Jika hanya yang kaya dijulang, apa gunanya bakat tanpa peluang? Jika hanya yang berpangkat diangkat, di mana tempat untuk mereka yang berbakat?
Di Lance, kejayaan bukan milik mereka yang berbakat, tetapi yang punya wang, kabel dan pangkat. Amalia, pelajar cemerlang harapan keluarga, kini sekadar penyumbang angka statistik pengangguran negara. Sistem ciptaannya dicuri. Namanya dicemari. Masa depannya hancur sebelum sempat dia melangkah ke industri IT.
Dengan identiti Aithusa, dia menyelam ke laman web gelap dan menghubungi Dragonlord - penggodam paling diburu, ketua Knights of The Round Table. Jika dunia membencinya, dia akan pastikan dunia tergila-gilakan sistemnya.
Namun, benarkah Aithusa perintis yang membuka jalan, atau sekadar pengikut yang tidak memberikan kesan?
"Oh WOW!", itulah perasaan sebenar aku usai pembacaan novel ni.
Violetfasha aku kenal melalui Siapa Sangka Terjatuh Cinta, yang seingat aku, OK-OK. Tapi, novel ini, Aithusa - karya keduanya yang aku baca, menunjukkan lonjakan ketara dari segi kematangan naratif dan keberanian tema apabila berubah genre dari Slice of Life ke Sci-fi (juga futuristik dan techno thriller).
Aku teruja!
Kali ini Violetfasha menulis dengan gaya yang ringkas tapi padat, tak bergantung kepada ayat berbunga atau deskripsi panjang, sebaliknya memilih struktur naratif yang direct, tapi emosional.
Keistimewaan penulisan Violetfasha kali ini bagi aku terletak pada keupayaannya menyampaikan isu - isu kontemporari seperti tekanan sosial, tempat kerja toksik, gaslighting, dan pengkhianatan dengan suara yang jujur, antara obvious & subtle dan dekat dengan realiti.
Novel ini membawa kisah Amalia, seorang graduan cemerlang dalam bidang Kejuruteraan Perisian yang menjadi mangsa sistem korup di negara bernama Lance. Selepas ciptaan perisian miliknya dicuri oleh seseorang yang dipercayai, Amalia terjerumus ke dalam kancah kemurungan dan mengasingkan diri. Dia kemudiannya bekerja sebagai admin, jauh dari bidangnya, semata - mata untuk lari dari bayang - bayang masa lalu. Kemudian, dengan identiti rahsia sebagai Aithusa, dia menyelam ke laman web gelap dan berhubung dengan Dragonlord, ketua kumpulan penggodam Knights of the Round Table. Bersama kumpulan ini, Amalia merancang untuk menuntut semula haknya dan membalas dendam terhadap pengkhianat yang telah memusnahkan masa depannya. Naratif ini bergerak pantas, penuh dengan pendedahan rahsia, konflik dalaman, dan pergelutan moral yang menjadikan aku sentiasa tertanya - tanya: what's gonna happen next?
Watak utama Amalia ditulis dengan kedalaman psikologi yang mampu memberi kesan yang mendalam. Dia bukan heroin yang perfect, dia sentiasa bergulat dengan trauma, rasa tak percaya, dan keinginan untuk bangkit semula. Hubungannya dengan adik kembar dia, si Aniq, menambah dimensi kemanusiaan yang lembut dan menyentuh hati. Aniq adalah comic relief dalam novel ini - dia adalah sistem sokongan yang penting dalam hidup Amalia.
Yang paling menyebabkan aku teruja adalah naratif cerita ini mengalir seperti monolog dalaman yang tak terputus, membawa aku menyelami dunia batin Amalia dengan mendalam.
Cuma 1 yang aku nak komen - ada 1 bab yang terasa tergesa - gesa, menjelang klimaks. Aku rasa macam - haa? itu je? Tak cukup. Kemudian ada beberapa watak sampingan macam Amer dan Dragonlord yang aku rasa boleh dikembangkan dengan lebih pikulan plot untuk memberi impak yang lebih besar. Tapi benda ni tak menjejaskan kekuatan keseluruhan novel, mungkin aku yang tamak.
Ini sebuah novel terbitan K-lit yang berkualiti 5 bintang. Dan K-lit jarang mengecewakan. Penyampaian Violetfasha jujur, berani dan penuh emosi.
