Apa rasanya jadi Nur Anis? Nama yang ringkas namun perjalanan hidupnya berliku sejak kecil lagi.
Dia dihina menjadi anak luar nikah walaupun bukan kemahuan dirinya dilahirkan begitu. Bertambah sadis bila ibu bapa kandung hanya mempergunakan dia untuk kesenangan mereka.
Namun untuk semua itu, Anis masih mampu tersenyum. Dia punya keluarga angkat yang sangat menyayangi dirinya.
Cuma, terdetik juga di hati Anis. Adakah keluarga angkatnya saja yang menyayangi dirinya? Menerima segala kekurangan dia?
Tengku Fateh Hayden.
Nama yang cukup terkenal di seluruh dunia. Anis sepatutnya rasa bertuah menjadi isteri lelaki itu. Salah seorang pelumba Formula 1 dunia yang menjadi tumpuan ramai dek kebolehan dan ketampanan si jejaka. Tapi Anis sedar diri. Fateh terlebih dahulu mencintai adik tirinya, Syamila.
Hancur. Sakit hati. Tapi Anis terlanjur mencintai.
Fateh yang tiada hati untuk Anis. Fateh yang dingin. Tiada kemesraan dalam perkahwinan mereka. Sampai bila perkahwinan yang beku itu bakal berlangsung? Anis juga punya hati dan perasaan ingin dicintai seorang lelaki.
Memang perangai penulis zaman sekarang eh asal nama dah "NAIK" sikit,mula lah kalau boleh dalam setahun nak keluarkan 5 buah buku.Padahal takde idea pun,bantai je tulis cerita entah apa2 janji dapat duit.Ye dak? (aku marah sebab buku ni mahal)
Fateh Hayden - RED FLAG.BODOH.BEBAL.SHIBAL.
Nur Anis - LEMAH.LEMAH.LEMAH.LEMAH.
Penulis ada masalah dengan orang nama Anis ke? Bapak lah lemah watak dia ni.Dah la hidup malang je.Dari dalam novel Faris,ke ebook Kiriman Tuhan,sampai jadi watak utama novel sendiri pun malang je nasib Anis ni.Menyampah aku sikit2 nak menangis. Fateh perangai entah apa2,sampai ke tamat aku tak faham perangai dia.Tak nampak pun dia betul2 menyesal dengan apa yang dia buat kat Anis.Cerita pun meleret leret je.Watak Hanim and Faris jelah yang ok dalam cerita ni.
Why must tunggu 5 years baru nak berbaik semula? Kenapa tak cari je wife? Reality... 3 months je orang dah gelabah nak tahu status marriage, okay.
Bila dah reconcile, wait a sec… korang tak rasa penat ke bergaduh and berpisah lima tahun? Why not setahun je? Apa yang best sangat berpisah lama² ni, F really don’t get it.
F suka scene bila whole family datang rumah Fateh. Masa isteri dihina, Fateh diam je. At first F was like... bro, please do something? Tapi nanti korang akan faham kenapa dia pilih untuk diam. Sakit tau hati ni!
Fateh ni clearly dikongkong oleh nenda. Dia pernah bercinta dengan mat saleh tapi tak direstui sebab agama, then dipaksa kahwin dengan Syamila. End up Syamila curang dengan kawan sepasukan sendiri. Lepas tu bila Fateh kahwin dengan Anis, tiba² nenda buat drama sebab baru tahu status Anis.
It interesting Anis ada two moms... one keras hati, one lembut. Her personality is shaped by both. Mak kandung yang dulu selalu buat hal pun slowly jadi mak yang baik bila Anis sanggup tanggung dia. Adik²Anis pun turned out well. Cuma Syamila punya acuan tu memang problematic. Sebab bapak dia tak guna. Bapak Anis jugak sadly.
Character Anis ni agak weak, mainly sebab dia membesar dengan label anak luar nikah. Her confidence is low, deep-rooted trauma. Masa dia confront Fateh dan Syamila tu… Ya Allah, F literally wanted to smack Fateh. Whatever came out from his mouth was so hurtful. Lagi sadis bila Anis masuk bilik Bianca. Feel deeply betrayed.
F really love the bonding between Anis and her foster siblings. That part was so warm. It made me feel like Anis is actually lucky... she’s truly loved by her family.
Cuma itulah… if berpisah setahun, it would’ve been so much better. Don’t drag it too long. Fateh pun satu hal... dumb move, kau tak reti balik tengok wife ke? 😮💨
I love CB’s writing but please… don’t make it that hard for the female lead.
I love the pain in this story and didn’t mind that there were less sweet/romantic scenes.
Fateh - introvert dan pendiam. He is the way he is sebab dibesarkan oleh nenda and I totally understand. Fateh isn’t really a red flag, it’s just that his character is the type that pendam perasaan and not the type that easily feels comfortable talking about intimate things.
Dalam 5 types of love languages, Fateh is the type that shows his love and care through actions. Dia jenis typical male yang nak selesaikan masalah sendiri dan tak nak bagitau orang yang dia sayang tahu. Luar beku, tapi dalam actually soft hearted.
