Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bara Sang Pengarang

Rate this book
Apabila terlalu cuak, marah atau dikuasai emosi kuat, Bayu Biruni akan terbakar. Disebabkan itu, dia mengasingkan diri daripada masyarakat dan memilih menjadi novelis yang suam-suam kuku.

Namun, segalanya berubah apabila penulis legenda, S. Rajawali, meninggalkan wasiat yang menggegarkan industri penerbitan. Bayu diamanahkan untuk menyambung siri ceritanya.

Dalam wasiat itu juga dinyatakan, mana-mana penerbit yang berjaya menandatangani kontrak bersama Bayu, akan mendapat semua hak cipta karya Rajawali, khazanah penerbitan yang sentiasa menjadi rebutan.

Lalu Bayu diburu oleh sekalian penerbit di Malaysia. Waja, anak Rajawali sendiri tidak berpuas hati. Kewujudan sekumpulan insan misteri pula menimbulkan tanda tanya.

Hidup Bayu yang dulu tenang, kini haru-biru.

Perlukah bara legasi ini dinyalakan?

Paperback

First published April 30, 2025

2 people are currently reading
46 people want to read

About the author

Osman Deen

13 books108 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (41%)
4 stars
17 (39%)
3 stars
7 (16%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
July 12, 2025
Bayu seorang pengarang yang boleh terbakar andai ada ledakan emosi pada dirinya. Disebabkan itu dia lebih suka menyediri. Namun hidupnya menjadi huru hara apabila dinyatakan menjadi pewaris kepada seorang penulis lagenda.

SH rasa kalau SH jadi Bayu pun mesti penat jiwa dan raga. Dalam masa 2 hari pelbagai perkara dialaminya. Jalan cerita memang laju. Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran semasa pembacaan. Dan SH seronok semuanya terjawab seiring dengan jalan cerita.

Masih tidak boleh diterima akal semata-mata ingin menjimatkan kos mereka sanggup menggunakan buruh kanak-kanak. Malahan kanak-kanak ini dibawa jauh daripada keluarga. Malah membesar tanpa sebarang identiti diri. Kasihan dan sedih sebenarnya dengan nasib mereka ini.

Tempua ni memang dahsyat ye. Pelbagai perkara mereka lakukan asalkan penulis yang diingini bernaung di bawah mereka. Orang yang hidupnya bertuhankan kekayaan beginilah sikap mereka. Tak kisah langsung untuk menganiaya orang lain.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
July 28, 2025
Kali ni Osman menulis style scriptwriting dan kurang menyentuh sikit internal struggle watak. Atau, mungkin tak ramai boleh relate dgn internal struggle dalam buku ni. Tapi yang suka plot akan suka buku ni.
Profile Image for Hamidah Effendi.
349 reviews3 followers
May 16, 2025
Ulasan Buku: Bara Sang Pengarang oleh Osman Deen

"Apa yang rentung akan terbakar kembali..."

Buku ini mengisahkan kehidupan seorang penulis yang tiba-tiba menjadi huru-hara selepas satu surat wasiat dibacakan. Hidupnya berubah drastik — dikejar, diugut, diheret, dikhianati — dan akhirnya terpaksa membuat pilihan demi kelangsungan nyawanya sendiri.

Menariknya, hampir semua watak utama dalam buku ini menyimpan rahsia masing-masing... kecuali Majid. Majid adalah satu-satunya watak yang menjadi penghibur ketika semua orang lain berada dalam keadaan tegang dan tertekan. Memang ‘penyeri’ cerita!

Penilaian peribadi:
Plot twist: 80%
Misteri: 80%

Part paling puas hati? Sudah tentu masa Hakim tampar muka Waja! Geram betul dengan watak Waja — macam tak siuman. Orang dah jujur pun dia tak boleh terima. Akibatnya, ada watak lain yang teraniaya. Tapi... kenapa lah watak dia ‘dimatikan’ begitu saja? Rasa tak puas hati betul — gerammmm sangat! Rasa nak pang dia berkali-kali.

Watak paling menghiburkan? Sudah tentu Majid! Dalam segala usaha melarikan diri dan kekal hidup, Majid tetap menceriakan suasana dengan loghat Penangnya yang bersahaja.

