Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Awak Teja Aulia [Versi Manes]

Rate this book
Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”

“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik.

Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.

“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.

“Makkk...” Adil mula memprotes. “... nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak buat apa-apa.”

“Iya. Tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa.


II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.


***
Sekiranya terasa ingin muda ceria, bacalah cerita-cerita Syud. Untuk Awak Teja Aulia mengembalikan kenangan pada waktu media sosial dan gajet tidak secanggih sekarang; dan Aulia – Adil berjaya mengatasinya, syabas! – Noor Suraya, Editor

384 pages, Paperback

First published July 1, 2010

16 people are currently reading
316 people want to read

About the author

Syud

14 books343 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
226 (42%)
4 stars
197 (36%)
3 stars
94 (17%)
2 stars
16 (2%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 75 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 15, 2018
UNTUK AWAK TEJA AULIA
by Syud

Aulia dan Adil, kawan baik sejak kecil, banyak perkara mereka kongsikan bersama. Sehinggalah, Adil sedar dia sudah tergelincir suka kepada Teja Aulia. Namun, kerana satu peristiwa dan egois, masing-masing membawa haluan, dan mulai renggang. Masing-masing memendam rasa, masing-masing membuat andaian sendiri.. mampukah mereka kembali menyatu?

Akhirnya, setelah sekian lama membaca beberapa buah novel yang 'kurang', novel lama juga yang mampu memberi kepuasan. Seperti #vignette (maaf, lambat mengumpul karya penulis sebelum ni), rasanya tak puas menelusuri perjalanan hubungan Adil-Aulia. Meski pun jauh, namun masih saling melindungi, malah hati mereka sentiasa berbisik nada yang sama.

Satu yang menarik mengenai novel ini (dan kebanyakkan novel-novel JS), betapa dekatnya dengan kehidupan seharian, watak-watak yang realistik dan tidak keterlaluan, sekaligus menggamit sedikit sebanyak memori di zaman kanak-kanak atau pun di kolej. Tak perlu perkara-perkara sweet melampau, mahal dan extravanganza ala-ala cerita dongeng, cukuplah sekadar latar di taman perumahan, gerai goreng pisang dan seumpamanya. Jelas terlihat keihklasan setiap watak dan tetap menyentuh hati pembaca.

Sayang nak menghabiskan naskhah ini, walaupun hati meronta inginkan lebih, namun rasanya cukuplah sampai di situ kisah ini dinokhtahkan. Sederhana, tapi bermakna dan cukup mendalam!

Tahniah untuk penulis!

ps~sayangnya lepas ni susah nak cari novel-novel seperti ini memandangkan JS akan ditutup..harap penulis maish boleh mengekalkan momentum gaya penulisan dan cerita yang sama selepas ini.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 25, 2016
ooo disini hikayat si Pacai... ok

Kisah persahabatan lelaki dan perempuan. siapa yang mula tergelincir perasaan? Adil dahulu atau Aulia? Mungkin Adil dahulu sbb dia membenarkan dimulut apa dalam hati dia sedangkan Aulia mcm masih tercari-cari siapa Adil di hati dia.

3 tahun tak bertegur sapa... lama tu.. kalau masa tu ada langau mau masing2 makan hati.. yang bestnya kisah daripada Syud mmg tak wujud la langau ka nyamuk ka... x dak la rasa nak tarik rambut.. fuhhh lega... cerita yang santai...

mungkin penyebab mereka bergaduh tu kecik.. tapi yang kecik tu lah bahaya sbb ada rasa terpinggir.. diri rasa tak penting... kenapa 'aku' harus jadi orang terakhir tahu pasal kau... kenapa daripada mulut orang lain??? ha ni resepi kerukunan dalam hubungan... apa2 hal kasi tau si dia dulu ye.. jgn bena tak bena. Baik lelaki mahupun perempuan... perasaan dihargai tu perlu dijaga.

Goreng pisang sambal kicap penyelamat Aulia-Adil

gambar dari sihatsamasama
Profile Image for twiggies.
89 reviews5 followers
April 12, 2025
[Manes version]

𝑨𝒅𝒊𝒍 𝒙 𝑻𝒆𝒋𝒂 𝑨𝒖𝒍𝒊𝒂

I rasa sebab dah lama tak consume any bestfriend-to-lovers + angst combo, buku ni berjaya buat I rasa a different kind of feelings T-Y. The tension. The stolen glances. The longing while listening to recorded cover songs. Slowburn game strong.

Buku ni akan buat you frust menonggeng sebab this whole relationship revolves around misunderstandings and they never tried to fix what went wrong. No talking. No clearing things up. FOR. THREE. YEARS. Semua salah telefon cokia tu🫠

I wasn’t on Aulia’s side at first sebab bagi I dia struggled with the “give and take” in their friendship. Tapi scene [pg 164] I totally understood her frustration. The ‘betrayal’ she felt.

That doesn’t mean I’m #TeamAdil all the way sebab laki ni pun… slownya lahaiii nak cubit rasa🤏🏻 Adil is passive, rarely fights back tapi soft spoken dia tu buat hati meleyot jugak🥹 Both characters felt real and flawed in the best way.

The “Nah. Air.” scene going to haunt me for a while. Bukanlah special sangat pun, tapi entah kenapa it managed to trigger my inner single-ness🥰🔫

Towards the end, I rasa rushing sikit especially on Adil and Aulia’s feelings. And the ending?! knowing kak Syud’s signature manis-sweet-lovey-dovey memang gitu je agaga (tapi I nak more!!)

