Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kultus

Rate this book
Apabila ketua kultus itu duduk di singgahsananya, dewan itu menjadi sunyi sepi. Semua mata terpaku pada susuk tubuhnya.

Cahaya malap menyinari wajah pemimpin kultus itu, menampakkan ciri-ciri dan mata tajam yang seolah-olah menyimpan rahsia. Slave Il berdiri sambil membawa tongkat kepala syaitannya. Dia berdekatan dengan satu objek yang ditutupi kain hitam.

"Kita akan mulakan upacara pembangkitan Slave I dan pengikut-pengikutnya pada malam ini..." Dia senyum. Suaranya bergema di seluruh ruangan.

284 pages, Paperback

First published March 28, 2025

3 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Sharaf

9 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (25%)
4 stars
41 (58%)
3 stars
6 (8%)
2 stars
3 (4%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
April 20, 2025
the idea and premise are good, bila baca epilog mcm eh ehhh bijak gila buat konsep (cerita dalam cerita) mcm ni HAHA

however theres some parts with their liberal lifestyle i rasa mcm kalau takde pon, cerita still masih menarik utk dibaca but i do understand to make it look realistic with the story vibe and fixi ofcourse haha. also the dialog and build up that could be better and boleh jadi lagi thrill. sbb quite few dialog i rasa cringe betol baca hshshs and part yang sebenarnya boleh jadi lagi seram tapi execution dia kureng bagi feel

still pembawakan cerita buat i rasa nak baca nonstop. the connection, the origin, the objectives, the suspense, the lead up such an interesting read. very the netflix movie vibe. if you love psychothriller and satanic cult plot, this should be in your reading list✊🏻
Author 2 books12 followers
April 14, 2025
1st, aku memang suka citer ni. Dah banyak docufilm (docufilm ke orang panggil?) yang aku selalu tengok. Contoh, quarantine, hell house, grave encounters, gongjiam asylum, noroi the cursed, the taking of deborah logan, highland tower, penunggu istana tapi aku belum dapat buku yang mampu gambarkan idea macam docufilm. Ada satu dua buku je aku pernah baca tapi gagal untuk aku rasa excited but this book, WOW. Sharaf, you memang tak mengecewakan. Bukan senang nak create satu jalan cerita untuk genre macam ni. Kalau aku baca buku yang macam ni, mesti ada lopong dekat beberapa bahagian. Contoh, kita tak tahu apa tujuan sebenar karakter nak shoot dekat tempat haunted ataupun apa yang terjadi dekat tempat tu dulu dan kadang penulis selalunya akan start dengan jalan cerita atau karakter yang sembang merapu-rapu tanpa plot. Tapi penulis untuk kultus, saya dapat hadam dengan baik dan segala jalan cerita jelas, teratur. Semua kemas je. Terima kasih tak buat ending sama maca docufilm yang aku pernah tengok sebelum ni. Bahagian yang aku amazed adalah bahagian epilog. Sebijik macam filem and aku boleh imagine dengan baik. Tahniah kepada penulis. Sesungguhnya, penulis betul-betul buktikan yang penulisan dia memang layak untuk menang sayembara fixi 2024.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
May 17, 2025
Kultus by Sharaf
Genre: Supernatural, mystery, thriller

Menceritakan tentang sekawan yang mengadakan dokumentasi di rumah agam yang terbiar. (The Black Mansion). Rupa-rupanya, rumah agam itu menyimpan suatu rahsia yang gelap. Lebih tepat lagi, berkaitan - 𝙏𝙝𝙚 𝙎𝙚𝙘𝙪𝙡𝙖𝙧𝙞𝙨𝙩𝙨.

33 orang ahli The Secularists mati kebakaran dalam The Black Mansion itu. Apakah yang menyebabkan kebakaran tersebut terjadi? Adakah ianya berkaitan dengan ahli The Secularists itu sendiri atau...disebabkan oleh syaitan?
___________________________

Guys, this book is one of my fav buku fixi already! Srsly best gila!!!! Baca blurb je dah menarik kan, hah srs korang kene baca buku ni!!! TOTALLY RECOMMENDED! 😍❤️‍🔥

Lately ni susah tau nak jumpa buku fixi yang kena dengan tekak kite but this book is totally ATE! 😍Ilove the storyline, the friendship, and the vibes into this book.

