Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Unsung Hero #1

The Unsung Hero

Rate this book
Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya... ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.

Bagi Blackswan, sangat berdosa!
Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek!

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.
Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula...
Maryam : “Hutang boleh?”
Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti... kalau lambat sangat bertangguh.”
“Apa bunganya?”
“Nanti abang cakap... tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”

******

Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.”

Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”******

1156 pages, Paperback

First published September 1, 2014

65 people are currently reading
838 people want to read

About the author

Melur Jelita

10 books427 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
342 (65%)
4 stars
120 (22%)
3 stars
47 (8%)
2 stars
10 (1%)
1 star
7 (1%)
Displaying 1 - 30 of 83 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
October 16, 2015
Buku yang tak teragak2 dibeli walaupun tanpa membaca sinopsis. Berjaya di khatam dalam tempoh 48 jam dengan ketebalan 1156. Mengangkat wira yang tak didendang, VAT69 jasa, penat lelah mereka yang tidak dibukukan menjadi tatapan jelitawan dihati Melur Jelita. Tahniah kak MJ, kelahiran novel gemuk ke-4.

Review? Tak terkata dah. Best! Penuh pengisian. Mengharapkan adanya sambungan untuk menjawab beberapa persoalan, mata yang memerhati masih kabur , agaknya itu Riyaz dan rahsia kematian bonda Maryam belum terungkai kerana kuburnya tidak bernisan konon dihempas badai.
-----------@@@@@@@@@@@--------



Kisah rumahtangga, tips untuk menjadi tip top isteri , suami mithali memang kedapatan dalam helaian gemuks ini. Baca untuk panduan diri sendirik. Tweet! Resepi rumahtangga, 5 perkataan mudah. Maaf. Awak betul. Saya salah.

Perbualan dalam bahasa Kedah dan Kelantan pastinya menarik perhatian pembaca. Detail tentang makanan yang dimasak/dimakan buat perut keriuk keriuk, berdecip, kecur liur. Ada yang boleh bayang ada yang tak terbayang. Yang pasti maggie ketam memang sedap. Slurrp!

Kak MJ pasti tidak mengabaikan keindahan alam semulajadi, binatang comel dan unik untuk dikongsi. Semua watak ada karektor masing-masing. Tidak terlalu sempurna. Dalam garangnya bak ada sifat kasih seorang bapa, dalam tegasnya bonda mendidik ada pengertian seorang ibu saudara terhadap anak buah yang disayangi, dalam lembut Haziqgojes, ada kerasnya dia mempertahankan bak dan Maryam, dalam bijaknya Maryam ada lurus bendul, telur separuh masak, mulut berasid. Dalam heronya Irvan, ada nakal, gelenya, rajuk dan egonya dia.

Sarat dengan kisah VAT 69. Pembaca terpaku dengan huraian penuh aksi seperti sedang menonton filem rambo dan sewaktu dengannya. Buku ini buat pembaca bangga dengan HERO Malaysia dan keluarga mereka. Haeyyy!



Masih ku terasa kesedapannya


Midin buat si anak gadis yang bakal melahirkan Muhammad
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
February 11, 2015
Biarpun tercetak perkataan TAMAT pada m/s 1156... tapi instinct ku kuat mengatakan THE UNSUNG HERO akan di-sequel-kan.

Alasan;

i) Ada 'bayang-bayang' Riyaz dalam plot penceritaan selepas tragedi kehilangannya. Dan Irvan dikatakan sedikit cuak bila terlihat kelibat seseorang itu.

ii) Watak Sakinah 'ditutup' dalam naskah ini tapi 'bau'nya terembas merata-rata. Bau kerinduan seorang anak terhadap si ibu (Maryam) juga bau kebencian seorang suami terhadap si isteri (Bak).

iii) Si kecil Muhammad belum dimunculkan. Dan bukanlah menjadi trademark penulis tidak menoktahkan watak2 ciptaannya.

iv) Ingat tak plot sirih jampi? Misteri ke-lupa-an Maryam terhadap kenangannya bersama Irvan ketika usianya 17 tahun.
Dan....
Juga dinyatakan si Irvan ingin menunjukkan botol2 pasirnya kepada Maryam.
Jangan lupa... Maryam sendiri cemburu dengan potretnya ketika di usia 15 tahun yang tersimpan kemas dalam dompet Irvan.
Malah... Maryam sendiri tahu cintanya pernah tertumpah kepada seseorang... seseorang yang terlalu dirindui.

Mungkinkah;

i) Riyaz akan kembali?
Riyaz akan menuntut kembali haknya terhadap Maryam?

ii) Watak Irvan akan 'direhatkan' bagi memunculkan Riyaz?
Suatu mala petaka akan menimpa Irvan ketika dalam tugasan?

iii) Kisah Sakinah akan dibongkar dengan kemunculan tuan punya badan sendiri?

iv) Si Muhammad akan menjadi pelerai kepada segala kekusutan yang bakal tercipta?

So, tunggu.......


========================

Jika benarlah tiada sambungan untuk naskah ini, (for me) watak Riyaz patut ditiadakan.

Alangkah indahnya jika kembalinya Irvan ke jajahan Bak adalah untuk memikat kembali si blackswan nya.

Tentu lebih menyerlah sekiranya kisah sirih jampi terbongkar dan Irvan berjuang mati-matian untuk mengembalikan ingatan Maryam atas janji mereka.

Tentu penulis punya motif tersendiri kenapa memilih Plot A bukan Plot B...........




Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
September 28, 2014
Abam One mmg Unsung Hero... he walks the talk. tabik spring!! N wakaf masjid, really terkesan di hati....

TBC...

Bismillah…

Rasanya macam dah lama benau tak review Novel Melayu. Semangat membaca tu terbang dibawa angin lalu…. Sket baik ada Abam Hero yang menarik ku kembali… Perghhhh!! Statement tak hengattt….. Ahaks… Akhirnya…. Selesai jua pembacaanku. Walaupun hati meronta tidak mahu menamatkan bacaan, apakan daya bukan aku penulis buku ini…

Penulisan Kakak MJ kali ini lebih santai dan schumel-schumel saja tapi isinya tetap ada. Lontaran soalan2nya begitu tepat, jitu dan berdepek ke batang hidung. Dan setiap persoalan, ada tersedia jawapannya. Itu lah keindahan naskah ini. Siapa kata Novel melalaikan? Siapa kata novel bukan bacaan ilmiah? Bagi saya, setiap buku itu ada ilmunya. Biarlah sedikit cuma, ianya tetap ilmu! Baik atau buruk naskah itu, terpulang kepada bagaimana kita menginterpretasikannya.

Abang One aka Deraman aka Mr Irvan :
Lelaki perkasa berkeyakinan maha tinggi level langit ke 7. Tak pernah mau kalah tapi telus pada cinta nan satu.
*** Gadisku… Masa depanku… *** Alahai…. C.A.I.R.


Yam aka BlackSwan aka Tun Maryam Keumalahayani :
Gadis melayu yang dibesarkan dengan penuh disiplin yang sentiasa menyesakkan dada sehingga terjadi pemberontakan jiwa dalam diam. Diamnya Yam hanya di depan Bak semata-mata. Hilang Bak dari pandangan, timbullah Yam yang bersalin kulit.
*** Abang... Saya ada di sini...untuk abang...***

Permulaan cerita yang santai. Penuh dengan Gurau gurauan muda mudi, kasih sayang serta harmoni keluarga yang menenangkan perasaan. Nasihat orang orang lama yang terkesan di hati. Membaca tentang kehidupan Babah dan Chik serta gelagat 5 bersaudara cukup menghiburkan. Ditambah dengan bunga sekuntum yang dijaga dengan penuh cermat dan prihatin. Diselang seli dengan gurauan terkadang lembut terkadang kasar oleh Abang One terhadap Yam. Cukup rencah dalam sesebuah kehidupan.

Tragedi memunculkan diri. Kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata mengubah seorang lelaki yang begitu ceria kepada insan yang sentiasa diam menderita. Pedih sungguh sesuatu kehilangan itu apabila Perginya tanpa pesan, hilangnya tanpa alasan, Hanya jiwa kental yang boleh mengharungi tanpa hilang pedoman. Allahuakbar. Mati itu pasti! Dan Mati itu tiada signalnya.