Pacai = chaotic bff energy. And ofc suka gila baca brotherhood antara Adil, Pacai, Azril, Topek especially waktu gerakan-menyakat-Adil tu (iykyk)

Dari segi gaya penceritaan, since I’ve read BMHS & Vignette, I’m familiar and okay with her style. Tapi disebabkan gaya penceritaan yang flashback–current–flashback tu memang kena bagi extra fokus but overall I still enjoyed this. Walaupun ada parts yang boleh dipendekkan.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 14, 2014
Membaca kisah ini,menyebabkan kita terpaksa mencari BMHS walaupun dah lama di Khatam kan kisah Pacai+Wardah tp tak pasal2 diulang baca dan masih lagi tersenyum dengan riangnya.

Untuk Kisah Adil dan Teja ini,ending dia socoet je 3 tahun lama tu tapi mungkin tempoh bertenang tuk mereka berdua ini,walaupun awal2 dah nampak yg dorang berdua ni sangat perlukan satu sama lain,kalau itu bukan CINTA jadi apakah?? nasib baik happy ending utk keduanya,kalo tak kita yg stress.


P/S :Terima Kasih K,untuk novel ini :)
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
December 12, 2018
Huhu. Maaf Syud. UATA dapat 4 bintang ja dari saya. Tak berapa nak 'connect' dengan Aulia. Tapi watak Aulia ni yang paling banyak perkembangan berbanding watak lain oleh Syud. Dari seorang gadis manja ke wanita yang boleh dikatakan matang.

Sepanjang kisah Aidil-Aulia ni, saya lebih berminat nak baca balik kisah Pacai. Hehe. Kiranya Pacai ni lebih menarik. Maaf Aidil.

Penulisan Syud tak dapat pertikaikan; bersahaja dan mudah hadam. Sempoi bak hang. Hahaha. Tapi tu la, sikap Aulia buat saya sedikit bengang. Tapi normal la perempuan bawah 30-an macam tu, sensitif memanjang. Watak Aulia ni mengingatkan saya pada musuh tradisi. Tu yang kecik besar kecik besar saja Aulia pada saya. Terkena tempias pula.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 26, 2012
Sekali lagi Syud memberi perisa 'manis' itu dalam tulisan yang satu ini. Hamba agak, Syud sudah ter-imunisasi dengan bakat sebegitu dan akhirnya terhasillah penulisan sebegini. Manis secukup-cukup perisa karya yang bertajuk Untuk Awak Teja Aulia (UATA) ini.

UATA mengisahkan tentang Adil dan Aulia yang berteman baik bertahun-tahun lamanya. Adil menjadi tempat Aulia meluahkan perasaan tentang macam-macam atau lebih tepat semua hal. Dan, Adil yang terlampau budiman dan sabar itu selalu menjadi pendengar yang setia.

Namun, persahabatan yang terlalu baik dan terlalu lama itu sebenarnya telah membuat Adil dalam diam (apatah lagi dia memang pendiam) 'tergelincir' a.k.a terlebih perasaan suka pada Aulia. Tapi, mungkinkah dia boleh berterus-terang apabila Aulia malah mentertawakannya ditambah pula peluang yang semakin kelam apabila watak Raif muncul menjelma?

Adil lama-lama berjauh hati sendiri-sendiri sehingga tercetusnya pergaduhan antaranya dengan Aulia. Pergaduhan yang membazirkan waktu mereka dalam perang dingin bisu selama tiga tahun. Tapi, tiga tahun itu meyakinkan Adil bahawa perasaan '1437' itu bukan saja dulu tapi sampai bila-bila untuk Aulia saja. Dan, tiga tahun itu juga akhirnya menyembuhkan 'rabun' Aulia tentang siapa sebenarnya yang dia perlu, siapa yang dia suka, siapa yang dia tak pernah boleh lupa - Adil.

Baiklah, UATA dari sudut pandangan hamba tiada banyak bezanya dengan Tentang Dhiya (TD). Walaupuan dua jalan cerita yang berbeza (walau saling berkait) tetapi perasaan ketika membaca keduanya adalah sama. Bukan kerana hubungan dalam watak-watak antara dua-dua novel ini tetapi penceritaan keduanya (ya, gaya penceritaan maksud hamba) adalah senada, selari dan seirama.

Jika, hamba tidak merasa 'kemanisan' sediaada dalam UATA, mungkin hamba akan mengatakan UATA ini biasa-biasa saja tetapi itulah uniknya tulisan Syud. Dia membiarkan yang biasa-biasa itu tetap menjadi biasa-biasa tetapi dengan cara yang luar biasa. \(^,^)/

But still, hamba menanti sesuatu yang berlainan dari Syud. Perlu lebih dinamik. Y(^_^)Y
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
March 11, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sekali lagi Syud berjaya menghidupkan semua watak dalam novel. Sama seperti tunjang utama Tentang Dhiya, character Adil dan Teja felt real. Seolah-olah mereka berdua memang ada di luar sana, living and breathing the same air as we do.

Atau mungkin kerana N sendiri pernah ‘tergelincir’ seperti Adil jadi N rasa seperti berada di tempat mereka. Malangnya ending kisah N tak bahagia seperti Adil dan Teja. Damn you, ex-best friend!
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
December 2, 2025
Posted May 4 at 7.30 pm

Comelllll🤏🏼


Update Dec 1 at 11.23 pm

Reread this book because my life is kinda boring.

