Dunia terlalu pantas, dan ia tidak akan menunggu kita walau sesaat. Kita pula yang terpaksa mengikut tempo dan kelajuannya. Lalu, kita hanyut dalam mengejar perkara dan hal yang tidak pasti.
Slow living umpama menarik brek tangan dengan sengaja; untuk lebih menghargai kehidupan, memberi keutamaan kepada kualiti berbanding kuantiti dan mengambil keputusan yang lebih mindful pada setiap aspek kehidupan.
Bukanlah semata-mata tentang memperlahan langkah, ianya juga tentang menikmati hal-hal yang sederhana, fokus untuk menghadirkan makna pada setiap pengalaman hidup dan menyatukan kedua-dua nilai ini pada personal values.
Dan ada hal yang kita akan lebih hargai, hanya saja sekiranya kita mengambil masa dan memperlahankan sedikit perjalanan; mengerti yang di akhirnya pasti indah.
Tartil, bukan sekadar tentang perlahan. Tapi dalam keperlahanan itu ada kesempurnaan.
Antara karya yang sangat saya nantikan, selain sebab terlepas untuk mendapatkan zine tartil dulu. Alhamdulillah, dapat sebuah buku lengkap bercerita tentang Tartil.
Banyak teori psikologi yang diluruskan dengan dalil alquran. Ini perkara yang sangat kita perlukan.
Bahagian awal yang menceritakan tentang martabat al-qalb sangat menarik perhatian saya. Sadr Al-qalb Fu’ad Lubb
Kerana inilah destinasi segala fikrah yang kita serap untuk dialirkan menjadi sebuah amal. Kerana sungguh hati adalah raja.
Untuk meraih tartil itu, kita perlukan “Makna-Seimbang-Tenang”
Dan dalam buku ini penulis dengan teliti mengupas perkataan “tenang’ yang 13 kali disebut dalam alquran dan ada 9 ayat yang dikupas dalam buku ini.
Dan Maha Baiknya Allah telah menghadiahkan kita solat untuk membina ketiga-tiga perkara ini. “Makna-Seimbang-Tenang”.
Sebuah karya yang sangat baik sebagai karya sulung. Moga lebih ramai mendapat manfaat daripada penulisan ini. A solid 10/10!