Jangan ada kalau. Kalau kita ada Plan B. Kita tak akan serius dengan Plan A. -Aniq .
Saya dah tertipu dengan cover buku KLIT yang serba purple ni. Cover pula sekali imbas mengingatkan saya dengan cerita Uglies (cerita scifi) di Netflix. Ingatkan Aithusa 100% mengenai kecanggihan IT di Lance & hacker . Tetapi tidak ya. Cerita Aithusa lebih dari itu. Sangat compact dengan pelbagai isu semasa & masalah duniawi yang secara realitinya terjadi di sekeliling kita.
Aithusa mengisahkan tentang Amalia yang memasuki satu pertandingan bernama Software Angine's Prodigy (S.A.P) yang dianjurkan oleh Syarikat SA. Namun malangnya. Software yang diusahakannya telah dicuri oleh seseorang yang rapat. Sejak itu, dari seorang yang mempunyai impian besar dalam hidup. Amalia terus hilang arah dan mula mencari sesuatu untuk bangkit. Apa yang terjadi seterusnya?
Banyak perkara penting yang penulis masukkan dalam ni. Isu rakan sekerja yang toksik, dunia kapitalisme, kerahan tenaga pekerja & gaji tidak setimpal, gaslight, suara Gen Z, love bomb, cyberbully dan banyak lagi. Saya percaya penulis tahu apa yang dia tulis sebab saya lihat isu yang diketengahkan legit. Kita sebagai manusia jangan always jadi people pleaser. Berani cakap tidak dan pertahankan diri. Cerita ini membuka mata pembaca.
Best. Saya enjoy baca Aithusa. Saya suka dengan gaya penulisan penulis yang mudah difahami. Ayat simple. Tapi macam tak percaya sesimple punya ayat pun boleh bikin emosi dan menyentuh hati. Membaca POV Amalia tidak mudah.Kita auto rasa nak hug Amalia untuk bagi dia support.
Kita suka juga identiti Aithusa yang digunakan Amalia dalam laman web gelap sebagai seorang hacker. Especially bila Amalia mula plan untuk rebut semula apa yang sepatutnya. Dengan bantuan Dragonlord & yang lain. Kita boleh visualkan semuanya dengan baik. Plot twist yang menarik di hujung cerita. Cuma mungkin bila nak dekat hujung kita rasa macam cerita bergerak dengan sangat laju. Macam sikit 🤏🏻 rushing. Tapi itulah kan..walaupun ada explanation apa yang tindakan bakal diambil pada pengkhianat. Tetaplah saya nak lebih. ☝🏻
Kisah Amalia sebagai admin di sebuah syarikat selepas tamat graduasi dalam bidang Kejututeraan Perisian dipaparkan dengan sangat menyeluruh. Tentang graduan ijazah yang terpaksa bekerja di luar bidang dengan gaji minimum yang rendah. Tempat kerja Amalia yang toksik digarap dengan baik oleh penulis.
Ada sebab tersendiri yang membuatkan Amalia menerima kerja sebagai admin. Suatu hal khianat yang berlaku melibatkan Amalia menyebabkan dia memilih jalan kerja itu.
Dalam masa yang sama, Amalia menggunakan identiti Aithusa untuk kerja penggodaman serta mengenali ketua Knights of The Round Table di dalam laman web gelap. Bagi aku, hal ini menarik namun aku tak mampu nak selam bersama ceritanya sebab tak berapa nak faham.
Cerita pun bergerak dengan semakin menarik, bilamana Amalia bangkit melawan kembali untuk mendapatkan haknya yang sebenar. Dengan bantuan orang yang terpercaya, babak itu mengajar kita untuk mendapatkan bantuan pada orang yang sepatutnya. Dan itu suatu hal yang sepatutnya. Pembalasan Amalia terhadap pengkhianatnya yang sangat manis, bermakna dan bermaruah.
Satu hal yang yang aku rasa akan jadi lagi menarik, kalau dia ceritakan lagi kejatuhan pengkhianat Amalia dan kebobrokan yang keluarganya jalankan. Fuh, mesti puas hati baca. Tapi aku faham ja, tak semua benda perlu tunjuk dalam novel.
Perkaitan Merlin yang ada dalam cerita ni pun aku suka. Tambahan lagi, aku jugak peminat Merlin. 🤩 Dan kemunculan watak utama dari novel Siapa Sangka Terjatuh Cinta pun ada. Penting jugak wataknya dalam membantu Amalia sendiri.