Anis - Ingat tau, dia anak luar nikah and dibuli, dihina, didera oleh keluarga kandung sendiri and the people around her. The only love she had was from Faris, Hanim dan 3 adik laki dia tu. She has grown up with a traumatic past, low self-worth and sangat inginkan kesayangan terutamanya daripada ibu kandung dia. So, it is understandable that her character pun introvert dan pendiam, rasa macam tak layak gitu. Her pain and hurts are deep, seorang yang tak ada langsung kawan baik selain adik-adik laki dia. I feel her tears.
I love the detailed world building and character development in this story. Memang tak rasa bosan dan you just feel like nak continue to read on je.
Yea, there is miscommunication but I could accept it because I feel this is what is needed to push Fateh more and also make Anis be braver.
They are both prisoners of their past and present, and the separation made them realize how much they needed each other.
What doesn’t kill you makes you stronger. They came out stronger.
Fateh ni bukan jenis Heartless tp dia tak pandai nk zahirkan perasaan dia sbb dari kecik dia d ajar utk ikutkan je telunjuk nenek dia sampai dia tak boleh nk tunjuk perangai dia yg sebenarnya.. Tapi 1 je yg jelas, dia nk Anis dari mula dia jatuh suka saat pertama kali tgk Anis racing..
Anis pulak tipikal heroin melayu la.. Jatuh cinta dlu.. bila dah kecewa bawak diri then bila dapat kawin happy la kan sbb kawin dgn crush sndiri.. tp tu la.. mcm tipikal heroin melayu, bila berlaku salah faham je mula la buat andaian sndiri.. nk dengar2 penjelasan ni bukan jenis heroin melayu la..
berpisah.. after 5 years jmpa balik plus pakej dgn anak.. tung tang tung tang berbaik.. tambah anak.. ending.. Sekian..
3.5/5 stars.. Jika anda jenis pembaca penulisan Cik Bawang maka beli dan baca lah..
Plus, sy perasan la memang heroin cik bawang suka main lari2 ek.. Anis Fateh berlari2 dekat 5 tahun.. adik Fateh si Fahim pun main lari2 dekat 10 tahun.. Ha, parent angkat Anis yakni Faris anak Dean Dina pun main lari2 utk 4 tahun.. rasa nya famili depa ni memang jenis main berlari tanpa berbincang.. buat andai.. salah faham then lari bertahun.. balik2 bawak anak (kecuali Fahim dgn Suha) nnti kita tunggu famili dia org sapa lagi nk main lari..
Tp rasa mcm mostly stories dari Cik Bawang suka berlari..
My opinion? A very, very weak heroine. Like, seriously? Setiap masa menangis sahaja Anis. Mcm tu lemah sekali seorg perempuan ye. You get irritated when page after page asyik menangis je kerja si Anis, sebak, bergenang mata. Lps tu rasa bosan dengan si Fateh yg obviously red flag. And yet the girl still wants him. 634 pages yg sangat menyakitkan hati. Why I read until the end? Because I waited so long after pre-ordering. Tertipu dgn iklan di tiktok. Banyak jugak Malay novel yg saya baca. Most heroine bangun dengan lebih kuat lps dikecewakan. And rasa ada babak yg author lupa masukkan. Bila Anis mula bertudung? Perasaan Fateh lps tgk wife bertudung? Bila Anis habiskan Master? Janganlah buat heroine yg lemah!
Fateh ni rapat ngn nenda die.. sbb dulu masa kecik tkde sape jenguk nenda.. nenda kn dok sorg².. jdi ape segala rancangan dri nenda die ikot..
Die bercinta masa kt sane also nenda tau dan tk restu sbb lain agama.. pastu die di suruh kawin ngn Syamila (adik Anis) pun die ikot .. last ngn Anis pun smue nye mmg Fateh ikot.. mula² nenda suka ngn Anis tp bile nikah dpt tahu status Anis, trus die tk suka.
Lepas dorg kawin, baaaanyak sgt slh phm.. ye laa Fateh tu mmg di ajar oleh nenda die supaya kene jdi anak lelaki yg sejati.. tk bole lembik.. mmg Fateh jdi heartless laa.. Jdi die tk nk tunjuk ape perasaan die kt Anis..
Fateh kt sana for sure ade musuh.. musuh die pun tk di sangka² yee.. die buat plan untuk bgi Fateh ngn Anis berpisah.. nnt time tu, family dorg dtg sana and bwk Anis balik M’sia.. si Hanafi tu knape eh? Nk lebih kan Syamila dri Anis.. padahal silap die tu sampai kn Anis kene tempias.. adoii mntk kene ketuk Hanafi nie.. mmg Hanim mengamuk dan tk mengaku die abang lgi.. padan muka..
Nnt psl kes Fateh ngn musuh die, Syamila jdi saksi.. dan bukan free yee.. Syamila mntk 5juta.. sbelum ni pun Fateh ade jugk bgi 5juta.. wowwww mmg mata duitan btul..
