Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia yang Ku Jadikan Suami

Rate this book
NAAZNEEN – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?”
“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”
“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?”
“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”
“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.
“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat.
“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu... Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I. I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah.
You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’...
Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you.
You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.

APAKAH ada ruang untuk Naazneen kembali ke sisi Naim Khair setelah dia juga menjadi punca ibu mentuanya patah kaki dan ayah Hidayah meninggal di dalam kemalangan…

749 pages, Paperback

First published January 1, 2014

28 people are currently reading
220 people want to read

About the author

Rinsya Chasiani

25 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (33%)
4 stars
47 (41%)
3 stars
18 (15%)
2 stars
8 (7%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
November 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Agak sukar untuk N nak rate buku ni sebab sejujurnya, N suka dengan gaya penulisan Rinsya Chasiani. Tapi malangnya sikap heroin citer ni yang tak serupa manusia is a major turn-off. She is basically a criminal who deserves a death penalty for what she did to Irah.

Jadi apabila kejahatannya sudah terserlah di awal chapter, memang susahlar N nak suka dengan novel ni. Baca jer rasa nyampah. Sori, cik penulis!

It wasn't until Naaz got what she deserves, apabila dia jatuh and segala kejahatannya terbongkar, barulah N rasa seronok nak baca. Itupun sebab N dapat menjerit, "Padan muka! Padan muka! Padan muka!"

Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 6, 2017
Jahat..ya Naaz mmg jahat..kalau tak menghayati cerita ni hingga akhir..saya tak akan rasa apa yg Naim rasa..the only part that we share similar view cuma part 1st impression. Murahan dengan gedik dia..kaki kikis and many more. Naaz jenis yg tak boleh if men tak beri attention kat dia. Dia akan cuba menghancurkan hubungan orang tu..kerana bagi dia orang tu sombong. Yg sadis few years back dia sanggup mengupah orang supaya mendajalkan kawan baiknya just because she was rejected by her crush. Grrr..she was way better than that.

Tapi selepas dia terjerat dgn plan sendiri..perlahan dia berubah setelah Naim memaksa dia berkahwin kerana Hidayah dan dia telah putus tunang..Sayangnya she was never treated well by Naim..Naim sakit hati kerana tak dapat bernikah dgn Hidayah gadis pilihan ibunya..sebab apa..Hidayah jenis yg lemah lembut dan santun, cantik dan berugama..pada dia ini adalah ciri2 seorang isteri yg boleh membahagiakan suami. Saya ingat betullah Naim ni bercinta ngan Hidayah..rupanya hanya atas alasan itu saja..Karut..

Accident di rumah Puan Anisah membuah amarah mentuanya dan kemalangan ayah Hidayah telah membongkar segala rancangan yg dilakukan Naaz dulu. Naim yg sememang ego dan angkuh lantas menghukum Naaz walaupun dia tahu itu bukan salah Naaz. Sering di cerca dan di pulau dan dihalau oleh Puan Anisah dan Naim. Naaz yg sdg memamah dosanya cekalkan hati untuk bertahan. Akhirnya persetujuan Naim untuk menikahi Hidayah telah membawa Naaz keluar dari rumah mentuanya.

Honestly saya tak dapat feel rasa cinta Naim buat Naaz even after their marriage..Yg terdapat adalah cara layanan acuh tak acuh Naim terhadap Naaz. Betul kata Wan Aakif, kalau Naaz adalah Arwin dah lama angkat kaki. Saya juga tak salahkan Puan Hasanah, cuma cara dia saja yg saya tak berkenan..Dan bab jatuh tangga tu hingga mendatangkan kebencian Puan Anisah terhadap Naaz juga tak masuk akal.

