Kata orang, hidup benar-benar bermula di usia 40. Ray bukanlah orang yang mudah terpengaruh dengan kata orang, tetapi dia mula resah di hujung era 30-an dan dikelilingi sahabat-sahabat yang berjaya. Gibbs dah buka klinik, KJ head chef di restorannya sendiri dan Troll jurulatih untuk pasukan bola keranjang negara.
Selepas acara reunion di SMCGT, Ray seperti mendapat semangat baru untuk mencapai sesuatu. Tetapi setiap langkahnya seperti terhalang oleh suatu kuasa yang lebih besar. Ray tak percaya pada tuah... tapi mungkin juga tuah tak percaya padanya?
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.
Gantung 3 bagi aku adalah buku paling matang dalam siri Gantung. Dari segi kepelbagaian tema, kelangsungan plot & twist, perkembangan watak dan impak penceritaan, I must say, aku rasa bertuah usia aku ni menua selari kematangan penulisan Nadia Khan aka Neddo and because of that, aku boleh enjoy setiap sequel Gantung pada peringkat usia yg berbeza.
Setiap kali membaca sequel baru Gantung, sahaja aku akan buat - buat tak faham dengan selingan bait bait spoilers yang Neddo selit dalam penceritaan dia. Sebab sebagai fan Gantung, kalau kau pay too much attention to these details, kau akan boleh tebak what’s gonna happen next, and the fun and sh*t feeling kau “kene tipu bulat - bulat” dengan plot twist Neddo macam Gantung 1, Kelabu 1 dulu akan hilang. So I went in blind, and I enjoyed the entire reading experience. (Walaupun still ada parts yang aku memang boleh teka, disebabkan aku dah masak dengan karya & gaya Neddo).
Kelebihan Gantung 3 pada aku terletak pada impak emosi yang, dizahirkan oleh Neddo. Kalau Gantung 1 terletak pada events - activities & suspense, Gantung 2 was quite ordinary bagi aku, Gantung 3 aku bebetul boleh rasa friendship dorang, as adults, especially Gibbs & Ray. Kehalusan Neddo dalam memperincikan adult friendship & relationship ni aku rasa patut dipuji.
Aku tak tahu berapa banyak lagi cerita Musketeers ni akan ditulis sebab umur dorang pun hampir menjejak 40s now, dulu aku lebih tua dari dorang, tapi sekarang dah sebaya. Gibbs, KJ, Troll & Ray ni dah macam member - member aku sendiri. Character dorang, bonding dorang, relationship dorang, support system dorang… semua ini menjadikan Gantung sentiasa patut ada yang belum diceritakan dan masih perlu diceritakan.
I particularly love the ending.
From a certain angle, it can be seen as the Musketeers’ farewell, As a longtime fan of Gantung, this book felt like a heartfelt farewell. Bila Ray requested for a last road trip, I started to sense that and bila Ray tanya Gibbs adakah Ray akan ingat semua ini, Gibbs replied in such a subtle lines yang menyebabkan aku suspect this might be the finale. The real finale, tanpa merujuk kepada Neddo
I don’t know.
But while I'm sad to see this series might come to a close, I'm grateful for the countless hours of joy and contemplation Neddo’s works have brought me.
Aku ni sebenarnya punyalah benci kat geng Musketeers ni sampai aku tak baca Gantung 2 & Musketeer. Punyalah benci 😂. Tapi aku suka gila buku ketiga ni.
Aku suka yang buku ni tunjuk side matang Musketeers. Aku masih marah yang Gibbs tak kisah pasal kematian Deepa. Tapi memang realistik pun. Ada pembuli tak kisah pun, malah tak ingat pun apa benda jahat dia buat kat orang.
I guess, aku dapat melihat buku ni dari lensa yang berbeza. Mereka tak perfect. Tak semua baik & tak semua jahat.
Aku setuju choice Neddo Khan, untuk buat Musketeers tu rasa hidup depa tak tenang, after all they did. Segala musibah yang ada. Betapa terernya Kak Nadia Khan menulis sampai sebesar-besarnya benci aku pada group ni.
At the end, aku tetap rasa sayu.
Aku bagi 5 bintang sebab buku ni tak boleh letak tepi, kisahnya buat kau engaged & terpaling aku suka — buku ni matang. Buku ni cerita sudut2 realistik dalam kehidupan. I like buku yang touch pasal reality.
Okay tu je. Harap betul ni penutup sebab dah cantik sangat penutup ni. Teruskan menulis tauu. Sangat berbakat.
