Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tok Alang #2

Tok Alang 2: Walibumi

Rate this book
Dunia kebatinan, bukanlah dunia yang telus di penglihatan manusia. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat melihat kewujudannya di depan mata. Di antara mereka yang terpilih itu, wujudnya Tok Alang, si tua yang berpengalaman luas dalam hal kebatinan. Dibantu oleh dua sahabatnya, Pak Usop dan Tok Deris, mereka terus membantu mana-mana hamba Allah yang sedang dalam kesulitan, tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dunia.

Datang pula Firdaus yang membawa satu amanah untuk memburu pembunuh yang mengamalkan ilmu sesat, Walibumi. Namun, siapakah Walibumi ini? Mengapa dia menggunakan manusia sebagai korban bagi memuaskan keinginannya? Apakah yang dia akan lakukan selepas kegiatannya terbongkar di alam jin? Adakah Tok Alang mampu membantu Firdaus bagi menyelesaikan masalah berkaitan Walibumi?

Turut terhidang, kisah-kisah pendek yang turut menghiasi warna-warni jilid kedua Tok Alang ini. Setiap cerita, pasti akan memberikan pengajaran agar manusia sentiasa sedar, dunia ghaib ini adakalanya baik dan adakalanya amat menyesatkan. Hanya iman dan takwa sahaja yang boleh memberi panduan agar manusia tidak sesat dan hanyut di dalam kesesatan, tak kiralah dalam sedar, mahupun di luar sedar.

Jadi, dapatkan jawapannya di dalam jilid ini. Kalian bukan sahaja akan menelusuri dunia kebatinan yang luas. Malah, akan turut dibawa menelusuri liku-liku kehidupan sebagai manusia bernama Tok Alang.

Paperback

First published April 1, 2025

2 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Mohd. Faizullizam

8 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (70%)
4 stars
3 (17%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
July 23, 2025
memang best
memang rugi lah kalau tak baca
memang takkan sangka ...

Tok Deris ... haishhhh
lawak memanjang 😂😂😂😂

cepat cari beli buku ni
coming soon keluar Tok Alang 3
😁😁😁😁
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
May 28, 2025
Tok Alang 2 ini lebh tertumpu kepada diri Firdaus yang masih belum mengenali siapa diri dia yang sebenarnya dengan adanya Tok Alang ia sedikit sebanyak dapat membantu Firdaus dalam mengenali siapa diri dia yang sebenar. Walibumi ini telah pun melakukan satu perkara yang telah mendapat perhatian dari Penghulu besar di alam Bunian yang menyebabkan Penghulu Hitam Ahmad serta Penghulu Besar Muhammad dan meminta Firdaus untuk selesaikan masalah ini. Perjalanan Firdaus untuk mengenali dirinya bukanlah mudah tetapi berjaya dengan bantuan Tok Alang dan Nyang Wangi. Siapakah Nyang Wangi? Nak tahu korang kena baca.

Terus terang novel ini sangat best dari segi penulisan, fast paced dan kemas. Walaupun ianya bergenre seram tetapi ia termasuk juga dengan sedikit aksi. Penulisan yang baik bermaksud disini adalah tiada melewah atau situasi-situasi yang tidak sepatutnya dimasukkan, semua situasi-situasi tersebut berkait antara satu sama lain. Contohnya ketika Firdaus ingin membantu Tok Alang dalam menyelesaikan satu kes dan Firdaus telah menunjukkan perubahan yang lebih baik. Disini bagi saya sangatlah baik dimana tidaklah tiba-tiba firdaus menjadi kuat.

Selain dari itu, baca novel ini juga boleh membuatkan diri kita lebih mengenali diri kita. Apabila kita mengenali diri kita maka kita akan mula mencari siapa Tuhan yang Satu. Nasihat-nasihat yang diberikan kepada Tok Alang kepada kawan-kawannya serta Firdaus juga boleh menjentik hati manusia yang membaca novel ini.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
November 6, 2025
Seingat aku dalam TA 1, watak Tok Alang takde lah se 'santai' ni. Mungkin dengan adanya Tok Deris di sisi menjadikan beliau turut masuk air tanpa rela, sekaligus mengurangkan tahap keseriusan. Memang naskhah kali ni mampu membuatkan aku berdekah dengan keletah Tok Deris yang seringkali mewarnai suasana. Belum campur lagi perang mulut beliau dengan Pak Usop, huru-hara jadinya.