Plot banyak ‘berlari’ — terima kasih kepada watak En. Mizi yang berjaya meluahkan apa yang kita sebagai pembaca pun rasa: penat! Tapi percayalah, scene dalam buku ini tak boleh skip. Kalau tak, memang tak akan faham jalan cerita. Semua flashback ada peranan penting, terutama untuk faham siapa sebenarnya Kahanga.

Saya suka elemen pengembaraan dan aksi, terutama sesi ‘berperang’ di Penang dan dalam hutan. Tapi satu kekurangan ketara — kurang sangat babak Bayu gunakan kuasanya. Kecewa sikit di situ.

Apa pun, jalan cerita memang menarik dan penuh kejutan. Tak sangka langsung jawapan kepada semua kekeliruan hanya akan terungkai bila dah sampai lebih kurang 70% bacaan. Memang buat saya paksa diri untuk terus baca — nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Kesimpulan:
Saya sangat sarankan korang baca buku ini. Serius tak rugi!
23 reviews1 follower
June 5, 2025
Percaya atau tidak, sebanyak 340 halaman novel ini sebenarnya menceritakan apa yang berlaku dalam masa dua hari sahaja. Kehidupan watak utama, Bayu Biruni berubah sekelip mata selepas pengumuman wasiat penulis tersohor S. Rajawali. Sepanjang dua hari Bayu telah menjadi orang buruan, dan sepanjang tempoh itu semakin banyak persolan misteri yang timbul terutamanya mengenai motif Rajawali untuk melibatkan Bayu dalam kegilaan ini.

Novel ini pada awalnya seperti perlahan sahaja plotnya, tetapi sebaik masuk ke halaman 25, 'pace' cerita semakin rancak sehingga rasa sukar hendak berhenti membaca. Ada suspens dan aksi, dan ada misteri dan persoalan yang membuat pembaca rasa mahu terus menyelak helaian novel sehingga habis demi bertemu jawapannya.

Walaupun ada peleraian konflik di hujung cerita, namun sebenarnya novel ini mempunyai pengakhiran yang bersifat open-ended. Ringkasnya, pengakhiran episod ini adalah permulaan kepada sesuatu yang baru. Keadilan belumlah berjaya ditegakkan secara mutlak, tetapi watak penjahat sudah pun didedahkan.

Sebenarnya isu yang dibincangkan dalam novel ini agak berat, seperti isu pemerdagangan manusia (perhambaan moden) dan undocumented children. Tetapi gaya penceritaannya berselang-seli antara serius dan kelakar. Adegan suspens diselang-seli dengan babak yang lebih tenang. Kewujudan watak sampingan seperti Majid serta adegan² comic relief juga membantu pembaca agar tidak rasa terlalu 'depressed' dengan kisah yg disampaikan.

Recommended untuk pembaca yang berminat dengan kisah² 'whodunit' ✅️✅️✅️

p/s: Watak jahat (dirahsiakan identiti kerana tak mahu spoiler) nampaknya seperti ada seorang lagi teman subahat tetapi identitinya tidak didedahkan dalam novel. Tetapi 'clue' mungkin telah pun diberikan penulis dalam satu dialog watak itu dalam babak terakhir yang melibatkan dirinya. I was like, "watak ni nampak je macam baik tapi macam sesuatu". Mungkinkah... 🤔

p/s 2: Cameo yang muncul dalam novel Bara Sang Pengarang datangnya daripada novel Takhta Mayaloka oleh Eiffelynne (kemunculan cameo adalah tradisi dalam novel² K-Lit).
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
June 15, 2025
Kalau Jiwa Penuh Warna Duka Osman persembahkan kita tentang emosi manusia punya warna, Bara Sang Pengarang ni, kita dibentang tentang manusia unik yang mampu mengeluarkan api sekiranya jiwa watak itu tidak tenang.

Kisah berkenaan Bayu Biruni (nama ni random tau, tp comel hahaha) yang dilahirkan dengan kuasa api. Macam Zuko dalam cerita Avatar the Legend of Aang, tp ni lagi power sebab kalau dia marah, panik, tak selesa, api tu boleh keluar dr semua sisi badan Bayu tanpa cederakan dia. Cuma yelah, baju dia pulak terbakar. Kelakar rasa.

Kalau dah baca buku Si Osman ni, memang ayat-ayat dia indah belaka. Seronok baca. Cumanya saya ada rasa irk bila merah padma tu digunakan berulang kali bila nk menyatakan orang tu tengah marah. mungkin boleh sesekali tukar kepada merah padam? oh well, penulis lagi hebat dari saya yg kerdil ini. 😅

Dan jalan cerita buku ni tak panjang mana pun. saya rasa plot current time yang ditulis, mungkin hanya 7 hari. Bayu bangun tidur nk tulis buku, Rajawali meninggal dunia, wasiat Rajawali dibacakan, adegan kejar mengejar di Utara tanah air selama 2 hari, Bayu kena culik dengan Kahanga, Abu Jamal kena tangkap, Bayu semangat nk habiskan cerita Rajawali. Sekejap betul ceritanya. Tau2 dah mukasurat akhir 🤣

Setiap buku yang Osman tulis, pasti ada tema yang beliau cuba ketengahkan. Kalau buku Jiwa Warna Penuh Duka tentang kepengarahan & teater, buku ini tentang penulis dan penerbit.
Kadang2 sebagai pembaca ni, kita bukan tau pun gosip & isu-isu berbangkit dalam dunia penulisan dan penerbitan. Yang kita tau cuma merungut beli buku mahal & jalan cerita yang cliche. saya lah tu. hahaha 😅

Terima kasih Encik Osman kerana sudi berkongsi cerita dengan kami. Saya teringin sungguh nak baca buku-buku yang encik kongsikan tajuknya dalam buku ni. agak2 ada ke? hahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Snnaqiah.
19 reviews1 follower
June 3, 2025
Dalam banyak-banyak buku yang saya dapatkan dari PBAKL 2025, BSP yang pertamaaaa saya nak baca! Saya suka buku Osman Deen yang bertajuk Laga Pujangga - fantasi, futuristik dan pantun. Tapi BSP ni, saya tak tahu apa genre dia. Macam slice of life tapi Bayu ada kuasa terbakar-terbakar? Haha..layan!

Buku ni sangat fast pace, sejenis buku tak boleh nak letak bila dah mula baca. Timeline perjalanan dari Kedah nak ke KL je pun, macam-macam hal jadi. Karang kalau letak bukunya, tak sampai-sampai pula mereka tu di KL, ya dak? 🤣

Can we skip to good part? Yeah! Perkembangan watak yang best! Semua orang diberi peranan yang penting dan seimbang. Bukan tentang Bayu seorang. Plot twist cun, smooth dan terkejut..mai rasa sedih pun ada bila sampai part anak-anak hutan. Mulanya ingat mereka ni makhluk ghaib wak. Alahaiii

Cameo dia...hmm..sedih. Kenapa sedih, bacalah Takhta Mayaloka. **I literally crying masa baca Takhta Mayaloka tang situ. huhu

Back to BSP - overall, saya enjoy membaca karya ini! Saya tak ingat cerita secara terperinci tapi saya ingat apa saya rasa saat tutup buku usai membaca, puas.
Profile Image for nikillas.
36 reviews4 followers
June 4, 2025
Pertamanya, aku suka dengan nama-nama dalam cerita ni, Bayu Biruni, Syamsul Rejab, Abu Jamal, Rajawali, Embun, Waja. Majid. ooooh i love Majid! Hahaha..!!

Keduanya, smooth je baca buku ni. Dalam masa sehari je boleh habis. Jalan cerita dia pun tak ada berbelit-belit sangat. Aku suka bila dia tiba-tiba dia drop the bomb yang buat kan aku ternganga dengan jerit "OMG! Patutlah!!!". Tapi banyak betul aksi kejar mengejar dalam cerita ni. Please, buckle your seatbelt.

Scene yang di mana Bayu mengingat kembali kisah kebakaran yang berlaku di kampung dia tu pun, agak sedih ya.

Isu yang dipaparkan dalam cerita ni agak berat juga. Tak boleh nak cerita isu apa nanti SPOILER. Perebutan kuasa. Gaslighting. Setiakawan.

CAMEO.

The cameo really hurts lah. Yang tahu tentang cameo ni akan tahu bertapa kau mahu dia ada kembali tapi tak sangka dia muncul macam ni. Masa memula dia hint pasal cameo tu, aku ingatkan orang lain akan muncul, tapi dia. Dia yang muncul. T__T

Kurang satu STAR sebab aku tak puas hati dengan ending WAJA tu. Kenapa macam tu je? Why? Why? Why?
Profile Image for Edziani Nabila.
57 reviews10 followers
May 24, 2025
Bara Sang Pengarang merupakan karya kedua Osman Deen yang saya baca.
Saya tertarik dengan mesej yang diketengahkan oleh penulis, lelaki juga punya emosi dan tangisan yang terpendam.

