Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Cinta Secondhand

Rate this book
“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can't turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempurna. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?

First published September 1, 2014

11 people are currently reading
151 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
52 (48%)
4 stars
34 (31%)
3 stars
16 (14%)
2 stars
3 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
June 15, 2023
Aku dah baca lama baca buku ni.

Jalan cerita yang tak membosankan walaupun bukunya tebal.

Aku suka character development setiap watak dalam buku ni.

Naira, anak orang kaya, dari keluarga berantakan. Agak annoying pada awalnya dan dia berubah sejak bertemu Dewi Aleeya.

Amril, cintanya hanya buat Dewi Aleeya. Tetapi ditentang ibu kerana satu peristiwa hitam yang terjadi pada Dewi.

Quizi, watak hijau yang muncul sebagai pendamai antara Amril & Naira. Terlalu baik.

Hidup Naira & Amril berubah 180 darjah. Tak pernah aman, asal jumpa bergaduh tapi kerana satu hal mereka tekad berkerjasama.

Buku ni macam roller-coaster, ada naik turun. Macam-macam perasaan aku rasa.
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
October 2, 2022
Wuuhuu. Okay best buku ni. Tak tipu. Keseluruhan bab ada 114 tapi jalan cerita tak pernah boring. Bolehlah kalau nak dikategorikan sebagai first love/enemies to friends to lovers punya buku.

Aku tak tahulah kenapa tapi bila aku baca buku ni, aku pergi imagine karakter dalam ni sebijik watak dia macam dari webtoon operation: true love (tak tahulah kena sampuk apa, i dont know why and how! it just happened! Dia macam ‘haa kena kena’). Hahaha.

Anyway, Amril ni crush slash cinta pertama Naira yang dulu Naira pernah tergilakan sejak zaman universiti. Sampaikan satu tahap, Naira sanggup jumpa cinta hati Amril, Dewi Aleeya, untuk mintak nego atau nak curi hati Amril dari Dewi. But, lain pulak jadinya, Dewi Aleeya meninggal dunia. Dia tinggalkan Dewi Ilyani, anak dia, dan mintak Naira jaga. Amril pun sama-sama mahu jaga baby Dewi sebabkan sayangnya dia pada Dewi Aleeya.

Imaginelah, Amril yang dulu benci gila Naira sebab Naira ni selalu paksa dia untuk sukakan Naira walaupun Amril cintakan Dewi. Naira pulak yang pernah tergilakan Amril pun sanggup padam cinta dia terhadap Amril sebab katanya dia tahu cinta Amril tak layak untuk dia. Pada Naira, Amril hanya untuk Dewi Aleeya. Tapi, despite everything that happened, diorang boleh berbaik hanya untuk baby Dewi. Untuk jaga Dewi macam anak sendiri. Forget the past.

Aku suka cara EM create watak Amril dan Naira ni. Diorang selalu gaduh. Selalu bertekak. Suka sindir-menyindir. Ada je ayat pedas dan menyakitkan hati nak dikeluarkan. Tapi untuk Dewi diorang try untuk minimumkan semua tu. And one thing that i like about them is walau macam mana sekalipun relationship diorang, diorang akan selalu selesaikan by communication. Jujur. Tak pernah simpan rahsia. Yes, communication is the key to every relationship!

Except for that one incident lah yang Amril sorokkan tu.

Tetiba muncul pulak watak ketiga dalam ni. Ha ye, muncul watak Qiuzi, wah, this young handsome man cukup dari setiap sudut, agamanya, romantisnya, kelakar, friendly, dan jugak kasih sayang dia terhadap Naira memang chef’s kiss with a cherry on top.

Tak pernah-pernah aku desperate untuk mintak heroine end up dengan second ML. Dalam buku ni ye, takde apa nak benci dekat Qiuzi, dia perfect gila untuk Naira. Qiuzi jugak baik dengan Amril. Baik dengan Dewi Ilyani. Baik dengan semua orang. Apa nak benci dengan dia? He’s a peacemaker. God damn. Limited edition betul.

❝Saya hidup atas kasih sayang Allah. Bukan kasih sayang awak. Jadi jangan fikir luka yang saya rasa ni tiada ubatnya. Dia ada. Dia akan ubatkan luka saya.❞ - Ahmad Qiuzi




Aih, siapa tak remuk hati bila Qiu cakap macam ni. Banjir aku weh!

