What do you think?

Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
September 24, 2014
karl dan puisi umpama pohon dan buah. tak dapat saya nyatakan karl yang mana satu, pokok kah. atau buahnya kah? ;
kerana kedua nya saling menyerupai. sajak karl seolah-olah karl sendiri dan karl terlalu larut dalam apa yang dinamakan sajak.

Read
September 17, 2014Sebetulnya saya sudah lama membaca BOKE dan berkira-kira mahu mengulasnya tetapi kata-kata hanya tertinggal pada ulas bibir saya, menghuni fikiran tanpa memaksanya menjadi sebuah catatan kecil di blog. Seperti sebuah penebusan dosa, seusai saya mencelah di antara helaian kertas dalam buku terbaru Karl, Sekumpulan Epitaf & Surat-surat yang Lewat, saya memutuskan menulis catatan ini, supaya ia tidak akhirnya menjadi hiasan pada ulas bibir saya atau bergelora hanya pada relung fikiran.
Ramai penulis memilih menulis puisi. Mungkin kerana ia tampil dengan jumlah kata-kata yang minimal serta menempati 140 patah kata pada Twitter. Dan puisi memenuhi gelas-gelas kesepian malam hari untuk dikongsi dengan pantas dan mempesonakan orang lain. Sedang mungkin cerpen dan novel memerlukan sejumlah pertarungan dengan ribuan kata-kata yang entah mungkin dibaca atau tidak. Ramai yang Mabuk Puisi seperti katamu,
|aku sangsi pada jari-jarimu|yang menanggalkan sendiri baju dari tubuhmu|barangkali kau terlebih mabuk|dan bibir gelasmu menyimpan lebih dari sekadar jujur|
Dan kadang-kadang mengkhuatirkan pembaca kerdil seperti saya, apakah puisi hanya akan menjadi jualan murah, mudah dibeli dan dijual, sedang dipakai oleh sebarang orang, yang mudah-mudah mengakui mereka penyair. Sungguh puisi tidak seharusnya sering tampil dalam makna serta penuh kata-kata payah susah, ia juga tidak harus tampil murah dan mudah yang saya percaya telah Karl ungkapkan dalam puisi Mabuk Puisi
|barangkali kau harus belajar mengampuni| dan tidak buru-buru menulis puisi| kerana puisi adalah lebih dari sekadar gerimis| mahu hujan di atas pentas| malah lebih dari sekadar doa-doa patah hati
Puisi telah ditulis ribuan penyair, sama ada puisi-puisi mereka pernah dibaca, dibukukan atau didengarkan. Dan berjuta-juta kata-kata telah dijemput menghuni puisi-puisi milik penyair ini. Namun, masihkah ada tempat untuk mencari kesegaran di dalam puisi sedangkan ia telah ditulis beribu-ribu kali oleh manusia, dengan pelbagai susunan, bentuk dan teknik? Ya, tentu sahaja ada. Bahasa sentiasa dinamik dan berubah bersamaan juga dengan manusia. Jika bahasa percakapan manusia juga mengalami evolusi apatah lagi bahasa persuratan. Tapi persoalannya bagaimana mencipta kesegaran dalam puisi? Persoalan itu saya biarkan melenyap ke dalam baris-baris puisi Karl Agan. Yang saya senangi dengan caranya sendiri, tidak berlebihan memasuki kata asing yang menjadi hiasan kurang perlu, sedang hampir sepenuh membongkar kekayaan bahasa melayu dan menyandingkan dalam baris yang bersesuaian untuk menyampaikan hasratnya.
Dewasa
Tubuhmu bukan lagi kampung|tapi sebuah kota yang hingar|di sini anak-anak kecil seperti kamu|jangan bermain di jalanan|nanti dilanggar kereta-kereta linyar|di sini tak boleh perlahan-lahan|tanda kurangkan laju hanya hiasan|
