Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kekasih Waktu

Rate this book
Mencintai itu seperti menjaga.
Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah buat untuk Zaynn yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam-lidah tetapi dalam diam-diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tirinya sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah.

Kerana hakikat cinta itu damai.
Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

“Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna.”
“Umi dulu?”
“Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik.” Dr. Farhana ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikat cinta adalah dekat.
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun berlalu
Dr. Farhana selalu merasakan dia sudah berjaya mengikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir: teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. Ada waktu-waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin.

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga di rumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa.

418 pages, Mass Market Paperback

First published September 1, 2014

5 people are currently reading
97 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books283 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
73 (47%)
4 stars
63 (40%)
3 stars
17 (10%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
January 22, 2015
Antara naskah yang ditempah di toko buku lama sebelum ia dikeluarkan untuk pasaran terbuka. Maksudnya aku adalah antara pembeli terawal untuk KEKASIH WAKTU. Tapi.... anugerah syok sendiri ini terhenti setakat itu sahaja lah bila mood membaca jatuh merudum. Setelah berbulan naskah ini dibiarkan diam dalam balutan, akhirnya tiba juga jodoh kita.

Sayang sekali.... nafsu membacaku sekali lagi ditimpa tangga. Hanya surat terakhir Naajah kepada Dian sahaja yang berjaya memujuk rasa biarpun ketika itu aku sudah berendam air mata.

Kenapa ya?

Mungkin inilah yang dinamakan pengorbanan.....

Bukan pengorbanan Farhana yang rela melepaskan Imran atas alasan si suami berhak bahagia. Bak kata Farhana "cinta itu ibarat air yang penuh di kendi, tidak mungkin dapat diisi lagi walau hanya ditambah setitik lagi..... bagaimana Anah mampu diam dalam hati abang kalau ianya dah penuh di isi dengan nama Sofea?".

Bukan juga pengorbanan Imran yang sanggup melepaskan harta dunianya semata-mata menebus kesalahan menduakan Farhana. Rupa-rupanya tidak perlu menukar permaidani baru sekiranya hamparan yang ada tidak ternilai kualitinya. Memang rumput di sebelah sana sentiasa hijau daripada rumput di halaman sendiri. Ternyatan panahan pesona membakar harta Imran paling berharga.... isteri sendiri!

Bukan pengorbanan Naajah yang sanggup melepaskan pujaan hati... si abang tiri. Tapi, (for me) rasa Naajah lebih kepada ke-obses-an nya terhadap satu-satunya lelaki yang paling rapat dalam hidupnya. Naajah juga seperti Imran, panahan pesona hampir membutakan mata mereka. Namun, Naajah lebih diputihkan wataknya jika dibandingkan dengan si Pak Long Imran.

Juga bukan pengorbanan Dian yang terpaksa me'lepas'kan si belahan jiwa... Zaynn (ntah mengapa aku tetap membacanya sebagai Zyann... mungkin lebih mudah disebut kot?) Dian... Zyann....

Ya... ini tentang pengorbanan penulisnya sendiri... Noor Suraya. Sebagai pengikut (walaupun tidak setia) aku sudah dapat membayangkan 'template' penulisan penulis senior ini. Beliau aku analogikan sebagai penglipur lara bertaraf bangsawan. Penanya memang tajam... beliau menyindir malah lantang sekali menyuarakan tidak kepuasan hati atas norma sosial masyarakat sekeliling. TAPI... dengan penuh berhemah, dengan bahasa yang ...... bayu pagi sendiri memang akan malu dengan kelembutan ayat-ayat yang digunakan. Dada siapa yang tidak sebak, hati siapa yang tidak merintih ketika menyelami jiwa dan rasa watak-watak ciptaannya.

Itulah kekuatan penulis ini.

Itu yang aku tidak temui dalam KEKASIH WAKTU. Melainkan Farhana vs Imran (mungkin kerana watak2 ini telah bertapak di memori lewat Rindunya Kian Membara), Imran vs Sofea, Zaynn vs Dian vs Naajah seakan-akan hilang ditelan waktu.

Ingin aku katakan "Puan Penulis, mohon ketepikan jawatanmu sebagai Pengarah Adiwarna, aku pengikutmu yang tidak setia rindukan sentuhan lembut penamu.... aku dahagakan magismu yang dulu. Dulu ketika kendimu penuh dengan dakwat-dakwat yang bakal melahirkan watak-watak yang bisa menggoncang dunia penulisan."

Ohhh... itu dulu, sekarang penulis memegang amanah yang lebih besar untuk menegakkan prinsip asas kesusasteraan itu sendiri. Beliau sedang berjuang untuk Membetulkan Yang Biasa...Membiasakan Yang Betul biarpun dalam kekalutan dunia penulisan yang juga hampir caca marba dengan dunia hip hop ciptaan mereka.

Dan... tentunya yang dikorbankan tentunya dakwat-dakwat itu sendiri....
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
October 1, 2014
5 bintang bukan saja-saja bagi sebab ini buku Kak Su tapi sebab memang patut dapat 5 bintang.

Untunglah sesiapa yang mengenali Dr Farhanah dari buku-buku yang dahulu namun pembaca Kekasih Waktu tidak akan rasa 'lost' bila membaca sebab digarap dengan baik ceritanya agar kita kenal dan sayang watak2 dalam buku ini.

Tidak seperti buku yang lain, prologue sahaja sudah bikin hati rasa sedih. Perangai Zaynn bila naik kapal terbang, bila ingat mati hanya Allah dan umi dia yang pertama dalam fikiran dia, hai itulah saya. Terus merembes airmata dan tutup buku! ha ha!

Namun, sambung juga baca pada hari yang sama kerana buku Kak Su bila sudah baca kita tak boleh berhenti! dia memanggil2 :). ketawa dengan gelagat najaah, sedih dengan umi, bara dengan pak long Imran, dibuai rasa dengan zaynn dan dian, haih kalau boleh buku ini harus tebal lagi tapi rasanya tebal yang sekarang ini pun sudah cukup untuk tinggalkan kesan dalam hati!

