Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tumit Akilis

Rate this book

326 pages, Paperback

First published January 1, 2003

1 person is currently reading
17 people want to read

About the author

Khalid Jaafar

5 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (17%)
4 stars
15 (51%)
3 stars
8 (27%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ahmad Ibrahim.
36 reviews6 followers
September 23, 2014
"Mereka yang mahu jadi pemmikir sejati harus bersedia bersepi"

Esei-esei Khalid Jaafar ditulis pada waktu Reformasi, awal 2000, tetapi isu-isu yang diungkit banyaknya sama saja dengan masalah politik sekarang- hudud, nepotisme, rasuah, perpecahan dalam parti, hak asasi. Bezanya cuma zaman reformasi begitu ramai yang obses dengan Anwar, sekarang ramai yang menyampah pula dengan sosok politikus itu.Kalau dulu ISA, sekarang Akta Hasutan pula.

Isu yang sama berulang-ulang, mungkin tanda PR masih cekal memperjuangkan prinsip yang sama, atau tak tau selesaikan masalah.

Pak Khalid menulis tentang idea, walaupun katanya zaman ideologi sudah berakhir. Tulisannya masih segar dan berbeza dengan pengkritik politik lain, walaupun sudah lebih sedekad berlalu~
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
Read
September 10, 2014
Saya membaca tulisan-tulisan Khalid Jaafar ini, dan Patah Balek Fathi Aris Omar untuk mengubat amnesia saya pada era reformasi.

Berbanding Fathi yang memilih nada pesimis, Pak Khalid lebih sederhana kepada PAS, DAP dan Keadilan (sebelum bergabung dengan PRM menjadi PKR). Mungkin kerana tulisan ini asalnya untuk kolum Amati-Amati di Berita Keadilan. Termasuklah apabila beliau menulis mengenai polemik dan pertembungan PAS-DAP.

Kata Pak Samad Said, penyair itu selalu gundah. Begitu juga bagi sang pengarang. Kegundahan itu pula sering kali bertembung dengan pendapat ramai, termasuk orang parti sendiri.
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
December 24, 2018
Aku harus katakan di sini, aku bukanlah penggemar idea-idea yang dianut ramai kalangan urban-kelas menengah- atau Islamis yang mahu dilihat progresif seperti Liberalisme.

Tetapi sungguhpun begitu, karya ini mengasyikkan. Aku rasa Pak Khalid menulisnya dengan baik sekali, sampai aku TERPAKSA memberikan 4 bintang, walaupun aku berada di haluan berbeza dengan beliau dan puak-puaknya. Banyak esei yang ditulisnya dengan cemerlang dan penuh pengetahuan juga disulami bahasa yang lembut, teratur lagi sinis, ini membuatkan karya ini perlu dibaca untuk memahami situasi politik di Malaysia.

Pak Khalid memanglah seorang yang anti pada Kiri, Sosialisme dan yang sewaktu dengannya. Nama Karl Marx hampir tak tersebut di kompilasi esei ini, melainkan satu kali. Nama Karl Marx dan Hisyamudin Rais mempunyai bilangan sebutan yang sama, lebih teruk dari Kassim Ahmad yang ada satu esei khusus untuk membedal pemikir kontroversial tersebut.

Esei-esei di dalam buku ini adalah esei-esei lama. Tetapi tetap segar dibaca. Aku pernah membaca buku yang senada dengan buku ini, iaitu buku terbitan ZI Publication tulisan pensyarah rambut panjang di UM. Esei-eseinya tidak begitu kuat dan meninggalkan kesan seperti tulisan-tulisan di dalam buku ini yang aku nikmati dengan baik.

Aku fikir esei-esei ini penting untuk dibaca, dan diulangbaca, baik apa aliran pun, kerana esei-esei ini selain merakam zaman, cuba menerbitkan wawasan beliau tentang apa yang beliau harapkan. Dan aku fikir Pak Khalid pun sekarang mungkin dah tak sempat menulis lagi (buku baru) kerana sibuk dengan politik praktik (walaupun nampaknya itu semacam bukan keahliannya) membuatkan buku ini akan jadi magnum opusnya yang penting.

Mungkin juga fokus beliau dan anak-anak buahnya sekarang pada IBDE - antara wawasan dalam Tumit.
Profile Image for alissa.
73 reviews2 followers
May 30, 2020
Sebenarnya saya membeli buku ini secara membuta tuli sedekad yang lalu, dari National Library Book Sale di Singapura. Buku-buku yang dijual merupakan stok lama Perpustakaan Kebangsaan Singapura, di mana harganya tidak melebihi $2 sebuah. Berpusu-pusulah para pembeli sehingga ada yang menarik bagasi bagi mengangkut harta karun mereka dari dewan itu.

Setelah sekian lamanya saya baru mula membaca buku ini - alangkah hairannya menyedari sebenarnya buku ini merupakan nukilan karangan seorang pemikir politik. Karangan-karangan ini merangkap pemerhatian dan pemikiran Khalid Jaafar mengenai politik nasional dan antarabangsa dari zaman awal Parti Keadilan Rakyat sehingga peletakkan jawatan Tun M sekitar 2002.

Koleksi ini merupakan sumber yang menarik bagi pembaca yang ingin menyelami secara langsung keadaan politik di ambang alaf ke-21 dari sudut pandangan pergerakan Reformasi di Malaysia. Walaupun mempunyai bias sendiri (pernahkah terjumpa tulisan berunsur politik yang neutral?), namun esei-esei ini juga mempunyai kritikan, renungan dan pencerahan terhadap pertembungan politik, keagamaan, dan nasionalisme yang menyebabkan kami sebagai pembaca berhenti sejenak dan mempertimbangkan isu-isu tersebut. Tulisan Khalid Jaafar juga kaya dengan ulasan yang dipetik dari sumber-sumber pelbagai, dari penulis zaman Yunani kuno, ke ahli falsafah Pencerahan di Eropah, sejarah Ottoman dan Arab, ahli falsafah dan ulama Islam, dan sebagainya.

Bacaan yang menarik bagi pemerhati politik di Malaysia.
Profile Image for W Zaid.
11 reviews1 follower
February 20, 2019
"Apabila rejim sekarang tumbang, standard akan berubah. Rakyat akan menuntut kebersihan yg luar biasa. Segalanya harus telus. Yang memegang amanah harus menjaga dirinya dari disyaki. Demonstrasi bila-bila masa boleh meletus. Demonstrasi ketika itu semuanya halal. Tidak Ada polis yang memukul para demonstrasi. Oleh itu, yang paling pengecut hari ini akan ada di barisan hadapan."-khalid jaafar-

Takkan kita lupa laungan "Reformasi"!!
#Rebel!!!!
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.