Pengembangan watak Firdaus juga digarap dengan baik, di mana pembaca dapat melihat proses mengenal diri dan potensi sebenar dirinya, tanpa merendahkan atau overshadow watak utama cerita ini sendiri. Watak² dari universe Si Kembar juga memberi rasa yang lebih umphhhh.

Alhamdulillah, karya Nyang tak pernah mengecewakan, banyak pengisian rohani dan nasihat yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Teruskan berkarya, and i'm rooting for TA 3. Yeaahhhh shadap you!
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
November 15, 2025
Tok Alang 2: Walibumi adalah kesinambungan yang jauh lebih mendalam, berjaya membawa siri mistik kebatinan ini ke peringkat yang lebih epik dan mengujakan. Siri kedua ini meningkatkan pertaruhan dengan memperkenalkan ancaman Walibumi yang lebih besar, satu entiti purba yang mengganggu keseimbangan alam ghaib. Buku ini memfokuskan kepada konflik yang lebih teratur dan plot bersiri yang mengikat semua kes-kes episodik bersama. Ia bukan hanya sekadar koleksi cerita seram, tetapi merupakan sebuah perjalanan tentang warisan dan tanggungjawab, di mana setiap tindakan Tok Alang dan pasukannya mempunyai implikasi yang besar terhadap dunia nyata dan ghaib.

Peningkatan utama dalam novel ini ialah pembangunan dan pengenalan watak-watak penting yang menjadi kunci kepada plot. Di sinilah peranan watak Firdaus mula bersinar. Sebagai watak penting yang membawa warisan Ilmu Keghaiban Lam Makrifat, penglibatan Firdaus menambahkan dimensi baru kepada pasukan Tok Alang. Kehadiran Firdaus memberikan perspektif yang berbeza, selain menjadi penyambung warisan ilmu yang relevan dalam konteks pertarungan yang semakin kompleks. Selain itu, penulis berjaya mengekalkan keseimbangan antara seram yang mencengkam, pendedahan tentang Walibumi, dan elemen humor yang dihasilkan oleh Tok Deris dan Pak Usop, menjadikan penceritaan ini sungguh hidup dan bersahaja.

Dari sudut konflik, Tok Alang 2 mencabar sempadan kuasa Tok Alang. Watak utama perlu berhadapan dengan entiti purba dan hierarki ghaib yang jauh lebih berkuasa daripada musuh-musuh dalam siri pertama. Bagi saya penulis berjaya mengolah elemen-elemen mitos dan high fantasy tempatan ke dalam kerangka seram, menjadikannya sebuah page-turner yang sarat aksi. Naratif yang laju dan penggambaran pertempuran ghaib yang jelas dan dramatik menunjukkan peningkatan dalam kemahiran penceritaan penulis, mengelakkan perangkap 'buku tengah' yang membosankan.

Walaupun buku ini penuh dengan aksi dan misteri, ia tetap teguh pada teras moral dan tauladannya. Ia mengingatkan pembaca tentang bahaya tamak dan perjanjian syaitan, seringkali menyimpulkan bahawa punca utama masalah ghaib bermula daripada nafsu dan kelemahan manusia sendiri. Namun, kekuatan utama buku ini adalah cara ia mengintegrasikan watak-watak warisan seperti Firdaus ke dalam plot utama tanpa mengganggu fokus Tok Alang, sebaliknya melengkapkan pasukan dalam menghadapi ancaman Walibumi. Pembangunan hubungan dan kerjasama di antara mereka menunjukkan bahawa pertempuran spiritual memerlukan kerjasama dan persediaan yang menyeluruh.

Kesimpulannya, Tok Alang 2: Walibumi adalah kesinambungan yang luar biasa, memberikan kedalaman, aksi, dan penambahan watak-watak penting seperti Firdaus yang menjadikannya sebuah novel mistik yang tidak boleh dilepaskan. Ia layak menerima 5 Bintang penuh sebagai sebuah karya yang berjaya meningkatkan mutu siri ini. Kejayaan Walibumi telah meningkatkan keterujaan saya, dan saya kini tidak sabar-sabar menanti siri ketiga, Tok Alang 3: Jin Hitam. Untuk makluman, saya sudah pun membuat pra-pesanan bukunya daripada penulis. Tak sabar hendak menjadi antara yang terawal mengetahui kesudahan epik ini!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.