Fast forward sikit, aku lega hati bila ‘rahsia’ Amril terbongkar. Gila jugak Amril ni sanggup buat macam tu. Firdaus pun dah larang banyak kali pun, dia buat jugak sebab taknak hilang Dewi. I know his plan is going to backfire him. Dan, aku suka cara EM nak hukum watak Amril macam tu. Padan muka kau. Hahaha.

Naira tu terlalu baik dan ikhlas dalam menyayangi seseorang. How could you do that to her? Haih. Nak buat benda bodoh sekali pun, cuba lah beringat sikit apa akan jadi pada masa akan datang? Ish ish ish.

Tapi aku kurang berkenan bila watak Shira muncul dalam buku ni. First, i know she’s a villainess. Tapi is her character really necessary here just to ruin hero and heroine’s life? I don’t really think so? Dia macam semak kejap watak dia ni. Dan agak cliché. Typical villainess lah senang cerita.

As for scene-scene kematian dalam buku ni, aku rasa banyak yang perlu diperbaiki. Aku rasa banyak gila scene kematian beberapa watak yang agak tetiba datang. Dia macam sekadar muncul untuk tamatkan watak tu tanpa ada kaitan sangat dengan plot. Entahlah.

In summary, buku ni seronok baca. Dynamic Amril dan Naira membuatkan aku lagi suka nak baca. Walaupun semput jugaklah tengok diorang asyik bertekak je kerjanya. Bertekak demi Dewi pulak tu. Dahlah tak kahwin lagi depa ni tapi gaya macam orang dah kahwin je gaduh tu. Qiuzi pun asyik geleng-geleng je gelakkan diorang. Hahaha. Tapi scene bergaduh tu lah yang paling buat cerita ni menarik. Penatlah asyik tengok hero/heroine malu-malu je selalu. Hahaha.

Dan satu lagi, sebab watak Qiuzi. Aku tak rasa bila EM introduced watak Qiuzi dia akan over-shine watak Amril. Watak Amril pun tak ditinggalkan sebagai bayangan, nope, watak Qiuzi memang me-neutralkan keadaan. And without him dalam hidup Amril dan Naira, takdenya diorang akan jadi macam yang sekarang. Anggaplah, Qiuzi ni is an angel in disguise. Huhuhu.

Aku harap ada spin-off khas untuk Qiuzi ni. He deserves the damn world. He’s just too nice <3

❝Cinta kedua bukan cinta secondhand. Bukan juga cinta taraf kelas kedua. Tetapi...cinta itu ada kelas tersendiri.❞ - Muhammad Amril


Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 2, 2019
[BOOK 51]

Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara.
.

Kalau baca buku EM, tak nangis tu memang tak sah. EM ialah antara penulis yang tak lokek berkongsi ilmu. Boleh dikatakan setiap page tu, ada ayat-ayat serta pengisian yang best. So, jadi tak bosan la bila membacanya.
.

BCS ialah cerita tentang Naira dan Amril. Naira sukakan Amril. Tapi Amril sukakan Dewi. Dahlah Amril ni kerek jugaklah. Kasar je dia reject Naira. Ye la, sebab dia sangat cintakan Dewi. Dan bagi aku, Dewi ni baik giler. Apapun musibah yang dihadapinya, dia sangat reda. Ayat Dewi, " reda ialah bila tiada rasa terkilan". Dewi dirogol dan sekarang sedang mengandung. Naira pula kononnya nak ke kampung Dewi dan ingin mengambil hati Amril yang Dewi simpan. hahah. Tapi, setelah berjumpa dengan Dewi, Naira jatuh suka dengan kebaikan Dewi. Dan setelah Dewi meninggal, Amril dan Naira bergilir-gilir menjaga Dewi Ilyani.
.

Tapi, ada masanya dorang bertekak jugak. Masing-masing ada ego. Dan pada masa ni, Qiuzi juga muncul dalam kehidupan mereka. Qiuzi ni sukakan Naira. Tapi, Naira buat bodoh je. Sebab dia masih mengharapkan Amril.
.