Overall, aku suka cerita ni. Ada hal yang aku boleh relate tambah2 dengan realiti semasa kini. 🌆
Before baca buku ni, apa yang ada dalam kepala — “Oh ni mesti buku sci-fi, penuh dengan coding, hacking dan teknologi moden. And of course, ditulis dari perspektif seorang gadis hebat IT.” Tengok cover pun dah menarik, aura futuristik sangat. Tapi, rupanya Aithusa lebih daripada itu.
Ya, memang buku ni ada sentuhan dunia IT 💻, tapi deep down, cerita ini adalah tentang perjuangan hidup seorang gadis bernama Amalia — seorang yang sangat berbakat, super duper bijak, tapi diuji dengan pengkhianatan, tekanan mental, dan realiti dunia pekerjaan yang sangat kejam dan mencabar 😢
Cerita mostly ditulis dari POV Amalia, jadi kita lebih faham dunia dia — segala trauma, ketakutan, dan juga semangat untuk bangkit semula. Mungkin tak banyak cerita dari sudut watak lain, tapi penulis sangat bijak menyampaikan naratif ni dengan gaya yang tak membosankan langsung. Bahkan, kita rasa nak terus baca sampai habis sebab terlalu banyak isu relatable yang disentuh — toxic workplace, mental health, dunia kapitalis, gaslighting, expectation keluarga & masyarakat, dan banyak lagi. Fuhh 🔥
Kisah bermula bila Amalia baru habis degree dalam Software Enginering dan join satu pertandingan besar yang dianjurkan oleh satu syarikat ternama negara. Tapi semua impian dia musnah bila software yang dia bangunkan dicuri oleh orang yang dia sangat percayai 😡 Lepas tu, hidup Amalia berubah jadi kelam. Hari-hari dia gloomy, anxiety makin teruk. Dia ambil kerja biasa sebagai admin, jauh daripada bidang sebenar — hanya sebab nak lari dari bayang-bayang masa lalu. Tapi turns out di dalam dunia perkerjaan Amalia kena hadap all "workplace toxicity" hinggakan dia burn out.
Tapi di sinilah turning point dia bermula. Amalia slowly bangkit semula. Dengan identiti rahsia sebagai Aithusa di dark web, dia reach out kepada Dragonlord, ketua misteri kepada Knights of The Round Table. Mereka mula rancang strategi — dan slowly, Amalia ambil balik apa yang sepatutnya milik dia. Si pengkhianat pula? Haa… jangan risau. Balasan itu datang juga. 💥
Bonus paling manis dalam cerita ni? Hubungan Amalia dengan kembarnya, Aniq. They are super close, best twin dynamic ever! Aniq ni penyejuk hati dalam cerita ni — dia bukan sekadar comic relief, tapi support system yang sangat penting buat Amalia. Sweet sangat dua beradik ni 🥹❤️
It’s not just about tech, hacking or revenge. It’s about resilience, self-worth, and healing. Banyak ayat dan babak yang buat kita termenung, terasa dekat dengan kehidupan kita sendiri. Macam satu suara anak muda zaman sekarang yang selama ni tak didengari — disuarakan dengan jujur dalam watak Amalia.
If you rasa stuck dengan hidup, kerja toksik, atau pernah dikhianati, Aithusa akan buat kau rasa “I see you.” Sangat worth it untuk dibaca. Highly recommended, go get your copy now!
💅🏻 Baru tahu ni buku 2nd VioletFasha, the first one is Siapa Sangka Terjatuh Cinta pun ramai kata best. Okay masuk dalam wishlist 🛒😜
Aithusa bukan sekadar kisah tentang dunia coding atau teknologi maklumat. Ia adalah perjalanan menyeluruh tentang proses menjadi dewasa – bagaimana seorang insan diuji dengan pelbagai bentuk cabaran kehidupan hingga terbentuknya diri yang lebih kuat dan matang. Watak utama, Amalia, melalui empat fasa penting dalam hidupnya:
1. Kehidupan bersama keluarga
2. Zaman universiti
3. Alam pekerjaan
4. Fasa kebangkitan
Setiap fasa ini membentuk siapa Amalia hari ini.
Apa yang menarik?
✅ Emosi yang mendalam – Penulis sangat bijak bermain dengan emosi pembaca melalui penderitaan dan keperitan yang dilalui Amalia. Ada masanya, terasa seperti mahu masuk ke dalam buku dan tampar sikit muka dia! bagi sedar sikit🤣.. asyik okey je or abaikan je.
✅ Watak-watak toksik yang membuat sakit jiwa – Kehidupan Amalia dikelilingi oleh manusia-manusia toksik, terutama di tempat kerja. Watak seperti Bianca (wanita manipulatif, iri hati, suka meroyan belum khawin tapi over), Nana two face dan Aideen positif sangat... semuanya membawa aura negatif yang membuat kita geram.
✅ Watak Aniq – Antara penyelamat emosi pembaca. Adik yang sangat supportive, pendengar setia dan sentiasa ada untuk kakaknya. Aniq adalah sinar dalam kegelapan dunia Amalia.
✅ Dunia coding yang menarik – Penulis berjaya menghidupkan dunia IT dan coding dengan cara yang mudah difahami dan menyeronokkan. Bukan bosan, tapi menambah nilai pada cerita.
✅ Sokongan sebenar datang dari mereka yang ‘tidak bising’ – Dragonlord, Heartz dan Aniq menjadi tunjang kekuatan Amalia. Dragonlord bantu dengan cara yang keras tetapi membina – dia mahu lihat Amalia bangkit sendiri, bukan bergantung harap. Heartz pula, walaupun dalam diam, memberi kekuatan luar biasa.
Buku ini memberi satu mesej besar: Kejayaan tidak akan tiba tanpa kemahuan. Sebanyak mana pun sokongan, kalau diri sendiri tak mahu bangkit, semuanya akan hancur. Amalia perlu pilih: kekal dalam gelap, atau bangun dan cipta cahaya sendiri.
---
Jika anda suka kisah perjuangan seorang insan, emosi yang realistik dan dunia pekerjaan yang penuh drama – Aithusa adalah pilihan yang tepat.
‼️ Review may or may not contain spoilers ✏️ Social Inequalities, Workplace Toxicity, Science & Technology
Amalia, software fresh graduate yang sangat sangat berbakat dan bercita-cita besar. Dengan jadi salah seorang peserta S.A.P (Software Angine’s Prodigy), Amalia tahu peluang dia untuk dikenali makin tinggi. Tapi semua usahanya bersengkang mata menyiapkan modul untuk pertandingan itu cuma sia sia bila ciptaan Amalia dicuri. Sejak tu, kehidupan Amalia berubah drastik disebabkan nama buruk dalam industri it. Making kelam hidup Amalia bila dia kena hadap kerja yang dia tak minat which is which administration.
Dahlah dapat kerja tak minat, lepastu workplace environment pulak toxic. Makin Amalia buntu dengan episod duka hidup dia. Sampailah satu masa, Amalia wujudkan satu identiti baru yang dia gunakan untuk masuk dalam dark web. Misi Amalia cuma satu, dia nak balas dendam dekat orang yang dah khianati dia.
Saya tak pernah sangka saya akan suka buku buku yang berbahasa tinggi (teknologi, sains, etc). Tapi bila baca Aithusa, tak rasa membaca sebabb adventure dia tu sama sama rushed adrenaline macam kita yang ada dekat tempat Amalia. Semua yang Amalia rasa, i bet semua tu boleh relate. Toxic surroundings tu rasa macam real sangat dengan rakyat Malaysia. Dalam kita mengeluh lemah, ada tak sekali kita terfikir ada orang lain yang rasa teraniaya dengan cara kita bekerja.
Plus, banyak sangat info programming yang kita dapat melalui Aithusa - tiba tiba rasa macam nak jadi hacker macam Amalia, guna identiti palsu macam Vigilante🤭🫣
Cumaa makin menuju ending, saya nampak pace cerita makin rushing dan makin laju. Bila almost sampai dekat ending, saya rasa macam terkejar-kejar. Tapi for those yang nak lari sekejap dari romance, trylah baca Aithusa. Mesti korang rasa wow dengan semua usaha usaha Amalia. Tambah pula, ada organisasi rahsia yang jadi backbone Amalia melunaskan misi balas dendam
Tertarik untuk mendapatkan novel terbaharu K-lit ini dek judulnya – Aithusa. Mengingatkan kembali memori menonton siri televisyen Merlin. Tertanya-tanya sewaktu melihat cover buku ini, tentang naga ke? Dunia magis? Atau sekadar simbolik kepada watak tertentu?
