Jump to ratings and reviews
Rate this book

Que Vena

Rate this book
Blurb Que Vena (Yang Datang Daripada Takdir)
...

SINOPSIS QUE VENA

Kenapa Nara tak boleh panggil Que, papa?~ Nara

Yang Naramahukan hanya seorang yang boleh dipanggil papa. Tapi Que tidak pernah membenarkannya.

“Nara boleh sebut perkataan tu bila-bila masa dan di mana Nara nak tapi… bukan depan Que.” ~ Que

Walaupun ada cacat cela dalam kehidupan Que dan Nara, mereka sangat saling menyayangi. Cuma, jurang itu diwujudkan Que kerana gagal menerima kematian Miranda.

Vena, dia dikhianati sepupu sendiri. Lantas dia memilih untuk membuka episod baru dalam kehidupannya. Saat itu dia bertemu Que dan Nara. Kehidupan Nara dan Que menarik perhatiannya sehingga dia terjebak secara tidak langsung dalam kehidupan mereka.

Ego seorang Que sangat besar sehingga mencetuskan pertengkaran antara dia dan Vena. Namun ketika yang sama dia sedar bahawa Vena pernah wujud dalam hidupnya ketika dia bersama Miranda lagi.

Akhirnya Que pergi bersama Nara meninggalkan Vena. Lebih setahun kemudian, hidup menemukan mereka semula. Dan Vena mula sedar siapa Que dan bilakah saat pertama dia bertemu Nara sebenarnya.

Diakah yang menyebabkan kematian Miranda? ~Vena

Allah dah susun segala-galanya. Kita cuma watak kecil yang mendorong keadaan menjadi begitu~ Que

Mungkin kamu tidak mengerti ketika ini, Vena. Tetapi kamu akan mengetahui segalanya ketika kamu bertemu dengannya. Maaf kerana aku pernah menjadi alasan kamu disakiti.~ Miranda

608 pages, Paperback

Published December 1, 2022

7 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
1 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
December 6, 2025
Kalau dengan penulis yang ni memang la kena baca betul2. Plot twist merata-rata.

Persoalan first kenapa Nara tak boleh panggil Que papa. Bapak mana la sampai hati tak bagi anak panggil diri tu papa. Sebenarnya, Que cuma bapa saudara je. Tengok! Awal-awal dah plot twist.

Kenapa Que jadi 'macam' tu? Sebab dia masih terikat dengan memori bersama Miranda. Dia susah nak lepaskan Miranda pergi. Miranda dah mati. Kenapa impak seorang Miranda ni begitu besar dalam hidup Que. Kedatangan Vena sebagai jiran sebelah rumah membuatkan kehidupan Que agak terganggu. Pantang jumpa mesti bergaduh.

Vena ni ada masalah. Dia bergaduh dengan sepupu aka sahabat baiknya sendiri. Kawan makan kawan. Yang misterinya, Vena telah menerima beberapa surat dari 'someone'. Dalam surat tu macam diari. Masa ni dia tak tahu siapa orang dalam surat tu. Sebelum Que hilang, Vena dapat pulak buku catatan Miranda. Dari situ lah dia kenal seorang Miranda.

Yang tak best nye, Que hilang. Tiba-tiba muncul balik. Muncul dengan Que yang baru. Mulut manis dan baik pulak tu. Que dah jatuh cinta dengan Vena. Tapi Vena pulak tak reti nak faham dengan bahasa cinta Que.



Orang ketiga, iaitu Auntie Min. Jiran sebelah rumah Que, rapat dengan Nara sebab kerja as nanny utk Nara. Yang ini pun dah macam cerita hindustan. Min ni suka dengan Que dan perangkap Que supaya dapat kahwin dengan dia. Tambah pulak Min ni ada 3 orang abang. Abang-abang ni la yang datang serang Que supaya bertanggungjawab. Vena pun kena sekali. Aduhhh.. Masalahnya diorang ni lebih percayakan adik sendiri. Disebabkan ini jugak lah Vena berbaik dengan sepupunya, Suraya.

Overall, saya suka dengan storyline ni. Watak heroin pulak bukan jenis duduk diam. Watak sampingan pun banyak, ye lah dengan mak saudara, sepupu-sepupu dan kawan-kawan lagi.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.