Makin lama baca, dia membuatkan kita tertanya-tanya apa yang berlaku pasal The Black Mansion tu. AND THERE'S EVEN A PLOT TWIST THAT I DIDN'T EXPECT AT ALL! 🤯Semua watak memang main peranan yang penting sampai habis.👏

Buku ni FAST PACED GILA-GILA. I've read this book within 1 hour only, even though I've read it for 2 days. (Sbb first day tu takot sikit, meremang masa baca. Tu yang sambung next day pulak🤣)

Tapi srs, buku ni best! Makin lama baca makin gore and dia punya storyline tu makin intense. Fuhh mcm tengok movie pun ada.🔥

Overall, kalau korang suka tengok documentation horror ke thriller ke, YOU SHOULD REALLY READ THIS BOOK! 🤩

Personal rating: 4.9/5 ⭐
Profile Image for Fey.
227 reviews12 followers
August 1, 2025
“Perjanjian adalah ikatan yang tidak boleh kau patahkan. Sekali kau buat, kau akan bawa ia sampai mati dan…selepas mati.”

KULTUS mengisahkan tentang lima sahabat—Hamza, Syaz, Luke, Viraj dan Atilia—yang tertekan dengan tuntutan kerja untuk menghasilkan sebuah dokumentari demi kelangsungan syarikat mereka. Disebabkan tekanan itu, mereka terpaksa memilih sebuah kes lama yang pernah menggemparkan negara: Black Mansion.

Pada awalnya, cerita bergerak agak perlahan, tapi tidak membosankan. Penulis bijak menggarap jalan cerita, memberi petunjuk demi petunjuk dan membina misteri seputar apa sebenarnya yang berlaku di Black Mansion. Setiap bab membuka ruang untuk lebih banyak persoalan dan rasa ingin tahu.

Sejujurnya, ini antara novel FIXI yang paling aku suka. Aku bukan peminat kisah paranormal, tapi bila masuk bab ajaran sesat, aku memang terjebak. KULTUS sangat menyeronokkan. Ada bab seram-sejuk yang buat bulu roma meremang (dari awal dah seram sejuk, guys!). Aku sendiri pernah rasa macam “diganggu” masa baca!

Watak paling aku suka? LUKE. Oh, Luke! My sweet boy! Dia antara watak paling realistik dalam cerita ni. Aku suka cara dia tak pentingkan diri dan tetap tenang walau dalam keadaan kacau-bilau. We stan Luke!

Semakin jauh aku baca, makin mendebarkan. Satu demi satu rahsia terungkai, like apa hubungan antara Slave I dan Slave II, dan bagaimana semuanya berkait dengan lima sahabat ini. Sharaf memang penulis yang berbakat dalam genre supernatural thriller.

Tapi… aku tak expect langsung plot twist dalam tiga bab terakhir tu! Aku macam, “WHAT IS HAPPENING???” I was gagged. Betul-betul tak sangka. Sharaf, kau memang GILER!

Nak KULTUS 2, boleh tak? (meminta dengan puppy eyes) 🥺

Kalau korang suka kisah seram, ajaran sesat, dan plot twist yang buat korang tercengang, sila baca KULTUS. Tak rugi. Serius!!!


Rate: 4/5🌟

Tamat: 14 Mei 2025
Profile Image for Farah.
48 reviews
October 27, 2025
Almost DNF this book because i just can’t stand the writing style: Diari Chew yang ditulis seperti bukan diari, dialog watak yang awkward, cara penceritaan yang terlampau laju with little to no explanation and the overused word “konyong-konyong”. Memula beli atas sebab suka the main konsep pasal cult. But as i started reading, terlalu banyak scene yang berulang like yes we get it, ada black cape person, yes we get it they all live together, yes we get it Luke is gay 😅 Ada terbaca someone mention about “liberal lifestyle” and while i do understand this is a Fixi book, there’s way too much emphasis on that liberal lifestyle, which I personally don’t agree with, and it really takes away from the good creepy theme in this book. Macam si Atilia tu tiba-tiba jadi penyondol and cium Hamza like hah?? Rasa sangatlah tak perlu and it adds nothing to the story. And while author cuba nak potray kumpulan Teeve crew as a “family”, mereka ni pun takde chemistry sangat other than they all sleep in the same house.
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
June 29, 2025
4.3/5

dude I love kultus so much it's really good.. it's second time I baca genre macam ni after ngeri(?)(documentary genre) really love the plot sebab susunan dia menarik GILAA... beli buku ni waktu ulang tahun Fixi and tertarik sebab customer semua cari buku ni kita ni FOMO jugak buttt it's really really recommended 🙂‍↔️ andd paling tak sangka penulis kawan kepada kawan I 😂😭
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books260 followers
April 19, 2025
I was hoping 90% of the last part of the book jadi the main story.
Profile Image for Hamidah Effendi.
399 reviews5 followers
July 6, 2025
Ulasan Buku: Kultus oleh Sharaf Zaman
⭐⭐⭐⭐⭐