Selepas tragedi, Irvan membawa diri meninggalkan Yam terumbang ambing tanpa panduan sehingga memaksa Bonda mengambil tindakan drastic yang membuat saya sangat-sangat marah pada bonda. Tapi tu lah... kalau tak, kesian jugak pada Yam. Takpalah... Ada jodoh tidak ke mana.

Muncul orang ketiga! Heeeemmmphhhhhhh TAK SUKA RIYAZ. Sekian. Itu saja yang saya nak cerita pasal dia. Takmo masuk kepala pun pasal dia.

Setelah hati beransur tenang, Abang One pulang mencari Yam yang tersayang. Malangnya Yam kini tidak seperti Yam yang dulu. Masih orang yang sama tapi perwatakan yang berbeza. Masih Yam yang lembut dan ayu tapi berhati kental. Kenapakah Gadisku berubah laku? Tanpa bosan, Irvan melayan kerenah si Gadis. Dari menjauh, si gadis mendekat. Dari berprasangka, si gadis mula menaruh percaya. Akhirnya kerana rasa cinta yang penuh di dada, Irvan nekad mengundur diri demi kebahagiaan gadis tercinta. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Kalau dah jodoh, tidak kemana, walau tiada rasa, si gadis akhirnya tekad menerima sang teruna. Bermulalah usaha seorang Irvan untuk meraih cinta seorang Yam. Perit jerih tidak dipeduli, usaha demi usaha digagahi... Akhirnya..... Op koz la hepi ending kan. Mana boley kakak MJ tak bagi hepi ending. Nanti ramai2 ketuk pintu rumah dia suruh buat sekuel... Ahakssss....

Sejujurnya.... apa-apa pun buku dari kak MJ, memang saya suka. Kerana cukup rencah dan sifatnya. Itu lah bezanya penulisan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.... Kudos kak MJ! Lagi sekali Kakak telah mencuri ketenangan saya dengan hero kakak. Saya terhibur. Ni tengah diri atas kosi sambil tepuk2 tangan berkali2 ni. Bagi standing ovation lagi.... :D

P/S: OH! BTW... SAYA SANGAT SANGAT MENYUKAI HAZIQ GOJES hokay. Bagi saya dialah sunshine, dia lah rainbow dalam cerita ini. I lap u Haziq.... :D
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
November 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM23. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

To be honest, novel ni agak kurang berjaya men-capture sangat my attention compared to ILYS dan MyPI. I couldn't help but think, alangkah bestnya kalau novel ni diterbitkan time bulan puasa or raya tahun ni sebab the first part of the novel took place time bulan puasa. jadi banyaklah suasana puasa and raya yang digambarkan dalam kisah ini.

Tapi N sangat appreciate dengan pengisisan novel ini. Unsur kekeluargaan masih dititikberatkan, begitu juga dengan unsur patriotisme dan keagungan Islam.

Tak banyak novel yang N pernah baca yang berjaya meneterapkan unsur-unsur patriotisme dengan berkesan. Semasa baca novel ni, memanglah semangat cintakan negara, agama dan bangsa berkobar-kobar. Bangga sangat menjadi anak jati Malaysia! Siapa kata made in Malaysia ni cikai-cikai saja? Kita ada VAT69. Negara lain ada?


Ada beberapa persoalan yang tergantung. Betulkah ibu Maryam meninggal? Penjelasan yang diberikan oleh bak dan bunda kepada Maryam agak tak boleh diterima akal, dikukuhkan lagi dengan reaksi bak setiap kali nama ibu Maryam disebut.

Bagaimana pula dengan Riyaz? Kalau diteliti, watak Riyaz seolah-olah masih hidup dan berkhidmat di Sabah. Tapi kenapa tidak dikhabarkan? Menjadi spy-kah dia? Atau mungkin MJ sudah ada rancangan untuk membuat sequel atau spin-off kepada novel The Unsung Hero ini?
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
October 24, 2022
Dah lama plan nak baca TUH ni. Tapi aku dok sabar dulu sebab plan asalnya nak beli buku fizikal, nak simpanlah dekat shelf. Tapi alahai, dekat esentral ada jual pulak, aku rembat ebook jelah. Sekuel TO mungkin aku beli fizikal sebab takde pulak nampaknya ebook.

Nak jugak simpan koleksi buku MJ, aku ada ASST je dengan aku hahahaha hmm

Okay oh my god i'm excited! Kalau nak cerita panjang lebar pasal buku MJ memang tak bolehlah, tiptop teruks, sarat dengan mesej tentang kehidupan, islamik, adat melayu, dan jugak alam rumah tangga. Tak pernah miss lah semua elemen ni dalam buku MJ. Even buku tebal nak mampus pun memang tak rugi orang baca.

Jujur! Kalau nak review buku MJ ni memang tak boleh one side je sebenarnya. Sebab dia cover banyak tempat.

(i) Aku boleh saja sentuh waktu sebelum keluarga Irvan ditimpa kemalangan, masa tu memang melibatkan Babah, Chik, Abang Long, Abang Ngah, Teh, dan jugak Su meninggal. Membuatkan Irvan jadi yatim piatu on the spot. Tinggal lah Maryam, Bak, dan jugak Bunda.

(ii) Tapi aku boleh jugak cerita macam mana Irvan decided untuk bawak diri selama 5 tahun, hilang, entah kemana, masa ni Maryam pulak sakit yang berbulan-bulan. Ada yang kata dia kena santau sebab dia ada penyakit rindu. Tak diterangkan penyakitnya sangat.

❛Maryam secara tidak sedar telah membuka pintu hatinya kepada Abang One. Adakah ini cinta? Merindu setiap saat? Merenung gambarnya? Memeluk dan mencium barangnya? Setiap malam, album kenangan ditatap tanpa jemu. Setiap malam, tidurnya berselimutkan baju Melayu Irvan. Crystal antique pink... warna kesukaan Irvan.❜


(iii) After 5 years, Irvan muncul, dengan imej baru, tak keding macam dulu, muscular lah boleh kata. Maryam assume dia study dan kerja luar negara. Tapi tup tup, dapat tahu Irvan ni join VAT 69. Terus maki hamun si Maryam. Sebab dia tak suka polis dan askar. Mungkin sebab dia dibesarkan oleh bak yang dulunya Mejar. Hidup banyak dikongkong dan banyak benda kena kontrol itu ini.

Aku mula-mula pening jugak baca buku ni sebab aku tak faham situasi, aku pusing dengan keluarga ni dengan panggilan pun agak confusing bagi aku. Kita dapat tengok macam mana rapat keluarga Babah, Chik, Bunda, Bak, Irvan, dan jugak Maryam dalam ni. Aku suka bila diorang ni kuat dan ikut dengan adat melayu belah Kelantan. Ada gabungan loghat Kelantan dan Kedah dalam ni, yang bagi aku lagi membuatkan buku ni bertambah klasik yer.

Agak terkejut bila dapat tahu yang Irvan dan Maryam ni sepupu. Maryam ni memang dijaga betul dan dibuat macam adik perempuan Irvan sendiri. Jem jugak at first like okaaaaay, sepupu relationship okaaay this is weird. Aku tahu benda tu boleh jadi tapi tidak digalakkan betul? Tapi tak jugak dilarang. So agak curious jugak where this book is heading.

Suka tengok cara Irvan yang tidak lekang menabur kasih sayang dekat Maryam, sungguh blackswan ya dia ni. Pandai jaga diri. Dia tahu jual mahal tak layan sangat lelaki-lelaki ni. Aku tak tahu sama ada Maryam sedar atau tidak Abang One atau Irvan ni suka dekat Maryam. She's very naive, is what i can tell. But disebalik kenaifan dia, aku rasa Maryam ni alert dan bijak dengan keadaan sekeliling. Sebab tu Irvan boleh terpikat dan jugak Riyaz!

Maryam ni bijak tau tapi aku kesian dengan dia. Mungkin sebab dia je 'anak perempuan' dalam keluarga so dia dijaga rapi sungguh. Banyak benda dia tak boleh buat. Semua benda hal perempuan saja. Benda dapur, kebun, ladang, memang dia mahir. Cuma dia takde rezeki nak belajar jauh je. Aku harap sangat masa ni Irvan boleh angkut dia untuk belajar jauh. Sebab Irvan je harapan dan selalu bercerita tentang pengalaman dia belajar diluar negara. Sangat nice tau Irvan ni. Abang One, the chosen one, yang sangat awesome!