4 tahun berlalu. Naira bertunang dengan Qiuzi. Tapi, pada masa yang sama, Amril risau tentang batasan auratnya dengan Dewi bila Dewi besar nanti. So, dia plan untuk kahwin dengan Naira sebab Naira ialah ibu susuan Dewi. Kiranya dia sailang Naira daripada Qiuzi la. Kononnya, Amril ni sukakan Naira, dan Naira pun masih cintakan Amril.
.

Tapi, selepas kahwin, Amril mulai sedar yang dia dah jatuh hati kat Naira. Tapi, dia risau kalau Naira tahu niat sebenar Amril mengahwininya. Dan bila rahsia terbongkar, memang habis la.
.

Jujurnya, ku rasa sepanjang 2/3 cerita ni, ku memang mengharapkan Qiuzi yang jadi heronya. Sebabnya si Amril ni memang annoying. Tapi bila dia dah kahwin ngan Naira, he totally changed. So, berbaloi la Naira pilih Amril. Dan sebenarnya dari awal lagi, Amril ini sukakan Naira, tapi dia tak sedar. Padahal, dia menjaga kebajikan Naira tanpa sedar.
.

"Cinta kedua ialah penawar kepada kegagalan cinta pertama. So, cinta kedua bukanlah cinta secondhand. Kerana setiap cinta memiliki kedudukannya yang tersendiri."
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
July 3, 2023
"Naira... saya berpegang pada jodoh. Kalau ada saya bersyukur. Kalau takde pun saya bersyukur sebab saya tahu yang dia mesti boleh bahagiakan awak lebih daripada yang saya mampu. - Qiuzi

"Maafkan abang sebab abang mengambil masa terlalu lama untuk menyedari yang abang perlukan Naira." - Amril

Bagi Naira Ilyani... bukan mudah untuk menjadi yang kedua. Namun, ubat kepada sakit cinta pertama ialah cinta kedua. Secara teorinya, menjadi yang kedua memang turun taraf. Maklumlah, perisa hati dah tak original. Siapa suka barang secondhand, kan? Tapi... siapa tahu yang kedua itulah yang akan menemani mereka berdua hingga ke jannah?

Sebenarnya, dah baca buku ni tahun 2014. Ulang baca balik sebab rindu dengan Quizi 😜Harap-harap nanti ada sambungan kisah Quizi plak. Dia terlalu baik untuk diabaikan. #SecondLeadSyndrome
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
December 10, 2014
7hb baca Benci Amat, Sayang Sangat sampai pukul 4 pagi.
Esok hari, yakni 8hb, celik mata terus keluar ke kedai buku.
Cari novel ini, Bukan Cinta Secondhand.
Pun menarik hati untuk terus baca tanpa henti.
Mungkin tak se-best Benci Amat Sayang Sangat, tapi tetap, aku jatuh hati.
Sebab, dedua novel ini ada isi (selit tazkirah, kisah nabi)
Tabik hormat cik penulis!

Ezza Mysara,
Namamu sudah ku pahat sekemas-kemasnya dalam senarai penulis kegemaran :)
Profile Image for Mslvoe.
2,073 reviews200 followers
September 2, 2023
Boleh tak watak Shira ini di-remove-kan? Semaklah dia ini.

F takan hurai panjang² sebab readers lain dah kasi review yang mantap!

Mula² F cam kurang berkenan dengan Naira yang taksub sangat dengan Amril. Amril suka giler kat Dewi.

Tapi sejak Naira jumpa Dewi, semuanya berubah. Dari character yang annoying tapi berubah jadi "angel".

Tebalkan? Mesti korang risau takut tak best. Tapi try-lah baca. F sendiri leka.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 3, 2020
akak mungkin antara yang beruntung memiliki novel ini. sebuah novel terbitan 2014 karya Ezza Mysara ini sangat sarat dengan ayat-ayat yang sangat sedap untuk dihayati. nasihat secara tidak langsung pada pembaca. kisah cinta yang tiada tolong banding nilainya.

sebab apa? cinta bukan hanya pada pasangan bercinta. cinta sangat luas skopnya. naira yang pada awal mencari dewi aleeya kerana mahu mengambil cinta amril yang pasak kukuh pada dewi menemui sesuatu yang sangat kurang dalam hidupnya. dewi aleeya walaupun miskin kehidupannya tapi sangat mewah kasih sayang. kontra dengan dirinya.