Kisah tentang Bayu Biruni, seorang penulis di rumah penerbitan kecil yang pada awalnya hidup tenang-tenang di Pulau Pinang.
Kematian S. Rajawali menyebabkan hidup Bayu menjadi mangsa buruan wakil-wakil rumah penerbitan.
Apa kaitan Bayu dan Rajawali? Kisah disebaliknya menimbulkan emosi sedih dan mengimbau kembali kenangan pahit buat Bayu yang berlaku 20 tahun lalu.
Bayu ni juga ada satu keanehan - bila dia suppress emosi, badan dia akan mengeluarkan api.

Watak Bayu ni ada persamaan seperti karakter fiksyen Human Torch dalam Fantastic Four. Nak buat air pun boleh panaskan guna tapak tangan, nak bakar sampah petik je jari api pun keluar.

Overall, jalan cerita memang menarik dan fast pace. Cuma macam kurang sedikit ayat-ayat yang boleh di quotes eheh.
Profile Image for dalillah.
29 reviews
July 19, 2025
Bayu Biruni, seorang penulis yang akan terbakar tubuhnya jika emosinya sarat dengan perasaan marah, gemuruh dan cemas. Siapa sangka wasiat yang ditinggalkan oleh S.Rajawali, seorang penulis terkenal, menjadi titik tolak kepada pembongkaran siapa dalang sebenar di sebalik kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Permatang Kuang.

Watak yang unik dan jalan cerita yang menarik. Penuh dengan aksi kejar-mengejar antara Bayu Biruni dan penerbit-penerbit yang cuba mendapatkannya. Tapi saya tak puas baca, sebab wasiat asal yang ditinggalkan tu macam tergantung, tertanya-tanya bila Bayu akan tunaikan wasiat tersebut.

Untuk bacaan santai, novel ni sesuai dibaca sebab konflik yang ada pun ringan saja. Jalan cerita yang agak fast-paced dan tak banyak teka teki bagi saya.
Profile Image for _nadiasw303.
57 reviews1 follower
June 30, 2025
📚 Ini kali pertama saya baca karya penulis ni. Dari tajuknya, saya bayangkan kisah berapi yang penuh kuasa luar biasa, konflik besar dan pertarungan antara pena dan bara. Tapi rupa-rupanya, kisah ini bergerak perlahan… tenang… tapi tetap membakar dari dalam🔥

📚 Hidup Bayu Biruni berubah tiba-tiba bila namanya diumumkan dalam wasiat penulis legenda, Rajawali. Dalam masa dua hari, dia jadi buruan, malah dihimpit persoalan yang tak putus-putus. Lagi dia cuba lari, lagi banyak masalah datang. Kadang penat, tapi itulah realitinya.

📚 Dalam masa yang sama, kita ikut pengembaraan Hakim, Embun dan Majid. Awalnya nampak macam misi biasa, tapi lama-lama terbuka satu sejarah besar. Kemunculan Kahanga, Puling dan anak-anak hutan tambah misteri... lebih-lebih lagi bila hubungan Hakim dan Waja mula terbongkar.

📚 Gaya penceritaannya tenang, tapi tetap ada suspen. Plot perlahan di awalnya, tapi makin lama makin rancak. Watak-watak dikembangkan dengan baik sampai isu berat pun tak terasa terlalu menghimpit.

📚 Saya sendiri harap kuasa Bayu dapat ditonjolkan lebih lagi, seperti cara dia kawal dan guna kuasa tu. Tapi mungkin itulah beza cerita ni; tak semua bara kena marak, kadang nyala perlahan pun dah cukup.

📌Bagi saya, terdapat beberapa tema penting yang diketengahkan dalam buku ini:

1)𝐌𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫. Semakin Bayu lari, semakin banyak masalah datang. Akhirnya dia sedar, satu-satunya jalan keluar... adalah dengan berani berdepan; berdepan dengan kebenaran, dengan orang sekeliling, dan paling penting, dengan dirinya sendiri.

2)𝐊𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐨𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫, walau disembunyikan dengan apa jua cara. Tema ini terserlah dalam pembongkaran tragedi kebakaran kampung lama Bayu dan misteri anak hutan.

