Saya mula baca Misi 2 Hingga Ke Lubang Cacing dulu. Selepas ni nanti baru sambung dengan Misi 1. Karya amat menarik dengan tema berlandaskan kisah benar perang di negara kita pada tahun 1980an. Baru-baru ini, timbul cerita abu bangkai Chin Peng di bawa masuk... apa hal pulak boleh timbul benda macam ni. Apa hal nak korek balik kisah babi hutan tu. Dia dengan anak-anak babi hutannya telah menzalimi ramai orang kita, porak perandakan keamanan negara kita, pasti ramai ibu bapa kehilangan anak disebabkan serakah gila kuasa dia, dah mampos tu biar lah ditelan zaman. Pasal apa nak heboh curi perhatian sekarang. Jahanam betul kalau ada barua iblis dengan kad pengenalan biru yang punya ANGKARA main wayang. Anak Harimau masih ada? BANZAI BANZAI
Icon anak-anak kita sepatutnya oesona seperti mereka- Kiai Haji Salleh, Tuk Guru Hamid, Datuk Fauzi Pejuang Force 136... Jangan terlarut lalai dengan hiburan tak bermakna, benda mengarut yang makin melaut melanda. Ilmu hitam Raja Bersiong dan Ketua Black Jacket Kuan Ka Kui. Nak tahu lagi apa jadi pada Si Ah Kui. Hebat betul dia, berguru Ilmu hitam dengan Melayu komunis rupanya. Saya dah baca buku Samsiah Fakeh tahun lepas. Rasanya perlu cari lagi bacaan pasal Rashid Maidin ni. Bukan apa, dia bekas Komunis, geng dengan Chin Pig Peng, tapi apasal ada yang kata dia Pejuang?
Inilah yang dimaksudkan pengorbanan. Inilah yang dikatakan demi negara. Jangan ditanya apa yang negara mampu berikan kepada anda, tanyalah apa yang anda mampu berikan kepada negara - Mohd Radzi Abdul Hamid, Platun Harimau Dalam Misi II Hingga Ke Lubang Cacing (2013).
Tidaklah saya ketahui buku ini merupakan sebuah siri novel. Buku yang saya telah baca ini merupakan buku kedua dari siri tersebut mengikut kefahaman saya.
Ini adalah pengalaman pertama saya membaca novel perang berbahasa Melayu dan ia merupakan pengalaman yang sangat teruja. Penulisan Mohd Radzi sangat tersusun dan menyentuh perasaan. Kemampuan beliau dalam menghubungkaitkan di antara pembaca dan novel sangat menarik.
Penceritaan novel ini sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana operasi dilaksanakan oleh Platun Harimau. Barulah saya ketahui rupa-rupanya kepakaran utama platun tersebut ialah memburu pengganas komunis. Pelbagai perkara diceritakan seperti strategi dan operasi, penyiasatan dan penyamaran, fungsi tentera, serta cerita kehidupan seorang pejuang. Novel ini juga penuh dengan maklumat lain seperti laporan tentera, dan peta hutan yang menunjukkan jejak-jejak anak Harimau dan pengganas.
Saya fikir novel ini sangat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dalam menyuburkan semangat cintakan negara. Tidak lupa juga novel ini amat sesuai kepada peminat sejarah dan perang.
Penulis kegemaran saya. Hasil tulisan dan gambaran yang diberikan amat jelas dan mudah difahami. Gaya tulisannya amat menarik hingga saya terasa seperti saya turut berada dalam situasi yang diceritakan.