Kenapa ending sikit sangat?? Why?? Why??? Dedua cuteeeee plus how Adil ada soft spot untuk Aulia arghhhhhhhhhhhhh❤️‍🔥😍😭😱🥺😇

The fact that Aulia tak bagitahu yang dia tak send the message, that might sounds like an excuse, menunjukkan how deeply sorry she is. I really adore her for that.
Profile Image for buttercup.
58 reviews11 followers
April 2, 2025
personal rating — 4/5🌟
genre — romance, angst
trope(s) — childhood friend to lover, slowburn romance, live in the same neighbourhood

✍🏻 Adil dan Aulia sudah lama berkawan sejak kecil. Azril cakap, selalunya kalau lelaki dan perempuan berkawan salah seorang akan ‘tergelincir jatuh’ dan betullah itu. Adil dah termasuk dalam kategori itu.

-

One word,

Realistic.

If you know Syud’s style, you know la slowburn dia macam mana. I didn’t expect UATA to be angsty tho. Bila masuk part klimaks tu memang berkecamuk jugak la perasaan gue hahahshhds since sebelum ni karya Syud pun I memang tak ngam sebab bosan betol execution dia, surprisingly this one I suka la jugak walaupun ada je scene borak dengan kawan2 and description pekerjaan yang meleret2 I skim through je part tu. Pasal gaya penulisan dan olahan, tak ada apa2 masalah sebab I memang suka penulisan Syud.

Semua character dalam cerita ni konsisten and nampak la motif sorang sorang dalam hidup Adil Aulia ni. Which dalam dunia ni kita memang kenal ramai orang kan. I suka the four best friends — Pacai, Adil, Topek, Azril. Scene kenduri kahwin tu HAHAHAH FUNCTION TEROKS MEMBER TIGA ORANG NI😂

Cara Syud describe character Adil Aulia pun I suka. I see right through them🥹🤍 Adil ni ya allahhhh setianya dia nok. His realisations semua tu eiii dia rasa sakit i pun rasa sakit sekali😭 nak baling sudu kat Aulia for treating him like that tapi as a girl I faham je Aulia tu hhdhshhdhs

Ada lompong sikit la kat akhir2 tu rasa macam feelings Adil and Aulia wasn’t elaborate fully sebab lorhh cepatnya gitu je ek. Someone said Syud tak reti tulis ending and ye I agree bcs wdym ending gitu jek??? (Ni i baca ver JS oki in case ada salah faham)

Boleh la kot nanti nak try BMHS ver Manes. Rating i bagi boleh dikatakan tinggi sebab i boleh relate dengan situasi Adil Aulia ni. Realistic, as I said. Friend to lover angst had always been my food. The yearnings because not talking to eo for THREE FREAKING YEARS🫠
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
November 6, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM12.00. Pm je....

Ini karya kedua untuk Trilogi Azril-Adil-Pacai hasil nulikan Syud. Namun, kesukaran mendapatkan naskah ini di pasaran terbuka menyebabkan aku terpaksa berpeluh-peluh mengunjungi kaunter bank untuk membayar harga pesanan dengan JS. Kad hutang x boleh dileretkan kerana alasan PayPal diragui status halalnya.

Berpuas hati kerana akhirnya dapat melengkapkan trilogi ini biarpun urutan pembacaan agak caca-marba.

Jujur, jika dibandingkan dengan Tentang Dhiya dan Baju Melayu Hijau Serindit, UNTUK AWAK TEJA AULIA agak kurang sengatnya biarpun tema yang dibawa memang jarang-jarang jumpa. Selalunya...kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan tergelincir'. Kedua-dua watak utama sama-sama tergelincir, cuma Adil terlebih dahulu terluka bila Aulia mula menyukai si 'kembar'nya; Raif. Padahal kewujudan Raif adalah kerana tergelincirnya Aulia pada Adil.

Bahasanya memang bahasa remaja [ooohhhh... baru tersedar aku dah masuk golongan old-school :( ]. Segar tanpa ayat berbunga-bunga. Penggunaan bahasa asing juga masih boleh diterima kerana kerana sesuai dengan 'suasana'.

CUMA... aku agak atau memang terganggu dengan sususan plot yang dirojakkan sesedap rasa. Fokus pembacaan sering tergelincir tanpa amaran. Penumpuan watak juga tidak konsisten. Kadang-kadang terasa seolah-olah Aulia dan Adil ditarafkan sama dengan pelaku-pelaku lain. Seperti; berenang di Sungai Muda ketika JPS tidak menjalankan operasi pembersihan. Penuh berselirat dengan kiambang dan bendasing. Biarpun Jambatan Merdeka hanya di depan mata, tapi...mak aiii... jauhnya!

Watak Adil terlalu pasif agak membantutkan selera. Ada kalanya merasakan si Pacai pula yang terlebih dishowoffkan. Patutlah si jejaka ini menjadi kegilaan dan dambaan pembaca ;)

DAN... ini naskah Trilogi, so please baca bersekali kerana 'pengambarannya' dilakukan back-to-back. :)
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
April 16, 2025
Okay kali ni I puas hati! Tau tak first time I baca cerita ni tahun 2017 ke 2018 ntah tak silap, I tak puas hati gila kenapa begitu sahaja ya endingnya! Secoetnya.

