Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dalang

Rate this book
Memegang status sebagai pelajar cemerlang bermakna pelajar itu mestilah nerd, kesayangan pensyarah dan terjamin prospek kerjayanya. Namun, semua itu tidak dirasai pelajar cemerlang seperti Azlan. Dia belajar sama seperti pelajar yang ambil repeat paper setiap semester, tak digemari pensyarah dan terus menganggur selepas graduasi. Ketika menunggu untuk hari konvokesyen, malang menimpa Azlan yang baru sahaja mengamuk selepas ditegur kasar Dr Zabidi iaitu Ketua Pensyarah di jabatan pengajiannya. Dia mendapat tahu bahawa dia menjadi buruan polis kerana Dr Zabidi ditemui mati kira-kira beberapa jam selepas dia bertemu Dr Zabidi.

Dengan bantuan rakan baiknya iaitu Nasri, Azlan hidup sebagai pelarian polis sambil cuba mengumpul bukti untuk membuktikan bahawa dia tak terlibat langsung dalam pembunuhan Dr Zabidi. Namun, semakin lama dia mencari bukti, semakin bertambah masalah yang menimpanya. Satu persatu misteri kejadian pembunuhan berlaku di hadapannya menyebabkan dia hilang akal untuk memikirkan nasib hidupnya. Nasri memberitahu bahawa polis sudha menjalankan operasi untuk memberkas Azlan sedangkan Nasri sendiri tahu Azlan tak melakukan sebarang pembunuhan.

Apa yang sebenarnya menimpa Azlan? Siapa dalang yang sebenar dalam misteri pembunuhan yang berlaku?

272 pages, Paperback

First published August 1, 2014

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Naufal Tarmizi

10 books16 followers
BIRTH PLACE : Cairo, EGYPT
CITIZENSHIP : Malaysia

ACADEMIC BACKGROUND
Primary : SK Slim River (SK Jalan Kelab Sukan)
Secondary : Maktab Mahmud Alor Star
Pre-U : Kolej Islam Sultan Alam Shah

DEGREE
Bachelor : UM in Shariah & Law
Master : UM in Islamic Financial Law (Shariah)

SHORT STORIES
(1) Kerana Dia Ratu Sehari (published by JS Adiwarna/December 2013)
(2) Lunyai (published by Lejenpress/December 2013)
(3) Rasuk (published by Lejenpress/April 2014)
(4) Jalan Tengah (published by Roman Buku/April 2015)

PUBLISHED NOVEL
(1) Nak Kahwin Duit Tak Ada (published by JS Adiwarna/June 2013)
(2) Skandal Libero (published by Lejenpress/December 2013)
(3) Lolos Penjara (published by Lejenpress/April 2014)
(4) Dalang (published by Lejenpress/September 2014)
(5) Rosmoh: Perempuan Puaka (published by Lejenpress/April 2015)
(6) Roman Celaka (published by Lejenpress/February 2016)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (13%)
4 stars
9 (24%)
3 stars
13 (35%)
2 stars
6 (16%)
1 star
4 (10%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
June 7, 2016
mungkin naufal ada sebab tersendiri mengapa dia jadikan bukunya yang berkategori thriller menjadi tak begitu thriller tapi berunsur humor. sukar untuk aku putuskan pencapaian buku ini. kalau dilihat dari sudut peminat thriller, mungkin sedikit kurang berkesan. yelah, mungkin tak terbanding dengan buku thriller lain yang dihasilkan penulis thriller tempatan seperti ramlee dan zaifuzzaman.

tapi kalau dilihat dari sudut buku bacaan santai, aku rasa ianya okay. sebab penyampaiannya ringan, bahasanya juga tidak berbelit, pemikiran watak utamanya (azlan) juga sangat biasa dan aku rasa sangat mewakili pemikiran seorang pemuda melayu lelaki lepas graduasi. senang cerita, wataknya memang mewakili kau (ye kau yang sedang baca ini) yang membuatkan cerita ini terasa dekat dengan pembaca yang berada dalam zon umur yang sama. sebab bukan semua orang berada di level pemikiran yang serius, sekurang-kurangnya buku begini mampu dibaca pembaca santai.

cuma ada beberapa hal yang masih boleh diperkemaskan. yelah, kalau mahu tulis santai pun mestilah tulisan itu harus kemas, bagus dan paling tidak boleh beri pembaca 'sesuatu' diakhir cerita.

tapi dalam banyak banyak hal, perkara yang paling meninggalkan kesan pada aku ialah hakikat bahawa watak azlan adalah watak seorang pemuda yang pandai (dapat anugerah diraja ni kalau tak pandai tak tahulah). ironinya, azlan hanya pandai di atas kertas tapi hakikatnya dia tidak sedikit pun hampir kepada bijak. menjadikan aku berfikir tentang sistem pendidikan moden yang akhirnya melahirkan generasi yang compang camping pemikiran dan intelektualnya, yang tak kreatif apatahlagi kritis.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
November 18, 2016
3.25* untuk keseluruhan naskah ini.

Ini naskah pertama dari encik penulis yang aku baca. Buku ini bagus. Ya, bagus. Cuma agak kurang thrill. Adrenalin langsung tak membuak-buak dalam badan. Maaf~

Pada permulaan cerita, agak sedikit lambat. Mungkin disebabkan mood membaca yang lari.

Aku kurang pasti kenapa kaver-kaver yang dihasilkan dulu oleh pihak penerbit tidak mampu untuk menarik perhatian langsung. Tidak dapat pun membuatkan aku untuk mengucapkan perkataan 'Wow!' bila pandang sekilas ke arah buku-buku mereka. Ada buku yang punyai kaver agak simple, tapi tetap masih menarik perhatian apabila lalu di barisan rak yang berada di toko-toko buku. Tapi bukan dengan buku LJ yang lama.

Yalah, kaver juga memainkan peranan walau sedikit pada sesebuah naskah walaupun peribahasa 'Don't judge a book by its cover' sering meniti di bibir penulis dan pembaca.

Namun, aku suka dengan laras bahasa penulis yang sangat kemas. Melalui penyampaian cerita yang diberikan, nampak yang encik penulis membuat kajian mengenai apa yang hendak disampaikannya. Banyak pengisian yang disuap buat pembaca. Tahniah!

Beberapa quote yang ada di dalam buku ini juga melekat di dalam hati. :)



Apa-apa pun tahniah abam Nopal! Semoga terus maju lagi ya!

yeah...

Peace!
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
August 30, 2018
Bagi saya, terlalu banyak plothole dalam cerita ni. Pertama, sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang, tahap pemikiran Azlan adalah cetek dan dangkal. Banyak keputusan yang dibuat oleh Azlan secara membuta-tuli tanpa memikirkan langsung kesan kepada dirinya sendiri. Perkara ini dapat dilihat dengan nyata dalam Bab 6 di mana Azlan terjumpa pistol yang digunakan untuk menembak mati Rayqal. Kenapa Azlan boleh begitu daif sekali sampai boleh terpegang pistol tu? Lepas tu, siap boleh berani keluar depan polis lagi. Padahal siang tu dia lari dari mereka. Tak logik betul! Dan kenapa Azlan boleh setuju dengan idea Nasri untuk curi kereta Puan Zue? Padahal dia dah jadi pelarian atas tuduhan membunuh. Lepas tu siap boleh pergi dinner dengan family Nasri lagi? Apa semua ni? Adakah penulis sengaja tunjuk kedangkalan Azlan atau penulis tidak berhati-hati semasa menulis? Pada pendapat saya (yang tak ada pengalaman dalam bidang undang-undang), sebelum kita menulis cerita yang melibatkan jenayah dan sebagainya, kita kena buat proper research dulu. Saya dapat rasakan penulis seolah-olah sekadar menulis apa yang keluar dari akal fikirannya tanpa mempertimbangkan sama ada plot twist yang dibuat boleh menambahkan plothole atau tidak.

Keduanya, terdapat beberapa watak yang saya rasa macam kalau tak ada pun takpe kot? Contohnya macam Rina. Dahlah tiba-tiba muncul. Lepas tu boleh suruh Azlan bertanggungjawab atas baby yang dia kandungkan pulak tu. Yang buat saya lagi tak faham, Rina ni tak takut pulak dengan Azlan? Padahal Azlan adalah penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis. Walaupun kita tahu pada penghujungnya siapa Rina dan apa sebenarnya yang berlaku kepada Azlan, saya masih rasa yang terdapat beberapa karakter yang sumpah demi Allah kalau takde pun takpe.

And for God's sake, kenapalah timeline cerita ni begitu panjang? Azlan memang cetek pemikiran sebagai seorang pelajar cemerlang. Kalau betullah dia dikehendaki pihak polis, kenapa mak bapak dia tak cari dia? Mak bapak dia tak tengok TV ke? Saya betul-betul tak boleh terima plothole tu.

Pada saya, cerita ni tak kena dengan cita rasa saya simply because banyak elemen ketidaklogikannya. Yes, saya faham cerita ni fiksyen semata-mata tapi kita bukan cakap pasal sci-fiksyen yang memang boleh ada elemen tak logik. Ni cerita pasal law and crime kot. Dekat Malaysia pulak tu! Glaring errors all the way.

Sekian. Maaf, penulis. Saya tak mampu nak baca novel-novel awak lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
August 8, 2016
Sebenarnya, beli buku ni sebab nak habiskan bacaan je. Dulu pernah curi baca semasa bekerja sebulan di MPH. Permulaan cerita agak menarik, kau akan rasa tak sabar nak habiskan. Bila bab demi bab kau baca ramai pulak yang mati kena bunuh, cerita jadi macam tak suspens dah. Boring. Selepas masuk bab di mana Azlan dapat tahu dia sedang dijerat dalam satu projek interogasi gelap, baru syok sikit nak baca sampai habis. Banyak juga saya ambil tahu tentang buku ni terutamanya hal ehwal undang-undang jenayah dan penyiasatan (penulis study law kot). Mungkin juga sebab saya dah lama tidak membaca buku thriller, jadi agak berpeluh juga nak habiskan sebuah ni. Boleh la lepas ni baca lagi beberapa buah buku thriller daripada penulis yang sama.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
162 reviews2 followers
January 3, 2021
Simple. Simple sangat. Apa pun scene yang di tuliskan sangat simple. Straight to the point. Tak di huraikan. Dan beberapa perkataan editor tertinggal nak edit lah. Errmmmmmm.

Plot nya ada tapi berselerak. Plot digambarkan dengan baik. Tidak di kembangkan dengan sempurna. Detailsnya terlalu simple. Macam Deadpool bagitahu lah. Lazy writer. Sayangnya sebab aku rasa jalan cerita dia best sangat. Semua nya di cerita kan dari sudut Azlan sahaja.

Aku nak tahu juga kenapa Dr Zabidi dan partner in crime dia ASP Mat Nor boleh jadi macam tu?

Maybe C’est La Vie kot.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
July 2, 2022


"Dan hidup perlu diteruskan! C'est La Vie! "

Kalau anda jenis pembaca yang lambat pickup dan selalu confuse dgn pov. This one is for you. Dari awal sampai akhir novel ni ada satu pov sahaja, which is Azlan.

And the good thing is kita (reader) memang dapat rasa menjadi seorang azlan.

Plot yang menarik dan penuh misteri dengan sedikit twist memang menjadikan novel ini hampir sempurna.

Lastly, send my hugs to Azlan.
75 reviews
October 10, 2021
1 hari je baca. Nak bagi cepat abis.tak sabar nak tau ending. Suatu cerita yang mustahil berlaku di dunia nyata. Seram juga kalau ada.
Profile Image for Smaisarahj.
37 reviews
September 6, 2024
Baca sebab terpaksa habiskan sebab dh start baca. Ending meh tak puas hati. Not really enjoy this book
Profile Image for diraa.
57 reviews
February 2, 2025
this was my nightmare blunt rotation turned into a book
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.