Untuk buku kedua ni kesinambungan untuk buku JBKN yang meliputi 3 siri seruan pertama, seruan kedua dan seruan terakhir.
𝚜𝚎𝚛𝚞𝚊𝚗 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 (ke-4)🪄 - Kisah Dr Dayang cuba mencari jalan penyelesaian kepada 70 lebih pesakit yang turut dibantu, Syam, dan Awang menyiasat tentang bunyi itu. Turut terlibat ialah Han, si genius teknologi. Dalam masa yang sama, misteri tentang Magdalene. Siapa sebenarnya dia? Dari mana asal-usulnya? Kemboja muncul semula di penghujung cerita. Kali ini, dia menerima satu lagi penglihatan. Apakah ramalan itu? Semuanya saling berkaitan dengan siasatan Dayang?
𝚜𝚎𝚛𝚞𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚍𝚞𝚊 (ke-5)🪄 Dalam buku ke-3 yg akhir cerita ada watak Munir terbakar kan?? Yes dalam ni ada kesinambungannya why Munir terbakar. Untuk buku kali ni setiap bab menggunakan sistem hari. Mengikut 20 hari sebelum ramalan Kemboja terjadi. Dalam ni banyak watak-watak dari buku sebelum ni ada menambah misteri+ also scene gore + kejam ngeri dia sangat details ye seriauu baca 💀 *7- bukan sekadar nombor tapi no bencana, no berhantu, no simbol kegelapan?*
ꜱᴇʀᴜᴀɴ ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀ (ke-6) 🪄 Buku kalini kisah 50 tahun akan datang sekitar tahun 2016- 2066. Di mana Adib, Fahim, dan Imam sudah dewasa dan berkepimpinan dalam negara. Ada 2 haluan iaitu haluan kelabu dan haluan putih yang berbeza ideologi. Haluan Putih berpegang kepada menghukum orang salah di mata mereka yang berdosa di muka bumi ini tetapi malah menggunakan peramal untuk membuat sebuah keputusan besar. Sebaliknya dengan Haluan Kelabu yang memberi peluang kepada orang lain untuk bertaubat selagi matahari belum terbit dari barat.
Just finish after 2 minggu baca sebab takde masa tapi hidup tak tenang nak tahu jugak apa jadi kat Munir ✋🏻Walaupun rasa kena tipu dengan pengakhiran cerita ni, jalan ceritanya tetap gempakkkk! Bukan semua penulis mampu hasilkan jalan cerita yang unik dan diluar kotak macam ni 🤯.
Kadang-kadang kena berhenti sekejap sebab nak hadam kenapa jadi macam tu. Sumpah semua feeling ada marah, gembira, sedih geram, takot, menggelikan🤮 Plot twist dia mantap ! tersangat gilaa! diluar kotak semua lah!! banyak kali kena tipu tapi saya suka !! 😩
Watak dalam siri ni banyak ye tapi semua berkait jadi orang seperti saya yg selalu lupa ini akan list semua "𝘯𝘪 𝘸𝘢𝘵𝘢𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘢, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘪𝘢 HAHAHAH"
Dalam siri ke-6 ni just tak leh imagine how penulis boleh bayangkan 50 tahun lagi akan jadi? Dengan takde langsungnya teknologi sampai telefon dan kamera pun Fitriyah tak kenal. Betapa musnahnya alam ini dengan kerakusan manusia. Menariknya penulis pandai kait kan dengan peringatan keadaan hari kiamat kelak dan seksaan-Nya yang akan diberikan kepada hambanya yang sesat.
From thriller + horror story to menginsafkan mengingatkan hari kiamat, membuatkan saya muhasabah diri sendiri:)
5/5🌟
This entire review has been hidden because of spoilers.
JANGAN BACA KOMBO NI 2 oleh Ismi Fa Ismail dari Buku Fixi
"Kadangkala manusia terlalu angkuh... menganggap bahawa dunia ini milik kita sahaja. Dunia ini bukan milik kita sahaja, Imam." - Kemboja
Jangan Baca Kombo Ni 2 (JBKN2) consists of tiga buku yang asalnya diterbitkan oleh IFI Enterprise, Seruan Pertama, Seruan Kedua & Seruan Ketiga
Seruan Pertama, cerita tentang 77 orang yang mendengar muzik dalam kepala mereka. Weird, yet beautiful. Seruan Kedua, cerita tentang 20 hari menuju hari akhir. Suffocating, yet oddly satisfying. dan Seruan Terakhir, cerita tentang bagaimana manusia menghadapi Kiamat. Disturbing, so disturbing it's refreshing.
JBKN2 ni bawak aku dalam roller coaster emosi yang berpusing-pusing. Berapa kali aku berhenti, bukan sebab aku ada urusan, tapi sebab aku kena hadam isi cerita yang Ismi Fa Ismail nak sampaikan. Kau bayang kan laa dia bagi kau happy, dia rodok jantung kau. Dia bagi kau suka, dia potong kepala kau. Dia bagi kau seronok, lepas tu dia seksa kau.
Kalau kombo yang awal, dia bawak kau kenal Adib, Munir, Suraya, kombo kali ni IFI bawak kau jumpa Kemboja (still my fav character), Dayang, Nurjannah dan tak pernah sekali lupa untuk hancurkan hati kau.
Tapi aku bagi amaran jugak, aku sungguh cakap buku ni disturbing, especially pada Seruan Ketiga. Mungkin juga di tahap yang ramai yang tak boleh terima. Tapi baca sampai habis, kau akan faham.
Gore? Sad? Pain? Bacalah, Jangan Baca Kombo Ni 2.
bagi aku bernafas kejap before aku start novel yang baru, boleh?
Best jugak mcm first, cuma yelah tergantung lagi hehe, tpi best sbb banyak mcm kisah yang ada disebut dalam Al-Quran pun tntg kiamat apa, cumanya kombo 2 ni tak seseram kombo 1, kombo 2 ni mostly time-travel sikt, plot-wist jugak and mostly penceritaan yang bukan berkisar hantu2 sangat, so okayla ada kelainan sikit. hantu je bosan jugak, cuma ada kesinambungan yang kuat dgn kombo 1, cuma takdelah menjawab sangat persoalan di kombo first, cuma banyak addition stories that relates to the same characters in kombo 1. Overall best, still puas hati spent my time reading the thick book.
Another 3 books compile as 1.. Macam buku yg 1st jugak.. Cuma kali ni, tak seram sangat.. Lebih kepada misteri n thriller la.. Kalau dulu aku seram ngn watak Pohon, tp da buku kedua ni aku rasa Pohon ni cm ok-ok je..