Review ini mengandungi spoilers dan merupakan pendapat saya sebagai pembaca yang neutral.
Watak dan later belakang cerita ini ialah orang putih and non-Muslim.
TW: Tak sesuai untuk pembaca muda sebab moral cerita tak baik dan sangat dipengaruhi oleh gaya hidup bebas masyarakat barat. (unfortunately rasanya majoriti pembaca/followers cerita ini is young readers)
Violet seorang budak yang periang dan sangat dimanja dan disayangi oleh bapa dia. Tetapi bapa dia mati dalam kemalangan semasa membawa Violet ke fun-fair sempena menyambut hari jadi Violet.
Selepas 2 tahun, mak Violet kahwin semula dan at first bapa tiri Violet ok, bukan jenis yang jahat tetapi entah kenapa tanpa sebarang explanation and so tergantung, bapa tiri dia mula dera Violet masa dia dah 15/16 gitu. So pelik and I rasa factor ini digunakan dalam cerita je sebagai perencah kesian dan duka seorang Violet.
Violet lepas kena pukul dari bapa tiri dia cedera kat perut/abdomen so dia tak pergi sekolah 1 minggu. Paling kelakar ialah mak dan bapa dia tak tau dia kat rumah selama 1 minggu sbb Violet tinggal dalam bilik je - hahahahaha, entahlah nak nangis ke gelak baca plot nie.
Ok lah, then Ace Hunter nie bad boy, handsome dan popular high school student - playboy jugak. Violet suka dia sesangat sejak mula high school dan takde reason yang kukuh diberikan kepada pembaca kenapa dia suka sangat AH selain dia bad boy, handsome, popular dan kaki perempuan.
Lepas tu, kita diberitahu yang AH jugak simpan perasaan untuk Violet jugak dah lama sejak Violet pindah ke tempat dekat AH tinggal kot kalau tak silap. Takde reason yang kukuh juga why he boleh suka dan possessive sangat with Violet kecuali she is a good girl, shy, cantik. Itulah. AH tak luah perasaan kepada Violet sebab rasa dia bad boy dan she is good girl.
AH nie akan kiss kiss in public dalam sekolah depan semua orang with this girl and dia kerap akan ehem ehem di belakang bangunan sekolah with this same girl jugak untuk melepaskan keinginan dan nafsu dia untuk Violet - i tak boleh brain how boleh suka ah jenis laki mcm nie?
Selepas AH dan Violet dah offically together dan tinggal bersama seperti suami isteri walaupun mmg tak kahwin, AH curang dengan Violet dan dia masih continue curang with the same girl that he met in kelab malam. Dia hanya menyesal selepas Violet accident teruk sampai koma sebab found out AH curang - dia terluka sangat dan lari keluar from their house dan kena langgar.
AH kata dia pun tak tau kenapa dia curang. Hebat betul.
Jadi, rasanya dia akan terus curang kalau Violet tak find out lah.
And then tiber je mak cik Violet from her bapa kandung side muncul as doktor yang merawat/operate on Violet - kononnya lost contact. Violet kan koma dan cedera teruk, but doktor aka mak cik dia bagitau AH and gang that Violet mati dan kandungan anak pun tak dapat diselamatkan - takde org tahu dia mengandung.
Kalau Violet mati, kenapa mak cik dia yang tak pernah in touch with Violet until hari kemalangan boleh buat decision to palsukan kematian Violet? Ini tak logik langsunglah. Plot hole alert ye kawan-kawan dan sampai akhir cerita pun tak pernah jelaskan, anggap je kena terima lah.
Banyak plot holes dalam cerita nie, it feels tak tersusun dan cram je byk drama dalam 1 cerita - like sebelum tulis, tak rancang ke plot dan bina graph plot etc? Rasa mcm tulis next next next je.
Malas lah aku nak cerita plot holes yang lain, rasa penat je. Sila baca review Mslvoe tau - dia akan review ttg plot holes yang lain: mak Violet yang ghaib dan Violet kena culik tapi AH kawan baik semua tak tau for 2-3 days.
Style cerita suka guna time skip yang banyak ye.
Kesimpulan, watak yang cetek dan jalan cerita yang mcm tu je - cerita yang budak-budak akan suka sebab romantik gitu tapi so tak recommended in my pov.
It’s a happy ending and Violet terima balik AH.
Kawan baik Violet kata Violet kena maafkan dia sbb AH is good person yang cinta dia tetapi cuba ubah gaya hidup dia but jatuh kepada gaya hidup yang player sbb rindu old lifestyle, Violet kena faham dan support lah, etc etc.
Maaf ya, no matter what, cheating is a choice, takde orang paksa. When you love a person, you will never cheat. Please don’t rationalize cheating in a relationship.
Sekian.