Karl, mengapa agaknya seseorang membaca puisi? Mungkin untuk mencari dirinya? Mungkin kerana tuntutan kerjanya? Mungkin kerana ia lebih ringkas berbanding prosa? Sedang saya membaca puisi untuk keseronokan kerana saya mudah tertarik kepada permainan kata-kata. Ia harus menghiburkan seseorang pembaca seperti saya. Tetapi tidak banyak permainan yang menyeronokkan kebelakangan ini. Sebuah taman permainan, ia tidak sepertinya harus diganti dengan permainan yang baru, barulah menjadi taman permainan yang menarik IA boleh sahaja menampilkan permainan yang lama tetapi memberi kesegaran dalam permainan lama ittu. Perkataan dan seleksi perbendaharaan kata yang Karl pilih, ya memang telah digunakan ribuan penyair tetapi saya masih lagi terhibur dan menyenanginya kerana cara Karl menyusun kalimat itu satu per satu dan perjalanan rima sajak yang harmoni. Saya kongsikan sebahagian sajak kegemaran saya,
Mengapa Selamat Malammu Berbunyi Seperti Selamat Tinggal
|masa depan adalah kotak yang| menyimpan seribu ketakutanmu| dan pertanyaanku yang selalu seperti apa harapanmu| bibirmu selalu penuh dengan esok| dan aku selalu mengucupnya| seperti malam ini adalah | malam terakhir
Ada yang memilih menulis puisi tentang sejarah, tentang politik, tentang hal-hal siasah, ketuhanan, agama dan idea. Sedang hal-hal yang dekat dengan diri manusia sendiri, selalu sahaja diabaikan. Tentang kasih sayang, tentang patah hati dan cinta, tentang kehidupan. Selalu sahaja menjadi “anak angkat” penyair, kerana didapati mungkin ia lewah, mungkin ia tidak menyegarkan. Tetapi yang paling sukar adalah bagaimana menulis hal-hal yang lewah menjadi luar biasa. Dan bagaimana tema-tema ini apabila dibaca, ia membangkit “sesuatu” di dalam diri pembaca. Sajak Karl banyaknya menceritakan hal-hal peribadi dan tentang kehidupan yang sering dijalani oleh sekalian manusia dan melaluinya baris demi baris, membuatkan sayantersenyum di hujung kerana betapa moleknya kata-kata dan betapa dekatnya untuk membuka diri saya sendiri.
Mukasurat dari Sebuah Dongeng Cinta
| kau dan aku adalah dongeng| yang jatuh dari rak buku| kertas-kertas yang tidak terkutip dibiarkan berselerak|sehingga angin tiba dan memisahkan kita| semakin menjauh dan menjarak| kenangan kita adalah tulang buku| yang masih tabah mencengkam halaman terakhir|sementara penjaga perpustakaan| menggantikannya dengan buku baru| buku yang akan menguburkan kisah lama| lalu melemparkan kita dalam api kelupaan|
Puisi-puisi ini meskipun emosi langitnya malam, ia bukan untuk membangkitkan kenangan, ia bukan untuk mengenang kepedihan, membaca kumpulan puisi ini, seolah-olah kata-kata nya cuba mendodoi saya, supaya tidur malam ini lebih lena, kerana kata-katanya meski ada tersinggung, tidaklah marah-marah, dan kenangan bukanlah hanya dikenang tetapi disenandungkan sehingga saya terlena dalam mimpi panjang yang manis
Cuma sahaja, ada gangguan dalam menelusuri keluk kumpulan puisi ini. Meski pun ia sebuah kumpulan puisi, dan setiap puisi boleh berdiri dengan sendiri, ia tetap harus disusun seperti sebuah cerita. Ada permulaan, menuju klimaks dan mereda. Puisi juga kata-kata dan ia juga mahu bercerita kepada pembaca. Semoga di masa akan datang, saya akan menatap sekumpulan buku puisi yang disusun dengan lebih elok lagi di masa akan datang.
Ya, puisi sememangnya hanya sebuah taman sunyi, tetapi hingar dengan kata-kata yang tidak mahu tidur. Ia akan terus menghuni tidak tahu bila mahu berhenti. Dan saya selalu berharap, taman Karl Agan akan terus sunyi dan terus menulis puisi kerna membuatkan saya berbahagia dan berlapang dada, negara saya yang tercinta punya penyair berbakat yang mendapat tempat di hati saya.
http://birungu.wordpress.com/2014/08/...

September 6, 2014
Well, sejujurnya saya nak kasi lima tapi saya kedekut sikit. Empat bintang. Err 4.5 mungkin.
You're good. Bagi saya, puisi ni tulisan hati, kalau awak jujur menulis, pembaca boleh rasa dan tafsirkan apa yang nak disampaikan.
Saya baca waktu rehat, waktu kerja, dalam satu jam lima belas minit, saya dapat rasa naik-turun-sedih-gembira. Sekejap senyum, sekejap lagi berkerut. Habis je muka surat akhir, saya senyum panjang dan niat terus untuk tulis review dekat goodreads.
Terima kasih dan saya puas hati. Silakan, baca dan feel it feel it!

September 27, 2014
Terima kasih untuk satu kegembiraan dan rasa berbaloi membeli. Terus menulis lagi-- huruf-huruf di keyboard saya juga sedang bergelimpangan seperti puisi Kunang-Kunang, tak tahu bagaimana mahu menulis kata puji.
June 12, 2021
Aku terlupa bahawa Karl Agan pandai melukis puisi sepi nan indah. Aku mau jadi seperti nya di waktu yang lain.
Terima kasih, Karl Agan buat puisi-puisi dan kata-kata yang bersahaja yang bisa memeluk hati ku yang rindu ini. Terima kasih.

November 15, 2014
Karl Agan ini manis orangnya. Barangkali manisnya akibat dedahan radiasi yang terbias dari kilang gula di Batu Tiga. Aku berpendapat kebanyakan puisi Karl Agan ini dinukilkan pada waktu muka bumi ini bermandi hujan. Walaupun kadangkala aku berasa sedikit jemu dengan sifat keberulangannya akan perihal hujan, kopi dan rokok, namun itulah pemuisi, bermain dengan subjektiviti, dan itulah Karl Agan yang lazim aku kenal.
Mengenepikan akan sifat keberulangan aku sentiasa percaya hujan adalah antara subjek yang paling berjaya dalam peradaban seni lisan manusia. Lihat bagaimana hujan yang sengaja mengekori Brett Anderson, telah mencipta lagu "When The Rain Falls" yang tidak pernah jemu aku mainkan ketika musim hujan. Berbeza pula dengan Kurt Cobain yang membesar di Aberdeen, Washington, sebuah bandar yang kerap dilanda hujan sepanjang hari dan sepanjang tahun, telah memberi pengaruh besar terhadap mood dan melahirkan seorang yang berbakat namun akibatnya sentiasa dirundum masalah depresi serta melepaskan berontak ke dalam lagu-lagunya. Walaupun tidak memilih hujan sebagai subjek karangannya, dia telah dilabelkan sebagai ikon genre grunge.
(Ramalan cuaca 10 hari akan datang di Aberdeen)
Kebetulan aku membaca satu-persatu puisi ini ketika waktu hujan, secara tidak langsung aku turut dapat merasa serpihan jiwa penulis ketika mengarang puisi-puisi ini. Puisi-puisi Karl Agan tetap indah dan bagus biarpun dalam keberulangan, seberulangan esakan dan ngongoian saban hari sang awan di musim tengkujuh ini.

September 17, 2014
Saya rasa ini bacaan yang sempurna.
Personal favorites are Kucing and puisi tentang rama-rama di perut.
Tulisan Karl tak berbunyi pretentious, dan senang dihadam. Tak terlalu mencuba, tak rasa disogok-sogok ditolak ke dalam kerongkong.
Natural.
Feel itu sampai, masuk dan duduk lama dalam hati.
Syabas, saya dah jadi peminat! :)

October 6, 2014
Ayatnya ringkas. Tak terlalu mencuba atau dipaksa. Rasa lahir dari dalam hati. Kau dapat rasa ceritanya pasal apa. Aku rasa sedih bila baca puisi Karl Agan. Lagi-lagi bab Mitos. Aku pun setuju, puisi hanyalah sebuah taman yang sunyi. Because when i'm sad, I write poems too.
October 2, 2014
Sepertimana malam perlukan bulan, begitulah karl untuk sebuah lautan puisi; yang kian terpejam.
September 6, 2014
Tidak keterlaluan rasanya memberi nilaian lima. Puisi dan Karl Agan seolah-olah berkongsi satu nyawa. Puisinya benar-benar sesuatu. Ada jiwa. Tidak pasti Karl Agan sebahagian dari puisi atau puisi itu yang sebahagian dari Karl Agan, sebab benar-benar sebati.
Yang paling aku suka; 'Kunang-kunang', 'Mabuk Puisi', 'Saling Memeluk'.

January 6, 2015
Sudah agak lama saya tidak membaca sajak yang 'menangkap' sebegini.
Saya bayangkan kumpulan sajak ini bagaikan sekumpulan anak-anak remaja yang berteduh di bawah jambatan kayu sewaktu hujan lebat. Dalam dingin mereka termenung, merenung dan sesekali bercerita. Suara mereka rendah, seakan berbisik, tetapi bukanlah suara2 ketakutan. Anak-anak ini punya percakapan di dada masing-masingnya. Tetapi yang lebih memikat antara mereka adalah seorang pria yang pendiam dan dara yang manis tentunya. Mereka pandai berbahagi rasa, bahkan walaupun tanpa suara. Mereka gemar merenung jauh ke dalam mata masing-masingnya; dan penuh makna. Mereka bisa tersenyum tentunya, tapi lebih selalu mereka menyimpan rasa. Dan kita, yang tadinya cuma ingin menonton mereka dari jauh, tiba-tiba menyerap masuk ke dada mereka. Dan tanpa sedar, menjadi sebahagiannya. Atau, kitalah sebenarnya mereka.
Puisi-puisi Karl Agan tidaklah begitu mencabar pembacaan, malah kelihatanya dia malahan tidaklah cuba mencabar apa-apa. Bahasanya mudah, lembut dan manis. Kekuatan sajak-sajak dalam kumpulan puisi ini ialah keupayaan penyair menaratifkan pengalaman batini akan makna dari segala yang mengisi perjalanan dirinya dengan imej dan sudut pandang yang memikat. Dan paling istimewa tentulah bahasanya. Dia mengoptimumkan keupayaan bahasa melayu yang sedia dimaklumi merupakan bahasa yang cukup lembut dan berupaya bermain dengan unsur perasaan itu. Penyair menggauli bahasa dengan cemerlang.
Saya amat berharap kumpulan puisi ini akan dibaca dan dibincangkan oleh ahli-ahli sastera. Kadang-kadang kita perlu berehat dari berbincang malah berkhutbah akan perkara-perkara yang kita fikir besar seperti nasionalisme, kuasa, politik mahupun agama. Kadang-kadang yang kita perlukan adalah bisik-bisik tentang cinta dan kehidupan sekitarnya.
Untuk estetika kata. Cheers!

November 20, 2014
It took me a day to read the poetry.
Bagi saya, Karl memang mempunyai bakat dalam penulisan terutamanya bab puisi. Tajuk buku ni pun begitu sesuai dengan isi. Ada beberapa yang saya suka baca, yakni saya sempat mengambil gambar excerpt tertentu dan memuatnaik ke dalam Instagram. (That's the power of having social network). Tapi, ada juga beberapa buah puisi yang begitu membosankan saya because of its repetitiveness, atau banal dengan kata mudahnya. Kopi, sigaret, hujan dan puisi sudah begitu sinonim dengan Karl Agan. Tapi, kesinoniman itu juga boleh membuat pembaca seperti saya (jenis yang mudah bosan) untuk menguap dan meletakkan buku Karl ketepi lalu melayan permainan ladang Hayday saya.
Sama seperti Murakami yang terlalu mudah untuk diramal jenis penulisan atau plot cerita beliau, saya menganggap penulisan Karl dalam puisi juga boleh diagak dan kadangkala pada waktu hujan menyembah bumi, saya selalu memikirkan mungkin saat ini seorang pemuisi kopi seperti Karl atau Aan Mansyur sedang mengungkapkan puisi pada hujung jari, dan 3,2, 1 Tweet!
2.5 untuk keseluruhan buku, dan 3.5 untuk bakat Karl dalam penulisan.

September 4, 2014
Sebuah tulisan yang bukan dibikin terburu-buru, tetapi diperam lama agar dapat menghasilkan sajak-sajak yang baik. Tulisan yang kelihatan bersahaja tetapi meninggalkan kesan dalam diri pembaca.
Saya berkira-kira mahu memberi 3 atau 4 bintang tapi akhirnya memilih 4 bintang atas usaha penulis kerana menghasilkan buku puisi yang tidak akan membazir wang dan waktu saya (dan kalian) untuk membacanya. Berkira-kira sama ada 3 atau 4 bintang juga, kerana saya yakin penulis Epitaf ini mampu menulis sajak yang lebih baik untuk buku yang akan datang dan saya masih rasa ada yang kurang setelah membaca Epitaf lebih dari satu kali.
Sejujurnya saya tidak tahu mahu mengulas apa tetapi saya berhutang ulasan buku dari Karl Agan. Mungkin juga ini permulaan untuk pembaca yang masih 'separa pejam' untuk mengenal apa itu sajak yang bagus. Mungkin juga, ada diluar sana yang menulis dengan bagus seperti Karl tetapi memilih untuk diam. Kerana tulisan yang bagus, adalah tanggungjawab pembaca untuk meneroka dan mencari. Dan Sekumpulan Epitaf dan Surat-surat yang Lewat wajar untuk diteroka dan dicari.

December 9, 2014
Yup, lima bintang. Kalau boleh tambah, saya mau beri dua lagi bintang ekstra. This book is THAT good!
Kumpulan puisi yang cukup manis dibaca; dan menggetarkan perasaan. Bahasanya mengalir dengan sangat bersahaja, tapi penuh emotif. Cerita-ceritanya dengan sendiri menyampaikan kisah penuh natural, tanpa perlu memaksa-maksa pembaca menekuninya dengan gigih.

January 14, 2015
Aku tak pernah tak suka tulisan Karl. Enough said.
July 2, 2021
Buku puisi yang ketiga dalam minggu ni.
Entah kenapa saya dapat rasakan kesakitan pemuisi. Mungkin puisi ini tentang kekasihnya atau orang-orang yang dicintainya, tinggal jauh dari dia.
Sungguh, kumpulan puisi ini sangat sedap dan nyaman dan duka kembali berdarah.
(selamatkan aku dari mimpi-mimpi lusuh semalam, agar aku terjaga di waktu pagi dengan nyaman, bukan kerana mimpi ngeri ketakutan)
#MalaysiaMembaca

February 10, 2017
One of the best collection of poems I've read so far. He has made me inspired with his soul in his writing.
February 5, 2018
Kalau kamu mahu membaca buku puisi paling indah, bacalah buku ini kamu pasti tidak akan lupa keindahan dalam setiap puisi-puisinya.
January 7, 2020
Awal awal tu puisinya perlahan sedikit. Yang paling saya suka yang tajuknya "Dewasa".
May 4, 2020
Yang saya suka daripada sajak sajaknya adalah selain bahasa dan susunan perkataannya yang puitis adalah, maksudnya yang mudah sampai ke hati pembaca.
October 30, 2023
Saya sukakan semua puisi dalam buku ini. Bahasanya puitis tapi tidak terlalu puitis dan bombastik atau klasik tapi masih sedap di baca
March 11, 2017
Sekumpulan puisi yang romantis. Karl memindahkan mata kita ke dalam sepasang matanya di suatu sudut pandangan yang berbeza. Membicarakan kehidupan, norma dan sekitarnya dalam susunan kata romantis dan bernuansa sederhana. Bahkan, sajak-sajak cinta pun dari klise diangkat menjadi sesuatu yang mustahak dan berkesan dengan bahasa kepenyairannya.
February 23, 2019
O Tuhan
Aku masih sering bangun pagi
meneliti cermin
dan melihat orang-orang yang aku ingin jadi
Karl Agan, antara pemuisi kegemaran aku.
Aku masih sering bangun pagi
meneliti cermin
dan melihat orang-orang yang aku ingin jadi
Karl Agan, antara pemuisi kegemaran aku.
January 6, 2015
Poetry/puisi has always been my escape. Aku rasa mcm it helps you explore your own feelings through someone else's words. Well yeah coz i find it hard to explain myself sometime. Apa yg buat aku beli buku ni is the puisi at the back cover yang buat aku rasa mcm "i can totally relate with this guy" when Karl said that poetry is not for the broken hearted but sebuah taman yg sunyi. Deym..so much for my escape, lonely rupanya. Hahah! Reading challenge #2 checked: a book you can finish in a day.
January 10, 2015
"tak ada yang lebih merdu dari degup jantungmu,
tak ada yang lebih ku mahu
selain berbaring dan mendengar debar di dadamu
yang mengeja seluruh namaku;
aku ingin pulang ke rumah,
aku ingin pulang ke rusukmu." Heimat, 39.
karl dengan senang hatinya telah menyambut saya bertamu di rumah puisinya. setepatnya, laut perasaannya. sungguh, sengaja saya baca lambat-lambat, supaya tak habis cepat. 'laut'nya juga mudah direntasi, kerana saya sudah lali dan senang berenang di sana :)

September 22, 2016Pertama kali membaca tulisan Karl Agan. membaca puisi-puisinya seperti membaca kumpulan surat-suratnya, menyatakan yg terfikirkannya melalui ayat-ayat pendek. sesuai dengan tajuknya. Disebabkan ianya seperti membaca surat, membacanya dan tenggelam dalam alam yg dia ciptakan. membacanya berulang-ulangkali dan melambat-lambatkan untuk dihabiskan. Nah! bila lagi mahu membaca surat yg puitis sepertinya.
January 11, 2015
Jikalau boleh disifatkan, puisi-puisi yang terkandung terasa sedap. Manis untuk dikunyah, lazat untuk dihadam. Perasaan-perasaan yang tidak disangka ada juga turut 'surfaced' dengan bait-bait yang tertulis.
"Tak ada yang lebih manis
Berbanding kita berdua dan sekaki payung
Langit yang gerimis
Dan bahu yang dipeluk."
- Cinta Dalam Secangkir Hujan

January 13, 2015
Ada orang dekat twitter kata kalau nak baca puisi yang berat baca buku ni padahal ringan nak mampus . Tak berat langsung isu yang dibawanya . Seperti biasa , Selut (ke SFP ?) hanya tahu mengetengahkan puisi-puisi cinta dan perasaan sahaja . Tapi tak semualah :*
September 18, 2014
Kumpulan puisi yang manis dan cukup. Tidak perlulah bahasa yang bombastis untuk ungkapan rasa yang menangkap hati. Tahniah Karl Agan.
September 18, 2014
Baca puisi Karl buat aku befikir semula, kenapa dulu aku mula-mula menulis sajak.
Displaying 1 - 30 of 40 reviews