Jump to ratings and reviews

Dani's Temptation #1

Dani's Temptation

Kepulangan Aralyn Aneesa ke Malaysia, mahu mengubah kehidupannya serta membahagiakan ibu dan bapanya. Namun Tunku Dani Mustaqim sebaliknya. Dia mahu Aralyn terus hidup bersama dengannya.

"Kau, aku punya. Tubuh kau, bau kau, senyuman kau, Semuanya aku punya. Takkan ada lelaki lain yang boleh sentuh kau!!" - Tunku Dani Mustaqim.

Semakin Aralyn menjauh, Tunku Dani semakin maju kehadapan.

"It's not hard to find you, baby girl." - Tunku Dani Mustaqim

Sebuah kemalangan memaksa Aralyn menerima Tunku Dani sebagai suami, Dia tidak rela. Hatinya mencintai bekas tunangnya, Aslam Zikry bukan Tunku Dani Mustaqim.

Obsesi, posesif. Itu yang dapat Aralyn gambarkan setelah bergelar isteni kepada Tunku Dani Mustaqim.

Mampukah dia bertahan?

443 pages, Hardcover

Published March 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Sopyzm

6 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (44%)
4 stars
1 (11%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (11%)
1 star
3 (33%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
March 30, 2025
Warning! Bacaan matang. Ada part abusive, suicide, sugarbaby sugardaddy.

For me tak seteruk bacaan yang F pernah baca masa zaman karya² daring zaman F. Senang kata zaman AA

Baca ni dengan hati yang terbuka dan kosongkan mind.



Aralyn dan Dani ni, diaorang sugarbaby sugardaddy. 3 years kat Turki Aralyn ada affair dengan Dani.

Bila balik Malaysia, Ara stayed dengan parents Ara. Masa dia pergi Pulau Perhentian dengan Dani, Ara bermimpi. Ara jadi takut.. dia insaf. Dia taknak teruskan buat jahat. Dia nak berubah.

Dia confront dengan Dani. Ara cakap hubungan mereka hanya hubungan nafsu je... tiada perasan cinta. Sedangkan Dani benar² cinta pada Ara. 3 tahun ko loveydovey takkan tak develop rasa cinta tu dalam hati Ara. Ara ni yang problematic.

Mengamuk Dani. Dani berubah dari seorang lelaki yang sayang Ara kepada monster. In my opinion, Ara yang jadikan Dani ni monster tanpa Ara sedari.



Dani berkasar sampai pukul Ara dan melepaskan nafsu dalam keadaan marah.

Bila Ara balik dari bercuti, Ara banyak diam dan dia bersetuju untuk bertunang dengan pilihan keluarganya.

Bukan senang nak larikan diri dari Dani... Dani tu dia kaya.. ada kuasa.. of course dia ada jalan untuk miliki Ara.

Aslam bukan seorang ustaz.. Ara rasa selamat dan tenang bila berada dengan Aslam. Aslam pun banyak nasihat Ara selepas selamatkan Ara dari cubaan suicide.



Dani buat plan untuk perangkap Ara sampai diaorang berkahwin.

F rasa kasihan dengan Dani. Dia cintakan Ara tapi Ara boleh cakap tak cintakan Dani. Even lepas diaorang berkahwin pun Ara tetap ada hati pada Aslam. Ara tu tak matang. Dia kata cinta Aslam tapi tanpa dia sedari dia tercari² Dani bila Dani tak balik rumah.



Dani ni terlampau obses.. terlampau cemburu sampai dia cederakan Ara tanpa dia sedari. Takda siapa nak nasihatkan Dani. Dia patut jumpa pakar sebab F rasa mental dia "sakit". And Ara pun not helping him to be a good man.



Ada time diaorang happy. Bila Dani happy dia layan Ara elok². Dan Ara patut jauhkan diri, kawal mata dari pandang Aslam dengan rasa "cinta".

F geram betul dengan adik Aslam, boleh pulak ko ajak jogging sama. Dah Dani salah sangka sampai mengamuk.

Aslam pun satu hal. Aralyn dah kahwin pun ko still ada perasaan dengan Aralyn. Dan Aralyn pun macam beri hope sebab ceritakan masalah dia pada Aslam. Itu satu tindakan yang bodoh.

Masa baca teaser dari penulis.. F menyampah dengan Dani. Bila baca buku, F jadi kasihan dengan Dani. Pandai penulis twistkan hati F.

F akui watak Dani ni nampak "jahat". Kesilapan dia akan hantui diri dia sampai bila². Kegilaan dia buat diri dia perangai macam setan.



Kalau hardcover, ada special chapter... lagi obvious perangai jahat Dani sebab dia nampak perempuan tu macam Ara. F hope sangat Dani berubah, hope ada seseorang yang benar² sayang kat Dani yang boleh buat dia berubah. Dani perlu jumpa orang yang tepat.

Bukan mudah nak berubah. Banyak liku² kehidupan yang penuh dugaan untuk kita sampai titik bahagia.
Profile Image for Eda Eda.
178 reviews21 followers
September 6, 2025
Perangai si Dani memang black flag terus, abusive, possessive dan kepalanya tak betul dalam erti kata lain Dani ni totally tak 'sihat'. Perangai si Ara pun boleh tahan bebal dan bimbo. Dah bertahun dengan Dani takkan tak kenal Dani tu macam mana. Boleh hadap Dani sebelum kahwin tapi tak boleh nak terima dia lepas dah kahwin erkk. Dah berpisah dengan Aalam tapi masih ada hati nak tahu perasaan Aalam pada dia ? (read: kau tu isteri orang dan masa tu memang dah cintakan Dani 🙂‍↕️). Penamat buku ni buat aku rasa; buku apakah yang aku baca ni ??
Profile Image for Cutie_pie28.
560 reviews12 followers
June 4, 2025
Pening baca.. perangai Dani ni buat kite sakit kepala.. Ara pun sama jugk..

Tak sangka ending die begitu.. i mean.. why? Dan kenapa Dani jdi lgi teruk selepas tue?
1 review
August 4, 2026
Selepas 19 tahun hiatus daripada membaca novel, akhirnya saya kembali membuka helaian pertama atas rekomendasi penjual buku di pesta buku. Apa saya dapat rumuskan seperti di bawah;

Genre : Dark Romance
Tema : Toksik, possessive, obsessive, trauma, penderaan, angst, psikologi
Hero : Black flag (Dani)
Heroin : Red flag (Aralyn Aneesa)

Hubungan hero & heroin bermula dengan sugar daddy sugar baby di oversea selama 3 tahun. Kisah ni bermula selepas mereka balik Malaysia selepas Aralyn habis study. Suatu hari, Aralyn tiba2 insaf nak kembali ke pangkal jalan lepas mimpi buruk semasa dia bercuti dengan Dani dan dia nak putus hubungan dengan Dani tetapi tak boleh terima sebab dia dah cintakan Aralyn. Dia ajak Aralyn berkahwin tetapi Aralyn menolak kononnya Dani tu teruk, jahat tidak layak jadi suami.

Bagi pendapat saya, jalan cerita novel ini serta susunan ayat yang lemah. Saya tak rasa "feel" seolah-olah seperti membaca novel, saya rasa kosong. Saya harap penulis boleh masuk kelas-kelas penulisan atau membuat research dalam mengarang sesebuah novel.

Saya macam 'lost' lepas baca sebab daripada scene A ke scene B dia macam tiba-tiba, tak nampak harmoni dan kesinambungan daripada scene A ke scene B. Tidak menceritakan suasana, keadaan yang berlaku. Saya tidak boleh membayangkan suasana, emosi, keadaan yang berlaku pada scene penceritaan yang penulis hendak sampaikan.

Pada saya, watak-watak dalam novel ini kurang menonjolkan emosi, menyebabkan sukar untuk saya merasai apa yang mereka lalui. Walaupun konflik yang dihadapi berat, ekspresi emosi watak terasa agak terbatas dan tidak begitu memberi kesan. Contoh, semasa Aralyn kena tangkap basah dengan Dani tetapi ibu ayah Aralyn macam marah gitu2 je. Contoh yang lain scene Aralyn kena pukul dengan Dani sampai kena warded sebab sawan.

Dani keturunan kerabat tetapi tak nampak macam kerabat (watak dia psycho selepas Aralyn tolak cinta dia), Aalam hero nombor 2 mutawif tetapi tak nampak kerja mutawif, selepas berkenalan dengan heroin asyik la hari-hari berkepit sepanjang tempoh pertunangan walaupun dalam novel dinyatakan dia mengambil cuti tetapi selepas kenal seolah-olah esok tu dah cuti (macam hari-hari dating je) sbb nak urus hal kahwin.

Bagi saya Aralyn red flag sebab dia punca Dani jadi toksik, selepas puas dia nak buang, cut ties dengan Dani macam tu sahaja, selama 3 tahun di oversea bersama Dani dia tak ada perasaan langsung dan just for fun jadi sugar daddy sugar baby. Aralyn punca konflik novel ni terjadi dan perubahan sikap Dani.

Penggunaan bahasa yang kurang sesuai, ada ke patut ber 'aku' 'kau' dengan bapa mertua walapun sebelum menjadi menantu, Dani dan ayah Aralyn saling mengenali dan bersahabat, tetap ada age gap bukan sebaya.

Walaupun penulis mengolah babak-babak seperti cinta toksik, dark romance, penderaan dan psikologi watak dengan lebih terperinci sehingga pembaca dapat membayangkan suasana serta emosi yang ingin disampaikan, perkara yang sama tidak begitu konsisten pada babak-babak lain. Untuk adegan yang lebih santai atau biasa, penceritaannya terasa agak ringkas dan kurang memberikan gambaran tentang suasana, emosi serta bahasa tubuh watak. Akibatnya, ada beberapa bahagian yang terasa kosong dan kurang memberi impak, menyebabkan saya sukar untuk benar-benar menghayati atau "feel" dengan apa yang sedang berlaku.
Profile Image for jasminebloom.
36 reviews
May 15, 2026
0.5/5

CRINGE! Semua dialog yang keluar dari mulut karakter dalam cerita ni CRINGE! Ya Allah, buku paling menyesal yang I pernah beli sepanjang hidup I lah kut! 😂

“Abang budak tahfiz kot dulu!” HAHAHAHAHAHHAHA APA BODO

Jalan cerita merapu, merepek. Tak logik.

Dani tu bukannya tua sangat pon! Umur baru 33. Borak dengan bapa si Aralyn pun kau, aku. Apoooo. Si Aalam pun kemain panggil dia uncle. Hahahahaha

Cukup satu perkataan untuk menggambarkan karakter Dani dengan Aralyn.

Dani GILA. Aralyn BENGONG. Dah si gila bertemu dengan si bengong memang buat kepala pembaca pun sama-sama jadi gila + bengong sekali.

Siapa-siapa yang ada buku ni dan belum dibaca, saya sarankan TAK PAYAH BACA! Kesihatan mental anda lebih penting dari segalanya.

And for writer, if you read this. Kalau nak tulis Dark Romance (kalau itu tujuan cerita ini) please, rajin-rajinlah menimba ilmu ya.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews