What do you think?

Mantik dan Etnomantik
Kandungan buku ini amat unik kerana persembahannya yang melibatkan kesepaduan pelbagai ilmu. Hal ini disebabkan mantik merupakan ilmu sepunya dalam matematik dan usuluddin, fizik dan usul fiqah, teknologi maklumat dan retorik, falsafah dan teknologi, teori dan amali.
Namun, kegunaan mantik yang luas itu kurang disedari para ilmuan yang mengamalkan pragmatisme dalam tradisi ilmu mereka.
Pelbagai unsur mantik dihuraikan dalam buku ini termasuk proposisi, pengisbatan, penafian, takrif, analogi, silogisme, deduksi, induksi, transitifan, kantrapositif, penghujahan, pembuktian dan analisis menerusi aliran sejarah perkembangan, khususnya menerusi tamadun Islam yang agung.
Perbincangan tentang entomantik pula sangat menarik kerana merupakan bidang baharu yang dibincangkan secara teliti di dalam buku ini.
Buku ini menggabungkan kedua-dua aspek mantik dan etnomantik dalam perbincangan yang bersepadu. Buku ini yang pertama di rantau Asia Tenggara yang membincangkan etnomantik Melayu-Islam secara khusus dalam epistemologi ilmu pemikiran secara amnya.
Buku ini menjadi rujukan penting bagi pelajar falsafah yang mendalami bidang mantik sama ada pelajar daripada aliran sains, matematik, usuluddin, antropologi, pemikiran atau etnosains. Penyelidik dalam pemikiran mantik akan mendapati buku ini sangat kaya dengan maklumat serta bidang baharu untuk diterokai.

560 pages, Hardcover
First published January 1, 2014
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Currently Reading
October 12, 2019Pertama kali baca bab kejadian Nabi Adam yang lebih detail, siap dengan senarai nama-nama anak adam, kematian Adam ketika umur 1,000 tahun dan Hawa, setahun selepas itu. Jumlah populasi semasa kewafatan Adam adalah seramai 4,000 orang
Read
September 6, 2014Ketika itu, yakni sebelum kurun ke-17, ilmuwan Inggeris malu bertutur atau menulis dalam bahasa Inggeris kerana Inggeris sekadar bahasa rakyat dan kesusasteraan klasik seperti yang diungkapkan oleh Shakespeare. Namun raja mereka iaitu Raja James mempunyai jati diri yang tinggi lalu menyeru ilmuwan mereka agar menulis dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Bible turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris di bawah dasar raja itu. Bible King James Version merupakan usaha James memartabatkan bahasa ibunda mereka dalam sistem pendidikan di England. Bahasa Inggeris kemudiannya dikembangkan di tanah jajahan oleh negara penjajah itu. Akhirnya bahasa Inggeris tersebar luas ke seluruh dunia. Namun bahasa Inggeris tidak digunakan sepenuhnya di negara mereka sendiri. Masyarakat Wales dan Ireland sedang berhempas pulas di United Kingdom untuk memartabatkan bahasa Welsh dan Irish mereka ketika Malaysia bekas negara jajahan, berhempas pulas pula untuk mengembalikan bahasa Inggeris menerusi dasar PPSMI.
muka surat 337.
muka surat 337.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews