Set in a dystopian Neo Key-El (the city built on top of the flood-ruined Kuala Lumpur), where anarchists and killer androids are pitched against each other. But what's the Prime Minister's role in this?
Saya amat teruja untuk memiliki dan membaca novel ini setelah membaca petikan yang dimuatnaik di laman web buku fixi. Pada saya, ada sesuatu kelainan dan tarikan tersendiri pada kisah yang dipaparkan.
Berkisarkan keadaan semasa yang berlaku di Neo Key-El, bandaraya yang dibina semula di atas Bandaraya Kuala Lumpur yang musnah ditenggelami banjir yang tidak surut-surut sehingga beberapa tahun. Pada masa ini, Malaysia telah mempunyai sekumpulan adiwiranya yang tersendiri yang digelar ADAM. ASP Isyak Naim yang baru ditukarkan ke Bukit Aman telah diserap masuk ke dalam sebuah kumpulan elit yang dipanggil Luk-7, ditubuhkan khas untuk memantau pergerakan ahli-ahli ADAM. Namun, telah berlaku satu insiden yang melibatkan Kit Lye, salah seorang ahli ADAM. Kes tersebut ditutup dengan mudahnya dan ASP Isyak disingkirkan daripada kes itu bilamana dia telah hampir untuk menemui jawapannya. Setelah itu Isyak dibantu oleh rakan sepasukannya Hana dan Azmi menjalankan penyiasatan sehingga menemukan satu demi satu bukti yang melibatkan penyelewengan dan korupsi pemerintah tertinggi negara yang di'cover' oleh orang-orang tertentu.
Penulis bijak memanipulasikan isu-isu semasa dengan aksi-aksi thriller dan mungkin juga sci-fi. Plotnya ringkas tetapi dengan pacing yang laju membuatkan pembaca tak sabar-sabar untuk menyelak ke halaman seterusnya. Kritikan dan tujuan penulis agak jelas bagi saya.
Cuma, pada pandangan saya, lebih baik penulis menggunakan parallel universe berbading dystopian society yang digambarkan dalam novel ini. Kerana saya tak dapat melihat apakah perubahan di antara Neo Key-El dan Bandaraya Kuala Lumpur pada masa sekarang. Hampir sama jer situasinya. Takkan la kehidupan 20 tahun akan datang tak berubah langsung, ye tak? Sedangkan perubahan budaya antara sekarang (pasca Y2K) dengan zaman 90-an pun kita dah tergelak2 bila mengingatnya kembali. Tak cukup dengan hanya kewujudan kumpulan adiwira dan robot-robot yang masih di peringkat percubaan tu.
Namun begitu, markah tambahan diberikan untuk penulis kerana berjaya membuatkan saya menghabiskan buku ni dalam masa yang singkat ;)
Lawan merupakan sebuah karya yang paling berani dan ekstrem pernah dihasilkan oleh penulisnya,Khairul Nizam Khairani! Sesuatu kelainan yang dapat saya perhatikan,terutamanya jika dibandingkan dengan Anarkis dan Gergasi. Bukan sahaja terdapat sindiran pedas dan perkaitan dengan individu-individu tertentu (terutamanya ahli-ahli politik di Malaysia),gaya penulisan penulis juga condong kepada gaya bahasa yang sememangnya menjadi trademark FIXI. Apa yang boleh saya komenkan mengenai novel ini? Agak sukar untuk saya nyatakan. Penulis,pada pandangan saya merupakan antara penulis yang berbakat besar di negara kita. Namun,karya beliau kali ini gagal menarik perhatian saya. Berterabur! Itulah yang mampu saya katakan jika mahu merumuskan novel Lawan ini. Saya menyedari bahawa ada mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Dan,saya fikir,saya dapat menangkapnya. Tetapi,cara penyampaiannya agak mengecewakan saya. Terdapat beberapa perkara yang tergantung. Jalan ceritanya juga tidak tersusun dengan baik. Saya sukakan idea adiwira atau superhero yang ditampilkan. Cuma,malang sekali,tidak dikembangkan dengan baik dan teliti oleh penulis. Saya juga berpandangan bahawa adalah lebih baik penulis menggunakan Bahasa Melayu Standard di dalam penulisannya. Pengalaman saya membaca Anarkis dan Gergasi,penulis mampu menyampaikan jalan ceritanya dengan lebih baik dan mudah difahami. Ya. Saya faham. Penggunaan bahasa kesat dan rendah mungkin digunakan di dalam Lawan untuk memenuhi kehendak editor,sesuai dengan polisi FIXI di dalam penerbitan banyak novelnya. Walaupun demikian,saya tetap berpendirian bahawa penggunaan bahasa Melayu yang standard di dalam penceritaan adalah lebih sesuai digunakan penulis. Maaf jika saya nyatakan bahawa gaya penulisan yang digunakan di dalam novel kali ini nampak tidak asli (natural) dan seolah-olah dibuat-buat sahaja.