walaupun dewi aleeya diduga dengan seberat-berat dugaan, tapi dia mampu senyum, mampu ketawa dan masih mampu bersabar tanpa perlu menyalahkan insan lain. begitu besar impak sifat dewi aleeya hinggakan dua bulan mengenali dewi bagai bertahun lama bagi naira.

pemergian dewi aleeya kerana dipatuk ular dan meninggalkan permata yang sangat berharga buat naira. dewi ilyani membuatkan naira menjadi seorang yang sangat bertanggungjawab dan penuh kasih sayang. amril yang pada mula sangat benci dengan sikap terhegeh naira terhadapnya menjadi ayah yang sangat prihatin. sedangkan mereka berdua tiada ikatan apa-apa, sekadar melunaskan janji pada dewi aleeya untuk menjaga anak kecil itu sebaiknya.

suka dengan pembinaan setiap watak. semua punya fungsi dan saling melengkapi. tidak sempurna dan itulah sikap manusia realitinya. firdaus dan mariam, kawan yang adakala menjengkelkan tapi sentiasa ada. qiuzi yang mencintai tapi tahu cinta tak semesti memiliki. mak cik norita yang konon garang tak boleh bawak berbincang tapi dialah ibu yang sangat menyayangi. tan sri nasrul yang abaikan anak-anak tapi sebenar dia bapa yang sangat pengasih.

manusia, tidak sempurna.

tapi hati dan akal jika selari rentaknya akan muncul satu sifat kasih sayang yang sangat mewah dan tak mampu dibayar oleh sesiapa.

pokok pangkalnya cinta pada Ilahi. itulah kunci kepada segalanya...
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
November 29, 2014
Wooowww... Memang Terbaik u all!!!

1st Memang 2/3 nak beli & baca, but then after start reading I get excited ... Page after page Memang Susah nak let go. Kalau dpt Memang on that day nak habis terus but terpaksa attend 5day seminar........sabarrrr

Satu yang I x suka about this book ...... Editor plz do u work lah .... Memang mengganggu !!!! Tengah2x syok & head full of imagination, (syok sendiri lah tu) tiba2x jumpa Typo error, sentence & etc .... (Ex page 594, 824 & etc.) Hadoiiii!!! Panas jadinya!!!

Luckily x mengganggu jln cerita Kalau tak Memang emo ok......

This is a story about AMRIL & NAIRA yg menjadi mummy & daddy segera kpd Dewi Ilyani yg baru kehilangan ibunya on the day Dewi aleeya supposed 2 marry AMRIL. (Dewi aleeya @ gf AMRIL yg hamil outside wedlock akibat dirogol & that the reason AMRIL x jadi Kahwin dgn Dewi & Hubungan mereka di tentang oleh ibu AMRIL).

Imagine being 21yrs old, masih belajar & baru mengenali Dewi Aleeya just during that semester holiday. Hubungan mereka jadi rapat & NAIRA bertekad utk meyambung hubungan AMRIL & Dewi ke alam perkahwinan & melupakan cintanya terhadap AMRIL. Memang x Jodoh antara mereka kerana Dewi pergi buat selamanya a day b/4 that akibat snake bite & terpaksa selamatkan baby yg dikandungkan.

So AMRIL & NAIRA menjadi parents segera kpd Dewi Ilyani Tanpa sebarang ikatan. After 4yrs NAIRA mengambil keputusan utk mengahwini Quizi sepupu Mariam @ best friend NAIRA. Pada mulanya AMRIL dpt menerima keputusan NAIRA but pabila firdaus menyatakan tentang status Dewi pabila Dewi dewasa kelak @ x mahram meyebabkan AMRIL takut kehilangan Dewi. So, bermulalah agenda AMRIL utk mengahwini NAIRA agar dia menjadi mahram kpd Dewi (NAIRA ibu susuan Dewi) dgn berpura2x yg dia mencintai NAIRA hingga menyebabkan NAIRA putus tunang & x jadi Kahwin dgn Quizi.

Hubungan mereka suami isteri Memang sweet overdose & akhirnya NAIRA disahkan menggandung.

But pabila perkahwinan dimulakan dgn satu pembohongan pasti terbongkar akhirnya. Itu lah yg berlaku kpd keduanya walaupun on that time AMRIL benar2x mencintai NAIRA. Bak kata NAIRA:

"Riak muka ABG Sama seperti yg lepas2x. Sama seperti hari pertama ABG mintak yg jadi isteri ABG. Jadi Macam mana yg nak beza perisanya? Perisa original atau pun tiruan?"