Lagak cerita hindustan pula..cinta 5 minit terasa before interval..sambung conflict..then akhirnya bila kekesalan datang menjengah setelah kehilangan baru dapat feel betapa sayangnya Naim pada Naaz..itu pun mcm 15 min..sungguh kurang feel bab cinta ni. Dan apa kes si Naim ni boleh tanya wife dia, kenapa kawan2 wifey semua jenis yg hotseller sedangkan dia tak pernah pun nak pandang tu semua dahulu. I wish it could really end better. Bonus for her..sahabat yg tidak pernah judge her lifestyle & setia disampingnya, Hana.

NLB
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
December 29, 2014
ayah meninggal, mak sakit jiwa,kakak lari ke luar negara menjadikn naaz bersikap kejam tpi sgt berdikari. bayangkn, umur 16 thn dah tinggal alone at home.

entahlah, bgi sya naaz ni x de lah kejam sgt. x kejam ke klu suruh org rogol kwn dia sbb kwn dia tu bercinta dgn lelaki yg dia suka ? masing2 ada pendapat kn. tu permulaan cerita.

naaz bertemu dgn naim dlm satu majlis. naaz rsa tercabar sbb naim ignore dia. naaz tahu naim dah bertunang dan dia nk naim rsa "bersalah" sblum naim kahwin dgn hidayah, menantu pilihan mama naim.
tapi plan x menjdi. naaz kena tangkap basah dhn naim. at the end, naim paksa naaz kahwin dgn dia sbb hidayah putuskn pertunangan beberapa hari sebelum drg nikah.

mula2 mama naim mmg x suka naaz tpi bila naim kasari dan dgr kisah hidup naaz, terus mama naim lembut hati. naim ingat naaz ni dah x dara. naaz pun iyakan juga. naaz ni sengaja nk dera batin suaminya, suka hati je pakai seksi2, tukar pakaian dpn suami dia. fuh! mmg slamberr. satu mlm tu, naim x thn. c naaz x halang sbb dia nk buktikn pda naim yg dia masih dara.

start from there hubungan drg makin okay. naaz pun dah jtuh cinta dgn naim. dia dah luahkn pun. naim je still pupuk rasa tu. bila jadi isteri naim, naaz berubah. solat n aurat dia jaga tpi perangai masih kejam sikit. dia nk naim lindungi dia, dia nk naim bahagiakn dia. 10 thn dia memendam rasa. dia nk naim jdi milik dia sorang je. sbb tu dia kuat cemburu. hubungan hidayah n mama naim blh kira rapat. mmg naaz jealous gila dgn hidayah.

sbb naaz, mama naim patah kaki tpi x lumpuh. sbb naaz, ayah hidayah meninggal. TAPI, bkn dia sengaja. klu psal ayah hidayah meninggal tu, sya x rasa itu salah naaz. entahlah.. naaz cuma sampaikn, bkn dia marah kt ayah hidayah. naim pun x salahkn naaz. still lindungi naaz, tapi msa plan sebenar yg dia nk kenakn naim terbongkar, terus naim x nk layan dia. kt sini sian sgt kt naaz. kifarah dosa. tapi msa ni juga naaz dah insaf. sume x nk layan naaz kecuali bff dia, hana. sian naaz kena dera perasaan oleh mama naim n naim. drg halau naaz dri rumah. bila naaz kluar, naim pulak rinduuu, menyesal konon ...

lps tu lps tu, bca sendiri ;p
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
June 29, 2025
I'm in dilemma.

Rasa nak baling dadu je 3 or 4.

Cerita dia best! Tapiiiiii F sakit hati dengan sikap Naaz yang jahat keji before dia insaf.

Awal² baca je dah rasa meluat dengan perempuan jahat ni. So masa dia kena balik, F automatic rasa she deserves it.

Melayu kata padan la muka. Karma is real.

Masa Naaz dilondehkan semua rahsia² jahat yang dia buat tu, F rasa cam eeee bestnya.

Nak rasa kasihan tapi bila ingat balik apa yang Naaz dah buat tu, keras lak hati F nak rasa simpati. Naaz kena halau pun sikit pun F takda rasa apa².