Masa Syamila balik M’sia, IDD yg bwk family Syamila balik.. nnt dlm flight, Syamila buat tk tau jee kt anak die.. mmg IDD marah.. die pegi sound nyee Syamila… Syamila dgr sbb ada kaitan ngn duit.. mmg materialistik btul..
Cuma satu tk puas.. ending sweet² Fateh ngn Anis tk byk.. and why Nowah sooooo cutee? Tk sabar laa tunggu cite Nowah and Copie pulakkk..
Kenapa lepas habis baca, rasa scene Anis n Fateh tak banyak sangat eh? Lagi satu, saya penat panjang betul scene miscommunication, kalau bab hujung waktu Fateh Anis dah ok lagi best kot. Tapi geram gak aku dengan Anis ni. Tengah konfius Fateh sayang dia ke tak, lah sempat pulak lekat anak kedua aku la kan eiii 😤
Cik Bawang ni dia punya style penulisan sedap dibaca, so dalam geram2 aku tu pun cepat gak habis baca 🤣
First book from Cik Bawang and I kinda disappointed. Kali ni, memang tak setuju dengan booktok. Read way too many good reviews on this book.
Wasted half of the plot with lots of miscommunication and unnecessary subplots.
Jalan cerita menarik tapi dia macam semua benda tiba-tiba.
Watak Anis ni macam annoyingly lemah semacam. Memanjang nak nangis. Cuba kental sikit sebab Anis ni confirm dah tahu si Fateh ni jenis "heartless".
Paling tak suka dengan alasan "introvert". Dia macam lah tiberrrr.
Watak Haziq pun sepatutnya tak payah wujud, Haziq macam muncul lepastu hilang. Tak ada faedah pun ada dia. Kalau reconstrut more cerita Haziq, mungkin lebih menarik. Nampaklah macam Fateh ni SANGAT jealous dengan munculnya Haziq.
Fateh ni pulak semua benda nak berdiam. Haih. Apa susah betul nak mengaku. Pening.
Watak dalam cerita ni memang *terlalu ramai*. Sampai susur galur keluarga Anis pun buat saya pening. Confuse gila!
Lagi satu, banyak watak tu muncul sekejap je tanpa fungsi yang jelas. Macam saja-saja wujud dalam cerita tapi tak bagi kesan pun pada plot utama. Kalau watak tu tak wujud pun, cerita tetap jalan sama je.
Rasa macam penulis cuba sumbat terlalu banyak elemen, tapi tak semua dikembangkan dengan baik.
Edited: Saya baru tahu buku Cik Bawang ni macam bersambung-sambung. So cerita ayah & mak hayden muncul lah kut dekat novel Cik Bawang yang lain (ye ke?)Tapiiii sepatutnya cerita ni boleh jadi as stand alone? TAPIII saya still confuse dengan watak yang ada???? hhahaha
Sebelum cerita pasal Fateh,kite cite dulu pasal Anis..Ya allah sedih sungguhlah hidup Anis nii..i tak bolehlah..bayangkan Anis ni ada tiga ibu,dua bapak..first papa Faris,second bapak dia,si Hanafi tu..Hanafi ni memang tak gune..serius cakap..tak pernah berubah ekk hidup ko nii..stress hakuu..Anis ni penulis,cantik,pandai..Ish memang girl crushlah Anis nii..suka2..nak tahu lebih lanjut pasal Anis ni siapa dan sebagainya..sila baca faris dan kiriman tuhan tauu..
Hero pulak..Fateh Hayden..ya Allah mamat ni ye..heartless nya tinggi melangit bangett..perangai dia ni bikin confius..yg penting Fateh ni hensem lah..driver F1 kott..cuma perangai je yg bikin stress sampai rasa nak pukul sikit
Ok macam mana Fateh boleh kahwin dgn Anis ni?Ha alkisahnya beginii..Fateh ni memang membesar dgn nenda dia si Tengku Linda ni..ha nenda ni kau saba japp..emosi ni ngan kau nii..saba2..So nenda si Fateh jodohkanlah Fateh ni dgn Syamila..siapa Syamila?adik Anis..yess..Syamila ni un aku sakit hati gak dgn dia ni..Demi mendapatkan Fateh dia raih kepercayaan nenda Fateh nii..nak jadikan ceritanya,Fateh dgn Syamila ni tak jadi kahwin sebab Syamila ni curang weyhh dgn kawan Fateh sendiri depan mata si Fateh..dah lah time tu hari pernikahan diorang..memang mengamuk nenda si Fateh nii..
Ok.disebalik kisah si Syamila yg suka si Fateh ni..senanya,si Syamila ni tahu yg Anis ni suka Fateh..tapi still nak ye kat Fateh si Syamila ni..part ni I cam..sampai hati kau nak amik crush kayak kau..betapa broken ye hati Anis time tu bila dia dapat tahu yg boyfriend adik dia selama ni tu crush dia..tertusuk jiwa raga Anis..memang after tu Anis bawak diri pergi sambung master sebab broken..
After bertahun,Anis balik ke pangkuan family dia after family dia cakap ada orang masuk minang dia..woww..I cam siapa yg meminang Anis nii..dan yg masuk minang dia tu Fateh tapi melalui nenda Fateh..always ada nenda ni sebab dia yg aturkan pasal jodoh si Fateh ni..nenda sumpah gi jauh2 please
Jadinya Fateh dgn Anis ni pun kahwin..Anis still cintakan Fateh ye anuck2..jap buntu camne nak cerita
Tapi sukalah part Anis dgn Hayati,ibu kandung dia..memang Hayati bagi tips kaw2 kat Anis tu..lagi2 bila dapat tahu tujuan si Fateh tu kahwin dgn Anis tu sebab apa..ya Allahh memang kaw2 si Hayati ni marah Anis tu sebab nangiss..dia tak nak Anis jadi macam dia dulu..
I think perkahwinan Fateh dgn Anis ni sumpah boleh je bahagia cuma si Fateh ni yang payah sangat..suka cakap jelah suka..sebab action Fateh dekat Anis tu memang nampak yang dia care sangat pasal Anis tu..lambat sedar je..ha steghess..Anis tu sacrifice hidup dia yang dah bahagia tu untuk hidup dengan Fateh,duduk negara orang sorang2..How dare you did it to Anis Fateh..kau tinggalkan dia sorang2 after baru sampai kat Monaco tu..kesian Anis kitaa..dapat tahu pulak sebenarnya Fateh pergi jumpa ex tunang dia..double kill Fateh always cam,important sangat ke cinta dalam hubungan kita ni..you & me are housemate..astagfirullah..memang mintak lempang ekk..kau yg tipu diri kau sendiri kan..ha kau rasakan penipuan kau tu..
After banyak kebenaran yg Anis tahu pasal Fateh tu..I think cam too much ah Fateh..Dia camne ek..dalam situasi tu,Anis nampak yg depan mata tu memang sah2 Fateh dgn si Syamila tu dekat rumah Fateh tu..Anis sah2lah salah faham..pastu Fateh ni cam try to explain,tapi dia tak pujuk pun Anis tu..kau buat Anis tu makin kecewa..ha pastu yg si Syamila tu takde un nak explain apa2 kat Anis..scene ni memang I bengang yg sesungguhnya..kesian Anis nangis kat situ..ishhhh
Lepas tu Anis dapat tahu pulak yang sebenarnya kawan Fateh yg Bianca tu,Fateh dgn Bianca pernah bercinta..ha memang triple,maniac kill semua..Arghhhh..I cam just whyy eh Fateh..kau ni dahlia macam bagi harapan kat Anis tu dengan kau punya action tu..pastu bila come to benda2 camni kau jadi cam tak tahu nak buat apa2..
Scene yg Faris,Farel and the family datang tu sumpah tau Fateh..kau memang kayak kena tumbuk ahh..kau biarkan Faris kesayangan reader ni sampai berlutut merayu untuk pulangkan Anis kalau Fateh tak cintaa..kau sumpah ah Fateh..sakitnyaa hati aku Fatehh..lepastu Fateh kata dia ada reason sendiri kenapa dia diam..Arghhh..kau buat aku keliru tau Fateh..
After that Anis pun balik Malaysia lepastu Anis sambung Phd..dan Anis ada anakk..Nowahhh..comel giler Noah nii..Noah ni minat dekat Aiden tau..Aiden tu Fateh..
Ha,macam mana Anis dgn Fateh boleh jumpa after 5 years?semua sebab Anis pergi Monaco dgn Noah..Anis datang si niat untuk manuskrip dia,untuk Noah..sebab Noah kan minat Aiden.. Ha dekat sinilah diorang jumpa..Fateh dapat tahu yg dia ni ada anak rupanya..sebab muka Noah tu memang cam copy paste muka dia..so dia amik Noah ni..dia kata kalau nak Noah kena jumpa dia kat rumah diorang..lepastu adik2 Anis ni sah2lah risau giler kat Anis..
Anis pun pergilah jumpa Fateh..after je Anis tu datang..memang Fateh peluk Anis tu..Ha dalam hati I,tahu pun rindu senanya..ego je terlebih nii..Anis punya lah explain dia penat nak bertahan dalam hubungan yg tanpa cinta ni..si Fateh tu cam tak faham..memang heartless betullah..geram akuu..disebabkan Fateh desperate camtu,dia kata kat Anis kalau dia keluar dari rumah tu,Noah akan stay forever dgn Fateh dan Anis balik tanpa Noah..so memang nampak desperate yg Fateh ni nak Anis balik dalam hidup dia..Fateh nak Anis ikut syarat dia untuk stay setahun dgn dia..and Anis un setuju..adik2 Anis memang marahlah..sebab dia taknak Anis terluka lagi dengan Fatehh..sedihlahh..adik Anis semua baikk dgn Anis..
Bila Anis stay dgn Fateh tu,nampaklah memang betul2 Fateh ni nak Anis ni ada dalam hidup dia..dia layan Anis sumpah baik giler..ha lepastu Anis ni tahulah pasal Bianca apa semua tu..After tempoh setahun tu,Anis ni nak ikut Noah balik Malaysia..dia cam Fateh ni memang layan Anis baik,bagi kasih dan sayang apa semua tu..tapi dia tak cakap un yg dia cintakan Anis..kalau I jadi un memang minta maaf bang,saya tarik diri..awak memang layan saya baik,tapi kalau awak tak cintakan saya apa gunanya kan..kita punyalah cinta kat dia,dia tak cinta kita..kalau cinta tu cakap jelah cinta Fateh oiii..after Anis desak2 cakap dia memang takleh nak stay apa semua tu,baru si Fateh ni cakap I LOVE YOUU!!Finally Fateh cakap I LOVE YOUU..dia mengaku pasal perasaan dia apa semua..ha..kan mudah Fateh kalau dari dulu kau cakap..hish2..
Tapi Anis still balik jugaklah Malaysia sebab nanti ticket burn pulak..Fateh kata nanti dia menyusul..tapi sampai kesudah tak menyusul..dah sebulan,tak datang2 pun si Fateh tu..Anis dgn Noah dah rindu tauu..last2 Anis pergi sana sebab Fateh tak datang2..HAHAHAHAHA..pastu Anis datang situ nampak yg si Fateh ni patah riuk..HAHAHAHAH..patutlah tak datang..Fateh un cerita lah apa yg jadi dekat dia apa semua tulahh..pastu Fateh dapat lak tahu Anis mengandung anak kedua lagi lah si Fateh ni happy giler..cara Anis nak reveal pregnancy dia kat Fateh tu sweet lah..Baikkan Anis kita nii..
Dan diorang pun happy ever after..yeayy..sekian byee..kita suka buku ni sebab detailing pasal F1 tu..lurve cik bawang..cik bawang betul2 buat research pasal F1 ni..I lurve itt
This entire review has been hidden because of spoilers.
Out of all Cik Bawang’s works that I’ve read so far, this one is probably the most emotionally wrecking 😅 I honestly didn’t expect my feelings to be shaken this badly. I was so emotionally invested that I actually felt angry, t00 annoyed with the characters 😭
And trust me, I have a lot to say about this book.
So far, the CB hero who has tested my patience the most is this guy: Fateh Hayden. He’s cold. Closed off. His presence is dominant. A successful F1 racer, the full package. But completely terrible at expressing his feelings. Of course, there’s a reason behind it. I thought his “heartless” side was just surface-level. Turns out… his heartlessness genuinely made me want to explode at him throughout the entire reading experience. He’s so complicated to understand 💆🏻♀️ The type who keeps everything bottled up inside. And that’s exactly where the problems begin.
Then comes Anis. Obviously, she dominates this story. Looked down on because of her status as an illegitimate child, living with deep insecurity, and struggling to get attention from her husband. But despite everything, she keeps enduring in her own way. The way she carries her pain feels like a reflection of her adoptive mother, Hanim. Only… Anis forgives and accepts things far too easily. To the point where it seriously frustrated me 😤 Thankfully, beneath her softness, there is still firmness. At least that healed my heart a little.
Before I go any further, let me say this clearly. Emotion-wise? Yes. Cik Bawang absolutely succeeded until the very last page. This book is emotionally exhausting in the best way. Even while I was angry and annoyed, I still couldn’t stop reading. No denying it, Cik Bawang’s writing always lives up to my taste and expectations. A book with over 600 pages, finished in one sitting! Can you imagine that? 😎
But honestly, I didn’t really feel the chemistry between Fateh and Anis. My emotions leaned more toward frustration. The main issue? Their love languages are completely different. Fateh shows love through actions. He loves quietly. But he DOESN’T TALK. Anis, on the other hand, needs words, reassurance and validation. So imagine two people in a relationship who don’t understand each other’s love language at all. Completely heartbreaking 💆🏻♀️
And this is where the miscommunication goes WILD 😭 Small misunderstandings turn into huge problems. Issues that could’ve been solved with one honest conversation drag on into long conflicts. They could’ve just talked things out. But when no one speaks, no one understands. THEY WON’T. And then the overthinking kicks in—especially the women’s overthinking 😩
Then comes the separation. Years apart with wounds that never fully healed. You can feel the regret, the longing, the unspoken feelings just… hanging in the air. This part made the frustration skyrocket. Five whole years and you didn’t even look for your wife? Where’s the effort? Putting too much faith in fate to the point that you didn’t even know you had a child? Ya Allah… the stress I felt because of you, Fateh 💆🏻♀️
On a brighter note, I absolutely love how healthy Faris’s family is. From the parents to the children, everyone is green-flag energy all the way 🍀 They love Anis equally, like their own daughter and sister. In fact, she’s even more special because she’s the only daughter and the “first child” of Faris and Hanim—even though she wasn’t born from Hanim’s womb.
To fully understand the Faris–Hanim–Anis backstory, you really need to read Faris, My Bestfriend’s Brother first. See? Above all, Faris is still the one who won my heart 😜🫶🏻
At first, I was worried Hayati would add more conflict to an already heavy story. But thankfully, we seriously needed her energy to toughen Anis up a little. Anis is lucky to have three mothers at once, even though their personalities clash 100% 🤣
I loved the moments when Anis finally “taught Fateh a lesson.” But honestly… I wish the grovelling scene had been longer. Let Fateh suffer a bit more 🤪 And let’s not forget cheeky little Nowah—suddenly having two dads; Papa Hajik and Papa Only 🤣
I have to admit, there were moments when I hated Fateh for being too heartless. There were moments when I was incredibly frustrated with Anis for always giving in. But then I realized… not everyone heals at the same pace. Not everyone knows how to love the right way. Some people are still learning, figuring things out as they go.
So if these tropes are your cup of tea, go ahead and dive into the bittersweet journey of Fateh and Anis. It’s definitely worth the emotional ride ✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
First of all, sejujurnya lepas habis baca buku ni rasa confuse sama ada nak rasa happy ke suka ke benci ke, i dont know? Which is why currently tengah reread on the second time haha.
Fateh :- Memang dah banyak fellow readers yang buat review pasal Fateh tu red-flag, tapi tak kusangka se red-flag ini ya beliau. Rasa macam sepanjang baca buku ni, 3/4 dari seluruh buku rasa sakit hati dengan Fateh. Ya,bukan Anis je yang sakit hati, I pun sakit hati. Hujung 1/4 tu baru nampak la Fateh tu lain dan kembali ke pangkal jalan seolah olah nampak cahaya di hujung terowong gitu ye ke peribahasa ni lantaklah. Masalahnya disebabkan I dah panas hati sejauh 3/4 buku, I perlukan lagi 3/4 bahagian yang Fateh tu sejukkan hati I balik. Dan terlalu mudah jalan hidupmu Fateh , saya cannot. Sikit sangat part dia menyedari kekhilafannya itu. I start baca buku ni lepas maghrib dan pada jam 3pagi masuk muka surat ke 450++ masih ku tertanya tanya Fateh bila kau nak insaf ni.. Mujur tak terbabas subuhku.
Untuk seseorang yang dilabel sebagai heartless, tak percaya cinta, dingin, yada yada, macam mana Fateh ni boleh ramah dan friendly dengan ex-tunang + ex-girlfriend dia? Sedangkan dia bersikap dingin melampau lampau dekat bini sendiri. Rasa macam tak tally dengan perwatakan yang digembar gemburkan. Sebab bila tengok balik Fateh ni seolah olah benci dekat Anis yang tak pernah buat salah apa pun kat dia. And spare the -dia seorang yang pendiam dan banyak pendam dan tak pandai meluah bs- sebab thats not how it seems like.. apa je pun yang kau nak pendam haha. The least you can do is act a little warmer towards your wife. She did nothing wrong to you in the past unlike your ex and even came with you all the way to the French Riviera! And at least come clean to her about your ex. Anis deserves more that what was given to her in the book.
Kemudian saya teringat Fateh ni umur 15 dah berhenti sekolah dan ke Italy untuk berlatih masuk F1. So adakah dia bengap sebab tak habis sekolah? Adakah dia sekolah di Italy? I dont knoww i dont remember that part. Lepas tu, tunggu 5 tahun? And even then pun tak pergi cari balik bini yang dah bawa diri tu. Ego tinggi tapi tak tahu untuk apa? The only good thing about Fateh is his face, his money and his achievement. Even dah hujung2 pun tak nampak sangat penyesalan tu. Macam Anis je yang cepat sangat bagi peluang. I rest my case for this guy.
Anis :- Watak Anis ni kita boleh tengok dari pelbagai sudut. Pada satu sisi, Anis ni dah lalui macam macam liku hidup sebagai anak haram dan anak angkat, dikhianati adik sendiri, dibenci. Jadi, boleh fahamlah kenapa watak dia sangat low self esteem dan mudah akur dengan sedikit perbuatan atau kata manis. Dan cinta. Tapi dari sisi yang lain, sebagai pembaca I berharap sangat selepas dah lalui pelbagai liku hidup tu Anis boleh lebih kental dan ada pendirian lebih kukuh serta berani. Kat sini lah silapnya. Sebab dia kalah dengan cinta. Dan kembali menjadi lemah dipijak pijak. Nasib baik dia kasi can setahun je dekat Fateh. I rest my case jugak haha memang padanlah korang berdua.
But then, I still gave this book a 4 star rating and is currently on my second read. Why? Kudos to the author, I really love the world building. I truly appreciate the Formula One details and her effort in making Monaco come to life through her writing. I felt like I was in Monaco while going through the book. It was the setting and places that hooked me until the end. And another that kept me anchored were the side characters.
Rasa macam watak sampingan lagi function dari ML + FL. Parents Anis function sangat sangat. Datang dari Malaysia untuk ambil balik anak perempuan yang tersakiti oleh suami sendiri. And her siblings? They deserve 5 stars. Thank you sebab back up kakak sendiri. Fateh deserved that punch.
But honestly la, honestly, kalau part Fateh kembali ke pangkal jalan tu panjang lagi maybe saya kasi can. Maybe can make it to 3/4 as well? Haha
Apa2 pun I love the author's way of storytelling. Sebab cerita dia sampai. Keep up the good work!
Dah terlambat tapi tetap lah aku nak juge luah lepas baca. FH Seorang pelumba kereta Formula 1 terkenal dunia. Terkenal dengan bakat, terkenal juga dengan heartless 😎
Pada aku Nur Anis ni kuat, tabah, kental. Kena cemuh dengan orang sekeliling, ayah kandung, nenek FH. Anis tetap telan sedih tu sorang². Bila dikhianati orang terdekat, dia pujuk hati sendiri. Ditolak, mengemis cinta suami, dia tetap bangkit. Semangat! At least dia dah cuba!
Cuma part bertahun tu bole faham la kenapa Anis jauhkan diri. Sesungguhnye sangat penat ya mengalah. Biarlah Anis kutip cebisan² semangat terakhir dia. Tapi jangan underestimate Anis okay. Jatuh tersungkur Fateh 😎
Yang untungnya, Anis ada family angkat yang sangat sayangkan dia. Memang A+ .
Lagi 1 Nur Anis ni ingatkan aku pada watak Xu Zhi (Be Passionately in Love) sebab deme pun suka bawak motor besar. Sepanjang bacaan aku memang teringat dia.
Fateh Hayden. Dia bukan redflag tapi maybe yelloww flag? 👉👈 HAHA Fateh ni anak & cucu yang baik tau cuma communication skills tu takde. Umur 15 dah kena struggle sendiri, family tak ada di sisi. Hidup dia asah skill sampai ke tahap yang dia ada. Kena faham jugak. Fateh ni muka je matang. Tapi umur tu baru nak kenal dunia.
Hayati. Watak yang menarik. Seorang wanita & ibu yang kesal dengan pilihan yang dia pilih masa muda. Sangat pedih ya bila kena buang keluarga. Suami pulak hareyy. Tapi, dia ada anak² yang baik walaupun pada permulaan cerita, lancang betul Kayla becakap. Lepas dah stabil, ok je dorang. Strong Anis tu pun datang dari Hayati kot eh?
Cik Bawang ni kan pandai tau. Masa baca Adam Nakhaie, aku jumpa Chowah. Dalam Fateh Hayden aku jumpe Suha.
"Kita minta maaf. Kita berat!"
Aku baca dari 8:38am sampai pukul 6 petang camtu. Tak boleh tinggal. Aku penasaran dengan macam² perasaan masa membaca.
Okay ni buku pertama aku baca dari author Cik Bawang, penulis femes yang sering dikata-katakan di mana-mana media sosial. Cerita yang agak menarik, flow yang agak laju, ada plot yang yang buat kita rasa sakit hati, sedih, happy. Aku honestly suka cerita ni, rasa macam tak sangka buku tebal ni berjaya aku habiskan dalam masa 5 hari. Biasanya seminggu lebih. Part nak dekat akhir tu nampak la Fateh ni berjaya jadi character yang lebih expressive.
Yang aku kurang suka perangai ego ML, daripada heartless aku rasa dia ni jenis nonchalant. Aku suka je character ML yang cold dgn FL kat mana-mana drama cthnya drama jepun love in tokyo, FL terhegeh dgn ML yg tak pandang dia, but this book is too much and it’s annoying to me, and aku tak faham kenapa author buat perangai ML yang kononnya tak reti nak express what his feeling, tapi kerja sebagai pelumba? Bukan sepatutnya orang atlet ni peramah ke? Sebab dia jumpa dengan ramai orang kan? Ada press semua, lepastu author ni terlalu delulu sangat sampai tulis banyak kali yang si Fateh ni kaya raya, tempat dia pergi untuk orang billionaires la millionaire la, bosannya. Lagi satu character dalam buku ni TERLALU BANYAK, buatkan aku confuse, nama sahabatbpun lebih kurang sama sampai aku ingatkan adik beradik, scene org tua bersweet dgn pasangan, sumpah cringe habis🙂↔️ (sbb aku belum baca story Faris and Hanim).
Overall cerita ni just an okay to me for one time read only. Agak emotional rollercoaster, aku setuju apa sahaja Anis buat dalam ni cuma tak best kalau Anis ni macam lemah dalam ni, sikit-sikit nangis lepastu overthinking, aduy aku rasa nyampah pula kadang. Aku rasa couple ni tak sekufu, sorang overthinking and percaya bulat2 apa org ckp tanpa dgr penjelasan Fateh dulu, sorang suka menyimpan, no wonder la tebal buku ni.
Ini adalah kisah Tengku Fateh Hayden, anak sulung Tengku Farel Irsyad dan Dahlia dan kisah sedih si gadis Nur Anis anak angkat Faris dan Hanim sebelum dan selepas mengenali Fateh Hayden.
Aku begitu kasihan dengan takdir hidup Nur Anis. Walaupun akhiran kisah ini cukup membahagiakan bila Fateh akhirnya menyedari dan mengakui dia sebenarnya telah jatuh hati sejak pertemuan pertama mereka dan tidak mahu Anis jauh dari hidupnya. Fateh ni sebenarnya jenis lelaki yang tidak pandai meluahkan rasa cinta dengan kata-kata dan tidak tahu cara menunjukkannya secara terbuka. Nampak seperti orang yang tiada hati perut je tapi sebenarnya dia tak tahu macam mana nak tunjuk apa yang dia rasa. Mungkin juga sebab dia dibesarkan oleh Nenda yang garang dan tegas jadi sejak kecil dia tahan emosi dan pendam segala rasa.
Seperti kata penulis karya ini, setiap orang ada takdirnya sendiri dan bahagia bukan bila semuanya sempurna. Tapi bila kita saling menerima meski penuh cela.
Tipikal novel cinta melayu. But I love it. Hidup di dunia nyata dah banyak masalah kan so bila baca novel je lah kita boleh escape sekejap dari semua masalah dunia. Asalkan cerita masih sedap dibaca
Fateh yang ego. Anis yang terkejar-kejar. Gaduh. Lari sampai bertahun-tahun. Jumpa balik lepas tu happy ending. Yes! Cliche tapi I LOVE IT SO MUCH!
Romance novels aren’t meant to be realistic, they’re meant to make you feel. I enjoy je baca this novel. Good job author.
TAPI dia hilang satu bintang terus bila Fateh menyanyi. CRINGE dia sampai sekarang pun boleh rasa. Just don’t, okay, Fateh! 😬
I like Cik Bawang... Tapi I really hate Fateh Hayden. Lelaki yang ego. Kenapa kena tunggu 5 tahun? Sayang isteri tapi tak pernah cuba nak pujuk isteri. Berbaik pun sebab si isteri pergi sana. Kalau tak? Sampai bila-bila tak berjumpa.
Kau tu suami! Tak reti ke buat first move? Tak reti nak balik tengok isteri?
Huh, emosi aku dengan Fateh ni. Kalau betul-betul wujud lelaki macam ni. Aku lempang bertubi-tubi!
Dah lah, aku lagi suka si adik. Fahim my boy. Walaupun perangai dua kali lima XD
besttt! anis yg baik, fateh yg beku. walaupun jauh perjalanan but in the end, so happy for them! also, no doubt faris hanim dan seisi keluarganya mmg terlalu 🌳🥹🫶🏻 yg penting, seronok baca job ML yg sgt rare, sambil berangan sekali hehe 🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
❌Terlampau byk miscommunication dr awl & hampir hujung cerita. Bikin byk sakit hati je baca cerita Fateh ni.
❌Fateh? Too much 🚩Betul2 xsuka dgn perangai dia, dgn cara dia layan Anis, ekspresi dia mostly beku ibarat iceberg all the time, n terlampau ego. Aku baca ni terkadang fikir, betul ke x dia ni sukakan Anis? Cintakan dia? Part apa yg dia dh buat kt Anis, sakitkn hati dia, it's like... he doesn't feel sorry about it. Part grovelling dia mcm... sekejap aje. Betul2 x banyak. Emm...
❌Anis? Lemah. Katanya nk buat si Fateh jatuh cinta kt dia lepas tu sakitkn hati dia. Tapi terjadi sebaliknya. Gaduh mmg gaduh, benci, tp bila dh bertemu balik dgn Fateh, tgk muka, tgk senyuman dia, terus lemah lutut, cair balik hati dia. Aik?? Pastu sempat pulak buat anak kedua? Walao weh. Gitu je? Senang cmtu je maafkn dia selama ni?
❌Romance? For me, maybe so so? sbb kdang Fateh layan ok, skjp x, skjp sweet, skjp heartbreaker, ehh entahlah! pening aku ngn mamat ni.
❌kiranya mcm 80% miscommunication, family issues, conflict, pastu remaining dia smpai penghujung tu emm... ade la tunjuk part romance, Fateh dh tuka warna 💚 selow2, well, i guess?
Sape nk baca cerita yg menyakitkan hati dr awl smpai akhir, ML yg handsome n red flag, FL yg lemah, tahniah. buku mcm ni sesuai utk anda. 😆
Sakit mmg sakit, stress mmg stress. Ingtkn miscommunication smpai stgh cerita, rupa2 nya panjang, hampir nk smpai penghujung cerita.
But overall, story, plot, n penulisan Cik Bawang x pernah mengecewakan bg sy, kecuali watak2 dlm ni especially ML and FL. Sorry xbrapa suka sgt couple yg ni 😭