Tapi untuk versi Manes kali ini okay I dah macam dapat ‘closure’ 🤣. Lepas pertemuan Adil & Aulia masa beli pisang goreng tu & ada kesinambungan dia!!! I ingatkan satu je ehh extended chapter tapi 3 yaaa. Dulu I macam tertanya ehh Aulia & Adil ni tak berjumpa face to face ke nak leraikan benda yang dah terjadi 3 tahun lepas ke? Mana boleh macam tu je ending dia?! Mana cukup! Hahaahha! So terima kasih Manes sebab terbitkan versi kali ini penuh dengan rencah. Saya puas hati, sangat-sangat! Lagi, I rasa macam ada kelainan sikit kali ni tapi masih cerita yang sama, gigih tau I bukak yang versi JS punya nak compare (sebab Syud is my fav author tu yang rajin).
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
April 13, 2025
Teja Aulia. Satu watak yang agak cringe tapi manis dan manja. Teja ni clumsy tau. Sampai saya naik annoying bila dia asyik cicirkan kad matrik. Tapi, kalau takde alasan cicir kad matrik… macam mana dia nak kenal Rafi 🤭Watak Teja Aulia banyak perkembangannya semakin meniti usia dari sudut sikap. Saya suka cara penulis kembangkan watak mengikut peredaran masa, so that tak adalah kita bosan dengan watak yang berperwatakan kanak-kanak sepanjang cerita.

Hero dalam cerita ni merupakan Adil. Adil ni agak cold dan nonchalant. Tapi sebenarnya, dia sukakan Aulia dari zaman sekolah lagi. Cuma tulah… dia susah nak ekspresikan perasaan. Kalau suka, cakap suka! Geram betul 😂 Tapi, di sebalik watak Adil ni… saya suka Pacai 🥹 Kenapa bukan Pacai yang heronya? Btw, watak Pacai yang saya tahu ura-uranya, dia merupakan cameo dari Baju Melayu Hijau Serindit. Lepas baca UATA, saya wajib baca buku tu demi Pacai 🫢

Persoalan dalam cerita ni, betul ke kalau lelaki dan perempuan bersahabat baik, salah seorang mesti terjatuh suka? 🤔 Inilah yang dirasakan oleh Adil. Bertahun-tahun dia pendam perasaan terhadap Aulia. Tapi sayang, jenis Aulia pula kalai dah namanya bersahabat, selamanya sahabat!

Saya pun ada sahabat karib masa sekolah dulu. Bila masing-masing dah sambung study, kami masih contact macam biasa tapi jarang. Dan semakin lama, semakin jauh jurang keakraban kami. Masing-masing sudah ada komitmen, sudah berpasangan dan berkahwin… jadi demi menjaga hubungan dan hati pasangan, usahlah kita kerap menghubungi sahabat berlainan jantina. U know what i mean 😂 Tapi, silaturrahim tetap kami kekalkan. Contohnya, bila tiba Aidilfitri… kami akan saling menziarahi tapi tetap perlu menjaga batas.

Berbalik pada kisah UATA, penulis berjaya cukupkan segala rencah dalam cerita ni. Bukan kisah Teja dan Adil semata-mata. Juga, diselitkan kisah persahabatan dan kekeluargaan. Bukan kisah cintan-cintun sweet-sweet belaka, juga ada pasang-surut kehidupan. Cukup segala mak nenek emosi; ada suka, sedih & geram. Novel ni mendapat tempat di hati saya, 5⭐️ dan ketahuilah puan penulis bernama Syud, saya salah seorang fans baru awak! 🥹

Terima kasih Manes, tak pernah mengecewakan dalam usaha terbitkan novel-novel manis macam ni.
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
October 1, 2025
Salah satu comfort book bila dilanda reading slump. Habis bacaan terus rasa berbunga-bunga 🥰
Profile Image for Mak Long.
35 reviews8 followers
November 29, 2013
Lega, habis juga baca buku ni, walaupun memakan masa. Ceritanya okay cuma mama penat sebab semua orang asyik sibuk dengan kerja kerja kerja. Hihihi.. diorang yang kerja, mama yang penat! Cemana tuh. Lepas tu, lagi satu, penat sebab I feel the pain... 3 tahun dalam kemelut tu. Letih tau... Cubalah kalau dak Aulia ni check phone dia awal-awal, tak de ler sampai 3 tahun siksa. Tapi bila baca buku ni, mama leh predict cemana ceritanya sebenarnya...

Tapi ada gak kes naya bila baca buku ni... kecur bila baca si Aulia goreng ni....



Inilah supper mama dan En Hubby malam tu... hihihi... sebelum makan, siap mama susun macam Adil buat, cuma mama tambah sedikit kreativiti... satu versi Adil, satu versi Aulia...



1.4.3 ADIL... ;)
Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
June 13, 2016
took 5 days to finish this book. working days + ramadan. if not i'd finish it earlier. keke. the last piece, the end of my Syud's marathon. sedih :(

Its a glimpse of reality. people grow up, and grow apart. bestfriends become stangers. i'm just glad they worked things out in the end.

as usual, epilog pendek sangat. tolong buat panjang sikit please.

Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
April 20, 2025
F baca karya ni tengah² malam... terliur pulak bila Aulia goreng nugget.. terbayang² nugget dalam freezer...

lepas tu goreng pisang cicah kicap cilipadi.. arrgggghhh menci arr. buat orang lapar

kisah ni santai je cuma diaorang ni terlalu busy dengan kerja sampai masing² tak sedar perasaan yang ada

Aulia yang sentiasa ingat Adil as bestfriend.. Adil pulak dah tergelincir.. F rasa Aulia ni keliru.. if dia tak suka Adil, takdalah dok bercerita kat Adil pasal Raf yang punyai rupa yang serupa dengan Adil cuma beza tang mata.