Kisah mereka bersambung balik ke Malaysia setelah jauh berkelana di New York. Di dalam universe yang mereka hidup. Kisah cerita selanjutnya. Matangnya kisah diorang kali ini. Terasa sukar untuk di percayakan. Haha. Mereka sudah dewasa tetapi humor kelakor mereka masih ada. Gibbs masih berharap dengan Fara. Sakit hati betul dengan mereka. But old love does sneak in 😉. Ray masih begitu dan masih berharap. Betapa agungnya betul cinta mu ya, Ryan. Tapi sangka antara ramai-ramai, KJ yang kahwin dan ada anak. Hahaha. Ingatkan Trolls yang dapat semua tu. Trolls dah masih dalam imej yang begitu.. Blurr bangang dia.. tapi dia pun sudah berjaya.. I love that.
Ada part yang macam blur dan tertanya apa benda ea yang aku baca ini tapi hujung nya buat aku ehh.. plot twist dia.. hahaha. Plot twist memang tak jangka.
Buat Nadia Khan.
Aku pun tak tahu dah berapa kali entah, aku ucapkan selamat tinggal dekat Ray, Gibbs, KJ dan Troll. Sebab tahun lepas, aku dah bid my farewell lepas baca Musketeers. Tapi tahun keluar buku baru, dan baca lagi sambungan kisah cerita mereka di karya kali ini. Dan aku terima je dan gembira bila dapat baca lagi mengenai mereka. Seperti kisahnya evergreen lah. Bagi aku lah.
Emosi buat karya ini memang ada. Kelakar lah sebab mereka kan pakar prank. Sedihnya hampir buat aku menitis air mata bila Gibbs, KJ dan Troll ucapkan selamat tinggal lagi. Aku pun tak ingat dekat Gantung : 2, mereka ini pernah ucap selamat tinggal ke entah. Tak ingat. Nak check pun tak boleh sebab buku nya ada dekat kampung.
Saya perlukan masa untuk bertenang setelah membaca Gantung 3 - yang saya tak sangka akan ada buku ketiga selepas kita semua dah tahu apa yang terjadi pada semua dalam Gantung 1 & 2.
Saya cuba nak mengulas tanpa memberi sebarang "spoiler alert", tapi saya tak mampu. Saya berharap keluarga "Gantung Universe" membaca buku ini dengan berlapang dada kerana walaupun temanya tak seberat Gantung 1 & 2, tapi emosi membaca dan menghayatinya cukup berat sehingga saya rasa tak mahu nak habiskan bacaan buku ini kerana terlalu sedih, tapi bukan sedih yang menangis, ia lebih kepada sedih yang speechless tapi meninggalkan kesan yang mendalam.
Kepada Nadia Khan, saya tahu awak ada lulusan Psikologi kalau tak silap. Tapi awak berjaya mengusik emosi kami, sangat-sangat berjaya. Saya tak tahu tentang pembaca lain, tapi sekurang-kurangnya saya tahu emosi saya tersentuh dengan berat.
Pendapat saya tentang tema buku itu sendiri; persahabatan, sokongan orang-orang tersayang, itu antara elemen yang sangat berat dalam buku ketiga ini, lebih berat dari Gantung 2, dan berat sikit dari Gantung 1.
Maka dengan ini, salam perpisahan buat Gantung, dan memetik kata-kata Gibbs a.k.a Gibran : "But we grow. Our meaning of 'home' can change. And that's okay..."
Keseluruhan cerita, sebenarnya saya nak bagi 4 bintang sebab jalan cerita tak sekuat Gantung 1 & 2. Tapi disebabkan kekuatan emosi dan persahabatan dalam cerita ini, maka Gantung 3 selayaknya mendapat 5 bintang. :)
Love the plot. Makes me curious what happens next especially those who read Gantung 2, you know how the ending. Love their friendship. I wish i have a friend like this in real life. The hardest part is saying good bye all over again. I'm not crying when I read Gantung 2 but it gives me something stuck in my heart. But Gantung 3 makes me cry. It feels like a really goodbye. The last good bye.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ketiga dalam Siri Gantung ini penuh dramatik, emosional, dan mendalam. Seperti biasa, gaya penulisan Neddo yang segar, berani, dan sarat dengan elemen realisme menjadikan pembaca terus melekat pada setiap helaian.
Kisah kali ini tidak hanya berkisar pada rahsia silam atau konflik remaja semata-mata, tetapi lebih kepada pertembungan antara masa lalu, penyesalan, dan persoalan hidup-mati yang meruntun jiwa.
Watak-watak yang pernah kita kenali sejak Gantung pertama kembali dengan sisi yang lebih matang, namun tetap dibayangi trauma lama. Neddo berjaya membawa emosi aku naik turun — sekejap marah, sekejap sebak, kemudian terkejut dengan plot twist yang begitu kemas.
