Jump to ratings and reviews
Rate this book

Alif Lam Lam Ha

Rate this book
Ini adalah renungan yang mustahak dari kaum muda Malaysia yang resah. Sekelompok anak muda Indonesia pernah melakukan perenungan semacam ini di tahun 1990-an lewat buku Mencari Islam. Tapi kumpulan ini lebih luas lagi dari sekadar mencari Islam. Kalian mencari keMalaysiaan (Malaysianity) di antara keragaman puak dan agama yang kadang terbelah dan sering enggan bertukar-sapa. Dari tuan puan inilah struktur sosial masyarakat Malaysia yang terbelah dan mungkin cuma mengikat-ke-dalam itu (bonding), akan terjumpa jembatan (bridging). Selamat untuk usaha kalian membentang jembatan dan merajut harapan!

~Novriantoni Kahar, aktivis-pemikir Indonesia dan penulis buku Imaji Cinta Halima: Lima Kisah Kasih dalam Pergumulan Agama (Renebooks, November 2013)

182 pages, Paperback

First published August 1, 2014

19 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (10%)
4 stars
73 (44%)
3 stars
66 (40%)
2 stars
7 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews44 followers
October 24, 2014
Buku alif lam lam ha ini merupakan koleksi penulisan oleh kru UTAM.

Bagi aku, ia adalah suatu tambahan yg baik bagi scene buku bahasa Melayu, dengan membawa sisi-sisi pandang yg baru.

Tetapi aku tidak rate buku ini setinggi komentar2 yg lain. Kebanyakan penulis2 yg menyumbang karya mereka ini -bagi aku- masih dalam proses kemenjadian. Still not a finished product. Jadi tiada apa yg revolusioner.

Namun hanya dgn memandang karya ini dari sudut begitu barulah karya ini dapat dihargai. Pembaca mampu melihat pemikiran2 penulis ini berkembang dari semasa ke semasa...ibarat bunga yg mngembang.

Karya2 dlm buku ini lebih berbentuk kepada renungan dan refleksi penulis2. Bukanlah sangat lontaran idea atau formulasi falsafah yg tersendiri. Lebih kepada kritikan sosial.

Disinilah bagi aku kekuatan buku itu. Hal ini paling terpamer lewat penulisan Ooi Kok hin, Hazman baharom, marwan bukhari, imran rasid, dan shahkang aizat.

Adapun penulisan syazreen dan nazreen bagi aku masih kekal comot. Mereka suka quote kata2 pemikir Barat secara random dan merumuskannya mengikut konklusi mereka sendiri. There is nothing ideological. Mere putting words in someone else's mouth. Aku tidak setuju dgn pendekatan ini. Tp artikel kedua nazreen di hujung buku ini adalah (quite) aptly written, fitting for an ending.

Part mamat syapiq ni ada apa hal? Aku tak dapat brain apa mesej dia. Macam kisah cikgu suraya yg telah disesuaikn dgn abad 21.


Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
November 2, 2014
Aku selalu juga dengar kuliah mereka (UTAM) membentangkan mengenai Faisal Tehrani, Aristotle, Socrates, Karl Marx, dll.

Buku ni best. 15 anak muda yang bercerita tentang kemanusiaan, agama, cinta, politik, dan budaya.

Banyak benda yang boleh dapat dari buku ni. Aku suka bab keTuhanan yang diajukan oleh sdr Hasbullah Faudzi dan Mesin Cetak.

Tulisan lain, aku suka juga, tapi ada yang masih aku tak faham.

Yang aku seronok baca - dari Syuhaib R-Rumy, Imran Rashid, Ooi Kok Hin, Hazman Baharom, dan Mohd Syazreen Abdullah.

Tulisan yang prograsif, yang membuatkan anak-anak muda makin tertarik dengan intelektual, makin tertarik dengan ilmu, makin tertarik dengan agama.
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
January 8, 2019
Tajuk asal pada buku ini, sebenarnya diambil dari artikel/esei yang terkandung dalam buku ini juga, bertajuk, Alif Lam Lam Ha Ha Ha.. Begitulah yang aku dengar. Tetapi disebabkan tak mahu mengundang kontroversi yang bukan kepalang, maka cukuplah sekadar ha terakhir dari perkataan Allah.