3 years diaorang sia²kan waktu dengan membisu. mujurlah happy ending eventhou cenonet je ceritanya.

yes cerita yang biasa² tapi tetaplah F rasa manisnya bila baca
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
December 28, 2019
Plot dan watak dalam karya Syud selalunya rasa realistik. Rasa macam jadi salah seorang daripada watak dalam karya Syud pun ada. Dan dalam banyak karya Syud, saya paling suka novel yang ini walaupun air mata mengalir bila sampai bab Adil dan Aulia bergaduh serta semakin menjauh. Sebab cuba meletakkan diri di tempat Adil mahupun Aulia. Alahai sedihnya rasa tapi nasib baik pengakhirannya manis. Cuma rasa tak cukup. Manis tu sekejap sangat nak dibandingkan dengan bab tiga tahun menjauh tu. Huhuhu.

..


ps : Karya terakhir Syud yang saya baca ialah Vignette lepas tu jemariseni tutup. Bila la agaknya dapat baca karya Syud yang baharu pula ye.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
January 14, 2019
UATA cuma dapat bagi 3 bintang sahaja! hehe.. kisahnya masih menarik tapi kurasa dragging part 3 tahun Adil n Aulia tak bercakap sesama sendiri tu. Tapi ku suka nama Teja Aulia!
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 17, 2015
25 Februari 2014

Mengambil masa agak lama untuk habiskan buku ni. Betul-betul mengimbau memori (memori zaman belajar ye...hehe).

Kisah sebegini agak meruntun jiwa bagi saya. Bila persahabatan selama berbelas tahun, bila kita telah benar-benar mengenali seseorang akhirnya runtuh hanya kerana sedikit salah faham. Bila masing-masing menjadi ego, tidak mahu mengalah untuk menjadi orang pertama yang memulakan.

Aulia dan Adil. Persahabatan yang erat sejak kecil, lagi-lagi rumah mereka hanya selang beberapa pintu sahaja. Apa saja peristiwa dikongsi bersama. Sifat Adil yang pendiam dan lebih banyak mendengar menjadi penenang bagi Aulia yang lebih agresif.

Namun begitu persahabatan mereka teruji bila masing-masing melanjutkan pengajian di tempat yang berlainan. Adil di UTM manakala Aulia nun di KUSTEM, Terengganu. Walaupun begitu, telefon dan email masih mampu mendekatkan jurang itu. Segalanya bermula apabila Aulia tertarik hati pada Raif, seniornya yang menyerupai Adil. Adil yang sedar perasaannya pada Aulia telah lama melebihi sayang seorang sahabat, mengambil keputusan untuk perlahan-lahan menjarakkan diri dari Aulia kerana tidak mahu menjadi orang ketiga. Lagipun dia tidak mampu untuk melihat Aulia berbahagia di samping lelaki lain.

Aulia yang tidak mengesyaki perasaan Adil padanya, mula terasa hati bila semakin lama Adil seolah-olah tidak lagi mementingkan dirinya sebagai teman rapat. Masing-masing memendam rasa sehingga akhirnya terjadi perbalahan besar hanya kerana salah faham yang kecil. Masing-masing mengambil keputusan berdiam diri dan tunggu reaksi pihak yang lain. Sehingga ianya berlanjutan ke tiga tahun.

Stress juga rasanya masa baca buku ni. Aulia yang blur dengan perasaannya sendiri, mungkin kerana sedari awal dia cuma menetapkan Adil hanyalah sebagai sahabat yang paling baik, yang paling memahami dirinya, sehingga merasakan bahawa mereka adalah 'off limit' untuk satu sama lain. Adil yang pendiam, memendam perasaannya sendiri kerana tidak ingin persahabatan bertahun-tahun dengan Aulia putus jika dia meluahkan rasa hatinya, lebih-lebih lagi di saat Aulia menyatakan rasa sukanya pada Raif.

Cuma...sifat saya yang suka berfikir kemungkinan lain (hehe). Biasanya bila satu cerita memaparkan persahabatan yang erat di antara lelaki dan perempuan, kita mahukan mereka akhirnya bersama dan berbahagia, in other words happy ending to them. Tapi bagaimana pula yang jodohnya ditakdirkan dengan orang lain? Macam sedih jer kan (kalau jodoh dengan orang lain mestilah dia tak jadi hero atau heroin, dia akan jadi orang ketiga la pula kan?). Tapi tu la, kalau dah bersahabat baik macam Adil dan Aulia ni tapi tiba-tiba jumpa yang lain...hmm...sedih...

Saya baca buku Syud ni terbalik. Yang first baca, Baju Melayu Hijau Serindit, baru Untuk Awak Teja Aulia dan lepas ni baru nak baca Tentang Dhia. Patutla ramai yang tergila-gilakan Pacai...baru faham bila baca buku ni...hehe... memang jejaka impian la kalau macam ni ;-).

PS - Buku ni la yang dah syok buat review, dah lebih separuh pun, tiba-tiba hilang! Merajuk la feel tu. Ni baru dapat seru balik...hehe...
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 3, 2016
UATA macam cerita realiti. Memang persahabatan antara lelaki dan perempuan itu sukar benar nak mengelak daripada tergelincir perasaan. Baik di belah lelaki atau perempuan akan ada saatnya hati itu terbuai dengan cinta. Jadi salah siapa?

Teja Aulia [Aulia:] mengenali Adil semenjak kecil. Terlalu rapat hinggakan Aulia rasa tak mampu hidup tanpa Adil di sisi. Mereka jarang terpisah. Makanya hubungan persahabatan itu sentiasa mekar melewati waktu. Tetapi bila masing-masing sudah meningkat dewasa hubungan itu renggang dengan sendirinya. Kesibukan menyebabkan mereka jarang berjumpa maka di sinilah segalanya bermula.