Just lepas Irah jumpa Naaz balik baru F rasa ok fine bolehlah maafkan 🤭
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
March 30, 2016
3.8*

Don't know why suka dengan watak utama. Jarang jumpa heroin adalah orang jahat dalam satu2 cerita. Even Naaz buat macam2 before that, tapi yuni still on her side. Apa yang berlaku kepada mak mertua dan bakal ayah mertua tak jadi Naim bukan 100% kesalahan Naaz. Kalau dah memang tersurat, macam2 boleh berlaku.

Mungkin, acap kali yuni dihidangkan dengan watak utama sangatlah sopan, cantik, kaya, terpelajar. So sesekali dapat perwatakan yang lain, kira ok lah tu. Perasaan sama macam masa yuni tengok Kim Tae Hee pegang watak Jang Ok Jung.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
September 22, 2014
Perghhhh... seriously merasai sangat bermakna tajuk Dia Yang Ku Jadikan Suami...

perasaan what you give you get back tue mmg jadi the main issue kat sini.. and i lioke it mucho.... ngeeeee

mmg terasa kejahatan si Naazneen, tp kekadang rasa dia cam naif sangat walaupun most of the times, dia menyinga.. hehehe...

banyak kali gak terasa nak jerit kuat2 padan muka kat mereka2 yang terbabit secara langsung dlm buku nie... ngeeee... hidup itu umpama roda, sat hang kat atas, satgi hang kat bawah gitu..

and saya benci hidayah... sowie yer.. walaupun kunun2 mmg xde la dia wat pape yg drastik kat, tp tetap rasa menyampah! x tau malu. nyibuk2 hah nak berangkat2 bile member tue dah kawen.. haishhhh... ggggrrrrrrr....

naim plak, anda comey walaupun kekadang anda letak otak kat lutut. hahaha...

yang penting kombinasi naaz ngan naim mmg ohsem.

Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
September 28, 2014
actually cite ni best just smthg mcm xpuas hihi to me la kn
MB suka part konflik masa sume terbongkar
yg lain tu asyik baca part gaduh2 marah2 jerit2
ending dia sgt2 mengecewakan kn kalo btl2 mst best..

part mak mertua dia tu plak hermm xkn sbb tu dia mrh sungguh2 xsengaja kut kn
part dayah plak kecian jugak kat dia tapi itu la bukan jodoh

luv naim n naaz actually thus couple sweet je
untill the end part curi2 tu hehehe alahai sabar je la korg ni kn

1 la bab konflik ni saya rse intens atr yg berani bagi heavy2 konflik bila baca mmg terasa i like it



Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 6, 2015
x nk cerita panjang...sbb ramai yg dah review...n saya suka cerita ni...
meleleh air mata...walaupun Naaz ni agak kejam..tp bila dia dah jd baik dan masa tu dia dipersalahkan..rasa sedih sgt..bila si suami yg dah janji akan berdiri disisi Naaz tetapi selepas semua terbongkar Naaz dihalau oleh Naim..bila Naaz dah pergi..baru la Naim tau gelabah...padan muka...tp bestt..
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
October 3, 2014
Membaca karya kedua penulis mmg tdk mengecewakan.
1st time sy membaca novel yg wtk heroin sgt kejam sggup buat apa saje asalkan dpt apa yg diingini.
Tp btl bagai dikata what goes around comes around. Itu yg terjadi pd heroin saat dia mula mhargai org2 sekeliling & saat itulah dia hilang smuenya bila rahsianya terbongkar satu persatu.
Kdg2 tekanan hidup & org2 skeliling yg mbuatkan seseorg itu hilang pertimbangan itu yg cuba disampaikan oleh penulis dlm novel ini.
Kalau nak tahu kisah selanjutnya apa yg terjadi kene la beli novel ni mmg tidak mengecewakan.
Kepada penulis good job & keep it up.

Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
March 30, 2016
Naaz dan Naim, berjodoh walaupun dengan cara yang salah (mungkin). Bersama Naim, Naaz mula berubah fizikal dan emosi. Naaz hanya ingin kebahagiaan bersama Naim dan keluarganya. Naaz yang jahat (rasanya bukan jahat, dia cuma tak stabil emosi dan jiwa) menerima kifarah akibat perbuatan salah yang dilakukan dulu. Naim yang mengetahui pekung Naaz mula membenci dan menghukum Naaz. Tapi Naim tak sangka yang Naaz akan tinggalkan dia seperti yang dia minta. Naim mula meracau apabila Naaz menghilang. Mujur Naim menjumpai Naaz akhirnya. Naaz kembali bersama mamanya yang kian pulih dari penyakit jiwa.
Apabila cinta kepada Allah bertambah dalam, kita akan reda dan semakin tenang.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
May 24, 2020
[BOOK 26]

Dia Yang Ku Jadikan Suami by Rinsya Chasiani.
.

Best!!!
.

ni antara buku yang tebal (700 muka surat), tapi aku boleh baca dalam masa 1 hari dan sanggup korbankan tidur aku semata-mata tak sabar nak tahu endingnya. Dahlah ni musim reading slump aku. so, hebatlah buku tu kalau aku boleh habiskan in one sitting.
.

dalam 15 bab pertama, aku memang rasa menyampah giler ngan Nazneen. Sumpah jahat. weh, dia pernah upah orang suruh rogol kawan yang dia tak suka. bodoh la minah ni. pastu dengan sombong berlagaknya. memang betul-betul watak villain.
.

pastu, dia jumpa ngan Naim. Naim ni stok lelaki baik la. dah tunang ngan perempuan baik jugak. Dan memang Naim tak suka perempuan macam Nazneen. Seksi dan berlagak. So, Nazneen ni pulak rasa tercabar bila Naim ignore dia. So dia nak kenakan Naim macam dia kenakan kawan dia dulu tu. Tapi terjerat diri sendiri jugak.
.

Akhirnya dorang kahwin. Tapi okay je la untuk Nazneen, sebab dia still ada chance nak kenakan Naim. Tapi lama kelamaan dorang saling jatuh cinta. .

Yup, part lepas dah jatuh cinta tu, memanglah sedih. Bila Nazneen dah insaf, takde siapa percayakan dia. sedangkan dia sendiri try untuk keluar dari mood depression dia. Masa ni la, semua kejahatannya dulu terbongkar. Memang sedih giler. Bengkak mata aku menangis.
.

okay, part Naim menyesal pulak. sebenarnya, aku tak puas hati sebab senang je Nazneen maafkan Naim. hahah..tapi penulis ni bijak. dia create halangan dari luar pulak. contohnya mak Nazneen yang tak suka Naim. haaaa..baru gelabah kawan tu.
.

overall, kalau cari novel yang sweet-sweet, this is not for you. Tapi kalau cari novel yang 'berat' isinya, penuh dengan emosi dan air mata, bolehlah try baca
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
December 23, 2014
Bila ego & amarah menguasai diri, segala pertimbangan ditolak ketepi. Apabila sombong & bongkak beraja di hati, dendam kesumat membara bak api.

Nazneen Fatah tidak menyangka yg rancangan jahatnya utk mengenakan Naim Khair akhirnya memakan diri. Atas dasar cabar mencabar mereka berstatus suami isteri. Walaupun egonya melangit, Nazneen akur yg suaminya itu dicintai sepenuh hati tp cemburu yg menguasai membuat dia ingin menakluki. Walaupun dendam di hati, Naim akhirnya tewas dgn perasaan sendiri apabila sayang mula menjalar di hati buat sang isteri.

Saat bahagia mula dilatari, badai dtg menguji. Nazneen dituduh mendatangkan celaka kepada ibu mertuanya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila segala perbuatan jahat Nazneen selama ini terbongkar yg menambah benci di hati mertua serta suami.