Perghhhh.......Memang santap!!!

Nasib baik endingnya I like!!! If x meroyan jugak jadinya...haaaaaa.

Congrats cik writer the best....!!!


Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
April 10, 2022
Baca dari mula pun dah best.. jalan cerita yang sangat tersusun dan lancar…Awal intro pengenalan kisah dewi aleeya…cerita yang begitu indah banyak diselitkan cerita cerita teladan dan berunsurkan nasihat….

Naira pada awalnya mengejar cinta amril walaupun telah ditolak berkali kali Naira tidak pernah putus asa untuk merebut cinta Amril dari dewi. Setelah mengenali dewi, Naira sanggup pertahankan cinta amril dan dewi walaupun mendapat tentangan daripada ibu amril..

Cerita yang sarat dengan rencah dah rasa😄🥰😭😖😔🤨😊😊….kesian kt Qiu, tetapi memang salute dengan Qiu. Qiu seorang yang tabah dan positive. Suka juga dengan watak firdaus dengan yam… seorang kawan yang sgt supportive…

Happy ending….
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 25, 2016
Rate 4.5 for this. Bulan Ramadhan ni mengantuk agaknya sampai terbeli dua buku yg sama at different timing different places..bengang juga. Apa pun I would say money well spent. Buku ni betul2 boleh naikkan kemarahan.

Amril - Mature, penyayang, beriman, setia tak bertempat, panas baran dan penuh dgn kata2 nasihat as well as kesat. Mulut celopar Ya Ampun!!! Kalau cilikan mulut tu or chloroxkan pun tak boleh bersih..kena potong juga lidah. Kadang2 tertanya2 ini cara org yg beriman bbl ke? When comes to Naira dia terlebih aggressive with words. Quite selfish when comes to Dewi Ilyani.

Naira - Gadis yg putus asa menagih kasih sayang keluarga, celopar boleh tahan dan baik hati.Tidak berkira when comes to Dewi's upbringing. Her good intentions sering miscontrued by Amril. Jatuh cinta ngan Amril ketika Amril imamkan sholat. Lastly bertunang ngan Quizi. Oh b4 that, dia menjejaki DA demi merebut cinta Amril tapi berubah fikiran selepas mengenali peribadi DA.

Quizi - Seorang yg amat memahami Naira tanpa perlu berkata apa2. Penuh ngan ayat bergula hingga Naira jatuh sayang kepadanya. He was abled to deviate Naira's feeling for Amril temporarily. An extremely good and understanding person. Beriman dan periang juga. ( Bila mula2 baca namanya teringat cuisine..biasalah bulan puasa).

Dewi Aleeya (DA) - Amril's beau. Menghilangkan diri dari Amril disebabkan peristiwa hitam. Terlalu baik and forgiving kekadang rasanya tak bertempat juga. Pendorong Naira berubah kearah kebaikan dan mengenal erti cinta sebenar. Meninggal sehari sebelum bernikah kerana dipatuk ular.

Dewi Ilyani (DI) - Anak kepada DA yg telah diamanahkan kepada Naira untuk dibesarkan bersama Amril. Very charming little girl. Wajah mirip ibu kandungnya tapi mempunyai sifat persis Naira.

Shira - Ms terlajak gediks jatuh cinta ngan Amril kerana peribadi Amril. Amril kata sikap dia sama ngan Naira tapi saya rasa banyak perbezaannya. Mungkin dia being sarcastic kut.

Demi menjadi mahram kepada DI, Amril sanggup berpura2 cintakan Naira dan mengajak dia berkahwin. Tanpa dia sedari sebenarnya dia telah lama jatuh cinta ngan Naira..mungkin sebelum nikah lagi sebab dia ni bila bab Naira dia celopar giler dlm masa yg sama dia caring juga cuma cara dia lain. Mcm Abg Firman dlm ILUS cuma Abg Firman lebih lembut dari Amril. Pembohongan yg cuba disimpan itu terbongkar juga akhirnya kebetulan saat Naira mengandungkan anak Amril. Sedih bila Naira kata kalau Amril nak Dewi boleh ambil dengan cara baik tak perlu menipu. Dan Naira ucapkan terima kasih kerana memberi saguhati (anak yg dikandung Naira) kepadanya.