Aulia berjumpa dengan Raif. Wajah dan gayanya memang seiras benar dengan Adil. Dan itu menyebabkan Aulia jadi suka. Hubungan mereka berdua semakin rapat dan secara tidak langsung Adil makin menjauh. Dia tahu Aulia sudah ada penggantinya. Aulia sudah bertemu kekasih hati. Adil sebenarnya memendam rasa pada Aulia. Tetapi takut hubungan persahabatan mereka akan terganggu sekiranya dia berterus-terang pada Aulia.

Berlaku perselisihan faham antara Aulia dan Adil. Aulia yang sedikit panas baran itu mengamuk tak tentu pasal padahal kesalahan Adil kecil je. Sikap ego akhirnya memakan diri. Adil bertindak menjauhkan diri daripada Aulia. Tempoh tiga tahun ‘peperangan dingin’ itu sebenarnya menyeksa kedua-dua sahabat ini. Siapa yang mahu mengaku kalah dulu? Aulia atau Adil?

Suka dengan Syud kerana menjadikan kisah Aulia dan Adil sebuah cerita persahabatan yang manis. Apalagi anda emoticon smiley di penghujung cerita. Suka juga dengan cover novel yang memang menarik hati itu :) Cuma aku sedikit terganggu dengan monolog yang ada kerana ia bukanlah sesuatu yang aku gemari dalam novel. Oh, ada watak Pacai yang memeriahkan suasana. Ala Pacai hero dalam e-novel Baju Melayu Hijau Serindit :)
Profile Image for Rouge.
27 reviews
October 22, 2015
Demam baca buku Syud masih berlanjutan. Haahhahah.

Tapi apa-apa pun selepas baca your 2nd piece ni (dibuku kan pada 2010) makes me more confident on certain things.

Story yang jatuh dalam kategori mendatar sahaja sebab konflik pun simple tapi anda menebarkan dengan cara tersendiri. Lenggok Bahasa yang sedap too. Incident yang biasa-biasa tapi you make it “cantik” with your own ways.

Amazing part yang saya perasan… kemasukan plots secara terkejut tergempar sepanjang perjalanan cerita sikit pun tidak mencacatkan pembacaan (jika dibandingkan dengan TD rasanya kat sini lagi “meriah”) tapi make sure kena baca dengan kyusuk and tawaduk. Hahahhaha. The way ianya diserapkan jugak amat menarik. Tahniah!

I don’t like to state my personal opinion tapi for this time rasa mcm nak letak juga, boleh? I just tak satisfied kat ending. Terlalu ciput tak sempat nak fefeeling lebih.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
February 10, 2015
haila Adil & Aulia sia sia je la 3tahun memendam rasa
yg si aulia lak aduhaiii dah 3 tahun baru nampak mesej yg tak sampai tue .geram gila baca .masing2 ego xmahu mengalah nsb baik happy ending ;)
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
April 17, 2025
Untuk Awak Teja Aulia | Syud

Selalunya...kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan tergelincir. Dan dia, mengaku sudah tergelincir.

"Aku la yang tergelincir." -Adil

Hakikatnya, dia memang sudah lama tergelincir daripada paksi bernama persahabatan itu. Cuma dia tidak tahu harus bagaimana memberitahu sang gadis tentang perasaanya. Dia tidak mahu kehilangan persahabatannya dengan sang gadis itu.

Apakah pengakhiran bagi si dia yang telah jatuh hati sama sahabat baiknya sendiri? Adakah dia akan memperjuangkan cintanya atau mempertahankan persahabatannya yang telah lama kukuh?
____________________________________

This is the third book from kak Syud that I've read and not gonna lie, I really likes her writings. It's always giving a realistic situations and somehow makes us feel relatable to it. 🫶❤️

Walaupun jalan cerita buku ni simple je, tapi kita suka sebab memang nampak realistik. Dari segi diorang punya conversation yang santai & diorang punya friendship yang happening. Memang best bila baca.

Kalau korang pernah baca buku ii Kak Syud before this, you'll know that most of her book tu memang SLOW BURN habis. Same goes to this book. You know, my emotion when reading this book is 📈📉📈📉. Bro, the level of miscommunication, their ego + with the slow burn frust me out! 🤌😫

Bila diorang sendiri sedar yang diorang actually liked each other without realising it. Bila diorang sedar yang diorang tak boleh hidup without each other. WHEN THEY LOVE EACH OTHER BUT IN SILENCE. Faham takkk?!?! They liked each other but at the same time, they don't want to ruin their friendship cause they know they'll ended up hurting each other. Urghh the slow burn and the angst! 😫😭

Yang sorang ego, yang sorang lagi pulak silent treatment. Haa bagus la tu, meletop kebabom! Diorang punya ego tu sampai tak bercakap sampai 3 tahun! Punyalah dah berkawan bertahun tapi ended up macam tu? SEMUA SALAH PHONE TU!!!🫵😫😭

Btw, korang jangan expect yang buku ni comel, ayat cinta-cintun ye. Sebab buku ni dia more to kepada relationship diorang as best friends. (But who knows that they actually meant what they've been talked about) When they said they missed each other, yes they really miss each other.

Sebabtu la kita (agak) tak puas hati dengan ending dia! Apepasal ketoet sangat. Baru nak merasa blusing kejap ehh dah habes. I NEED MORE la Kak Syud. 😭😭😭

Overall, kalau korang memang suka trope friends to lover + slow burn, this book is for you. Cumanya korang akan frust sikitlah. 😫😭
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
December 26, 2018
Resensi: April, 2011

Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM20.00/RM23.00
M/S: 479
Cetakan 1 - Julai 2010
Cetakan 2 - Ogos 2010


Blurb:

dalam benakku, lama tertanam sejuta bayanganmu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan 'tergelincir' - terlebih suka!

