Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Tak payah sinopsis. Anda dah tau buku ini tentang apa. Yang anda perlu tau sekarang, ini yang AKHIR. Tak ada dah lepas ni. Sebab saya dah letih. Lelah hidup dalam kegelapan. Biar buku ini meniadi AKHIR kepada sebuah kisah. Juga kepada setangkai nyawa yang dalam beberapa tahun ini berayun longlai. Sava tak mau seksa dia terus. Saya bukan kejam. Saya hanya seorang yang menyampaikan sebuah cerita, tentang sebuah novel hitam yang kewujudannya hanya mengundang rasa-rasa sakit, pedih, ngilu, pelik, takut, kecewa, marah, benci...SEDIH. Rasa-rasa yang saya tak pasal-pasal juga kena lalui sebagai penulis. Semua ini, hanya kerana nak mengisi masa lapang anda. Jadi nah. Ambil dan baca. Buku ini mungkin tidak sebagus yang anda harapkan. Tapi ini yang terAKHIR. Sekurang-kurangnya hargailah ia atas sebab itu.

300 pages, Paperback

First published September 29, 2014

29 people are currently reading
542 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
240 (52%)
4 stars
152 (33%)
3 stars
54 (11%)
2 stars
11 (2%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 67 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
November 12, 2014
(4 bintang)
Akhir adalah buku terakhir dari siri Jangan Baca Novel Ni dan apa yang boleh hamba boleh katakan ia lebih baik dari Jangan Baca Novel Ini serta Tiada tajuk. Mari hamba jelaskan kenapa:

1) Laras bahasanya lebih bagus dan lancar, sudah kurang kekakuan seperti di dua buku sebelumnya. Hamba menikmati olahan ayatnya yang lebih berbahasa sekaligus berperasaan. Tahniah, IFI.

2) Mungkin kerana ini buku seram ketiga yang hamba baca berturut-turut lalu perasaan takut menjadi terkumpul semuanya atau buku ini sememangnya ngeri, sungguh hamba dapat merasakan. Sensasi takut, ngeri dan seram berjaya sampai ke diri hamba. Sehingga sekarang hamba terbayang-bayang bagaimana bibir Zarina dikoyak hingga ke telinga serta perempuan mengandung berkepala botak berkulit hitam legam yang menindih Munir. Oh ya, juga babak Munir tersesat memandu di jalan gelap yang tidak berpenghujung itu serta penumpang istimewanya. Pheww...

3) Semua jawapan extravaganza dari dua buku sebelumnya mendapat jawapan yang lebih realitas dalam buku ini walaupun kali ini unsur mistik dikekalkan kemistikannya tanpa disanggah oleh penjelasan saintifik (watak Pohon itu tentunya). Dan, pembongkaran tentang Suraya adalah kejutan yang tidak hamba sangka sama sekali. Dua ibu jari untuk itu. :)

4) Hamba suka apabila masalah psikologi dijadikan satu elemen dalam jalinan cerita dan situasi. Hamba rasa psikologi adalah isu yang menarik. Dan, watak Doktor Dayang sudah menjadi kegemaran hamba selain Munir. Doktor psikiatri ini nampaknya akan menjadi watak penting dalam buku IFI seterusnya yang hamba teka berkisar tentang Kemboja dan lagu misterius itu. Kisah yang menarik untuk dinanti-nantikan. :)


Namun, sesuatu yang jelas mengecewakan hamba tentang buku ini tentulah Munir. Kenapa si baik hati bapa penyayang itu boleh diberi pengakhiran begini? Kenapa? Kenapa?



p.s Untuk Ismi di epilog, Three Little Birds dan How Many Times (walaupun ini lagu perpisahan) keduanya nyanyian Bob Marley selalu berjaya membuat sedih hamba bersenyum. Cubalah. ;)
Profile Image for Noor Hanis.
187 reviews
June 5, 2016
Wanjeong daebak! K sejujurnya aku tidak dapat tidur semalam kalau bilik gelap. Mulalah minda ni membayangkan apa yang aku sudah baca. Hantu sebelah Munir la, si Pohon dan macam-macam lagi! Aku suka sangat buku ni sebab memang menepati kriteria buku yang torbaekk. Walaupun buku kedua aku katakan kurang menyengat, buku terakhir ni memang sangat memuaskan hati. Selalunya kalau buku bersiri ni, pengakhirannya kadang-kadang terasa gantung dan tidak puas hati. Tapi bukan ini.

Perkara yang paling aku lemah sekali dalam satu buku tu ialah unsur plot twist. Pergh tahun ni baru buku ni aku dapat benda tu. Lepas tersingkap rahsia tu, terus aku terpegun sementara sebelum dapat meneruskan pembacaan. Spoiler : Suraya. Hahaha jangan marah ok!

Tapi mungkin kalian semua ada pening-pening sedikit baca buku ni kalau tidak pandai menyambungkan satu cerita dengan cerita yang lain. Kalau saya, ada la satu dua cerita yang saya pening-pening lalat. Yang lain memang terbaik! Babak dalam novel yang aku kira paling menakutkan bila Munir sesat ke dalam hutan. Lepastu ada hantu di tempat duduk belakang. Aduh memang tak boleh blah la babak tu. Siapa tak gerun? Ish minta dijauhkan!

Setelah baca ketiga-tiga buku penulis, aku mahu baca karya beliau yang lain lagi. Penulis beginilah aku cari-cari!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews42 followers
March 21, 2024
Naskah yang terakhir dalam siri ini membeberkan kisah seputar Munir, Zack dan Pohon. Dan juga masih terjadi beberapa pembunuhan misteri yang membuatkan pihak polis pening kepala.

Untuk kali ini, naskah ini tidak lagi merangkumkan beberapa cerita pendek tetapi lebih kepada POV 3 watak iaitu Munir, Zack dan juga Pohon. Cuma agak pening sedikit dengan layoutnya agak tidak tersusun. Andai setiap permulaan POV dimulakan dengan muka surat baru atau diletakkan penanda dan jarak yang bersesuaian mesti lagi cantik dan kemas.

Banyak cerita yang dirasakan sedikit pelik di naskah sebelumnya diceritakan dalam nafas baru dan perincian yang berbeza. Contohnya tentang kisah Anom itu sendiri. Bagaimana dia boleh mengandung diberikan 2 penceritaan yang berbeza di dalam naskah yang berbeza.

Pengakhiran kisah Munir ni SH rasa geram. Kenapa dia jadi macam tu. Pohon memang pilih bulu. Yang Suraya pun sama. Boleh je dia terima begitu sahaja. Geram sungguhlah.
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
December 17, 2016
Apa yang saye dapat dari buku terakhir siri ini adalah tentang kematian. Mungkin itu adalah mesej yang ingin disampaikan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma menunggu masa saja.

Cerita tentang sebuah organisasi yang ingin merevolusikan manusia hanyalah cerita rekaan untuk diceritakan kepada Adib. Dan Adib adalah 'dia yang tahu segalanya'.

Siri ni bolehlah. Bab-bab seram memang boleh bayangkanlah. I just don't know how to comment. Like the very last part (ni pendapat sayelah) tiba-tiba masuk watak penulis sekali lagi. My reaction was: why is there a need to have that part? Seriously why? Because I don't see the link. Okay, penulis nak beritahu macam mana beliau dapat idea tapi saye rasa tak perlu.

Betulkah penulis menghidap mental illness like it was described in the book?

Anom tak pernah menjelma balik sebab Anom tak mati. Setelah kebakaran di rumah itu, Anom lari. Sehingga bertemu dengan sebuah keluarga yang baik hati, menerimanya sebagai anak angkat dan diberikan nama Suraya. Munir berkahwin dengan Suraya tanpa mengetahui perkara sebenar. Suraya juga tidak pernah menceritakan dengan sesiapa. Selama ini, Pohon, teman Anom dari alam lain, yang telah melakukan segala kejahatan. Anom dan Pohon berkawan sejak dari kecil lagi. Mereka memahami satu sama lain. Apabila perkara yang tidak enak terjadi kepada Anom, Pohon berdendam. Ini juga bermakna Adib bercakap dengan Pohon selama ini, yang difikirnya emak beliau. Inilah akibatnya bila berkawan dengan makhluk dari alam lain. Juga akibatnya bila suka bermandi waktu senja. Waktu-waktu tu lah yang makhluk-makhluk ni semua berkeliaran. Anom pon salah. Degil. Tak nak dengar cakap maknya. Akhirnya, Munir yang tak bersalah pon jadi mangsa.

Kemboja pula akan terus mengetahui ajal seseorang itu.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
October 9, 2015
Dahsyat..buat pertama kali aku habiskan satu novel dlm satu mlm..huhu...giler sekali aku pegang x dpt aku nk lepaskan..prsn membuak2 nak habiskan..nk tau apa sbnrnya kisah ni..yg cukup tragis..part paling seram ms benda tu duk blkg Munir..erkkk bulu roma leher aku meremang gak seolah2 mcm aku je dlm situasi tu..giler..haha..tp kan...aku ada bbrp perkara yg aku tak paham : siapa sebenarnya Kemboja? apa kaitan sbnrnya Kemboja dgn Anom? cuma sekampung je kan..mcm mn dia boleh ada "kuasa" tu? ke aku yg terlepas pandang dlm dua buku sblum ni? then knp ada ulang2 ayat dlm ms 165 hingga 171? seriau aku nk baca ulang2..hahahahaha
Author 2 books29 followers
March 12, 2016
walaupun ingat2 lupa akan dua lagi cerita sebelum ni, tapi pembacaan aku ttp lancar utk habiskan novel AKHIR ni sebelum masuk siri SERUAN. Aku sangat suka gaya cerita penulis. Setiap muka surat buat aku tak sabar hendak tahu apa jadi...apa jadi... dan endingnya, buat aku terus capai Seruan.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 8, 2016
JANGAN BACA NOVEL NI Trilogy– B0X SET
Terbitan IFI Enterprise
Penulis: Ismi Fa Ismail
Genre: Seram Thriller
Saya menemukan novel Jangan Baca Buku Ni sewaktu sesi bertemu pembaca penulis penulis fixi di Universiti Utara Malaysia. Pihak penganjur yang berbesar hati memperkenalkan buku pertama saya Perjalanan pada para pelajar UUM mengatakan saya boleh pilih mana mana tiga buku yang ada di rak. Mohd Fatrim penulis remaja Asrama dan Patung mengatakan penulis buku tersebut sangat perahsia dan tidak suka pada sebarang sesi pertemuan dengan pembaca. Tajuknya pula sangat menarik, menjurus pada nafsu manusia, “Jangan masuk, kau nak masuk juga?”
Saya ambil satu dengan harapan ianya bagus dan menepati cara penceritaan semasa. TEPAT. Saya terus jatuh cinta pada garapan kisah dan cara penceritaan yang tidak skema seperti buku melayu bergenre seram yang lain. Ada gabungan unsur unsur kehidupan, persoalan moral, kehidupan mudah orang desa, mitos, ratapan nasib, dendam dan hal hal biasa yang dimanipulasikan dengan baik dalam jalan cerita. Penulis bijak bermain perasaan cemas, syak wasangka, kekalutan watak watak yang ada. Penamat (tidak seperti dalam filem seram di Malaysia penuh isof atau hanya mimpi) tidak menjadi pilihan penulis. Ismi Fa memilih untuk menjadi lebih bijak dari hal tersebut.
You will be very wrong to assume this trilogy is outdated or traditional like the rest of Asian Horror Genre.
Kata kata bual yang realistik dipilih tidak berlebih lebih dan benar benar menggambarkan watak watak yang dipilih. Jelasnya penulis sangat bersahaja dan ada waktunya menyuntik elemen elemen lucu dalam kata bual. Kata bual yang baik boleh membezakan usia, jantina dan tahap sosial watak masing masing. Ini seharusnya dipuji.
Jangan Baca Buku Ni…sebagai buku asas pada box set memperkenalkan kita pada watak watak penting yang dibawa ke buku Tiada Tajuk. Siapakah Anom? Kemboja? Barisan pembawa kisah Munir, Adib, Zack dan 4 barisan nama HAN. Ianya menjadi lebih kompleks dengan rungkaian rungkaian cerpen dari para mangsa bunuh si batik sentung biru sebelum kematian masing masing. Adib yang tinggal bersama Suraya dan Munir juga menjadi titik tumpu pada segala persoalan, dalam buku Tiada Tajuk sengaja membongkar rahsia seram dunia baru. Membacanya boleh membuatkan pembaca terbayang akan perjalanan sebuah filem sequel dan prequel; harus ingat bukan mudah untuk membuatkan pembaca bersabar dengan nama nama yang diangkat dari buku pertama; penulis sangat bijak menggunakan susunan bahasa mudah dan terma terma saintifik buat pembacanya. Pembaca akan diperkenalkan dengan hal ‘artificial insemination’ dan hajat pertubuhan yang bermula dari Rusia. Ini adalah sesuatu yang baru dalam penulisan genre seram di Malaysia (yang terlalu kerap menonjolkan hal dendam dan hal hal menduakan Tuhan sebagai nucleus cerita mereka).
Bab awal buku Akhir dalam set kotak ini dimulakan dengan firman Allah swt yang bermaksud:
“dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering berasal dari lumpur hitam yang diberikan bentuk, dan kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia dari api yang sangat panas”
Surah Al-Hijr: 26 - 27
Akhir menggabungkan unsur unsur ‘sleeping paralysis’ Munir dan Suraya yang sedang hamil dan tentunya si Adib juga hal hal yang menggejutkan hasil pantauan pakar psikoloji Dr Dayang. Segalanya akan terjawab dalam novel Akhir yang sudah tentunya mendebarkan dalam kadar yang tidak picisan, tetapi mendebarkan tentunya.
Penulis bijak menghubung kaitkan keseluruhan watak watak yang sama naik peranan mereka dalam penceritaan yang seram, misteri, cemas dan ada waktunya santai lucu. Beliau tidak memilih untuk berFALSAFAH secara keterlaluan, itu yang membuatkan jalan cerita lancar dan mudah. Bersedia untuk diperkenalkan dengan terma terma psikologi seperti Galsgow Smile, Brief Reactive Phycosis melalui Dr Dayang. Akhir memberi ruang pada pembaca untuk melihat hubungan antara dua entiti yang berbeza sifat. Ada diceritakan tentang mukasurat 165 – 171 tentang typo yang kita akan syak sebagai disengajakan.
Percaya pada saya, kamu tidak akan pening walaupun terdapat terlalu banyak watak untuk menggambarkan titik waktu dan zaman. Semuanya disusun rapi oleh penulis Ismi Fa.
Bersedia juga untuk membaca pengakuan penulis yang serba sedikit mewakili dirinya ditulis secara santai bijak tanpa bertele tele mementingkan diri. Epilog yang mantap dihadiahkan buat para pembaca, bagi menjanjikan bahan bacaan yang mantap di masa akan datang.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
November 11, 2014
ok done.. sakit jantung baca hehehe

