Eirdeena ialah ruang-- sunyi, retak dan sering bergema dengan suara-suara yang menghukumnya. Dia belajar untuk bersembunyi dan mendiamkan diri, kerana dunia hanya mahu serba sempurna-- bahagia tanpa cela, kuat tanpa luka.
Sedangkan Eirdeena cuma mahu rasa cukup, rasa hidup. Dan saat dia hampir percaya, tiada siapa pun yang mampu memahami ruang dalam dirinya. Zuhrad hadir ... membawa nyaman yang dia tak tahu dia perlukan.
Namun, bahagia tak pernah datang tanpa ujian. Ketika kisah silam kembali menghantui dan tekanan daripada dunia luar makin menggila, Eirdeena sedar ... untuk melindungi dia harus pergi.
Tapi sanggupkah dia melihat ruang yang mula terasa sempurna itu ... kosong semula tanpa kehadiran Zuhrad?
– this book is definitely not a light read if that’s what you’re looking for sebab buku ni mengetengahkan isu kesihatan mental, specifically tentang keadaan Eirdeena yang insecure, overthinking, and constantly battling her own mind.
– main focus cerita ni is how mental health affects not just you, but also the people around you especially your partner. it captures the emotional weight of burnout in a relationship.
– no villain, cuma dua hati yang sama-sama luka, trying so hard to hold on while quietly falling apart.
– the main characters’ journey isn’t perfect, but it’s raw, real, and each of them ada flaws masing masing.
– Ruang Sempurna is the kind of story where those who get it, will get it. i admit the pacing is slow and emotionally heavy which it can be draining at times. but still i cherished every single moment, sebab aku nak tahu how far they’ll go and grow.
– and it’s not the kind of sadness yang ditunjuk secara jelas, but if you read between the lines, you’ll slowly understand sepi yang menyelimuti dua hati itu.
– this book isn’t just about love. it’s about choosing yourself. it’s about understanding that healing takes time and love doesn’t always mean saving.
🐈 Kehidupan Deen terbatas, seakan-akan dia masih mencari definisi ruang teduh yang sempurna. Sebuah tempat di mana dia boleh berteduh tanpa dihukum, ruang supaya suaranya didengari dan hati untuk pulih dgn sebaiknya. In the end, isn’t that what a home should be? The safest place.
🐈 Bila baca Ruang Sempurna ni, I somehow relate dgn situasi Eirdeena (Deen). Title "anak sulung" mmg susah nak explain dekat org luar especially bila kita terasing dan dalam masa yang sama, tak mahu mengeruhkan keadaan dengan buka aib keluarga sendiri. Setiap tindakan Deen mesti circle pada hal yang sama which is, fikir perasaan org lain dulu even diri tengah sengsara. It’s very first-child coded, and honestly, I rasa her thoughts and actions valid.
🐈 Perihal kesihatan mental & workplace toxicity buat sisi cerita ini jadi menarik, cuma sayangnya kurang diperincikan. I felt strongly invested with her eating disorder issue because I don't see the theme widely being represented in local books. Cuma persoalan mula timbul seperti, bila exactly diagnosis? Boleh dirawat sepenuhnya? Proses rawatan? I was looking for those answers. Sebabnya, buku ni ada guna setting perubatan & medic terms, so naturally I want the elaboration a bit. Same goes with the case between Deen and her past colleagues. Ada ruang yang masih boleh diperjelas.
🐈 Dan, I perasan RS ni ada beberapa filler naratif. Maybe sebab dua watak utama tu strangers pada awalnya, jadi perlukan buildable development for their relationship. If you're someone that love diving into subtle growth, this might be for you. The author's writing style is richly descriptive with Deen & Zuhrad's narrative - which I don't mind at all.
🐈 Untuk Zuhrad, dia jadi catalyst utama untuk Deen. Ngl, tanpa dia, susah nak tengok Deen move forward. Zuhrad ni mmg definisi lelaki yang he would do everything for you. But personally, some of his actions and personalities could swing either way, depends on the situation. It can be a green or red flag for some people that has condition like Deen. Ada dialogue/scene yang buat I rasa Zuhrad ni jenis "anything you do, do it for me, please". For me, not everything Eirdeena does should revolve around you, Zuhrad. Why should she do it for you?
