama2 melaluinya! Dugaan dan cabaran itulah menjadikan hubungan mereka lebih kuat dan erat!!!!
sebenarnya dah lama habis baca novel kak wawa ni.. seriously cerita kak wawa memang tak mengecewakan.. if someone look for simple and sweet novel, u should read this book...
silapnya luth bila dia biarkan keseronokan menguasai diri. tapi Allah kasi dia peluan untuk berubah, dan dia berubah menjadi manusia yang lebih baik.
naifnya Uzma tak bermakna dia lemah. dia tak biarkan kesusahan menghalang dia untuk berjaya.