penutup yg best la for MB..
tp y rasa mcm ada lagi je lps ni ek??
huhu
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
April 29, 2018
Lak lok dah kapla saya. Dalam review novrl hitam takda tajuk, saya kata IFI ni genius giler atau giler poyo kan? Dalam tu juga saya dok cuba habaq yang cerita misteri disebalik kebuntingan tanpa hubungan kelamin Anom tu, dengan alhikayat "aliens / Sons of Gods-humans inter breeding untuk hasilkan supreme beings" macam dalam buku teori konspirasi David Eckie. Dalam buku ketiga ni, terbang semua bak debu hitam, terbang dari bawah ke atas pun iya, terjun dari atas ke bawah pun iya. Huhhh?

Satu hal pasal novel ni, memang meremang bulu lengan, kalau dapat jangan la baca waktu malam, terutama kalau part yang Munir memandu cari kedai nak beli minyak angiñ (ke minyak panas) sampai tersesat di jalan kecil gelap.... Ngeri pulak kalau fikir balik apa yang makhluk tu buat kat Munir. Buku ni memang menerangkan beberapa perkara yang tergantung dalam novel tiada tajuk, tapi rasa saya masih banyak pula benda yang belum selesai. Contoh? Apa jadi pada Remy? Siapa lelaki berpakaian serba hitam yang naik van menunggu Kemboja di perkuburan tu? Mamat itu juga yang tahu apa jadi pada Remy dan apa yang ditengoknya kat perkuburan tu. Kisah makhluk berbaju / bertelekung hitam yang bersayap yang terbang dalam masjid yang bertempik kat Dr Dayang tu, apa bendanya dan kenapa? Sebenarnya kan, saya pun dah confuse ni, antara cerita yang dinukilkan dek Anom /Zack / Adib dalam novel hitam tu, dengan cerita yang di-story oleh penulis yang watak utamanya Munir. Yang lagi bikin pening, since saya baca tiga-tiga buku dalam trilogi ni back-to-back dalam masa 24 jam, tahap ke-confuse-an lebih dalam sebab dah bercampur aduk kisah dalam buku kedua dengan ketiga. Tak suka lah macam ni. Lagi tak suka bila tak tahu apa pulak jadi dengan Munir. Lagi satu watak abang kembar Aswad, saya nak tahu apa jadi pada dia. Kemboja dengan Atif pulak macam mana? Hailaaa, terpaksa pi baca buku yang mungkin ada jawapannya la pulak kan? Memang bertuah betul la IFI ni.

Korang kalau berhajat nak baca buku ni, better mula dari Jangan Baca Novel Ni, lepas tu cari pulak bivel hitam takde tajuk tu. Kalau terus baca novel ni, .... tak taula, cer buat dulu tengok!
Profile Image for Shafiq Izwan Hussien.
12 reviews7 followers
November 5, 2014
Ok. First of all, ak mmg dh lama tgu buku ni di publishkan! So bila kawan bg tau ad jual dkt mph, trus pergi beli!

Seram ✅
suspense ✅
cinta ✅x bnyk sgt. which is good.
plot twist ✅ (from 2nd book)
perincian cerita still boleh di fahami, bahasa yang mudah.

Part cetakan berulang tu...not sure perlu ke tak..klu buat dlm 2 pages ok dh kot.
Cerita pasal Ismi sendiri tu...ak anggap sebagai fiction je la. ahahaha!
But still! menggunakan diri sendiri dalam novel, quite a good idea and lain dari yang lain! bravo for you Ismi!

ending tak cliché sgt. cuma agak rasa kesian sedikit. nak tau kena baca sendiri.

Walaupun buku ni merupakan PENGAKHIRAN tapi rasanya mcm suatu PERMULAAN!
Harap ad series baru lagi la. Myb cerita pasal Dr Dayang, Serifina dan Kemboja!
Kalau ad, mmg sah2 beli!
Profile Image for Shahirahx &#x1f339;.
9 reviews
August 4, 2017
Aku habiskan ketiga-tiga buku dalam trilogi ni dalam masa kurang 24 jam. Aku tak pasti aku paranoid atau memang trilogi dari Ismi ada aura dia yang sendiri. Aku suka bagaimana perkembangan setiap watak dalam setiap buku. Cara Ismi mengolah elemen "suprise" tu sangat mengagumkan. Above all, buku Akhir adalah buku yang aku paling suka di antara ketiga-tiga buku. Sebab? Plot twist untuk setiap keadaan, watak sangat di luar kotak. Mind blown yang buat aku kagum sampai pagi. Aku rasa aku jarang rasa mind blown disebabkan buku macam ni. Tahniah Ismi! Looking forward for trilogi Seruan pulak.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
Dear Ismi Fa Ismail,

1. Tahniah, kerana awak dikurniakan oleh Allah bakat yang hebat dalam penulisan.

2. Mana MUNIR????

3. Ulangan ayat dari ms165 hingga ms171 sangat menyentap jiwa!!! Bila saya amati kotak buku awak!!! Allahuakhbar!!

4. Saya yakin ini bukan pengAKHIRan sebuah cerita.

Sila menulis lagi. Anda hebat berkarya.

"Bila kegelapan diapit satu amaran di sisi kirinya dan sebuah simbol kematian di sisi kanannya, pintu pengantara dua alam akan terbuka"

Love,

Zully Azizan
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
May 16, 2015
seram....
suspen....
excited....
best..!

dah lama tak membaca novel, dan novel ni mampu menaikkan semangat nak membaca semula.... tapi masa amatlah mencemburuiku...huhu

cuma ada lah sikit2 yang tak puas hati pengakhirannnya... tapi oklah... lain dari yang lain...
Profile Image for N0STALGEEK.
20 reviews
March 8, 2024
Membaca sebagai: Bukan penggemar genre sebegini, tapi juga bukan pembenci. Kalau ada, kita layan! Also saya baca buku ni right after habis baca buku Tiada Tajuk.

POV 2017: Saya tak ingat langsung HAHAHA. Rasanya macam saya tak habiskan baca buku ni, tapi saya ingat sangat ada part buku yang muka surat berulang-ulang tu, meremang!

POV 2024: Ngeri, dah mula terasa. Babak pembunuhan Zarina tu kan, saya teringat meme watak Momo yang pernah menjadi ketakutan kanak-kanak back in few years ago. Selain itu, ngeri juga babak Munir dalam kereta. Babak Munir turun tangga rumah. Babak penjara dan sayap.