Tiga perkara yang membuatkan saya berjaya habiskan bacaan novel ini:
1. Watak-watak yang tak klise - Watak Amalia sebagai seorang anak perempuan sulung yang tertekan dalam memburu kerjaya impian sebagai IT developer. Bergelumang dengan anxiety dan datangnya dari keluarga yang sederhana menyukarkan Amalia untuk menempatkan diri dalam pertandingan prodigi pembinaan perisian (software)
- Watak-watak yang disajikan bukan tipikal hero dan heroin yang sempurna serta menjadikan jalan cerita itu hidup.
- Sudah tentu ada beberapa watak yang saya geram seperti Bianca, Amir, dan Addien!
2. Gaya bahasa yang cukup rasa - Struktur ayat mudah difahami. Ada beberapa babak yang berjaya menitis air mata dan meninggalkan kesan.
3. Ada falsafah tentang pencarian makna hidup dan identiti diri. - Hidup selepas bergelar graduan IT membawa kepada apa yang Amalia untuk mencari erti hidup. Adakah dia lebih selesa berselindung disebalik nama Aithusa dalam membantu masyarakat dan negara?
Penulis turut mengetengahkan pelbagai isu yang dihadapi para Gen Z dalam realiti alam pekerjaan terutama nepotisme, senioriti dan pelbagai lagi. Ia membuka pandangan saya untuk menghadirkan empati dan memberi peluang kepada generasi masa kini daripada menghukum.
OMG aku suka gila jalan cerita novel ni. Cukup segalanya. Kisah tentang amalia yg kena tikam belakang dgn amer kawan baik dia yg ambil kesemptan atas kelemahan Amalia. Episode mental breakdown Amalia. Dia bangkit cari kerja luar bidang IT. Ingatkan takde la ujian hidup dia bila kerja situ tapi lagi banyak ujian dia kena hadap sampai kena berhenti. Kalau nak tau apa ujian2 tu kena la baca sampai habis.
Watak2 dlm novel ni mcm hidup tau. Sampai aku sendiri dpt rasakan sakitnya jadi Amalia. Dikhianati, dicaci, dihina dan sebagainya. Ada sedikit romance la dlm novel ni. Watak jahat Amer, Addien, Bianca dan Nana. Mmg tak layak ada happy ending. Padan muka korg.
Thanks to watak Aniq yg menghiburkan aku dgn perangai dia. Kadang dia boleh jadi pendengar dan penasihat yg baik buat Amalia dan kadang dia ada sifat yg menghiburkan Amalia masa Amalia sedih. Part paling sedih bila dgn keluarga Amalia tu. Gaisek sedih gila menangis jgk aku.
Tahniah utk novel kedua awk. Semoga maju jaya utk karya yg seterusnya. Awak, saya pun minat merlin tau. Saya layan semua episod kat tv3 dulu 🤭
Menarik sangat konsep buku ni yang fokus tentang teknologi!
Sepanjang baca buku ni, rasa nak belajar coding (lahhh pulak) aku suka baca cerita-cerita where you can experience being a whole different person and learn something new. Banyak sangat pengajaran dalam buku ni. Sangat relatable dengan hidup: work life, mental health, politik...
Aniq sumpah function! I wish I had him as a sibling! Confirm ngam teruk! Dia antara watak yang aku suka dalam Aithusa. Petition to make a book about him pulak! Penyanyi dan... jeng jeng jeng... PA baru dia (band dia?) Enemies to lovers gituuuu HAAA SUKATI AKU JE HAHAHA!
Jalan cerita best, tak bosan, kena kena kena!
Aku pulak jenis yang hopeful romantic... bila ade buku yang tak fokus pada cinta tapi ade SIKIT cinta in the book, AKU HIRUP MACAM AKU HIRUP UDARA! I was desperate in a way HAHAHA. The small love love scenes sangat CUTE! Acts of service men for the win!
Extra: This book is perfect for the eldest daughters and the swifties <3
P.S Aku sebagai anak sulung yang lowkey boleh relate dgn Amalia, aku nangis sikit ya baca scene family tu. Aduhhhh koyak jap.
Tahniah Violetfasha! Buku ni BEST! Keep on writing!
Sejak baca "Siapa Sangka Terjatuh Cinta", aku mahu baca lagi karya Violetfasha, walaupun di novel itu banyak juga yang tak berapa nak puas hati. Tapi aku percaya, Violetfasha akan menghasilkan karya yang lebih baik dan menarik. Dan ini terbukti melalui karyanya ini; Aithusa.
