Pertemuan pertama kali Arman Zafril dan Tengku Nurul Ain Marleesa di hadapan DKG 5, Fakulti COLGIS UUM berakhir dengan satu pertelingkahan yg tidak disangka.
Hanya kerana 'cheese' yg terlekat pada tudung gadis itu, membuatkan mereka menjadi musuh tujuh keturunan.
Satu program anak angkat 'BAKSIS' di perkampungan nelayan, Dungun Terengganu membawa kepada pertemuan kedua mereka yg sarat dgn tragedi.
"So, kau lah anak angkat family aku yg dalam program BAKSIS tu eh? So, secara teknikalnya aku abang angkat kau sekarang. Panggil aku abang!"
"Tak hingin! Dah la bau ikan! Busuk!"
Di depan Mak Ngah Senah dan Pak Ngah Ibrahim mereka berlakon bai, tetapi di belakang tak berhenti bercakaran macam anjing dengan kucing.
"Ingat sikit jasa aku. Aku dah tolong team kau menang dalam sukaneka tu."
"Oh, mengungkit! Bukan sy yg suruh! Mak yg suruh!"
"Ungkit tak ungkit. Ingat sikit jasa aku."
Satu peristiwa telah mengubah segalanya. Mereka terperangkap dalam satu hubungan yg sukar untuk dileraikan.
Nurul Ain pula semakin curiga dgn tindak tanduk 'nelayan kampung' itu.
Seperti ada sesuatu yg disembunyikan lelaki itu daripadanya. Tetapi...apa?
"Our destiny isn't written in some history book in future, we write it ourself, everyday..."
1. tiada info tentang Arissa.. sampai ke sudah tak tahu siapa dia 2. pak ngah ibrahim & ma ngah senah meninggal
orang baik² meninggal, F sedih. dah la kehilangan anak di laut pun buat F sedih. diaorang berdua je harungi hidup
3. sikap Ain yang terlalu keras kepala, degil, ikut tekak dia je
Cuma kisah Hunch ni watak heroin dia taklah seteruk vigilant. Ain ni degil tapi dia banyak diam je.. dengarlah jugak kata bila dah berbaik dengan Aril
Aril ni pun memang budak baik la. Tengok cara dia layan parents angkat dia buat F kagum. Of course la scene paling best scene jual ikan kat pasar.
Apa taknya Ceo company terkenal jual ikan kat pasar tanpa rasa malu.
Satu je sikap Aril yang kurang best - kuat cemburu. Pening Ain. Lain yang Ain fikirkan, lain yang Aril rasa. Ada la few scene diaorang bertekak sebab sikap cemburu Aril.
F kesian jugak scene ayah Aril kerja Ain sebab salah faham tentang Arissa. Dah ayah Aril kena langgar sampai koma. Ain rasa guilty.
Aril marah tapi biasalah marah² sayang. Bila Ain keluar rumah balik Dungun, mengelabah gak cari wife dia.
Watak jahat Dato Mukhriz dan anak dia Marziana... ending yang puashati untuk diaorang berdua
2 karya F dah baca dari penulis ni.. apa yang F dapat rumuskan watak² heroin² ni memang buat hati F menyirap. yelah wanita ni complicated 😅
Jalan cerita sangat best..reality story. susah nak jumpa penulisan author mcm ni sbb most of write of gen z lebih kurg sama je. i bet the author ni mesti 30 - 40 an.