Menyampah sedikit, dengan cara cerita dipisahkan. At least letak garisan ke, letak ikon or border apa-apa ke. Rasanya buku-buku sebelum ni pun sama juga.

Setuju dan faham, untuk motivasi dan motif pembunuhan oleh Batik Biru. Walaupun pembunuh tu tak rasional dari segi kewarasan maybe, tapi motifnya rasional. Saya sokong! Dr Dayang pun sokong haha

Terpegun. Terkejut. Terkesima. Guane ending dia begitu mat?!?!?!?!

Lepas habis baca, baru tahu buku ni ada sambungannya juga. Sebab katanya ada tujuh. Aduh nak sangat tahu sebab ada curiousity yang tak dipenuhi. Apa background Kemboja? Keluarga mana yang sudi pelihara Anom tu? Suraya tu sayang Munir tak sebenarnya? Suara tu datang dari mana, sebab apa? Tapi tulah, malas sangat nak baca buku sambungannya. Sebab saya jenis tak minat baca cerita panjang-panjang. Jadi kita baca spoiler je untuk buku-buku seterusnya. (Atau ada sesiapa yang sudi beritahu spoiler ke saya? Hehe)

Untuk penulis, thank you sangat-sangat for making my day(s) with your trilogy. Anda sudah set kan satu standard untuk saya bagi novel genre misteri. Saya mengagumi kegigihan anda dalam menulis novel ni sebab bertwist-twist ceritanya, tambahan pula novel ini hasil terbitan sendiri, pasti tak mudah perjalanannya bergerak. Have a nice day! Semoga ada rezeki masuk TV atau layar perak :)
Profile Image for Maii.
5 reviews
July 18, 2020
Plot twist demi plot twist yang OUT OF EXPECTATION. Goosebump pun goosebump juga, for me especially dekat yang dalam surau tu, like boleh imagine tau, so creepy. And also, 'gore content alert'.. Semua jalan cerita BEST sangat cuma yg part paling last sekali tu, betul-betul last, for me sangat mengecewakan. Bukan pasal jalan cerita dia, tapi watak dia tu. Like how can, dari awal dia yang membawa kepada cerita-cerita seterusnya but in the end, macam tu je kejadian dia.. and satu lagi I don't understand kenapa dia yang kena like what did he do (or maybe saya yang tak perasan kot sepanjang cerita) menyedihkan betul.. nasib baik ada sambungan lagi dekat siri SERUAN.. K tu je yang mengecewakan, yang penting lain-lain semua BEST!! Nak bagi 4.5 stars tapi tak tau cemana hehe.. Yang penting kena baca dari awal (JBNN) supaya lebih smooth jalan cerita dia..
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
November 27, 2019
Pada pengAKHIRANnya, segala misteri terjawab. Dan hakitat Anom yang kejam sekali :( Saya bagi 4 bintang sahaja kerana ada sedikit 'draggy', api elemen-elemen berdarah dan seram tu uish memang kaya.

Walaupun segalanya yang berlaku adalah disebabkan unsur supernatural (dan bukan sci-fi seperti yang diduga di dalam buku kedua), banyak benda sebenarnya tidak mampu dijelaskan... terutamanya tahap kepandaian Adib (atau saya terlepas baca mana-mana bahagian). Dan yang paling sakit hati ialah kenapa Murni dibakar mati oleh Pohon... seorang suami yang penyayang dan menjaga keluarganya... KENAPA?!

Satu lagi sebelum akhiri review ini... cetakan ayat berulang-ulang tu! Cara penulisan yang unik sekali!! Sampai saya ingat bahawa ada typo tetapi memang disengajakan :P
18 reviews
March 13, 2024
Ni buku terakhir bagi combo jangan baca novel ini. Sebenarnya ade kesinambungan lagi kat seruan pertama ngan terakhir rasanya tapi tak sempat nak baca lagi. Dalam novel ini macam rungkaian jawapan yang ada dalam kepala otak. Semua organisasi karut yang susah kita nak caya tu terungkai yang sebenarnya tak wujud pun. Adib ade character development which aku memang suka and suraya is one of the strong character yang selama ni aku pun tak perasan. But yang paling penting aku macam tak berapa puas kat ending dia coz apa jadi kat Munir? Kesian woo Munir dia dah lah sayang gila kat family dia takkanlah family dia buang dia macam tu je kot? Cerita ni for me agak seram sampai aku termimpi mimpi bhaii walaupun dia punya part seram dia tak detail but still meremang gak. solid 4 for this book!
Profile Image for Sarieyna Marman.
43 reviews1 follower
March 22, 2025
Seperti tajuknya, Akhir ialah penutup bagi siri Jangan Baca Novel Ni. Kalau buku kedua memberi jawapan kepada buku pertama, buku ketiga ini pula plot twist kepada jawapan tersebut—nak tahu lebih, baca sendiri! 🤪