I

"Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
" Siapa? Pacai?" balas mak, sarkastik.
Pacai tu teman seruman, sahabat dunia akhirat.
"Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin."
Tawa Adil pecah.
"Anak Cik Fizah..."kata mak lagi.
"Makk..." muka Adil memprotes, "Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa."
"Iya...tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?" ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur 'tergelincir' pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa.


II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu 'dihibakan' apabila Adil guna kata ganti diri 'saya'. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut 'saya' pada perempuan yang dia 'tak berapa kenal'; 'tak berapa biasa'; 'tak berapa sayang'. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.

*****

SYUD menulis ceritanya seperti 'melukis'. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah 'lukisan' yang cantik sekali.


Kak Chik menukil:

Kredit buat Kak Hani yang bagi pinjam buku ini pada Kak Chik.

Muka depan novel ini sungguh ringkas dengan notepad warna kuning dan sekuntum daisi putih dalam balang kaca biru. Walaupun ringkas lukisan itu sudah mampu menarik Kak Chik untuk menjelajahi 'lukisan' tersebut.

Hubungan kawan baik antara Adil dan Teja Aulia sejak dari zaman hingusan sehingga dewasa sungguh cantik digarap oleh penulis. Perjalanan perhubungan yang dilandaskan sebagai hubungan sahabat baik sungguh manis hingga membuatkan Kak Chik tersenyum-senyum sendiri ketika menguliti kisah mereka. Bahasa yang ringkas dan kadang kala sarkastik dari penulis terus mengikat rasa hati hingga ke ayat terakhir.

Hubungan yang rapat antara mereka berdua mula ada tanda-tanda keretakan selepas mereka terpaksa berpisah jauh apabila memasuki universiti. Adil masih lagi di JB, di UTM dan Teja Aulia pula tercampak jauh ke Terengganu, KUSTEM (sebenarnya KUSTEM dah tukar nama ke UMT sejak beberapa tahun yang lepas). Teja Aulia sebenarnya mahu menolak tawaran ke KUSTEM kerana jauh dari rumah dan tidak mahu berpisah jauh dari Adil tetapi selepas dipujuk oleh Adil, dan dan itu juga dia lembut hati selepas Adil berjanji dia akan ke Terengganu setiap kali Aulia rindu padanya. Sangat baik kan Adil ni..:)

Teja Aulia ni seorang yang sedikit kelam kabut dan segala rahsia dirinya pasti akan diceritakan pada Adil. Pertemuan Aulia dengan seorang senior yang mirip Adil, Raif menjadi sebab Adil semakin menjauhkan diri dari Aulia. Sebenarnya Adil ni sudah terlebih sayang pada Aulia lebih dari kawan baik tetapi dia takut nak mengaku kerana takut kehilangan Aulia. Aulia pula jadi tersuka pada Raif pula, konon-konon tak perlu sebab untuk kita menyukai seseorang.

Oleh kerana kesibukan yang selalu menghambat, mereka sudah jarang bertemu sehinggalah Aulia mendapat berita yang Adil akan berpindah ke KL menjadi titik akhir persahabatan mereka. Aulia rasa sungguh marah dan kecil hati kerana Adil merahsikan hal tersebut daripadanya sedangkan dia pula segala rahsia bukan rahsia lagi pada Adil.

Selama tiga tahun mereka memendam rasa, Adil bukan lagi Adil yang dulu. Adil yang dulu akan memujuk setiap kali Aulia merajuk atau marah. Tapi Adil sudah jauh berubah kerana pada Adil Aulia yang menitikkan perhubungan mereka. Pada Aulia pula, apa lagi yang Adil mahu sedangkan dia sudah sms mohon maaf. Payah sangat ke untuk Adil menerima kata maafnya?

Nak tahu pengakhiran kisah Adil yang sangat baik dan Aulia yang sedikit clumsy..sila-sila dapat novel ini kerana memang tak rugi untuk sebuah kisah yang manis digarap dengan pelbagai rasa oleh penulis muda yang berbakat ini.

Watak-watak sampingan seperti Pacai, Nisa, Taufik dan Azril mengingatkan kita pada karya-karya penulis sebelum ini.

Sebuah pengakhiran yang manis...:)

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^_^)
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
March 17, 2018
[BOOK 12]

Done reading Untuk Awak Teja Aulia by Syud.

Ku suka! Sangat!

Dah start baca since last week, tapi terpaksa stop kejap due to never-ending-work, then sambung balik dalam masa beberapa jam, dan habis...

Okay, pertama sekali, maaf sebab baru baca buku ni pada tahun 2018, walaupun umurnya dah 8 tahun. Dan lebih sedih, ku dah lama baca kisah Azril dalam Tentang Dhiya dan kisah Pacai dalam Baju Melayu Hijau Serindit, dan boleh pulak ku ter'missed' this book.

Basically, cerita ni pasal persahabatan Adil-Aulia dan juga 3 serangkai (Azril-Adil-Pacai). [errkk...Topek aka Taufiq tu ada novelnya sendiri ke tak eh?]