Buku Kultus ni memang excellent 🫡🙂‍↕️. Cerita dia agak berat — tentang individu yang bermasalah, tapi sangat pandai memanipulasi minda orang yang lemah dan terdesak. Kesian tengok ramai yang termakan dengan kata-kata ‘penyucian’ kononnya.

Dari awal aku dah curious bila mereka terima artikel dan bahan pasal Tempat Malang tu. Tapi disebabkan tekanan hidup dan situasi masing-masing, mereka nekad juga pergi. Kalau aku, memang tak pergi dah… 😩

Penulis bawa tema pembacaan yang matang. Walaupun thriller dan misteri, dia selit nilai hidup Islam — contohnya isu watak lelaki perempuan duduk serumah dan belum berkahwin. Selit tentang politik sikit. Detail macam tu nampak kecil tapi sangat dihargai.

Part Adam — Kenapa dia senyum? Aku pening, banyak tafsiran boleh buat. Penulis ni memang bijak main dengan minda pembaca. Sama juga dengan watak Hamza, dah selesai ke tak? Apa yang sebenarnya berlaku? Ending buat aku rasa tak puas tapi dalam masa sama, sangat menjadi. Penulis tinggalkan cukup ruang untuk kita berfikir dan tertanya-tanya. Seram? Tak sangat. Tapi thriller dan mind games dia cukup kuat!

Paling aku kesian — mak Hamza. Hidup dia cukup menyayat hati. Bayangkan, realiti hidup begitu (korang kena baca🤣) boleh membuatkan sesiapa pun terkesan secara mental. Penulis berjaya sampaikan rasa sedih, suspen dan ketakutan dalam masa yang sama.

Bermula agak perlahan dan tanda tanya tentang kehilangan, tapi bila mereka memulakan kajian itu, bermulalah tragedi dan "penyucian" yang menjemput maut. Umpan sudah dilempar — dan mereka semua berjaya dipancing. Geram betul bila dah keluar, boleh pula masuk balik. 😩 Pi je lah cari bantuan! Aduhai...stress aku

Sesiapa yang tengah reading slump, tak ada mood nak baca — aku rekomen buku ni. Mesti buat mata kau terbuka luas. 👁️👁️


---

#UlasanBuku #BukuKultus #Sharaf #ThrillerMalaysia #BukuSeramPsiko #MindManipulation #OpenEnding #BukuMisteri #PsikologiThriller #ReadingSlumpCure
Profile Image for Diniy Qistina.
183 reviews6 followers
June 30, 2025
Berkat hasutan Fana, seketul Diniy yang last baca novel horror masa dia darjah 5 ke 6 entah, akhirnya buat comeback baca novel horror. 🤣😭☝🏼

Dari awal cerita lagi saya sudah alami kejutan budaya. Sungguh rare untuk saya mengalami situasi pembacaan sebegitu. 🤣

Bermula dari Hamza, Syaz, Vijay, Atilia, Luke yang sedang mencari idea dokumentari demi menyelamatkan karier mereka di Tee Vee Production House. Jackson pulak asyik berlagak bos dok tekan-tekan dioranh. Entah macam mana, ada satu sampul surat misteri yang diletakkan di luar rumah mereka. Diorang tak tahu itu semua permulaan 'neraka' dunia mereka.

Macam-macam kejadian aneh berlaku kat diorang berenam selepas diorang terima sampul surat misteri tu. Kejadian jadi bertambah huru-hara bila diorang semua pergi ke Black Mansion untuk buat shooting documentary tu. Lepas satu-satu kejadian menimpa diorang, kru dan para pelakon. Dah senang boleh masuk, ingat senang-senang ke boleh keluar? 😌

Memang sepanjang pembacaan tu berdebar + sejuk kaki tangan. Nervous weyh nak tahu lepas ni apa akan jadi. Bila baca tu boleh rasa seolah-olah benda/situasi tu real tau. 😭☝🏼

Plot twist dalam plot twist. Cerita dalam cerita.