Nazneen akhirnya insaf & reda dgn kifarah atas segala kejahatannya selama ini. Dapatkah Naim menerimanya kembali & adakah kemaafan dapat diperolehi dpd insan2 yg pernah disakiti?

Karya ini mengajar kita tentang setiakawan, tentang perlunya kesabaran bg menguruskan amarah, tentang keredaan atas kifarah atas perlakuan kita serta reda menerima qada' & qadar.

Namun terdapat beberapa kelemahan dlm karya ini bila mana faktor yg menyebabkab Nazneen berperwatakan negatif tidak dijelaskan dengan terang utk menguatkan penceritaan. Pengakhiran cerita agak longgar kerana sepatutnya boleh dimantapkan lg bg menunjukkan keinsafan watak- watak utama yg sebenar-benarnya & jika ingin dibuat pengakhiran yg bahagia, kebahagian itu tidak terserlah sebetul-betulnya.


Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
February 20, 2016
DYKJS sememangnya karya yang luar kotak. Jalan cerita yang tak klise...Namun padaku kisah ini agak tragis buat Naaz...kesian sungguh....sememangnya dia berdosa..namun sikap Naim yang seakan lebih melebihkan ex tunangnya memang menyakitkan hati...ku suka watak Naaz namun padaku Naaz agak lemah..Agak kurang lojik wanita berkerjaya dan obses dengan kerja jadi surirumah selepas kahwin...aduhai sayang suami patut ada caranya...Si Naim plak boleh plak ego...dengan orang lain boleh berlembut namun dengan istri....memang ku beremosi baca naskah ini sehinggakan part yang tidak penting ku skip untuk mengejar kesudahan Naaz dan Naim...Tahniah 3.5* ...

#Sejujurnya ku lebih suka Naskah di hatiku ada kamu!!
#I like Rinsya Chasiani
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
October 10, 2014
seriously saya menyesal bace novel ni sebelum tido...gle menghantui btol ble dah start bace..sampai rase menyesal x bwk pi opis..
oh macam tu sekali feeling nye...
sy punye 1st impression utk novel ini adalah terbaik meletop kebaboom!!
ape yg buat sy terus melekat adalah kelainan watak heroin..
heroin berwatak jahat, keji, busuk hati, kejam
kot laa wujud org camni .. harapnya bkn laa dari kenalan sy.. haha
geram jgk kat naaz .. knp la ko jahat..
tapi takdir merubah segalanya ble naaz berkahwin dengan naim..
klo sy ditempat naim pon sy marah kne tipu... tapi klo hati dah syg knp nak mesti ade dendam lagi kan. after all naaz pon dah taubat...
thank u penulis.
Profile Image for Wann.
35 reviews8 followers
January 4, 2015
it's interesting...first time baca novel watak heroin yg len dr yg len, antagonis...biasanya heroin dlm novel slalu stok yg baik2, lemah n sentiasa mnjdi mangsa org len smpikan sy xbpre suka dan menyumpah sesetengah heroin2 terlalu lemah dan menurut ala2 cinderella. kalau ada pon yang liar tp naif dan baik hati. but this heroin very different sbb perangai xserupa manusia dia. but what goes around come around and bila dia berjumpa gn naim bru bertemu buku dengan ruas...tp respect la slps berkahwin dia sedaya upaya berubah kpd yg lebih baik wlwpon xsepenuhnya...well better dr chapter awal yg dh terang2 tunjukkn perangai jahatnya...anyway i love this novel...
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
July 27, 2015
agak lama utk habiskan citer ni...bkn tak best tp sbb byk sgt buku jdnya tertangguh saja...

citer yg bagus...mudah difahami...pelbagai rasa dlamnya...apa pun yg pastinya happy ending!
129 reviews3 followers
April 2, 2021
novel ni packed with conflict ya. Watak heroinnya sendiri membuatkan saya berfikir-fikir boleh ke nak teruskan baca. BUT lepas selak-selak m/s kat handphone (ebook: https://www.e-sentral.com/book/info/3...') mcm boleh relate dan hayati kisah hidup naaz ni.