3)𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 tidak akan mampu bertahan lama atau berkembang secara beretika. Geram sangat dengan syarikat penerbitan Tempua yang gunakan kekerasan untuk pastikan penulis bernaung di bawah nya.

✨ Kalau suka/cari cerita yang ada kuasa misteri, warisan tersembunyi, konflik silam, dan watak yang tengah belajar faham diri sendiri... buku ni sesuai untuk korang😉

3.8/5⭐️
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
June 6, 2025
Ini karya Osman Deen kedua yang aku baca. Sungguh karya sentuhannya ada magis yang meresap ke jiwa.

Kisah Bayu Biruni yang mudah 'terbakar', menjadi haru-biru setelah wasiat Rajawali diumumkan. Tanpa pertalian, Bayu jadi hairan kenapa dia dijadikan waris untuk menyambung legasi karya agung Rajawali.
Natijahnya, dia menjadi rebutan pihak penerbit buku di seluruh negara, membuatkan dirinya jadi seperti pelarian kerana dikejar banyak pihak.

Ternyata wasiat Rajawali itu menjuruskan Bayu ke kehidupan lampaunya yang sudah lama dilupakan. Ia satu tuntutan yang membawa keadilan kepada ramai jiwa manusia yang tidak disedari kewujudannya.
Profile Image for zzuzzu.
5 reviews
August 28, 2025
Plot cerita menarik tetapi ada banyak loophole pada jalan cerita. Contohnya, apa sebab Rajawali pilih Bayu untuk teruskan legasi penulisan?

Atas sebab kasihan atau sebab Bayu juga seorang penulis? Which pada aku reckless choice yang Rajawali buat sebab Bayu bukanlah watak yang dikenalkan sebagai seorang penulis yang bagus atau ada bakat dalam dunia penulisan macam Rajawali.

Terlalu banyak scene kejar-mengejar yang nampak sangat repetitve dan pada akhirnya impak pada Bayu yang mudah terbakar pun tidak terlalu besar.

Tapi overall, cerita yang sangat menarik dan mudah untuk di baca.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hani~.
140 reviews1 follower
May 20, 2025
Tak tau nak mula dari mana. Mixed feelings.
Will share my thoughts later, insyaAllah.

Kalau anda sedang pertimbangkan sama ada nak baca buku ini atau tidak, saranan saya give it a try. Anda mungkin suka. Jalan cerita laju, penulisan smooth. Saya habis baca dalam 1 hari.

Dari sudut lain, haa yang itu kita cerita kemudianlah ya. Mungkin akan tulis panjang di my bookstagram.

Tahniah Osman Deen atas karya terbaru ni 🎉
Profile Image for Syu.
40 reviews
July 2, 2025
Bara Sang Pengarang - @osmndeen ✅

4/5 ⭐️

"Minta kita semua guna akal budi bila berbicara. Jangan terlalu senang membiarkan kata-kata melayang dari mulut."

Fantasi ringan, drama

Novel ini menceritakan tentang Bayu Biruni, seorang penulis sepenuh masa yang dalam masa dua hari sahaja hidup dia menjadi huru hara kerana wasiat S. Rajawali.

Bayu Biruni, seorang yang luar biasa. Badannya akan mengeluarkan api apabila diri dia beremosi secara berlebih-lebihan.

Pada mulanya saya sangkakan novel ini berkisar tentang dunia buku sahaja. Penerbitan, penulisan dan seumpamanya. Tapi rupa-rupanya ia lebih daripada itu.

| Osman Deen. Masuk terus dalam list wajib beli. Khalas.|

@bukukarangkraf

#MalaysiaMembaca #BookstagramMalaysia
Profile Image for Layli Chee.
74 reviews4 followers
October 23, 2025
Plot cerita menarik, santai suspense (makes sense tak? haha) Suka idea watak yang ada kuasa api macam ni tapi dia lost, keliru dan rasa dirinya lain dengan orang lain. So we know antara main points in this is - What is he living for? For what purpose? That's where the story starts...