Memang habis je part epilog, terus ber-vc dengan Fana demi membincangkan ketidakfahaman epilog tu. 🤣

Overall memang gempak ah. Puas gak baca. Macam ni rupanya baca novel yang zero romance. 🤣🤟🏼
Profile Image for Asyraf Razak.
2 reviews
May 28, 2025
Tajuk: Kultus
Penulis: Sharaf

⭐ 1. Plot / Premis – 0.9
Okay, first of all. What a refreshing slap in the face. Aku tak tahu kalau aku kurang membaca ke apa, but this is literally the first Malay novel I’ve read that properly dives into a cult theme, and doesn’t try to sugarcoat it. Props for that.

The idea of blending cult horror and documentary format. For me, sangat bijak dan unik. Tapi aku rasa agak kurang sikit part rituals, gore, darah-darah semua tu... bagi la more weh. Kasi aku rasa jijik lagi. Tapi mungkin it’s a me problem, sebab terlalu banyak baca buku thriller and gore. Anyways, still a very good read.

Pacing dia pun okay. Slow kat tempat yang kena slow, laju kat tempat yang patut laju. I like that. Takde la sampai aku bosan and skip scene or worse, abandon terus buku ni. Plot twist dia… okay la. Ada yang aku dah boleh agak, tapi aku still happy sebab yup, I'm that smart reader lol. Ada kepuasan bila baca benda yang kita dah dapat teka. Overall okay je, sebab masih ada few yang aku tak dapat expect. Impressive.

⭐ 2. Watak – 0.7
Watak-watak utama for me semua sepesen pada awalnya. Cara mereka bercakap, tak tahulah maybe aku sorang je rasa macam tu. Atau maybe sebab semua liberal. Tapi surprisingly, aku masih boleh tahu which is which, and that’s rare untuk cerita yang ada ramai karakter. At least they had quirks.

Tapi aku ni jenis memahami watak, HAHA kemain. Yang kalau kena tikam, aku pun rasa macam “NOOO NOT HER”. Tapi dalam ni, ada few moments je. Tolong lah buat aku depressed. Make me cry, dammit. Aku tahu page limit Fixi ni walaupun tight, Sharaf still bagi yang terbaik. So, not really a big problem for me.

⭐ 3. Gaya Bahasa – 0.5
Alright. This one’s a bit rough. I’m so sorry. Aku bukan grammar nazi, tapi aku jenis senang hilang mood bila ada kesalahan yang terlalu jelas sehingga mengganggu pembacaan. Ada tempat yang aku sendiri tak sure penggunaan imbuhannya betul atau salah, tapi rasa agak janggal bila dibaca. Tapi sebab malas nak fikir panjang, aku abaikan. Tapi, part “ke HULUR ke hilir” tu ialah satu dosa editor yang aku takkan boleh maafkan sampai bila-bila. Aku turn off dan sambung baca keesokan harinya. Kalau tak, sebenarnya buku ni boleh habis in one seating.

Dialog pula, kadang-kadang ada yang terlalu skema, ada yang tiba-tiba cringe. Aku sampai pause and tanya diri sendiri, “who tf talks like that in real life?”😭 Entah, tapi mungkin ada.

BUT. Okay, ada but. I did find words and phrases yang rare. Nice choices, Sharaf. So I know yang penulis ni ada vocab, ada effort yang dapat menutup segala cacat-cela sebelum ni. Just tighten it up a little bit more, okay.

⭐ 4. Tema & Kesan – 0.9
Ada pengajaran yang ingin disampaikan. Bukan jenis kosong menyalak tanpa hala tuju. Cult tu bukan sekadar “ooo seramnya,” tapi kau boleh nampak betapa senangnya orang desperate kena brainwash. Ya, terjadi dalam dunia nyata. Kan semua dah tengok cerita walid tu kan, walaupun dia bukan penyembah syaitan. Lebih kurang.

Dan bagi aku personally, this kind of story sangatlah dekat. Aku budak kampung yang pernah rasa kejutan budaya lepas sambung belajar. So bila baca pasal karakter yang hanyut macam karakter dalam ni, aku macam, “yeah… kinda relatable.”

Btw, mati ni tak kira masa. Brutal truth. I like that Sharaf tak romanticize taubat. Tak semua orang dapat peluang tu. Kalau dah kena kacau hantu pun masih boleh fikir nak berzina, layaklah pengakhirannya macam tu. Bunyi judgemental kan, tapi itulah pengajarannya. Jangan tangguhkan taubat anda, berhenti membaca dan pergilah solat kalau belum. Jk.

⭐ 5. Originaliti & Eksekusi – 1.0
Aku tak rigid sangat bab originality ni. I know how messy inspiration works. Aku percaya takde sesiapa yang betul-betul original. Confirm ada sumber inspirasi yang sedikit-sebanyak rasa macam idea yang telah digunakan dalam karya lain. Tapi yang penting penulis ada sentuhan tersendiri, ada cara dia sendiri nak cerita something. It’s more than enough. Tiada rungutan. Perfectly done.

Keseluruhan: 4.0 / 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️

Tahniah buat Sharaf untuk karya ni. Ada kelemahan, tapi begitulah kehidupan seorang penulis. Ada je benda yang orang tak suka. Mana boleh puaskan hati semua orang. Apapun, saya tetap suka. Teruskanlah berkarya. That being said, I’ll probably pick up his other books. Tataaa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for octobook.10.
14 reviews
February 11, 2026
Dari sekian banyak cerita tentang pemujaan setan, rasanya Kultus ini one of my favorite. Kenapa? Karena penceritaannya tidak terlalu terburu-buru, seramnya tidak dipaksakan. Kultus ini bermain di psikologis pembaca, setiap adegan terasa begitu dekat dan nyata.
Bahasanya sangat mudah dipahami. Cocok banget untuk pembaca yang suka tema horros psikologis dengan nuansa kelam.
Plot twistnya.... oh tentu saja.... Juara!!!!
awalnya seperti bisa tertebak, tapi ternyata ada plot twit lain.
Gilaaaa~~
Profile Image for Muhammad.
10 reviews
June 6, 2025
bismillah.
secara ringkas. jalan cerita yang menarik, a docufilm should I say? yes, a cult. most probably if we can relate a movie, or a documentary which police, detectives, try to investigate what happen before and after. what ever it is, is a good story. keep it up, author!
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
June 10, 2025
Jujur eh aku bukan peminat setia buki fixi. Dalam simpanan aku tak sampai 10 buah pon. Yang aku dah baca ada dalam 4 5 buah. Sebab apa? Aku pon tak tau🤭. Tapi yang ni aku beli sebab penulis dia, Sharaf. Bukan pengampu ye. Tapi lepas aku baca novel dia Carnival of Phobia, memang aku tunggu beliau keluarkan lgi naskah yang sebegitu. N finally it here
.

Naskah ni berkisarkan satu kumpulan ajaran sesat. Yang diketuai oleh Slave II di Rumah Secular. Upacara yang ingin dijalankan pd tahun 1993 untuk menghidupkan kembali Slave I dan pengikutnya seramai 33 orang. Ada yang perlu dikorbankan demi melaksanakan upacara tersebut. Tapi malangnya upacara tersebut tidak sempat dilakukan dan rumah tu hangus terbakar serta ramai yang mati. Hingga diberi nama Black Mansion
.

Hamza, Syaz, Atilia, Viraj dan Luke bekerja di bawah TeeVee Production House . Mereka perlu mencari satu idea yang fresh demi rating mereka. N suddently, mereka terima satu sampul yang mana ada cerita berkaitan Black Mansion
.

Gangguan demi gangguan menimpa mereka. Keadaan bertambah teruk pabila dorang cuba shoot tentang black mansion. Ada yang kena rasuk n mati macam tu je. Keadaan dekat Black Mansion kacau bilau. Tapi once mereka dah masuk dalam tu, mereka takkan dapat keluar hidup2. Scary gila
.

Tapi satu fakta, tak semua orang boleh masuk ke Black Mansion. Hanya yang ada hubungkait dengan kes tahun 1993 sahaja yang jumpa Black mansion. Atau bahasa tepat, waris kepada ahli secularist atau ahli secularist sahaja. Orang2 yang tiada hubungkait, mereka takkan jumpa keberadaan Black Mansion. So korang rasa, macam mana team Hamza ni boleh masuk dalam Black Mansion? Creepy tak😱
.

Sharaf ni memang another level la die punya writting. How come dia boleh fikir jalan cerita macam ni. Sama jugak dengan novel COP. Malas nak cakap banyak. Aku sangat2 rekomenkan korang baca naskah ni. Pleaseeee beli n baca
.

Tahniah sharaf untuk naskah yang sangat best ni. Next tunggu akak baca Belakang Rumah Dinda. Nak tengok cerita pasal apa pulak dia nak bangkitkan
.

Thumbs up. Highly recommended.
Profile Image for Izz Rais.
28 reviews
September 22, 2025
7.5/10

Dari permulaan sampai ke hujung memang menarik. Penceritaan tak bosan, penulisan tak kekok. Watak watak pun semua hidup. Dari satu plot ke satu plot tak buang masa dan terus direct ke cerita. Storytelling pun kemas dan senang tarik kita untuk fokus dan terus nak baca and nak baca. Konsep pun tak bosan dan fresh.

Novel ni tak ada plot twist. Senang kata semua plot dia memang boleh dijangka. Watak siapa yang jahat, watak mana yang berkait semua direct dan tak ada unsur saspen. Ada sedikit plot yang for me tak ada puk tak impact story sangat. Amie dan Andi, tak berapa penting untuk plot cerita. Diari Chew pun tak realistik. Siapa tulis diari ada dialog dari orang lain?

Semua dah menarik dah, sampai la epilog. Epilog sangat lah confusing and tak perlu. Agak keliru kenapa nama tiba tiba tukar? Dan macam takda motif pulak epilog tiba tiba matikan watak Luke atau Adam. Like why? Epilog dia spoil kan mood pembaca sikit if you ask me.
Profile Image for Izzah.
18 reviews
October 10, 2025
Okay ambil masa lama juga nk habiskan sbb rasa bosan awal2 cerita. Dia mcm mood on/off bila baca tau.

TAPIII‼️

Bila dah sampai tengah and nak belakang2, satu malam habiskan terus. The plot quite nice la dekat last2 cerita. Macam mostly reviewer cakap, awal2 memang akan rasa bosan sbb cerita dia slow sikit.

Bahasa dalam cerita ni sangat adverbial betul. ‘Sekonyong-konyong’ , ‘Siluet’ memang kena tanya pakcik google maksud kalau orang mcm saya dah tak tahu dah maksud dia😭😂. Tapi bahasa dia mudah faham tak la semua bahasa macam lingua frasa sampai tak faham langsung. Penulisan dia details and memang boleh imagine tau.

So conclusion, I gave solid 4/5 ⭐️ Cerita ni banyak isu sensitif tau. Like hubungan songsang, penyondol, hubungan bebas. Baca atas risiko sendiri. Ambillah semua watak tu sebagai pengajaran, ada pengajaran dia. Btw I LOVE LA PUAN ELMA PUNYA CHARACTER, HAHAHAHAHA. Tambah2 dekat scene belakang, tapi tu la…
Profile Image for Aisyah  Farhanah.
22 reviews2 followers
May 11, 2025
A good mix of emotion and horror

Kultus mengisahkan sebuah Tim Produksi terdiri daripada Luke, Syaz, Hamza dan Viraj. Mereka mahu membuat sebuah dokumentari berkenaan Black Mansion, rumah agam yang terbakar 30 tahun lalu.

Apabila mereka menggali lebih dalam berkenaan Black Mansion, mereka menemukan sesuatu - yang tak patut dicari. Hidup mereka kucar-kacir apabila sering dibanyangi lembaga memakai black cape. Mendengar dan melihat sesuatu melebihi dimensi manusia.

Teevee Production juga diganggu teruk semasa penggambaran dokumentari ini. Ada juga nyawa yang melayang.

Saya suka cara Sharaf mengimbangi cerita. Seram dan emosi berselang-seli. Tidak keterlaluan tapi cukup untuk menghantui mimpi pembaca.

Penamat yang baik. Cuma bahagian epilog saya jadi keliru sikit. Sebab timbul persoalan baru. Adakah buku ini akan ada sambungan?