Aithusa adalah kisah Amalia yang mengharung cabaran hidup sebagai generasi gen-z melalui zaman belajar, bekerja dan kehidupan harian yang penuh dengan toksik orang sekeliling.
Membaca novel ini, kau boleh dengar jeritan dan suara hati gen-z yang sering menjadi mangsa label oleh generasi terdahulu. Ia juga mengupas isu anxiety, buli, pengkhianatan, persahabatan, menghargai diri dan bagaimana untuk bangkit semula selepas jatuh.
Spoiler alert!
Oh ya, ada kemunculan cerita Arif dan Mawarti dari novel penulis yang satu lagi. Jadi, haruslah dibaca buku ini untuk kesudahan kisah mereka berdua.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Setelah habis membaca buku ini, aku boleh cakap yang buku ni lebih-lebih baik dari Siapa Sangka Terjatuh Cinta; buku dari penulis yang sama.
Bunyi tajuk buku ni dah macam cerita pasal AI tapi tak. Tak semuanya pasal AI. Dia more to how Amalia seorang Gen-Z, survive dengan pembelotan, tempat kerja toksik, family pressure, budaya senior-junior, etc etc.
Aku salah teka siapa Dragonlord!!
Ada juga slow-burn romance ya.
CAMEO
Memang tak rilek Cameo yang ada dalam buku ni. Awal-awal sahaja dia dah muncul. Pastu yang satu lagi, aku tak pasti itu nak panggil cameo atau watak 'pinjaman'. Tapi kalau kau ada baca buku tu, kau tahu yang itu adalah mereka.
Yeah. I like this book. Sekejap je aku habis baca.
Karya yang dipenuhi isu semasa yang malar segar namun semakin keras melanda generasi kini. Tentang kerjaya, sikap tikam belakang dan neraca keadilan antara manusia yang berbeza darjat.
Betulkah hendak berjaya perlukan kabel kebal orang yang kita kenal? Adakah latar keluarga dan kekayaan menjadi jaminan kita akan sampai ke kemuncak? Adakah kekayaan dan kemasyhuran bermakna kita tahu apa yang kita perlu dan mahu?
Perintis bukan pelapis.
Resonate and relatable. The painted future is also exciting and intimidating.
Ada sebahagian kecil isi naskhah ini yang aku tak dapat faham, mungkin kerana perbezaan generasi dan cara didikan. Hanya saja realitinya, aku perlu usahakan untuk empati denfan dunia kini selaku ahli generasi terdahulu. Jadi pembimbing dan penunjuk arah, jadikan diri bernilai.
".... sebab setiap manusia jalannya berbeza. Tak ada sesiapa tahu, laluan jenis apa yang kita akan ambil...." 73
⭐️5/5 Cerita ni besttt!! Fiction yang bestt!! Tak melalut.. And aku lurvee dia punya plot twist.. Jalan cerita senang nak paham, sampai rasa taknak stop baca! So aku takperlu review panjang lebar. Recommended untuk sape yang minat IT. Tapi yang tak minat IT pun akan enjoy membaca, sebab dia selit tentang reality kehidupan 🔖
saya suka sangat novel ni. walaupun ianya bertemakan negara lain yang serba maju, tapi penceritaannya adalah tentang realiti jugak.
Amalia yang dituduh menciplak hasil cipta orang lain dalam pertandingan mencipta software terpaksa move on.
dia cuba bekerja diluar bidang yang disukai demi kelangsungan hidup. tapi dia berjumpa dengan manusia-manusia toksik yang membuatkan pembaca turut menangis bersamanya.
dua kali guys saya menangis baca buku ni. memei kata orang Pahang. tapi serius novel ni best.
100/10. Buku ni sangat recommended ye. Bila start baca tu dh taknak stop. macam gitu ja masa berlalu. Cerita pasal budak IT. AI ni ad pros and cons. Tapi sy respect gila dgn Amalia, watak utama tu. Buku ni bnyk kena dengan diri sendiri. hebat penulisannya. saya suka watak adik dia Aniq. dia macam someone yg sangat ceria and without him Amalia x hidup. hahahaha i love both of them. i love Merlin. hahahah Love Dooh🫣
sedikit pening bila nama watak kebanyakannya bermula dengan huruf A. Amalia, Amer, aniq, ameena... POV amalia digambarkan mewakili suara orang muda yang kononnya berani, tidak takut bersuara bila diir terasa dipijak...dibuli...tapi bagi aku ada ketika childish. watak bianca yang berusia pertengahan 40-an dah dianggap 'tua', very mak cik... awal2 cerita...fast pace. sedikit melewah di pertengahan. sampai watak amer tu kantoi...baru la laju balik.