Buku kali mempunyai sisi lebih matang bagi Musketeers — ya, ini bukan sekadar hiburan; ia juga menyentuh persoalan pilihan hidup, akibat dosa silam, serta bagaimana manusia berdepan dengan kehilangan dan karma. Aku sumpahlah sedih apabila baca sebab aku memang ikut semua buku Neddo daripada dulu (dan aku pula menonton #GantungTheMovie tempoh hari — lagilah aku barai memikirkan Ray).
Apa pun, aku rasa Gantung:3 memberikan kesudahan yang tidak mudah dilupakan. Ia pahit tetapi jujur, tragik tetapi penuh makna.
Kalau kau memang baca Gantung, Gantung:2, naskhah ini ibarat jawapan kepada semua tanda tanya, meskipun tetap meninggalkan ruang untuk kau tetap menjadi peminat sebenar Ray (ya, aku memang bias dekat Ray daripada buku pertama — aku suka Gantung daripada dahulu sebab aku dulu peminat Meteor Garden F4 tu ya, hahahaha).
1. 3/4 dari buku banyak cerita pasal proses dan struggle Ray dalam pembikinan filem (mungkin saya mudah drain energy dgn semua topik heavy begini. Hanya 1/4 yg tekankan closure keseluruhan Gantung,1,2,3+Muskeeter (part yg paling saya tunggu)
2. Good closure. All open ending dari siri Gantung terdahulu properly dinyatakan dan terjawab dalam siri ini. (Perasaan Gibb pada Fara dan Ray, Ray sexuality akan berubah atau tak, bapa sebenar Kak Rehan, ending seorang Troll dan KJ)
3. Hubungan Gibb-Fara bagi saya sangat messy dan hanya berbalik kepada konfliks yang sama. Pada awal siri, rasalah the burn of conversation, tapi kalau balik2 Fara asyik ungkit benda sama je, timbul juga dalam hati, apahal perempuan ni? Klu taknak, cakap jelah taknak. Duk tarik sana sini.
4. Gantung 3 bagi saya sangat matang penulisannya. Di sini author berjaya sampaikan, setiap tindakan yg kita ambil di masa lalu, akan bagi kesan jangka masa panjang. Yg Tuhan maha melihat dan mendengar. Biarpun secara indirect, bukan mereka yg bunuh Deva atau all mangsa kepada One to All mereka rela diperlakukan begitu, masih akan ada balasannya. KJ hadapi kesukaran dalam business dan anaknya. Hubungan Gibbs dan Fara tak pernah lancar, Hubungan percintaan Troll banyak terputus di tengah jalan, kesukaran Ray dalam bidang filem. Tuhan balas dengan cara halus dan itu yg jadikan mereka manusia yg lebih baik di masa hadapan. Best character development.
5. Kenapa rating sikit? Haha. Suka siri gantung tapi agak drain energy saya untuk baca proses pembikinan filem tu. Overload
Wow- first let me catch a breath. I just finished reading it. There's still tears on my face.
Semalam tayangan perdana gantung the movie and I was there. It's so nice to finally put faces, characteristics and voices to this book. I read book 3 with a great imaginary.
Ni adalah sambung musketeer, tbh at first i didn't know. I skip terus gantung 1-2-3 hahaha tapi silap besar! you cant skip the sequence or you wouldn't get the context. Macam biasa, Buku nadia khan semua buat saya menangis. Pandai penulis main dengan emosi. Kudos to kak neddo!
Let's talk about the plot: it follows the same 'formula' of any gantung sequel onwards. what formula? hah baca la hahah tak nak spoil! tapi yes, letting go isn't easy, we grow, but the longing never ends. This book perfectly captures the essence of those feelings. I never had problem with NK's writing, she was born for it.
Buku ini betul-betul bagi pengakhiran lengkap pada Ray dan Musketeers.Tbh I want it to be this way, let's end it here. Their story is already perfectly written and well thought out. Kalau buat sequel lagi , takut punclhline lari. Mungkin boleh buat spin off.
Thank you for bringing all these characters to live, thank you for bringing them a proper closure. A fan like myself would forever treasure this. apa pun, hidup kena move. Terima kasih Gibbs, Ray, KJ dan Troll.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Damn it. Where should i start? Musketeers, habis dalam masa sehari. Aku start pagi, petang habis. Gantung: 3, start jam 10 malam. habis sebelum jam 3 pagi. Waktu aku tulis review ni pun jam belum 3.30pagi pun. Haih.
