Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Other Side

Rate this book
“I’m not your daughter anymore. It’s tiring to be your daughter.” – Ariana Black

Ariana sedar siapa dirinya. Dia hanyalah watak antagonis yang dibenci oleh semua orang termasuk keluarga sendiri kerana kesilapannya. Namun, tidakkah mereka semua tahu dia juga terluka dalam diam dan mereka sendiri menjadi punca dia berubah sehingga begini sekali?

“Ayah mengaku ayah silap, Ar. Ayah minta maaf.” – Tuan Daniel Black

Terlukanya dia kerana manusia bernama keluarga akhirnya membawa dia ke tanah Andorre, perkampungan terpencil yang jauh dari bandar. Tiada sesiapa yang mengenali dirinya, membuatkan Ariana berasa nyaman dan selamat di situ. Namun, kemunculan seorang lelaki misteri di kampung itu mula menghadirkan resah dalam diri Ariana.

“As the time goes by, everything will be okay, Ariana.” – Maliq Adrian
“Macam mana kau tahu aku Ariana?” – Ariana Black
“Sebab kita sama.” – Maliq Adrian


Ariana keliru. Maliq sering kali mengatakan yang mereka sama namun, Ariana tidak faham mengapa Maliq berkata begitu. Apa yang dia tidak tahu dan apa pula yang Maliq tahu tentangnya? Ditambah pula dengan sikap Maliq yang berjaya membuatkan Ariana yang kasar dan keras bertukar lembut dan tenang, membuatkan Ariana semakin keliru dengan lelaki ini dan juga hatinya sendiri.

Siapa Maliq Adrian ini sebenarnya?

433 pages, Paperback

Published October 1, 2023

11 people want to read

About the author

Aisyahros

18 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (20%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
December 27, 2025
another light and comfort read yang buat aku tersengih gak baca hshs. cerita ni fast pace and its such a page turner so boleh habiskan dalam masa 24 jam je. suka dengan ariana punya character development. even dia kekwat tapi tak nampak try hard pun dia punya sombong. maliq >>>> attractive final boss hensem anjay mamat ni🫦 backstory dia sumpah tak expect jsjs tapi tak puas sebab tak explain secara details lagi

tapii lepas baca buku ni rasa tertarik nak baca cerita haydar, hugo dengan vanessa pulak. haydar dalam ni kelakor la hahahah tak padan dengan aura lawyer dark dia hshs
Profile Image for Bella.
21 reviews
November 30, 2025
‼️ Review may or may not contain spoilers

“You guys were never there for me”

Untuk mereka yang lain, Ariana mungkin cuma seorang perampas yang sanggup menghancurkan hidup ahli keluarga sendiri. Tapi tanpa mereka tahu, sisi gelap Ariana mula berpunca dari mereka sendiri. Saat Ariana tergapai hidup, takde yang datang menghulurkan tangan untuk dijadikan pautan, saat Ariana murung dihujani duka, tak pernah ada yang datang memayungi. Ariana juga someone’s daughter, isn’t? Tapi mana figura ayah yang Ariana tunggu dari dulu? Since that, Ariana sedar dia cuma ada dia.

“Jangan cari Ar lagi lepas ni.”

Demi memulihkan hati dan fikiran yang makin tewas dengan hasutan, Ariana melarikan diri tapi tanpa tujuan dan perancangan. Ariana sepenuhnya berserah kepada takdir. Dan takdir…membawanya kepada Maliq di Kampung Andore.

Maliq yang misteri tapi seolah olah memahami, buatkan Ariana jumpa ‘rumah’ yang sebenar. Dan Ariana sedar, bukan cuma Maliq tapi seluruh Andore adalah kunci untuk ketenangan yang Ariana cari selama ni.

Tapi Ariana juga sedar semua kebahagian yang dikecapi antara dia dan Maliq, ada jurang yang membataskan. Mereka - berlainan agama, berlainan status. Dan mereka… masing-masing sembunyikan rahsia.

Both ml + fl confession tu walaupun nampak insta love tapi valid. Masing-masing, jiwa yang terluka dan mereka heal each other dengan comfort yang mereka harapkan dari orang lain. Bermula dari simpati, tak kenal orang lain etc, indirectly opening their hearts untuk satu sama lain.

Penulisan penulis memang sedap dan menginsafkan. Everything yang dinukilkan semuanya terselit nasihat. Secara tak langsung ini dah bagi extra point untuk TOS. Tapi, characters development Maliq dengan Ariana sendiri dah memang A+✨.

TMI, TOS boleh dibaca stand alone tapi saya berani kerat kuku🤭- siapa yang baca TOS akan tercari-cari untuk kenal dengan semua Black Series. Sebabb saya secara tak langsung eagerly nak kenal Vanessa yang dingin macam Haydar selalu ulang, Haydar yang ada sisi lain macam Maliq fikirkan, and Hugo yang setia untuk Haydar macam yang Ariana selalu perhatikan❤️🤭
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.