Disebabkan Zaynn, buku ini akan jadi one my super favaurites untuk dibaca lagi :)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
September 21, 2014
21-09-2014:

Oleh kerana tak tahan hati tengok orang yang dah dapatkan buah tangan terbaru Kak Su ni, akhirnya selamat juga berada dalam koleksi. Terima kasih Cik Pah tolong belikan. Siap bertandatangan penulis lagi. :D

Bagi yang pernah mengikuti kisah Farhana di dalam Rindunya Kian Membara, ini adalah kesinambungan kisah keluarga mereka. Akhirnya berjodoh juga Imran dengan Farhana setelah dua kali terlepas peluang untuk memperisterikan Farhana. Sebelum ini Imran rela melepaskan Farhana ke tangan Ilham setelah membaca surat Najaah yang menulis kepada Tuhan meminta supaya Farhana menjadi ibunya. Sayangnya, jodoh Ilham-Farhana tidak panjang bila Ilham terkorban dalam kemalangan jalanraya. Atas rasa kasihan dan tanggungjawab, Imran melamar Farhana buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, mereka berbahagia walaupun kata Imran, rasa cintanya terhadap Farhana sudah dikuburkan setelah Farhana berkahwin dengan Ilham.

Namun, selepas 13 tahun hidup bersama, rumahtangga mereka muka bergolak bila Imran jatuh cinta dengan salah seorang pekerjanya. Benarkah Imran benar-benar menemui cinta baru setelah cintanya terhadap Farhana berkubur atau hanya terpedaya dengan pesona Nik Sofea yang memang menunggu peluang untuk menggoda Tuan CEO yang masih tampak muda itu? Heh.

Aish, nampaknya kisah Farhana-Imran lebih mendominasi berbanding kisah Zaynn-Dian. Zaynn, anak sulung Farhana ni sudah pun meningkat dewasa, bakal graduan kursus perubatan yang juga bakal menyandang gelaran seorang doktor. Hubungan dengan Dian berlangsung semenjak mereka berjiran dengan nenek Dian sehinggalah Zaynn melanjutkan pelajarannya ke Kashmir. Setelah bertahun-tahun mengatur ayat-ayat manis melalui poskad, akhirnya Zaynn memberanikan diri melahirkan hasrat hati. Ternyata, Zaynn tidak bertepuk sebelah tangan bila hati Dian turut menyanyikan irama yang sama. Cuma, bila hubungan yang mula berputik itu ditentang hebat oleh ibu Dian, mampukah mereka mempertahankan hubungan hati yang baru berputik itu?

Komen saya:

1. Buku ni walaupun nipis, tapi agak mengambil masa untuk dihabiskan bagi saya. Sebab apa, saya turut larut dengan perasaan Farhana yang di'nomborduakan' oleh Imran. Bagi yang dah membaca Rindunya Kian Membara tentu dapat merasakan bahawa Imran itu sangat menyayangi Farhana sehingga sanggup melukakan hati sendiri untuk melamar Farhana bagi pihak adiknya, Ilham demi kerana mahu Farhana jadi ibu buat anak-anak saudaranya. Namun, bila berjodoh pengakhirnya jadi begitu pula. Aduhai... :'(

2. Saya rasa kebanyakan isteri (yang senasib seperti Farhana) akan menyalahkan diri sendiri bila suami mula berpaling. Lebih-lebih lagi bila ada yang terang-terang menyalahkan Farhana yang kononnya tak pandai bergaya, terlalu percayakan suami, melebihkan anak-anak berbanding suami, etc. Secara luarannya orang mungkin mudah menilai, tapi hanya tuan punya badan yang berdepan situasi itu yang tahu cerita sebenar di sebaliknya. Jadi, sebaiknya orang luar tak perlulah jadi nasi tambah kan? ;)

3. Kesian pada Zaynn yang dapat bakal ibu mertua ala-ala Nyonya Mansoor. Hehe. Belum apa-apa lagi dah demand macam-macam. Mujurlah Pak Syeikh masih ada timbang rasa. Jadi, kedudukan Zaynn tetap selamat sehinggalah takdir memisahkan mereka. Sobs.

4. Suka dengan watak Najaah, walaupun dalam keadaan normal kadangkala saya boleh jadi annoying dengan sikapnya tu. Hihi. Tapi sebenarnya Najaah banyak jadi penyelamat dalam kisah ni. :)

5. Buat peminat Abang Din dan Dr. Aqmar, lintasan mereka dalam kisah ini pasti menggembirakan kalian. Ahaks!

6. Saya mengharapkan moga ada penyudah kisah Farhana - Imran dan kisah bahagia buat Najaah dan Dian dalam karya seterusnya. Hihi. Tahniah buat Kak Su untuk Kekasih Waktu. Moga diberi kesempatan dan ilham mencurah-curah untuk terus berkarya. :)
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 21, 2018
Berjodoh juga Imran dengan Dr Farhana selepas 2 kali terlepas peluang memiliki Anah. Pertamanya kalah dengan Masri di zaman universiti dan kali keduanya Imran menarik diri di saat akhir selepas membaca surat Najaah si anak saudara berusia 6 tahun kepada Tuhan Syurga untuk menjadikan Anah ibu mereka selepas kematian ibu kandung. Secara kebetulan Ilham yakni adik Imran juga menyimpan perasaan buat Anah. Itu cerita dalam Rindunya kian membara yang dikisahkan semula dalam Kekasih Waktu. Kisah selanjutnya adalah kisah selepas 13 tahun Imran memiliki Anah yang menjanda sekali lagi selepas 5 tahun menjadi adik iparnya. Ilham dijemput Ilahi asbab kemalangan. Tinggallah 3 anak saudara yatim piatu lalu menjadikan ia sebagai alasan untuk menikahi Anah. Salin tikar. Perkahwinan tanpa cinta, hanya tinggal tanggungjawab dan simpati sahaja dihati. Lalu rumahtangga teruji apabila cinta baru bertunas dihati Imran buat teman sekerja yang cantik, pandai berhias dan sesuai di bawa ke majlis keramaian. Kena dengan pangkat yang disandang Imran. Anah pula bukan sesempurna wanita lain selepas bertahun mengidap kanser payu dara sebelum mengahwini Ilham lagi. Anak menjadi keutamaan Anah dan paling tepat tiada rasa cinta buat Anah selepas dia berjaya buang rasa yang penah wujud tatkala Anah menjadi adik ipar. Betulkah Imran dengan gerak rasa itu? Dimana sayang mu pada wanita yang banyak berkorban demi anak buah yang dikasihi? Bukankah Anah adalah rupa untuk mengungkapkan istilah cinta itu 20 tahun yang lalu?

Bertisu juga lah menahan sendu rasa hati. Anak-anak lah penguat hati Anah walaupun tidak dipinta mereka menyebelahi dia dan menentang Ayah Imran sampai gelaran pun nak ditukar kepada Paklong selepas Imran mendapat Mak Long baru.

Kisah Anah dan Imran buat badan rasa nak demam. Panas hati. Serasa lubuk tempat duduk/baring panas macam dipasang tilam terapi. Buat lagi perangai pesona pada bunga yang lain, sekali Anah terluka, lukanya sukar disembuh, rajuknya tak terpujuk, hati beku seperti kerasnya iceberg. Bertabahlah wahai Imran. Doa banyak-banyak okey :) . Kisah mereka lebih lekat dihati Cik Pah, maaf ye Najaah-Zaynn-Dian walaupun kisah cinta anda tak kurang hebatnya.

Zaynn, kisah cinta mu dengan Dian tak berpanjangan. Shah Jahan pergi dulu sebelum Mumtaznya. Semoga hati Dian terbuka untuk didiami lelaki lain. Najaah, Zaynn hanya memandang mu sebagai adik walaupun halal dinikahi. Cinta itu memang rumit dan tidak boleh dipaksa-paksa.



Najaah masak laksam khas untuk Abang Zaynn nya. Fuh fuh moga Abang Zaynn teringat-ingat dia. Bukan Dian.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 13, 2016
Sebenarnya ini novel penuh pertama Noor Suraya yang aku baca. (Sama seperti Syud yang mana novel Vignette juga merupakan novel pertamanya yang aku baca.) Sebelum ini hanya membaca novelet beliau di dalam buku Gurindam Jiwa yang dikumpulkan bersama dengan karya Hlovate dan Imaen. Jadi apabila membuka naskah ini, aku lambat menyesuaikan diri dengan cara penyampaiannya di awal kisah Kekasih Waktu.

Bahasa Noor Suraya sangat membuai dan halus. Sehinggakan aku terpaksa mengutip setiap perasaan yang diselerakkan oleh puan penulis di merata-rata tempat. Penat. Kekadang aku merasakan pergerakan cerita sangat lambat. Hanya selepas separuh naskah ini, barulah aku terbuang ke dalam kisah Imran, Dr. Farhana, Najaah, Zaynn dan yang lain-lain yang... (ugh. Tarik nafas panjang!)

Ini kisah keluarga!

3.7* untuk Kekasih Waktu.

Maaf naskah ini belum mampu membuatkan air mata aku mengalir. Tapi aku simpati dengan apa yang jadi pada Farhana. Aku kasihan pada dia. Dia seorang isteri dan ibu yang baik. Dan aku tak boleh terima, kenapa Najaah boleh meletakkan perasaannya lebih dari seorang abang kepada Zaynn sedangkan mereka sudah hidup seperti abang-adik untuk sekian lama. (Kejap, kisah Najaah ni ada kat buku lain ke?) Owhh ya, Mubin, harap bersabar ya. Nanti jumpa di naskah puan Noor Suraya yang lain. Moga dapat takluk hati Dian yang dah beku macam ais tu. Ke dah keluar kisah Mubin ni? Maaf, aku baru nak berjinak-jinak dengan karya-karya Noor Suraya ataupun pendek kata penulis-penulis JS. Sebab selama ini hanya buku-buku Hlovate yang aku layan.

Aku suka ayat yang diletak oleh puan penulis di setiap permulaan bab dan pantun atau puisi di akhir setiap bab.

Apa-apa pun, Kekasih Waktu tidak menghampakan sangat. Cubalah.

Peace!

Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 22, 2014
Waktu adalah penyembuh luka yang paling mujarab... sebagaimana waktu jua yang menjadi kekasih paling setia...

*lap air mata berkali-kali*

Saya masih 'berkabung' jadi saya tak ada resensi untuk Kekasih Waktu ini, tapi saya nak pinjam idea Cik Pah Nawirah dengan mengirim surat buat mereka yang saya sayang ini...

Kehadapan...

Anah yang tabah,
Hidup ini satu perjuangan yang panjang. Bertabahlah andai badai datang di saat kita tidak lagi kuat untuk menentangnya. Tapi ketahuilah, kesabaran dan kepasrahan pada-Nya adalah kunci juga satu cabang usaha yang ada saktinya. Andai satu saat kamu hilang dia yang menjadi tonggak kekuatanmu, ketahuilah Dia tetap setia menjadi tongkat penegak bangunmu selama kamu tidak melupakan Dia.
Aku sayang kamu Anah... dari dulu (RKM), kini (KW) dan selamanya.


Imran yang (pernah) dihormati,
Andai satu saat, hadir pesona semu yang mengaburi matamu, renunglah sejenak dan kenangkan mereka yang berada di seputar hidupmu yang sentiasa menyayangimu, yang sentiasa menyintaimu. Dan tanyalah pada diri, sanggupkah kamu korbankan segala-galanya yang pernah buat kamu bahagia untuk kamu tukarkan dengan bahagia yang belum tentu janjinya?

Dan aku masih belum dapat memaafkan dirimu kerana mengecewakan Anah yang telah banyak berkorban hati dan perasaan demi kamu dan keluarga kamu! Aku masih marahkan kamu walaupun kamu sudah terima pengajarannya!


Najaah yang disayangi,
Andai cinta itu datang pada dia yang tak sepatutnya kamu gantungkan harapan, bertabahlah. Ingatlah cinta tidak bersalah, tapi waktulah yang tidak memihak pada kamu. Usah disalahkan pada cinta yang hadir, usah ditangisi pada deritanya jiwa, sesungguhnya cinta pada Dia akan menjadi penawar segala duka yang ada dalam jiwa. Dan aku yakin, kamu pasti akan mencari bahagia dengan caramu yang tersendiri... kerana kamu dilahirkan punya jiwa yang kental dan semangat yang kuat walaupun pada zahirnya kamu tampak rapuh! Bangkitlah Najaah...


Dian yang dikasihi,
Andai bahagia yang dia janjikan padamu, dia mungkiri. Ingatlah bahawa dia hanya manusia biasa yang hanya mampu berjanji, tapi yang menjadi penentunya adalah Dia. Andai jiwa kamu merana kerananya, ingatlah Dia masih ada dan sentiasa ada untuk kamu. Berdoalah moga seiring perjalanan waktu, bisa mengubat hatimu yang kecewa. Bisa menyembuhkan lukamu yang dia titipkan buatmu. Ingatlah bukan itu yang dia harapkan dan impikan untuk kamu, yang dia mahu hanyalah kamu bahagia bersama dia. Namun...

Dan aku juga sepertimu, masih belum bisa menghalau air mata ini daripada berladung di kelopak mataku tatkala teringatkan dia si Majnun mu itu.