Kecewa ngan Amril, Naira keluar dari rumah. Sebab ditinggalkan DI jatuh sakit dan dihantar ke hospital. There Shira terdengar pertelingkahan Amril dan Naira dan plot a plan. Haru biru jadinya hingga Naira minta dilepaskan dan kahwin ngan Shira demi menyelamatkan Dewi. Apalah yg jadi kerana salah satu dari mereka yg buat rescue mission ni ditikam. (Amril, Firdaus, Naim dan Quizi).

Mcm2 terjadi btwn Amril Naira dan Quizi..Kalau saya diberi pilihan, I definitely choose to be with Quizi without doubts cos he is selfless. Cinta tak seharusnya memilikikan..inilah part of the intipati of the story.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
September 1, 2023
walaupun tebal tapi takde satu page pon yang bosan cuma ada banyak sangat watak yang datang dan pergi tapi masih tak mencacatkan cerita walau bagi aku watak Shira kalau takde pon takpe

Qiuzi oh my man saya tak sabar nak baca kisah awak hes just too nice a walking green flag!

tapi macam mana baik sekalipon Qiu dan betapa aku ada love hate relationship dengan Amril, I still feel Amril and Naira banter and chemistry is top notch >>>

betul cakap Qiu, hubungan dia dengan Naira penuh dengan gula tapi tak ada perisa lain buatkan hubungan diorang mendatar because yes thats what i feel, kak ezza buat kita pembaca ada second lead syndrome tapi watak Qiu langsung tak overshine Amril as watak utama tapi watak dialah sebagai penguat cerita🤍
Profile Image for alya adlina.
235 reviews13 followers
January 24, 2022
okay i gave this book 3.5 ⭐️ actually idk what to feel about this book….i liked it but i don’t liked it…it just felt toxic i guess but overall i enjoyed it….the enemies to lovers is really there and yup i cried a lil bit at some parts….can’t i say that the male main character is totally not my type like i would punch him every freaking time he’s annoying…nah actually idk what to review for this book but like i said i did enjoyed this book and that’s it. 900+ pages not worth it i guess it should be shorter than that.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
Read
October 22, 2023
⭐⭐⭐⭐

Finally, berjaya habiskan setelah cukup 30 hari.
958/958 ms

"Let's fall in love together. Jatuh tanpa kenal erti jemu, tanpa muak, tanpa boring. Sudi tak ?"
Profile Image for Peah.
15 reviews
April 23, 2015
Peah baca buku ni sampai tidur lewat.menguap2 keesokkan harinya di tempat kerja.Mula-mula nak bagi bintang tinggi sikit, tapi sebab Peah rasa watak lelaki utama memang perlu diketuk some senses into his head, jadi ini je la yang boleh diberi. Sunnguhlah rasa nak hantuk2 kepala sendiri di dinding dengan sikap peneraju lelaki utama buku ini.Overall novel ni banyak mengajar Dan mengingatkan peah tentang iman. Terima kasih penulis.
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
March 6, 2023
TAJUK : BUKAN CINTA SECONDHAND by EZZA MYSARA
•••
📌 RATING : 4.5 ⭐️
📌 PAGES : 958
📌 AGES : NAIRA & AMRIL : 22 TAHUN
•••
Naira, seorang yg tidak tahu erti putus asa walaupun ditolak berkali-kali oleh Amril. Dia mengejar Amril kerana Amril pernah mengimamkan jemaah membuatkan Naira tekad untuk menjadikan Amril miliknya.

“𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙠𝙖𝙪 ! 𝘿𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙥𝙪𝙡𝙪𝙝 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙖𝙠𝙪 𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙮𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖. 𝙆𝙖𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙛𝙖𝙝𝙖𝙢 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙚 ?” - 𝘼𝙢𝙧𝙞𝙡

“𝘼𝙠𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥 𝙩𝙜𝙜𝙪 𝙠𝙖𝙪 𝙨𝙪𝙠𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪! 𝙀𝙝, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣.. 𝙖𝙠𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙠𝙖𝙪 𝙨𝙪𝙠𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 !” - 𝙉𝙖𝙞𝙧𝙖

Amril, seorang yg dingin and kasar. Amril yg sangat setia. Di dalam hatinya cuma ada Dewi Aleeya. Setia mencintai Dewi Aleeya walaupun cintanya terhalang.

Kerana begitu sukakan Amril, Naira nekad. Dia mahu berjumpa dgn Dewi Aleeya dan mengenal sendiri siapa Dewi Aleeya yg membuatkan Amril gila bayang dan tidak memandang wanita lain.

“𝘼𝙠𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝘿𝙚𝙬𝙞. 𝘼𝙠𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙟𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙖. 𝘼𝙠𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙙𝙞𝙖.. 𝙖𝙠𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝘼𝙢𝙧𝙞𝙡 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙖. “ -𝙉𝙖𝙞𝙧𝙖

Segalanya berubah setelah Naira berjumpa dan berkenalan dgn Dewi. Misinya daripada mahu mengambil hati Amril dari Dewi, berubah menjadi mengekalkan hati Amril pada Dewi. Naira juga sanggup untuk menentang ibu Amril yg bermulut puaka untuk mempertahankan cinta Amril dan Dewi. Dewi yg sangatlah baik dan sangatlah penyabar membuatkan Naira terjatuh sayang dan menganggapkan seperti adiknya sendiri.

Satu kejadiaan tidak diingini berlaku, membuatkan Dewi Aleeya pergi, dan hadirnya Dewi Ilyani yg merubah segalanya. Kehadiran yg membuatkan Amril dan Naira menjadi rapat walaupun mereka selalu bergaduh kerana tanggungjawab mereka ke atas Dewi Ilyani.

Ketika itu, hadirnya Quizi menghulur kasih kepada Naira. Seorang lelaki yg biasa yg sangatlah sempurna. Mampukah Quizi menggantikan tempat Amril di hati Naira ? Atau Amril kekal berada di hati Naira?

♡ WALAU APA PUN YG JADI SAYA TEAM 2ND LEAD SMPAI KE HUJUNG CERITA ! Quizi sangatlah positif dan sangatlah penyabar. Eh mmg perfect la senang cerita. Novel ni la first time dua dua second lead (Quizi & Dewi) sangatlah baik. Quizi banyak mmbantu relationship Amril dgn Naira. Haih rasa mcm Quizi lah yg paling matang dalam cerita ni. Amril ? Huh, geram jelah aku dgn mamat tu. Baran betul. Asyik ikut kepala dia je 😭 walaupun ada character development, still cannot beat Quizi 🥹🫶🏻

♡ Novel ni agak tebal tapi best ! Baca novel ni rsa mcm tgh naik rollercoaster. Kejap happy kejap sedih kejap marah 😂
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
September 11, 2015
macam naik roller coaster baca cerita ni.
kedegilan naira
kegarangan amril
kelembutan dewi
kegentleman Qiuzi

naskah yang serba lengkap dan diolah dengan sempurna. (cuma agak terganggu dengan typing error. editor ni buat kerja ke x?)

Walaupun amril garang and at the sometime rasa nak lempang2 je mamat ni tapi cuma dia tiket bahagia buat Naira dan Dewi kecik. tapiii kesianlah kat Qiu... tak ada ke sambungan cerita pasal dia nanti? dia pun berhak galas watak hero tau. eceh!
Profile Image for Sha.
5 reviews
October 10, 2022
Buku ni lah yg telah perkenalkan aku dgn penulis bernama ezza mysara ni dan dari buku ni buat aku tertarik nk cari beberapa karya ezza yg lain
Bg aku buku ni menarik sbb susah utk aku berminat utk baca sesebuah buku tu utk berulang2 kali dan aku sgt2 x sabar utk kak ezza terbitkan buku utk watak qiuzi tu plk sbb watak dia sgtlah sesuai utk dijadikan hero dlm sesebuah novel...
To kak ezza good luck ok sy sanggup tunggu sampai novel tu kluar nnti... Love you ❤️❤️
154 reviews2 followers
October 21, 2020
Cerita cinta bersegi-segi bebudak dan mak-mak budak dan bapak-bapak budak yang tak matang... Penulis pulak terlebih fokus kepada tazkirah sampai lupa membangunkan kisah cinta watak-watak utama, last2 ambik jalan mudah i.e tulis cerita "Cinta Pandang Pertama & Cinta Buta & Cinta Tanpa Disedari(tm)", letak kisah tragedi, pompuan psiko anak2 terbiar etc.

Very overrated. 1 Star.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 14, 2015
cerita lain dari yang lain memang best sgt.. saya suka bila Amril dah kawin dgn Naira sweet je..
Profile Image for Nabilah H.
78 reviews
April 1, 2022
“Jika kita bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri kita dan kita akan dikurniakan ganjaran pahala. Namun jika kita tak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas kita dan kita akan berdosa. Pilihan di tangan kita, kan?” -Dewi Aleeya

“Harus diketahui, marahnya manusia kepada kita, bukan bererti mereka membenci. Begitu juga dengan ujian Tuhan. Ujian bukanlah tanda kebencian Allah kepada hamba-Nya. Tetapi itu tiket kasih sayangnya. Untuk bahagia di syurga, haruslah perlu mengunyah derita dunia.” -Dewi Aleeya

“Mati itu syarat menemui cinta. Cinta hakiki dan sejati untuk bertemu dengan-Nya....” -Dewi Aleeya

🖤🖤🖤🖤🖤

“Mungkin... sebab definisi sayang tu mampu meringankan semua yang berat. Contoh yang paling mudah adalah cinta kita kepada Dia. Salah satu bukti cinta kita kepada Yang Maha Esa adalah solat. Jadi kalau solat kita tak jaga, maknanya kita belum cukup cinta lagi kepada Dia.” -Ahmad Quizi

“Awak tahu tak, jannah dan jahanam itu dicipta untuk semua pendosa? Jahanam dicipta untuk pendosa yang sombong manakala jannah dikhaskan untuk pendosa yang sudah bertaubat. Semua cucu- cicit Adam adalah pendosa dan masuknya mereka ke dalam jannah ataupun jahanam berdasarkan taubat yang mereka lakukan.” -Ahmad Quizi

“Saya hidup atas kasih sayang Allah. Bukan kasih sayang awak. Jadi jangan fikir luka yang saya rasa ni tiada ubatnya. Dia ada. Dia akan ubatkan luka saya.” -Ahmad Quizi

“Tuhan tak pernah janji kalau kita terasa cinta pada seseorang, orang itu akan jadi jodoh kita. Jadi saya ubah rasa lelah ini jadi lillah... ini ujian untuk kita, Naira. Awak, saya, dan Amril tetap kena teruskan perjuangan.” -Ahmad Quizi
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
October 22, 2020
Lepas Bidadari Tanpa Sayap, buku ni memang betul2 memikat hatiku. Aku rasa aku suka baca karya EM yang sejinis 2 buah buku ni, bukanlah nak kata yang karya EM yang lain tak best tapi kurang umph. Suka gila dengan bait kata-kata dalam buku ni. Memang buku ni aku simpan la untuk koleksi❤️ Satu nak cakap, Amril ni selfish gila dan Qiu ni masya-Allah sebaik-baik makhluk. Im fall in love with Qiu. Bacalah, tak rugi pun baca buku ni walaupun tebal dia dah hampir sama tebal kamus😂 EM tolong keluarkan buku yg berjenis macam ni lagi
1 review
September 7, 2022
Really love this book. Jalan cerita yang tersusun dan byk diselitkan nasihat dan pengajaran yg sgt bagus. Act, saya mmg tak suka character amril dlm buku ni. And, I really love Quizi character so much. So, saya harap Quizi is the hero in this book. But overall I'm really satisfied dgn novel ni.
5 reviews
March 3, 2022
Overall bagi saya buku ni best walaupun heronya agak toxic at first hehe.. Sweet sebenarnya bila hero yang sibuk membenci heroin tapi lama2 terjatuh suka.
Hehe
Profile Image for Nafisatul Ilmi.
14 reviews
September 21, 2022
*baca di PNM e-reader

love it. kalau boleh nak bagi 100 ⭐. tak pernah bosan dengan karya ezza mysara ni. penuh dengan inti pati islamik dan ibrah kehidupan. moga penulis terus sukses dan diberi ilham tak putus2 dalam berkarya :)
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
January 15, 2016
Pertama kali aku baca karya penulis ini. Pendapat peribadi, cerita dalam karya ini berjaya menarik aku dan buat aku melekat terus untuk baca hingga akhir cerita. Sebuah cerita yang buat aku macam main roller coaster tu...macam-macam yang aku rasa sewaktu baca cerita ni tau buat aku jadi emosi je kejap naik kejap turun...
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
April 15, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.