Aku pegang Gantung: 3 ni jam 12 tengahari tadi and masa tu lah aku baru baca sinopsis dia. Baca sinopsis je buat aku takut nak start baca. Gila. Nadia Khan memang bagi Musketeers untuk kita tarik nafas. Pukul 10 malam, after semua benda dah setel, aku fikir start laa baca, jadi bedtime stories. 5 hours later, I'm here writing this with mixed feeling. Sedih, lega, geram, confused nak kena rasa apa.
Nadia Khan did a very good work in giving us closure. Giving us a nice way to say goodbye, to Gibbs, KJ, Troll and of course, Khalil/Ray. This book really gives me chills. Literal chills.
Anyway, congratulations for Gantung: 3 to Nadia Khan. What a journey.
Gantung 3 merupakan buku terakhir bagi siri ini. Saya sangat menghayati cerita ini kerana seiring dengan umur karakter-karakter yang sudah mencecah angka 40, kandungan buku ini juga lebih bersifat introspektif. Buku ini juga memberikan pendedahan berkenaan produksi TV dan filem yang membuktikan penulis banyak membuat kajian. Seperti buku-buku sebelumnya, realiti dan fantasi bercampur-aduk membuatkan saya sedikit keliru tetapi mujur tiada unsur supernatural yang mungkin akan membuatkan saya berputus asa terus daripada menghabiskan pembacaan. Dari sudut kritikal, saya rasa sedikit hampa kerana orientasi seksualiti protagonis yang diacah-acah semenjak buku pertama lagi berakhir dengan penghabisan yang agak tipikal. Apa-apapun, Gantung adalah siri yang sangat menarik dan wajar dibaca oleh sesiapa saja.
Saya ingat saya dah boleh bid farewell kepada keempat empat jejaka ini tapi saya silap. Sekali lagi penulis berjaya menarik saya ke dunia Gantung tetapi dalam realiti berbeza ibarat mencurahkan air limau pada luka lama. Rasanya master psikologi penulis itu berjaya mempotraykan watak mereka semua pada umur yang lebih matang. Cuma sedikit boring bila masa terlalu banyak menceritakan kisah Ray jadi struggled scriptwriter but its ok saya terima jer asal dia ialah Ray. Kisah Fara dan Gibbs quites messy dan annoying. The plot twist is expected in unexpected way..Ha? Cemana nak terang.. Gantung universe will never die as long Nadia Khan live and I am okay with that.Kalau nak buat bersiri siri macam Harry Potter ponh saya tak kesah❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku harapkan mungkin ending yang berlainan. Tapi rupanya ending yang sama cuma lebih indah.
Pada mulanya aku ingat ni macam spin off dalam multiverse yang lain. Maybe diorang masih hidup. Kehidupan boleh diteruskan. Even dah ada hint but i still hoping that it wasn’t true. Aku harap sangat diorang survive and the shooting was a dream.
Kesian betul Ray.
Suka sangat penulisan Nadia Khan sekarang. Tapi i just love the first gantung more. The twist, the ending, the friendship. Masih belum boleh move on.
Overall 3.5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Gantung: 3 ni memang khas untuk yang gagal moveon dari the musketeers (read:me) . For plot, kalau follow dari Gantung 1 mesti dah boleh agak flow cerita macamana. Tapi macam biasa setiap kali tu lah, saya akan ralit baca sampai habis and rasa back to square one? Terima kasih untuk buku ini, rasa macam betul -betul last goodbye yang perlu hahahah. Banyak cerita pasal film production dan banyak juga terms yang unfamiliar tapi tak kacau the whole story pun. Lovee
Nadia Khan’s books are nothing short of masterpieces. Gantung was my first taste of Fixi, and I was instantly hooked — it definitely won’t be my last. From Gantung and Gantung 2 to Musketeers and Gantung 3, each one earned a solid five stars in my book.
universe dimana kesemuanya masih hidup(and I wished they were) tapi Musketeers tetap dengan perangai masing masing walaupun dah bekerjaya dan berkeluarga.
tahniah Nadia Khan, start with Kelabu and now Gantung, its indeed a masterpiece
Best closure for the series. No more playing with the ghosts anymore. .. "Orang-orang yang kau sayang mati depan mata kau. Kau ingat kau sorang je ke yang hadapi benda ni? Dunia dah berapa kali perang. Tragedi macam kau ni bukan benda baru. You wanna talk about your friends being shot? Children have been bombed right before their parents' eyes!"
lovessss the first book cant remember what happen in the sec book and yang the musketeer tu pun best yang part alternate universe tu jela tapi... gantung 3? i was confused like dari page first sampai nak dkt habes, like ni mimpi ke ape? alternate universe lagi ke? tapi rupenye last ii ray dlm koma and tu sume realiti dia dalam koma tibah lepastu aku nanges yey
This entire review has been hidden because of spoilers.