Itu part yang testing my patience sikit sampai I tulis "booo" masa annotated. Bila fikir balik, maybe dua orang ni masih baru kenal. Maybe that's why I triggered sbb I was in Deen's shoes before. Itu yang buat I defensif bila baca ayat: "aku nak kau fikir secara rasional". I'm broken, bro? How am I supposed to think rationally bila frustration aku sendiri berpunca daripada perangai parents?
🐈Yet, at the end, I love Eirdeena's growth and her decision. She did it just for herself. I'm a proud sister here. It's not just about a love story, it's about self-discovery, the act of being brave to take the baby steps. Seriously, I vibing with this book because of Eirdeena.
This entire review has been hidden because of spoilers.
review aku sama macam semua orang. so semua review yang 4-5 bintang tu aku setuju haha.
aku rasa buku ni lengkap semuanya. slice of life, self help, komedi, romance, trope neighbours to lovers. baca buku ni juga buatkan aku rasa pelbagai emosi.
orang macam Eirdeena ni cuma nak difahami, diberi ruang dan waktu. and her character’s development is what I treasure the most.
the only thing that holds me back daripada bagi 5 bintang adalah sebab penggunaan POV 1 kedua-dua watak tak bagi aku feel yang mereka (zuhrad terutamanya) ni watak dewasa. aku bayangkan diorang macam remaja yang masih belajar di universiti. tapi jangan salah sangka, penulisan penulis sangat matang dan kemas. it’s just the characters’ voice (iykwim)
F paling suka banter relationship antara Zuhrad & Eirdeena. Chemistry mereka terasa hidup sweet, sinis tapi penuh makna. F suka bagaimana Zuhrad tak pernah give up dengan Eirdeena. Dia sentiasa ada... tak kira masa. Dia cuma nak Eirdeena sedar yang kewujudan dia tu penting. Greenflag kan? Suka tau watak Zuhrad.
Apa yang berlaku pada Eirdeena berpunca daripada kawan yang bernama Lara. F salute bila Eirdeena mampu hadapi dan atasi trauma dia sendiri without Zuhrad by her side. Masa Lara kena lempang sedas, F literally tepuk tangan. Well done, girl! 👏
Parents mereka pun sebenarnya nak satukan dua² ni tapi Eirdeena menolak. Dan waktu dia tolak tu, padahal dua² memang suka sama suka... alahai, hancur luluh hati F 😭 Tapi F tahu Eirdeena pasti ada sebab yang kukuh.
Lepas tu bab² nak ke penghujung tu adoii comelnya Zuhrad! F rasa macam nak picit² je pipi dia! 🫠
Overall, this story is such a gem. F honestly prefer this one compared to her first debut. The emotions, pacing and character growth semua terasa lebih matang dan menyentuh hati. 💙
Cerita mula dengan kucing Eirdeena iaitu Erwyn 🐱 yang sesat masuk ke dalam kawasan kejiranan. Tanpa disangka telah menemukan dia dengan Zuhrad. Bermula dari jiran to free therapy session. Deen mula terbuka dengan Rad sebab Rad jenis tenang, tak pushy & buat dia rasa selamat.
Muhammad Zuhrad ✨seorang Dr yang berkerja di tempat Deen dirawat. Apa je Deen suka, Rad usaha buat. Apa yang buat Deen sedih, itu la benda Rad elak. Cepat sangat faham Deen lebih dari family Deen sendiri. Hijau sangat dia ni 🌿
Eirdeena Azrynn✨ Seorang anak sulung yang selalu memendam rasa. Dari hidup tak tentu arah, jadi someone yang ada tujuan. Family dia toksik, kawan dia pun menyakitkan, tapi Deen bangkit. Kalau boleh nak peluk Deen🫂🤍
Buku ni bukan kisah cinta semata. Ia tentang trauma, kehilangan, dan bagaimana manusia belajar menerima luka lalu. Ayat-ayatnya puitis, tenang, tapi menyakitkan dalam diam')
This book make me quietly hugs the soul🫂🤍 Setiap baris dia macam bisik sesuatu yang kita pun tak tahu kita rasa. Simple, tapi penuh makna😕
Watak Eirdeeen dia relatable gila macam baca diri sendiri dalam bentuk cerita. Slow-burn, healing vibes, dan banyak ruang untuk kita refleksi diri. another comfort book🥹🤍
def my best read this yearr ahh only god knows how much i love this book so sooo much🥹🫶🏻
RS kisah perjalanan seorang eirdeena yang tak mudah tapi dia masih cuba untuk bertahan. I love how author potrayed eirdeena’s character so well. sangat relatable and realistic. anddd watak zuhrad yang sangat sangat matang, memahami and he is definition of ‘lelaki kiriman tuhan’ frr.
