Rudi Rais adalah seorang penulis yang masih meratapi kehilangan isterinya. Ketika kembali ke kampung halaman setelah sedekad, dia terjerat dalam satu kes pembunuhan kejam yang menggemparkan negara.
Episod mimpi yang dialami bagai memaksanya untuk menggali kebenaran yang ternyata lebih mengerikan. Firasatnya mengatakan ada sesuatu di luar jangkaan akal manusia yang mengikat semua yang terlibat – ilmu hitam dan manipulasi realiti.
Sesedarnya di dalam sebuah bilik tahanan, Rudi dapati dia dituduh sebagai pembunuh. Semakin dia disoal siasat, semakin kabur garis antara realiti dan ilusi. Siapa sebenarnya yang mengawal hidupnya? Adakah dia hanya biduk percaturan licik seseorang, atau diakah dalang sebenarnya?
Aku tak paham. Ni cerita ‘the shining’ ke, time travel?
Maka aku pening. Kalau buku ni filem, aku akan cari movie recap kat Youtube
Done sembang dengan penulis. Deserve the 5 stars. Aku rindu nak baca cerita-cerita ala Christipher nolan. Aku harap tak ada yang spoil cerita ni sebelum korang baca. Best kalau baca without any expectation
Novel Manipulasi mengisahkan tentang seorang penulis yang pulang ke kampung halaman untuk mencari idea penulisan, namun tanpa disangka dia terjebak dalam satu kes kematian misteri. Dalam usahanya mencari kebenaran, dia dibantu oleh dua watak penting — Iqa dan Shida.
Apa itu manipulasi? Secara mudah, manipulasi bermaksud mengawal atau mempengaruhi seseorang atau sesuatu dengan cara tersembunyi demi kepentingan diri sendiri. Dalam konteks cerita ini, manipulasi bukan sekadar perbuatan watak terhadap orang lain, tetapi juga bagaimana fikiran dan perasaan watak utama dimanipulasi oleh trauma, kenangan, dan emosi silam.
Dari mukadimah lagi, penulis telah memberi bayangan tentang gaya penulisan yang penuh teka-teki dan lapisan makna. Sesiapa yang pernah menonton filem “Imaginur”, pasti akan faham rasa “pening” tetapi teruja yang sama — kisah yang berlapis, ada flashback, pelbagai sudut penceritaan, dan banyak persoalan yang hanya terjawab di penghujung cerita.
“aku” dalam novel ini menjadi punca kekeliruan — siapakah sebenarnya yang sedang bercerita? Watak A yang melihat tindakan watak B, atau sebaliknya?
Dan yang lebih menarik, adakah kejadian yang berlaku benar-benar realiti, atau hanya penulisan yang sedang dikarang oleh watak utama? Semua ini menjadikan Manipulasi sebuah karya yang membuat pembaca banyak berfikir.
Apa yang menarik, walaupun seakan sudah berakhir, penulis masih membuka ruang. Ada ruang untuk memperkenalkan keistimewaan watak, dan juga ada ruang untuk menyelongkar kisah lalu yang menanam makna sebenar di sebalik tajuk “Manipulasi”.
Apa yang saya pelajari: Novel ini mengingatkan bahawa dalam hidup, kita selalu punya pilihan. Kita berhak untuk cemburu, marah, atau sakit hati, tapi kita juga punya hak untuk menyembuhkan diri dan bergerak ke hadapan. Sebelum membuat pilihan, tanya diri — adakah keputusan itu membawa kita ke arah syurga atau neraka?
Terima kasih kepada penulis kerana memperkenalkan watak Rizal yang membuat saya merenung semula makna luka dan penyembuhan.
Kesimpulan: Manipulasi ialah novel bergenre psikologi, misteri, dan drama emosi yang menggali persoalan tentang realiti, ilusi, dan pilihan hidup. Ia bukan sekadar kisah tentang kematian, tetapi tentang pergolakan dalaman manusia — bagaimana minda boleh menjadi medan manipulasi paling berbahaya.
Novel ini boleh dikatakan ada dua bahagian. Bahagian pertama adalah kisah seorang penulis mencari idea untuk bukunya lalu pulang ke kampung asalnya. Kisah silam yang pilu dan kejadian kes bunuh diri yang bertukar menjadi pembunuhan menyebabkan jalan cerita ini semakin menarik untuk dibaca.
Bahagian kedua adalah bahagian plot twist. Ada beberapa watak awal mempunyai plot twist tersendiri dan plot cerita menjadi sedikit pening dan ada beberapa plot hole yang memang nak kena baca perlahan-lahan.
Apa-apa pun, konsep yang cuba dibuat penulis memang best cuma, susunan plot pada akhirnya agak pening dan nampak terlalu rushing. Apa-apa pun, ini novel yang sedap dibaca.
I went into this book without any expectations or spoilers, so everything felt unexpected to me.
I have a lot of questions about the ending and the overall storyline. Still, I enjoyed how this book made me question who the real villain was and the concept of time travel. In the end, I chose to believe that the main character was innocent.
I’ve already read Tujuh, but I can barely remember the storyline, so I guess I need to reread it to understand more about Bomoh Tupui.
Siapa yang memanipulasi, siapa yang dimanipulasi? Mind-blown. Plot twist nya buat kita persoalkan siapa dalang sebenar dalam cerita ni. Setiap watak pula ada rahsia tersendiri.
Novel ini mengisahkan pembunuhan seorang ibu dan anak. Watak utamanya ialah seorang penulis bernama Rudi Rais, yang balik ke kampungnya semula kerana dia mempunyai kebolehan untuk melihat atau mendapat firasat tentang pembunuhan tersebut. Apa yang dia nampak dan bayangkan akhirnya berlaku dalam dunia sebenar, menjadikan cerita ini cuba bermain dengan konsep masa, takdir, dan ramalan.
Aku sebenarnya minat buku bertema time travel, tetapi untuk novel ini, jalan ceritanya terasa terlalu kompleks dan kurang sesuai untuk bacaan santai. Plotnya agak bersepah, seolah-olah ada bahagian penting yang hilang atau tidak dijelaskan dengan cukup jelas, walaupun aku sendiri susah nak tentukan apa sebenarnya yang kurang.
Secara keseluruhan, idea cerita menarik, tetapi pelaksanaannya tidak begitu memuaskan.