Cuma aku teringat yang Bak pernah cakap pada Irvan yang kalaulah Maryam tu lelaki, lebih mudah untuk dijaga. Masa ni, aku dah nampak bertapa jelas gila cara layanan Bak dan Bunda terhadap Irvan berbanding Maryam. Apa yang Irvan cakap, semua boleh. Maryam pulak tak boleh. Banyak dihalang. I don’t know lah whether this is good for her or not. But for me, its not good for her mental sake. Kekadang sampai reason pun tak bagitahu. Haih, anyway!

Fast forward, aku kurang minat dengan watak Riyaz bila muncul sini. Senang cerita dia ni second-male lead lah kot? Dia minat dekat Maryam, terjumpa waktu dalam ofis mak dia atau kawan dia (sumpah aku tak ingat) dekat USM, masa Maryam ada appointment tentang projek lebah. Cinta pandang pertama katanya. Dia ni pangkat Inspektor, okay. Polis okay? Tapi perangai dia menggeletis, mengada, gatal, ya ampunnnnn. Tolonglah jauhkan dia dari Maryam. Tak pernah aku tengok perangai polis inspektor serupa dia. Kalah Inspektor Firman Ebrahim dulu tau. Buat malu je!

Okay, kita speedkan sikit, Riyaz masuk merisik Maryam, aku tak tahulah macam mana Bak boleh setuju tapi dia setuju. Tapi setuju-setuju Bak pun, masih ada banyak pantang larang dia. Maryam yang dulu tak suka pun boleh jadi tersuka, aku syak sebab Riyaz pernah kata pada Maryam yang kalau mereka jadi kahwin memang Riyaz nak Maryam sambung belajar. And that made her cry okay. Impian Maryam kita!

Tapi tragedi berlaku, beberapa hari sebelum hari pernikahan Riyaz dan Maryam, Riyaz hilang dalam misi. Irvan pun turut serta dalam misi ni. Rasanya masa ni, diorang perlu terjun dari helikopter tapi entah macam mana Riyaz dengan Hamzah terbelit dan membuatkan payung salah seorang tak boleh bukak. Irvan kena ambil keputusan pantas untuk menyelamatkan salah seorang. Dengan keadaan Hamzah pulak yang tidak sedarkan diri waktu terjun. Irvan needs to do something quick. And yep, he saved Hamzah. Dan berharap Riyaz selamat mendarat.

But once dapat berita tentang ni, Maryam macam orang tak betul mungkin sebab tak sangka bakal suami hilang sebelum nikah. Kata Bak, macam orang mati suami. Padahal baru tunang. Kasihankan anaknya, Bak cuba tanya pada Irvan sama ada Irvan berkenan ataupun tidak pada Maryam.

❝Tak bolehkah Wan mencintai adik chik sebagaimana Riyaz mencintai dia?❞
❝Wan akan memberi hidup kepadanya dengan apa yang Wan mampu...seadanya. Lebih dari mana-mana lelaki mencintai wanita di dunia luar.❞


Urusan dipermudahkan, akhirnya Irvan selamat dinikahkan dengan masa depannya, Tun Maryam Keumalahayani.

I'm pretty sure ada sambungan disebalik kehilangan/kematian Riyaz dalam misi tu. Aku dapat rasa MJ akan buat comeback watak dia ni. And aku sangat ready dengan plot twist sedemikian dalam buku kedua dia.

Rasanya makan beberapa bulan jugak lepas pernikahan Irvan dan Maryam berlaku, rumahtangga diorang macam biasa diorang hadap dirumah dulu. Takde apa berubah except for status. Maryam banyak buat dek je dengan Irvan. Frustrated Irvan tak dapat menabur kasihnya dengan dalam dekat Maryam. Balik kerja kekadang berminggu dan bulan, Maryam tak layan langsung dia. Sampailah malam tumpang lalu tiba, akhirnya Maryam realizes everything. Masa ni aku kagum dengan kesabaran Irvan untuk tunggu dan baby steps dengan Maryam. Walaupun dia terseksa secara batin. Kena fahamlah kahwin dengan orang muda seperti Maryam. Bukan setakat muda je, naif dan dijaga macam tuan puteri pulak tu.

Disebalik kecomelan, moment manis, romantik, dan kenakalan Maryam dan Irvan dalam buku ni. Aku sangat puas hati ianya seimbang dengan tema polis atau komando VAT 69 yang cuba MJ masukkan dalam ni. Secara tidak langsung, aku dapat faham skop kerja VAT 69 dalam ni. Buat aku jatuh sayang dan suka pada polis. Macam mana gila dan membahaya kerja ni. Buku yang sangat balance ceritanya!

❝Adik bersyukur memiliki abang, seorang pejuang negara. Dan semoga anak kita juga akan bersyukur mempunyai ayah seperti abang.❞
❝Pejuang negara yang tak dikenali. The unsung hero.❞
❝Tak apalah tak dikenali. Asalkan Allah kenal dan adik kenal.❞


Tapi, masih banyak benda perlu dirungkai dalam ni. Bunda ada mentioned pasal ibu Maryam, Sakinah. Aku rasa ibu dia menghilangkan diri dan akan tampil kemunculannya dalam The One nanti. Bunda ni tak kahwin kan? Kenapa reason dia tak kahwin eh? The way dia bagi nasihat dan protective dan stern terhadap Maryam buat aku rasa why? Aku masih tak faham kenapa Irvan tak berkeras untuk duduk rumah sendiri dan keluarga dari rumah Bak dan Bunda. Aku rasa tak manis sangat pasangan suami isteri yang baru saja kahwin duduk sekali. Macam takde privasi. Kesian jugak dengan Maryam yang masih lagi 'terperangkap' macam dulu. Dan, Riyaz......hati aku kuat mengatakan dia hidup lagi.

Tak sabar nak tengok dengan kemunculan Muhammad dalam buku kedua. Dan aku ready untuk terima segala drama dan air mata dalam buku kedua MJ. Kebiasaan buku MJ yang kedua akan double triple sedih (teringat MYPI). Sedih aku! Tapi excited. Until next time! Yee!



The Unsung Hero tamat dibaca pada 22 Oktober 2022.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
July 7, 2024
Rate: 4.8⭐️

Banyak kali jugak org sebut pasal buku Arwah MJ, dan saya akhirnya terpanggil untuk baca buku yg satu ni. Bukan mudah nak mula ya disebabkan ketebalan buku ni 😂 Itupun aku ada berhenti lama jgk after 1000 pages camtu, aku start baca bulan 5 tahun lepas ya dan harini baru aku sambung habiskan pembacaan. 🙊

Terasa banyak benda nak cakap, tapi mcm sukar nak diluahkan dalam bentuk penulisan 😌 Sesungguhnya setelah baca buku ni, aku boleh faham kenapa org kata penulisan MJ is something yang unique dan susah nak jumpa pada author lain. Dan aku juga faham kenapa ada mixed reviews about buku MJ. First, kalau korg jenis tak suka buku yang penuh dgn info dump, dan nakkan cerita romance yang perfect then this book might not be for you.