Bagi aku, buku ini menggambarkan kegelapan dalam diri manusia, ketakutan yang menghantui, dan bagaimana seseorang berdepan atau terperangkap dalam dunia itu. Bukan sekadar seram, tapi penuh dengan pergelutan dalaman, trauma, dan keletihan.

Sampai ke muka surat terakhir, aku sedar setiap perjalanan yang penuh misteri pasti ada penghujungnya. Masih ada kisah pembunuhan tanpa bukti saintifik atau logik yang jelas. Jangan overthink—just read! 🤣

Tak seperti yang aku jangka, tapi memang berbaloi dibaca!
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
June 10, 2018
Lebih baik daripada dua buku sebelumnya. Sarat dengan rungkaian misteri dari buku pertama dan kedua. Aku kagum sebenarnya dengan penulis, berjaya dengan jalinan cerita berangkai dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Olahan cerita dalam akhir ini juga lebih baik dan tersusun walaupun metod penceritaan agak berlainan sedikit.

Saya tertarik dengan watak Kemboja, dan mengharapkan plot yang lebih banyak tentangnya dalam buku Akhir ini. Juga pengakhiran kepada watak Munir, serasa kurang adil baginya. Plot twist menarik bagi watak Suraya, tak sangka.

3.8/5.0
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
April 15, 2019
Sejujurnya kecewa dengan buku terakhir ni sbb semuanya sebenarnya halusinasi semata-mata. Entah apa tujuan plot dalam buku pertama tentang organisasi rahsia dan eksperimen manusia lah apa. Macam dibuang terus dari buku tu. Watak adib seolah-olah beturkar menjadi budak normal yg dalam buku sebelum ni bagaikan seorang yang tahu segalanya yang berlaku. Pengakhiran buku ini boleh tahan tapi sia-sia sahaja buat build-up plot lam buku kedua tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Elly.
21 reviews
April 7, 2023
The first book is okay, intriguing enough for me to look for the second book but it was downhill afterwards. Irrelevancy, irregularities and straight add-up things that wasn’t once mentioned in the first book keep appearing which spoiled everything for me. Some characters even changed out of sudden just to justify the newly deem-to-fit plot. Quite frustrating for me.

For the first book only I’m giving 3 stars cause it’s quite good for me, the rest maybe 1 or 2⭐️
Profile Image for Farah Badardin.
20 reviews
September 3, 2018
Best! Unexpected. Lots of twist. Cuma bila aku dah baca buku yang ketiga, buku kedua tu sebenarnya plot tak banyak menyumbang pun pada keseluruhan trilogy. Buku kedua sebenarnya satu penipuan untuk budak tu. Last but at least, this is a very mindblowing book. Tahniah kepada penulis.
1 review
June 20, 2021
Best gile rasa lega bila habiskan semuanya terjawab dengan sempurna tp part ending tk boleh move on kenapa lahh dia baik kot satu bintang hilang sbb tu je lah yg lain best gila sangat disarankan utk dibaca
Profile Image for Aqilah Qasrina.
8 reviews
April 11, 2018
Finally... Yeke final dah? Haa ni segala misteri terjawab, persoalan korang dalam 2 buku sebelum ni akan dirungkaikan satu demi satu.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
October 10, 2020
Ini bukan cerita cinta. Bukan cerita tentang ketakutan dan aspirasi seorang gadis. Tapi tentang kewujudan... dan pengakhiran.

Ending untuk akhir ni, ibarat terkejut beruk juga lah!😭


Hello seruan?
Profile Image for Shaqira Kamarolzaman.
18 reviews
February 12, 2024
Sambungan kepada novel Tiada Tajuk . Novel ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan segala yang sedang berlaku dan jawapannya ada di sambungan novel seterusnya .
4 reviews
June 25, 2024
I’m crying when i read the plot twist 😭. Sian munirrr . But buku ni buat sye nak terus bacee. Apparently , kena sambung seruan…
Displaying 1 - 30 of 67 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.