selain berkisarkan perjalanan kisah cinta deen dan rad, penulis lebih mengetengahkan isu mental health and medical term yang diselitkan dalam buku ni which is bagi aku sangat sangat bagus. dan juga scene scene di hospital yang aku rasa tak cringe langsung and rasa macam experience tengah selamatkan patient.
romancenya tak cringe and acceptable, manisnya juga terlebih cukup. perjalanan cerita yang sangat penuh liku tapi eirdeena dan zuhrad berjaya survive sampai ke hujung. i feel comforted with the whole story. every sentence yang ditulis, i feel so heartwarming. what a ride tho. missing my parents sho muchh ‘(((
Trope(s)— slow burn romance, he fell first but both fell harder, ml doctor/therapist × fl patient, “I can fix them”, grumpy x sunshine.
TW—suicide attempts, mental health issues; siapa yg memang tak sukakan atau anti slow burn/slow paced atau heavy conflict mohon jauhi dari buku ni. Sejujurnya dari awal pembacaan bagi saya sangat slow tapi okay boleh terima sbb penulis nak ceritakan background MC. Lebih dari setengah buku, baru saya mula dapat momentum bacaan. Agak lambat sebenarnya tapi saya rasa MC takde chemistry. Penulisan penulis cantik tapi still lack of something which is saya pun tak tahu 😭 tapi mengetahui ini adalah karya kedua penulis saya sangat kagum dgn karyanya. Sebab sangat cantik bahasanya, tidak terlalu baku, tidak terlalu santai tapi just nice.
Okay jap, Ruang Sempurna bermula dengan Erwyn si kucing yg tersesat di rumah jiran menjadikan semua kisah bermula di sini, alih alih Rad terjumpa Deen di hospital tempat Rad bekerja. Dari hanya sekadar jiran bertukar menjadi free therapist x patient. Deen sangat banyak bercerita dgn Rad tanpa paksaan tapi sebab selesa tu mula muncul dalam diri Deen sbb cmon siapa je tak nak Rad, siapa je tak selesa kalau pendengar itu adalah Rad?! 😔 tak lama lepastu Rad mula muncul idea utk berkenalan atas dasar menuju ke hubungan yg sah. Fast forward, macam macam yg terjadi, air mata nak keluar tapi tak jadi 🤣 tapi maap cakap sedih gilaa part hujung hujung tu 😔 no worries buku ni happy ending!
Rad seorang yg senang cerita green flag man, material husband walaupun hujung hujung baru kawin tu tapi still dia ni sehijau belantara 🥹 dia merelakan diri dia untuk menjadi listener seorang Deen. Dia rela buat apa sahaja demi Deen. Tak tahulah ek apa je Rad ni tak buat. Apa yg buat Deen happy itu yg Rad buat. Apa yg buatkan Deen sedih, itu adalah benda yg paling Rad elak 🥹 Rad ni jugak cepat gila boleh faham Deen 🥹🥹 even family Deen pun tak faham Deen mcm Rad faham Deen. Awal awal tu Rad ni agak memaksa tapi okay jelah kut sbb dia kan lagi tua dari Deen so acceptable 🫵🏻
Deen ni pulak kesian sangat hidup dia 😭 ada family tapi family dia tak pernah faham dia atau lebih tepat lagi tak pernah cuba faham dia. Parents dia hanya tahu mendesak, mengongkong sampaikan Deen banyak memendam apa yg dia rasa sampai diri sendiri sakit dan terabai. Paling geram kawan tak guna Deen tu sebab dia punca segalanya terjadi. Deen ni kalau boleh peluk mmg nak peluk sbb dia sangat strong woman. Dari seorang yg tiada tujuan hidup bertukar menjadi seorang yg ada tujuan hidup, my strong woman, my slay queen. Lurveee betul dgn character development Deen.