Amalia, seorang gadis pintar dan berbakat yang mahir dalam bidang IT, coding dan perisian. Awal cerita lagi pembaca sudah dihidangkan dengan konflik dan drama yang berlaku. Amalia dikhianati oleh kawan sekelas di universiti. Huhh, memang geram dibuatnya. Seronok baca novel yang punyai pace penceritaan yang laju dan straight to the point. Latar cerita dibina di sebuah negara asing bernama Lance.Sebuah dunia yang canggih dan
Setelah itu, Amalia mula bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan kepakarannya. Di sini juga dapat kita lihat satu fenomena biasa yang dialami oleh graduan bila terpaksa untuk melompat bidang apabila peluang pekerjaan tidak mencukupi dan. Amalia menghadapi tekanan dari senior di tempat kerja yang cemburu akan kebolehannya. Pelbagai konflik di tempat kerja dihadapi oleh Amalia dapat kita dengar sebagai ‘perkara biasa’ yang dihadapi golongan muda/genZ di tempat kerja. Saya enjoy baca olahan plot yang menceritakan apa yang terjadi dengan satu-satu kejadian pada satu masa. Maksudnya, tidak serabut untuk melompat-lompat.
Kemudian, Amalia mengambil keputusan untuk membalas dendam atas pengkhianatan yang dibuat pada awal cerita dengan ‘cara yang betul’. Dari sini, keadaan menjadi lebih menarik bila Amalia menggunakan seluruh potensi dirinya untuk mendapatkan apa yang dia ‘deserve’. Saya rasa ada banyak pengajaran yang boleh pembaca dapati dengan membaca novel ni. Bila mana kita seharusnya berusaha dan berjuang untuk diri sendiri.
Saya juga suka dengan watak Aniq, iaitu saudara kembar Amalia. Mereka comel bersama, menunjukkan ikatan adik beradik yang sangat rapat. Walau apa pun dugaan yang terjadi, keluarga lah yang sentiasa akan tolong kita pada akhirnya.
Betul sangat apa yang Amalia ungkapkan tu. Penat hidup ni bila kita terlalu ikut standard yang orang lain tetapkan atau harapkan daripada kita. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧, 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐨𝐤𝐬𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩? Lepas tu, kita pula yang kena tempiasnya, kena terima semua tu bulat-bulat ; konon untuk latihan jadi kuat? Tidaaakkk🥲 Betullah buku ni datang dengan amaran cetus -bacalah dengan hikmah. Emosinya memang sampai…
Sis suka sangat watak Amalia. Realistik. Amalia gagal, jatuh, tapi dia bangkit semula - dengan kehendak dan usaha sendiri. Dekat sinilah kita akan ‘jatuh cinta’ pula dengan watak Aniq, adik kembar Amalia. Serius, Aniq banyak main peranan dalam hidup jatuh bangun Amalia. Sweet je hubungan bro-sis dorang, macam Frozen gitu🤍 Hehe.
Melalui watak Amalia, kita belajar bahawa - 𝙬𝙚 𝙘𝙖𝙣 𝙖𝙡𝙬𝙖𝙮𝙨 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣, 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙝𝙖𝙩’𝙨 𝙤𝙠𝙖𝙮. Bagaimana dia bertindak berani untuk minta pertolongan daripada Dragonlord, yang hanya boleh dihubungi melalui laman web gelap, demi membalas dendam terhadap orang yang tikam belakang dia sendiri. Siapa pulak Dragonlord? Apesal pulak Dragonlord ni nak tolong Amalia?
Lepas tu, ada juga elemen slow-burn romance dalam buku ni. Tapi yang tu, korang kena baca dan alami sendiri, okay? 🤭
Ending dia eyhhh?🤔 For me, just nice lah kot. Sebab yela, mungkin penulis nak fokus pada cerita Amalia. Mungkin ke ada sekuel untuk Amalia dan Dragonlord, atau balas dendam dari Amer pulak ke. Atau, ada buku tajuk Dragonlord ke? Pleaseeeee🤣👉🏼👈🏼