Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aib

Rate this book
Ini adalah kisah Izu memulakan hidupnya sebagai pelajar semester satu sarjana muda.

Bagaimana dia mencari cinta, mendapat kawan, dan berterusan ditimpa kejadian-kejadian yang mengaibkan.

Tapi adakah peristiwa aib itu semua seteruk masa silamnya?

284 pages, Paperback

First published May 23, 2025

4 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Syafiq Aizat

20 books342 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (31%)
4 stars
27 (46%)
3 stars
9 (15%)
2 stars
3 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
June 2, 2025
42/2025

-Aib
-Syafiq Aizat

Sebelum saya review buku ini, saya tidak pernah membaca mana mana karya Syafiq Aizat dan buku ini dibeli atas faktor 'laku keras' di booth Fixi semasa PBAKL baru baru ini. Buku ini setebal 280 halaman yang membawa kita mengenal kisah hidup Izu semasa zaman belajar.

Jalan ceritanya ringkas, ringan dan mudah untuk difahami, walaupun bagi saya setiap babaknya ada saja terselit adegan yang tiba-tiba terutama melibatkan watak sahabat Izu, Fareeq dan Juh. Babak tiba tiba ini sememangnya kelakar dan berjaya membuatkan saya tidak kering gusi tika membacanya. Walaupun cerita ini santai sahaja, namun penulis tetap menyelitkan elemen kekeluargaan dan persahabatan yang bagi saya digambarkan dengan baik.
Tahniah buat Syafiq Aizat untuk naskah ini.
Profile Image for Atiqah.
1 review
May 15, 2025
Saya suka betapa ringan dan senangnya cerita ni untuk dibaca, banyak part yang tak serius dan sangat tiba tiba. Buku ni tak stress langsung sebab saya dapat habiskan pada hari yang sama saya dapat.

Untuk yang tak pernah baca buku Syafiq Aizat, mungkin akan persoalkan kenapa kena ada karakter macam Fareq, Bi, dan Hani. Tapi bagi saya yang memang dah baca semua buku dia, karakter-karakter macam ni lah yang buat karya Syafiq lain daripada yang lain-unik, kacau emosi, dan kadang-kadang annoying in the best way possible. DAN saya suka ada part yang buat saya teringat faiq dan izaq ;(( they’re everything to me sobsob
Profile Image for Ummu Iffah.
11 reviews
June 11, 2025
Entah la. Ceritanya simple je. Tentang Izu dan kawan-kawan. Setiap kali nak seronok, ada je aib Izu yang terdedah. TAPIIII maaf yo sapit, saya tidak menggemari buku ini. Part lawak-lawak tu memang lawak, tapi entahlah. Mungkin dah terbiasa dengan genre2 sixth sense semua tu, jadi buku ni saya tak enjoy sangat membacanya.

Tapi lain orang, lain citarasa dan pandangan. Korang cuba lah baca dulu, kemudian bagi review okey!
Profile Image for Isya.
25 reviews
June 26, 2025
ok tak expect pun izu tu sebenarnya.. Ending dia tergantung gila2 huhu.. BESTTT REALLY RECOMMEND
Profile Image for Qaseih  Yuzwan.
3 reviews
June 18, 2025
Nice story since aku suka cerita pasal friendship. and aku suka dgn friendship Izu yang healthy with Juh and Fareq. Penulisan yang santai, mudah untuk faham cara penyampaian watak masing masing since byk sangat aib izu nak kene cover. Every scenario sgt chaos and menarik, membuatkan aku tertarik nak baca . Hoping more story from Syafiq lagi!!!
Profile Image for Nurul.
26 reviews
June 12, 2025
Bacaan ringan yang berjaya buat aku keluar dari reading slump yang dah 2 tahun aku cuba untuk aku keluar. A slice of life story yang memang aku perlukan buat masa ni.

Honestly, it was such a fun experience. Awal-awal baca aku agak struggle untuk dapat pace, mungkin sebab dah lama tak baca buku. Tapi after quite some time, i enjoy the reading experience.

Harapnya Sapit takkan pernah bersara dari tulis buku sebab dengan buku dia je aku ngam ni hermm.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
99 reviews9 followers
May 31, 2025
Best.. Karya Syafiq Aizat paling santai yg pernah aku baca. Walau santai terselit byk nilai-nilai terutamanya persahabatan. Syok dgn gelagat Izu, Fareq n Juh. Memang ada scene yg tiba-tiba tapi scene tu la yg buatkan pembaca macam aku hook tak mampu nak lepaskan bacaan. Tahniah Syafiq untuk Aib ni dan hope tak lama la dapat sambunganya 😬.. So akhir sekali aku sangat puashati dgn Aib ni dan sgt recommend untuk mereka yg nakkan bacaan santai, ringan tapi tak kering gusi.