Buku ini bukanlah karya mereka yang sesungguhnya. Aku masih melihat kenaifan karya-karya kompilasi ini. Ini adalah kompilasi esei yang tak berfokus. Semua orang bercerita pelbagai-berbagai isu - tiada tema khusus. Walaubagaimanapun, meskipun gaya-bentuk mereka sangat skema-lagi soleh, tetapi isi mereka boleh dikatakan mendalam dan penuh dengan pembacaan. Pada tahun 2014 buku esei ini dikompilasikan, aku juga belum membaca buku-buku yang mereka baca.

Dan hari ini masing-masing penulis telah banyak mengeluarkan karya solo mereka/juga terjemahan masing-masing yang sangat mantap lagi kuat. Kumpulan UTAM tidak dapat tidak, adalah satu kelompok/gelombang baru bagi anak muda Islam yang gigih lagi rencam pembacaan dan kegiatan diskusi yang rancak berbanding generasi Islamis terdahulu.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 10, 2021
Buku ini terlalu lama tersadai atau terselit di rak buku. Entah mengapa tidak menarik untuk dibaca. Kelihatan cliche atau mungkin over powering. Semalam buku ini dibeli, jadi terpaksa juga saya baca. Rancang nak baca selak-selak saja, mesti tak best ni. Nasib tak baik, even Prakata nya pun sudah menarik minat saya kuat untuk membaca satu atau dua cerita. Kuat lekat macam besi berani. Very well written introduction by Rahmat Haron.

Selepas baca cerita pertama - Surat kepada bekas kekasih, dan Amna Machiaveli, saya dah hooked tak boleh stop. Semua ceritanya best. Cuma satu saja cerita yang saya tak baca habis sebab rasa berat sangat / overpowering. Cerita lain pun bukan dari jenis bacaan ringan, namun sangat menarik dan ditulis dengan amat baik hingga dalam mata saya mengantuk pun saya terpaksa baca terus.

Cerita homeless old man yang kena mengena di akhirnya dengan cerita Si Pengemis dengan kucing, dan cerita Anna- Fanzuri yang disebut juga dalam Walid, dan cerita-cerita yang ditulis oleh Ooi Kok Hin... Memang TERBAEK.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
December 7, 2014
Kalau pernah kalian (yang melihat reviu ini) baca buku seperti 'Maaf aku bukan lagi Leon Trotsky Kamu Semua' ataupun 'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang', buku ini dari genre yang hampir sama.

Himpunan tulisan yang (hampir) semuanya kritikal dan bernada intelektualisme, tetapi topik yang dibincangkan terlalu luas. tiada isu yang menjadi keutamaan. semuanya adalah atas kehendak penulis, mungkin.

nak kritik satu-satu penulis (atau tulisan mereka) ke? macam rajin je. haha. kritik yang betul-betul berbaloi sahajalah.


Penulisan yang saya kira paling memberi kesan sehingga membuatkan saya terpaksa berhenti seketika kerana terlalu enak untuk dihadam, antaranya adalah:

1. Perpustakaannya Dia oleh Nurshafra Noh.

Penulisan beliau terlalu indah. Andai tulisan ini adalah manusia, mungkin namanya Maya Karin agaknya. Struktur ayat serta bahasa yang puitis membuatkan pembacaan saya terasa menyeronokkan. apatah lagi sekarang saya sering membaca karya indie yang jarang benar ada tulisan berunsurkan sastera begini. terima kasih, penulis.

2. Amna Machiavelli oleh Nur Adilla Abd Rahim & Bangunkan Dia oleh Siti Fatimah Zaini.

saya menggemari kedua-duanya, tetapi dari segi bahasa, mungkin saya lebih menggemari karya Fatimah Zaini. Apapun, keduanya menarik dan mempesonakan.

3. Intelektualisme dan Anak Muda oleh Hazman Baharom.

Saya terpaksa berhenti beberapa kali tatkala membaca tulisannya dan mencarut kekaguman. Membaca Budaya Ilmu ketika menjengah ke sekolah menengah? gila betul. dan membaca buku tulisan Kassim Ahmad, mencari jalan pulang, ketika berada di tingkatan 5. saya tersenyum kerana saya membacanya ketika di tingkatan 4, bukan mahu berbangga, tetapi kerana buku tersebut adalah milik seorang lagi figura yang saya kagumi, Hanif Mahpa. Orang hebat boleh dinilai melalui rak bukunya. hehe.

4. Sebuah Perjalanan oleh Shuhaib R-Rumy.

saya kagum. beliau adalah rakan sekolah saya ketika di MTAH, Jeram. Kami jarang sebulu sebenarnya. saya kira waktu itu pertelingkahan kecil kami adalah kerana ketidak matangan kedua belah pihak. tidak saya sangka kawan bergaduh dahulu sudah menjadi manusia yang hebat. tulisannya juga berjaya membuat saya tersenyum di akhir cerita. syabas, Shuhaib. kawan kita yang lain ke arah isma je banyak. sekali sekala ada yang ke arah lain, menarik juga, kan?

5. tulisan Asyraf Muiz Roslan, Ooi Kok Hin, Mesin Cetak, dan Imran Rasid

tulisan mereka wajar saya puji juga kerana berjaya menarik minat saya. tetapi tidaklah mahu saya bercerita panjang.

Akhir sekali, baki-baki yang tinggal (7, tidak termasuk tulisan Adilah yang satu lagi) bagi saya biasa-biasa saja. Mereka figura yang hebat, saya pasti. tetapi tulisan yang dimuatkan dalam buku ini saya kira adalah a hit and miss. Marwan Bukhari, contohnya, tulisannya tentang pengembaraan intelektualisme yang dilaluinya di Doha kurang menarik. Kekangan yang berlaku bukan kerana kekurangan bakat dalam penulisan kerana saya sering membaca artikel tulisannya dan mengagumi setiap satunya, tetapi mungkin kerana ruang di dalam buku ini yang cukup terbatas membuatkan ceritanya pendek dan tidak memuaskan hati saya sebagai pembaca.
Apapun, tahniah buat semua penulis atas satu usaha yang wajar diangkat ini. Moga ramai lagi belia akan mengetuk minda masyarakat dengan buku sebegini, ataupun dengan usaha yang lain.

beginilah agaknya kalian mengubah dengan buku :)
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 25, 2015
Buku ini bukan biasa-biasa. Anak-anak muda ini menulis bukan main-main. Ya, mereka muda. Saya fikir masih lagi dalam lingkungan umur 20-an. Namun penulisan mereka (hampir semua) sangat kritis dan intelektual.

Perlu lebih masa (bagi saya) untuk menelaah dan memahami. Mungkin, perlu juga saya ulang baca untuk benar-benar faham apa yang mahu disampaikan.

Tahniah, UTAM! Teruskan!
Profile Image for ikhwawan.
14 reviews3 followers
December 27, 2014
buku ni mungkin ringan bagi org lain tetapi bagi aku agak sarat dgn ilmu dayafikir (salahkan diri. jarang baca, fikir).

para penulis dtg dgn pelbagai 'agenda' melalui tulisan masing-masing. dari sekadar bercerita menyampaikan pesan hinggalah semampu boleh mengeluarkan kritikan.

bagi aku, overall it's quiet good. cuma terdapat beberapa tulisan yg bagiku, sekadar mengisi ruangan kosong dlm helaian buku ini (mungkin kerna aku yg terlalu 'judgmental').

apapun, tertarik dgn tulisan yg ada pada kulit hadapan buku; "bagaimana kita mengubah dgn buku?"

bagi aku-- baca & fikir, lalu melalui tindakan ilmu dizahir.

ni 2 sen aku.
enjoy reading!
48 reviews6 followers
November 14, 2014
Well done, team UTAM.

Secara kasarnya buku ini adalah isu-isu tentang Tuhan, wanita, perjuangan, dan kehidupan. Aku paling terkesan dengan 'Bangunkan Dia' oleh Siti Fatimah Zaini, 'Persoalan Bertuhan' oleh Hasbullah Faudzi, 'Alif Lam Lam Ha. Ha Ha Ha' oleh Mesin Cetak, 'Dialog Si Pengemis' oleh Imran Rasid dan 'P.T.M.' oleh Shahkang Aizat.

Namun begitu ada beberapa pendapat yang aku kurang setuju, tapi tidak mengapalah. Adakalanya kita perlu agree to disagree, bukan?

Aku akan hadam buku ini untuk kali kedua.

ps: masih ada kesalahan ejaan! Oh well, itu memang sudah aku jangka kerana ini kan buku alternatif.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
September 9, 2014
Membaca buku ini,pelbagai rasa dan perasaan bercampur baur kerana ia membawa diri ini kepada pelbagai pandangan kehidupan.Sebuah coretan dan rasa oleh anak muda yang bagi saya sangat baik untuk dibaca dan dimiliki.
Profile Image for Naqib Ahmmad Alawi.
4 reviews1 follower
September 23, 2014
Buku ini menukilkan kritik balas anak muda terhadap kebrobrokan sistem budaya masyarakat. Buku ini sarat dengan tema ketuhanan, percintaan, patriotisma, perpaduan dan nasionalisma. Seharusnya dibaca dan dibahaskan oleh setiap orang.
Profile Image for Aqeelah.
2 reviews
September 28, 2014
Buku ini membuatkan saya sedar ilmu itu ada pada semua buku, tinggal kita tapis, ambil manfaatnya dan amal.
Wallahualam
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
May 11, 2015
Hanya ada beberapa artikel yang menarik perhatian dan kefahaman. Yang selebihnya, tak pasti kemana hala tuju. Mungkin bukan tahap aku.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
January 12, 2018
Menghimpunkan karya ringkas 15 anak muda yang membincang topik-topik falsafah, pendidikan, kemanusian, agama dan budaya. .
.
Isinya banyak mengajak pembaca untuk berfikiran kritis dan cakna dengan isu-isu negara dan sosial. .
.
Antaranya penulisan yang cukup meresap ke jiwa, 'Walid' karya Nur Adilla Abd Rahim yang berkisarkan 4 gadis yang dipelihara oleh lelaki yang mereka gelarkan "walid". Walid bukanlah ayah kandung mereka tetapi dipilih melalui "sistem demokrasi" yang diadakan setiap tahun di kampung mereka untuk memilih penjaga bagi 4 anak yatim piatu ini. Seorang lelaki yang mahu anak-anaknya ini menurut katanya tanpa membantah. Bahkan siapa yang menyoal perintahnya pasti diherdik kejam bagaikan Hitler. Malang sekali penduduk kampung hanya bertindak sebagai penonton sedangkan adegan ketidakadilan seringkali dijamu di hadapan mereka. Anak-anaknya tetap diam dan menurut walaupun banyak kali dihina dan dilayan seperti hamba oleh walid tetapi tidak bagi Si Bongsu. Si Bongsu banyak mempersoalkan dan menegur tindakan walid dan tidak pernah berputus-asa untuk menegakkan kebenaran tanpa menghiraukan halangan daripada kakaknya. Walaupun hingga ke akhir cerita Si Bongsu masih gagal dalam misi murninya, tetapi dia tidak membiarkan kebatilan mengaburi kebenaran.
.
.
Keseluruhannya, buku ini agak berat bagi. saya yang kurang ambil berat mengenai dunia politik dan falsafah, tetapi aku cukup terkesan dengan isu-isu sosial dan pendidikan yang dilontarkan. Mungkin aku patut baca buat semula supaya paham keseluruhan mesej.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
January 13, 2021
Sebuah buku yang menampilkan sekumpulan mahasiswa sama ada di dalam negara mahupun luar negara yang menyampaikan kisah mereka sendiri mahupun cerpen yang menyelit unsur falsafah dalam menyampaikan isi kepada masyarakat.

Sebuah buku menarik untuk dibaca kepada pembaca yang menggemari genre falsafah.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
March 31, 2018
Sejujurnya, aku tak mampu habiskan buku ni. *sigh*
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
November 11, 2014
Mengenal sosok penulis melalui perkongsian UTAM di Youtube dan gerakan ini aku kenali melalui muka buku, sedikit sebanyak mendorong untuk mendapat buku ini sebaik ia keluar di pasaran. Dengan latar belakang berbeza dan intention penulisan yang tak sama nukilan nukilan di dalam ini sememangnya berupaya memberi impak. Cuma barangkali penulis masih tercari cari gaya penulisan dalam penyusunan isi untuk disampaikan. Aku paling tertarik dengan tulisan mengenai ketuhanan dan simulasi dalam kehidupan tulisan Hasbullah tidak silap dan juga Ooi Kok Hin dalam dua nukilannya serta Cakang. Semoga satu hari nanti UTAM dapat menjana gerakan pemikiran yang terkedepan tidak perlu untuk mempunyai pemikiran yang sama tetapi cukup untuk berfikir. Lagi satu, bukunini menjadi pemangkin jntuk membaca buku buku yang lebih berat dan mengenal Paul satre mahupun Neitszche. Apa yang penting buku ini membicara tentang masyarakat gugusan manusia dan kehidupan. Hal yang bukan tentang aku atau kau, tetapi kita.


Selamat maju jaya UTAM!
Profile Image for NaniM.
57 reviews24 followers
December 4, 2015
“Kalau mahu ubah masyarakat, pertamanya kau perlulah mengenyangkan perut mereka dulu. Perut yang lapar takkan mampu menggerakkan otak dan jiwa. Kuatkan ekonomi, tingkatkan taraf hidup masyarakat, berikan keperluan asas yang secukupnya, dan kemudian barulah boleh nak bercakap soal membina negara bangsa yang berjaya, atau mewartakan secebis daripada hukum Tuhan di dunia nyata ini. “

Himpunan cerpen2 pendek dari anak2 muda Malaysia. Ada cerita yang menarik, ada yang buat kau berfikir, ada yang kelaut, dan ada juga yang tak tercapai di akal. Dalam banyak2 cerita, perenggan di atas yang paling kuat terlekat di minda. Aku kira kalau ini secebis gambaran anak2 muda kita yang akan meneraju Malaysia di masa depan, mungkin masih ada harapan untuk Malaysia.

Aku selalu percaya cuma pendidikan yang boleh ubah pemikiran masyarakat kita. Cara yang paling berkesan untuk mengubah masyarakat adalah didik mereka. Dan untuk didik mereka kita kena galakkan mereka membaca. Dan untuk galakkkan mereka membaca kita kena…….. oh who am I kidding? a’int nobody got time to read….
Profile Image for Shuhada Karim.
23 reviews8 followers
January 27, 2016
Sejujurnya buku ini sudah lama dibeli, namun membacanya sering membuat aku tertangguh ..
Tertangguh untuk memahami..

Banyak isu yang dikatakan, malah bagi aku suatu pendedahan.
Malah kagum aku anak muda yang kini sarat dengan pencarian ilmu.
Sungguh ilmu itu dimana2.
Setiap anak muda harus ada ideologinya sendiri, harus ada pandanganya sendiri, tidak ada yang benar tidak ada yang salah.
Bukan kah hidup ini suatu eksperimen. Tak salah untuk melontarkan kata2 dan pandangan, kerana setiap orang dilahirkan dan dibesarkan dengan sekeliling yang berbeza.
Yang penting jangan pernah lelah mencari kebenaran dan memperjuangkan kebenaran,
Bagaiman kita mengubah dengan buku?
itu persoalanya namun, harus diingat kita membaca bukan sahaja hanya semata2 untuk mendapat ilmua pengetahun mahupun untuk memberi pendapat dan kata mana yang salah atau mana yang betul, tapi kita membaca dengan nama tuhan.

SO,bagaimana ya kita mengubah dengan buku??
Profile Image for thoughtsattack.
55 reviews26 followers
October 10, 2015
"Wanita dan eksploitasi seksual betul-betul sampah dan menjengkelkan.

Kasihan Along kalau memang sebegitu. Kalau sudah tiada jalan lain, harap Along tahu hak fasakh dan khuluq seorang wanita dalam perkahwinan.

Moga jangan hanya diam, Along. Wanita punya lebih dari air mata dan pengharapan. Wanita harus ada semangat juang. Kalau seperti yang disebut, bahawa wanita, dalam perkahwinan, harus ada di belakang menguatkan suami, aku yang cetek kosa pengalaman mohon bercanggah lagi.

Wanita harus sebaris dengan lelaki; dalam perkahwinan, dalam kehidupan. Wanita harus di sisi, dengan cara tersendiri, ikut sama ke 'medan perang' menjatuh batil menegak keadilan, wajib juga jadi pejuang kersani!

Jujur, serasa aku, kadangkala wanita juga yang mendiskriminasi diri sendiri."
Profile Image for Nisa.
32 reviews2 followers
November 10, 2015
"Bagaimana kita mengubah dengan buku?"
Mungkin aku simpulkan sebagai pandangan, pesanan dan mesej tersendiri yg penulis-penulis ingin sertakan dan sampaikan dalam cerita masing-masing.
Cadangan solusi, tak banyak, tapi ada satu dua yg tersirat.
Ada yg menarik, dan ada yg biasa biasa. Ada yg bersirat bunga bunga bahasa, sukar sikit utk orang mcm aku memahamkan, jadi ada yg aku skip (langkau).
Tapi overall baek, utk keberanian. Moga ramai yg baca dan faham.

"Amna, kata Pak Natsir, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dlm hempas pulas di kancah geladangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat." pg, 27.

Tajuk Persoalan Bertuhan pun menarik.
Spoiler sikit. sama sama
Profile Image for Hazmi Al-Wafi.
19 reviews2 followers
October 23, 2015
Buku ini menarik dan mengajak pembaca berfikir. cuma jujur saya kata, ada dua tiga tulisan yang payah untuk saya garap mesej yang cuba untuk disampaikan. apapun, refleksi dan pandangan para penulis semuanya harus diraikan, walau apapun niat dan tujuan penulis.

saya kira, para penulis semuanya masih muda (sebaya saya) yang sangat berpotensi. saya doakan jalan yang terbentang di hadapan (para penulis dan diri saya sendiri) sentiasa dalam hidayah dan taufiq dari Tuhan.

semoga segala usaha membangunkan Islam, walau apapun caranya, tetap berlandaskan ilmu, berpangkalkan agama.

bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
March 1, 2015
Buku ini hadir daripada anak muda yang bebas bercerita tentang cinta, falsafah, patriotisma, isu perkauman mahupun kritik sosial. Perasaan menjadi bercampur baur usai membaca buku ini disebabkan diversity tema penulisan oleh setiap penulis dengan mesej tersendiri.

Semoga tulisan dalam buku ini menjadi wadah untuk mencetus buah fikir yang lebih berat dalam kalangan anak muda. Semoga ia menjadi jambatan untuk mereka yang lebih berumur dalam mengenali dan memahami kehendak dan pemikiran anak muda.

Semoga semangat kami dipandu,
semoga pemikiran kami diasah
dan semoga gerak kami dibantu.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
February 8, 2015
merupakan antologi campuran antara esei dan cerpen yang terdiri daripada pemikiran pemikiran anak muda terutama daripada golongan mahasiswa. ia tidak terfokus pada satu tema tetapi merangkumi beberapa aspek sosial, politik, falsafah dan sebagainya. Mungkin bagi sesetengah pembacaan yang kurang difahami dari segi istilah buat pembaca yang bukan beraliran atau sifar ilmu oleh pembentangan penulis memerlukan pencernaan intelektual dan rujukan mendalam dalam proses yang lebih serius, iaitu penaakulan. Ia saya golongkan sebagai buku serius yang boleh ditelaah.
Profile Image for ILYA ROSLAN.
23 reviews14 followers
August 11, 2020
Beli pada 2015...

Mula baca 2016...tak habis

Ulang baca 2018...tak habis

Ulang baca 2020...habis

Buku ini seolah-olah penanda aras pemikiranku, dari tidak kisah akan masyarakat dan pincang kematangan kepada makin matang (?) dan peduli kepada masyarakat.

Sangat kagum kepada semua penulis bagaimana mereka punyai pemikiran yang hebat seawal muda mereka. Moga pemikiran, semangat dan hasrat muda mereka kekal terus berjuang walaupun satu hari nanti kumpulan mereka bertukar nama ke ‘kru universiti terbuka anak veteran’.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
February 10, 2015
3 bintang ni kira cukup murah hati. Kebanyakan fiksyen tidak mengecewakan tapi artikel bukan fiksyen hanya beberapa yang bagus. Yang lain hanya menulis kosong tanpa tujuan mungkin ingin menjejak awan bebas melangit tapi corak penulisan sebegitu tidak kemas. Apatah lagi melompat lompat dari satu isu ke isu yang lain tanpa mengupas/menyelesaikan permasalahan sebelumnya. Semoga buku UTAM yang mendatang akan lebih hebat.
Profile Image for Fatihah.
182 reviews15 followers
February 27, 2015
Beberapa cerpen yang diselitkan memang menarik walaupun premis yang diketengahkan memang berasaskan idelogi kanak-kanak. Agak pelik bagaimana ada satu cerpen mengetengahkan isu homoseksualiti, lebih pelik lagi penulisan yg maha mudah dan tidak kemas sehingga dibaca sebagai dakyah org muda tak cukup akal nak minta sokongan. Sanggup menjual bangsa, agama dan negara demi idelogi cetek?
Profile Image for Nqbah Abdul Hamid.
13 reviews31 followers
December 18, 2015
I've always been a fan of works published by Dubook Press. Simply because of its thought provoking thoughts. You can expect the same in this book. It discusses about beliefs, humanity, romance, politics and culture. Thus, for you to be able to digest the content properly, you need to have an open and critical mind. Be prepared for some heavy reading!
5 reviews1 follower
June 3, 2015
Koleksi cerpen dengan variasi latar belakang. Sedap untuk menyelami situasi dan ragam manusia yang berbeza. Ada pun gaya penulisan, ini bukan buku untuk anda meningkatkan skill penulisan. Gaya penulisan yang mudah utk capaian pembaca yang lebih luas.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.