Zaynn yang dirindui,
Mengenalimu, aku jadi sayang yang teramat. Daripada anak kecil yang tabah, menjadi lelaki dewasa yang penuh sifat tanggungjawab baik pada ibumu mahupun pada adik-adikmu, membuatkan aku bertambah kagum dan sayang padamu. Namun, andai ini adalah jalan takdir yang tertulis buat kita, berbahagialah kamu, kerana kamu telah membuatkan jiwa-jiwa yang tinggal pernah merasa bahagia dengan kehadiran kamu! Kerana kamu adalah Kekasih Waktu yang menjadi dambaan setiap insan yang mengenalimu! Berbahagialah kamu Zaynn! Berbahagialah!


Dan sesungguhnya waktu adalah penyembuh luka yang paling mujarab, sebagaimana waktu jua yang bisa menjadi kekasih yang paling setia...


Salam sayang daripada aku yang sentiasa akan mengingati kalian dalam 'wajah-wajah' yang aku lakarkan mengikut acuanku!

~Aku, kakwan mu!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
September 27, 2014
(Y_Y)

27 September 2014.
Sabtu yang dingin. Hujan turun dengan lebat. Membawa rasa sayu di hati.

Umi Farhana
umi adalah lambang wanita yang tabah
mengharungi detik-detik sukar
di mata ku umi wanita yang perkasa

Zayn
mengenali diri kamu semenjak.kecil
aku jadi kagum
bagaimana kamu menjaga wanita-wanita di sisimu
sudah dewasa ya kamu
sudah pandai bermain kata
sudah pandai menilik bunga di taman orang
telatah kamu membuat aku tersenyum sendiri

Najaah
kamu anak yang taat
adik yang baik
itulah yang paling membimbangkan aku
di antara semuanya aku paling risaukan kamu
hati kamu itu
Najaah
aku tidak salahkan kamu kerana menyimpan perasaan terhadap si dia
ya aku faham
kerana sayang kamu kepada si dia itu sudah ditanam betahun-tahun lamanya

Pak Long Imran
kenapa begini jadinya?
tugu kasih sayang yang dibina dengan susah payah itu
kenapa diruntuhkan binaannya?
tidak rasa ralatkah?
hanya kerana pesona yang bersifat sementara itu?

Dian
cinta itu tiada syarat
bukan harus memiliki
tetapi adakala perlu dilepaskan

::Kak Wan. Kita tulis macam Kak Wan juga tapi ayatnya tak sesedap ayat Kak Wan. :-D
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
October 2, 2014
Kekasih Waktu
by Noor Suraya
Terbitan: Adiwarna
2014

membacanya membuat minda mengorek peti simpanan memori kisah Dr Farhana dan anak-anaknya. Seperti meniti memory lane pulak. Apabila menjengah Ustaz Din, kisah jaja dan din membuat kita tersenyum. Kisah ini akan terasa lebih dekat di hati sekiranya anda pengikut setia kisah2 karya Noor Suraya terutamanya Rindunya Kian membara, Jaja dan Din dan Nyanyian tanjung sepi.

Kisah ini membawa kita melihat perkembangan keluarga Dr Farhana dan Pak Long Imran setelah 13 tahun berumah tangga. Keluarga yang tenang namun banyak pergolakan hati. Zaynn memburu ilmu kedoktoran nun di India memutik cinta buat Dian, anak Duta malaysia di sana. Najaah membesar dengan baik sekali. Seorang yang kuat aura kewartawanannya namun ada rahsia hati yang disembunyikan dari semua orang. Nuha yang 'pendiam' tu senyap-senyap sudah ada pilihan hati. ;)

Bagi aku watak utama kisah ini adalah Dr Farhana dan Imran. Buku ni aku tak boleh letak bila dapat tahu Imran mula berubah hati setelah 13 tahun bergelar suami. Selepas 13 tahun baru Imran sedar bahawa kasih pada Farhana hanyalah kerana kasihan. Bayangkan Farhana memilih Masri ketika hatinya terpaut pada Farhana, lalu apabila Farhana sendirian lagi dia menaruh harapan tinggi untuk memiliki Farhana tetapi Najaah telah berjaya membuat dia berubah hati lalu membiarkan Farhana menjadi milik Dr Ilham. Kasih yang menggebu telah berubah menjadi kasihan setelah Farhana sendiri lagi, kali ini bersama 3 anak extra di samping anaknya sendiri yang 2 orang itu.

Dalam keadaan ini, aku heran juga kenapa aku tak rasa nak marah dengan Imran tetapi rasa kasihan pula. Dia keliru? Yang lagi kesiannya dalam banyak-banyak manusia kenapa dia jatuh hati pada wanita yang kerek, ngengader. Bila usia menganjak melepasi 50-an, taste nya beralih pada yang jenis melentok manja lah pulak. Bayangkan kalau bersembang tentang pendirian PBB terhadap isu Palestin dengan orang yang macam tu.

Dr Farhana? Dia seorang yang berfikiran panjang. Memikirkan kekurangan diri walaupun ada rasa kecewa pada Imran yang sanggup menunggunya sekian lama tetapi akhirnya kalah dengan dugaan hati. Untuk seorang yang pernah kawin lari, Pernah survive di Perancis bersama dua orang anak kecil sehingga bergelar Dr Farhana, dia bukanlah seorang yang pendek akal dan bukan mudah dia menerima semula Imran setelah menyerahkan hatinya kepada wanita lain. Suka dengan peranan Najaah di hari pernikahan Imran. Taktik yang hampir sama ketika Imran terpujuk untuk mengundurkan diri dan memberi ruang kepada Dr Ilham. Imran kalah dengan mudah pada Najaah tak kira besar mana budak Najaah tu.

Kisah Dian dan Zaynn seperti satu ruang yang membahagiakan. Bila restu mula datang menyimbah namun ada jua yang tidak pernah dijangka. Penyebabnya sangat kecil sehingga kita buat heran tak heran. Namun sikecil itu memberi impak yang sangat besar kepada nadi cerita ini. Mari kita tampar dia laju-laju!

Ada rasa yang tidak beres apabila menutup kisah ini. Rasa nak baca lagi tapi tulisannya sudah habis. Definitely kena sambunglah kaksu ;_; Waktu adalah kekasih terbaik. Merawat luka. Membilas duka.

sure fine whatever
Rinn


Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 2, 2019
Hati Ai koyak uhukkk. Nak letak berapa bintang pun tak tahu.
'Jahatnya' Kaksu... perlukan tempoh bertenang ni.

