Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awak Pengantin Saya!

Rate this book
Manja, sengal, tidak tahu membuat kerja rumah dan suka menyuruh orang mendenda diri sendiri, itulah Nurul. Jangankan hendak buat kerja, makan pun kadang-kadang masih bersuap!

Bagi mengelak dikecewakan oleh Fadzley, Nurul telah telah dipaksa bernikah dengan Fandi yang digelarnya ‘Keropok masuk angin'. Penampilan Fandi memang selebet, tetapi ada sesuatu yang menarik cuba disembunyikan.

Bila Nurul cuba membuat kerja, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Gosok baju, baju boleh terbakar. Bila memasak, terpercik minyak. Bahkan menjerang air pun sampai penuh satu cerek.

Nurul yang malas bangun pagi begitu menguji kesabaran Fandi. Namun, dia terpaksa hadapi kerana berpegang pada amanah.

Paperback

First published January 1, 2014

6 people are currently reading
55 people want to read

About the author

Ainul Hazrah

5 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (37%)
4 stars
7 (18%)
3 stars
9 (24%)
2 stars
3 (8%)
1 star
4 (10%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
January 29, 2020
[12-2020]

#AwakPengantinSaya #AinulHazrah

Teruk betul tahap tak boleh buat kerja rumah si Nurul. Tapi saat perkahwinannya bersama Fandi bermula, penulis perlahan-lahan berjaya membina sebuah jalan cerita yang menarik. Santai sahaja. Tidak terlalu berat dengan emosi. Lebih kepada bagaimana Fandi mendidik Nurul menjadi seorang isteri yang lebih sempurna.

Novel ini berjaya melakarkan maksud kasih sayang dan kekeluargaan dengan baik menerusi watak-watak yang ada di sekitar Fandi dan Nurul. Awak Pengantin Saya, sebuah novel cinta yang bagus daripada penulis. Tahniah buat Ainul Hazrah!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,528 reviews1 follower
August 25, 2017
Novel cinta yang menarik.. Walaupun kahwin dalam keadaan tak cinta tapi hubungan itu terbina dengan cantik.. Belajar menyesuaikan diri dan menerima antara satu sama lain.. Konflik yang dibina juga disusun cantik.. Tidak keterlaluan dan melengkapi perjalanan cerita.. Cerita sweet tapi berpengajaran.. #awakpengantinsaya #ainulhazrah #cinta #kekeluargaan #lovenovel #novelcinta #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for SS.
527 reviews6 followers
August 9, 2022
Buku ni unexpected reading untuk bulan ni. Padahal saja-saja nak baca bab 1 saja. Tiba-tiba laju selak page. Haha.

Saya yakin mesti ada yang akan menyampah dengan watak heroin dalam ni (Nurul Qamar). Seorang gadis yang zero knowledge mengenai cara pengurusan, terlalu manja, makan perlu bersuap dan dikopekkan/diasingkan lauk & kuat merajuk dan seangkatan dengannya. Jadi, begitu sukar untuk dipercayai yang abang Nurul (Nuqman) sanggup mengahwinkan adiknya hanya semata-mata risaukan adiknya akan diapa-apakan oleh bf Nurul. Malahan, dia sanggup memperjudikan hidup kawannya Fandi. Mujur Fandi yang nerd tu terima Nurul dengan seikhlas hatinya.

Secara peribadi, saya suka jalan cerita buku ini apabila Fandi & Nurul sudah sah bergelar suami isteri. Fandi bawa Nurul jauh dari kehidupan bandar yang serba moden. Entah ceruk bukit mana dibawa isterinya itu. Mungkin untuk mengajar Nurul untuk hidup secara bersederhana. Dengan sebuah rumah kecil yang dikelilingi dengan tanaman Fandi dan sebuah hutan yang menempatkan orang asli. Mereka mulakan hidup baru. Mengejutkan sebab Nurul yang ketika itu redha dengan kejadian menimpannya terus menurut kata. Nurul yang lantang pada awal cerita hilang sedikit demi sedikit.

Malahan, Nurul sedar dia yang banyak kekurangan itu perlu berubah. Suka dengan effort Nurul untuk ubah apa yang sepatutnya kerana bukan senang. Dari kecil juga dia sudah dimanjakan. Untuk hidup dengan seseorang yang tidak dicintainya dan perlu lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaiknya memang perlu dipuji.

Cuma adakalanya memang benar. Perangai Nurul menjengkelkan dan menguji kesabaran. Bila difikirkan hal sekecil kecil seperti asas rumahtangga juga dia tidak boleh buat memang ternyata la yang dia dimanjakan 100% oleh abangnya. Nasib baik dapat suami yang nak berikan tunjuk ajar, prihatin, tidak berkira, supportive dan tidak banyak bunyi.

Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
July 14, 2015
Kenapa 1 bintang?
Sebab:
1. Menyampah & meluat dengan gaya manja satu-apa-pun-tak-reti-nak-buat. Melampau betul! Ehhh ada ka wujud manusia macam ni?

2. Baca bab2 awal memang rasa nak hempuk novel kat meja. Bosan yang amat cerita ni. Terlalu childish aku rasa.

3. Ohhh myyy..ingatkan Nurul je yang over manja rupanya si abang Nuqman pun makan bersuap dengan Mak Kay? Apakah? Enough.

4. Manja, cemburu & merajuk like 24 hours!! Boleh stress aku baca novel macam gini...

Apa2 pun..ni pendapat aku..tak sama ngan orang lain. Lain org lain selera kan?

Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews5 followers
May 9, 2015
novel ni mengisahkan perjalanan hidup Fandi dan Nurul dalam alam perkahwinan.. bagaimana sabarnya Fandi menghadapi karenah Nurul yang manja dan tidak pandai berdikari. sampai nak makan pun kena ada org tolong buangkan tulang ikan atau kulit udang.. sampai aku naik menyampah pulak dengan kemanjaan melampau si Nurul ni. overall cerita ni boleh lah tahan..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.