Captivating, interesting storyline. I love the dystopian setting of Neo Key-El. I wish the author potrays situation at other cities as well.
The whole twist as who the real culprit is, seems a bit predictable. I can't help but picturing this book like the current situation happened nowadays.
Lots of characters involved that at some point can be a bit confusing.
But overall, a good read and I really enjoyed reading this.
Buku kedua dari penulis sama yang aku baca. Penulisan kali ini lebih santai dari Gergasi. Mengisahkan Isyak dari Unit Luk 7 menyiasat sisi gelap ADAM - sekumpulan manusia berkuasa luarbiasa. Aku harap sangat beberapa plot diluaskan lagi. Aku nak tahu juga bagaimana Isyak pertama kali mengendalikan sut tu. Bagaimana Kapten Utama dan Teja tahu tentang kuasa mereka. Dia macam tak puas.
This entire review has been hidden because of spoilers.
tak seperti Gergasi, Lawan ditulis dengan bahasa yang santai sedikit. kalau baca balik Gergasi (seingat aku) bahasa yang digunakan BMT (kalau wujudlah term BMT ni), which bagi aku okay. sebab aku menghadapi kesukaran masa baca Gergasi dulu, sebab laras bahasa yang digunakan. tulah, banyak sangat baca buku FIXI lagi. eh.
tema yang dibawa oleh novel ni, iaitu dystopia, sangat buat aku teruja, sebab dystopia ni memang favorite genre aku lepas baca The Hunger Games. koleksi bacaan aku pun banyak daripada genre ni. jadi aku sangat sangat sangat teruja bila start baca buku ni.
malangnya, aku sedikit hampa, sebab world-building dalam Lawan macam lemah (bagi aku) sebab Neo key-El yang aku bayangkan, sama je dengan KL yang ada sekarang. maybe kurangnya penekanan dalam pendetailan penceritaan tentang Neo Key-El ni.
ada unsur satira (tidak dapat tidak, aku bayangkan PM dalam novel ni sama dengan PM kita sekarang. dan buat aku tersengih sendiri) yang sangat kuat dalam novel ni. kira ada benda yang penulis cuba nak sampaikan. kudos!
cumanya, plot dalam novel ni macam sedikit berterabur. aku lebih suka susunan plot dalam Gergasi. kemas dan tersusun. tapi tidak dalam Lawan.
dan tak tahulah kenapa, aku rasa (dan ini pendapat aku) penulis menggunakan teknik tell dan buka show, which buat aku rasa tak best dan tak dapat hayati perjalanan plot novel ni.
aksi yang disajikan pun biasa-biasa je bagi aku. entahlah. tak dapat nak bayang macam mana aksi perlawanan tu berlaku.
sebuah novel aksi sci fi yg bagus sebenarnya walaupun ada bbrp elemen yg tak cukup ummmpphh...elemen surprise tu ada tp tak cukup thrill..gaya penulis tu sudah biasa sbb dah bbrp buku beliau sudah habis baca... anyway,buku ni boleh menghiburkan bg pd peminat aksi dan superhero.. thanks Fixi dan Khairul Nizam Khairani
3.5/5 bintang Lawan selagi boleh lawan.. Aksi yang diberikan dalam buku ini mendebarkan.. Penjahatnya juga tak disangka.. Pengakhirannya memang tak terjangka tapi itulah yang berlaku dalam realiti hidup.. Cuma kita akan mengalah atau terus lawan kembali?? Memang menarik..
Karya yg berani, realiti yg diolah dalam bentuk analogi2 yg perlu kita teroka. Yang benar selalu ditekan, yg salah selalu menang. Walaupun dari awal mengharapkan jika ad penyelesaian di hujung cerita, tp inilah realiti yg cuba penulis sampaikan! Kita perlu menggunakan lebih akal utk mengupas situasi2 yg berlaku di sekeliling kita dgn lebih rasional. I will remember reading this book during #LAWAN, ketika rakyat turun di jalanan demi sebuah keadilan dlm sistem yg menekan2 rakyat. #kitajagakita applicable only for rakyat.
Berpunca dari Anarkis, aku cari balik buku buku penulis neh.. Best!!
Kreatif gila dan yang paling aku suka semangat juang dia level maksimum kot! Tajuk pun LAWAN kan.. Aksi aksi dalam cerita neh pun, mantap.. Memang kena lah dengan selera aku.
Aku tak tau kenapa bintang kat Goodreads sikit.. Pedulik laa kan apa pendapat orang, pada aku aku suka!!
Best cerita ni. Walaupun banyak watak tapi tak pening dan setiap watak tu ada yang meleret-leret. Jalan cerita pun tak berselirat just straight to the point. Dan cerita ni berjaya mengambil sedikit realiti di Malaysia iaitu kebenaran belum tentu menang, yang penting lawan tetap lawan.
Mula2 baca 2 3 ms mcm....aduhai mcm bosan, sekali dh paham jln cerita, sgt2 best plak, lancar jer mood membaca. Sy ada semua buku penulis nie n semuanya best. Lawan nie mengisahkan Bandaraya Neo Key-El yg dibina semula atas Kuala Lumpur.
Kisah konspirasi yg terlalu byk dlm kehidupan seharian, kisah sekumpulan manusia adiwira yg mempunyai kelebihan istimewa bergelar ADAM, kisah LUK 7 yg terdiri drpd anggota polis yg memantau ADAM konon2nya hahaha, kisah GANTI gerakkan anti authoritarian yg memaksa PM turun.
Bagaimana mereka berjuang, yg jujur dihapuskan, yg menjd mangsa keadaan kekal jd mangsa, yg mempertahan pelaku saling berbunuhan, tanpa sedar mereka dipergunakn. Mmg syok cara penyampaian. Apakah kesudahan usaha mereka n cara mereka menangani masalah yg timbul ??? Hati2 ketika membaca, setiap org ada rahsia n jgn mudah percaya.
Tak perlu baca Gergasi untuk fahamkan Lawan. Cuma, kalau kau mungkin pening siapa Adiwaja dll, dipersilakan baca.
Lawan membawa kau pada situasi yang kau boleh kaitkan dengan keadaan melanda Malaysia sekarang (dengan syarat kau cakna dengan isu semasa dan bukan hanya baca gosip murah semata).
Oh ya, banyak perkataan "Babi" dalam novel ni. Bukan masalah buat aku. Sekadar peringatan kalau ada yang acah-acah terkejut suci.
Woah mmg cool giler..tp disbbkan aku ni tak brp faham bbrp istilah dlm novel ni so terencat sikitlah pemahaman aku..tp aku mudah faham kaitan watak2 dan penjelasan knp mcm tu knp bleh jd mcm ni..aku tak 'lost' dlm penceritaan novel ni..aku yakin ada sambungan..Tn Isyak akan mengganas..yeahhh!
*psst : mula2 aku bygkn team ADAM tu mcm The Avengers je..hahaha
Buku ini boleh mencetuskan "sesuatu". Plotnya disusun elok. Persoalan dijawab sebaiknya. It's like our version of The Avengers digabungkan dengan Hunger Games. Isu2 yang berlaku dalam negara diberikan nafas yang lain. Twist yang lain. Tersirat dalam yang disuratkan.
Futuristik. Penuh konspirasi. Itu yang mampu aku gambarkan ketika membaca LAWAN.
Kisah yang mendebarkan bermula dengan kes kematian kekasih salah seorang anggota ADAM menjadikan Neo Key El di dalam bibit-bibit huru-hara dan penuh konflik.
Buat yang menggemari novel berunsur politik secara sinikal, LAWAN adalah antara bahan bacaan terbaik. Selamat membaca.
Entah. Perfect kot. Kalau nak digambarkan selaku makanan, ia makanan yang sedap dan cukup perasanya. Tak kurang dan tak lebih. Kenyang dimakan. Aku bagi lima sebab aku suka cerita ni, KNK deserve it. That's my opinion.