Full review: 2/10/19

3.5*

Aku bersetuju dengan review teman-teman, ini kisah Dr Farhana (Anah) sekeluarga. Bagaimana takdir menyusun hidup tanpa kita sangka. Tapi dek kerana ending yang membuatkan aku rasa sayu sampaikan perlukan tempoh bertenang, makanya aku tak mampu beri bintang lebih. Katalah apa saja, tapi sebagai pembaca yang tamak aku sentiasa mahukan penamat yang bahagia. Ok, over Cherina, kan? Yes, I know haha.

Sebenarnya aku rasa Kekasih Waktu (KW) ini terlalu banyak simpang-siurnya; ada kisah Anah, cerita Zaynn dan juga Najaah. Jadi di awalnya, aku sedikit terganggu nak fokus kisah yang mana satu. Namun, pembacaan jadi smooth pastinya kerana;

1. Olahan cerita di tangan penulis yang mahir sungguh ‘bercerita’, ditambah dengan laras bahasa yang cukup cantik memikat (ini memang trademark penulis); dah bagaikan terasa Kaksu duduk di sebelahku bersenandung kisah Anah-Imran, Zaynn-Dian-Najaah.

2. Susahnya menjadi Anah, masih terbawa-bawa hingga ke novel ini. Aku harapkan Anah sudah boleh berbahagia hingga hujung usia setelah jodohnya bersama-sama Imran yang ‘tergantung’ sebelum ini ‘disambung’ kembali dalam KW. Tapi, apakan daya tidak dinamakan manusia andai tidak diuji.

3. Imran. Uhukk. Menulis namamu pun sudah buat aku makan hati. Cinta dalam hati yang aku sangka teguh akhirnya roboh jua ya. Ish, sampai raya bila-bila pun sukarnya aku nak memaafkan tindak-tanduk Imran yang cukup melukakan. Mana perginya lelaki yang pernah aku kagumi dalam RKM itu?

4. Zaynn. Sukar pada mulanya nak dapatkan rentak Zaynn ni kerana jujurnya aku merasakan ceritera hidup Anah lebih menonjol berbanding Zaynn. Tapi bila dah dapat rentaknya, alaa… *lap air mata*. Dan maaf ya Kaksu, watak Zaynn seperti ada kurang rasanya, tak pasti kenapa, atau apakah fokusku sebenarnya lebih terarah kepada Anah?

5. Najaah. Aku suka watak ni walaupun terasa canggung bagaimana Najaah boleh menyayangi Zaynn melebihi apa yang sepatutnya. Tapi yalah, cinta itu kan anugerah dari Ilahi, yang jatuh dalam hati-hati hamba-Nya. So, yes… I rest my case!

6. Din. Ustaz Din. Aku salute bagaimana penulis menyusun atur plot, cross-check dan sekaligus membongkar kisah Din yang ‘hilang’. Bayangkan novel Jaja & Din telah ditulis sekitar 2009, dan pada tahun 2014 (tahun di mana KW diterbitkan), barulah kita dihidangkan dengan kisah sebenar Din. Bravo! Terasa nak reread pula kisah mereka.

Benarlah waktu itu umpama sang kekasih yang paling setia di sisi kita. ‘Bersamanya’ bisa menyembuh luka. Namun, sampai bila harus bertahan ya? Kita tak kan pernah tahu. Cuma bila kau bisa tersenyum tanpa ada hatimu yang terguris lagi, aku rasa itulah saatnya kau sudah reda.
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
October 31, 2014
Sanggup KakChik tahan hati tak beli/tak baca Kekasih Waktu di Berita Harian tu tau. Sebab nak tunggu yang dibukukan. Alhamdulillah-lah, KakSu akhirnya bukukan juga. Kalau tak, mahu hamba meroyan..^__^.

Kekasih Waktu - Kesinambungan untuk karya KakSu yang terdahulu, Rindunya Kian Membara. Aduhaiiiii, kalau kisah Anah dalam RKM tu buat mata KakChik jadi merah saga, kali ini kisah Anah lebih dominan dari kisah cinta Zaynn-Dian yang muda belia tu.

Walaupun pada dasarnya kisah ini lebih banyak memberi ruang kepada watak Zaynn, anak lelaki tunggal Anah tapi kekuatan watak Anah tu nampaknya lebih terkesan di hati KakChik.

Akhirnya berjodoh juga Imran-Anah selepas 2 kali Imran terlepas Anah. Walaupun dalam RKM, Imran rela melepaskan Anah kepada Ilham selepas membaca surat Najaah untuk Tuhan. Najaah yang manja dan jadi kesayangan Pak Long Imran. Tapi jodoh Ilham-Anah tak panjang, selepas 5 tahun perkahwinan mereka, Ilham meninggal dalam kemalangan jalan raya. Disebabkan rasa kasihan dan tanggungjawap, Imran melamar Anah untuk dijadikan isteri. Walaupun tanpa rasa cinta tapi kasih dan sayang tu masih ada. Maklumlah dia sudah buang segala rasa cinta terhadap cinta pertamanya selepas Anah menjadi adik iparnya.

Selepas 13 tahun perkahwinan mereka yang aman damai & bahagia, rumahtangga mereka tergoncang disebabkan Imran jatuh cinta. Betul ke jatuh cinta atau pun Imran ni rambang mata disebabkan kecantikan Nik Sofea yang sentiasa mencari peluang untuk menggoda CEO Anjung Seri tu?
Sekali Anah terluka, maka tiada maaf dan ampun lagi. Walaupun seluruh anak-anak memujuk, namun kerasnya hati Anah besi waja yang tidak lebur dek api. Sedih,kan? Hanya kerana tersilap menilai, Imran hilang hak terhadap cinta hatinya.

Najaah, cik wartwan yang sentiasa menjadi kesayangan Abang Zaynn dan Ayah Imran. Namun Najaah memendam rasa hati terhadap Abang Zaynn. Aduhaiiiii, Najaah yang keletah dan manja tu berusaha sesungguh hati untuk membuang rasa cinta terhadap Abang yang boleh dinikahi itu selepas melihat perkahwinan umi & ayah berantakan kerana orang ketiga. Najaah tak mahu Zaynn-Dian tidak bahagia kerananya. Biarlah dipendam rasa sakit itu sendiri tanpa sudi berkongsi dengan sesiapa.

Kisah Zaynn-Dian yang tidak kesampaian walaupun sudah mendapat restu Puan Sri Habibah. Pergi Shah Jahan tanpa sempat ditatap oleh Mumtaz buat terakhir kalinya.

Moga ada kisah-kisah bahagia buat Najaah-Dian yang ditinggalkan.

*silasediatisu*
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
December 29, 2017
selalu baca buku santai. sekali bila hadap buku yang laras bahasanya cantik beralun, ideanya berselerak, olahannya kisah dalam cerita.. haa... hambik... seribu satu rasa celaru keliru hinggap dalam otak. berbolak balik emosi sepanjang pembacaan. inilah kekuatan puan penulis Noor Suraya Adnan Sallehudin.. dari awal kemunculan beliau hingga kini, rasanya tak pernah mengecewakan setiap karya yang terbit..

idea berselerak? ini kisah sebuah keluarga yang bahagia setelah menempuh banyak duka. tapi dugaan sentiasa ada. bermula kisah zaynn yang belajar di India yang jatuh hati pada Dian. cumanya ditentang oleh ibu Dian secara senyap. kisah najaah yang sayangkan zaynn tapi terpaksa menerima hakikat yang zaynn abangnya. pernah terbaca dulu yang bila ibu bapa yang bercerai lepas tu kahwin lain lepas tu ada anak-anak lepas tu cerai kahwin lagi lain ada anak dari dua belah.. keluarga apa ya dipanggil? lupa dah.. keluarga atom? keluarga nuklear?.. adoi.. lupa.. kira keluarga farhana begitulah sebab dia membesarkan anak-anak bekas suami dan kemudian akhir sekali berkahwin dengan paklong anak-anaknya, imran..

ibu Dian payah mahu menerima zaynn, nuha adiknya berkahwin lebih awal, najaah sakit hati bila dikenenkan dengan 'bos kecik', si fadzril. agak sayu bila imran mula jatuh hati dengan nik sofea dan ambil keputusan mahu berkahwin. kecewa farhana.. sambil-sambil puan penulis membaqa pembaca berjalan-jalan ke negara India..akhir kisah memang sangat duka.. bila cinta di duga, perjalanan rumahtangga sememangnya getir. bila kehidupan di hiasi dengan amal, sangat cantik warnanya..
Profile Image for Mahadewi.
9 reviews2 followers
September 23, 2014
Selepas menyelesaikan naskhah ini saya terasa seperti sayalah yang kehilangan mereka. Watak-watak yang saya kenal sejak kecil itu membesar dan meninggalkan saya begitu sahaja. Yang tersimpan dalam hati, hanya sebuah kenang-kenangan.

Terasa seperti keluarga Dr. Farhana, itu adalah sebahagian daripada saudara-mara yang begitu rapat dengan saya. Ternampak-nampak saat Zaynn mengejar Mia dari belakang, tanpa sedar yang dari sisi depan air mata Najaah sudah merambu. Pada saya, Najaah tidak pernah membuang Zaynn daripada hatinya, walaupun dia kata dia sudah membuangnya. Dia hanya sedang menipu diri sendiri.

Pada saya, kata 'abang' itu adalah buktinya: sepatutnya, dia panggil 'Abang Zaynn'. Bukankah begitu, yang diajar dalam santun Melayu. Noor Suraya tidak pernah menulis dalam satu 'layer'... maksudnya sentiasa tersurat dan tersirat.

Tahniah kepada Noor Suraya, yang menampilkan watak Imran dan Farhana, walaupun mereka bukan remaja/muda -- tetapi berjaya dinobatkan sebagai watak utama dan tiada siapa yang merunggut, dengan mengatakan hero tua, heroin tidak muda lagi.

Sebuah penulisan yang matang. Menunggu Roos dari Negri van Oranje.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,557 reviews41 followers
February 25, 2019
Aduhaiii Kak Su. Ceritanya sentiasa ada buih syahdu, bayu mendinginkan hati yang lara, bahang harum menghangatkan rasa. Bermula dengan sejarah Taj Mahal, kebanyakan lokasi watak utama iaitu Zaynn di Kasymir. Dah banyak buku Noor Suraya yang baca, nampak lebih jelas bahawa watak-wataknya nanti ada kaitan...atau beberapa wataknya dijadikan latar dalam novel ini dan menjadi watak utama dalam novel lain- cuma dengan senario / lokasi / bentuk kisah yang lain. Nada senario dan lenggok bahasa pun sama, namun tidak pernah membosankan; Saya memang nak hadamkan kisah-kisah insan dibuai kasih, sayang dan cinta mahupun sendu yang ditulis oleh Kak Su dalam beberapa hari ni. Kekasih Waktu adalah yang ketiga dalam masa 3hari, selepas Kerana Mencintaimu Ain dan Nyanyian Tanjung Sepi...

Saya nak relate juga sementara ingat dan boleh refer kat bukunya; watak Abang Din, mujahid yang hilang ingatan yang ditemui oleh Zaynn semasa volunteer di kem pelarian perang di Pesyawar Kasymir, ialah menantu Dr Badrul Hisyam. Saya kan baru baca Nyanyian Tanjung Sepi, Dr Badrul Hisham tu kan kawan karib dan business partner Dr Aqmar. Isteri Dr Badrul Hisham kan Dr Haslinda, yang becok dan ada peranan besar juga dalam kisah cinta tak berpanjangan Dr Khalida-Dr Aqmar. Abang Din / Burhanuddin al-Helmy tu rupanya suami Jaja.

Bestnya latar cerita Zaynn, tasik Dal di Srinagar yang tenang, taman air yang meriah; ada orang berperahu / bershikara meniaga batu permata, pelbagai sajian Kashmir, buah-buahan, safron, barangan kulit, pashmina... best nya. Nak la pergi.

Awalnya saya fikir si watak utama iaitu Kekasih Waktu itu Dian buat Zaynn. Menarik juga cuma Dian macam agak kaku sebagai heroine. Zaynn pun bukannya jenis yang banyak mulut, cuma specialnya dia gemar menulis kata-kata indah di poskad untuk kekasih hatinya. Tetapi banyak pula keluh resah Umi Farhana-ayah Imran. Banyak juga kisah masam manis Najaah-Fadzril. Suka sangat saya dengan watak Najaah. Farhana sebagai heroine tu pernah dikisahkan Kak Su ke? Novel yang mana ya? Macam ada salah seorang watak sampingan novel Kak Su terdahulu yang saya baca, yang menderitai barah payu dara. Tapi tak ingat yang mana. Harapnya adalah novel Kak Su yang melakarkan pula kisah hidup dan cinta Najaah. Najaah yang polos dalam keceriaan. Zaynn pastinya permata paling gemilang memancarkan kilauan yang menyejukkan hati semua di sekelilingnya. Zaynn yang dikasihi santai dikasihi semua. Saya sungguh jatuh sayang dan belas, dengan watak lelaki bernama Zaynn. Terasa sungguh pilu dengan pengakhiran kisah cinta Zaynn-Dian.
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
February 7, 2015
"Berdoalah duhai hati. Doa adalah tempat beristirehat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah, dan kelegaan bagi yang terbakar api hasrat."

Itulah kata-kata yang tercoret di muka depan Kekasih Waktu. Indah, terlalu indah. :)

Dalam banyak karya Noor Suraya atau mesranya disapa Kak Su, saya paling menyukai karya terbaru ini.

Bait demi bait bahasa dicoretkan, mengundang seribu satu rasa. Naisu!

Zaynn, seorang anak muda yang dalam penghujung kembara di bumi India jatuh cinta dalam diam kepada Dian. Si anak duta Malaysia ke New Delhi, India.

'Indah kan rasa cinta, apabila dia yang kita cintai turut seia sekata fasal hati'.

Cinta Zaynn disambut baik oleh Dian walaupun ibu Dian tidak bersetuju bermenantukan orang kurang matlamat seperti Zaynn - pelajar perubatan yang sudah hilang rasa untuk bergelar doktor.

...

Bermain dengan rasa, bermain dengan kata, terasa cukup dekat pabila ia jatuh ke sudut jiwa. :)

Najaah, gadis baik yang sukakan seni. Menjadi 'adik' kepada Zaynn pabila arwah papa Najaah mengahwini umi Zaynn. Lain bapa lain emak, mungkin itu menjadi tiket untuk Najaah jatuh hati pada 'abangnya', Zaynn.

Namun kerana tahu abangnya sudah ada pilihan hati, dia mula menepis rasa suka yang ada. Najaah, memang patut Zaynn sayang kamu lebih dari adik-adik yang lain.

Bak kata Zaynn, Najaah macam umi. Suka lebihkan orang lain sebelum diri sendiri.

...

Dr. Farhana, umi kandung kepada Zaynn dan Zetti, ibu tiri kepada Nafisya, Najaah dan Nuha.

Seorang ibu yang sangat supportive kepada anak-anak, seorang isteri yang baik kepada suami. 3 kali pernah berkahwin, bukan membuatkan dirinya lemah. Bahkan terus menguatkan dirinya.

...

Saya ada tabiat- suka belek muka surat terakhir. Mahu tahu apa kesudahannya.

Dan bila baca di akhirnya, saya terkejut. Rupanya ending tidak seperti yang saya gambarkan pabila membaca sinopsis.

Sedih.

Tapi kalau dah itu takdirnya, siapa kita mahu menafikannya. Kan?

:')

Paling best, bila membaca Kekasih Waktu saya bagaikan dibawa ke Kashmir sana. Bagaikan dapat menaiki sampan, melihat Taj Mahal di depan mata.

Indah sekali aksara kata yang ditulis. Tahniah Kak Su.

P.s : menanti kisah Mubin pula. ;)
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
June 24, 2016
Kaksu ni memang pandai buat orang sedih kan??

Sedihnya apabila Farhana diduakan Imran..
Sedihnya membaca ketelusan hati seorang isteri membuat pengorbanan..

Sedih membaca gelora hati Najaah yang jatuh cinta terhadap 'abang'
Sedih melihat Najaah berpura-pura bahagia meraikan pertunangan Zaynn..

Dan kemuncak kesedihan,
Apabila Zaynn pergi buat selama-lamanya..
Mendalami perasaan umi yang kehilangan satu-satu anak lelakinya yang baik
Perasaan Najaah yang kehilangan abang yang dicintai dalam diam..
Perasaan Zetti, sikembar yang berkongsi nafas dalam rahim umi..
Dan perasaan Dian, si tunang yang menanti hari disatukan.

:(
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews5 followers
October 3, 2019
Sebak aku di akhir pembacaan setelah watak Zaynn meninggal dunia .Hilangnya seorang anak,abang,adik dan tunang. Watak Zaynn digambarkan seperti Shah Jahan yang sangat menyayangi Mumtaznya. Yg berbeza cuma kali ini Shah Jahan yang pergi dulu menghadap ilahi. Walaupun pernah berkelana di luar negara dan berkhidmat di kem pelarian,punca kematian Zaynn adalah makhluk kecil yg dipanggil nyamuk. Berbisanya penangan gigitan halus itu. Bercerita tentang denggi, aku juga sempat merasainya. Syukur keadaan ku tidak merbahaya.. Overall,aku amat menyukai naskhah ini..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
March 18, 2015
kaksu, awat buat cerita sedih sangat ni? dah lama tak nangis baca novel... last novel kaksu yang buat sy menangis pun novel biru ungu cinta.. tak sangka sungguh novel ni sebenarnya novel sedih. dari m/s 210 sy dh dok sebak². ending mmg sedih adudu, lagi² bila rasa Zaynn tu watak allahyarham Ahmad Ammar sungguhlaa walaupun persamaan tu cuma 3/10 saja :(

Dan novel ni sy akan ulang baca juga seperti sy buat kat Keranamu Ain, Biru Ungu Cinta, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Nyanyian Tanjung Sepi.
Profile Image for NA.
5 reviews5 followers
July 31, 2015
Masa mula-mula novel ni keluar tengok tajuk macam cliche je.. Tapi sebelum beli 1/7 hari tu sempena promosi 3 novel RM55, pilih jugak la novel ni sebab tengok review sangat mantap...

Tak amik masa lama baca. Sehari lebih je.. ternyata karya Kak Su memang sukar ditebak seperti novel sebelum-sebelum ni juga. Memang lain sangat dengan andaian awal. part yang menarik perhatian adalah Din. Maaflah, saya ni fanatik Jaja & Din. Teruja Din ada dalam novel ni. Oooo...begitulah rupanya kisah mengapa Din lama tidak kembali ke pangkuan Faizah & Umar. Begitu rupanya.. =)

Ketika mana Zaynn dimasukkan ke hospital kerana denggi dan Zaynn meminta Najaah untuk menuliskan wasiat, saya sudah menghidu babak sedih. Walaupun berusaha menafikan dengan kenyataan bahawa 'hero mana boleh mati'...namun, Kak Su lebih tahu jalan ceritanya.

Saat tiba pada berita pemergian Zaynn, saya tidak dapat membendung air mata. Situasinya hampir sama. Kami kehilangan seorang sahabat pada pagi 1 Syawal / 17 Julai. 3 hari sebelum saya menamatkan novel ini. Pemergian secara tiba-tiba dan tidak dijangka. Pada hari jumaat. Pada umur yang sama dengan Zaynn - 27 tahun. Juga mempunyai adik kembar.

Allah. Jika tidak berita pemergian sahabat kami itu pun, Kak Su pandai saja menolak menarik emosi pembaca. Apatah lagi kejadian yang hampir serupa..malah dekat benar pula tarikhnya.

Semoga Allah menjadikan ruang pusara saudara seIslam kita dan kita semua nanti sebagai salah satu daripada taman-taman syurga... Aminnnn..

Bacalah kekasih waktu. Ia bukan sekadar kisah cinta Shah Jehan dan Mumtaznya.

=)

syawal15.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
April 26, 2017
Cerita yang manis dan puitis. Pengakhirannya tidak seperti yang saya sangka.

Tak suka watak Imran. Kenapa perlakukan wanita sebaik Farhana, macam tu?

Suka dengan kisah kekeluargaan Farhana, Imran, Zaynn, Najaah, Nafisyah, Zetti dan Nuha. Suka juga dengan sedikit kisah Najaah & Fadzril.

1 review1 follower
October 2, 2014
Sebuah karya yang sangat indah, membuai rasa kala menyusuri keindahan Kashmir... Tasik Dhal... yang memberi rasa cinta damai di hati.

Bahasanya yang indah mengganda-gandakan buih-buih cinta yang sedang mengembang di dalam hati.

Kisah yang menyingkap pelbagai rasa ini sangat menyentuh hati yang paling dalam.

Rasa kasih dan sayang pada Zaynn, rasa suka dan simpati pada Najaah, rasa kasih dan kasihan pada Dr. Farhana. Pada Imran bagaimana pula?

Membaca Kekasih Waktu... kita akan lebih faham beza antara kasih, sayang dan cinta.

Jadi bacalah Kekasih Waktu untuk menikmati sendiri rasa itu.
Profile Image for Anis Che.
19 reviews2 followers
July 30, 2015
Akhirnya habis juga membaca naskah ini. Saya nak habiskan novel ni kena ada mood. Barulah setiap bait ayat yang di rangka oleh Kaksu masuk ke jiwa saya.

Satu karya yang sangat bagus. Cerita yang sangat jelas dan susunan yang sangat hebat. Terima kasih Kaksu untuk Kekasih Waktu ini .


:)
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
May 31, 2016
Mencintai itu seperti menjaga
Menjaga agar tak ada luka
Menjaga agar tak ada kecewa
Kerana hakikat cinta itu damai
Mendamaikan dua hati yang bermusuhan
Hakikat cinta adalah dekat
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
August 3, 2015
Hasil karya Kak Su memang tidak mengecewakan. Dapur Mak Cik Raja sudah di tangan dan tak sabar pula nak baca Keranamu Ain... hi hi
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
May 5, 2015
Nak cakap apa lagi. Kaksu yang tidak pernah mengecewakan wpun saya kecewa dgn endingnya..waaaa
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
April 24, 2018
Hati kita ini bukan kita yang pegang. Ia boleh berubah bila-bila masa je dan kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
October 3, 2015
3.5

Ini adalah buku ketiga yang saya baca, nukilan daripada Noor Suraya. Tak banyak mana lagi yang dah dibaca, jadi saya anggap diri sebagai pembaca luar yang pada mulanya beli buku ini hanya kerana kulit muka yang cantik sangat. Pasti ada juga pembaca yang membeli buku ini tanpa mengenali watak-watak di dalamnya secara mendalam. Saya umpamanya.

Ragu-ragu juga pada mulanya, patutkah saya baca buku ini dahulu, atau patutkah saya baca buku terdahulu (mengenai kisah Farhana/Imran/Masri/Ilham) supaya lebih dekat dengan buku Kekasih Waktu ini? Tapi saya teruskan juga, alang-alang dah beli, terus sajelah baca.

Tamat pembacaan, buku ini seperti mana trademark KakSu, ada banyak watak-watak tambahan yang mungkin buat kita tertanya, terlupa Pak Sheikh, Abang Azmi ni siapa ya? Mungkin juga tidak se-deep pembaca tegar, jadi kisah Farhana dan Imran tak berapa mencuit hati saya. Tetapi tak dinafikan pengakhiran Zaynn/Dian/Najaah memang menyedihkan :( cepat sangat Zayyn pergi, banyak yang tergantung, tapi mungkin juga disengajakan. Dah muncul pun epilog di hujung-hujung buku yang tak dapat saya hadam, hat tengah sedih kesat ayaq mata muncul pulak si Mubin. Sabar Mubin, hang lain buku okay.

Gembira saya bila bertemu kembali dengan Ustaz Din, yang ketemu Faizanya semula. Oh, sungguh saya lebih suka Jaja&Din haha.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
October 4, 2014
Tamat! Selepas naskah Kau Kekasihku dan Bukan Puteri Lindungan Bulan, novel Kekasih Waktu pula yg membuatkan air mata menitik di pengakhiran cerita. Tapi... Ianya merupakan sebuah kisah yg sungguh menarik!

Siapa tak kenal dgn Noor Suraya? Penulis ini bijak dalam menggerakkan emosi pembaca. Dengan bahasa yang puitis ditambah lagi dengan pantun di setiap hujung bab, menjadikan novel ini punya tarikan tersendiri.

Kekasih Waktu membawa kita mengenal watak Zaynn, Najaah, Dian, Farhanah dan Imran. Kesemua watak ini digerakkan dengan cukup sempurna. Suka dengan peribadi Zaynn, kebijakan Najaah dan kesabaran Farhanah. Kisah yg membawa kita mengenal erti kasih, makna sayang, maksud bahagia... Noor Suraya turut membawa kita merasai agungnya kisah di sebalik Taj Mahal.

Secara keseluruhan, novel ini punya identiti sendiri. Tidak seperti kebanyakan novel sekarang yg lebih tertumpu pada kahwin paksa dan berebut harta. Tahniah buat Noor Suraya! Moga mampu menghasilkan karya2 terbaik pd masa akan datang!
52 reviews
April 25, 2016
Penulis ni ada lah satu satu nye penulis yang berani menulis mengikut kehendak hati sendiri. Mencabar kehendak hati pembaca. Menarik sebenarnya. Walaupun penuh dengan linangan airmata.

Terima Kasih Kak Su. Untuk sebuah naskah yang sungguh manis dan penuh rasa.

Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
March 16, 2017
Kak Su seperti biasa membuai-buai aku dengan perasaan suka dan duka dalam watak Zaynn, Farhana dan Najaah. Namun begitu, kolaborasi Noor Suraya dan Imaen dalam Cintaku Luruh di Oxford bagi aku lebih umpphh berbanding novel ini.

Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.