I'm not making excuses yg Naaz patut dimaafkan sbb hidup dia susah yadda yadda yadda. tapi since i'm a sucker for drama. haaa ambik. bersusun konflik. Ada masa yg rasa kesiannya kat Naaz ni. Dia tak rasa ke sikap dia tu buat org lain mual dgn dia. Dia sendiri yg tempah. Dan rasa sedih part dia dilayan dingin oleh suaminya dan MIL. time tu pulak dia dah menyesal.

soooo utk sesiapa yg adventurous dan nak kan kelainan, iaitu watak perempuan nya yg jahat tapi at the end berubah baik. boleh try novel ni. btw, watak dia somehow mengingatkan saya pd novel Emy Roberto - Maaf tak Indah. it's not easy utk penulis menulis cerita yg menentang norma cth nya mcm novel ni where the heroin agak setan perangainya. but rinsya did it splendidly. mmg semua feeling keluar laaa baca novel ni.
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
January 18, 2021
Jarang-jarang watak heroin yang digambarkan jahat tahap dewa! Tapi itulah Naaz. Wataknya akan buatkan pembaca rasa sesak nafas! Sakit hati, geram, marah, semua rasa yang tak baik ada pada heroin ni. Tapi... bila satu persatu balasan yang diterima hatiku jadi kesian pulak. Serius. Tak tipu. Orang lain yang baca seronok bertepuk tangan bila Naaz terima musibah, ceq pulak teresak-esak nangis. Hahaha... hati tisu sungguh! Pandai penulis menggarap watak-watak yang ada dengan baik. Tahniah. Suka cerita ni. 💙
Profile Image for Su Zainudi.
142 reviews
June 18, 2023
Penceritaan agak perlahan mmbuatkan speed mmbaca pun jadi perlahan. ada few scene ditinggalkan tanpa kesudahan atau tidak diceritakan secara detail menyebabkan kita tertanya2 ape sebenarnya yg berlaku sedangkan itu adalah antara scene yang penting bagi saya. salah satunya ialah pemergian naasha yg menjadi antara sebab naaz berubah 180°. overall ada scene yg perlukan lebih penceritaan dan ada scene yg tak diperlukan. apa pun, ini ialah buku lama dari penulis ini yg diperam, jdi saya pasti penulis makin maju dlm penulisannya. teruskan menulis buat penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for mackanna.
7 reviews
August 20, 2023
bagi saya… cerita ni agak cliche. saya aku bersimpati dengan naaz, walaupun dia jahat tapi dia baik di lubuk hati. mencintai lelaki yang tidak mencintainya semula memang menyakitkan. saya memahami apa yang dirasai oleh naaz, terpaksa hidup sendiri, bergantung pada diri sendiri, membesar dengan sendiri. kalau saya ditempat naaz atau orang yang berdekatan dengan naaz mungkin saya akan menyebelahi naaz. (salah satu buku yang berjaya membuat saya menangis)
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
April 16, 2015
Superb! naik turun nafas baca. Heroin jahat!! mula-mula je jahat, tapi apa tak nya sebab dia dibesarkan tanpa panduan, apa yang di nampak hanyalah dendam. Semua yang dia hendak mesti dia dapatkan, sampai lah dia terduduk bila rancangan tak menjadinya pada Naim Khair. Jejaka yang cuba di onari, tapi dia pulak yang terperangkap!.

Kesian juga masa Naim tolak dia sampai jatuh, luka lutut dan siku, depan balai polis pulak tu....
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
April 1, 2015
Storyline yg tersangatlah berlainan dari novel2 yg ada skarang. Syabas buat penulis kerana menghasilkan watak Nazneen yg berlainan dari watak heroin yg stereotype. Kalau slalu kite baca melalui watak heroin yg menjadi victim, kali ni kita merasai perasaan dari watak antagonis.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.