**Oh ya, bila baca karya ni tiba teringat semula persahabatan Faiq n Izaq.. Should I reread trilogi tu?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syafkri.
9 reviews
September 25, 2025




1️⃣ Maklumat Asas Buku

Tajuk Buku/Novel: Aib
Nama Penulis: Syafiq Aizat
Penerbit: Fixi
Tahun Terbitan: 2025
Jumlah Halaman: lebih kurang 281 halaman
Genre: maybe aku boleh letak komedi/Slice of life

---

2️⃣ Sinopsis Ringkas

Ceritakan secara padat isi utama atau plot buku.

kisah perjalanan hidup seorang izu yang sentiasa ada "aib" tersendiri sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda. Dia dibayangi satu kejadian di mana seorang perempuan yang pernah menyelamatkannya tetapi dia tidak sempat berterima kasih dan mengenali perempuan itu. Sejak daripada kejadian itu dia nak cari semula siapa perempuan tu.

Dalam pada itu, dia berjumpa kawan kawan yang mewarnai kehidupan degree dan membantu dia mengenal erti kehidupan dan persahabatan....



⚠️: Ada sikit spoiler hehehe.




---

3️⃣ Tema Utama & Isu yang Dikupas

Persahabatan, percintaan.

🔹Lebih kepada persahabatan la ...
🔹Tapi dia bukan tipikal novel cinta dia just ringan² saja.

---

4️⃣ Kekuatan Novel

🔹Jalan cerita yang simple dan santai. Takde plot twist yang terlalu mind blowing tapi dihiasi dengan lawak ringan.

🔹Karakter dia meriah wey macam macam perangai ada dan macam macam chaos ada😂

---

5️⃣ Kelemahan Buku.


🔹Bro.....kenapa tergantung🥹😮‍💨 kemon la aku tengah berharap nak baca lebih😮‍💨....dia punya tergantung tu memang wajib ada Aib 2 tapi tu la aku plak tak terfikir kalau nak sambung Aib 2 nak cerita apa je😮‍💨....


---

6️⃣Komen Peribadi


Aku rasa buku ni sesuai untuk sesiapa yang nak cerita santai berkaitan persahabatan era universiti....cuma aku still letakkan sebagai 18+ sebab syafiq aizat always akan letak beberapa unsur unsur sebegitu walaupun ringan.

Kandungan/penceritaan:

▶️First impression aku terhadap cover buku aku expect aib yang dimaksudkan adalah lebih kepada dark atau trauma berat atau yang membawa kepada depression dan anxiety yang serius...tapi sebaliknya lebih banyak perkara yang memalukan yang aku rasa malu dia esok lusa pun masih terngiang-ngiang 🤣.

▶️ 10 bab pertama aku rasa memang sangat sangat direct dan santai untuk permulaan cerita.

▶️Ada beberapa momen lawak ringan tapi unexpected menyebabkan aku gelak jugak.

▶️Dalam 10 bab awal ni juga aku dapat tangkap kenapa tajuk buku ni "Aib"🤣. Banyak benda yang mengaibkan berlaku sehingga aku sebagai pembaca pun malu 🤣.

▶️Ada juga part yang aku rasa aku macam syafiq aizat sengaja buat karakter fareq ni macam salah satu karakter novel dia yang sebelum ni....siapa baca novel ajaib awan aksara tu faham lah😂

▶️ Plot twist: maybe tak terlalu plot twist tapi nanti korang akan tahu identiti sebenar izu yang akan menjadi perubahan terhadap jalan cerita.... So aku rasa boleh la sebagai plot twist.


Beberapa part yang aku rasa kelakar/menarik:-

⚠️Sedikit spoiler ⚠️:

M/s 59 part dia salah anggap rohayu itu perempuan yang selamatkan dia🤣.

M/s 94-95 : Part dia ingat ada hantu muncul and dia lari peluk fareq padahal itu geng Hani dengan bi je — ni betul² aib ni 🤣.

M/s 130: Selama ni dia ingat kamala perempuan yang dia cari rupanya itu hanya button badge "ALAMAK" bukan nametag "KAMALA" bingung juga izu ni😭.

M/s 176-179: Kita dapat tau sikit pasal fareq yang aku rasa latar belakang kehidupan dia lebih sedih daripada izu...

M/s: 194: aku kenot brain la izu bagi idea nak jual batu nisan🤣.... Siapa da free trial 3 bulan dan harga student 😭.

M/s 198-199: Bapak random ada Abuya 😭😭😭😭😭

---

9️⃣ Penilaian Keseluruhan


⭐⭐⭐⭐☆ (4/5)


Kurangnya pada ending, sebab aku betul betul dah semangat nak tahu apa jadi antara izu dan una tiba tiba kena potong😮‍💨.... Siap tulis dekat belakang sekali "bersambung?" Aku rasa nj dah tahap mempermain perasaan pembaca🥴
Sungguh kecewa dengan ending😮‍💨
Profile Image for Kyuichi_Xairuz.
3 reviews
July 12, 2025
Saya tak tahu macam mana nak mulakan review ini. Selepas baca buku Aib oleh Bang Sapit, saya terus daftar diri menjadi pengguna baharu Goodreads. Jadi, saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan rating pertama ini.