Okay buku ni kan mmg ada part sedih gila namampus kan, kalau takde pov Deen, maap cakap berbakul makin Deen ni kena tapi sebab faham jugak situasi Deen, so boleh terima walaupun sakit. Rad sakit, saya pun mestilah sakit-eh 😂 tapi part Rad sakit tu mmg rasa nak nangis 😭😭 bila ibu Rad pujuk tu 😭 “dah lama tahan” sumpah nak nangis maap cakap 😔
RadDeen—the definition of meeting by a better destiny, where both souls deserve and complete each other. Ni kut main point Ruang Sempurna 🥹🫶🏻 saya sukerrr sangat sbb kalau diri sendiri pun kita tak boleh nak sayang, macam mana kita nak sayang orang lain 🥹 tiber rasa nak peluk pulak Rad—Deen, dua dua kuat sangat dan saling melengkapi antara satu sama lain 🫶🏻🫶🏻
Kulit buku yg nampak comel tapi isi dalam yg perit. Saya selalu prepare diri dulu sebelum baca kisah2 berkenaan isu kesihatan mental ni. Saya tahu membaca buku mcm ni perlukan emosi yg neutral untuk memahami cerita dan situasi. Bukan semua orang boleh terima dgn hati yg terbuka. Jauh sekali untuk faham keadaan orang lain.
So basically Eirdeena ni baru je pindah dekat taman perumahan yg sama dgn Zuhrad. Eirdeena ada penyakit dan perlukan rawatan psikatri juga di hospital yg sama Zuhrad HO. Nak dijadikan cerita, pertemuan yg tak dirancang dan kekerapan mereka bertembung jadikan mereka ni rapat. Zuhrad jadi lebih peduli dgn kesihatan Eirdeena dan sanggup memberi ruang untuk jaga Eirdeena.
Eirdeena yg acuh tak acuh ni disebabkan dia rasa diri dia membebankan. Tak nak Zuhrad rasa terbeban dan takut ditinggalkan kalau dah selesa atau kata lain ‘sayang’. Tapi, Zuhrad sorang ni je yg faham dia. Family? Yg sepatutnya paling rapat dan memahami tapi sering bagi tekanan.
Buku ni saya lebih anggap seperti satu teguran dan pengajaran. Diri kita ni, hanya kita je yg boleh ubah. Tapi, untuk menjadi lebih baik? Mestilah dgn mempunyai pasangan yg tepat. Zuhrad ni memang perfect match. Kita akan rasa dia layak dapat perempuan yg lebih baik dari Eirdeena. Tapi, dia jugalah pelengkap yg sangat sempurna buat gadis itu.
Sejujurnya saya tak tahu nak ulas apa sgt. Cerita ni perlukan kesabaran untuk dihabiskan(draggy & desc meleret). Selesa dgn perwatakan Zuhrad yg sgt helpful. Mungkin sedikit penat dgn Eirdeena yg acuh tak acuh. Apa pun penulis sampaikan isu ni dgn baik. Mungkin perlu lebih spesifik sikit lepas ni dalam punca dan rawatannya. Semoga yg lain lebih menyukai!
Eirdeena cuba untuk menjadi seorang ‘Eirdeena Azrynn’ tetapi hanya disebabkan kisah silam yang melanda kepada dirinya, susah untuk dia mengembalikan dirinya yang dahulu.
Bila Eirdeena dengan Zuhrad, Eirdeena rasa sangat nyaman dan tenang. Eirdeena tak rasa ragu-ragu nak meluahkan apa yang dia pendam dekat Zuhrad. Dan Zuhrad, menjadi pendengar setia dan memberi ‘ruang’ untuk Eirdeena meluahkan apa yang terbuku di dalam isi hatinya kepada Zuhrad.
Eirdeena cuma mahu orang di sekelilingnya faham apa yang dia mahu. Dia nak rasa dilihat, didengari & difahami. But no one cares? 🥺 Disitulah hadirnya Zuhrad. Zuhrad ni lain dari yang lain. Zuhrad tak macam orang yang berada di sekeliling Eirdeena— yang tak memahami dia.
Zuhrad je yang faham setiap bait kata Eirdeena. Dia dapat rasakan apa yang Eirdeena rasa dan lalui. Cuma Zuhrad bukanlah ‘ubat’ kepada Eirdeena. Dia cuma ‘ruang’.
Jadi Zuhrad pun sakit sebenarnya. Sebab Zuhrad bila dia rasa ‘sakit’, dia tak ada tempat nak meluah. Eirdeena, walaupun dia tak ada sesiapa yang faham dia, tapi dia masih ada Zuhrad yang mendengar segala luahan dia, sedangkan Zuhrad? Dia cuma ada diri dia sendiri. Dia pendam semuanya. 🥹
And I see a lot of improvement dalam Ruang Sempurna. Cara kak hanna describe semua benda dan penggunaan ayat yang tersusun. Sedap bila dibaca.
Ruang Sempurna antara my best read in 2025. Auto buku ni jadi my comfort book. Bila-bila rasa sedih, boleh nea baca ayat-ayat yang ada dalam buku tu. Somehow, sebenarnya dia kadang-kadang related dengan kita.
At the end of the story, Ruang Sempurna is just not ‘a book’ 🫂🩹
“live, and never be afraid to love, eirdeena.” zurhad x eirdeena 🌷💜
first of all, as someone who has been in a reading slump for a whole year, I can confidently say this book successfully broke that slump (obviously because it’s THAT good)! awalnya ingat mampu baca sikit je sebab dah lama tak sentuh buku, but nope — I got addicted immediately and suddenly dah tak boleh berhenti hshshs 😽🫶🏻
I can say that this book obviously is not a light read, mainly because it highlights mental health issues. kalau bab mental health ni, memang awal-awal lagi dah warning diri sendiri sebab tahu jiwa tak berapa kental, tapi alhamdulillah berjaya sampai ke perkataan tamat walaupun banyak jugak tisu habis 😓 not only that, buku ni juga bawa isu kekeluargaan yang for me sangat sangat penting — sebab yes, there are families out there who are exactly like this 😔🫂
eirdeena; my deen 🌷 from the moment she appeared, terus berair mata baca 😔 awal-awal lagi dah nampak how selfless she is, and every scene with her was genuinely heartbreaking. hanna really portrayed deen as someone struggling with mental health in such a good, realistic way — and I can RELATE to her so much. apa yang deen rasa, cara deen react, semuanya so valid. like… how can people do that to her?!! the trauma and pain that trapped her for years tu buat rasa macam nak masuk buku, peluk deen ketat-ketat, and tell her she deserves better 🥹🫂 and the most heartbreaking part? no one ever asks her about her feelings, and bising pula sebab dia menyendiri — sumpah buat gue baran 😇🫵🏻 (obviously, her family). dahla tak rasa feeling deen valid, pastu semua benda nak desak deen hanya sebab dia anak sulung — sumpah tak adil. deen deserves to be loved and treated the same way too 🥹💔 part deen selalu rasa dia “pathetic” tu pun hancur hati… like no deen, you’re not!! you’re just someone trying to live too! but despite everything, she never stopped trying to help herself. even though at the end things fell apart, at least she tried — and itu pun satu benda yang membanggakan ❤️🩹🫂
zuhrad; the jiran who’s already head over heels for deen! every word that comes out of his mouth isn’t just healing deen… it heals me too 😔☝🏻I love that he always tanya deen dah makan ke belum walaupun dia dah tahu jawapan 🤏🏻🤏🏻 and the scenes where he listens to her feelings… lagi-lagi bila no one else ever listens to her 🫂🫂 the way he communicates, comforts, and understands — comforting gila!! kadang rad ni kelakar juga, especially time dia stalk deen tu hshshsh, tak reti nak cover langsung mamat ni 😭🤣 but overall, I’m so grateful rad was there for deen — to keep her alive and to help her learn to love herself again 💗💗💗 cuma sedih juga la part dia broken tu… dia slowly hilang diri dia juga 😭💔
the book really highlights that mental illness doesn’t just affect the person — it affects the people around them too. but chapter 63… sumpah sampai tak cukup nafas nangis sebab deen 😭😭 terkejut sangat and honestly I couldn’t bear to reread that chapter again 😓😓 yes, ada la rasa nak marah sikit dekat Rad the way he reacted — sebab I don’t think it was deen’s fault — but I also understand his pain. sebenarnya, there’s no valid reason to hate either of them sebab dua-dua suffer, dua-dua terluka 💔💔💔💔 saya faham deen, but I also understand rad. honestly, the book really shows how bad mental health can get 🥹
I LOVE that by the end of the book, we can actually see deen’s character development — slowly learning to love herself again, bit by bit, macam siapa dia dulu 🥹🫂🌷 curious juga sebenarnya tentang full healing process dia, but overall I’m grateful we got to see her growth at the end hshshs! and yep dua-dua pun berjaya kejar apa yang diorang nak 😻🤏🏻
their romance is written so well — tak cringe, just comel-comel aje. sukerrr! ayat sweet pun smooth gila sksksk comelll 😽💗💗💗 I need more scenes… especially lepas kahwin!! tak sabar nak baca ebooknya 😻😻😻
her mom’s character development??? omg I love it so much 🫶🏻🫶🏻🫶🏻 from annoying mother to ibu yang memahami 🥹 and tak lupa jugak si comel erwyn yang selalu teman deen 🤏🏻🤏🏻🤏🏻
overall, I think the biggest reason I love this book is because of hanna’s writing. sumpah sedap, kemas, smooth — mungkin sebab tu la non stop baca 😆☝🏻☝🏻not a fan of slow pace, but this one got me — sebab I know this book isn’t solely about love. It’s about two people trying to survive, trying to heal, and trying to live.
Ruang Sempurna reminds me that healing isn’t linear, and love isn’t always gentle — but it’s always worth trying for 🫂❤️🩹 truly a beautiful, painful, and comforting read. I’m glad I picked it up!! Hanna Bellea did an incredible job, and tak sabar nak baca buku-buku hanna yang lain 😽🌷
"Kita tak boleh mengubah cara pemikiran orang, walau seikhlas mana kita cuba menerangkan -tentang perkara sebenar- kepada mereka" RS;183
Ruang sempurna. •Cover dia comel. Susunan penceritaan yang kemas dan mudah difahami. •Reality bullying n trauma ni memang betul betul bagi impact besar pada mental health seseorang. Takde istilah move on, cuma mampu bagi ruang dan masa kat diri sendiri untuk berdamai dengan takdir, redha. Mudah tapi sebenarnya susah! •Dada aku rasa sempit bila baca part parents yang takpernah cuba nak faham anak. Parents Ego. •Love story, Deen dan Rad. Sempat jugak aku rasa nak marah kat Deen. Nasib baik ending dia berjaya buat aku tersenyum.
⭐️4.5/5 Buku ni bukan semata2 tentang love story, yang menarik perhatian aku untuk beli dan baca adalah sharing tentang mental health.
📌Kita boleh jadi pendengar dan membantu mereka, tapi jangan sampai ketepikan dan hilang diri kita sendiri.
tw: mental health issues, suicide attempts, overdosage __ Dari pertemuan kecil disebabkan seekor Erwyn telah melahirkan takdir yang sempurna buat Eirdeena dan Zuhrad. Di saat Eirdeena berada di titik terendah untuk menelan erti kehidupan, Zuhrad hadir mencari dan mencantumkan semula jiwa Eirdeena yang retak. __ Sakit dan susah nak hadam sebab cerita ni sangat berat. Definisi kehidupan yang ditulis dalam ni sangat besar, walau sekecil kata-kata yang dilontarkan berkemungkinan boleh menjatuhkan emosi dan diri seseorang. Dari awal dah expect mesti ada pain, tapi tak sangka sesakit ini suapan ‘pain’ yang disuap kepada saya.
Watak Eirdeena, literal masterpiece. Saya dapat rasa dia ditulis dengan penuh jiwa dan rasa, macam mana seseorang yang mempunyai kesihatan mental berfikir. Berperang dengan diri sendiri dan mempersoalkan her worth sebagai seorang manusia yang tidak sempurna.
Zuhrad, dia bukan ingin membetulkan tetapi dia ‘ada’ untuk faham. Satu ‘Ruang’ yang semua orang perlu ada, kata-kata Zuhrad sangat menyenangkan jiwa Deen dan saya jugaa 😔Bila dia jadi personal therapist Deen, oh my i’m so down ✋🏼
For me, the pace of this story is a bit slow, but despite that, the storyline was absolutely perfect. Tidaklah sepanjang baca tu pain, banyak lagi part yang buat kita tersenyum dan tergelak. Cuma bila ‘that’ part sampai, it will hit you hard. Tbh some parts dalam bahagian 1 pun dah sebak tapi disebabkan thoughts yang Eirdeena fikirkan tu hanya di kepala dia je so kita boleh kawal lagi. Tapi bahagian 2! Bila Eirdeena lepaskan semuanya, terlepas jua air mataku ✋🏼💔
Saya paling suka bila Eirdeena mula ‘reda’ dengan hikmah Allah. Bagi saya, pada akhirnya; satu-satunya ubat yang mujarab untuk luka jiwa, apabila kita serahkan segalanya pada Tuhan. __ Sebelum baca, saya excited nak jumpa dengan zuhrad tapi bila dah baca saya tak nak tinggalkan Eirdeena. She is my comfort character, apa yang dia rasa memang menusuk ke jiwa saya. Mungkin Zuhrad juga ada sakit dia tapi i’m sorry love, saya sayang Eirdeena lebih lagi 🫶🏼
💐 strangers to lovers 💐grumpy + sunshine 💐mental health issue
Ruang Sempurna bawa kita perlahan-lahan menyelami hati dan fikiran seorang manusia yang sedang struggle dengan trauma mereka. Penulisan @thehannabellea sangat kuat dari segi emosi, terutama dalam menggambarkan kesunyian dan kepayahan seseorang yang menyimpan trauma. Ada sebab buku ni slow-paced. Siapa yang nak baca buku ni, korang kena tenang sebab perjalanan watak utama untuk pulih tu bukan mudah. Hanna bawa kita ikut sama dalam proses tu. Perasaan overthinking, takut percaya orang, dikhianati, semua ni real sangat, ada part yang saya boleh relate 😭💔
Author tak buat kisah cinta ni terus selesaikan semua masalah. Ruang Sempurna tunjukkan proses. Healing takes time. Ada hari Eirdeena okay. Ada hari dia terperuk balik. Tak semua orang boleh sabar tau, tapi Rad? BROO YOU HAVE MY HEART!! Rad ni masa kecik makan rumput agaknya, DIA NI GREEN FLAG SANGATT 😭✌🏻 Dengan kehadiran Rad yang tak paksa dia untuk sembuh cepat-cepat, tapi dia sentiasa ada, and akhirnya Eirdeena perlahan-lahan belajar berdamai dengan dirinya semula.
Akhir kata, Ruang Sempurna bukan sekadar cerita cinta, tetapi perjalanan yang mengajarkan kita erti sabar, menerima, dan bangkit perlahan-lahan. Semoga kita semua dapat Zuhrad jugak!! 🫶🏻
📚 Tajuk Novel : Ruang Sempurna ✍️ Penulis : Hanna Bellea 🏢 Penerbit : Ink Loaf ⭐ Rating : 4.9/5 🌟
Kadang… manusia tak tahu betapa kejamnya perbuatan mereka mampu merosakkan kita secara mental.
💭 “We never know how wicked human actions can ruin us in many ways.”
Kadang… mereka tak sedar kata-kata dan perbuatan boleh meninggalkan parut yang kita bawa bertahun-tahun.
💭 “They never know how people’s action can cause us traumatized for an extremely long time.”
Eirdeena bergelut untuk menghadapi trauma yang menyebabkan dia mengalami isu kesihatan mental. Bagi saya, penulis menggambarkan perasaan kepayahan Deen untuk mengatasi isu itu dengan sangat baik — saya dapat rasa sakit itu. 🥺
Tapi keluarganya… terus mendesak dia untuk “move on”. Mereka mahu dia cepat sembuh, sedangkan dia cuma perlukan masa.