Pada mulanya, aku agak sukar nak terima relationship ML dan FL, sbb love between cousins not really my preferences and the way the ML keep calling adik kinda ick me. Hahaha. Again my preferences. Tapi aku ignore je because that’s not enough utk aku stop baca buku ni because i love penceritaan MJ. Buku ni ada something special yang buatkan aku rasa mcm aku ada sekali mengikuti susur galur kehidupan diorg dalam buku ni. Banyak betul ayat2 dan info2 yang bermanfaat dalam buku ni. 🫶🏻🫶🏻 Ada orang mungkin akan bosan sbb certain perkara tu diceritakan terlalu details, contoh kerja Maryam, kerja Irvan, tips2 kehidupan dan sebagainya, tapi aku suka. Sbb nak cari info2 tu sendiri belum tentu lagi, hahah. Tp bila baca dan dapat ilmu mcm tu seronok pula rasanya. 🙃

Ada orang mungkin tak suka dgn FL punya karakter, but for me i love the complexity of each of the characters in this novels termasuklah FL. Kadang geram jgk dengan perangai dia, tp itulah yg normalnya, itulah manusia yang Allah jadikan kompleks, di mana ada beza perangai setiap manusia tu. Dan diorang tak sempurna, they have their own weaknesses. Boleh rasa kesedihan yg dialami oleh FL dan juga ML. Kisah cinta diorang pun bukannya mcm kisah lain, tapi aku suka how FL slowly accepting the ML. 🫰🏻🫰🏻 and i now know why people love Irvan so much, he’s really one of a kind 🫠🫠🤌🏻🤌🏻 The love he has for Maryam is soo wow 🤧🤧🩵🩵

‘Masa depan Abang’ ha gituuuu hahahahah. Mana tak cair 😆😆 Yang pasti bukan sekadar kisah cinta, tetapi kisah keluarga, kisah pengorbanan, kisah mencari erti kehidupan, kisah perjuangan, kisah cintakan negara dan banyak lagi kalau nak sebut sbb banyak sgt nilai2 yang dimasukkan dalam ni yg terkait rapat dengan hidup kita. Kadang tu rasa tersentap sendiri 😮‍💨 Papepun, i’m not ready for now utk baca sequel dia… Sbb dgr cerita kedua pain. Huhu. 🥹

Btw, yg kurg 0.2 tu is because ada beberapa perkara yang aku kurang berkenan sikit, sbb ada beberapa dialog yg aku rasa agak repetitive dan for me kurang bersesuaian sikit dgn minor. Ada juga certain perkara yang belum terjawab. Ok tu jee. Panjang betul aku dah bebel, tapi still rasa mcm ada benda yg tertinggal nak cakap. Hahaha. #emptycanvashida
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
October 19, 2015
Abang One memang the chosen one. (*_*)

Review: 20.09.2015

Penulis dah post makluman kesinambungan kisah ini, baru la KakChik teringat Abang One & Adik chik dah lama terperap dalam lemariputih.

Nur Muhammad Irvan@Deraman@Abang One
Dia tipikal anak lelaki tengah, yang sentiasa diminta mengalah untuk abang-abang dan adik-adiknya. Lima beradik yang rapat dan mempunyai gelaran along, angah, ateh dan su, tapi berbezanya dia cuma digelar Wan oleh babah, chik, bak dan bunda. Anak yang nakal ketika zaman kecilnya tetapi dia punya pegangan kendiri yang kuat. Menjadi perantau di bumi Glasgow tidak memudarkan jati diri sebagai anak yang berpegang teguh pada susur galur akar umbi dan juga agama.

Bukan hidup namanya jika tidak diuji, tetapi ujian kehilangan seluruh keluarga menyebabkan bertahun dia menjauhkan diri dari bak, bunda dan Maryam dengan pesanan jangan dicari di mana dia kerana bila tiba waktu dia akan kembali dengan sendirinya.

Dia merancang secara halus agar gadis impian dapat disunting dengan penuh adat. Tetapi rupanya ada kumbang lain yang lebih laju kepakan sayapnya singgah di kuntum bunga impian. Merajuk, terpinggir dan cuba reda buat dia pergi lagi. Tekadnya mungkin tidak kembali, tetapi kuatkah dia untuk membiarkan rayuan bak berlalu seperti angin lalu?

Tun Maryan Kuemalahayani@Black swan@adik chik
Anak yang cerdik dan terang hatinya, namun sayang dia dinafikan hak untuk menuntut ilmu secara formal ketahap tertinggi. Kesian anak yatim kepialu yang sering rasa tertekan dengan sikap bak dan bunda. Dia dipingit dicanai bunda agar menjadi anak gadis yang sopan, penuh kelembutan dan mahir dalam segala urusan rumahtangga. Karektor keras Mejar Sani menjadikan Maryam anak yang berpeluang untuk meluahkanu kehendak dan tiada pilihan. Sudahnya, dia menjadi yang pasif menerima segala pilihan dan keputusan orang tua.

Tetapi dalam taat ada juga melawannya Maryam. Dalam diam dia mencuba minatnya tanpa pengetahuan bak dan bunda. Apatah lagi selepas kemunculan Haziq gojes dalam keluarga mereka.

Namun jiwa Maryam amat rapuh. Teruji dengan sedikit ujian, dia hampir hilang pedoman. Padanya segala kesayangannya akan pergi meninggalkan dia sendiri sehingga mata hatinya tertutup untuk menilai kasih mereka yang sentiasa ada untuknya.

Paksaan bak, namun kata putusnya dari dirinya sendiri. Dia terikat sebagai isteri, walau padanya kissing cousin adalah sumbang.

Haziq gojes
Abang susuan Maryam, anak yatim piatu. Perwatakan lembut namun bukanlah pondan. Lembut bukan yang dia pinta. Orang yang sentiasa di samping Maryam, walaupun Maryam jarang berkongsi rahsia hatinya. Karektor Haziq adalah salah satu faktor untuk pembaca tersengih sendiri.

Komentar:

1. Blur pada babak pertemuan Irvan-Maryam di lapangan terbang pada permulaan cerita sebabnya rasa macam banyak sangat gelaran@perumpamaan yang digunakan.

2. Segala ikatan kekeluargaan bagaikan 'mati' setelah perginya gemulah semua. Tak rasa dah perhatian dan lembut sentuhan orang tua walaupun masih ada bak & bunda.

3. Pendedahan yang bagus perkenaan VAT 69. Namun seperti masih terlalu banyak yang perlu diambil tahu. Hero yang berkorban untuk negara, bangsa dan agama.

4. Tertanya-tanya kenapa bunda tidak berumahtangga, adakah kerana tanggungjawab mengasuh Maryam menyebabkan bunda juga menjadi mangsa ketaatan kepada Long?

5. 'Kematian' watak Inspektor Riyaz bukanlah kemuncak segala persoalan hidup Maryam. Hati KakChik kuat mengatakan dia masih bernyawa. Adakah dia yang berada di Sabah?

6. Misteri Sakinah juga menjadi tanda tanya yang tidak terjawab. Mungkin kita akan 'berjumpa' dia secara realiti nanti.

7. Momentum plot pada suku terakhir kebanyakannya aktiviti atau pujuk rayu 'aktiviti membunuh syaitan'. Jadi pada hemah KakChik karya ini lebih sesuai untuk bacaan orang dewasa. Walaupun begitu tidak dinafikan banyak perkongsian berkenaan perkara dalam kehidupan harian yang dihidangkan oleh penulis.

8. Penutup kisah Irvan-Maryam dalam karya ini hanyalah permulaan untuk kisah tragik yang seterusnya.

Otak KakChik sudah meneka-neka plot seterusnya dalam buku terbaru MJ,
- kehadiran si kecil Muhammad, samada diterima Maryam dengan terbuka atau kemungkinan kesan sirih penawar memberi kesan kemudian hari.
- Irvan mungkin hilang dalam tugas atau pergi kerana ego. Sebab dalam cintanya kepada si isteri, dia lelaki yang tinggi ego. Lihat sajalah reaksi dia pada awal kehamilan isterinya.
- Riyaz akan kembali!
- Sakinah bisa muncul menuntut haknya sebagai ibu?

Harapnya MJ tidaklah kejam untuk membunuh rasa 'kasih' KakChik pada Abang One dalam buku terbaru beliau nanti. :P
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
April 13, 2024
I thought kan I dah takkan baca buku dari MJ lagi selepas dah habis baca ILYS, tak kena dengan tekak & watak yang agak mintak penampar setiap masa. Dengan nak menghadap beribu pages lagi, Abang Pedas pun tak mampu nak buatkan hatikuu suka dengan rentak cerita tu.

