Jump to ratings and reviews

Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang

'Aku ni pemarah ke? Dulu aku tak macam ni. Sekarang, bising sikit, sepah sikit semua rasa nak marah.'
'Letihnya. Tapi kalau tidur sekejap, takkan nak tinggal anak main sorang?'

*****

Setiap hari, tidak kiralah first-time mother ataupun yang sudah berpengalaman, kita para ibu sentiasa sibuk dengan rutin harian dan tanggungjawab menguruskan anak, sehingga terkadang merasa penat yang tidak berpenghujung - fizikal juga emosi.

Diluah, macam tidak bersyukur menjadi ibu. Nak me-time,terasa mementingkan diri pula. Maka kita pendam semuanya dan terus berusaha, walau badan lelah dan hampir rebah.

Namun, lama-kelamaan kesabaran kita menipis. Kemarahan terledak tanpa sengaja. Yang menjadi mangsa selalunya anak kita.

Adakah kita sudah gagal menjadi ibu yang baik?
Apa sebenarnya yang berlaku kepada kita, ibu?

Melalui buku ini, Bonda Umirah yang merupakan seorang kaunselor berdaftar dan juga seorang ibu; mengajak kita untuk menyelami makna perjalanan menjadi seorang ibu yang membahagiakan - terutama kepada diri ibu itu sendiri. Dengan perkongsian penuh empati,penulis membawa kita menyelusuri cara bagaimana kita boleh menjadi versi ibu terbaik dalam syurga keluarga.

199 pages, Paperback

Published March 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Bonda Umirah

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (46%)
4 stars
17 (41%)
3 stars
5 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
April 29, 2025
I really need this kind of book. Terima kasih IMAN sebab keluarkan buku ni🥺

Dari bulan lepas kita asyik google nak cari buku “healing” specific utk ibu. Banyak yg overseas punya je. Tiba2 terlalu post dari IMAN, kita terus niat nak beli.

As first time mom, saya sangat memerlukan kata-kata semangat dan validation atas semua perasaan yg timbul dalam hati saya sejak menjadi ibu. Terfikir, aku je ke yg rasa penat melampau ni, aku je ke yg tak terurus sgt lepas beranak ni, aku penat sampai rasa nak marah, tp aku nak jd mak yg baik. Macam2 perasan timbul.

Buku ni meyakinkan saya yg things will never resume as before (sebelum dapat anak), but we can manage it wisely. Kita buat dia, so kita boleh atur. tapi ini bukan effort ibu seorang dan perlunya suami yg memahami dan menyokong.
Profile Image for Aisyah Syahira.
6 reviews
May 3, 2025
Senaskah buku yang sarat dengan penulisan yang meluahkan segala isi hati seorang ibu, menyedarkan bahawa perasaan-perasaan yang bukan kita seorang merasainya.

Ya, kita perlu sembuh dari luka emosi supaya kita dapat menunaikan amanah besar dalam menjadi seorang ibu. Amanah untuk menunaikan hak anak-anak.


Dan akhirnya, mesej yang paling besar dalam buku ini adalah dengan mengingatkan kita kembali bahawa menjadi ibu adalah satu ibadah yang besar yang kita mahu persembahkan pada Allah, not to please anybody else.
Profile Image for A Mind on Loan.
39 reviews
April 26, 2026
Buku Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang oleh Bonda Umirah banyak memfokuskan kepada validasi emosi seorang ibu terutamanya rasa penat yang datang dari segi fizikal, mental, mahupun emosi.

Sepanjang bacaan, penulis memberi ruang untuk ibu-ibu mengangguk setuju dan merasa difahami. Ada juga menyentuh cara untuk cope, tetapi lebih kepada saranan seperti meluahkan perasaan dan tidak memendam emosi sendiri.

Menariknya, buku ini turut menyentuh bagaimana pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa memberi kesan kepada cara kita menjadi ibu hari ini. Namun, kupasan ini tak dihuraikan secara mendalam, lebih kepada membuka kesedaran awal berbanding menggali akar emosi tersebut. This one saya rasa bacaan Perfectly Imperfect Mom sesuai sangat dengan topik begini.

Penulis juga berkongsi cerita dan pengalaman peribadi dan sering menggambarkan situasi di mana beliau mendapat sokongan daripada suami yang considerate. Bagi sesetengah pembaca dan realiti kini (sedia maklum ya… tak semua punya pasangan begini, dan tak semua mampu nak provide “perkara” yang boleh memudahkan urusan ibu-ibu), bahagian ini mungkin terasa sedikit mencabar lah untuk diaplikasikan. (Ini sekadar pandangan peribadi)

Overall, buku ini bagai mendakap ibu-ibu yang penat dan sering doubt diri sendiri dalam memegang peranan sebagai seorang ibu. Ia comforting dan mudah dihadam, walaupun ada beberapa bahagian yang terasa sedikit ideal.
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
September 20, 2025
Tak sangka boleh habiskan baca buku ni dalam sehari. Kena ulang baca dan aplikasi kan dalam kehidupan seharian pula inshaAllah.

Paling suka 'quote';
Ibu, kita marah kerana kita lelah, kita rapuh kerana kita belum sembuh, sama-sama kita sembuh.

🥲

Banyak tips yang Bonda Umirah kongsikan.
Membaca buku ini seakan manual untuk menjadi seorang ibu, dan bayangan tentang kejadian diri setelah melahirkan anak.
Tentang bagaimana kedudukan suami untuk beri sokongan mental dan fizikal dalam urusan domestik. Tiada ibu/isteri yang gagal atau kalah.
Kita, bukan ibu yang sempurna, tapi kita ibu yang berusaha inshaAllah. Malah, ada juga terselit beberapa tips parenting yang baik untuk diambil contoh dalam konteks kita sebagai ibu yang menuju sembuh.

Kesimpulan lain yang paling saya terkesan adalah:
Sabotaj paling besar ialah sabotaj kepada diri sendiri😣
Maka, sembuhlah untuk menghentikan kitaran itu. Kita semua sedang belajar untuk hidup. Berilah peluang kepada diri sendiri. Sayangi lah diri sendiri untuk lebih ikhlas menyayangi orang lain pula.
Wallahu'alam.
Profile Image for Shine Imani.
30 reviews1 follower
July 29, 2026
Sebagai seorang isteri yang belum dikurniakan cahaya mata, buku ini tetap memberi impak yang mendalam buat saya.

Buku ini mengajar kita untuk menyingkap rasa & tingkah seorang ibu yang fitrahnya akan berikan yang terbaik buat keluarga — walau tanpa sedarnya dia sedang exhausted, perlukan bantuan, rehat, rawat & ingin didengari.

Buku ini juga memujuk para ibu dan menyedarkan bahawa semua kudrat & lelah beliau tidak sia-sia — semuanya dihitung & dinilai di sisi Allah. Kita akan lebih menghargai para wanita & ibu.

Lepas baca buku ini, bagus untuk sambung pula dengan buku The Book You Wish Your Parents Had Read (Philippa Perry). Lepas acknowledge pengorbanan & usaha ibu, kita lakukam penambahbaikan dalam mendidik anak-anak pula.

Dan saya percaya, membaca buku baharu Bonda Umirah (Maafkan Ibu, Anak Sulung) juga menjadi kesinambungan yang baik dalam 'parenting journey' ini.

Syabas buat Bonda Umirah dan tim Iman Publication! Teruskan berkarya dan menghasilkan buku yang bermanfaat lagi penuh kebaikan.
Profile Image for Edziani Nabila.
126 reviews9 followers
April 30, 2026
Tak puas rasanya baca Ibu Penat Tapi Ibu Sayang sampai banyak muka surat yang saya letak sticky tab untuk rujukan 😆

Buku ni bukan untuk baca sekali tapi perlu ulang bila diperlukan.

Buku ini sangat mudah difahami dan disajikan dengan tip-tip yang sangat praktikal. Boleh apply dalam kehidupan harian sebagai seorang ibu.

Paling best, ada juga rahsia kecil untuk unlock suami supaya sama-sama faham dan rasa penat hehe

Bagi saya, buku ini seimbang dan tidak menghakimi.
Penulis tak meletakkan satu “standard ibu sempurna” malah meraikan semua jenis ibu.

Petikan yang paling melekat di hati saya:

“Ibu yang bekerja ialah ibu yang baik.
Ibu yang menjaga anak di rumah ialah ibu yang baik.
Ibu yang melahirkan secara normal ialah ibu yang baik.
Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan ialah ibu yang baik.
Ibu yang masak di rumah ialah ibu yang baik.
Ibu yang beli makanan dari luar ialah ibu yang baik.
Pokoknya, semua ibu yang berusaha ialah ibu yang baik.”
Profile Image for Hanis Halim.
10 reviews3 followers
May 7, 2025
Buku yang sangat santai, gaya penceritaan dan banyak tips untuk mereka yg bergelar ibu bahkan bakal ibu!

Walaupun topiknya berkisar ttg ibu, tp sangat digalakkan para suami untuk baca bagi memahami selok belok pemikiran dan emosi isteri.
6 reviews
December 30, 2025
Not all exhausted mom had the time to read. I hope that all the context mentioned in the book can be spread through various platforms as it really gives me strength and hope to believe in myself that i am a good mom.

The book is A MUST!!! Thank you Bonda!!
Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews129 followers
June 3, 2025
I love the title. Kinda catchy. The content was ok for me. sesuai utk dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat
Profile Image for Firdaus Jaafar.
3 reviews2 followers
June 13, 2025
Buku sarat dengan pesanan dan tips praktikal untuk ibu bapa menguruskan hal rumah tangga.
Profile Image for Aina Asits.
1 review
August 12, 2025
Rasa tidak keseorangan lepas baca buku ini. Terima kasih atas penulisan yang baik!
Profile Image for Snnaqiah.
25 reviews3 followers
February 1, 2026
Bahasa mudah di fahami. Buku yang memujuk. Sesuai dibaca untuk ibu yang ada support system yang kuat (suami). Mungkin kurang sesuai buat ibu yang penat ditambah tiada support system.
2 reviews1 follower
February 22, 2026
Buku ni banyak show reliance on husband untuk manage kepenatan seorang ibu. It's not really suitable for single mums to read this. It may amplifies feelings of aloneness in raising a child.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews