Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hatiku Dicuri Lanun

Rate this book

447 pages, Paperback

First published September 1, 2014

4 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Que Sera Sera

10 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (52%)
4 stars
21 (38%)
3 stars
4 (7%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
February 10, 2015
Sekian lama ku tak baca buku2 pure fantasy selepas Harry potter. Bukan tak nak baca tapi tak jumpa yang kena ngan jiwa. Malas nak layan yg versi romatik overdose. Dan kurang sesuai dengan jiwa melayu aku~
Bila baca HDL ni... kluar balik semua semangat fantasi yang lama tersembunyi dalam diri..
Memamg best dan tak sabar nak tunggu buku Fara H pula lepas ni... :)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
Read
October 5, 2014
05-10-2014:

Kompilasi ini menghimpunkan ceritera bergenre fantasi hasil karya 3 penulis. Bagi saya kompilasi sebegini ini adalah pilihan alternatif kepada kisah-kisah yang sedia ada di pasaran. ;) Saya sukakan kesemua cerita yang terkandung dalam buku ni. Cuma adakalanya sesebuah cerita diakhiri dengan terlalu pantas. Tak sempat nak feel pun. :P Ada juga yang berjaya memangkin rasa teruja, tapi sebab cerita pendek, maka keterujaan tu pun tak sempat nak berkembang. Hehe. Apa pun tahniah atas usaha penerbit dan penulis untuk menghidangkan cerita bergenre alternatif sebegini buat pembaca. Mudah-mudahan usahanya tidak terhenti di sini sahaja. :)

Ada 6 buah cerita yang terkandung dalam buku ini:

1. Hatiku Dicuri Lanun - Que Sera Sera
Setiap kali bulan mengambang penuh, ada suatu misteri yang menghantui Danika Mae (Danika). Pastinya Kapten Ken yang baru dikenalinya itu jadi penyebab kepada segala misteri yang berlaku kepadanya kerana setiap kali bulan mengambang, Danika akan dibawa menaiki Mumba Hitam merentasi gelombang jingga untuk bertemu Kapten Ken. Dan bila sedar keesokan harinya Danika bagaikan terlupa apa yang telah berlaku kepadanya sebelum itu. Kemudian muncul pula Dr. Eskandryan yang mirip Kapten Ken dalam kehidupan nyatanya. Siapa agaknya mereka berdua ni dan apakah yang dimahukan daripada Danika?

2. Ada Dia - Fara H
Night Crawlers kembali lagi! Bagi yang sudah membaca The Untold Story, ini adalah kesinambungan kisah Aidan and the gang. Kali ini mereka kembali dengan cabaran untuk menyelamatkan Nael dan Amy (seorang penulis kisah fantasi yang secara tak sengaja telah menemui kisah di sebalik kewujudan Gardian). Pihak Gardian memburu mereka untuk mendapatkan kembali jurnal tentang Gardian yang berada di dalam simpanan Amy. Berjayakah Aidan menyelamatkan mereka berdua tanpa merisikokan hubungan cintanya dengan Aira?

Tak puas baca kisah ni. Lebih-lebih lagi bila ada terselit prolog Hikayat Gardian tu. Baru rasa teruja nak melompat dah kena potong. Ish...

3. Skypirate - Izza Hani
Setelah kemusnahan Kerajaan Illyra, Mireya mendapat suaka politik untuk menetap di bawah lindungan Kerajaan Amaranth. Walaupun layak mendapat pelbagai layanan istimewa, Mireya lebih rela hidup sebagai rakyat biasa. Memegang janji yang pernah dipatri sewaktu bersama Zander, Mireya nekad untuk memilih kerjaya sebagai tentera udara Kerajaan Amaranth. Cuma bila dirinya menjadi rebutan antara Kapten Luke dan Putera Ziyad, Mireya bertindak memilih untuk menyertai Skypirate yang kemudian menemukannya dengan seseorang yang telah dinanti sejak sekian lama.

4. Cinta Sayap Hitam - Que Sera Sera
Ruqya Amni (Kea), merupakan anak gadis kepada Rihanna dan Addi (Kau Kekasih Gelapku). Sejak kecil, hidupnya sentiasa dilindungi oleh individu di sekelilingnya kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpanya disebabkan keistimewaannya itu. Kemunculan Rif Aryan, lelaki bersayap makin menyukarkan hidup Kea. Sekalipun Rif Aryan sudah berterus terang tentang tujuan kemunculannya untuk melindungi Kea, tegakah Kea meninggalkan kehidupannya untuk bersama Rif Aryan?

Cerita ni pun kalau dapat dikembangkan lagi pun bagus. At least, terubat rindu kat Ryu. Eh. Kenapa Ryu yang diingati ni? Hahaha.

5. Butterfly-X - Fara H
Bila kemakmuran dan kekayaan Elipsie musnah di tangan pemimpin korup dan kotor, muncul kumpulan pemberontak yang menggelarkan diri mereka Butterfly-X. Mereka berhasrat untuk memusnahkan barisan kepimpinan korup dan mengembalikan kemakmuran Elipsie seperti 20 tahun lalu. Namun bila kenangan lampau muncul Airis harus membuat pilihan sama ada untuk meneruskan perjuangannya atau akur dengan permintaan Kyrian yang mahukan mereka kembali seperti dahulu.

6. Hessa My Roses
Cerita pertama yang saya baca dalam buku ni. Semuanya gara-gara Mejar Razien. Hehe. Hessa, salah seorang perisik puak pembebasan berhasrat untuk menyelamatkan Putera Hayden, yang juga merupakan abang kandungnya. Pertemuannya dengan Mejar Razien, salah seorang pemimpin tentera Ilunati bagaikan pembuka jalan buatnya menyiasat tentang kedudukan Putera Hayden. Berjayakah Hessa menyempurnakan misinya?
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
September 30, 2014
done done done

fiuhhh my 1st malay fantasy novel

serius ingat xbley hadam ya syukurrr semua telus masuk ke dalam otak MB hihihi

bintang??? berjuta2 bintang MB bg kat dorg terutama QSS

hatiku dicuri lanun - sgt2 mencuri hati MB saya suka sgt2

Ada Dia - xsangka MB cik FH kite buat story cmni mmg kne cari buku UL dia hihi

skypirate - not bad tp mcm xcukup hehe want more zander n reya cikit sgt

cinta sayap hitam - yg ini mmg sakit jiwe wahai QSS knp pendek benorrr xsempat nk feeling2 dah hbs
xsabar menunggur full mss

butterly x - c u when i c u sabar menanti

hessa - oh mai totally my fav kalo full mss ni pasti meletup

so HDL totally my fav wink wink >_<
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 1, 2020
[BOOK 49]

Hatiku Dicuri Lanun (Kompilasi Ceritera Fantasi)
.

Jarang-jarang sekali la nak ada mood baca cerita fantasi ni. Sebab aku ni susah sikit nak berfantasi especially cerita yang diluar alam gitu. Dalam ni, ada 6 cerita pendek dan honestly, aku suka giler cerita Que Sera Sera. Memang best.

1. Hatiku Dicuri Lanun - Que Sera Sera
.
Cerita ni best! Danika dan Eskandaryan. Setiap kali bulan mengambang, mesti ada benda aneh berlaku.
.

2. Ada Dia - Fara H
.
Ni cerita Farah Husain. Sebenarnya ada kaitan ngan The Untold Story, tapi sebab aku tak pernah baca, so, macam tak faham sangat la.
.

3. Skypirate - Izza Hani
.
Mireya dan Zander. Okay jugak.
.

4. Cinta Sayap Hitam - Que Sera Sera
.
Katanya ni kisah anak kepada pasangan dalam novel Kau Kekasih Gelapku. Kea dan Aryan ada la jadi cameo dalam Hatiku Dicuri Lanun.
.

5. Butterfly-X - Fara H
.
Kisah ni cam tergantung.
.

6. Hessa My Roses - Que Sera Sera
.
Pun best. Razien dan Hessa.
.

So, kesimpulannya, semua best especially yang Que Sera Sera la. Tu memang favourite.
Profile Image for Farhana  Zukri .
127 reviews10 followers
December 21, 2014
Buku daripada rumah penerbitan fantasi yang pertama di Malaysia. Tahniah kepada para penulis! Sebuah kompilasi kisah fantasi yang tak akan menghampakan pembaca! ;)


Spoiler!

Hatiku Dicuri Lanun by Que Sera Sera:
Mula mula baca, sempoi betul watak Danika ni. Dahla main selamba aje dia gaduh dengan pensyarah dia si Dr. Ryan tu. Memang penuh tanda tanya sebab keliru dengan kemunculan Kapten Ken setiap kali bulan mengambang tu. Mula-mula fikir mungkin Kapten Ken tu dari masa hadapan, datang nak jumpa Danika dan mungkin Dr. Ryan tu boleh jadi Kapten Ken sebelum masa hadapan. Dan ada juga fikir Danika tu sebenarnya amnesia pasal siapa diri dia yang sebenarnya dan Kapten Ken datang nak kembalikan ingatan dia. Alih-alih, rupanya ini sebuah kisah sumpahan kerana ketamakan Kapten Ken dan isterinya.

Ada Dia by Fara H:
Serius cakap tak berapa nak faham sangat sebab tak baca lagi The Untold Story. Tapi serius saya suka sangat dengan kisah ni walaupun ada rasa kasihan pada Diaz pada akhir kisah ni. Sebuah kisah yang disusun dengan baik dan plot yang menarik. Aira yang sentiasa mencuba untuk meneguhkan hatinya dan Aidan yang tidak dapat melupakan dunia Night Crawlers. Mengharapkan Hikayat Gardian dapat diterbitkan dengan secepat mungkin.

Skypirate by Izza Hani:
Saya salute pada kak Izza sebab bila baca kisah ni seolah-olah dapat bayangkan anime genre mecha seperti Gundam dan Macross Frontier. Dengan pengisian info mengenai pesawat-pesawat canggih dan penyusunan taktik dalam kisah ni, saya dapat simpulkan yang kak Izza benar-benar buat kajian untuk memasukkan elemen seperti anime genre mecha ini. Kasihan pada Luke dan Putera Ziyad tapi nak buat macam mana, hati Mireya teguh kepada Zander.

Cinta Sayap Hitam by Que Sera Sera:
Saya mengharapkan sambungan ini kisah ini. Serius. Sebuah kisah yang menarik dengan watak heroine yang selamba dek aje dengan si hero yang kacak. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang Rif mahukan daripada Kea? Adakah betul dia nak melindungi gadis itu daripada buruan kaumnya sendiri?

Butterfly-X by Fara H:
Sebuah kisah yang tersangat pendek. Nampaknya mungkin akan ada sambunga dan bentuk manuskrip penuh. Apa yang terjadi pada Airis? Adakah Airis dan Kyrian akan melalui jalan yang bercanggah sesama mereka? Apa yang terjadi dahulu?

Hessa My Roses by Que Sera Sera:
Sebuah kisah yang sangat menarik! Hessa yang licik dan Razien yang miang. Suka betul bila Hessa terpaksa tahan diri daripada hadiahkan jurus-jurus nama pelik pada Razien. Tapi tak dapat dinafikan Razien seorang yang romantis dan setia pada Hessa bila dia korbankan diri dia untuk selamatkan Hessa daripada penjara. Lawak bila baca bahagian abang Hessa dan Razien bergaduh.

Profile Image for Jessica.
171 reviews
February 13, 2016
2016 - #Novel14

Kompilasi cerita fantasi yang sangat menarik. Bawak kita ke satu dunia yang lain. Sambil baca membayangkan suasana yang ditulis buat kita teruja dan nak ada dunia macam tu.

Hatiku Dicuri Lanun (Que Sera Sera)
I like Danika dengan Dr Ryan ni. Gaduh-gaduh tapi I rasa sweet aje. Sumpahan terhadap Anna Mae dan Kapten Ken membuatkan hidup Danika dan Dr Ryan kelam-kabut. Rasa cam tak puas aje. Nak diaorg sweet sweet lagi. hahah...

Ada Dia (Fara H)
I like this too... Kesinambungan kisah Aidan & Aira. Konflik berlaku lagi membuatkan hubungan mereka terancam. Aidan dan Aira ni pon sweet. Diaz pula sangat setia disisi Aira bila Aira susah. Tunggu kisah Nael & Amy. Hikayat Gardian. lom keluar lagi kan?

Skypirate (Izza Hani)
Kisah yang menarik. Kesian Luke pula bila baca kisah ni. Tapi Mireya masih tunggu Zander. Wajah Rick yang sama buat Mireya lagi berharap itu Zander. Hmmm... but walaupun Rick garang tetap dia caring pada Mireya.

Cinta Sayap Hitam (Que Sera Sera)
Kea... ada dalam kisah Danika & Dr Ryan. Kali ni dia jatuh hati dengan Rif Aryan. Ramai sangat tentang hubungan mereka sebabkan misi rahsia Rif Aryan. Nak tahu sangat kesudahan mereka ni. Bersama atau tak? Pendek sangat laa... huhu...

Butterfly-X (Fara H)
Ni pun sama. Pendek dan buat orang tertanya. sengaja tau. Tapi best sangat. Airis yang tetap mahu mempertahankan rakyat Elipsie bertemu cinta lamanya, Kyrian, salah satu anggota musuh Airis. Tapi Airis tetap mahu teruskan perjuangannya. Sian Kyrian.

Hessa My Roses (Que Sera Sera)
Hessa dan Razien. Macam-macam helah dan taktik mereka berdua ni. masing-masing ada agenda. Hessa berjaya jejak abang dia yang hilang dan bila dia mula nak bahagia dengan Razien ada pula rahsia terbongkar. Sekali lagi Hessa rasa kehilangan. Sweet diaorg weh. Ending dia agak kelakar. haha...
Profile Image for Dkhadyza.
22 reviews
October 9, 2016
Whoaaahh wat can i say..superb i lurve it from the begining till the end..at first hmm im asking myself why so sudden i lurve this kind of genre..well after read it n the conclusion is ten thumbs up guys...haha speaking london la pla mengada kan mcm la grammar tu betul ekk..tapi kan serius ckp mmg berbaloi la baca even lambat giler aku nak abihkan..sayang sngt nipis...kan best kalu buat version tebal sket dear penulis2 tersayang...anyway harap2 writer2 tu buatla dlm versi tebal k ..mmg tak rugi beli biar pon sabah bilang kelambatan betul la ko ni ...
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
February 20, 2015
hatiku dicuri lanun - sweeet like pirate carribean

ada dia - erm so so

skypirate - ♡♥♡

cinta sayap hitam - knapa sikit sgt critanya wahai penulis plss continue .p/s : ini crita about Kea (anak Rihanna ngn Addi )

butterfly x - erk so so so

hessa my roses - alolololololololo so suweeet
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
September 24, 2021
1)Hatiku dicuri lanun

Niki oh niki. Crap! 10 tahun niki oiiii. Kesimpulannya, ask! Don't make your own assumptions.

Since aku suka demon clan, cerita ni memang aku suka gila la.

Dalam aye aye tuan presiden, kapten ken duk merayau kat gelombang jingga sebab nak cari danika.

2)Ada Dia

Plot cerita dah best cuma klise la bila aira end up with aidan. Lagi best kalau aira dengan diaz. Barulah dynamic. Dua insan berbeza bersatu. Cerita pasal gardian tu pun menarik juga.

3)Skypirate

Asal aku suka 2nd hero je ni. Tadi aku prefer Diaz, dalam cerita ni pun aku prefer Luke.

Not bad. Suka scene bila semua kat atas angkasa. Pertama kali baca scene pertempuran melibatkan jet pejuang.

4)Cinta Sayap Hitam

Wahai penulis yang cantik lagi bijaksana, kenapa, kenapa, kenapa cerita ni pendek sangattttt. Tengah syok baca, tiba-tiba tanpa dijangka, tamat. Ehhhh apa cer, apa cer. Sambungan kisah kea & rif dah ada ke? Nak beli ni

Kea anak rihanna dan adi. Tiba-tiba ada malaun nama rif muncul. Rif bukan dari dunia yang sama. Dia datang dari dunia akadia. Sekarang ni, tak tahu sama ada kea pilih rif atau tidak.

Tapi kan dalam, aye aye tuan presiden, Rif ada muncul selamatkan Jia. So apa cerita kea-rif ni?

5)Butterfly X

Hmm tak ada ending juga. Tergantung sepi.

6) Hessa My Roses

Ohh yeah. Cerita ni best sangat. Raz suka menyakat, Hessa suka memberontak. Banyak juga moment kelakar.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.