Dan untuk TUH ni even beribu pages pun mampu dibaca dengan hati yang tenang, info dump banyak pun takpe yang mana kita boleh baca kita baca yang mana rasa mehhh skip ja la ehh 😆. Awal bacaan tu agak pening sikit sebab tak biasa orang kabor dengar panggilan yg agak lain, ntahkan panggilan itu untuk lelaki ke wanita. Dibaca pulak semasa bulan puasa kan agak kenalah dengan suasana yg sama dalam novel ni. Tapikan, I marah sikitlah dengan perbuatan Bunda yg gunakan ‘kaedah’ tu nk buat Maryam
sembuh dari penyakit yang tak diketahui punca. Harap buku ke-2 nanti adalah penjelasan tu.

p/s - actually I dah terbaca review untuk buku ke 2 nanti hshshshhshs rasanya kita akan ‘hello pain, welcome back.’
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
October 13, 2024
Fuh, berpeluh-peluh rasanya nak menghabiskan buku The Unsung Hero dan nasib baik lah ianya berbaloi.

Betapa menariknya buku ini sampai boleh buat saya untuk terus berdedikasi melalui setiap muka surat hingga ke muka surat yang terakhir. 1K++ pages, achievement untuk saya sebab tak pernah rasanya baca setebal ini.

Nak menghabiskan buku setebal 500++ pun terasa azab - azab kalau tak seronok, tapi kalau seronok - ianya bagaikan nikmat syurgawi 😂

Tapi ada juga saat saya memang rasa penat gila, mental saya pun dah macam 'kenapa tak habis lagi ni 😩' mungkin sebab asyik ulang konflik yang sama je. Jadi secara tepatnya, actual rating saya lebih kepada 4.8/4.9 camtu.

Saya suka bila saya baca buku yang boleh buatkan saya rasa teruja, seronok dan memuaskan. Bagi saya elemen yang diterapkan dalam buku ini sangat menyeluruh dari setiap lapisan kehidupan. Setiap watak, perwatakan, latarbelakang, dan peristiwa yang ditulis seperti ada roh dan jiwa sebab saya rasa sangat real dan hidup.

Nak bagi ulasan panjang-panjang pun dah tak larat. Cukup la saya katakan buku ni antara yang saya rasa evergreen, tak mudah ditelan zaman, releven. Kalau ada list saya akan vote untuk "Books You Have To Read Before You Die".

Untuk The One, mungkin saya akan ambil masa untuk merehatkan minda, memperkuatkan mental saya yang rapuh ini sebab buku kedua pun tebalnya hampir serupa. Memang betul-betul nak berperang 😆
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
October 19, 2025
4.5 stars

Novel ni bukan sekadar kisah cinta biasa. It’s about sacrifice, family, patriotism, adat and faith. Arwah kak Melur Jelita always writes with heart... bahasa dia puitis, penuh emosi, kadang ada lawak kecil and ada jugak unsur nasihat and ilmu hidup. You’ll cry, laugh and reflect a lot reading this one.

It’s a long, emotional journey, slow burn but worth it.
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
July 15, 2023
4.75⭐

1st time baca karya Melur Jelita. Ambil masa 5 hari nak habis 1000+ m/s. Tak pernah-pernah lah baca novel panjang macam ni. But serius saya suka betul dgn gaya penulisan dan bahasa dalam TUH ni. Penuh kiasan dan ayat tersirat. Indah tersusun. Kadang tu 2/3 kali baca untuk hadam. Belum lagi sebut betapa banyak tips/ilmu baru yang saya dapat. Benar-benar bacaan yang berisi!
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
November 15, 2023
Buku ni sangat tebal yaaa. 3 bulan ambil masa nak habis. Sempat la habis few books 😆

Anyway, Irvan memang hebat dan maskulin. Maryam pulak penuh sopan santun. Ada gak geram dgn Irvan sebab terus pergi UK lepas dapat tahu Maryam mengandung.

Banyak input dapat dari buku ni. Tak sabar nak naca the One. 🤭
4 reviews
January 6, 2015
Novel yang secara tiba-tiba muncul...Mahu tak happy bila abah den belikan novel ni.Alhamdulillah!!!
Let's start...
Novel ini novel keempat daripada penulis bestseller Melur Jelita...Semua novel daripada penulis ini memang best...Ilmu?Sarat..sangat sarat...dari ilmu masakan...sampai ke ilmu agama..ilmu sains semua ada..Tak percaya?Moh pakat-pakat baca!Memang patutlah semua novel hasil garapan beliau menjadi bestseller!!!
Novel The Unsung Hero-Wira Yang Tidak Didendang atau nama comelnya HERO..mengisahkan tentang sebuah institusi kekeluargaan yang penuh........kasih sayang.MUHAMMAD NUR IRVAN...seorang lelaki yang digelar Abang One a.k.a Deraman...tabah orangnya..walaupun sakit di dada tidak terkira..Wira sejati tak pernah gentar pada musuh..Anak yang patuh walaupun agak notty..Kasihnya pada keluarga tak terkira..Cintanya pada sang bunga masih setia walaupun si mata biru terhidang di depan mata..Gagah perkasa..berjiwa kental..Dia..HERO!
TUN MARYAM KEUMALAHAYANI..kenapa nama dia pelik?Kalau anda..anda..dan juga anda yang sedang membaca ni belum tahu dan nak tahu..apa lagi?Katakan TIDAK kepada segan silu..pi grab la kat bookstore!Novel best ni you all!Ok,sambung...Maryam..selembut namanya.
Begitulah parasnya..Begitu jugalah sifatnya..Dalam kelembutan tersembunyi ketegasan..Dalam keayuan tersorok kenakalan..Maryam..Mendambakan kasih seorang yang bergelar ibu...Di mana ibu nya?Masih hidup atau sudah tiada?Dididik dan diasuh oleh Bunda sedari kecil..Bunda mendidik dan mengasuhnya menjadi seorang gadis melayu yang sopan dan penuh tertib.Dia...memang ayu,lembut dan sopan...Jujur kukata...kujeless tau dengan Maryam!Kah3!
Dugaan hadir..Meranapkan semua..Sekaligus..Tiada yang tinggal..Pergi..Semua hilang sekelip mata..Ayat terakhir HERO...'Chik..Wan dah tak sunyi lagi..'Ya Allah..sekarang pun air mata dah bergenang..Sebak...Tak mampu diungkap dengan kata-kata..Tabahnya Irvan..Kuatnya dia hadapi segalanya..
Maryam..Masa depan Irvan..Hadirnya dia cukup untuk menghilangkan kesedihan dan kesunyian Irvan..Blackswan yang mencuit hati..
RIYAZ...Huh..Lelaki ni memang kutak suka!Baguslah dia dot...dot...dot...baca HERO ye,bru tahu..mmg kutak suka dia!Kuat memaksa..Terdesak gamaknya..Mestilah kutak suka kan..sebab dia nak rampas Maryam dari Irvan..Memang mohon dikecam agaknya..Hahaha..*Tutup mulut!Terlebih sudah!*Tutup cerita pasal dia...
Haziq..Dia pelangi..Menyinari hidup Maryam..Abang susuan yang sangatlah gojes!Haziq gojes.com lah katakan!Memang kugelak aje baca telatah dia..Memang superb!Memang dia lah penyeri..Dia lah penyembuh luka di hati..Ceh..jiwang sudah..

Sepatah berkata-kata:Novel ni...susah nak discribe..Memanglah.......tersangatlah...Amatlah....Best!Serius tak tipu!Ada orang tak suka novel tebal..Tapi apa salahnya kalau mencuba karya kak Melur Jelita ini sebagai permulaan jangan memandang novel tebal dengan sebelah mata..Novel ni..Penuh!Penuh dengan kasih sayang..Penuh dengan pengorbanan..Bila baca..gembira!sedih..sebak..gembira semula..risau..cemas..eh,alamak!tidak!!!...fuh,selamat!...yeay!!..best!...sukanya!!..haa..agaknya itu yang bakal keluar dari mulut anda bila membaca HERO..tapi...kuharap novel ni ada kesinambungannya....Baca dah 1000++ muka surat...tapi mmg x ckup langsung...rasa mcm bru baca 10 muka surat...lps baca msti rasa..nak lagi!nak lagi!nak lagi!...Saya baca 2x ulang..dan ramai lg yang mengulang baca semula dgn lebih banyak...Ehem..Siapa kata novel ni tak berfaedah?Siapa kata baca novel ni buang duit,buang masa???Nak contoh?Sila baca novel-novel Kak Melur Jelita JIKA anda yang memandang serong pada novel ini nak tahu jawapan sebenar...Tak semua novel yang tak bermanfaat tau!Novel kak Melur Jelita ni berkualiti!!Holaa..bila dah tertekan butang 'membebel' memang inilah jadinya...Pada sesiapa yang belum beli...belum baca..Teragak-agak nak beli..Teragak-agak nak baca...Campak jauh-jauh rasa kurang asam itu dalam laut!Baca aje!Jangan fikir dua tiga kali...Memang saya rate kn novel ni tinggi sebab...apa yang anda akan dapat daripada novel ini juga sebuah nilai yang berharga....Believe me..
Profile Image for Farhana.
18 reviews4 followers
September 5, 2014
THE UNSUNG HERO (HERO)

Tun Maryam Keumalahayani a.k.a Maryam a.k.a blackswan

Mempunyai nama yg cukup klasik, seklasik peribadinya. Dia gadis yg bijak, santun bicara & tinggi budi perkertinya. Hidupnya dikongkong oleh bak (ayah) & bunda (mak sedara)nya membuatkan tutur katanya, tingkah laku & pergaulannya terbatas. Dalam diam, jiwa remajanya memberontak inginkan kebebasan, mahu keluar dari kepompong yg dicipta bak & bunda.

Pada usia 15 tahun, dia jatuh hati pada sepupunya, abang One. Maryam berjanji akan menunggu abg One nya itu tatkala si jejaka kembali pergi menyambung pelajaran & mengubat hati. Tapi disebabkan satu peristiwa, perasaan kasih dan memorinya terhadap si deraman hilang sekelip mata.

Setelah 5 tahun, muncul Riyaz. Disebabkan hidupnya sentiasa dikawal ketat, dia senang terpikat bila Riyaz menjanjikan kebebasan hidup & peluang untuk terus menuntut ilmu.

Nur Muhammad Irvan a.k.a Abang One a.k.a deraman

Seorang yg sgt nakal, berjiwa bebas, bijak & berpendirian. Suka menjelajah & melakukan aktiviti sukan lasak. Nasihat yg diberi didengar teliti, buat atau tak buat dia yang tentukan. Dia sukakan sepupunya, Maryam. Tapi disebabkan satu tragedi menimpa keluarga membuatkan dia nekad membawa diri dan memperbaiki dirinya. Setelah 5 tahun, dia kembali ingin menyunting si dara.tapi langkah sedihnya bila die mendapati hati blackswannya itu telah dimiliki. Akur permintaan si gadis, dia berjanji menyatukan Maryam & Riyaz. Time ni rasa sedih sgt. Baru la dapt rasa camne peminat Aidan(ILUS, MYPI) rasa bila hero yg diminati x dapat bersama dengan heroin.

Inspektor Riyaz

Saya tak suka dia ni. Boleh pulak dia mengusik, phewitt2 Maryam pada awal pertemuan. Gatal mengusik anak dara orang, tak padan dengan pangkat Inspektor. Macam muda belia je (ha..amekaw!gerammmm). Dia ni macam gelojoh pun ada. Malas nak komen watak yg x disukai.Tata Riyaz.

Berbanding novel2 kak MJ sebelum ni, saya rasa HERO lebih padat pengisian ilmunya. Ada ilmu sains, agama, sejarah & tips2 kehidupan. Banyak sangat ilmu yg diterapkan, saya jadi mabuk. Hahaha…next time baca saya akan cuba lebih teliti supaya dapat hadam satu2.Ye la, kita jadi teruja nak tahu apa yang jadi pada watak2 utama, tu bila sampai segmen ilmu baca sekali lalu.Tak skip ye!

Tapi satu yg x bestnye, banyak juga perkataan bercantum dalam HERO ni..contoh cam bakdia..perkataan sebenar bak dia. 2 perkataan. Saya rasa mungkin juga HERO akan disambung. Satu, Sakinah, ibu kandung Maryam semua cerita mengundang pelik. Mati, tapi kuburan & rumah dihanyut ómbak. So tak de sekeping pn gambar tinggal & tak pula dipanggil ‘arwah Sakinah. Dua, Minggu Pameran PDRM Maryam macam ternampak kelibat someone yg dikenali & Irvan mcm cuak. Siapakah dia? Kemungkinan besar Riyaz, coz Maryam x banyak kenalan. N cerita pasal kelibat muncul time tu je. Entah lah. Mungkin saya yg terlepas baca. Hehehe…
9 reviews1 follower
June 7, 2015
Novel ni bestttttttttt.....
Tapi ku rasa cm ada sekuel for this nvel laa...Tak habis penceritaannya...
Dan bg den...Firman masih d crta teratas kut..tp HERO ttp bestt..mcm biasa..kak mj's novels always best and superb..
ku paling suka nama maryam..Tun Maryam Keumalahayani...Ku sejak baca JBDM ni suka bebenoorr dgn sesuatu yg klasik.nvel ni besttt
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
February 18, 2024
Kalau karya melur jelita tak perlu dinafikan lagi memang penuh dengan ilmu dan pengajaran. Walaupun buku ini tebal, tapi bukan tebal ‘kosong’. Buku ini tebal dengan ilmu tentang rumah tangga, VAT 69 dan banyak lagi ayat ayat islamik yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran.

Ni novel pertama aku setelah 1 tahun tiada mood untuk membaca dan aku boleh katakan yang aku buat keputusan yang betul dengan memilih novel ini sebagai bacaan pertama pada tahun 2024.

Kisah mengenai Nur Muhammad Irvan dan Maryam yang merupakan sepupu. Sejujurnya, aku suka watak Riyaz tu cuma dia agak kuat memaksa perasaan.

Bagi aku part selepas kahwin terlalu panjang dan membuatkan aku baca sekali lalu sahaja dan aku part yang aku skip.

Tidak lupa juga, aku suka penyampaian arwah tentang VAT 69 dalam buku ini. Sangat mudah difahami dan menusuk jiwa.

Akhir sekali, sesiapa yang belum lagi baca novel silalah baca ye sebab tak rugi.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 19, 2016
Saya beli novel ni, sebab terdorong..bila tengok kat goodreads, jumlah bintang...berbintang2. Bila 'ziarah' kedai buku di pekan, elok2 'the unsung hero' & 'the one' tinggal satu saja. Tapi, sebab ketebalannya, maka terperamlah novel ni hampir setahun lamanya. Novel ni, buat saya ketawa, menangis dan berfikir. Ketawa dengan gelagat Wan dan keluarganya yang sangat akrab..menangis bila, Wan hilang seluruh keluarganya hanya dalam satu malam..dan berfikir, nasihat2 yang gemulah chik dan babah berikan pada Wan..Malah, banyak info2 yang dikongsi penulis dalam novel ni..dan tentang 'telur 1000 tahun', yang tak pernah saya dengar sebelum ni. Cuma, oleh kerana..saya ni orang Perak, jadi..saya payah sikit nak faham loghat Kelantan..dan agak terganggu sikitlah, bila tengah2 syok baca..kena selak helaian akhir untuk tahu makna loghat..adakalanya, tiada..jadi saya perlu guna khidmat En. Google.

Inspektor Nur Muhammad Irvan a.k.a Wan a.k.a Abang One a.k.a Deraman, Tun Maryam Keumalahayani a.k.a Maryam a.k.a blackswan a.k.a adik chik dan Inspektor Tuan Riyaz.

Permulaan Kisah, tentang keluarga Wan yang berkumpul semula, setelah bertahun2 terpisah. Wan melanjutkan pelajaran ke Scotland, dan keluarga bak yang merajuk..kerana kecil hati. Raya tahun itu, mereka berkumpul semula dengan gembira...Bertahun Wan tak jumpa Maryam, bila bertemu..seperti ada sesuatu dalam hatinya. Wan sering mengusik dan melayan Maryam, berbeza cara layanan hingga menimbulkan syak di hati chik dan babah. Bila ditanya, Wan menafikan..dia keliru. Bagi Maryam, usikkan Wan...menimbulkan satu rasa di hatinya. Bila Wan kehilangan seluruh kelurganya, Wan ambil keputusan untuk menghilngkan diri, pesannya pada bunda, bak dan Maryam..dia jangan dicari, suatu hari nanti..dia akan pulang. Sepemergian Wan, Maryam jadi penasaran..sehingga jatuh sakit. Bertahun lamanya, setelah Wan pulang, di hatinya masih ada Maryam..tetapi Riyaz terlebih dahulu menyunting Maryam sebagai permaisuri hidupnya..Tapi, jodoh itu rahsia Allah..

Mulanya, saya tak berapa suka watak Riyaz..yang sedikit gelojoh, Tetapi bila musibah menimpa, saya jadi simpati..saya rasa, Riyaz masih lagi hidup..begitu juga ibu kandung Maryam, Sakinah. Saya sangat suka watak Wan dan cara dia bercakap dan watak Maryam, bijak walau tidak belajar tinggi..nampak lembut, seperti gadis pingitan..tetapi tersembunyi keras dan tegas dalam dirinya.

Tahniah penulis.
Profile Image for Cik Milah Sekupang.
31 reviews3 followers
May 7, 2015
Menarik dan tertarik jalan ceritanya tapi tak puas hati betullah bila Riyaz hilang macam tu saja. Tertunggu-tunggu kisah dia walaupun sedikit selepas dia hilang sewaktu operasi namun hampa.
Watak Tun Maryam tu dapat dibayangkan betapa dia sangat memendam perasaan dengan bah dan bunda. Bunda, ikut adat sungguh sampai aku rasa susahnya jadi perempuan Melayu walaupun aku sendiri perempuan. :)
Keseluruhannya, walaupun tebal gedabak buku ni tapi seronok dibaca dan tak rasa nak langkau-langkau bab sebab bosan. Harap ada sambungannya sebagai mengubati hati yang geram dengan pengakhiran cerita cinta Maryam, Irvan dan kehilangan Riyaz.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
September 20, 2014
Done! 1156 halaman berjaya dikhatamkan! Seperti biasa novel obes MJ xpernah mengecewakan sy selepas ASST, ILUS, MYPI. TUH... Karya yg membawa kita mengenal komander VAT69. hero yg xdidendang. Kisah yg sungguh menghiburkan jiwa. Penuh dgn ilmu yg xterjangka. Padat dgn aksi yg tampak real! Naskah keempat ini menampakkan sisi matang MJ. TAHNIAH buat MJ. Menanti karya kelima @ The Unsung Hero 2 mungkin? Btw, paling suka watak Haziq Gojes sbenarnya. Ekeke...
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 13, 2024
Antara banyak-banyak buku arwah Kak MJ, this duo truly breaks my heart into pieces like every single piece left semua hancur lumat. Scene Irvan 'ditinggalkan' tu gosh. I'm crying macam dah tak ada hari esok. Tapi The One???
The One destroyed me. RIP!!!
Profile Image for Hans.
5 reviews
September 8, 2021


1) Macam biasa, penulisan M.J mmg mantap. Ayat yang mudah difahami dan sangat teliti penerangannya. Kalau bce mmg dpt rasa keadaan penceritaan lepastu dapat jiwai terus watak tu. Menangis juga bace ni sbb saya sensitif shshdsbd. M.J mesti akan masukkan nasihat atau cerita dlm novel diaa. Tu yg buat saya jatuh cinta <3

2) Setiap watak ada peranan, kelemahan dan kelebihan masing-masing. Dan setiap watak bawak pengajaran yg boleh kita ambil.

3) Jalan cerita best, kalau nk lengkap kene la bace buku nombot dua ;)

Profile Image for Yuezzie Anna.
12 reviews
September 18, 2014
Best best best best! Tu ja yg boleh di ckp. Sapa2 peminat MJ mesti dptkan buku ni.

Pssstt! Lps baca akan ada yg tabik spring & suddenly jatuh Cinta dgn Abg polis
Profile Image for sooa.
64 reviews4 followers
September 18, 2024
Setelah sekian lama tak baca penulisan arwah kak MJ, kali ini jiwa saya kembali tersentuh lagi. Tak dinafikan, penulisan arwah sangat sangat menusuk sampai satu tahap, saya tewas. Macam biasa, penulisan yang penuh puitis dari arwah jarang tak melekat di hati.

Nur Muhammad Irvan; haih si jejaka hutan belantara seorang ni, bila je kita tak terjatuh cinta dengan beliau😭🤌🏻 si Hero yang tak pernah gentar dengan musuhnya, si deraman yang sentiasa kukuh pendirian dan kesabaran beliau setinggi 7 petala langit, Abang One yang sentiasa tulus setia mencintai budak telur separuh masak kesayangannya. He’s got both good personality and good looks. Hawt and attractive jskdhsgshsfdf. Lurvee dooh abe one🥹🫶🏻 Walaupun keyakinan beliau seperti didapati di shopee, tapi seketul wira Vat 69 yini tak jemu buat hati guwe jatuh bergolek-golek. After all the pains he went through, he deserved to get the happiness he dreamed of.

Tun Maryam Keumalahayani; aka Blackswan si kesayangan deraman. Seorang gadis sunti yang penuh sopan santun, mempunyai kekurangan dan kelebihannya tersendiri. Impian mahu sambung belajar musnah disebabkan hidupnya sentiasa ‘dikongkong’ oleh bak dan bunda. Walaupun impiannya nak menjadi seorang saintis tak kesampaian, Maryam tak pernah jemu belajar walaupun berguru dengan buku-buku ilmiah dan youtube. Maryam is definition of beauty with brain. Walaupun kadang geram sangat dengan perangai ego melangit dia tapi tak jadi nak geram lama-lama dengan perangai comel dan manja si meriam buluh ni setiap kali dia kalah dengan aura deraman.

Perjalanan kisah Irvan dan Maryam ni agak berliku dengan mainan perasaan dan kadang rasa mendatar tapi setiap momen manis dan pahit diaorang tu even dari sekecil-kecil perkara pun buat cerita ni jadi satu escapism di mana aku punya tahap delulu tu rasa nak hidup dengan diaorang sekali. Everything in this book just feels surreal🥹🤍

Apa yang aku suka pasal TUH; cerita ni berlatarkan suasana kampung di Kelantan yang sangatlah tenang. Buku ni sarat dengan nasihat yang berhemah, ilmu agama yang diterapkan, gaya hidup, adat, budaya dan dialek Kelantan yang menarik. Tak lupa juga dengan fakta sejarah dan keistimewaan skuad elit Vat 69 Komando yang diceritakan lagi buat buku ni jadi tak kosong langsung.

Dan tak lupa semua watak dalam buku ni cukup buat aku terhibur dan bercampur rasa. Bak yang sentiasa tegas dan garang tapi setiap butir bicaranya penuh hikmah. Bunda yang pada awalnya aku rasa nak hempuk tapi mampu mengasuh dua orang anak sunti di rumahnya🤭 Dan Haziq gojes yang sentiasa menceriakan suasana jalan cerita. Oh, tak lupa mok der ja-ngok bff Haziq yang sangat selayy!

Disebabkan watak Irvan yang jauh lebih tenang dari Firman yang bekeng, bagi aku TUH ni sedikit santai berbanding dengan ILYS! Manisnya ter-overdose tapi bagi aku tak cukup. Pahitnya seciput dan hanya sekejap berbekas di hati.

Tapi tetap ada tanda tanya yang masih belum terjawab. Ibu maryam yang masih buat aku tertanya. Dan ada bau bau kemunculan Riyaz si gelenyar dalam TO nanti (tak sabar nak sambung maki beliau)

Banyak fav scenes dalam TUH tapi ini antara yang aku takleh lupa; scene selamatkan anak anak ayam masa tengah hujan ribut, irvan yang gigih buat rumah baru untuk fluffy and family, sugar glider kiss, their ‘10 sen’ thingy, scene payung terjun masa Hari Polis, panggilan manja maryam dan irvan; adik-abang. (All right reserved Irvan and Maryam’s😌) kalau orang lain guna auto jadi meremang sjsjs.

Mungkin sesetengah orang tak boleh nak adapt dengan penulisan arwah kak MJ yang sangat berpuitis dan pujangga atau rasa ceritanya terlalu lewah. Tapi bagi aku, setiap aksara yang dinukilkan itu bukanlah sesuatu yang sia sia. Arwah menulis dengan penuh ilmu dan fakta sebab itu semua karya beliau tebal dan gemuk gemuk. Bak kata Maryam, “banyak tersirat dari tersurat. kena baca dengan mata hati, bukan dengan mata buku lali.”

