Ini kisah aku. Kisah seorang lelaki yang tanpa sengaja berkahwin dengan seorang wanita yang aku kira jelmaan singa.
Bukan saja hidup aku dikawalnya, malah akaun bank aku pun dia yang pegang, dia yang jaga.
“Saya tanya ni, awak tak puas hati sebab saya pegang duit awak ke? Jawab ya atau tidak aje. Saya tak terima diam sebagai jawapan.” – MANJA
Aku tahu dia buat macam tu sebab sayangkan aku. Tapi sesungguhnya, aku dah mula rasa rimas, aku dah mula rasa nak lari dari rumah. Dan pada ketika itulah Janna tiba memberikan aku harapan.
“Saya tak akan lepaskan mana-mana perempuan yang cuba nak dekati dia. Bahasa mudahnya, yang nak jadi penyondol. Awak suka suami orang ke?” -MANJA
Aku tak mahu curang, tapi Manja yang paksa aku. Sebab dengan dia, aku tak temui perkataan bahagia.
“Betul. Memang saya dah kahwin. Tapi saya boleh kahwin lagi kan?” – SHAFEQ
“Kalau nak kawan dengan saya, kawan betul-betul. Saya tak mahu bercinta, saya nak terus kahwin aje.” -JANNA
Namun panas rupanya tak sampai ke petang. Rahsia besar yang Janna simpan akhirnya terbongkar.
“Kenapa tak ada sesiapa pun yang beritahu saya tentang Janna tu?” -SHAFEQ
“Kami semua faham, kami pun tak mahu Encik Shafeq kemurungan. Sebab itu kami biarkan. Cuma... Bila Encik Shafeq dah mula hantar bunga dan coklat pada dia, dah mula berabang sayang, kami dah mula rasa lain macam.” -AMIRAH
Haruskah aku terima Janna meskipun keadaan dah jadi tak sama? Atau patutkah aku pilih untuk terus bersama Manja yang garang tapi setia?
Start je kita baca tentang Shafeq. Shafeq kat balai polis nak report pasal dia kena dera. Terdiam semua anggota kat situ
Manja nama isteri Shafeq tapi manja ni lain macam. Gaji Shafeq dia control, kemana sahaja Shafeq pergi dia ikut. Kerja rumah malas buat. Masak pun setakat telur je.
Shafeq dah tawar hati tu dia tiba² terjatuh suka kat Janna. Orang office dah pandang lain macam tapi tak pulak mereka berkata apa².
Mula² orang office ignored je.. tapi bila dengar Janna panggil abang, dah mulalah gosip.
Manja dapat tahu.. mengamuk la dia. Habis Shafeq kena dera
Shafeq menyewa luar. Suatu hari ada pasangan suami isteri datang jumpa Shafeq berkenaan Janna.
Terbuntang la mata Shafeq bila tahu tentang Janna. Semua kat office dah tahu tapi Shafeq je tak tahu.
Masa tulis review ni teringat pulak scene yang mengelikan tu 🙈
tak taulah nak gelak ke, atau nak kesian dengan shafeq ni. tula kan, pandai tak semestinya bijak. tak pasal-pasal cari penyakit sendiri.
entah macam mana dia boleh dapat isteri garang nak mam ...%)@ tu ... kihkih. tapikan, tak boleh nak cakap apa juga. akak sendiri, secara realitinya pernah tengok tau pasangan yang macam ni. suami bukan kaleng-kaleng. tapi menikus bila depan isteri. awalnya malas nak bising-bising bergaduh, tapi isteri tegak tocang bila suami hanya diam buat tak tau. sama tau, duit kena kawal apa semua. jadi kisah shafeq dengan manja ni, akak dapat agak mana hala tuju.
cuma, tak sangka la shafeq ni lagi tahap bingai. boleh tergoda pula dengan janna. part ni memang mengekek gelak. tak sangka weihh ... penulis bawa kisah ni. terbaiklah rissa!
itula kan. kadang manusia ni hilang pertimbangan sebab awalnya punya masalah yang dia belum selesaikan. ambil jalan mudah, pergi ikut jalan lain walhal patutnya boleh aje selesaikan masalah yang ada depan mata.