Cerita yang mana antara lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, pasti ada yang tergelincir. Adil-Aulia yang dah berjiran dan berkawan sejak kecil. Bila Adil mulai sedar akan perasaannya terhadap Aulia, dan pada masa yang sama, Aulia ter'suka' kat Raif yang sebijik mukanya macam Adil, hubungan mereka mulai renggang. Dan terus jauh, bila salah faham muncul. haihhh...kalaulah Adil bagi tahu Aulia lebih awal tentang dia dapat kerja kat KL, dan kalaulah Aulia check phone Sony Ericson nya lebih awal, dorang takkan bazirkan masa 3 tahun ni. Tu la, kalaulah....

Tapi, sebenarnya itu ialah permulaan kepada hubungan baru dorang. Daripada kata ganti diri 'Aku-Kau' tetiba jadi 'Saya-Awak'. hahaa...thanks to goreng pisang sambal kicap jugak yang menjernihkan hubungan mereka.

Apa-apa pon, kalau dah namanya tulisan Syud, takkan tak best. Walaupun banyak sangat naratif ataupun monolog, tapi tak mencacatkan penceritaan. Anyhow, endingnya secoet ngat. Sangat tak puas baca.

p/s: ku rindu nak baca semula kisah Azril dan Pacai.

p/s: dan boleh tak, ku nak Adil? dah lama rasanya tak terjatuh suka kat watak hero novel, but this one, ku book awal-awal eh
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
May 17, 2012
Bila dah bersahabat baik, pasti salah seoarang yang akan terlebih sayang.
True.

Sebab tu dalam Islam kena jaga perhubungan antara lelaki dan perempuan kan? (=

Bak kata Aidil,

Kalau kita kenal orang tu dan terus jatuh cinta lain sangat dengan dah berkawan bertahun-tahun tiba-tiba jatuh cinta.

Awkward.

Aidil, demi persahabatan dia dan Aulia,
dia sanggup merahsiakan rasa suka yang bertamu di jiwa.
Demi melihat Teja Aulia bahagia, dia tak kisah walau dia yang terluka.

Teja Aulia,
kali pertama memandang Raif, dia terasa bagaikan melihat Aidil.
Seronok bercerita tentang Raif, tanpa sedar dia melukakan hati Aidil.

Tapi, kalau sudah jodoh, akhirnya tetap bersatu jua. Kan?
(=

p/s : Rindu Untuk Awak Teja Aulia! =D

Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 31, 2019
Boleh la cerita dia cuma watak utama, dan watak yang disebut sebagai tajuk buku, tak dapat jadi watak pilihan saya. Saya paling suka Pacai.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
December 22, 2020
4.5⭐

Novel ini lebih berkisar ttg persahabatan. Persahabatan antara lelaki dan perempuan. Sememangnya selalu kita dgr kalau lelaki dan perempuan bersahabat baik, pasti Salah seorg akan tergelincir. Pasti Salah seorg akan jatuh hati kemudian memendam rasa bila diri hny dipandang sbg kawan semata2. Tak lebih dari itu.

Begitulah Adil dan Aulia. Berkawan baik sejak kecil. Hidup berjiran. Semua mereka kongsi bersama. Tp segalanya berubah bila Aulia 'suka' pd lelaki bernama Raif. Muka Raif pulak sebijik mcm Adil. Sejak itu Adil mula menjauhkan diri. Sbnrnya dalam diam dia mmg sukakan Aulia, sejak dari dulu lg. Tp apakan daya, hubungan mereka hny sebatas kawan sahaja. Makin lama makin jauh persahabatan mereka. Bila Adil mendpt kerja di KL, terus renggang sampai 3 tahun tak pernah bertegur sapa.

Lama sgt 3 tahun tu bg aku. Seksa menunggu dorang berbaik balik lepas 3 tahun. Gerai goreng pisang jugak akhirnya menjadi penghubung pd kesudahan cerita mereka. Walaupun secoet tp sweet. Aku suka watak Adil. Dia sgt penyabar. Sabar dgn karenah Aulia.

Dan spt biasa novel2 Syud berkait dgn novel dia yg lain. Aku suka Pacai. Terhibur dgn dia. Jd rindu pd BHMS. Macam nak ulang baca lagi. Dan aku berharap Syud akan menulis lg. Rindu pd karyanya realistic. .
Profile Image for LifeMusic.
9 reviews
January 22, 2019
4.5 bintang

Sejujurnya Tentang...Dhiya lebih menarik kerana watak si heroin di dalam UATA ini terkadang rasa melelahkan. Aidil yang tidak berterus terang dan Aulia yang teramat "blur". Novel antara paling lama untuk dihabiskan pembacaannya dari akhir tahun 2018 hingga ke 21 Januari tahun berikutnya.

Kenapa 4.5 bintang? Salah satunya sebab rasa "evergreen" itu ada. JS pun dah tutup tirai dan entah bila boleh dapat novel seperti keluaran JS oleh syarikat penerbitan lain maka ianya membuatkan saya gusar untuk memberi di antara 5 atau 4 bintang. Dan akhirnya memilih 4.5 bintang kerana rasa lelah itu memenatkan. 😅

Tambah tolak boleh dibahagikan macam ini:
1/4 = permulaan yang menyeronokkan
2/4 = terkadang melelahkan
3/4 = lelah + buat tersenyum
4/4 = rasa manis dan "evergreen". Yang paling saya suka helaian-helaian akhir walaupun terlalu "simple" tapi itulah Aidil dan Teja Aulia. Buat saya tersenyum riang.

1.4.3.7
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
August 20, 2020
Buku ke-3 yg kubaca selepas Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Dia bukan cerita sambungan ya. Tapi cerita watak2 yg pernah ada dlm 2 buku tu. Sweet dan menarik. Cuma awat la panjang nau nau nau nak tggu luahan perasaan tu huhu.
Displaying 1 - 30 of 75 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.