Walaupun rasa nak simpan kemas kemas TUH ni, tapi karya yang bermutu beginilah yang harus diterapkan lebih banyak dalam jiwa pembaca anak muda. Semoga roh almarhum sentiasa dicucuri rahmat Allah dan pahala beliau dalam meninggalkan aksara yang penuh hikmah ini mengalir seperti air sungai yang tak berpenghujung. Al Fatihah (dibaca).

Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
September 20, 2023
Alhamdullilah selesai baca berserta hujan menemani hahhaha.

saya suka sangat dengan cara penulisan almarhum melur jelita kerana sangat tersusun dan ayat yang disampaikan adalah sempoi tetapi bermakna. Ada juga beberapa ayat yang digunakan sangatlah menusuk!

Saya boleh katakan saya neutral bagi watak irvan dan maryam kerana kedua-dua mempunyai flaw tersendiri. Ada juga beberapa scene membuatkan saya marah dekat maryam tapi ada kalanya saya turut tak bersetuju dengan pemikiran irvan!

Saya tak berkenan sebenarnya sepupu kahwin dengan sepupu tetapi tak apalah, ini hanyalah rekaan! Semoga baik2 saja! 💕

Vat69! I respect you so much! Nipisnya ilmu didada apabila membaca karya almarhum melur jelita.

Okay saya nak sambung the one! Harap boleh bersabar dengan apa jua perangai suami isteri ini.

Btw saya suka haziq!! Gojess giler!
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
October 13, 2017
The Unsung Hero... Novel yang tak mengecewakan jalan ceritanya.. Cuma novelnye agak tebal.. Tebal yang melampau.. hehe..

The Unsung Hero by Melur Jelita ni bukanlah novel biasa-biasa seperti novel lain yang agak klise dengan jalan cerita cintanya.. Novel ni banyak terisi dengan ilmu pengetahuan yang kita boleh ambil.. Banyak bende yang aku tak tahu pasal lebah, dah aku tahu serba sedikit.. Terselit juga ilmu agama di dalamnya yang mungkin boleh memberi kesedaran pada kita.. Tentang tempat-tempat menarik diluar negara mahupun dalam negera.. Dapat memahami budaya da adat resam orang kelantan kerana kisahnya berkisarkan kisah orang kelantan.. Tentang buku juga banyak diceritakan dalam novel ni.. tentang kekeluargaan.. percintaan jarak jauh dan pelbagai lagi lah.. Kiranya terlalu mewah dengan ilmu novel The Unsung Hero ni..Mungkin sebab itulah ketebalannya melampaui batas.. hehe..

Yang mengaitkan cerita dengan tajuknya The Unsung hero adalah berkenaan Komando Vat 69 yang tidak diketahui kewujudannya.. Pekerjaan ini dirahsiakan kerana ianya sangat sulit dan merbahaya jika diketahui umum.. Banyak diceritakan tentang Vat 69 ni kerana hero dalam cerita ni iaitu Irvan adalah seorang komando Vat 69, wira yang tidak didendang..

Dengan novel ni, kita juga dapat menyelami hati seorang gadis bernama Maryan yang sangat baik, lemah lembut, sopan santun dan boleh dikatakan wanita akhir zaman yang terlalu patuh dan menurut sahaja kata ibu bapanya tanpa sebarang bantahan sehinggakan jiwanya tertekan dan memberontak akibat terpaksa patuh juga pada apa yang dia tak suka.. Huh, aku yang membaca ni pun rasa tekanannya tau.. Sampaikan nak sambung belajar pun dihalangnya.. Adehh.. Terkongkong...

Aku suka watak haziq yang lembut.. Dia abang susuan Maryam.. Dialah penghibur hati Maryam dan sangat memahami Maryam... Aku sendiri pun terhibur dengan watak haziq yang gila-gila tu..

Hurmm aku baca novel ni seolah-olah novel ni hidup.. Seolah-olah novel ni adalah kisah benar dan semua watak tu benar.. Tahniah penulis kerana menghasilkan karya yang sangat menarik ini... Ilmu yang terlalu banyak didalamnya.. Boleh feel dengan ceritanya sekaligus kutip ilmu yang ada didalamnya.. Terbaik!!
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
September 23, 2021
Judul buku: The Unsung Hero
Jumlah halaman: 1152
Penulis: Melur Jelita
Terbitan: Anggun Melor
Tarikh baca: 10 Sep 2021 ~ 15 Sep 2021

Buku copy review daripada syarikat penerbitan Anggun Melor. Sebuah buku fiksyen bertema cinta tetapi turut terkandung khazanah bangsa. Ada nasihat, kritikan dan ilmu tentang hidup masyarakat, terutamanya masyarakat Kelantan.
.
Membincangkan di antara adat dan agama, rutin dan budaya.
.
Ada nasihat buat anak teruna yang ingin mendirikan rumahtangga. Ada sembilan perkara yang perlu ditanya oleh si teruna kepada dirinya sebelum persediaan lain untuk menukar status - single kepada berkeluarga. Apakah sembilan soalan itu?
.
Membahaskan juga cerita zaman dahulu kala, yang di antaranya boleh dijadikan panduan, sementara yang lain tersenggang dek ketidakwarasan tindakan.
.
Buku yang juga mengenalkan kita kepada skuad elit VAT 69. Sebuah skuad yang bukan mudah untuk masuk ke dalamnya. Bila sudah masuk, ibarat menyerah nyawa.
.
Jemput tonton video ulasan ini di saluran YouTube NORSAMILA SAMSUDIN.
.
.
.
#ulasanbuku
#copyreview
#theunsunghero
#melurjelita
#anggunmelor
#booktuber
#booktubemy
#booktubemalaysia
#malaysiamembaca
#vat69
#norsamilasamsudin
7 reviews4 followers
November 30, 2014
Alhamdulillah, i managed to finish the book just in three days! again, kudos to Melur Jelita for her 4th book!

I love IRVAN & MARYAM! and... HAZIQ! love their characters and personalities! esp haziq, he made me laugh so much with his attitude.

my feelings were like roller coaster from the first few pages til the end, one part i was happy and the next i feel scared... scared of what the next page holds. I didn't cry like i cried when reading MJ's first three books... not sure if this a good thing or not. haha

Nervous is the suitable word to describe what i felt overall. Nervous of what the climax will be. Surprisingly, this time, the book does not really have that much of climax that we should be nervous of. ^^

BUT WHAT I LOVE THE MOST is the new facts and thoughts about some issue that MJ tried to share with her reader. love it so much. esp about VAT 69! makes me wanna be a part of it. haha the ilmu she shared is very valuable!! thank you!! :D

oh well, ASST is still the top on my list!! :D haha
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
December 5, 2014
Novel keempat Melur Jelita ini sangat sarat dgn kisah kehidupan, kekeluargaan, kasih sayang, dan ilmu pengetahuan yg padat. Walaupun tebal, tetapi ceritanya amat menarik & tidak membosankan. MJ menggunakan bahasa yg puitis dan santai. Puitis bila mana kita perlu menyelam duka yg dihadapi watak. Santai apabila dgn selamba MJ boleh membuatkan saya ketawa. The Unsung Hero sebuah kisah yg tidak mengecewakan. Bila baca, saya dpt bnyk info mengenai VAT69 & lebah. Selain tu, saya dpt kesedaran akn pentingnya mencintai tanah air sendiri. Bnyk ilmu yg dikongsi.

Bila mana part romantik dan manis-manis. Saya tersenyum dan tertawa sendiri. Romantiknya Irvan lain dri yg lain. Selambanya Maryam juga lain dari yg lain. Kisah mereka berdua bkn kisah yg cliche. Rugi kalau tak baca.

The Unsung Hero pula dituju khas kepada Irvan dan rakan2 VAT69. Kisah wira yg tdk disedari kewujudannya. Menjaga keamanan negara tanpa mengharapkan pujian.

Apa2 pun, novel ni best dan saya dah jatuh cinta dgn Irvan. Ehehehe! Maryam, cheq minta maaf na. :)
Displaying 1 - 30 of 83 reviews

Join the discussion

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.