It was nice from the start to the end. I just wished it was more, you know? It could've been developed more: plot-wise, ideas, etc... Apapun, enjoy!
Profile Image for Salmiah Awang.
20 reviews
November 17, 2025
novel ni tentang bayu, seorang penulis hebat tapi tak mahu tonjolkan diri di khalayak ramai.

sebab bayu ni ada masalah, bila emosi menguasai diri, badannya akan terbakar.

satu hari tu, ada seorang penulis hebat meninggalkan wasiat untuk bayu menyambung novelnya sampai habis.

kerana itu, bayu diburu dan bayu terpaksa lari untuk menyelamatkan diri. Pelarian ini juga membongkar rahsia hidup bayu. bagaimana kedua orang tua dia meninggal dan sebagainya.

novel best ni tau... selamat membaca
Profile Image for Nad.
375 reviews
June 5, 2025
OD tak pernah mengecewakan dari segi plotline.
Cuma watak Bayu memang begitu ke. Dia punya keunikan dia tu tak dikembangkan lagi ke.
Dan k-lit memang suka masukkan cameo dari novel k-lit yang lain ke.
Profile Image for Kekla.
3 reviews
June 25, 2025
Bara Sang Pengarang karya Osman Deen

"Apa yang rentung, akan terbakar kembali."

Tentang Bayu yang akan mengeluarkan api daripada tubuh badannya apabila dia merasa emosi secara berlebihan. Sedih marah kecewa lebih sikit, mesti tubuhnya akan mengeluarkan api. Tapi yang anehnya, kulit dia tak terbakar sama sekali! Hingga la satu saat, dia merasa bahawa apa yang berlaku itu adalah salah dia hingga meragut nyawa kedua orang tuanya. Tetapi di akhirnya kelak, apa yang tersimpan lama akan terbongkar.

Buku Osman Deen kalini membuat saya sedikit tidak senang duduk! Rasa macam saya kena berlari sekali ni, padahal yang dikejar itu Bayu. Tapi saya yang berdebar teruk ni 😂 macam tengok filem action, tapi ni versi dalam minda. I can imagine setiap scene tu dalam kepala saya. Kena kejar dengan penerbit penerbit lain. Penerbit editor semua tu dah macam samseng dah saya rasa ni 🥲

Habis je baca, saya macam - DIA PUNYA KELAM KELIBUT KE SANA SINI TU DAH MACAM BANYAK HARIi! Padahal baru dua hari berlalu. DUA HARI YA DUA HARII. Saya tak tahu nak kabo macam mana, korang baca la sendiri. Saya rasa korang pun akan rasa suspense tu sekali.

Tapi kewujudan Majid tu memang menghiburkan suasana. Orang tengah suspense, dia buat berseloroh dia je 😂 Ni pun tak habis lagi rasa berdebar kena kejar dan macam macam kejadian yang lain tu. Baru nak tarik nafas lega, tiba tiba kena lari lagi. Moga selepas ending tu Bayu dan rakan rakan tak semput hahaha sebab saya dah rasa semput ni 🤣

Terima kasih kerana menulis cerita ini encik Osman Deen. Saya rasa macam tengok movie action. Tapi boleh rasanya encik Osman Deen buat cerita yang bila manusia rasa emosi sedih, hujan akan turun dan suasana menjadi sejuk. Sebab saya suka cerita yang seperti ini. Saya tunggu karya Encik Osman Deen yang seterusnya!
28 reviews1 follower
September 26, 2025
2.5 /5

aku mengharapkan penulis bercerita lebih banyak tentang kuasa api yang ada pada watak utama. tapi tu lah...'kureng' di situ.
Profile Image for Tia Hamden.
18 reviews
September 20, 2025
Bara Sang Pengarang ; Osman Deen ; 340pages

Hmm, mintak maaf, kisahnya kurang menarik minat aku.. 😣
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
June 22, 2025
Saya memang minat penulisan Osman Deen. Bukunya mudah dibaca dan sesuai untuk orang yang ingin mula membaca atau dalam reading slump.

Cerita tentang Bayu Biruni (I love the name) yang akan terbakar apabila merasakan emosi yang intense. Saya suka yang gift/curse dia ni tiada sebab.
Sebenarnya cerita buku ni terjadi dalam 2 hari je. Tapi banyak benda yang boleh jadi.
Saya suka cara dan humour Bayu dalam mengharungi hidup dia. Saya bayangkan dia dapat berdamai dengan diri selepas tahu hal sebenar.

Tbh, saya rasa cara Bayu untuk ingat balik tu, macam agak tiber, sebab saya tahu sebenarnya dia foreshadowing kepada buku sebelah. Tapi saya nampak ada orang kata tu memang practice buku siri K-Lit(?)

Overall, loved the book. 2 hari dah habis. Btw, apa sebenarnya yang bestie Bayu tu buat eh. haha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.