Buku ini telah saya "khatamkan" kurang daripada 24 jam. Selepas membacanya, I somehow feel related with Izu here. I understand the feeling of not wanting to be part of society due to circumstances in life. Thankfully, Fareq and Juh are there to help him regardless of what happened with his past life.

Saya syorkan korang baca cerita ini sebab memang best. Level komedi memang mantap dan gaya cerita memang santai. Secara peribadinya, saya masih ada perasaan campur-baur dalam diri. Gembira? Sedih? Geram? Tak tahulah; itulah interpretasi diri.

Tak kiralah korang introvert, extrovert, ambivert dsb, keep live out your life to the fullest. Hanya korang yang menentukan bagaimana kehidupan korang dijalankan.

Assalamualaikum.
Profile Image for Edi Rozaidi.
143 reviews
June 4, 2025
AIB, memang watak utama cerita ini banyak perkara AIB yang berlaku. Ceritanya sangat ringan dan santai kisah pelajar universiti mencari wanita yang membantunya tapi tak dapat lihat wajanya.

Memang banyak perkara tiba-tiba yang berlaku tapi menyeronokkan. Persahabatan yang diterapkan pun menarik. Selepas pembongkaran di hujung novel, terus ubah persepsi terhadap karekter utama dan ending novel ini memang puas hati. 4.5
2 reviews
September 6, 2025
Aib by Syafiq Aizat..

After all the books I have read before, aku boleh kata ni antara buku yang ada cerita yang paling simple nak faham, first sbb aku rasa bila dah biasa dengan cerita pasal sixth sense and aku pun sebenarnya EXPECT yang AIB ni story pasal new "sixth sense" user yg mana aku expect is Fareq, but I don't want to judge too awal, maybe akan ada AIB 2? who knows? but overall AIB still got my heart with the plot and macam biasa, akan ada character development untuk si MC🎉🎉🔥
Profile Image for sebijinanas.
58 reviews3 followers
August 8, 2025
it was good sebab jalan cerita lain daripada yang Syafiq always dis before this. new genre from him and i still can accept the new concept
55 reviews
January 9, 2026
mula2 harap ada magik2 dlm cite ni xpn cross over dgn novel2 sblm ni ke cameo ke tapi xde...nasib baik cite nye best.... bagiaku la
13 reviews
April 23, 2026
mungkin sebab dah terbiasa dengan buku2 sebelum ni dari ajaib sampai angkasa yang memang 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 so kali ni citer dia ringan dan macam boring sikit :') tapi scene lawak memang tiptop
15 reviews
February 16, 2026
Jalan cerita yg light, lawak pun kena hahaha. my first buku fixi, and chose to read book from Syafiq Aizat. sebab apa? sbb org ckap buku dia best. hahaha. anyways. last page tu BERSAMBUNG?! klau camni, lagi sakit drpd tggu next ep utk drama ni😭🤏🏼
Profile Image for rg Qirin.
35 reviews
December 31, 2025
Novel ni menceritakan tentang Izu, seorang introvert, dalam perjalanannya menempuhi tahun pertama Sarjana Muda bersama Fareq dan Juh. Beberapa perkara yang mengaibkan berlaku yang membuatkan Izu rasa takut dengan masa lalu sendiri.

Aku mula baca novel ni ketika bateri kereta aku habis bila aku sendiri lupa nak matikan lampu masa datang kerja pagi tu. Hubungi Bateriku (Product Placement) dan mereka kata akan tiba 20 minit lagi. Kebetulan memang aku bawa Aib ke tempat kerja hari tu.

Syafiq Aizat sendiri pesan yang novel kali ni sangat berbeza dari siri novel beliau yang lalu, dari Ajaib hingga Angkasa (Fun Fact : Aib kurang dua huruf dari Ajaib). Dan watak Izu dan Fareq sebagai duo sangat menarik sebab memanggil semula gabungan duo Izaq dan Fa'iq. Sejujurnya, gaya cerita Syafiq Aizat sedikit berbeza dari karya beliau sebelum ini. Aib lebih bersifat santai dan sangat mengimbau kembali kenangan waktu zaman universiti manakala Ajaib Universe membawa kita mengembara secara supernatural. Walaupun ada sedikit babak dalam novel ini yang membuatkan aku terfikir yang Fareq ni Fa'iq ke?

Kuat intuisi aku yang Aib akan ada sambungan sebab setelah ditanya Aib ni novel One-off ke kepada penulis, jawapannya "tak kott..."

Akhir kata, baca Aib ni buat aku rasa macam berada dalam Kelas Penulisan Puan Juwita.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews