Kepulangan Aralyn Aneesa ke Malaysia, mahu mengubah kehidupannya serta membahagiakan ibu dan bapanya. Namun Tunku Dani Mustaqim sebaliknya. Dia mahu Aralyn terus hidup bersama dengannya.
"Kau, aku punya. Tubuh kau, bau kau, senyuman kau, Semuanya aku punya. Takkan ada lelaki lain yang boleh sentuh kau!!" - Tunku Dani Mustaqim.
Semakin Aralyn menjauh, Tunku Dani semakin maju kehadapan.
"It's not hard to find you, baby girl." - Tunku Dani Mustaqim
Sebuah kemalangan memaksa Aralyn menerima Tunku Dani sebagai suami, Dia tidak rela. Hatinya mencintai bekas tunangnya, Aslam Zikry bukan Tunku Dani Mustaqim.
Obsesi, posesif. Itu yang dapat Aralyn gambarkan setelah bergelar isteni kepada Tunku Dani Mustaqim.
Warning! Bacaan matang. Ada part abusive, suicide, sugarbaby sugardaddy.
For me tak seteruk bacaan yang F pernah baca masa zaman karya² daring zaman F. Senang kata zaman AA
Baca ni dengan hati yang terbuka dan kosongkan mind.
Aralyn dan Dani ni, diaorang sugarbaby sugardaddy. 3 years kat Turki Aralyn ada affair dengan Dani.
Bila balik Malaysia, Ara stayed dengan parents Ara. Masa dia pergi Pulau Perhentian dengan Dani, Ara bermimpi. Ara jadi takut.. dia insaf. Dia taknak teruskan buat jahat. Dia nak berubah.
Dia confront dengan Dani. Ara cakap hubungan mereka hanya hubungan nafsu je... tiada perasan cinta. Sedangkan Dani benar² cinta pada Ara. 3 tahun ko loveydovey takkan tak develop rasa cinta tu dalam hati Ara. Ara ni yang problematic.
Mengamuk Dani. Dani berubah dari seorang lelaki yang sayang Ara kepada monster. In my opinion, Ara yang jadikan Dani ni monster tanpa Ara sedari.
Dani berkasar sampai pukul Ara dan melepaskan nafsu dalam keadaan marah.
Bila Ara balik dari bercuti, Ara banyak diam dan dia bersetuju untuk bertunang dengan pilihan keluarganya.
Bukan senang nak larikan diri dari Dani... Dani tu dia kaya.. ada kuasa.. of course dia ada jalan untuk miliki Ara.
Aslam bukan seorang ustaz.. Ara rasa selamat dan tenang bila berada dengan Aslam. Aslam pun banyak nasihat Ara selepas selamatkan Ara dari cubaan suicide.
Dani buat plan untuk perangkap Ara sampai diaorang berkahwin.
F rasa kasihan dengan Dani. Dia cintakan Ara tapi Ara boleh cakap tak cintakan Dani. Even lepas diaorang berkahwin pun Ara tetap ada hati pada Aslam. Ara tu tak matang. Dia kata cinta Aslam tapi tanpa dia sedari dia tercari² Dani bila Dani tak balik rumah.
Dani ni terlampau obses.. terlampau cemburu sampai dia cederakan Ara tanpa dia sedari. Takda siapa nak nasihatkan Dani. Dia patut jumpa pakar sebab F rasa mental dia "sakit". And Ara pun not helping him to be a good man.
Ada time diaorang happy. Bila Dani happy dia layan Ara elok². Dan Ara patut jauhkan diri, kawal mata dari pandang Aslam dengan rasa "cinta".
F geram betul dengan adik Aslam, boleh pulak ko ajak jogging sama. Dah Dani salah sangka sampai mengamuk.
Aslam pun satu hal. Aralyn dah kahwin pun ko still ada perasaan dengan Aralyn. Dan Aralyn pun macam beri hope sebab ceritakan masalah dia pada Aslam. Itu satu tindakan yang bodoh.
Masa baca teaser dari penulis.. F menyampah dengan Dani. Bila baca buku, F jadi kasihan dengan Dani. Pandai penulis twistkan hati F.
F akui watak Dani ni nampak "jahat". Kesilapan dia akan hantui diri dia sampai bila². Kegilaan dia buat diri dia perangai macam setan.
Kalau hardcover, ada special chapter... lagi obvious perangai jahat Dani sebab dia nampak perempuan tu macam Ara. F hope sangat Dani berubah, hope ada seseorang yang benar² sayang kat Dani yang boleh buat dia berubah. Dani perlu jumpa orang yang tepat.
Bukan mudah nak berubah. Banyak liku² kehidupan yang penuh dugaan untuk kita sampai titik bahagia.
Perangai si Dani memang black flag terus, abusive, possessive dan kepalanya tak betul dalam erti kata lain Dani ni totally tak 'sihat'. Perangai si Ara pun boleh tahan bebal dan bimbo. Dah bertahun dengan Dani takkan tak kenal Dani tu macam mana. Boleh hadap Dani sebelum kahwin tapi tak boleh nak terima dia lepas dah kahwin erkk. Dah berpisah dengan Aalam tapi masih ada hati nak tahu perasaan Aalam pada dia ? (read: kau tu isteri orang dan masa tu memang dah cintakan Dani 🙂↕️). Penamat buku ni buat aku rasa; buku apakah yang aku baca ni ??