📖 Forgetting isn’t as easy as flipping through the pages of the book. (And the writer is absolutely right!) ✅
Kemudian hadir Zuhrad 💌 — Seorang doktor yang muncul tanpa diminta. Mula-mula saya fikir pertemuan pertama mereka berlaku bila kucing kesayangan Deen, Erwyn 🐈⬛, tersesat masuk pagar rumah Rad… tapi rupanya sebelum itu lagi. 🤭
Rad ibarat malaikat yang datang tanpa sayap. 🪽
💬 “The purpose for you to keep living. I’m sure there is one, at least. Allah and tu takkan biar kau bernafas dekat bumi ni la kalau Dia tak ada benda nak sampaikan dekat kau. Cuba kau fikir kebarangkalian masa depan kau yang…cerah.”
Bukan Deen je tersentak, saya pun sama. 🥹 Ayat ni memang patut kita simpan dalam hati. 💖
💭 “Falling in love is an involuntary action that I failed to comprehend earlier. Because falling in love is beautiful in a way, we have to interpret it ourselves.”
Kebetulan pula kedua-dua ibu mereka adalah kawan lama. Hihi… faham-faham lah kan apa jadi seterusnya. 🤭
Tapi… bayangkan. Deen masih trauma dan perlukan masa, tapi mamanya pula asyik memaksa — suruh kahwin lah, kerja lah. Padahal dia baru saja cuba sembuh daripada peristiwa yang buat dia rasa seperti itu. Aihhh 😔 Kasihannya… 😭
Walau begitu, saya sangat suka usaha si Rad ni. 💜 Contoh: bagi purple tulips 🌷🤭 Nak tahu usaha lain? Kenalah baca sendiri 🤪
🌸 Ruang Sempurna bagi saya adalah kisah tentang memberi ruang pada diri untuk sembuh. Tentang menerima luka, kehilangan, dan keberanian mencintai walau hati pernah retak. Dan yang paling penting — kuncinya adalah REDHA ❤️
Saya suka buku ni… suka sangat suka! 😍 Cuma kurang 0.1 sebab Lara perlukan sedikit kesedaran dan Safiyy perlukan pengakhiran… mungkin? 🫣
Takdir menemukan dua hati. Yang satu hanya meminta untuk difahami. Yang satu, hadir menjadi penyeri. Ketika takdir yang sudah cantik tersusun mula berantakan, arah mana yang menjadi pilihan?
Zuhrad. Dia hanya mahu menjadi teman sejati. Yang hadir dan perlahan-lahan memahami. Segenap dunianya mula berubah erti. Dari jiran, kepada cinta sejati.
“𝙍𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙬𝙖𝙠 … 𝙙𝙖𝙝 𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥, 𝙠𝙖𝙣?”
Eirdeena. Dia tidak meminta lebih. Cukup dengan mengerti apa yang terbuku di hati. Segalanya, tidaklah mudah untuk dilalui. Apatah lagi ketika insan penting dalam hidupnya sendiri, memilih untuk tidak peduli.
Kisah Zuhrad dan Eirdeena membawa aku turut sama larut dalam emosi mereka. Kisah yang berat dengan isu kesihatan mental, babak-babak yang mungkin mengundang ‘trigger’ dan sebagainya. Walaupun agak perlahan, aku sebenarnya faham yang penulis cuba membawa kita sama-sama dalam segala proses yang berlaku.
Part 1 sahaja sudah berjaya meruntun emosi. Memahami apa yang dirasai, dan tertampar dengan kenyataan dari Rad sendiri. Hanna bijak dalam mengawal emosi pembaca, sekaligus membawa kita sama-sama merasai proses penyembuhan Eirdeena.
Paling lurveee, the dual pov. Sangat-sangat suka buku yang ada benda ni sebab boleh faham perasaan dua-dua watak😌A lot of improvement dari DQ, dan jalan cerita yang tersusun dan cantik. Aku dapat faham apa yang dirasakan Rad sepanjang pembacaan. Begitu juga dengan setiap tingkah laku Deen yang kadang kala mengundang kecama🙄
Cuma dekat bahagian kedua, emosi tu agak kurang sampai. I wish more painful heartbreak, but im glad that the scene afterwards heal everythinggg. Plus, seeing Rad macam tu, aku pulak yang sedihhhh😭kitonyo lemah dengan lelaki sehijau rumput ni😚
Ruang sempurna. Hanya untuk mereka, dalam ketidaksempurnaan, dan kehadiran yang perlahan-lahan menyembuhkan. Rad adalah istilah sebenar ruang sempurna buat Deen.