Masterpiece
5 Bintang⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Potlots.
14 reviews
June 2, 2025
Kultus by Sharaf
Personal rating 5/5⭐️
.
Again Sharaf congrats!! Klu BRD penceritaan dia yg lurus dan friendly, tapi Kultus sgt tak friendly okay. Aku siap ulang baca 3 kali 3 bab akhir. Wait.. bacaan pertama dia mcm eh! Kejap… bacaan kedua okay… ambil paper.. bacaan kali ketiga catit setiap watak. Baru dapat.. ending kultus mmg tak friendly weyy..
.
Kultus, psycho-thriller dan ada paranormal sikit. Dia amalan ajaran sesat yg bertuhan kan syaitan. Sekumpulan housemates/ team/ rakan kerja dorg2 ni nak buat dokumentari tentang ajaran sesat yg meragut 33 nyawa untuk tujuan pemujaan. Sha tak nak spoiler cerita. But sy nak kata cerita ni best. Sharaf dah masuk list fev psycho-thriller author kita. Tahniah @aksarasharaf dan team @bukufixi nak lg genre mcm ni. 😂
Profile Image for Mohd Ashmunir.
180 reviews3 followers
October 24, 2025
Gila… ngeri… dan oh my Luke@Adam… overall mmg penulis nak buat kta berfikir habis2an ya… best…
5 reviews1 follower
May 25, 2025
This good book anyway sbb kena ngan citarasa pembaca mcm aku thriller dicampur seram gore tapi xdelh gore mana masih sedap dibaca ada elemen misteri + dark juga dicampur aduk...setiap plot aku rasa xde lewah aku baca cerita tu bersusun dengan cantik takde part bosan dan aku xskip...harapnya fixi lebihkan lagi bacaan mcm ni...jadi aku recommend sngt beli lah buku ni confirm peminat seram thriller akan suka dan sangat puas hati
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 25, 2025
Fuhh, habis baca dlm few hours je. Best jugak novel ni, ada few flashbacks utk in the past, tp mudah difahami jln cerita tk berbelit pun. Seram tu tk sgt kaybe lebih kepada ngeri sbb byk jugak scene yg agak gore. Lepastu last dkt ending mcm tertanya ada kesinambungan ke sbb dia, mc mcm tgh berdialog dgn ... Berharap sgt dia tk mudah terhasut in the long run, but kalau ada sequel ke apa mungkin plot starting from here kot. Overall kisah ni berjaya keep me hooked dari awal sampai akhir
Profile Image for Mal.
35 reviews1 follower
July 8, 2025
Very fast pacing to the extent that I think there is so much more the Author can write to elaborate more on this and that scene/situation. Everything were like you are in the rapid train bullet, too fast! Maybe me myself need more build up. Even I didnt get any chance to berteka-teki, some pauses is needed I think. All in all, good book for you to grab.

Congrats Sharaf for your new book!

1 review
April 19, 2025
It took me only 2 days to finish the whole thing! For me, its a little "open ending" sebab you kena buat your oen interpretation of how do you want to take the ending. Good plot twist , such an amazing storyline, tak berbelit, cumanya you have to read everything, wouldn't recommend to skip pages.
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
39 reviews1 follower
May 18, 2025
idea tu nice dah tapi execution tu cam ada yang janggal tapi tak tahulah apa. maybe the writing style just isnt my cup of tea. i perasan some plot holes too
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for rg Qirin.
35 reviews
November 22, 2025
Kultus
oleh Sharaf
dari Buku Fixi

Buku ke 7 untuk bulan November. rasanya this kinda feat only happens during uni days.

Kultus, cerita tentang sebuah kultus yang ditubuhkan 30 tahun lalu dengan tujuan utama, menghidupkan yang sudah mati. Kini, satu tim produksi ditugaskan untuk membuat dokumentari mengenai kultus tersebut.

Pada aku, Kultus is a fast-paced novel. in which, this story, from it's start to finish, happened only in a few weeks time, with flashback on what's happening 30 (and 8) years ago.

Kultus bagi aku rasa saspen yang macam, mesti dia ni sebenarnya ni kan tapi rupanya dia ni yang sebenarnya ni. haa faham tak? the twist(s) is all over the book.

Congrats Sharaf for writing this. It truly a story within a story within a story. If Kultus is a kuih, it would be Kuih Lapis.
Profile Image for ady.
4 reviews
December 27, 2025
Amazing quick-read for me ! Baca dalam one sitting in about 3 hours and loveeedddd the element of time-travel 🙌🏻 Buku first yang i baca from Sharaf and definitely would look into the others
Profile Image for Syazwan Razak.
75 reviews1 follower
June 25, 2025
Okay, first things first — the writing? Chef’s kiss. Super detailed, sharp, and hits you right in the feels. But tbh, some parts could’ve used a stronger execution to sebab some of it macam take berapa sampai.

and also Dr. Kyla starts unloading her long-buried secrets to total strangers while shes being lowkey secretive and I’m just there like, “Umm… what is happening right now?” and I know something off about it.

Now let’s talk about Jackson. Ugh. This man has a serious talent for being absolutely hateable. Every page? Worse than the last. He’s like a villain who keeps levelling up, and my rage? Oh, it’s thriving. I seriously thought he was the mastermind behind everything.

And that plot twist at the end? Damn. I just sat there staring at the last page, questioning everything. Didn’t see it coming — at all.
Profile Image for Syukri.
162 reviews9 followers
June 28, 2025
another horror thriller dari fixi.

dari tajuk dah boleh agak jalan cerita, tentang sebuah cult yang ada di Malaysia.
Buku fast paced. Aku lagi invested dengan storyline cult tu sendiri daripada cerita dorang nak buat docu-drama tentang cult tu.

Profile Image for Zulfaqar Suhaimi.
14 reviews
September 16, 2025
Overall aku suka dengan idea utama buku ni. Tapi terlalu banyak plot holes dan pacing terlalu laju. Penggunaan perkataan seperti sekonyong-konyong banyak kali digunakan. Persahabatan yang dianggap seperti sebuah famili seperti dipaksa. Informasi baru yang tidak mempunyai 'crumbs' dipasang sepanjang cerita. Buku ininlevih kepada 'tell' & 'no show'. Klimaks terlalu laju dan hilang terlalu banyak point & detail penting. Almost DNF but terpaksa gagahkan jugak.
Profile Image for sebijinanas.
52 reviews6 followers
August 29, 2025
finished this for only 2 hours straight, this is so good. macam lama tak baca buku buku yang good storyline macam ni. susah nak jumpa. thanks to the author for bringing it back
Profile Image for Defikaism.
10 reviews5 followers
February 15, 2026
KULTUS karya SHARAF

Pertama sekali, sebab saya tahu usia penulis ini SANGAT muda, ini adalah sangat-sangat mengagumkan. Tahniah untuk buku ini, premis ceritanya membuatkan saya terimbau kembali kenangan masa mula-mula membaca FIXI. Tentang lima sekawan yang terperangkap pada situasi yang sama dan mereka semua mula diganggu/dikacau/mati satu per satu.

Saya suka cerita macam ni kalau inginkan bacaan yang cepat dan tak draggy.

Seperti yang saya agak, kesudahannya sedikit bittersweet pada saya. Tapi tak apa, tak semua cerita harus berakhir dengan happy ending. Ada beberapa plot yang boleh diteka, tapi its still okay sebab at least plot tu tak muncul secara 'tiba-tiba' seperti sebuah deus-ex-machina untuk membetulkan plot. Walaupun tak dinafikan perasaan Atilia tu memang sedikit 'tiberhhh' bagi saya, HAHAHAHAHA

Cerita ini tentang lima sekawan yang tinggal serumah. Hamza dan awek dia, Syaz. Viraj yang suka pada Atilia yang sering jual mahal, Luke yang 'pelangi' dan ada hubungan tersorok dengan orang atasan mereka, Jackson.

Sebagai orang yang membaca pelbagai jenis bahan bacaan, secara peribadi, saya tiada masalah tentang orientasi Luke dan Jackson. Cerita bermula apabila mereka terpaksa menyiasat sebuah rumah agam yang dipercayai 'keras' kerana ada kes mass suicide 30 tahun lepas. Kejadian itu ada kaitan dengan dua daripada enam orang yang saya sebutkan di atas tadi. Masing-masing ada agenda tersendiri untuk menyiasat rumah agam yang dikenali sebagai Black Mansion itu.

Kenapa Black Mansion? Sebab rumah itu dijilat api sehingga rentung (hitam).

Jalan ceritanya fast paced. Tiada satu pun scene yang draggy. (Okay saya tarik balik, ada satu, part Atilia yang 'tiberh' tadi tu tapi saya faham tujuan babak itu diadakan adalah untuk menunjukkan yang lelaki tersebut adalah seorang yang setia) Saya taknak mention nama takut spoiler hehe. Tapi selain itu, bagi saya plot nya disusun dengan baik dan lancar.

Secara jujurnya Kultus kalau menjadi sebuah movie, akan lebih menarik sebab as we go on, dan pendedahan demi pendedahan berlaku di mana kita akan jumpa journal entry beberapa watak yang pernah menjadi mangsa/mangsa yang terselamat dari insiden di Black Mansion 30 tahun lepas, melelui naratif yang penulis lakukan, saya dapat rasakan cerita ini bergerak seperti sebuah movie instead of buku. Dan saya setuju. Jangan dicari teknikaliti dari sudut bacaan, tapi cuba bayangkan Kultus adalah sebuah movie satu jam setengah yang kau 'tonton' melalui medium berbeza (bacaan). Nescaya korang akan lebih 'masuk' dengan jalan ceritanya.

Apapun, its an enjoyable read. Lepas ni nak baca Belakang Rumah Dinda pula kalau ada masa free!
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.